Seperti mana yang kita ketahui, di dada akhbar banyak kes-kes curang dikalangan isteri orang. Persoalannya dengan siapa mereka bermadu kasih? Dan dimana bermula atau tempat kecurangan mereka? Dibawah adalah jawapannya berdasarkan kes-kes di Malaysia.
1.Melalui rakan sekerja.
Ini lebih memudahkan kepada si isteri kerana,rakan sekerja telah mengenalinya dan memahami situasi dirinya bila waktu yang paling sesuai membuat temujanji ataupun membuat panggilan telefon dan sms.
Kenapa harus rakan sekerja dan penyebab?
- Jika isteri sering menceritakan hal peribadi terlalu kerap kepada rakan sekerja (lelaki) dan tidak mustahil rakan sekerjanya itu akan mengambil kesempatan terhadap dirinya.
- Bujang dan bergaya dan isteri anda jatuh hati.
- Rakan sekerjanya lebih mengambil perhatian terhadap dirinya dari anda.
- Bila anda berjauhan terutama sekali anda bertugas jauh dan terlalu lama.(3 minggu atau lebih)
- Bila isteri anda melakukan kursus atau kerja dalam atau luar negeri(untuk ketegori ini, anda perlu menyemak jadual kerja isteri dan nama lelaki yang sering ditugaskan bersama .Jika ada, anda haruslah menyiasat perkara tersebut).
- Kawan daripada rakan sekerja.
- Pegawai atasan ataupun bos.
- Bila suami/isteri salah seorang berkerja dengan jadual shit, atau kedua-duanya bekerja dengan jadual shift.
- Orang yang bekerjaya (ahli perniagaan)
- Isteri yang bekerja di kelab malam atau pusat karaoke
2.Dengan kekasih lama.(mungkin tidak mustahil jika anda pernah mengetahui isteri anda pernah menyayangi kekasih lamanya dulu)
3.Kenalan baru di tempat awam .(contoh gym, perpustakaan,komplex membeli belah, stesen bas atau dimana-mana sahaja)
4. Teman siber melalui facebook, twitter, wechat, whatsapp, skype dan sebagainya
5. Jika hidup berpoligami namun layanan yang diberikan tidak adil dengan isteri-isteri yang lain