Jumaat, 28 Februari 2014

Telur tersekat dalam kemaluan


Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.

Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.
Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks.

Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.


Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.


Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.

“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. -Agensi


Selasa, 25 Februari 2014

Bekas Kekasih Sebar Gambar Bogel

Gambar Hiasan

Miri: Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu.

Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya.


Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.

Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.


Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan ke YouTube.


“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.

“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan hubungan mereka,” katanya.


Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin. -HM



Ahad, 23 Februari 2014

6 Jam Dirogol 30 Lelaki


London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.


Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.


“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya.

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.- Agensi


Khamis, 20 Februari 2014

Abang Nodai 2 Adik Perempuan


Ampang: Seorang abang sanggup menjadikan dua adik perempuannya sebagai hamba seksnya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari.

Malah lelaki berusia 30-an itu turut mengugut kedua-dua adiknya itu yang berusia 20-an supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya setiap kali merogol mereka jika tidak mahu dibelasah lebih teruk.

Dalam kejadian terbaru Ahad lalu, mangsa bersama kakaknya yang sedang tidur di dalam bilik sekali lagi didatangi abang mereka sebelum lelaki itu bertindak memperkosa kedua-dua mereka.

Lelaki itu dipercayai merogol adiknya seorang demi seorang di bilik tidur berasingan.

Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti itu akhirnya nekad membuat laporan polis, kelmarin.

Sumber berkata, ketika mangsa cuba menjerit meminta tolong, suspek yang berang terus menampar muka mangsa beberapa kali sebelum membelasahnya.

“Selepas puas memperkosa mangsa, suspek mengugut supaya mereka tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa sebelum dia keluar dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan di kediamannya kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


PIALA FA 2014: Keputusan Perlawanan 18 Februari 2014

Posted: 19 Feb 2014 01:04 AM PST

SUKU AKHIR KE DUA
18 FEBRUARI 2014 (SELASA)

027
Stadium Darulaman
8:45pm
KEDAH FA
0
2
JOHOR DARUL TAKZIM FC
-
Norshahrul Idlan Talaha
Safee Sali
028
Stadium Darulmakmur
8:45pm
PAHANG FA
2
1
PDRM FA
Mohd Fauzi Roslan
Mohd Hafiz Kamal
Chad Charles Souza
029
Stadium MP Selayang
8:45pm
SELANGOR PKNS FC
3
3
KELANTAN FA
Patrick Ronaldinho Wleh
Karlo Primorac
Hamka Hamsah
Ahmad Fakri Saarani
Ahmad Shakir Ali
Mohamed Ghaddar
030
Stadium Negeri
8:15pm
SARAWAK FA
2
2
KL FELDA UNITED FC
Joseph Kallang Tie
Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Zar Raham Kragar (2)

Selasa, 18 Februari 2014

Erra Fazira bercerai talak satu


Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.

Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.

Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir.


Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie.

Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail.

Sebelum ini Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.


Erra: 'Saya mohon jangan tanya lagi'


Video Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta  lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

"Mahkamah  turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya.

Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.

Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media.

Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.

"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.



Murid 9 Tahun Ugut Nak Rogol Cikgu



Baling: Tindakan seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang didakwa mengancam mahu merogol seorang guru wanita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Khamis lalu, disifatkan sebagai perbuatan nakal berikutan kanak-kanak itu dipercayai tidak memahami maksud perkataan berkenaan.

Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Mansor Lat berkata, siasatan awal berhubung kejadian sudah dijalankan oleh wakil Jabatan Pendidikan negeri dengan menemui murid tahun tiga terbabit untuk mengetahui punca dia berbuat demikian.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, murid berkenaan mempunyai pencapaian akademik yang baik dan bukan seorang bermasalah.

“Guru yang mengajar murid berkenaan sejak di tahun dua mendapati murid terbabit tidak memahami maksud perkataan (rogol) yang ditulis kepada gurunya itu.

“Pihak Jabatan Pendidikan akan mengadakan pertemuan antara murid itu dan kedua ibu bapanya serta guru terbabit dalam masa terdekat.

“Murid berkenaan akan diberikan sesi kaunseling dan pada masa sama kita berharap kejadian itu dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, cubaan wartawan Harian Metro untuk menemui pengurusan sekolah tidak berjaya apabila dihalang masuk ke dalam kawasan sekolah yang terletak di Parit Panjang.

Dalam pada itu, sumber berkata, murid lelaki terbabit tidak memahami maksud sebenar perkataan ‘rogol’ yang dihantarnya kepada seorang guru perempuan menerusi SMS berkenaan.

“Murid itu menggunakan telefon bimbit ibunya dan ibunya juga tidak menyedari perbuatan anaknya melakukan kesalahan berkenaan,” katanya. - HM






LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Formasi 4-4-2 TRW berkesan

Posted: 16 Feb 2014 05:19 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Pengurus Azman Ibrahim melaung amaran bahawa skuad The Red Warriors (TRW) sudah kembali ke tahap sebenar apabila membenam T-Team 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Kemenangan itu selepas menewaskan PKNS FC 3-2 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, 11 Febuari lalu membuktikan aksi gergasi Pantai Timur itu lebih menyengat apabila jurulatih Steve Darby menggunakan formasi 4-4-2.

Azman berkata, formasi itu secara tidak langsung membentuk persefahaman lebih tinggi di kalangan pemain.



Katanya, pujian juga harus diberikan kepada pemain muda Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, 22, yang mempamer aksi cemerlang dan berani membawa masuk bola ke kubu lawan bagi memberi ruang kepada penyerang melakukan penyudah.

"Saya gembira kerana pemain sudah kembali kepada persembahan sebenar malah mencapai keserasian selain ditambah dengan kesungguhan pemain dan perubahan formasi yang dilakukan jurulatih.

"Saya jangka persembahan TRW akan terus meningkat untuk mencabar Pahang, Lions XII, Selangor dan ATM," katanya.

Bagaimanapun, Azman berkata, persediaan Kelantan beraksi pada suku akhir kedua Piala FA menentang PKNS FC esok mungkin terjejas selepas penyerang, Ahmad Shakir Ali mengalami kecederaan selain beberapa tonggak menerima kad kuning.

Benteng hilang fokus

Posted: 16 Feb 2014 05:18 PM PST

Sumber: Harian Metro

Melaka: Kekalahan tipis 1-2 DRB Hicom kepada Pulau Pinang pada saingan Liga Perdana Jumaat lalu mampu dielakkan jika barisan pertahanan kekal fokus sepanjang babak kedua perlawanan.

Jurulatih DRB Hicom G Torairaju berkata, selepas mendahului 1-0 pemain kelihatan yakin mengawal rentak mahupun menambah jaringan namun sebaliknya lawan bangkit untuk menyamakan kedudukan dan akhirnya memenangi perlawanan.


Katanya, selepas penjaga gol utama Mohamad Jibrail Kamaron terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada m-65, benteng mula goyah ditekan tuan rumah.

"Gol penyamaan Harimau Kumbang menerusi sepakan percuma antara faktor kebangkitan lawan untuk bertindak lebih garang.

Kesilapan benteng menyebabkan tuan rumah memperolehi sepakan penalti untuk gol kedua yang menjadi faktor kekalahan keempat setakat ini." katanya.

ATM tak cergas

Posted: 16 Feb 2014 05:16 PM PST

Foto
PENJAGA gol ATM Syed Adney gagal menghalang percubaan pemain LionsXII Afiq Yunos (dua dari kanan).

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Faktor kecergasan antara punca utama skuad The Gladiators gagal menyekat aksi bertenaga anak buah Fandi Ahmad seterusnya mensia-siakan peluang mengutip tiga mata penuh ketika melayan kunjungan LionsXII di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang berkesudahan tewas 2-1, kelmarin.

Jurulatih ATM, B Sathianathan kecewa dengan prestasi sebahagian besar tonggak utamanya yang hilang punca pada babak kedua akibat kurangnya kecergasan hingga mengganggu konsentrasi pasukan walaupun pada awalnya mendahului lawan.



"Kita tidak bermain seperti kebiasaan.

Apa yang saya nampak, pemain kurang cergas dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

Ini merupakan satu kerisauan pada saya.

"Kalau kita hendak bertanding dengan pencabar dalam Liga Super seperti Selangor, Johor DT dan Pahang, kita perlu cergas selama 90 minit masa perlawanan dan faktor itu amat penting sekali dalam bola sepak moden.

"Selepas perlawanan malam tadi (malam kelmarin), saya telah berikan cuti selama tiga hari kepada pemain.

Naik sahaja daripada cuti nanti, saya akan kaji semula bentuk latihan pasukan dan akan lebihkan kepada sudut kecergasan," katanya.

Menurut bekas jurulatih Harimau Malaya dan Kelantan itu, rehat panjang Liga-M selama dua minggu dalam memberi laluan kepada persiapan skuad negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia, memberikan kesempatan kepadanya buat mengasah taring pasukannya.

"Tempoh rehat ini akan saya gunakan sebaiknya agar kita mampu beraksi di tahap sebenar.

Bukan itu sahaja, tempoh ini juga baik untuk pemain yang cedera untuk pulih dan kembali ke dalam pasukan," katanya.

ATM terpaksa melupakan sementara khidmat pertahanan kental K Rueben yang mengalami kecederaan UCL dan perlu berehat selama lima bulan.

Terbaru, pemain lincah sayap Christie Jayaselan serta tonggak pertahanan kanan Mohd Riduwan Ma'on turut berada dalam senarai kecederaan ATM.

Pengadil sebut ‘L****U Lu’

Posted: 16 Feb 2014 05:14 PM PST

Foto

Sumber: Harian Metro

Petra Jaya: Ibarat menjerut leher sendiri begitulah nasib bakal diterima pengadil, Sukri Abdul Rahman apabila Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membuat laporan kepada FAM berikutan tindakannya mengeluarkan kata lucah ke atas seorang pemain Sarawak, kelmarin.

Sukri menyebut perkataan Hokkien 'L****U Lu' kepada pemain tengah Joseph Kalang Tie sejurus tamat perlawanan yang menyasikan skuad Bujang Senang menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Negeri.




Menurut Joseph, insiden itu berlaku ketika dia mahu bersalaman dengan pengadil perlawanan sebaik tamat permainan.

"Sebaik bersalam dengannya (Sukri), saya mahu mendapat penjelasan mengenai keputusan pengadilan yang mengecewakan sepanjang perlawanan namun dia tiba-tiba mengeluarkan perkataan lucah itu. Saya terkejut dan bertanya kenapa bercakap seperti itu namun dia hanya berdiam diri.

"Kalau saya yang mengeluarkan perkataan itu kepada dia atau pemain lain atau pegawai perlawanan, sudah tentu saya akan dikenakan tindakan.


"Malah dua pembantu pengadil juga mendengar perkataan lucah itu, tapi berdiam diri apabila saya cuba bertanya kepada mereka.

"Saya tahu dia tertekan, tapi sebagai pemain saya ada hak untuk meluahkan kekecewaan terhadap keputusan yang dibuat. Saya bukan mahu menyalahkan dia, tapi kita ada hak (untuk meluahkan rasa tidak puas hati)," katanya.

Kata Joseph lagi, walaupun tertekan sekali pun pengadil tidak sepatutnya mengeluar perkataan lucah itu bukan saja kepada dirinya malah pihak lain.

Perlawanan yang menyaksikan Bujang Senang melakarkan kemenangan kedua berturut-turut itu dibayangi 10 kad kuning termasuk satu kad merah ke atas Junior Eldstal selepas menerima kad kuning kedua.

Sarawak kini menduduki tangga ketiga liga selepas mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan berkongsi mata dengan Kelantan - satu mata di belakang pendahulu, Terengganu.

Sementara itu, jurulatih Sarawak Robert Alberts akan membawa perkara itu kepada pengurusan FAS untuk tindakan selanjutnya.

Beliau jelas terkilan mengenai tindakan membabitkan pengadil berkenaan.

"Perkara ini akan saya bawa kepada FAS dan mereka akan mengadakan mesyuarat untuk tindakan susulan. Tugas saya hanya melaporkan perkara ini kepada mereka (FAS) dan saya tidak mempunyai hak terhadap tindakan selanjutnya.

"Bagi saya, dalam perlawanan seperti ini, pengadil perlu bijak mengawal emosi dan bukannya bertindak seumpama itu. Ia amat memalukan apatah lagi perkara itu membabitkan pemain saya.

"Saya hanya mengetahui apabila dia (Kalang) datang kepada saya dan memaklumkan pengadil mengeluarkan perkataan lucah ke atasnya," katanya.

LIGA SUPER 2014: Keputusan Perlawanan 15 Februari 2014

Posted: 15 Feb 2014 08:43 AM PST

15 FEBRUARI 2014 (SABTU)

025
Stadium Larkin
8:45pm
JOHOR DARUL TAKZIM FC
4
1
SELANGOR FA
Baihakki Khaizan
Harris Harun
Luciano Figueroa
Mohd Fadhli Shas
Paolo Rangel
026
Stadium SINS KT
8:45pm
TERENGGANU FA
2
0
PAHANG FA
Mario Karlovic
Ismail Faruqi
-
027
Stadium MP Selayang
8:45pm
ATM FA
1
2
LIONS XII FC
Amiridzwan Taj
Mohd Khairul Amri Mohd Kamal
Afiq Yunos
028
Stadium SMIV KB
8:45pm
KELANTAN FA
3
0
T-TEAM FC
Shawky Yazid
Mohd Badhri Radzi
Mohammad Ghaddar
-
029
Stadium Negeri
8:45pm
SARAWAK FA
1
0
PERAK FA
Milorad Janjus
-

PDRM amuk Singa Utara

Posted: 14 Feb 2014 07:09 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas Liga Perdana selepas membelasah Perlis 7-1 dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Dollah Salleh melebarkan rekod bersih empat kemenangan liga berturut-turut untuk mengumpul 12 mata maksimum sekali gus meletakkan mereka selaku pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan musim ini.

Bagaimanapun bekas jurulatih skuad juara Piala Malaysia Pahang itu belum mahu mendabik dada walaupun memuji persembahan dipamerkan anak buahnya.



"Sebelum ini, kita menang tapi permainan tidak begitu menonjol.

Hari ini (semalam), mereka sudah mempamerkan persembahan yang saya harapkan selama ini.

Saya berpuas hati dengan kemenangan ini tapi tidak mahu pemain berada dalam zon selesa kerana kita masih bersaing di awal musim.

"Perjalanan liga masih jauh dan saya harapkan PDRM dapat mengekalkan prestasi ini untuk perlawanan akan datang," kata Dollah.

Dalam perlawanan itu, PDRM membuka tirai jaringan menerusi pemain import dari Maldives, Ali Ashfaq pada minit ke-15.


Penguasaan pasukan tuan rumah berterusan apabila Charles Souza Chad menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-49.

Ali memastikan kedudukan selesa dengan meledak gol ketiga pada minit ke-51 diikuti jaringan Bobby Gonzales (60) dan Khairul Izuan Abdullah (62).


Souza Chad akhirnya melengkapkan pesta gol PDRM dengan mencipta hatrik peribadi apabila meledak gol keenam dan ketujuh Sang Biru pada minit ke-65 dan 85.

Sementara itu, gol sagu hati skuad Singa Utara hadir menerusi pemain import Dao Bakary pada minit ke-55.

PDRM bakal berkunjung ke Kuantan untuk aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Pahang, Selasa ini.

LIGA SUPER 2014: Keputusan Perlawanan 14 Februari 2014

Posted: 14 Feb 2014 06:44 AM PST

14 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)
030
Stadium MP Selayang
8:45pm
SELANGOR PKNS FC
0
0
KL SIME DARBY FC
-
-


LIGA PREMIER 2014: Keputusan Perlawanan 14 Februari 2014

Posted: 14 Feb 2014 07:26 PM PST

14 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)
025
Stadium Darulaman
8:45pm
KEDAH FA
0
1
NEGERI SEMBILAN FA
-
Jean Emmanuel EffaOwona
026
Stadium Hang Jebat
4:45pm
KL SPA PUTRAJAYA FC
0
4
KL FELDA UNITED FC
-
Zah Rahan Krangar
Edward Junior Wilson
Mohd Aizulridzwan
Abd Latif Suhaimi
027
Stadium MP PasirGudang
8:45pm
JOHOR DARUL TA'AZIM II
1
0
PP PBAPP FC
See Kok Luen

028
Stadium Bandaraya
8:45pm
PULAU PINANG FA
2
1
KL DRB HICOM FC
Hilton Mauro Moreira
Lee Gil Hoon
Khairul Naim
029
Stadium MB Petaling Jaya
4:45pm
PDRM FA
7
1
PERLIS FA
Ali Ashfaq (3)
Charles Souza Chad (2)
Bobby Gonzales
Khairul Izuan Abdullah
Dao Bakary
030
Stadium UiTM Shah Alam
4:45pm
SELANGOR UiTM FC
0
1
SABAH FA
-
Marwan Sayedeh


PIALA PRESIDEN 2014: Keputusan Perlawanan 13 Februari 2014

Posted: 13 Feb 2014 08:09 AM PST

13 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)
KUMPULAN A
031
Stadium Bandar Penawar
4:45pm
SSMTMI


TERENGGANU


032
Stadium SMIV KB
4:45pm
KELANTAN
2
1
SELANGOR
Fakhrul Zaman
Mohd Asif
Ibrahim Syaihul
033
Stadium TAR Paroi
4:45pm
NEGERI SEMBILAN
1
0
KL FELDA UNITED
Mohd Rahizi M Rasib
-
034
Stadium Mini UPM
4:45pm
ATM
1
1
KEDAH

Akmal Alias
035
Stadium Negeri
4:15pm
SARAWAK
3
1
PERLIS
Nor Azizi
Abdul Rahim (2)
M Safiuddin

KUMPULAN B
036
Pdg C KSN Gong Badak
4:45pm
T-TEAM
0
0
SABAH


037
Stadium Hang Tuah
4:45pm
MELAKA
2
1
PDRM
Rahmat Naemat
Muhamad Hamzah
Nor Rahim
038
Stadium UTM SKudai
4:45pm
JOHOR DT II
2
3
PAHANG
Shahwan Shaharudin
Md Syazwan Andik Md Ishak
Mohd Faizal Abd Rani (2)
Mohd Shafie Zahari
039
Pdg Kelab Kilat
4:45pm
KUALA LUMPUR
1
0
SSMP


040
Stadium USM
4:45pm
PULAU PINANG
3
3
PERAK
Mohd Amirul
Kumaaran
Muhammad Junaidi
Muhamad Firdaus
Mugenthirran (2)


Senarai nama RASMI pemilihan pasukan kebangsaan (12 Feb 2014)

Posted: 12 Feb 2014 03:13 AM PST

Sumber: FAM

1. Baddrol Bakhtiar Kedah
2. Mohd Farizal Marlias Selangor
3. S. Kunanlan Selangor
4. Bunyamin Umar Selangor
5. Mohd Safee Sali Johor Darul Takzim
6. Mahalli Jasuli Johor Darul Takzim
7. Mohd Amri Yahyah Johor Darul Takzim
8. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak Johor Darul Takzim
9. Norshahrul Idlan Talaha Johor Darul Takzim
10. Safiq Bin Rahim Johor Darul Takzim
11. Mohd Shakir Shaari Johor Darul Takzim
12. Mohd Fadhli bin Mohd Shas Johor Darul Takzim
13. Mohd Nazrin Nawi Johor Darul Takzim
14. Azamuddin Mohd Akil Pahang
15. Mohd Hafiz Kamal Pahang
16. Mohd Razman Roslan Pahang
17. Mohd Khairul Azhan b. Mohd Khalid Pahang
18. Khairul Fahmi Che Mat Kelantan
19. Mohd Badhri B. Mohd Radzi Kelantan
20. Ahmad Fakhri B. Saarani Kelantan
21. Muhammad Zubir Mohd Azmi Terengganu
22. Putera Nadher Amarhan Maderner Sarawak
23. Amiridzwan Taj Tajudin ATM
24. Bobby Gonzales PDRM
25. Muhammad Nazmi Faiz Monsor PKNS FC

Manakala 7 lagi pemain di dalam senarai simpanan: 

1. K. Gurusamy Selangor
2. Mohd Azmi Muslim Selangor
3. Mohd Izham Tarmizi Roslan Johor Darul Takzim
4. Christie Jayaseelan ATM
5. Affize Faisal Mamat ATM
6. Venice Elphi Ak Danny Kaya ATM
7. Mohd Helmi Remeli PKNS FC

PIALA FA 2014: Keputusan Perlawanan 11 Februari 2014

Posted: 11 Feb 2014 06:55 AM PST

SUKU AKHIR PERTAMA
11 FEBRUARI 2014 (SELASA)
023
Stadium Larkin
8:45pm
JOHOR DARUL TAKZIM FC
3
1
KEDAH FA
Mohd Amri Yahyah
Harris Harun
Luciano Figuero
Billy Mehmet
024
Stadium TAR Paroi
8:45pm
PDRM FA
1
1
PAHANG FA
Chad Souza
Matias Conti
025
Stadium SMIV
8:45pm
KELANTAN FA
3
2
SELANGOR PKNS FC
Mohd Badhri Radzi
Tg Hasbullah Raja Hassan
Ahmad Shakir Ali
Patrick Ronaldinho Wleh
Kim Dongchen
026
Stadium MP Selayang
8:45pm
KL FELDA UNITED FC
0
0
SARAWAK FA
-
-


LIGA PREMIER 2014: Keputusan Perlawanan 10 Februari 2014

Posted: 10 Feb 2014 05:34 PM PST

10 FEBRUARI 2014 (ISNIN)
019
Stadium Bandaraya
8:45pm
PP PBAPP FC
0
2
KL SPA PUTRAJAYA FC
-
Khairul Izwan Khalid (2)
022
Stadium Darulaman
8:45pm
PERLIS FA
2
3
PULAU PINANG FA
Dao Bakary
Md Haziq Muiz
Buengo Andre
Lee Gil-Hoon (2)
023
Stadium Hang Jebat
4:45pm
KL DRB HICOM FC
3
2
JOHOR DARUL TA'AZIM II
Khairul Anwar Shahrudin
Khairul Naim Mahyuddin
Mohamad Fakhrullah Rosli
Mohd Yussof Zainal Abidin
Mohd Razif Abd Rahim (Gs)
024
Stadium Likas KK
8:15pm
SABAH FA
2
1
NEGERI SEMBILAN FA
Mohammad Ezaidy Md Khadar
Farid Ideris
Jean Emmanuel Effa Owona




#
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
BJ
Mata
1
PDRM
3
3
0
0
9
2
7
9
2
KL SPA PUTRAJAYA FC
4
3
0
1
4
1
3
9
3
PULAU PINANG
4
3
0
1
8
8
0
9
4
NEGERI SEMBILAN
4
2
1
1
5
4
1
7
5
KEDAH
2
2
0
0
6
1
5
6
6
FELDA UNITED FC
3
1
1
1
5
4
1
4
7
UiTM FC
3
1
1
1
2
2
0
4
8
JOHOR DT II
4
1
1
2
5
7
-2
4
9
KL DRB HICOM FC
4
1
0
3
4
7
-3
3
10
SABAH
4
1
0
3
4
8
-4
3
11
PBAPP FC
3
0
2
1
1
3
-2
2
12
PERLIS
4
0
0
4
3
9
-6
0
kemaskini 10 Feb 2014

TMJ kutuk insiden di Kuantan

Posted: 08 Feb 2014 11:34 PM PST

Sumber: Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertamadun segelintir penyokong bola sepak tanah air yang gemar mencetuskan provokasi melampau sehingga membawa kepada pergaduhan.

Tunku Mahkota Johor berkata, apa yang lebih penting adalah penyokong memberi sokongan kepada pasukan masing-masing dan mengelakkan daripada bergaduh sesama sendiri apatah lagi sesama umat Islam.



"Segala persengketaan, provokasi, dan hina-menghina ini tiada manfaatnya dan sekiranya diikutkan perasaan hasad dengki memang tiada kesudahannya.

"Jangan terlalu mudah bangsa Melayu berpecah-belah sehingga diperlekehkan oleh bangsa lain," katanya dalam laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan JDTII, Johor Southern Tigers semalam.

Tunku Ismail dipercayai mengulas mengenai insiden pergaduhan yang tercetus di luar Stadium Darul Makmur selepas perlawanan Liga Super di antara pasukan Harimau Selatan dan Tok Gajah yang berkesudahan pasukan tuan rumah mencatat kemenangan 3-2 malam semalam.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang dan berharap pasukan JDT berusaha lebih gigih lagi pada masa akan datang.

"Kepada para penyokong Johor dan pasukan negeri lain yang menjaga disiplin dan tingkah laku, syabas saya ucapkan kepada anda semua," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga mahu tindakan tegas diambil kepada penyokong JDT dan negeri lain yang membuat kekacauan.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Johor, Azlan Afandi Saufee Afandi menunggu sebarang keputusan daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Katanya, walaupun sudah menerima beberapa aduan daripada penyokong yang berada di tempat kejadian, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak polis.

"Kami akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan. Sekiranya ada perbuatan penyokong JDT yang didapati melanggar peraturan, kami akan mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

LIGA SUPER 2014: Keputusan Perlawanan 8 Februari 2014

Posted: 08 Feb 2014 07:13 AM PST

8 FEBRUARI 2014 (SABTU)
019
Stadium JlnBesar
7:45pm
LIONS XII FC
0
0
TERENGGANU FA
-
-
022
Stadium Perak
8:45pm
PERAK FA
2
1
KELANTAN FA
Sukri Hamid
Khairul Asyraf Sahizah
Shawky Yazid
023
Stadium SINS KT
8:45pm
T-TEAM FC
2
2
ATM FA
Azlan Ismail
Khairan Ezuan Razali
Norfazly Alias
Bruno Martelotto
024
Stadium MP Selayang
8:45pm
KL SIME DARBY FC
1
2
SELANGOR FA
Mohd Failee Mohamad Ghazli
Paolo Rangel (2)


‘Kami tak berat sebelah’

Posted: 07 Feb 2014 10:43 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan mereka membuat keputusan berat sebelah apabila menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (Johor DT) ke atas T-Team walaupun kelab dari Terengganu itu mengharapkan aksi pusingan kedua Piala FA pada Sabtu lalu yang tertangguh itu diadakan semula.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Datuk Seri Afandi Hamzah, mereka membuat pertimbangan segala aspek sebelum membuat keputusan termasuk merujuk kepada fakta kes penangguhan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor DT di Stadium Darul Makmur pada 28 Mei tahun lalu.



"Dalam mesyuarat semalam (kelmarin) kami turut merujuk kepada kes antara Pahang dan Johor DT yang dimainkan semula itu, tapi apa yang saya mahu nyatakan di sini kedua-dua kes berkenaan, berbeza. Dalam perlawanan di Kuantan tahun lalu, penonton membanjiri stadium sehingga memasuki kawasan trek dan ketika itu perlawanan masih belum bermula. Walaupun pihak keselamatan cuba menyelesaikan masalah limpahan penyokong itu namun tidak berjaya.

"Berbanding dengan kes di Larkin, perlawanan sudah dimulakan, penonton tidak masuk ke padang dan stadium tidak ada masalah cuma dilaporkan ada berlaku insiden di dalam terowong. Dalam konteks perlawanan, hanya pengadil dan pegawai perlawanan yang boleh membuat keputusan sama ada perlawanan boleh diteruskan atau tidak.

"Walaupun dua, tiga kali pegawai perlawanan meminta T-Team untuk meneruskan perlawanan, mereka tetap enggan, jadi berpandukan kepada peraturan sedia ada, kemenangan harus diberikan kepada Johor DT," katanya kepada Arena Metro semalam.

Kenyataan Afandi itu menjawab pertikaian disuarakan penolong jurulatih T-Team Azlan Johar yang menganggap keputusan FAM memberikan kemenangan kepada Johor DT sebagai tidak adil dan mendukacitakan selepas mendakwa keselamatan mereka tidak terjamin berikutan insiden pergaduhan di dalam terowong pada rehat babak pertama.

Azlan berkata, mereka mengharapkan perlawanan pusingan kedua Piala FA dengan Johor DT diadakan semula, sama seperti diputuskan FAM tahun lalu dengan perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang dan Johor DT diadakan semula di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketika itu, Johor DT menarik diri selepas bimbang dengan tahap keselamatan apabila penyokong Pahang memasuki trek sebelum perlawanan bermula dan pengadil, komisioner perlawanan dan pihak keselamatan mengumumkan perlawanan tidak dapat diteruskan.

Afandi yang juga Naib Presiden FAM berkata, mereka tidak bertindak kejam apabila hanya memberikan amaran keras kepada T-Team sedangkan kesalahan menarik diri daripada bermain, kesalahan besar.

"Kesalahan menarik diri itu berat dan pasukan itu boleh digantung dan didenda namun dalam kes ini, kami membuat pertimbangan untuk hanya memberikan amaran kepada T-Team. Ini kerana mengambil kira suasana di stadium ketika itu," katanya.

‘AFC, FIFA kami datang’

Posted: 07 Feb 2014 10:41 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Terengganu sedang menimbang kemungkinan membawa isu kemenangan 3-0 yang diberi kepada Johor Darul Ta'zim (Johor DT) ke pengetahuan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat khas dengan pengurusan T-Team bagi membincangkan langkah sewajarnya berhubung keputusan berkenaan.



"Saya tidak mahu putuskan lagi perkara ini, segala-galanya bergantung kepada mesyuarat berkenaan, sama ada bersetuju membawa isu ini ke AFC dan FIFA atau sebaliknya, terserah kepada ahli mesyuarat itu untuk menentukannya," katanya.

Akhbar semalam melaporkan keputusan FAM yang dianggap tidak adil itu mencetuskan kemarahan penolong jurulatih T-Team Azlan Johar yang mengharapkan perlawanan ulangan diadakan di gelanggang berkecuali.

Selain itu, rata-rata peminat yang dipetik dalam Facebook turut mengecam tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memberi kemenangan percuma itu kepada Johor DT. Sehubungan itu, mereka mahukan keadilan seperti mana membabitkan perlawanan Pahang dengan Johor DT dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA 28 Mei tahun lalu apabila FAM memutuskan aksi ulangan diadakan di gelanggang berkecuali.

"PBSNT akan ikut keputusan mesyuarat khas T-Team. Bagaimanapun saya difahamkan pemain import yang terbabit dengan 'isu tumbuk dan terajang' di terowong pemain di Larkin, akan membawa kes ini ke pengetahuan FIFA," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rasid Jusoh berkata, mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Wan Ahmad Nizam itu bakal dihadiri pakar undang-undang.

"Banyak perkara yang akan dibincangkan nanti, tapi kami akan buat keputusan terbaik mengikut undang-undang demi masa depan pasukan dan pembangunan bola sepak negara

"Apa saja keputusan sama ada kes ini akan dilaporkan kepada AFC atau FIFA tertakluk kepada mesyuarat khas itu nanti," katanya yang turut mengharapkan pemainnya bangkit ketika melayani kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malam ini.

Kelmarin Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah memutuskan memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Johor DT selepas mendapati T-Team bersalah kerana enggan meneruskan aksi babak kedua pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 1 Februari lalu.

LIGA PREMIER 2014: Keputusan Perlawanan 7 Februari 2014

Posted: 07 Feb 2014 07:14 AM PST

7 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)

013
Stadium TAR Paroi
8:45pm
NEGERI SEMBILAN FA
2
1
KL FELDA UNITED FC
Effa Owona
Sivanesan Shanmugan
Indra Putra
015
Stadium Hang Jebat
4:45pm
KL DRB HICOM FC
0
1
KL SPA PUTRAJAYA FC
-
Mickael Nicoise Joseph
016
Stadium MP Pasir Gudang
8:45pm
JOHOR DARUL TA'AZIM II
1
0
PERLIS FA
See Kok Luen
-
017
Stadium Bandaraya
8:45pm
PULAU PINANG FA
1
0
SELANGOR UiTM FC
Kil-Hoon Lee
-
018
Stadium MB Petaling Jaya
4:45pm
PDRM FA
1
0
SABAH FA
Mohd Sabree Abu
-

LIGA SUPER 2014: Keputusan Perlawanan 7 Februari 2014

Posted: 07 Feb 2014 07:04 AM PST

7 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)
020
Stadium DarulMakmur
8:45pm
PAHANG FA
3
2
JOHOR DARUL TAKZIM FC
Matias Conti
Fauzi Roslan
Hafiz Kamal
Pablo Aimar
Safee Sali
021
Stadium MP Selayang
8:45pm
SELANGOR PKNS FC
0
2
SARAWAK FA
-
Milorad Janjus
Gabor Gyepes

‘Kenapa salahkan kami?’

Posted: 04 Feb 2014 07:02 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: "Kami terkejut dengan keputusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), kenapa mereka salahkan kami?"

Itu persoalan yang ditimbulkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa selepas badan induk bola sepak tanah air mahu menyiasat enam lagi pegawai KLFA susulan skandal rasuah dan mengatur perlawanan Liga Perdana pasukan itu tahun lalu.


Menurut Nokman beliau hairan kenapa KLFA dikatakan seperti berpakat dengan penaja untuk menjerat 17 pemain skuad Warga Kota supaya terjebak dengan gejala tidak bermoral itu sedangkan mereka bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.


"Saya ada menyimpan semua rekod termasuk mesej saya dengan SPRM sebelum ini yang membuktikan kami sudah lama bekerjasama dalam hal ini. Kalau kata kami tidak buat kerja itu tak betul kerana saya sentiasa berhubungan dengan SPRM, tapi masalahnya pemain sendiri yang tidak mahu membuka mulut (mengenai bookie). Selepas pertandingan berakhir baru nak cakap, tapi sudah tiada gunanya," katanya kepada Arena Metro semalam.

Skandal rasuah dan mengatur perlawanan membabitkan skuad Kuala Lumpur itu memasuki episod baru selepas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak mengumumkan 17 pemain yang dituduh hanya dikenakan hukuman denda RM5,000 dan amaran keras selepas mendapati pemain terbabit berada di bawah tekanan sehingga terpaksa melakukan kesalahan itu.


Taufek mendedahkan ada sesuatu yang tidak kena dengan perjanjian KLFA dengan pihak penaja yang didakwa menjadi dalang kepada kegiatan tidak bermoral itu apabila sengaja melengah-lengahkan proses menandatangani kontrak pemain.

Bagaimanapun Nokman menafikan mereka bersubahat dalam kes itu dan hanya berpeluk tubuh apabila pemain mengadu masalah mereka, termasuk dipukul bookie kerana tidak mengikut arahan.

"Bagaimana kami nak tahu syarikat (penaja) itu bookie atau tidak, kerana apa yang kami tahu mereka menjalankan perniagaan di Klang. Memang kami menandatangani kontrak pemain pada 11 Disember (2012) dan tarikh tutup pada 13 Disember (2012), tapi apa masalahnya? Ia dilakukan sebelum tarikh tutup pendaftaran," jelasnya.

Ketika ditanya kemungkinan memang ada pegawai KLFA yang terbabit bersekongkol dengan bookie, Nokman berkata: "Saya tidak tahu, apa yang saya tahu saya kerja dengan persatuan, kalau ada pegawai lain terbabit saya tak nak masuk campur." Menurutnya beliau akan merujuk perkara itu kepada SPRM dan bersedia untuk menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya dipanggil selepas ini.

‘Penaja dalang rasuah sebenar’

Posted: 03 Feb 2014 09:43 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kelana Jaya: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah yang berlaku apabila pihak penaja dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang sepatutnya menjaga kebajikan pemain rupa-rupanya menjadi dalang memerangkap 17 pemain terbabit dalam rasuah dan mengatur perlawanan Liga Perdana musim lalu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Taufek Abd Razak (gambar) selepas beliau selesai melakukan siasatan ke atas 17 pemain Kuala Lumpur semalam.



Semua 17 pemain itu didapati bersalah atas dakwaan rasuah dan mengatur perlawanan namun terlepas hukuman berat apabila hanya dikenakan denda RM5,000 selepas jawatankuasa itu mendapati mereka terjebak dalam gejala tidak bermoral itu kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga selepas menerima ancaman bookie.

"Gaji penaja yang bayar, sebelum Liga Perdana bermula penaja sudah mengarahkan pemain supaya mengikut arahan mereka. Jadi pemain tidak memberikan permainan sebenar sehingga mereka melepaskan 60 gol dan kalah 16 daripada 22 perlawanan liga musim lalu.


"Mereka ada membuat aduan kepada KLFA tapi tiada tindakan diambil. Sebahagian besar pemain masih muda dan mereka ada niat untuk membuat laporan polis tapi bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Ada pihak penaja yang datang ke rumah pemain (buat ancaman) jika gagal mengikut arahan. Sudah ada pemain dipukul sebelum ini.


"Apa yang berlaku adalah pemain berada di bawah tekanan dan jawatankuasa hanya mengenakan denda RM5,000 kepada 17 pemain dan mereka diberikan amaran keras supaya lebih matang sebagai pemain dan manusia," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas selesai mesyuarat semalam.

Tujuh belas pemain terbabit adalah Hishamuddin Othman, Ahmad Dashila Tajudin, Badrul Hisyam Azmi, Ahmad Jihad Ismail, Mohd Munir Amran, Syafiq Johari, Mohd Ar'ra'uf Roslee , Muhd Rafef Raya, Muhd Hanis Mohtar, Muhd Taufiq Mohd Shukor, Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J Mughilan Kartik, Muhammad Azwan Jatin, S Sivaraj dan Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor.


Bagaimanapun jawatankuasa itu menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup dan denda RM20,000 kepada tiga pegawai Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Stanislav Lieskovsky (jurulatih), Rosli Omar dan Shaari Jani (pegawai) serta lima pemain Jeremy Danker, Khairul Anuar Shafie, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar dan Phoo Kai Lun kerana gagal membuat pembelaan atas tuduhan itu pada 20 November lalu.

Menurut Taufek, enam lagi pegawai pasukan dan KLFA bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib selepas ini manakala mereka akan menyerahkan segala maklumat kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengambil tindakan kepada pihak penaja yang namanya enggan didedahkan.


"Pemain menjadi mangsa keadaan apabila mereka terpaksa menandatangani kontrak bersama KLFA pada 11 Disember 2012 iaitu dua hari sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain. Jika mereka tidak menandatangani kontrak itu, mereka tidak sempat untuk menyertai pasukan lain sedangkan KLFA sudah menandatangani kontrak dengan penaja pada 22 November 2012.


"Jadi pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk meminta Jabatan Undang-Undang FAM untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepada KLFA dan pegawai pasukan itu," katanya.


Ketika ditanya mengenai nasib lima pemain yang sudah dikenakan hukuman gantung seumur hidup sebelum ini, Taufek menegaskan keputusan itu tidak berubah memandangkan pemain terbabit gagal mengemukakan pembelaan dalam tempoh ditetapkan.

FAM Lantik Kim Swee Pengendali Sementara Skuad Harimau Malaya

Posted: 03 Feb 2014 04:22 AM PST

Sumber: Bernama

PETALING JAYA, 3 Feb (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari Isnin melantik ketua jurulatih pasukan Harimau Muda A (bawah 23) Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara skuad Harimau Malaya.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal ketika mengumumkan perkara itu berkata Kim Swee ditugaskan untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga perlawanan terakhir kumpulan D di pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal bulan depan.


Katanya, pelantikan pengendali berusia 43 tahun itu dibuat memandangkan faktor kesuntukan masa untuk mencari jurulatih baharu selepas perbincangan untuk mengambil bekas pengendali pasukan kebangsaan Jepun, Philippe Troussier dari Perancis baru-baru ini gagal mencapai kata sepakat.

"Saya berharap pengumuman ini dapat menghentikan pelbagai khabar angin mengenai siapa yang sepatutnya menjadi pengendali skuad bola sepak kebangsaan yang disebarkan sebelum ini.

"Saya selaku pengurus bola sepak kebangsaan turut yakin dengan kredibiliti yang dimiliki Kim Swee untuk membawa pasukan kita ke tahap lebih baik," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini.

Dalam pada itu, Subahan mendedahkan bahawa FAM sedang menilai beberapa calon baharu yang berpotensi sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya walaupun sudah mempunyai senarai pendek 42 calon sebelum ini.

Beliau bagaimanapun berkata FAM tidak menetapkan tempoh masa bagi mencari ketua jurulatih baharu memandangkan skuad kebangsaan hanya berdepan Filipina dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac sebelum bertolak ke UAE untuk menghadapi Yemen, empat hari kemudian.

"Kalau adapun, mungkin perlawanan persahabatan menentang Singapura pada bulan Ogos nanti. Jadi tahun ini bukanlah tahun paling sibuk untuk pasukan kebangsaan...namun bukanlah bermaksud kita (FAM) ambil sikap lepas tangan dalam soal melantik ketua jurulatih baharu," jelas Subahan.

Sementara itu, Kim Swee berkata beliau tidak bimbang untuk mengendalikan dua pasukan dalam satu-satu masa memandangkan beliau telah berjaya mendapatkan khidmat staf sokongan untuk skuad kebangsaan.

"Saya tidak boleh mendedahkan nama pembantu jurulatih saya untuk membantu dalam dua perlawanan iaitu menentang Filipina dan Yemen nanti. Saya akan mengumumkan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat," katanya.

Kim Swee berkata beliau meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pembantu jurulatih skuad Harimau Muda A yang baharu, Rusdi Suparman bagi membimbing skuad muda negara menghadapi Liga Perdana Kebangsaan (NPL), Queensland di Australia bermula awal bulan depan.

Mengenai sasarannya, Kim Swee mahu menaikkan kembali ranking skuad Harimau Malaya yang kini berada pada kedudukan ke-154 dunia selain mencatatkan kemenangan ke atas Yemen bagi menghidupkan kembali peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

"Keutamaan saya ketika ini ialah aksi pusingan kelayakan (Piala Asia 2015) berdepan Yemen nanti, namun bukan bermaksud saya mengabaikan skuad Harimau Muda A.

"Saya turut akan menghantar beberapa staf sokongan untuk melihat perkembangan semasa mereka (Harimau Muda A)," katanya.

Insiden sangat serius - Azraai

Posted: 02 Feb 2014 06:51 PM PST

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA TERENGGANU - Jurulatih T-Team, Azraai Khor Abdullah menyifatkan insiden yang menimpa pemainnya, Evaldo Rodrigues yang dikasari pihak pengurusan Johor Darul Ta'zim (JDT) semasa perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru malam semalam sebagai sangat serius.

Dalam insiden yang berlaku di bilik persalinan sejurus tamat babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan itu, jurulatih kecergasan skuad The Titans, Stefano Impagiazzo turut dikasari pegawai keselamatan yang berada di tempat kejadian.



Beberapa saksi mendakwa Impagiazzo ditendang di bahagian kemaluan manakala Evaldo Rodrigues ditumbuk pihak pengurusan JDT sewaktu pemain T-Team menuju bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Difahamkan, pemain kelahiran Brazil, Evaldo dan Stefano hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu semalam untuk membuat laporan polis tetapi menangguhkan hasrat itu untuk sementara.

Turut difahamkan, sebelum itu kedua-dua pemain itu turut dibawa pihak pengurusan T-Team ke sebuah klinik di sini untuk pemeriksaan.

Azraai yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu maklum balas seterusnya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kami masih tunggu apa tindakan daripada FAM berhubung insiden ini, kami telah hantar laporan mengenai kejadian itu kepada badan induk tersebut semalam (malam semalam)," katanya.

Perlawanan antara T-Team menentang JDT di Johor Bahru malam semalam ditangguhkan setelah T-Team mengambil keputusan enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua.

Mereka cetus provokasi

Posted: 02 Feb 2014 06:49 PM PST

Sumber: Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa pemain T-Team melakukan provokasi sehingga membawa pergaduhan sewaktu perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam semalam.

Selain itu mereka tidak berpuas hati apabila perlawanan itu ditangguhkan separuh jalan akibat pergaduhan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan berehat.

PBNJ dalam laman Facebook rasminya mendakwa, sebaik wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impaguazzo telah membuat provokasi ke atas ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez.



"Tiba-tiba pemain import T-Team memakai jersi nombor 16, Evaldo Rodrigues meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Jiminez lalu memarahinya dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

"Pihak keselamatan stadium diketuai PDRM Johor berjaya meleraikan masalah," menurut PBNJ di dalam laman sosial itu.

PBNJ mendakwa perlawanan terpaksa ditangguhkan setelah keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan tidak mahu memulakan separuh masa kedua perlawanan

PBNJ turut mendakwa tiada apa-apa insiden buruk berlaku kepada pasukan lawan dan penyokong mereka, malah segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

Menurut PBNJ, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan separuh masa kedua dimulakan.

Menurut PBNJ lagi, mereka juga tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahu pun penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

FAM ambil tindakan

Posted: 02 Feb 2014 06:42 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemain dan pegawai yang terbabit dalam insiden kekecohan aksi Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan T-Team kelmarin.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, walaupun kes itu dianggap berprofil tinggi namun mereka tetap akan menjalankan prosedur siasatan yang sama membabitkan kedua-dua pasukan sebaik menerima laporan perlawanan hari ini.



"Saya akan menerima laporan daripada Komisioner Perlawanan, Pengadil, Koordinator Perlawanan dan kedua-dua pasukan esok (hari ini). Saya sudah berbincang dengan Datuk Afandi (Hamzah) untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Khamis ini bagi membincangkan isu ini.

"Jika ada bukti pegawai dan pemain melanggar peraturan tatatertib pertandingan, kita akan bawa mereka menghadap Jawatankuasa Tatatertib bagi tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Perlawanan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin kelmarin terpaksa ditangguh selepas pasukan pelawat T-Team bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah enggan meneruskan perlawanan apabila mendakwa ada pemain dan pegawai mereka dipukul dalam insiden kekecohan di terowong ketika menuju ke bilik persalinan pada rehat babak pertama.

Rodrigues, Impagliazzo buat laporan polis

Posted: 02 Feb 2014 06:40 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Penyerang import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo tampil membuat laporan polis kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam di Balai Polis Kuala Terengganu selepas mendakwa ditumbuk dan dikasari pengurusan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Pemain kelahiran Brazil berusia 33 tahun dan jurulatih kecergasan T-Team itu tiba di balai polis dan turut ditemani Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizam Mohd Zain.



Namun, selepas lebih 30 minit berada di balai polis itu, usaha untuk mendapat penjelasan Evaldo dan Impagliazzo berhubung insiden yang menimpa mereka di Larkin malam kelmarin gagal kerana kedua-duanya enggan memberi ulasan.

Syahrizam berkata, beliau hanya membawa pemain dan jurulatih kecergasan itu ke balai polis dan tidak membabitkan pihak pengurusan T-Team.

"Saya tidak tahu sama ada mereka membuat laporan polis atau sebaliknya kerana saya hanya membawa saja. Laporan ini adalah hak individu mereka berdua dan tiada kena mengena dengan pihak pengurusan T-Team," katanya ringkas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines