Selasa, 18 Februari 2014

Murid 9 Tahun Ugut Nak Rogol Cikgu



Baling: Tindakan seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang didakwa mengancam mahu merogol seorang guru wanita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Khamis lalu, disifatkan sebagai perbuatan nakal berikutan kanak-kanak itu dipercayai tidak memahami maksud perkataan berkenaan.

Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Mansor Lat berkata, siasatan awal berhubung kejadian sudah dijalankan oleh wakil Jabatan Pendidikan negeri dengan menemui murid tahun tiga terbabit untuk mengetahui punca dia berbuat demikian.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, murid berkenaan mempunyai pencapaian akademik yang baik dan bukan seorang bermasalah.

“Guru yang mengajar murid berkenaan sejak di tahun dua mendapati murid terbabit tidak memahami maksud perkataan (rogol) yang ditulis kepada gurunya itu.

“Pihak Jabatan Pendidikan akan mengadakan pertemuan antara murid itu dan kedua ibu bapanya serta guru terbabit dalam masa terdekat.

“Murid berkenaan akan diberikan sesi kaunseling dan pada masa sama kita berharap kejadian itu dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, cubaan wartawan Harian Metro untuk menemui pengurusan sekolah tidak berjaya apabila dihalang masuk ke dalam kawasan sekolah yang terletak di Parit Panjang.

Dalam pada itu, sumber berkata, murid lelaki terbabit tidak memahami maksud sebenar perkataan ‘rogol’ yang dihantarnya kepada seorang guru perempuan menerusi SMS berkenaan.

“Murid itu menggunakan telefon bimbit ibunya dan ibunya juga tidak menyedari perbuatan anaknya melakukan kesalahan berkenaan,” katanya. - HM






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines