Siasat dakwaan pelajar dinoda 38 lelaki
28 Mei 2014
Kota Bharu: Kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol beramai-ramai oleh kira-kira 38 lelaki tidak dikenali di Ketereh, Selasa lalu mendapat perhatian Ahli Parlimennya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status yang melahirkan rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu jam 9 malam semalam.
Beliau yang mengetahui berita itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh.
“Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.
Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti mangsa.
Mengikut laporan, seorang pelajar tingkatan dua dari Kuala Krai mendakwa dirogol sekumpulan lelaki sekitar 38 orang dalam sebuah rumah.
Mangsa rogol ditahan reman
Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.
Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi seminggu bermula hari ini.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10 pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12 individu bagi membantu siasatan.
"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.
"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Kes rogol beramai-ramai: 12 individu ditahan
KOTA BHARU - Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.
Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula hari ini, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini hari ini.
"Polis pada hari ini telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh," katanya.
Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu esok.
Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya.
Menurut Azham polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sembilan lagi suspek rogol direman
29 Mei 2014: Kota Bharu: Sembilan lagi individu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dipercayai membabitkan 38 orang dalam kejadian di Ketereh, Kota Bharu, Selasa minggu lalu.
Semua suspek berusia 20 hingga 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Bharu Norida Mohd Husin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, setakat ini seramai 14 orang sudah ditahan polis termasuk tiga beranak.
"Tangkapan dilakukan di Kampung Hutan Pasir dan Pasang Lembek, Ketereh. Kita masih memburu saki baki suspek," katanya.
Rumah kosong
KOTA BHARU - Penduduk di sekitar kampung Hutan Pasir, semalam, tidak mengetahui kejadian dua remaja perempuan dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong, di sini, dalam kejadian 20 Mei lalu.
Seorang penduduk, Rogayah Abdullah, 57, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila tertangkapnya beberapa suspek yang tinggal berhampiran kediamannya.
“Makcik kerja di kedai makan dan sekitar jam 4 petang, makcik akan bersiap-siap ke kedai untuk berniaga.
“Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa meter dari rumah makcik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Rogayah berkata, rumah kosong yang menjadi tempat dua remaja itu dirogol sememangnya sebelum ini dijadikan lokasi budak kampung melepak dan menghabiskan masa membaiki motosikal.
“Pernah saya suarakan kepada tuan rumah terbabit yang telah pindah ke kawasan lain supaya merobohkan rumah kayu peninggalannya itu, memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan sudah lama ditinggalkan kosong, namun pemiliknya endah tak endah.
“Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda,” katanya.
Sementara itu, Mat Hussin Mat Nor berkata, kegiatan remaja berkenaan di kawasan itu sebelum ini hanya tertumpu kepada membaiki motosikal dan melepak.
“Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap suspek tinggal tidak jauh dari kediaman saya.
“Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya.
Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini.
Mangsa yang berasal dari Kampung Guchil, Kuala Krai, pada mulanya mengikut seorang rakan lelakinya ke sebuah rumah kosong untuk menemui seorang rakan perempuan.
Dalam pertemuan itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang lelaki yang tidak dikenali mangsa.
Mangsa gagal melarikan diri selepas dikepung dan dihampiri lebih 30 lelaki yang berada di atas rumah terbabit dan dirogol beramai-ramai.
Bilik yang dipercayai digunakan untuk merogol mangsa bergilir-gilir
Ringkasan Kes
Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah.
Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh.
Alif telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah tersebut.
Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa Mira dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur.
Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.
Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan.
Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki.
Mira naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu.
Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa.
Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara Pok Wa.
Pok Wa telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga 24/05/2014.
Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran.
Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu.
Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan.
Kemudian pengadu telah buat laporan polis.
Hasil siasatan
•Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di Kuala Krai dan bersekolah di SMK Bandar Kuala Krai, Kelantan. Ayah pengadu seorang peniaga roti canai manakala ibunya surirumah sepenuh masa.
•Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan boleh masukkan satu jari dengan mudah ke dalam vagina. Terdapat kesan geseran pada posterior fourchette dan kesan lebam pada labia minora genitalia mangsa. Terdapat juga kesan koyakan (anal fissure) pada jam 7 anus mangsa.
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. - Bernama
VIDEO
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diratah38orang/Article
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014052802491720140528024917/Article
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-rogol-beramai-ramai-12-individu-ditahan-1.284715
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=512742