Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Chenta Uda & Dara ala K-Pop
- Jehan Miskin Bakal Kahwin Gadis Korea
- Memey: Ikut Abby bertudung tapi bukan politik
- Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam Kerana Sokong BN
- Bunkface Luahkan Rasa Kecewa Album Tak Laku
- Nyanyian Toi (AF6) Tidak Lagi Bercelaru
- Rabbani tunda konsert demi PRU13
- Pak Nil: 'Saya tak tahu'
- Chef Adu: Zain hanya membodohkan diri
- Bas ‘sardin’ terbalik, 62 pelajar nyaris lemas
- Pelajar dicekup berkhalwat bersama tukang masak
- Idam anak lelaki
- Tiga sahabat berdepan hukuman mati
- Pesawat angkasa Virgin jalani ujian pertama
- Batu loncatan untuk kerjaya lebih baik
- Seni jalanan yang tidak dihargai
Posted: 01 May 2013 04:33 AM PDT
KETIKA ini muzik K-Pop semakin diminati terutamanya golongan muda, malah kebanyakan artis-artis daripada Korea Selatan yang datang ke negara ini untuk mengadakan persembahan pastinya mendapat sambutan hangat. Berdasarkan penerimaan terhadap muzik tersebut, Astro Ria bakal menayangkan sebuah drama berjudul Kisah Chenta Uda & Dara yang akan disiarkan bermula 1 Mei ini setiap pukul 9 malam selama sembilan minggu. Pengarahnya, Prem Anand Pillai berkata, sebagai sebuah drama khusus untuk golongan muda, dia merancang untuk menampilkan penceritaan berdasarkan kepada kegilaan remaja masa kini. "Ketika ini muzik K-Pop sememangnya begitu digilai ramai, jadi saya merasakan dengan menerapkan elemen K-Pop dalam drama ini pastinya mampu menjadi tarikan utama. "Selain menampilkan jalan cerita yang menarik, para penonton turut dihiburkan dengan aksi nyanyian dan tarian K-Pop oleh para pelakon yang membintangi drama ini," ujarnya pada satu majlis pelancaran baru-baru ini. Drama Kisah Chenta Uda & Dara mengisahkan tentang tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup yang penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sebenar sehinggalah mereka mencapai kejayaan untuk bergelar seorang bintang. Menariknya, drama tersebut menampilkan gabungan pelakon popular dan baharu seperti Dafi, Chacha Maembong, Alif Hadi, Jen Shukri, Shafiqah Fauzi dan Anwar Mokles. Menurut Prem, memandangkan drama berkenaan turut menampilkan banyak babak tarian, para pelakon telah diminta menyertai sebuah bengkel tarian selama beberapa minggu sebelum penggambaran bermula. "Saya yakin drama ini cukup sesuai dengan golongan muda yang menggemari kisah tentang perjalanan hidup remaja, manakala elemen K-Pop yang diterapkan pula sedang mencetuskan fenomena. "Namun begitu, apa yang dipaparkan bukan sekadar kisah cinta semata-mata, tetapi ia lebih menekankan kepada persahabatan dan usaha mengejar cita-cita yang diimpikan," jelasnya. Sambutan baik Sementara itu, Ketua Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi yang turut hadir pada majlis pelancaran drama Kisah Chenta Uda & Dara berkata, pihaknya begitu mengalu-alukan penerbitan produk berkualiti serta cerita yang menarik minat penonton. Ujarnya, berdasarkan kolaborasi yang dilakukan bersama Wall's Cornetto sebelum ini, drama bersiri Cornetto Uda & Dara yang pernah disiarkan sebelum ini mendapat sambutan baik daripada para penonton. "Pada tahun lalu kami menerima maklum balas positif apabila ramai yang menggemari drama yang disiarkan itu. Jadi, kami memutuskan untuk meneruskan kolaborasi tersebut dan memperkenalkan lebih ramai lagi bakat baharu dalam dunia lakonan. "Pada masa yang sama kami berharap program televisyen sebegini dapat membuka pintu dan peluang kepada golongan muda berkecimpung dalam industri hiburan tempatan," ujarnya. | ||
Jehan Miskin Bakal Kahwin Gadis Korea Posted: 01 May 2013 04:33 AM PDT Harian Metro pada Rabu melaporkan, Jehan dan gadis yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berkenalan selama lima tahun. "Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya. "Saya akan ceritakan segalanya nantio selepas selesai majlis pernikahan," ujarnya. Dalam pada itu, Jehan berkata, majlis berkenaan akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat. Malah kata Jehan, majlis akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga. "Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini," katanya. Jelas Jehan, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang. | ||
Memey: Ikut Abby bertudung tapi bukan politik Posted: 01 May 2013 04:32 AM PDT Mula mengenakan tudung ketika menghadiri majlis sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 8, dua minggu lalu, akui Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 25, dia mula selesa dengan imej itu. "Alhamdulillah, akhirnya di usia ini, saya mendapat hidayah dari-Nya. "Sebelum ini, abang (Norman) pernah meminta saya untuk bertudung ketika ulang tahun kelahirannya pada 8 Januari lalu. "Namun, ketika itu saya masih belum bersedia walaupun niat untuk bertudung sudah lama difikirkan. Pun begitu, abang tidak mendesak dan memahami situasi saya. Apabila saya beritahu abang, dia sangat gembira dan menyokong penuh keputusan saya," katanya yang baru sahaja melahirkan bayi pertamanya, Mohamed Darwisz Hakim, pada 1 Februari lalu. Selain Mohamed Danish Hakim, Memey turut mempunyai dua lagi anak tiri, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3, hasil perkongsian hidup Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi. Ditanya mengenai keputusannya untuk bertudung berkait rapat dengan silaturahimnya bersama Abby Abadi, Memey tidak menafikan perkara itu. Malah, menurut Memey, dia dan Abby pernah berborak dan Abby turut menasihatinya untuk berhijrah. "Saya tidak kisah sekiranya ada yang berpendapat, penampilan dan penghijrahan Abby membuatkan saya terpengaruh untuk berhijrah kerana ia adalah sesuatu perkara yang baik. "Dia (Abby) sering menasihati saya, namun ketika itu hati saya masih belum bersedia dan terbuka untuk berubah. "Namun, saya tidak setuju jika ada yang mengaitkan saya dengan fahaman politik Abby. Walaupun saya bertudung, namun kami tidak pernah berbincang mengenai politik dan saya memilih untuk tidak mencampuri urusan politiknya," katanya yang mengakui menerima banyak tawaran sejak bertudung. "Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah walaupun saya tampil bertudung. "Sebelum ini, saya sering dihantui dengan persoalan dan dilema sekiranya perubahan saya ini sukar diterima industri. Namun, saya tak sangka, rezeki saya masih ada. "Apa yang penting, keikhlasan kita dalam membuat sesuatu keputusan dan percaya pada rezeki ALLAH SWT," katanya yang baru sahaja menjalani penggambaran rancangan, Roda-Roda KL. Ingin hamil lagi Walaupun usia Darwisz baru sahaja menghampiri tiga bulan, Memey terpaksa meninggalkan anak kesayangan di bawah jagaan adiknya untuk keluar bekerja. Menurut Memey, walaupun terpaksa keluar bekerja, namun dia akan tetap mencuri masa untuk bersama puteranya itu. "Bila saya di set penggambaran, memang tak sabar-sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang, saya akan 'curi masa' sejam dua ketika rehat untuk pulang dan datang semula ke set selepas itu. "Masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk keluar bersama dan melayan karenah anak. Walaupun saya masih muda, namun saya perlu belajar untuk menguruskan anak sendiri. "Saya bersyukur kerana Darwisz sangat baik dan tidak mudah meragam. Malah, melihat keletahnya, saya tidak menolak untuk mengandung lagi," katanya yang turut mengamalkan penyusuan badan kepada anaknya. Ditanya mengenai siaran drama yang diulang tayang, Memey berkata, dia tidak akan menyalahkan pihak televisyen atau penerbit sekiranya lakonan sebelum bertudung ditayangkan. "Saya perlu bersikap open minded dan profesional dalam bekerja. Penonton sendiri boleh menilainya. "Lagipun, sebelum ini, saya bukanlah pelakon yang seksi. Hanya tudung sahaja yang membezakan antara dulu dan sekarang. "Pun begitu, saya tetap menjaga batas-batas sebagai wanita Muslimah dan bertepatan dengan status serta imej sekarang," katanya. | ||
Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam Kerana Sokong BN Posted: 01 May 2013 04:31 AM PDT Bukan itu sahaja, Azhar, 41, turut berhadapan dengan masalah besar apabila akuan laman sosial miliknya itu turut digodam oleh individu bernama 'Cyber Troopers' yang didakwanya sebagai penyokong parti pembangkang. "Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi," katanya kepada pemberita pada Selasa. Azhar tampil memberi kenyataan terbabit selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa kerana merasakan dirinya terancam akibat pengkhianatan siber itu. Azhar yang popular dengan filem Abang 92 itu berkata, dia kecewa kerana haknya untuk bersuara menerusi laman sosial berkenaan disekat terutamanya apabila dia menunjukkan sokongan kepada BN. Malah kata Azhar, komen-komen yang diberikan menerusi Facebook miliknya itu bukanlah kerana dia berhasrat untuk menjadi ahli politik tetapi mahu berkongsi dengan peminat mengenai kebaikan pemerintahan yang sedia ada. "Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah," katanya. | ||
Bunkface Luahkan Rasa Kecewa Album Tak Laku Posted: 01 May 2013 04:30 AM PDT Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom berkata, ia sedikit sebanyak membuatkannya bersama dua lagi ahli iaitu Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan) agak kecewa selain mendapati peminat-peminat Bunkface seolah-olah semakin berkurangan. "Kami tidak tahulah di mana silapnya kerana jika nak kata tak cukup promosi, ia sama sahaja seperti album pertama kami iaitu Phobia Phoney dan album itu benar-benar mendapat sambutan. "Jadi kami anggap mungkin kami tersilap catur dengan muzik yang dibawakan di mana ia kurang menyengat di hati pendengar dan peminat. "Atau kemungkinan lainnya, lagu konsep kami sudah tidak masuk dalam peredaran muzik sekarang. Saya tak pasti," katanya. Tambah Sam, keadaan itu juga membuatkan tawaran undangan untuk mereka membuat persembahan juga berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Paan pula berkata, dia berasa pelik apabila peminat-peminat Bunkface sering bertanyakan tentang bilakah lagu-lagu mereka bakal muncul, sedangkan mereka sudah pun memiliki sebuah album baharu. "Kami rasa pelik apabila peminat sering bertanyakan lagu baru. Sedangkan sudah jelas terpampang di Facebook kami mempromosikan Bunk Not Dead ," ujarnya. Beritahu Paan, walaupun peredaran muzik sudah berubah, Bunkface tetap tidak akan mengubah konsep lagu 'punk rock' yang dibawakan. Dalam pada itu, bagi mempromosikan semula album kedua Bunkface, kumpulan itu akan mengadakan konsert mini iaitu 'Bunk Not Dead Tour Malaysia' di lapan buah lokasi di seluruh negara tidak lama lagi. "Saya harap dengan cara ini, para peminat dapat mendengar lagu-lagu baru kami yang sudah dilancarkan sejak pertengahan tahun lepas," tuturnya. | ||
Nyanyian Toi (AF6) Tidak Lagi Bercelaru Posted: 01 May 2013 04:30 AM PDT Toi atau nama sebenarnya Khairul Nizam Baharom berkata, masalah itu pulih disebabkan keinginannya untuk memperbaiki kelemahan diri dalam nyanyian selain bercita-cita mahu menjadi penyanyi yang baik. "Dulu ketika di AF6 memang saya sering dikritik mempunyai masalah 'tone deaf' sehingga tidak berjaya bertanding ke peringkat akhir. "Namun itu semua tidak menghalang saya untuk perbaiki kelemahan diri. Mungkin juga pada ketika itu saya tertekan dengan tugasan yang diberi sehingga membuatkan saya tidak boleh menyanyi dengan baik," katanya. Tambah Toi, dia kini bersyukur apabila pengalaman menyanyi menerusi undangan persembahan membuatkan nyanyiannya menjadi lebih baik.Malah Toi bakal muncul sebuah lagu baharu tidak lama lagi khas buat peminat-peminatnya. Toi yang juga gitaris kumpulan Hiper Act turut muncul dengan single lagu ketiganya berjudul Hanya Aku. "Apa-apa pun lagu Hanya Aku akan keluar dahulu sebelum single solo saya. "Hanya Aku akan menjadi lagu runut bunyi bagi drama Teduhan Kasih yang akan bersiaran di TV3 bermula 8 Mei ini. Semoga peminat senang dengan lagu baharu kami," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Toi juga masih lagi aktif memenuhi undangan yang memerlukan dirinya bermain dengan alatan muzik Angklung. | ||
Rabbani tunda konsert demi PRU13 Posted: 01 May 2013 04:27 AM PDT Wakil penganjur yang juga ahli kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, konsert yang membabitkan ramai artis, tokoh dan pihak lain itu terpaksa ditunda berikutan tarikh asal yang hampir dengan pilihan raya. Katanya, lokasi konsert juga bertukar daripada Stadium Malawati Shah Alam ke Space U 8 Mall, Shah Alam, namun karnival jualan tetap diadakan bermula 3 hingga 8 Jun. "Diharapkan dengan tarikh baru ini memberi peluang kepada mereka yang terbabit memberikan tumpuan kepada pilihan raya yang semakin hampir," kata Azadan. Menurutnya, sebelum acara kemuncak itu, penganjur mengadakan pelbagai acara antaranya, Makan Malam Amal Hospital For Gaza dan Konsert Prelude Rebuild Gaza For A Nation, di Alor Setar, Kedah. "Konsert ini baru sahaja selesai menerima sokongan daripada ramai artis termasuk Saujana, Mawi, Herman Tino, Nash, Mawleed, Nowseeheart, Fine dan Rabbani. "Program ini dimeriahkan lagi dengan tayangan secara langsung rancangan Realiti bagi mengajak penonton melihat lebih dekat usaha Pembangunan Semula Gaza," katanya. Untuk mengetahui maklumat lanjut, layari www.facebook.com/mapim dan www.mapim2u.com. | ||
Posted: 01 May 2013 04:26 AM PDT Malah pertikaian itu turut mengheret salah seorang pemenang episod itu, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil. Zain mendakwa penjurian tidak adil kerana juri hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi dari peserta lain sedangkan sebelum ini mereka sudah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri. Berpeluang menemui Pak Nil dalam Majlis Pelancaran Popstar kelmarin, beliau menjelaskan dan mengakui tidak tahu apa yang berlaku ketika sesi penyingkiran. "Semasa penyingkiran, saya tidak berada dalam bilik itu jadi saya tak tahu apa yang berlaku. Pelukan daripada Zain selepas dia keluar dari bilik itu sebenarnya hanya pelukan seorang abang dan adik. "Dia keluar dengan muka marah dan tak puas hati. Saya tak tahu pun ada cerita saya di dalam. Juri pun tak ada cakap apa yang berlaku," katanya kepada Sinar Harian Online. Beliau juga akui hanya tahu dirinya dikaitkan apabila peserta yang terlibat semasa penyingkiran, Rozita Che Wan (Che Ta), Lydiawati dan Sathiya bercerita. "Saya cuma tahu saya dikaitkan apabila Che Ta, Lidyawati dan Sathia bercerita. Bila keluar dari mulut mereka, saya dengar cerita yang berbeza. Jadi, saya tak nak buat apa-apa penilaian. "Malah, saya tak berpeluang menonton rancangan itu langsung sebab saya di Johor. Jadi, anda tanya, saya memang tak tahu," katanya. Pak Nil juga memberitahu ada terbaca di Twitter tentang kenyataan peminat yang mengkritik tindakan Zain. "Saya terbaca di Twitter, yang mengatakan Zain tak patut bertindak begitu begini. Tapi Zain ada beritahu saya bahawa dia cuma persoalkan juri bukan kemenangan saya. "Zain kata, masalah itu bukan dengan saya, jadi, saya lega. Saya tak tahu apa dia buat, apa yang saya tahu dia mempertikaikan penjurian," katanya. Ketika ditanya soal meminjam bahan peserta lain, Pak Nil menjelaskan. "Stew yang saya masak itu dah cukup sebenarnya tapi bila nak dinilai, saya rasa macam kosong. Jadi, saya minta sedikit nasi dari Kenchana Dewi," katanya. Mengulas mengenai sistem penjurian yang dipertikai itu, Pak Nil memandangnya dari sudut positif. "Manalah tahu kalau penjurian itu diragui, ia mungkin akan jadi lebih baik. Ketika itu, kita kena berterima kasih pada Zainlah kan? Pada saya, ada hikmah juga," katanya. | ||
Chef Adu: Zain hanya membodohkan diri Posted: 01 May 2013 04:26 AM PDT Rata-rata menyalahkan kekasih aktres jelita, Rozita Che Wan, ini dan menganggap tindakannya terlalu biadab serta tidak menghormati juri dan tenaga pengajar yang lebih berusia. Malah, Zain turut mengakui dirinya telah dipergunakan produksi untuk tujuan tertentu dan dijadikan watak jahat dalam drama itu. Enggan mengambil pusing mengenai situasi itu, chef yang juga juri, Chef Adu Amran, meminta agar perkara ini tidak terus diperbesarkan. "Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Zain ataupun peserta lain. Dalam situasi itu, Zain hanya bertikam lidah dengan Chef Joe. "Namun, sebagai barisan juri, saya perlu menjernihkan keadaan. Janganlah memperbesarkan hal ini lagi kerana ia hanyalah perkara yang remeh. "Lagipun, tindakan Zain itu hanya membodohkan diri sendiri dan seharusnya menerima kesilapan itu," katanya yang tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Menerusi MSM 2, Zain merupakan selebriti ketiga yang terpaksa meninggalkan rancangan itu setelah Yassin dan Keroz Nazri disingkirkan pada minggu penyingkiran terdahulu. | ||
Bas ‘sardin’ terbalik, 62 pelajar nyaris lemas Posted: 01 May 2013 04:21 AM PDT Demikian pengakuan seorang saksi kejadian, Salbiah Hasan, 46, setelah melihat kejadian 62 pelajar sebuah sekolah agama di sini yang menaiki sebuah bas, nyaris lemas setelah kenderaan itu terbabas seterusnya terhumban ke dalam parti di Kampung Parit Abas, semalam. Menurutnya, kejadian berlaku jam 2.30 petang di Kampung Parit Abas Kuala Kurau setelah bas itu terbalik akibat keadaan permukaan jalan yang licin. "Ketika itu, saya berada di luar rumah menunggu anak bongsu saya yang bersekolah rendah di sini kerana bimbang dengan keselamatannya yang belum tiba ditambah pula dengan keadaan hujan yang lebat. "Sedang saya menunggu, saya terlihat bas yang sering membawa pelajar asrama berulang alik, itu seakan-akan condong ke sebelah kanan jalan sebelum terhumban ke dalam parit," katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian, semalam. Salbiah berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila kesemua pelajar itu dilihat cuba keluar melalui segenap ruang dari dalam bas untuk menyelamatkan diri. "Keadaan menjadi kecoh kerana kesemua pelajar tersebut menjerit ketakutan sambil keluar melalui celah-celah tingkap bas tersebut. "Mujurlah keadaan paras air dalam parit itu yang agak cetek memudahkan kesemua pelajar terbabit menyelamatkan diri. "Tiada apa yang dapat saya lakukan kecuali menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau untuk segera ke tempat kejadian," katanya. Sementara itu, salah seorang mangsa yang enggan dikenali berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia merasakan keadaan seolah-olah menjadi 'gelap gelita'. "Bila bas dinaiki kami ditenggelami air, kami terus berasak-asak untuk keluar dari bas disebabkan bimbang lemas di dalam air parit. "Mujur paras air parit tidak tinggi dan kami semua berjaya keluar dengan selamat," katanya. Sementara itu Penolong Bomba Kanan (PBK) 2, Mohd Sarif Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan punca kejadian masih dalam siasatan. | ||
Pelajar dicekup berkhalwat bersama tukang masak Posted: 01 May 2013 04:18 AM PDT Dalam serbuan itu, pegawai syariah bersama polis terpaksa memecahkan pintu bilik kerana pasangan terbabit enggan bekerjasama sebelum berjaya memasuki bilik disewa pasangan lelaki terbabit, sejak dua hari lalu. Soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim dan bilik itu disewa pasangan lelaki yang berasal dari Balai Besar, dipercayai untuk melakukan hubungan seks. Menurut pelajar terbabit, dia masuk ke bilik tersebut kira-kira jam 5 petang dan sempat melakukan seks bersama teman lelakinya yang telah berkahwin serta mempunyai seorang anak. Pelajar terbabit yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Dungun itu juga turut mengakui pernah beberapa kali melakukan hubungan seks dengan pasangan berlainan dan menghadapi tindakan undang-undang kerana melakukan perbuatan tidak bermoral. Lebih memeranjatkan, selepas ujian saringan air kencing dilakukan mendapati pasangan itu turut positif dadah jenis methapethamine. Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing. Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah atas kesalahan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pasangan terbabit juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengambil dadah. | ||
Posted: 01 May 2013 04:14 AM PDT
BARANGKALI pagi Isnin bukan detik ideal untuk memulakan bicara serius, tapi ruang masa yang diluangkan bersama penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Huda Abdul Wahab atau sekarang lebih dikenali dengan panggilan Nurul Depp mengubah atmosfera serta-merta. Personaliti menarik, ceria disuntik pancaran seri wajah seorang bakal ibu buat ke sekian kalinya selepas hampir 15 tahun melupakan saat-saat getir bersalin, Nurul tidak lokek berkongsi cerita dan perkembangan terbaharunya. Kata Nurul, biar usia kandungannya kini memasuki 17 minggu (empat bulan), dia masih kekal aktif dan akan terus bekerja sehingga pertengahan bulan Julai depan sebelum dijangka bersalin pada 15 Oktober. "Dua bulan pertama saya tiada tenaga untuk menyanyi dan rasa terlalu penat. Tapi dalam masa sama saya teruja dan apabila disahkan mengandung, pengalaman ini ibarat kali pertama. Bayangkan selepas 15 tahun tidak mengandung. "Saya sekarang semakin matang. Kalau dulu mengandung waktu muda saya tidak rasa apa-apa, tapi sekarang tindakan saya lebih tersusun dan kegembiraan itu payah untuk digambarkan. "Eric (suami) orang yang paling teruja dan sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran anak pertamanya. Cuma kami belum membeli pakaian bayi lagi kerana belum tahu jantina," tutur Nurul membuka perbualan. Melanjutkan bicara usai fotonya dibidik oleh jurugambar Kosmo! Syefry Moniz di butik Syomir Izwa, kata Nurul nalurinya merasakan bayi yang dikandung kini adalah lelaki. Tanpa berselindung, dia mengakui mahukan cahaya mata lelaki pula selepas anak sulungnya, Ayu Nazirah yang kini sedang menuntut di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor menjadi pengarang jantungnya lebih sedekad.
Risiko Nurul bersyukur diberikan peluang untuk mengandung lagi pada usia 36 tahun. Ujarnya, dia hanya mahu memikirkan hal yang positif dan memfokuskan kesihatan diri serta kandungan sahaja. "Memang saya ada terbaca risiko mendapat anak sindrom down tinggi apabila hamil pada usia 30-an, tapi saya berdoa agar diberikan kesejahteraan kepada keluarga saya dan bayi yang di kandung. Alhamdulillah, tiada penyakit genetik dalam sejarah keluarga saya sebelum ini. "Saya mahu fokuskan perkara yang baik-baik saja. Hamil adalah perkara yang saya hajati sebelum berumur 35 tahun. Saya merancang untuk mempunyai dua orang cahaya mata lagi selepas ini, Insya-Allah," katanya yang sudah mula menyusun jadual untuk merakamkan single terbaharu selepas bersalin kelak. Berkongsi sedikit pengalaman ketika fasa awal hamil sekitar bulan Februari lalu, pelantun lagu Kerana Terluka itu pernah pengsan akibat terlalu tertekan dan panik ketika terbabit dalam sebuah acara di Johor. "Saya mempunyai penyakit SVT (Supraventricular Tachycardia) iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan kadar degupan jantung bertambah dua kali ganda dan kemuncaknya akan menyebabkan pengsan. Entah bagaimana, ketika hari kejadian saya sedikit tertekan, panik dan terlalu penat. Akhirnya saya rebah dengan penuh bergaya bak kata kru produksi," selanya bersulam ketawa. Berkahwin dengan lelaki yang berbeza adat, budaya dan bahasa tidak melunturkan rasa cinta Nurul buat Eric. Bagaimanapun, dia mengakui sikap lelaki dari negara Perancis itu berbeza dengan watak tipikal warga tempatan. "Mereka tidak suka mendedahkan hal peribadi kepada khalayak. Kerja adalah kerja! Kalau perlu, dia akan tampil ke depan (publisiti) tapi kebanyakannya dia menolak. Itulah yang menampakkan kami seperti 'low profile'," kata Nurul yang akan ke Perancis menghabiskan kursus bahasa Perancis ketika cuti musim panas di sana tidak lama lagi. Berita blog Memilih untuk berkongsi berita kehamilannya menerusi blog miliknya, nurulwahabdepp.wordpress.com yang telah mula beroperasi sejak lapan bulan lalu, kata Nurul bukan niatnya untuk berlagak sombong atau enggan berkongsi dengan rakan-rakan media. "Blog itu umpama diari saya tempat saya meluahkan segalanya dari sisi lain seorang Nurul Wahab. Ia ibarat surat terbuka kepada peminat dan pengunjung blog saya. Saya menulis setiap apa yang saya rasa atau fikir, ia cuma pandangan saya dari sudut berbeza daripada sebelum ini. "Saya mengumumkan kehamilan saya menerusi blog untuk mendapatkan hit mendadak serta-merta untuk tujuan perniagaan selepas ini. Tiada terdetik dalam hati saya untuk berlagak. Lagi pun, saya tidak mahu pilih kasih kepada kawan-kawan media dan biarlah berita itu sampai secara serentak kepada semua," tegas Nurul yang kini sedang sibuk menjadi juri program nyanyian kanak-kanak, Ceria Popstar. Meneroka ruang sedikit serius mengenai naik turun kariernya sebagai anak seni sejak usianya bergelar remaja lagi, kata Nurul senario itu ibarat alah bias tegal biasa. "Perkara pokok apabila memasuki industri hiburan adalah jangan melakukan kesilapan, menjaga disiplin dan perhubungan dengan orang sekeliling. Mungkin adakalanya kesilapan itu datang daripada orang lain, tapi kita perlu bijak merencanakan perjalanan seterusnya selepas tersungkur. "Saya mengaku saya pernah tersilap langkah dan akhirnya saya tidak mendapat lagu yang bagus, tapi saya belajar daripada ralat itu dan bersaing secara sihat. Saya kurang pendedahan menerusi televisyen dan orang yang tidak melihat saya mungkin anggap saya sudah tidak aktif lagi. "Paling penting, anggap kerjaya sebagai satu bisnes! Ada produksi, penganjur dan pelanggan yang perlu kita jaga sebaik mungkin. Apabila sudah usaha, tapi orang tidak suka kita tidak boleh buat apa-apa lagi," kata Nurul serius. Dalam pada itu, nasihat Nurul kepada pelapis baharu; "Selagi ada bakat teruskan apa yang sedang dilakukan. Jangan jadi artis yang mahu ada nama untuk mengejar sesuatu lain, senang cakap 'jangan menyemak'!" | ||
Tiga sahabat berdepan hukuman mati Posted: 01 May 2013 04:11 AM PDT KUCHING - Tiga sahabat berdepan hukuman mati mandatori selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang bekas banduan menggunakan topi keledar minggu lalu. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Yusman Abu Talip, 22, Muhammad Osman Usup, 23, dan Awang Mustaffar Awang Mohammad, 25, di hadapan Majistret Shafiza Abdul Razak Tready. Kesemua mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mereka didakwa membunuh Mohammad Syamsul Izwan Mohammad Suhaili, 24, dalam satu pergaduhan di tepi tasik di hadapan Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya di sini antara pukul 10 malam hingga 10.28 malam pada 22 April lalu. | ||
Pesawat angkasa Virgin jalani ujian pertama Posted: 01 May 2013 04:07 AM PDT WASHINGTON - Pesawat angkasa milik Virgin Galactic yang dibina untuk membawa pelancong ke pinggir angkasa melakukan ujian penerbangan pertamanya kelmarin. Enjin pesawat SpaceShipTwo dihidupkan selepas dipisahkan oleh pesawat WhiteKnightTwo yang membawa pesawat itu ke paras ketinggian 14,000 meter di padang pasir Mojave, California, kata firma milik jutawan Britain, Richard Branson dalam satu kenyataan. Roket tersebut berjaya diterbangkan seperti yang dirancang iaitu selama 16 saat, cukup untuk membawa kapal angkasa itu pada ketinggian 16,764 meter dengan 1.2 kali kelajuan bunyi. "Buat pertama kalinya, kami berjaya membuktikan komponen utama sistem itu dapat berfungsi dengan begitu baik," kata Branson. Berikutan kejayaan ujian itu, Branson menjangkakan pesawat angkasanya boleh mula beroperasi menjelang hujung tahun ini. Lebih daripada 500 orang telah menempah tempat duduk dan membayar deposit untuk tiket yang berharga AS$200,000 (RM607,200) bagi setiap penerbangan perjalanan merentasi suborbit dengan SS2. Pesawat SS2 boleh menempatkan enam penumpang. SS2 merupakan versi komersial SpaceShipOne, kapal angkasa swasta pertama yang sampai ke pinggir angkasa pada tahun 2004. Ia kini ditempatkan di Muzium Udara dan Angkasa di Washington. | ||
Batu loncatan untuk kerjaya lebih baik Posted: 01 May 2013 04:06 AM PDT
RUTIN kerja harian, N. Ganesan, 33, bermula seawal 7.30 pagi. Tugas utamanya sebaik masuk ke pejabat adalah mengambil surat khabar, menyelak helaian demi helaian dan memotong artikel yang berkaitan dengan majikannya. Tugasnya sebagai Pembantu Am Pejabat Gred N1 secara kontrak di Jabatan Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu kedengaran mudah. Bagaimanapun, setiap hari anak jati Kuala Lumpur itu perlu menyemak 10 naskhah surat khabar iaitu berbahasa Melayu, Inggeris dan Tamil. "Setiap hari kerja, saya perlu menyemak kesemua surat khabar tersebut. Jika terdapat artikel berkaitan DBKL saya akan potong, masukkan dalam fail dan hantar ke Majlis Tertinggi DBKL. Sekiranya, ada artikel yang memerlukan jawapan balas untuk disiarkan di akhbar, saya perlu mendapatkan respons tersebut sebelum diserahkan kepada akhbar terbabit," katanya yang tinggal di Flat Sri Sabah, Cheras. Kerjaya awal Sebelum bekerja di DBKL, Ganesan bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di Astro. Pekerjaan itu dilakukan selama tiga tahun juga secara kontrak. Ketika berusia 27 tahun, Ganesan terlihat iklan di akhbar berkaitan kerja kosong yang ditawarkan di DBKL iaitu sebagai pengawas Gred N11. Membina kerjaya dengan pihak kerajaan merupakan impiannya sejak dahulu. Dia yang masih bujang ketika itu, telah menghantar permohonan dan menghadiri temuduga sebelum berjaya mendapat jawatan tersebut iaitu secara kontrak selama tiga tahun. "Saya rasa sangat seronok mendapat pekerjaan tersebut, walaupun secara kontrak saya memperoleh pelbagai faedah sama seperti pekerja tetap kecuali tiada pencen. Saya juga mendapat elaun perumahan, sara hidup, perkhidmatan rawatan percuma, kenaikan gaji dan bonus. Apabila kontrak selama tiga tahun tamat dan saya ditawarkan kontrak lanjutan selama setahun," katanya yang kini telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Pada tahun 2010, kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan jawatan tersebut. Ganesan perlu membuat pilihan sama ada untuk berhenti kerja atau turun gred kerana jawatan baharu itu memerlukan kelayakan akademik lebih tinggi. Ini kerana, jawatan lamanya cuma memerlukan kelayakan minimum Sijil Rendah Pelajaran manakala jawatan baharu memerlukan kelayakan minimum iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kredit subjek Bahasa Malaysia. "Walaupun saya bekerja secara kontrak, syukur hak saya sebagai pekerja tetap terjamin. Dalam keadaan tersebut, saya mengambil keputusan untuk turun gred kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Selepas itu, saya dihantar ke jabatan sekarang. Saya tidak menyesal membuat pilihan tersebut kerana masih mempunyai kerja, malah berpeluang untuk memohon jawatan tetap jika ada kekosongan," katanya yang seronok melakukan tugas tersebut. Bersyukur dapat kerja Dalam pada itu, rakan sepejabatnya, Laili Noor Hila Talib, 28, juga bersyukur kerana memperoleh pekerjaan iaitu Pekerja Am Gred R1 walaupun secara kontrak. Menganggur selama beberapa tahun selepas tamat SPM, pekerjaan pertama tersebut sangat mengujakannya. "Saya gembira bekerja di sini, kerjanya pun tidak susah dan kerja-kerja banyak dilakukan dalam pejabat seperti mengirim, merekod dan memfail surat-surat yang diterima. Jika ada program pejabat pada hujung minggu, saya turut diberikan elaun kerja lebih masa," katanya yang mampu memperoleh gaji sehingga RM2,000 sebulan. Sejak masuk kerja pada tahun 2006, ibu kepada dua anak itu turut berpeluang menyertai program-program yang dihadiri pemimpin-pemimpin negara. "Jika lihat kepada jawatan saya, siapa sangka saya boleh bertemu ramai pemimpin negara atau pergi ke acara-acara yang diadakan di hotel-hotel besar. Ini kerana apabila berlaku acara melibatkan pemimpin negara di ibu negara saya akan bertugas sebagai penyambut tetamu," katanya. Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur itu, tidak ada apa yang perlu dimalukan atau dibimbangkan jika bekerja secara kontrak. "Layanan yang kami terima jika dibandingkan dengan pekerja tetap tidak ada bezanya. Kerjaya sebagai pekerja kontrak juga bagus untuk menimba pengalaman selain membina reputasi kerja sebelum memohon secara tetap," katanya yang memberitahu gaji pekerja kontrak dipotong untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala pekerja tetap mempunyai pencen. Laili tidak bimbang tentang lanjutan kontrak ekoran majikannya hanya membuang pekerja yang mempunyai masalah disiplin. Dia juga tidak berhasrat untuk mencari kerja di tempat lain berikutan keistimewaan yang diperoleh sebagai pekerja DBKL memuaskan hatinya. "Saya mendapat kenaikan gaji, elaun lebih masa dan faedah perubatan. Jika ada program hari keluarga, kami juga tidak ketinggalan menyertainya," katanya. Penyanyi kontrak Dalam pada itu, Norhaslina Mohd., 31, pula walaupun berstatus pekerja kontrak, namun lapangan kerjayanya jauh berbeza daripada Ganesan dan Laili. Norhaslinda bertugas sebagai penyanyi di hotel-hotel atau kelab-kelab. Menggunakan nama pentas iaitu Sally, anak kelahiran Tampoi, Johor Bahru, Johor itu telah terbabit secara aktif sebagai penyanyi sejak berusia 19 tahun lagi. Berminat dalam bidang nyanyian sejak kecil, aktiviti nyanyian Sally terus berkembang ketika zaman persekolahan terutamanya ketika di sekolah menengah. "Pada usia 14 tahun saya telah menyertai banyak aktiviti nyanyian bukan sahaja di Johor, malah di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Ketika itu, saya mendapat undangan pentas yang diuruskan oleh ejen-ejen dengan bayaran paling banyak sehingga RM150 untuk satu persembahan nyanyian. "Saya berhenti seketika daripada menyanyi apabila ingin menduduki SPM. Selepas itu, pada usia 19 tahun, kakak saya yang bekerja di sebuah hotel di Johor Bahru telah mengesyorkan saya untuk menyanyi secara kontrak di tempat kerjanya. Ia merupakan kontrak pertama saya sebagai penyanyi yang dilakukan pada tahun 2001. Kontrak tersebut selama tiga bulan dengan kadar bayaran sebanyak RM1,500 tidak termasuk komisen," katanya. Sejak itu, Sally tidak menoleh kebelakang lagi dan terus terbabit sebagai penyanyi sama ada di hotel atau kelab malam. Dalam tempoh 12 tahun pembabitan, banyak kontrak ditanda tanganinya yang kesemuanya diuruskan oleh ejen. "Bidang nyanyian merupakan minat saya bagaimanapun, kerjaya seperti ini masa depanny tidak menentu. Bayaran kontrak yang diterima juga tidak tinggi iaitu sekitar RM3,000 sebulan. Sesetengah majikan memberikan tempat tinggal, makanan, dobi dan minuman percuma. Masalahnya, cuti tidak menentu dan sakit pun kena kerja atau cari pengganti dengan gajinya saya bayar. "Selain itu, tiada kemudahan perubatan dan KWSP. Untuk mendapatkan kontrak juga bukan mudah kerana ramai penyanyi tempatan dan luar negara yang berebut untuk mendapatkannya," katanya yang pernah hampir tiga bulan tidak menerima sebarang tawaran kerja. Untuk perancangan masa depan, Sally yang turut berbakat dalam bidang lukisan berhasrat untuk berhenti menyanyi ketika berusia 35 tahun. "Saya mungkin membuka restoran atau menjadi guru vokal," katanya yang tidak pernah menyesal menceburi bidang tersebut. | ||
Seni jalanan yang tidak dihargai Posted: 01 May 2013 04:05 AM PDT GRAFITINYA berbentuk tulisan kaligrafi Cina dibuat menggunakan berus yang dicelut dakwat hitam pekat. Ia menggambarkan sebuah cerita tentang diri artis tersebut yang percaya wilayah tersebut kepunyaannya. Tsou-choi yang mengaku sebagai Raja Kowloon hidup dalam kemiskinan. Bagaimanapun, dia kemudiannya diangkat menjadi hero apabila kira-kira 55,000 kerja seni luarannya mendapat perhatian antarabangsa. Dalam tempoh lima dekad itu hampir semua tempat daripada peti surat sehingga jejambat terdapat lukisan grafitinya. Tsou-choi meninggal dunia pada tahun 2007 iaitu ketika berusia 85 tahun. Enam tahun kemudian, hanya empat seni jalanan yang dibuatnya masih terpelihara, manakala yang lain terhapus seiring gelombang pembangunan semula atau kerja-kerja mengecat oleh pihak berkuasa. Pertahan tinggalan sejarah Komuniti seni Hong Kong ketika ini sedang berjuang bagi memulihara tinggalan sejarah yang masih ada di tempat-tempat awam itu. "Kerja-kerja si Raja perlu berada di jalanan, tetapi kebanyakannya sudah terhapus atau dibersihkan. Justeru, bagi menyelamatkan hasil karya tersebut, kami perlu memeliharanya," kata jurugambar, Simon Go. Simon merupakan kawan Tsou-choi dan menjalankan sebuah organisasi warisan Hong Kong, Hulu Culture. Warisan sering menjadi mangsa pembangunan di Hong Kong dan kerajaan sering dikritik kerana tidak mengambil berat pemuliharaan sejarah budaya. Pengkritik seni yang juga kawan kepada Raja Kowloon, Lau Kin Wai berkata, dia pernah cuba menyakinkan pihak berkuasa bagi menyelamatkan kerja-kerja Tsou-choi, tetapi gagal. "Ia membuatkan saya marah, LCSD (Jabatan Perkhidmatan Budaya dan Senggang) tidak mempunyai deria budaya. "Dia merupakan salah seorang artis grafiti moden terawal tetapi mereka mempersoalkannya," katanya kepada pemberita AFP. Tsou-choi berhijrah ke Hong Kong semasa remaja dari wilayah China, Guangding dan memulakan kerjaya grafiti prolifik pada tahun 1950-an. Dia percaya, leluhurnya pernah memerintah daerah Kowloon. Seni jalanan Tsou-choi mempromosi haknya sebagai pemerintah monarki di situ. Karyanya menggambarkan salasilah keluarga dan penentangan terhadap kuasa kolonial secara terang-terangan yang dilakukan pada tiang-tiang dengan menggunakan tulisan karakter Cina. Di Hong Kong, dia bekerja sebagai pengumpul sampah sehingga patah kedua-dua kaki pada usia sekitar 60-an. Kejadian itu tidak mematahkan semangatnya malah, sanggup menggunakan topang ketiak ketika mengecat. Hero Hong Kong Disalah erti sebagai lelaki tua gila dan kerap kali ditahan atas kesalahan vandalisme, dia akhirnya diangkat menjadi hero Hong Kong apabila bandar itu diserahkan Britain kepada China pada tahun 1997. Ketika penyerahan semula itu, orang ramai mencari-cari identiti tempatan yang signifikan. Grafiti Tsou-choi mula menjadi perhatian dan pada tahun 1997. Pereka fesyen Hong Kong, William Tang menggunakan imej grafiti tersebut untuk koleksi rekaannya. Tidak cukup dengan itu, karya seni Tsou-choi muncul dalam persembahan seni Venice Biennale. Serpihan seninya seperti yang ditulis pada kertas, kayu dan objek-objek lain menjadi barang-barang yang digemari pengumpul. Pada tahun 2011, sebuah kotak metal yang mempunyai kaligrafi Tsou-choi dijual di Sotheby, Hong Kong pada harga HK$800,000 (RM313,995). Walaupun, Tsou-choi telah dianggap sebagai hero, para penyokongnya berpendapat, perkara paling penting ialah memulihara seni jalanan asli Raja itu. "Sebahagian karyanya sepatutnya berada di tempat awam. Sesuatu perlu dilakukan supaya karya seni itu dapat dijaga di tempat asal," kata Kin Wai. Seiring dengan hasil kerja artis tersebut yang semakin hilang, para penyokongnya mengambil langkah nekad dengan membina sebuah arkib. Para pengkritik dan kurator berkerjasama menulis sebuah buku bertajuk, King of Kowloon: The Art of Tsang Tsou-choi yang bakal dikeluarkan pada bulan ini. Buku itu merupakan monografi hasil kerja lelaki tersebut termasuk foto-foto yang jarang dan tidak pernah diterbitkan. Sementara itu, generasi muda Hong Kong meneruskan tradisi yang dimulakan Raja itu meskipun dengan menggunakan seni grafiti gaya Barat dan tin cat penyembur. "Semua artis grafiti muda pasti kenal The King. Dia seorang perintis. Dia tidak pernah berputus asa. Dia keluar di jalanan dan buat apa yang mahu dilakukan dan tidak takut pada pihak kuasa," kata seorang pelukis jalanan dikenali sebagai Jams, berusia 27 tahun. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |