Rabu, 31 Disember 2014

Nyaris Dirogol


SEREMBAN - Seorang gadis berusia 24 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol dalam kejadian di pekarangan tempat letak kereta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Benar Nilai, pada 18 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Balqis disamun dan dicederakan di bahagian kepala, sebelum dibawa ke kawasan sunyi untuk dirogol.

Menurut sumber, berdasarkan laporan polis yang dibuat, semasa kejadian, mangsa yang menaiki kereta api komuter itu baru sahaja sampai dari KL Sentral kerana bekerja.

Sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya, katanya, mangsa dihampiri sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih, sebelum keluar seorang lelaki memakai topi kaledar, memecahkan tingkap cermin pemandu menggunakan tukul besi.

“Difahamkan mangsa cuba melawan, namun penjenayah tersebut terus memukulnya di bahagian muka sehingga menyebabkan mangsa menjadi lemah.

“Lelaki berkenaan turut berjaya mengambil kunci kereta, beg tangan serta sebuah beg berisi komputer riba, sebelum menyerahkan kepada rakannya yang sedang menunggu di sebelah,” katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi bertambah serius apabila suspek cuba merogol dengan membawa kereta mangsa ke tempat sunyi di sebuah kawasan stesen kereta api berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak sempat melakukan apa-apa berikutan terdapat sebuah kereta api melalui kawasan itu dan berhenti di stesen tersebut.

“Suspek dan rakannya kemudian melarikan diri dengan semua barang yang disamun dari mangsa.

“Sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Nilai dengan bantuan bapanya yang tiba sebaik saja mangsa menghubungi ayahnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Roning Abdullah berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau berkata, usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan dan beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. SH


Sabtu, 27 Disember 2014

Dicekup Khalwat Dengan Ibu Sendiri


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berang apabila menjadi sasaran pihak berkuasa agama Perak apabila bilik hotelnya diperiksa pada awal pagi Khamis kerana disyaki berkhalwat.

Sambil mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika melakukan pemeriksaan di sebuah hotel di Parit Buntar, beliau menjelaskan, ketika kejadian pada pukul 3.20 pagi itu, beliau bersama ibunya dan dua anak perempuannya tidur di dua bilik berasingan di hotel berkenaan.

Menamakan pegawai penguatkuasa itu sebagai si bodoh, Wan Saiful mendakwa, pintu bilik hotel diketuk kuat dan salah seorang pegawai memberitahu mahu melakukan pemeriksaan dengan hanya menunjukkan kad kuasa tanpa waran.

“Saya ada beritahu ibu saya sedang tidur dan dia tidak bertudung ketika itu, tetapi salah seorang pegawai berkenaan bertegas nak masuk dan terus buat pemeriksaan.

“Selepas dia masuk dan melihat tiada ‘apa-apa yang menarik perhatian’, dia terus keluar dan tanpa cakap terima kasih atau memohon maaf,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Beliau yang bermalam di situ selepas menghadiri majlis bersama Ahli Parlimen Parit Buntar dan Kluang, masing-masing Dr Mujahid Yusof Rawa dan Liew Chin Tong turut menyuarakan kekesalannya berhubung insiden itu di Facebook (FB) serta Twitter pada pagi Khamis. Pelbagai pihak memberi reaksi berhubung status laman sosialnya itu.

Menerusi laman sosialnya, Wan Saiful berkata: “Selepas menunjukkan kad nama, si bodoh yang mengganggu itu bertegas mahu masuk melihat ke dalam bilik, walaupun saya katakan ibu saya sedang tidur. Sudahlah mengganggu pagi pagi buta. Tiada perkiraan mengenai aurat pula. Ada periksa di hotel-hotel lima bintang? Di rumah-rumah milik orang bergelar hebat-hebat? Entah betul entah tidak dari Pejabat Agama. Yang pastinya memang bodoh dan mengganggu.”

Wan Saiful berkata, beliau kesal dengan tindakan itu yang memperlihatkan seolah-olah pegawai agama berkenaan tidak menghormati privasi yang membabitkan isu aurat.

Tambahnya lagi, turut dipersoalkan ialah mengapa hanya biliknya dan dua yang lain yang diperiksa sedangkan hotel itu mempunyai lebih 50 bilik.

“Pihak hotel beritahu hanya tiga bilik sahaja yang diperiksa dan salah satu daripadanya adalah bilik saya. Kenapa saya yang jadi sasaran?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya pemeriksaan yang dibuat oleh JAIPk dapat diperbaiki dengan mengikut SOP yang betul, pada masa akan datang.

“Saya bercadang menulis surat rasmi kepada pejabat agama dan lain-lain yang bertanggungjawab tentang hal agama di Perak, untuk menjelaskan apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Mereka tidak boleh 'menyerang' privasi orang lain tanpa prosedur yang betul. Jadi, matlamat saya adalah supaya SOP ini dapat diperbaiki dan diharapkan ia merupakan pandangan dan kritikan yang membina,” kata Wan Saiful. -mStar


Rabu, 17 Disember 2014

Kanak 11 Tahun Dicabul Warga Myanmar


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dicabul oleh lelaki warga Myanmar di sebuah kedai runcit di Kajang ketika keluar membeli telur ayam.
Mangsa, pergi ke sebuah kedai di Jalan Sungai Segamat kira-kira pukul 10.15 pagi Selasa membeli telur ayam untuk ibunya tetapi lelaki tersebut yang juga pekerja di kedai tersebut mencabulnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata lelaki tersebut menarik kanak-kanak perempuan itu sebelum menyentuh alat kemaluannya.

"Kanak-kanak perempuan itu berlari pulang ke rumah dan memberitahu ibunya.

"Ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah balai polis berdekatan dan membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi.

Ab Rashid berkata polis pergi ke kedai runcit tersebut dan mencari suspek tetapi dia berjaya melarikan diri.

"Kami masih memburu suspek. Kami percaya dia masih di kawasan berdekatan. Kami memerlukan sedikit masa untuk menangkapnya," kata Ab Rashid. -mStar

Selasa, 16 Disember 2014

Kanak 2Tahun Diberi Makan Najis



PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan wanita dikejutkan dengan tindakan pembantu rumah warga Indonesianya yang didakwa mungkin memberi makan najis kepada cucu lelakinya berusia dua tahun selepas menyedari bau busuk dari mulut kanak-kanak itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua berkata, ahli perniagaan wanita berusia 48 tahun itu baharu sahaja tiba di rumah teres dua tingkat di USJ pada pukul 8 malam Khamis lalu apabila mengesan bau busuk yang mencurigakan dari cucu lelakinya.

"Dia kesan terdapat bau busuk di sebalik mulut cucu lelakinya.

"Kemudiannya dia mendapati terdapat serpihan menyerupai najis terlekat di antara gigi kanak-kanak itu," katanya pada Isnin.

Tan berkata, wanita itu bertanyakan kepada kanak-kanak berkenaan mengenai serpihan tersebut dan terkejut apabila diberitahu bahawa pembantu rumah yang dipanggil "bibik" telah memberinya makan najis.

"Kanak-kanak itu diberi najis untuk makan di tandas di tingkat atas.

"Wanita turut berkata bahawa cucunya itu telah muntah kerana baunya seperti najis," katanya.

Tan berkata, polis sedang menahan pembantu rumah itu, yang telah dihantar kembali ke agensinya, untuk membantu siasatan.

Menurutnya, pembantu rumah telah bekerja dengan keluarga tersebut selama tiga bulan.

Kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000. -Mstar



Sabtu, 13 Disember 2014

Bahana Bogel Di Skype


Kuching: Akibat dorongan nafsu, seorang kakitangan kerajaan menempah bala apabila tindakannya berbogel di depan kamera web laman sembang bukan saja dirakam kenalan wanitanya, malah turut diugut supaya membayar RM10,000 sebagai cagaran untuk memadamkan bukti rakaman itu.

Kejadian menimpa mangsa berusia 49 tahun itu ketika bersembang menerusi Facebook pada jam 8 pagi kelmarin sebelum menyambung perbualan itu menggunakan laman sembang Skype.

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di sebuah inap desa di bandar ini apabila wanita itu mengarahkannya berbogel di depan kamera web Skype.

“Tanpa mengesyaki sesuatu mencurigakan, mangsa menuruti arahan itu tanpa menyedari perbuatan itu dirakam wanita terbabit. Mangsa baru mengenali suspek yang menggunakan nama ‘Norgen Wang’ sering menghantar mesej selain berbual sebelum hubungan itu berlanjutan kepada perbincangan seks.

“Mungkin terlalu akrab melalui sembang Internet, lelaki terbabit tidak mengesyaki niat jahat wanita itu sehinggalah mendapat tahu aksinya dirakam. -HM


Rabu, 10 Disember 2014

Murid 12 Tahun Dinodai Dalam Surau


Ampang: Pistol diacukan ke kepala sebelum seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki dan lebih keji perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah surau di Ampang, di sini.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menceritakan kepada keluarganya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Ampang, kelmarin,

Menurut sumber, kanak-kanak itu datang ke surau berkenaan untuk bermain dengan rakannya kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu.

“Mereka kemudian ditahan seorang lelaki yang mengarahkan mangsa masuk ke dalam surau manakala rakannya disuruh menunggu di luar.

“Bagaimanapun sebaik masuk, suspek mengeluarkan senjata dipercayai pistol dan mengacukannya ke kepala kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sumber berkata, suspek mencium dan meraba tubuh mangsa sebelum memaksanya melakukan seks oral selama beberapa minit.

“Dia hanya berhenti selepas seorang orang ramai datang ke surau dan lelaki itu beredar dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian itu pulang ke rumah tetapi tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. -HM


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines