Rabu, 9 Januari 2013

Kantoi Skandal Suami dan Anak Saudara


Wanita ‘tangkap’ suami, anak saudara berpelukan

Luluh hati seorang wanita apabila 'menangkap' suaminya sedang tidur bersama anak saudaranya berusia 25 tahun dalam sebuah bilik di rumahnya di Bandar Baru Sentul, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila mangsa adalah individu yang menjaga dan membesarkan anak saudaranya itu sejak kecil selepas kehilangan ibu dan bapanya yang maut dalam nahas jalan raya.


Difahamkan, suami wanita itu sudah menjalin hubungan dengan anak saudara isterinya itu sejak lima tahun lalu, namun kejadian itu hanya disedarinya kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Menurut isteri berkenaan yang mahu dikenali sebagai Tipah, 42, dia membesarkan anak saudaranya itu sejak berusia 15 tahun.


“Anak saudara saya itu menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan raya,” katanya.


Katanya, skandal suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila mendapati suami tiada di sisinya.

“Saya kemudian menjalankan periksaan dan mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah,” katanya.


Menurutnya, susulan kejadian itu, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang mengenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku menjalin hubungan sulit sejak lima tahun lalu.

“Bagi mengelak mereka meneruskan hubungan sulit itu, saya mencadangkan kepada suami untuk menghantar anak saudara saya itu ke rumah saudara lain tetapi dihalang.


“Akibatnya, saya pula dibelasah suami bagi menutup hubungan sulit mereka. Saya cedera di kaki dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah suami,” katanya.


Berikutan kejadian itu, Tipah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines