Ahad, 27 Januari 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Kes saman: 'Alhamdulillah', kata Annuar

Posted: 25 Jan 2013 04:22 PM PST


Sumber: SInar Harian Online

"ALHAMDULILLAH." Demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak dengan kos permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membatalkan saman pemula yang difailkan berhubung penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM.

Annuar berkata, hakim menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang dibuat olehnya mempunyai asas.

"Alhamdulillah. Hari ini (semalam) Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mendengar perbicaraan bantahan awal FAM terhadap rayuan keputusan penggantungan saya dari FAM.



"Perbicaraan yang berjalan pada jam 9.30 pagi semalam telah memihak kepada saya," katanya ketika dipetik menerusi laman Facebooknya, semalam.

Tambah Annuar, "sebelum ini, FAM telah mengemukakan bantahan awal tersebut supaya mahkamah menolak rayuan saya, di atas alasan saya telah bersetuju untuk dibicarakan oleh FAM walaupun FAM gagal mengikuti prosedur."

"Namun, mahkamah telah menolak bantahan awal FAM atas alasan kes rayuan tersebut mempunyai merit untuk didengar sepenuhnya dan di atas alasan perlanggaran prinsip keadilan semulajadi oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM," katanya.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk pendengaran kes itu sepenuhnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos permohonan FAM untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Annuar berhubung penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Annuar berkata hakim, menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang dibuat oleh anak guamnya mempunyai asas.

Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara mala fide (berniat jahat).

Beliau berkata Azzudin dalam surat bertarikh 2 April 2012 juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM dengan alasan defendan kedua sendiri yang akan mewakili beliau.

Sedangkan katanya,Azzudin tidak sepatutnya menjadi wakil beliau kerana defendan kedua adalah pihak yang membuat tuduhan.

Sehubungan itu Annuar menuntut 10 perisytiharan berhubung tindakan FAM yang membawa kepada penggantungan beliau, antaranya ialah pertuduhan FAM terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac 2012 adalah cacat, tidak sah dan terbatal.

Annuar juga mendakwa perbicaraan tatatertib pada 4 April 2012 dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya (5 April 2012) tidak mematuhi prinsip keadilan asasi. 

Selain itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesemua tindakan yang membawa kepada penggantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.

Annuar turut memohon perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bola sepak.

Fauzi bukti antara peledak terbaik

Posted: 25 Jan 2013 04:15 PM PST


Sumber: Berita Harian Online

Kuantan: Lima gol daripada lima perlawanan dalam saingan Liga Super membuktikan penyerang Pahang, Mohd Fauzi Rozlan adalah antara penyerang terbaik negara pada masa ini. 

Justeru, pemain berumur 25 tahun itu berazam memikat hati jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal memastikan impian beraksi bersama skuad negara yang akan menentang Qatar pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menjadi kenyataan. 

Fauzi yang lebih mesra dengan panggilan Kojie tidak tertekan biarpun sedar perlu bersaing dengan pemain lebih senior seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha sebelum diberi ruang mengisi tugas penggempur skuad kebangsaan nanti. 



Hadapi cabaran besar 

"Apabila dipanggil mengikuti latihan pusat skuad kebangsaan, perasaan teruja memang ada tetapi saya perlu lebih bersedia menghadapi cabaran besar kerana harus membuktikan kemampuan terlebih dulu. 

"Saya tidak gentar kerana cabaran baru yang datang ini memberi lebih motivasi supaya lebih bersedia untuk menghadapi situasi itu biarpun baru kali pertama dipanggil mengikuti latihan pusat," katanya semalam. 

Selasa lalu, Rajagobal yang menyaksikan perlawanan antara Pahang dan Terengganu yang berkesudahan tuan rumah menang 3-0 memuji corak permainan dipersembahkan Fauzi. 

"Saya lihat dia (Fauzi) pemain bagus dan tidak teragak-agak menyenaraikannya. Bagi saya, pemain yang menyinar dalam liga perlu diberi peluang mewakili skuad negara," katanya. 

Hari ini, seramai 26 pemain mula menjalani latihan pusat selama tiga hari di Wisma FAM Kelana Jaya, sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Dubai untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Iraq pada 31 Januari ini.

PIALA FA 2013 - Pusingan Pertama (25 Januari 2013)

Posted: 25 Jan 2013 04:38 PM PST

25 JANUARI 2013 (Jumaat)
P01
Stadium MB Petaling Jaya
4:15pm
SELANGOR PKNS FC


LIONS XII FC


*Ditunda ke 26 Januari 2013 disebabkan cuaca

P02
Stadium Negeri Kuching
8:15pm
SARAWAK FA
3
0
MELAKA FA
Shahrol Saperi,
Bobby Gonzales (2)


P03
Stadium Bandaraya
4:15pm
PP PBAPP FC
5
1
PREACH KHAN REACH FC



P04
Stadium Bolasepak Cheras
4:15pm
KUALA LUMPUR FA
0
5
KL POS MALAYSIA FC

Mohd Saufi Ibrahim,
S.Sumindran (2),
Muhammad Hasnan Mat Isa,
Mohd Razif Abd Rahman

P05
Stadium UiTM
4:15pm
UiTM FC


NEGERI SEMBILAN FA

-
*Ditunda ke 26 Januari 2013 disebabkan cuaca

P06
Stadium Hang Jebat
4:15pm
PDRM FA
1
2
PULAU PINANG FA
Edrisar Kaye
Syafuwan Riduwan (2)

P07
Stadium MP Selayang
4:15pm
KL SPA PUTRAJAYA FC
1
3
TERENGGANU FA
Raja Mohd Hafillah
Ismail Faruqi,
Effa Owona (2)

P08
Stadium DarulAman
8:45pm
KEDAH FA
3
0
NS BETARIA FC
Mohd Khyrill Muhaimeen,
Chayene Santos,
Akmal Rizal Ahmad Rakhli
-

P09
Stadium
TSHHY Larkin
8:45pm
DARUL TAKZIM FC
1
0
PERAK FA
Aidil Zafuan Abd Radzak
-

P10
Stadium Bolasepak Likas 4:15pm
SABAH FA
2
1
KL FELDA UNITED FC
Koh Traore (2)
Mohamed Ghaddar

P11
Stadium
Shah Alam
8:45pm
SELANGOR FA
2
2
ATM FA
Muhammad Afiq Azmi (2)

Marlon Alex James,
Affizie Faisal Mamat
Selangor menang penalty 3 - 2

P12
Stadium
MP Pasir Gudang
4:15pm
JOHOR FA
2
3
PAHANG FA
Muriel Orlando (2)
Mohamed Borji,
Mohd Fauzi Roslan (2)

P13
Stadium Temerloh
4:15pm
SHAHZAN MUDA FC
0
2
ATM TENTERA DARAT

-

P14
Stadium SINS Terengganu
4:15pm
T-TEAM FC
3
2
PERLIS FA
Fazuan Abdullah,
Mohd Hanif Mohd Noor (Gs),
Abdul Latif Suhaimi
Hadi Syahmi Hamzah,
Mohd Nurfirdaus Roswanan




Peteh: Kaji semula khidmat 2 pemain import Terengganu

Posted: 23 Jan 2013 06:48 PM PST


Sumber: Bernama

KELAB Penyokong Terengganu (Peteh) meminta pengurusan pasukan Terengganu mengkaji semula khidmat dua pemain import dari Cameroon dalam saingan Liga Super musim ini.

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, langkah itu wajar memandangkan prestasi Effa Owana Jean Emmanuel dan Vincent Bikara didakwa kurang memuaskan selepas lima perlawanan liga.


"Mereka gah pada nama tetapi tidak kepada permainan... Terengganu kini menduduki di tangga tercorot carta liga setelah mengharungi lima perlawanan
setakat ini, ini belum pernah terjadi lagi, " katanya kepada Bernama hari ini.

Wan Mohd Azmi mempersoalkan penyerang Effa Owana sepatutnya menyerlah namun belum menampilkan pemainan yang diharapkan serta belum menjaringkan sebarang gol untuk membantu pasukan Terengganu.

"Apakah permainan dipamerkannya itu setimpal dengan gaji yang dibayar oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu kepada pemain import berkenaan?" tanya beliau.

Bagaimanapun, Wan Mohd Azmi berkata walau apapun Peteh akan tetap memberikan sokongan kerana yakin pasukan negeri itu mampu bangkit semula jika semua pihak bekerjasama. - Bernama

Dollah gembira pertahanan Tok Gajah makin mantap

Posted: 23 Jan 2013 06:42 PM PST


Sumber: Utusan Online

KUANTAN - Jurulatih Pahang, Dollah Salleh gembira melihat peningkatan aksi pemain bahagian pertahanan yang sebelum ini mengundang resah dalam kalangan penyokong skuad Tok Gajah.

Namun begitu, tegasnya perlawanan menentang Terengganu kelmarin menyaksikan masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki di bahagian benteng, biar pun berjaya mengekang gawang daripada dibolosi.



"Banyak yang harus diperbetulkan khasnya bahagian pertahanan yang masih agak longgar lagi tapi saya percaya pemain-pemain telah beri yang maksimum dan nampak ada kebangkitan pada bahagian pertahanan.

"Alhamdullillah, pertahanan berjaya menunjukkan corak permainan yang begitu baik setelah kita dibolosi enam gol dalam perperlawanan ini" katanya.

Dollah ditemui pemberita selepas aksi Pahang menentang Terengganu di Stadium Darul Makmur kelmarin yang berkesudahan kemenangan 3-0 buat skuad bimbingannya.

Pada perlawanan tersebut, goll Pahang dijaringkan Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-75 dan ke-89 manakala satu lagi gol oleh penjaring terbanyak Tok Gajah, Mohd. Fauzi Rozlan pada minit ke-77.

Sementara itu, Dollah berharap anak buahnya mampu mengekalkan corak permainan yang ditunjukkan kelmarin sekali gus memperlihatkan kemampuan untuk bangkit setelah tewas kepada Selangor pada aksi sebelum ini.

"Kemampuan kita kekalkan corak permainan seperti menentang Terengganu cukup penting kepada pasukan.

"Cuma pada separuh masa pertama kita bermain baik tetapi kita melepaskan peluang-peluang yang tercipta.

"Namun Alhamdullilah pada separuh masa kedua permainan kita agak berbeza sikit ekoran daripada kemasukan Mohd. Hafiz Kamal," ujarnya.

NS kaji kedudukan import

Posted: 23 Jan 2013 06:39 PM PST


Sumber: Utusan Online

SEREMBAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengkaji semula kedudukan pemain import pada posisi serangan ekoran prestasi kurang memberangsangkan selepas lima perlawanan Liga Super.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, terdapat masalah yang dihadapi pada bahagian jentera serangan sehinggakan banyak peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan.

Justeru katanya, pihaknya sedang mengintai pemain import baru posisi penyerang untuk dibariskan dalam kesebelasan utama dalam tempoh masa terdekat.



"Secara keseluruhan saya melihat posisi yang sedia ada sudah cukup baik, cuma kita kurang berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan pemain import dari Argentina Emanuel Matias De Porras setakat ini.

"Kita akan menilai semula pemain ini dan apabila tiba masanya nanti kita akan menggantikan dengan pemain import baru," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar menjelaskan secara keseluruhannya skuad ketika ini masih lagi baru memandangkan kebanyakan pemain yang menjadi kesebelasan utama dalam skuad Rusa adalah muka baru yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.

"Namun jangan ambil masa terlalu lama untuk serasi kerana musim ini cukup mencabar, cabaran kali ini semuanya hebat dan kita perlu segera bangkit," katanya.

Dalam pada itu Mohamad menjelaskan, tidak ada sebab untuk PBNS menggantikan Divaldo Elves kerana jurulatih berkenaan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam membimbing pasukan Negeri Sembilan.

Katanya, apa yang sebenarnya berlaku kebanyakan tonggak utama dalam pasukan masih lagi dibelenggu kecederaan dan sudah pastinya muka baru dalam simpanan diberi tanggungjawab untuk bermain.

"Banyak pemain kita yang masih mengalami kecederaan namun kesebelasan utama dalam pasukan dapat mengikat kedudukan seri bersama Kelantan dalam perlawanan tempoh hari. Bagi saya ini sudah cukup bahawa pemain kita mampu bersaing dengan pasukan besar seperti Kelantan," katanya.

Kelantan alami sindrom

Posted: 23 Jan 2013 06:35 PM PST


Sumber: Utusan Online


KOTA BHARU - Perubahan ketara juara treble musim lalu, The Red Warriors daripada sebuah pasukan yang mudah membaham lawan kepada pakar seri semakin merisaukan penyokong mereka dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sendiri, Tan Sri Annuar Musa.



Annuar menyifatkan pasukannya kini masih lagi dibuai kejayaan lalu atau pun 'sindrom selepas menang' menyebabkan aksi pasukan menjadi hambar meskipun di laman keramat mereka Stadium Sultan Muhammad IV.

Jika musim lalu Kelantan mudah membolosi gawang namun kali ini meskipun enam perlawanan telah dilalui tetapi hanya tiga jaringan yang berjaya diperolehi. Pada masa sama The Red Warriors ketinggalan enam mata dengan pendahulu Liga Super, Pahang.

"Ramai komentar yang cuba mengambil kesempatan dengan melemparkan tuduhan yang berbagai-bagai. Pada saya ini merupakan Post Victory Syndrome (sindrom selepas menang) dengan sikap pemain, keserasian pasukan serta rasa terlalu selesa dan banyak lagi.

"Ramai juga yang sudah mula bergembira dengan prestasi lemah kita dan sudah lama sesetengah pihak menunggu, tapi bagi saya ini hanya satu lagi cabaran.

"Tidak ada yang mudah. Kedah dulu treble sekarang jatuh ke liga bawah, Negeri Sembilan dulu juara kini tercorot, Terengganu dulu juara kini ke bawah, semua berdepan sindrom sesudah menang.

"Kita akan ambil ini sebagai cabaran, saya akan berbuat sesuatu dalam tempoh terdekat ini. Saya tahu tidak mudah, sebab itu kita mahu sahut cabaran, kalau mudah sudah tentu semua orang boleh buat," katanya melalui laman sosial Facebook miliknya ketika mengulas perlawanan menentang Negeri Sembilan kelmarin.

Perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan dan lebih mengecewakan kira-kira 5,000 yang hadir adalah The Red Warriors gagal menjelmakan biar satu pun peluang menjaringkan gol.

Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak juga terpaksa melakukan rombakan dalam kesebelasan utamanya selepas kehilangan khidmat dua penggempur mereka, Keita Mandjou yang mengalami kecederaan selain Norfarhan Muhammad juga yang belum cergas sepenuhnya untuk bermain 90 minit perlawanan.

Sementara itu, Hodak terus mengulangi alasan kehilangan empat tonggak utama, Norshahrul Idlan Talaha, Muhammad Ghaddar, Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu yang menguatkan barisan kesebelasan musim lalu sebagi punca aksi hambar dipamerkan.

"Menentang sebuah pasukan seperti Negeri Sembilan bukan mudah, mereka meletakkan sembilan pemain di belakang dan memerlukan kita bermain lebih.

"Kita tidak mempunyai pemain sayap yang berkesan seperti tahun lalu.

"Kita ada pemain muda, Izuan (Solahuddin) masuk dan dia buat kelainan dan perlawanan nampak menarik tapi dia tidak bersedia selain Faiz (Subri) juga kembali pulih, saya harap dia boleh menampilkan kelainan pada perlawanan akan datang. Khairul Izuan bermain dengan baik tetapi masalah dia mentah, dia belum ada tahap keyakinan," ujarnya.

‘Tak wajar bawa askar’

Posted: 23 Jan 2013 06:28 PM PST


Sumber: Metro Online

Putrajaya: "Saya tidak fikir wajar bagi mana-mana pihak yang memiliki askar peribadi dan bersenjata, membabitkan diri dalam aktiviti sukan di negara ini," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa sekurang-kurangnya enam askar peribadi ke Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu, 15 Januari lalu.

Beliau menganggap perkara itu serius dan perlu dipandang berat kerana semua negeri di Malaysia selamat.



"Saya pandang berat hal ini dan juga pelbagai perkara yang berlaku dalam bola sepak sejak akhir-akhir ini. Banyak perkara yang bukan kelaziman kini semakin kerap berlaku.

"Saya rasa pada perlawanan itu, polis mengendalikannya dengan baik dan tidak perlu ada askar peribadi, malah jika perlu sekalipun, polis akan meminta bantuan tambahan." Justeru, sebagai menteri, beliau mahu isu membabitkan Kelantan dan Johor Darul Takzim itu diselesaikan segera dan pihak tertentu, semestinya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memastikan kontroversi seumpama itu tidak berulang.

"Bagi saya kontroversi dalam sukan itu ada baiknya kerana ia boleh menggalakkan lagi peminat datang ke stadium namun kontroversi seperti ini tidak boleh berterusan hingga menjadi kebiasaan pula.

"Selama ini orang tidak tahu yang di negara ini wujud askar peribadi tapi kini semua orang tahu dan terkejut," kata Shabery. Telahan Shabery itu ada benarnya kerana jika FAM menghalalkan tindakan TMJ itu, tidak salah rasanya jika pasukan lain selepas ini turut membawa askar sendiri bertandang ke tempat lawan.

Begitupun FAM tidak mengambil sebarang tindakan untuk meredakan isu ini, sebaliknya hanya menunggu aduan rasmi dibuat, menunjukkan badan induk bola sepak itu tiada pendirian kerana mereka pernah menyiasat satu kes membabitkan pemain Kelantan dan Selangor (Muhammad Ghaddar dan Bunyamin Umar) tanpa sebarang aduan.

Rajagobal tagih anak buah beri impak positif

Posted: 23 Jan 2013 06:23 PM PST


Sumber: Metro Online

Kuantan: Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal mengharapkan keputusan positif bakal dijelmakan skuad kebangsaan selepas beliau menilai semua pasukan yang bakal ditemui pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

"Saya rasa kita mempunyai peluang sama rata dengan pasukan lain. Selepas melihat pasukan lain beraksi, saya pada dasarnya sudah mempunyai idea bagaimana untuk menangani cabaran mereka," katanya yang baru saja pulang dari Bahrain bagi menilai perkembangan pasukan negara itu.



Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D itu yang turut dianggotai Qatar, Bahrain dan Yaman. Cabaran pertama skuad negara adalah pertemuan dengan Qatar pada 6 Februari.

Dalam pada itu Rajagobal yang ditemui selepas perlawanan antara Pahang dan Terengganu di Stadsium Darulmakmur, malam kelmarin, yang berkesudahan tuan rumah menang 3-0, mempertahankan keputusannya menyenaraikan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk mengikuti latihan pusat dan pemilihan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia itu.

Beliau berkata, kehadiran dua penyerang itu penting berdasarkan pengalaman luas beraksi di peringkat tertinggi dan Piala Asia memerlukan khidmat pemain seperti mereka.

Namun beliau tidak sesekali meminggirkan pemain yang mempamerkan peningkatan dalam saingan Liga M kerana percaya kombinasi pemain lama dan baru akan membentuk pasukan lebih mantap.

"Persembahan kurang memuaskan pada masa ini bukan alasan untuk tidak memanggil mereka memperkuatkan Harimau Malaya. Pada masa sama, tahap Piala Asia lebih tinggi jika dibandingkan Piala AFF yang hanya membabitkan pasukan Asia Tenggara," katanya.

Mengulas kehadirannya itu, beliau berkata, membuat pemantauan dan mengenal pasti pemain terbaik untuk menyarung jersi kebangsaan.

"Kami akan beri peluang kepada pemain yang bagus untuk mengembangkan karier bersama skuad kebangsaan.

"Saya juga harap pemain yang dipanggil menunjukkan peningkatan dalam semua perlawanan Liga M."

Fandi tak puas hati aksi Johor DT

Posted: 23 Jan 2013 06:17 PM PST


Sumber: Metro Online

Kuala Lumpur: Meskipun kali pertama meraih keputusan meyakinkan ketika menunjukkan PKNS FC kelmarin selepas mengharungi lima perlawanan, pengendali Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad pantas menyatakan ia bukanlah aksi terbaik anak buahnya.

"Belum lagi, belum mencapai tahap permainan terbaik. Masih banyak perlu diperbaiki sebab pada masa ini, semua pasukan apabila bertemu kami, mereka akan beri komitmen 200 peratus.

"Tapi saya akui kemenangan ini mengurangkan sedikit tekanan yang dirasai pemain. Saya masih mengharapkan peningkatan prestasi pada setiap perlawanan selepas ini," katanya.



Kelmarin, pasukan berbelanja besar itu dilihat mula menemui keserasian apabila mudah menewaskan PKNS, 3-1 sekali gus memadam keraguan terhadap mereka yang gagal meraih keputusan terbaik selepas empat perlawanan meskipun dibarisi ramai pemain bintang.

Antara watak penting di sebalik kemenangan itu adalah Safee Sali, penyerang kebangsaan yang dilihat kembali kepada prestasi sebenarnya dengan menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan semalam sekali gus gol pertamanya pada saingan Liga Super musim ini.

Namun di sebalik aksi meyakinkannya itu, pengurusan pasukan tidak membenarkan Safee untuk ditemuramah.

"Saya gembira dengan aksinya malam ini (kelmarin) kerana dia bekerja keras. Tapi saya beritahu dia jangan terlalu ghairah untuk mencari gol sebab saya yakin dia pasti akan menjaringkan gol.

"Alhamdulillah, dia dapat cetak gol juga. Saya harap dia dapat meneruskan aksi terbaik ini pada perlawanan seterusnya," kata Fandi.

Selepas lima perlawanan, Johor kini menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul lapan mata hasil dua kemenangan, dua seri serta tewas sekali.

1,001 persoalan kad merah Amri

Posted: 23 Jan 2013 06:14 PM PST


Sumber: Metro Online

Kuala Lumpur: Ada nada terkilan disuarakan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dengan mutu pengadilan selepas menyaksikan penyerang, Mohd Amri Yahyah dilayangkan kad merah ketika seri 1-1 dengan Perak dalam aksi Liga Super kelmarin.

Menurut Irfan, tindakan pengadil perlawanan, Zulkifli Ahmad melayangkan kad kuning kedua kepada Amri pada minit ke-41 menjejaskan rentak permainan pasukannya yang mahu memburu kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi di Stadium TLDM Lumut itu.



Sebelum itu Amri menerima kad kuning pertama di awal permainan kerana sengaja menjatuhkan badan dalam kotak penalti.

"Saya gembira persembahan dipamer pemain. Walaupun beraksi 10 pemain tapi masih beri tentangan kepada Perak. Jika kami miliki 11 pemain, mungkin keputusan berbeza.

"Saya berada di tepi garisan dekat dengan insiden Amri dilayangkan kad merah. Amri hanya menunjukkan isyarat kepada pengadil bahawa bola lontaran ke dalam sepatutnya diberikan kepada Selangor, dia tidak menunjukkan sebarang isyarat yang tidak bagus.

"Saya juga tidak mendengar Amri ada bercakap dengan pengadil, dia cuma menunjukkan isyarat bola terkena kaki pemain Perak. Saya fikir pengadil nampak situasi itu, dia boleh membatalkan keputusan penjaga garisan itu," katanya kepada Arena Metro semalam.

Walaupun kekurangan seorang pemain, skuad Gergasi Merah berjaya mendahului permainan pada babak kedua menerusi gol Francis Forkey Doe di minit ke-65 sebelum pasukan tuan rumah mengikat kedudukan pada minit ke-80 hasil sepakan penalti Abd Hadi Yahya.

Pada perlawanan itu, beberapa keputusan Zulkifli turut dipertikai termasuk membatalkan dua gol Perak menerusi percubaan Hadi pada minit ke-27 dan Khairul Asyraf Shaizah di minit ke-81 kerana didakwa ofsaid.

Liga Super 2013 - Ulasan Perlawanan 22 Jan 2013 (Utusan Malaysia Online)

Posted: 22 Jan 2013 04:23 PM PST

Pahang kukuh cengkaman
 
KUALA LUMPUR - Pahang memulihkan semula semangat dan kekecewaan selepas rekod tanpa kalahnya lebur, Sabtu lalu dengan membenam Terengganu 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam untuk terus menerajui carta persaingan bola sepak Liga Super 2013.
 
Dua gol Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-76 dan 90 selain satu daripada Mohd. Fauzi Roslan (77) memastikan Tok Gajah di depan dengan 12 mata sambil meninggalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melonjak ke tangga kedua dan Selangor di tempat ketiga yang diikat Perak 1-1.
 
Lebih 20,000 penyokong tuan rumah bersorak ceria apabila menyaksikan sepakan bebas Mohd. Hafiz Kamal menerjah gawang tanpa dapat diselamatkan penjaga gol Sang Penyu, Syed Adney Syed Hussein diikuti tandukan masuk Mohd. Fauzi dan tolakan mudah juga Mohd. Hafiz.

Sementara itu, jaringan penyerang import, Marlon Alex James dan Shukor Adan pada minit ke-14 dan 55 yang menumpaskan Felda United 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, paroi, pula membawa ATM merapati Pahang dengan kekurangan cuma dua mata.
 
Selepas mendahului menerusi rembatan Francis Forkey Doe minit ke-66 di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Selangor mensia-siakan kemenangan yang hampir digenggam dengan menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-81.
 
Negeri Sembilan pula menghampakan hajat juara Liga Super musim lalu, Kelantan dengan mengikatnya tanpa jaringan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, biarpun masih gagal memecahkan kebuntuan tanpa menang selepas perlawanan kelima ini.
 
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pula, T-Team bangkit membuat kejutan apabila mampu menjinakkan Lions XII 1-0 hasil jaringan sepakan penalti Mohd. Badrul Hisham Morris pada minit ke-74.
 
Jurulatih tuan rumah, Peter James Butler berkata, pasukannya berhak menang pada perlawanan itu walaupun hasil sepakan penalti kerana menguasai perlawanan terutamanya pada babak kedua malah tanpa pemain import mereka, George Boateng yang tercedera.
 
Harimau Selatan garang
 
SHAH ALAM - Johor Darul Takzim FC mencipta kemenangan pertama di tempat lawan pada musim ini apabila mudah menjinakkan PKNS 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.
 
Penyerang kebangsaan, Safee Sali menamatkan kemarau jaringannya dalam saingan Liga Super 2013 apabila membuka tirai jaringan Johor pada minit ke-18 sebelum Ahmad Ezrie Shafizie dan Daniel Guiza memastikan tiga mata menjadi Harimau Selatan dengan jaringan pada minit ke-69 serta 87.
 
Pemain gantian, Mohd. Faiz Mohd Isa menjaringkan gol sagu hati buat tuan rumah pada masa kecederaan, namun ia sudah terlambat menghalang kemenangan kedua Johor pada musim ini.
 
Aksi yang dipertunjukkan oleh anak-anak buah Fandi Ahmad boleh dipuji dan keserasian pemain-pemain berstatus bintang dalam skuad pelawat ternyata semakin menjadi apabila banyak melancarkan serangan menarik ke kubu lawan.
Tuan rumah kembali diperkuatkan dengan kehadiran pemain import, Helmi Loussaief sementara Johor mempertaruhkan gandingan tiga serangkai, Safee, Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha menerajui barisan serangan.
 
Pun begitu, PKNS terlebih dahulu mempamerkan aksi bertenaga di awal permainan dengan kawalan bahagian tengah menarik yang ditunjukkan oleh Mohd. Fazli Baharuddin dan Mohd. Nazrin Syamsul Bahari.
 
Namun, di hadapan 5,000 penonton setia Johor, suasana perlawanan berubah pada minit ke-18 apabila Safee Sali berjaya menanduk cantik hasil hantaran Guiza dari sebelah kiri bagi memastikan pasukan pelawat di hadapan.
 
Norshahrul boleh menambah jaringan kedua pada minit ke-35 selepas bijak memperdayakan tiga pertahanan PKNS tetapi rembatannya melepasi palang gol lawan.
 
Bermula babak kedua, Harimau Selatan semakin garang melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan. Ahmad Ezrie akhirnya menghadiahkan gol kedua Darul Takzim pada minit ke-61 apabila mudah melepaskan rembatan leret yang tidak mampu dijangkau Mohd. Remezey Che Ros.
 
Guiza melengkapkan kemenangan mutlak Johor apabila dia yang tidak dikawal mudah melunaskan peluang terhidang pada minit ke-87.

LIGA SUPER 2013 - Keputusan Perlawanan 22 Januari 2013

Posted: 22 Jan 2013 06:55 AM PST


22 JANUARI 2013 (Selasa)
025
Stadium
SMIV
8:45pm
KELANTAN FA
0
0
NEGERI SEMBILAN FA
-
-

026
Stadium
TLDM Lumut
8:45pm
PERAK FA
1
1
SELANGOR FA
Abd Hadi Yahya
Francis Forkey Doe

027
Stadium
Darulmakmur
8:45pm
PAHANG FA
3
0
TERENGGANU FA
Mohd Hafiz Kamal (2),
Mohd Fauzi Roslan
-

028
Stadium
Shah Alam
8:45pm
SELANGOR PKNS FC
1
3
DARUL TAKZIM FC
Mohd Faiz Mohd Isa
Safee Sali,
Ahmed Ezrie Shafizie Sazali,
Daniel Guiza

029
Stadium
TAR Paroi
8:45pm
ATM FA
2
0
KL FELDA UNITED FC
Marlon Alex James,
Mohd Shukor Adan
--

030
Stadium SINS
Terengganu
4:45pm
T-TEAM FC
1
0
LIONS XII FC
Badrul Hisyam Morris
-


PASUKAN
P
M
S
K
J
B
BJ
Mata
PAHANG FA
5
4
0
1
11
5
6
12
SELANGOR FA
5
3
1
1
7
5
2
10
ATM FA
5
3
1
1
10
4
6
10
LIONS XII FC
5
3
0
2
4
3
1
9
DARUL TAKZIM FC
5
2
2
1
9
7
2
8
PERAK FA
5
2
1
2
3
3
0
7
KELANTAN FA
5
1
3
1
3
3
0
6
SELANGOR PKNS FC
5
2
0
3
7
8
-1
6
T-TEAM FC
5
2
0
3
2
7
-5
6
KL FELDA UNITED FC
5
1
2
2
2
4
-2
5
TERENGGANU FA
5
0
2
3
3
8
-5
2
NEGERI SEMBILAN FA
5
0
2
3
1
4
-3
2

Pos Malaysia sekat langkah Polis

Posted: 21 Jan 2013 04:30 PM PST

Sumber: Utusan Online

Pemain Perlis, Dennis Antwi (kiri) bersaing dengan pemain Kuala Lumpur, Mohd. Fadhlullah Yunfisar dalam saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Utama, Kangar, semalam. Kuala Lumpur menang 1-0. - UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli
 
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia menjadi pasukan pertama berjaya menghalang pendahulu Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada meraih kemenangan apabila seri 1-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka, petang semalam.
PDRM terlebih dahulu mendahului dengan jaringan yang dicipta Mohamad Khairol Abedol Latif pada minit ke-45 tetapi Ahmad Saufi Ibrahim memastikan Pos Malaysia mampu mencuri satu mata berharga di tempat lawan dengan gol penyamaan pada minit ke-60.
 
Namun, keputusan seri itu tidak menghalang PDRM untuk terus memimpin kedudukan liga dengan kelebihan satu mata ke atas Kedah yang mencipta kemenangan keempat apabila menang 2-0 di Stadium Likas ke atas Sabah hasil jaringan pemain kebangsaan, Mohd. Khyril Muhymeen Zambree pada minit ke-40 dan Muhamad Fiqkry Md. Isa, minit ke-80.
 
Di Stadium Utama, Kangar, Syafiq Johari memastikan Perlis terus kempunan mencari kemenangan pertama musim ini apabila membantu Kuala Lumpur meraih tiga mata dengan kemenangan 1-0.
 
Gol tunggal itu hadir pada minit ke-45 hasil sepakan percuma sebelum babak pertama berakhir, namun skuad warga kota itu terpaksa mengakhiri permainan dengan kekurangan seorang pemain apabila Syazwan Rani mengutip kad kuning kedua pada masa kecederaan separuh masa kedua.
 
Sementara itu, NS Betaria meraih kemenangan pertama pada musim ini apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 mengatasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya 3-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
 
Mohd. Farizal Rozali dan Mohd. Hanifuddin Abdul Rahman meletakkan SPA di hadapan dengan dua jaringan pada minit ke-42 serta 47, namun Tomas Chovanec merapatkan jurang pada minit ke-62 sebelum Mohamad Afendi Mohd. Ishak menjadi wira Betaria dengan gol penyamaan pada minit ke-65 dan seterusnya gol kemenangan pada minit terakhir permainan.
 
Di Stadium Selayang, Sime Darby dan Sarawak sama-sama kebuntuan apabila sekadar seri tanpa jaringan sementara Johor menewaskan pasukan di tangga tercorot, UiTM FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

LIGA PREMIER 2013 - Keputusan Perlawanan 21 Januari 2013

Posted: 21 Jan 2013 04:21 PM PST


21 JANUARI 2013 (Isnin)
025
Stadium
Bolasepak Likas
4:15pm
SABAH FA
0
2
KEDAH FA
-
Mohd Fiqry Md Isa,
Muhd Khyrill Muhaimee

026
Stadium
MP Pasir Gudang
8:45pm
JOHOR FA
2
0
UiTM FC
Mohamad Khairul Ismai,
Mohd Farid Ramli
-

027
Stadium
Hang Jebat
4:45pm
PDRM FA
1
1
KL POS MALAYSIA FC
Mohamad Khairul Abdul Latif
Ahmad Saufi Ibrahim

028
Stadium
UiTM Shah Alam
4:45pm
KL SPA PUTRAJAYA FC
2
3
NS BETARIA FC
Mohd Farizal Rozali,
 Mohd Hanifuddin Abd Rahman
Thomas Chovanec, Mohamed Affendi Mohd Ishak (2)

029
Stadium
Utama Negeri
4:45pm
PERLIS FA
0
1
KUALA LUMPUR FA
-
Muhammad Shafiq Johari

030
Stadium
MP Selayang
4:45pm
KL SIME DARBY FC
0
0
SARAWAK FA
-
-

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
BJ
Mata
PDRM FA
5
4
1
0
14
1
13
13
KEDAH FA
5
4
0
1
7
3
4
12
SARAWAK FA
5
3
2
0
10
2
8
11
KL SIME DARBY FC
5
3
2
0
7
2
5
11
JOHOR FA
5
3
1
1
10
3
7
10
KL POS MALAYSIA FC
5
2
1
2
5
6
-1
7
SABAH FA
5
2
0
3
7
9
-2
6
KUALA LUMPUR FA
5
2
0
3
7
14
-7
6
KL SPA PUTRAJAYA FC
5
1
1
3
9
9
0
4
NS BETARIA FC
5
1
1
3
4
12
-8
4
PERLIS FA
5
0
1
4
4
10
-6
1
UiTM FC
5
0
0
5
0
12
-12
0

Shabery minta KAFA, PBNJ segera tamatkan kontroversi

Posted: 20 Jan 2013 05:06 PM PST

Sumber: Utusan
 
KUALA LUMPUR - Jangan biarkan kontroversi menjadi keterlaluan, ia boleh menghilangkan keyakinan peminat terhadap bola sepak kita.
 
Itu teguran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terhadap kontroversi di antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) yang semakin berlarutan.
 
Ahmad Shabery, yang tidak memihak kepada sesiapa berkata, Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu melihat masalah tersebut dengan serius.


"Dari satu segi, kontroversi memang baik kepada sukan, namun kontroversi yang keterlaluan akan menyebabkan orang mula hilang keyakinan kepada sukan itu sendiri," katanya kepada media selepas melepaskan Kayuhan OCBC 2013 semalam.
 
Perang mulut di antara pemimpin KAFA dan PBNJ mencapai kemuncak ketika pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super Selasa lalu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di mana kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1.
 
Apa yang mencetuskan kontroversi ialah pengurusan Johor DT mendakwa KAFA tidak menitikberatkan soal kawalan keselamatan menyebabkan beberapa insiden melontar objek kepada penyokong mereka.
 
Namun KAFA pula mendakwa Johor DT agak keterlaluan dalam aspek menjaga pasukan mereka sehingga membawa Anggota Rejimen Ke-21 Gerak Khas Komando (GGK) yang dilengkapi dengan senjata.
 
Sebelum itu, isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim mencetuskan perang mulut sesama persatuan.
 
"Saya melihat perkara ini dengan serius. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku lagi dan FAM perlu bertindak tegas seperti Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
 
"Melindungi pemain dan penonton adalah tindakan yang perlu diambil oleh pasukan tuan rumah, pasukan pelawat pula tidak semestinya menyediakan kawalan terhadap pasukan dengan membawa komando," katanya.
 
Ahmad Shabery berkata, melakukan kawalan dengan membawa askar peribadi memberi gambaran seolah-olah bahawa negara kita tidak selamat.
 
"Perkara yang luar dari kebiasaan sepatutnya perlu segera diperbaiki menjelang perlawanan akan datang. Jika perkara ini terus berlaku ia akan menjadi sesuatu yang memalukan negara," kata Shabery.

LIGA SUPER 2013 - Keputusan Perlawanan 19 Jan 2013

Posted: 19 Jan 2013 07:33 AM PST


19 JANUARI 2013 (Sabtu)
022
Stadium
Jalan Besar
8:15pm
LIONS XII FC
2
1
TERENGGANU FA
Safuwan Baharuddin,
Syafiq Zainal
Effa Owana

023
Stadium
Shah Alam
8:45pm
SELANGOR FA
3
2
PAHANG FA
Mohd Amri Yahyah (2)
Ramzul Zahini Adenan
Fauzi Roslan,
Mohd Razman Roslan

024
Stadium
TAR Paroi
8:45pm
NEGERI SEMBILAN FA
0
1
PERAK FA
-
Mohd Failee Mohd Ghazli

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
BJ
Mata
PAHANG FA
4
3
0
1
8
5
3
9
SELANGOR FA
4
3
0
1
6
4
2
9
LIONS XII FC
4
3
0
1
4
2
2
9
ATM FA
4
2
1
1
8
4
4
7
SELANGOR PKNS FC
4
2
0
2
6
5
1
6
PERAK FA
4
2
0
2
2
2
0
6
DARUL TAKZIM FC
4
1
2
1
6
6
0
5
KELANTAN FA
4
1
2
1
3
3
0
5
KL FELDA UNITED FC
4
1
2
1
2
2
0
5
T-TEAM FC
4
1
0
3
1
7
-6
3
TERENGGANU FA
4
0
2
2
3
5
-2
2
NEGERI SEMBILAN FA
4
0
1
3
1
4
-3
1

KAFA adu isu anggota tentera kepada FAM

Posted: 18 Jan 2013 07:23 PM PST


Sumber: Metro Online

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah mengemukakan isu kehadiran anggota tentera dalam perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) kepada Pesuruhjaya Perlawanan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataan dalam laman facebooknya berkata, beliau belum bersedia mengulas lanjut perkara itu.



Namun beliau menantikan reaksi daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin terhadap isu itu.

"Saya ingin dengar komen Menteri Pertahanan dan Menteri Belia dan Sukan. Saya juga menanti reaksi Panglima ATM kerana namanya dikaitkan juga.

"Saya tidak dapat komen sebab tidak pernah jumpa kes macam ini," katanya. Semalam akhbar melaporkan, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menjelaskan kehadiran komando GGK berkenaan ditugaskan untuk bersedia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu berikutan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan berangkat untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

Tunku Ismail turut mempertikaikan ketiadaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawasi perlawanan itu.

Bagaimanapun, melalui tinjauan wartawan, Sultan Ibrahim tidak berada di stadium sebaliknya anggota komando GGK itu dilihat menaiki bas bersama pemain pasukan JDT.

Akhbar sebelum ini melaporkan penyokong Kelantan mempersoalkan tindakan PBNJ menempatkan anggota tentera yang lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan JDT di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Selasa lalu.

Sementara itu, Setiausaha KAFA, Azman Ibrahim berkata, hanya polis yang boleh memberi penjelasan ketiadaan anggota FRU.

Katanya, beliau juga menganggap kehadiran anggota tentera itu sebagai 'patung' yang mengawal stadium.

"Saya tidak mahu komen kerana saya anggap anggota tentera yang ada pada malam perlawanan itu hanya sebagai patung yang dipasang bateri.

"Penjelasan untuk ketiadaan FRU perlu dapatkan daripada pihak polis," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines