Sabtu, 5 Januari 2013

Petua Seks Selepas Bersalin

Petua Seks Selepas Bersalin kepuasan maksimum

Semasa kehamilan anda mungkin ada terfikir mengenai kesan-kesan kehamilan yang akan merubah kehidupan seks anda. Kebanyakan wanita dapat mencapai kehidupan seks yang lebih baik selepas bersalin. Insya Allah, 10 petua dibawah ini akan dapat membantu kehidupan seks anda!

1. Jangan terburu-buru. Ambil masa yang secukup-cukupnya untuk berehat. Memulakan aktiviti seks sebelum anda bersedia (fikiran dan badan anda) adalah merbahaya untuk hubungan suami-isteri anda.

2. Mandi bersama! Bukan sahaja ia menjimatkan masa dan bil air, ia juga amat menyeronokkan.

3. Lakukan perancangan keluarga. Anda tidak mahu mengandung dua bulan selepas kelahiran bayi anda!

4. Luangkan masa bersama suami, walaupun jika hanya untuk berpelukan. Mempunyai seorang bayi boleh membuat anda rasa kurang rapat dengan suami anda. Berpelukan dengan suami anda boleh membantu
menghidupkan semula suasana intim, ia tidak semestinya berakhir dengan seks. Menonton cerita romantik juga boleh.

5. Berkenalan dengan suami anda. Ingat anda berdua harus ubah kehidupan anda dengan kehadiran anggota keluarga baru. Berbincang apa keinginan dan harapan masing-masing. Sepucuk surat cinta kepada suami anda pasti membuat dia tersenyum lebar!

6. Jadi spontan! Waktu tidur mungkin tak selalu menjadi masa yang sesuai. Bilik tidur pula bukan sentiasa menjadi tempat yang baik. Hangatkan kehidupan seks anda, lakukan seperti anda muda-muda dahulu (seks kilat di pejabat, dalam kereta, dan sebagainya).

7. Pelincir! Pastikan anda berdua meluangkan masa untuk menghidupkan mood seks dan anda sudah cukup
basah untuk menerima zakar suami anda. Jika anda perlukan bantuan, gunakan krim pelincir yang boleh
didapati dengan mudah dari farmasi dan pasar raya.

8. Biar berkualiti dan bukan berkuantiti. Anda tidak perlu mengadakan hubungan seks setiap malam ataupun setiap minggu. Anda harus berbincang dengan suami anda.

9. Beritahu suami tentang kebimbangan anda mengenai persetubuhan. Mungkin anda risau tentang jahitan yang belum sembuh sepenuhnya. Atau mungkin anda bimbang tentang bagaimana suami anda rasa setelah melihat anda bersalin.

10. Jangan takut untuk mengatakan tidak. Mungkin anda memerlukan kebebasan untuk mengatakan tidak
sekali-sekala. Mungkin persetubuhan tidak boleh, mungkin seks oral dan lain boleh. Berbincang.

Kami pasti anda mendapat manfaat daripada artikel ini. Nantikan emel kami yang selanjutnya... Kami akan mencadangkan kepada anda posisi seks yang terbaik semasa kehamilan!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines