Selasa, 26 November 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Zain, Rozita Sahkan Bernikah Pada 11 Disember

Posted: 25 Nov 2013 03:47 AM PST


Zain dan Rozita memilih tarikh 11 Disember depan sebagai tarikh pernikahan mereka.
SHAH ALAM: Pasangan pelakon Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat maghrib.
Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.
Sementara itu, bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.
Rozita, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300.

Anita Baharom Terlibat Dengan Perniagaan Tudung

Posted: 25 Nov 2013 03:45 AM PST


Anita Baharom
PETALING JAYA: Pelakon Anita Baharom mengakui mula melibatkan diri dengan perniagaan fesyen tudung selepas mendapati dia mempunyai minat yang mendalam dengan bidang berkenaan.
Anita, 30, berkata, dia mula mencuba berniaga pada bulan Ramadhan lalu bersama-sama dengan pelakon Yatt Hamzah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan tidak sangka, kepuasan pendapatan yang diperoleh berbeza dengan kerja-kerja yang pernha dilakukannya sebelum ini.
"Selepas pertama kali cuba berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, rasa seronok pula. Saya dan suami terus merancang untuk memulakan perniagaan tudung menggunakan label nama sendiri iaitu Inspirasi Anita Baharom.
"Buat masa ini ia masih lagi dalam produksi dan tunggulah nanti saya akan umumkan pelancaran produk tudung itu," katanya kepada mStar Online.
Tambah Anita, sebagai introduksi, dia akan mereka dahulu rekaan tudung yang sesuai dimana ia akan digayakan sendiri olehnya terlebih dahulu sebagai promosi.
Sementara itu, pelakon yang mula dikenali dengan drama bersiri Dunia Baru itu berkata, dia kini terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan kerana perlu menjaga anak kedua-dua orang anaknya iaitu Syifa Dhia Nurina, 6, dan Mohd Dhia Iskandar, 2.
"Susah sebenarnya apabila tidak ada pembantu rumah, sayalah yang kena jaga anak. Jadi ia menyukarkan saya untuk melibatkan diri dengan lakonan.
"Tetapi saya tidak mahu bersara daripada dunia yang saya minati itu. Dan kalau boleh setiap empat hingga lima bulan saya akan ambil tawaran lakonan," ujarnya.

Imej Rambut Perang Stacy Tidak Ciplak Miley Cyrus

Posted: 24 Nov 2013 07:43 PM PST


Imej terbaharu Stacy yang diambil daripada Facebook miliknya.
SHAH ALAM: Penyanyi Stacy menganggap imej baharunya dengan penampilan berambut pendek dan berwarna perang bukan menciplak imej artis popular antarabangsa, Miley Cyrus.
Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam, 23, berkata, fesyen rambut tersebut adalah merupakan trend semasa dan digayakan oleh kebanyakan wanita bukan oleh penyanyi lagu Wrecking Ball itu sahaja.
"Saya tidak meniru Miley Cyrus, gaya ini adalah trend rambut semasa dan digayakan oleh semua wanita seluruh dunia.
"Sebelum Miley, Rihanna juga pernah mengayakan fesyen rambut ini, cuma mungkin ketika ini Miley sedang popular dan orang banyak bercakap tentangnya," katanya kepadamStar Online.
Stacy ketika persembahan lagu Bosan di Separuh Akhir Muzik Muzik 28.
Tambahnya, fesyen rambut tersebut sangat sesuai dengan konsep lagu dan album baharunya yang bakal dikeluarkan awal tahun depan.
Bagaimanapun, jelas Stacy, dia tidak menafikan ada segelintir peminat yang kurang gemar dan mengkritik fesyen rambut tersebut.
"Ramai juga yang tidak suka tapi biasalah sesuatu perkara ada orang yang suka, ada yang tidak.
"Pada saya gaya rambut ini sesuai dengan lagu-lagu rancak yang sering saya bawakan," katanya.
Persembahan bersama Akim untuk lagu Kembali.
Bercakap tentang lagu Bosan yang layak menempatkan dirinya ke Anugerah Juara Lagu 28 pada Januari depan, Stacy berkata lagu tersebut adalah karya yang paling sukar untuk dinyanyikannya.
"Lagu Bosan ini sangat tinggi dan saya perlu menyanyi sambil menari. Ia memerlukan stamina yang sangat kuat.
"Lepas ini saya akan mula berlatih dan joging untuk mendapatkan stamina menyanyikan lagu tersebut di pentas AJL28 nanti," katanya.

M.Nasir Terima Royalti MACP 2013 Terbanyak

Posted: 24 Nov 2013 07:42 PM PST


M.Nasir menang anugerah komposer dengan pendapatan terbanyak di malam mesra MACP 2013 
PETALING JAYA: Komposer terkenal Datuk M. Nasir terus mengungguli Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2013 apabila memenangi dua anugerah pada majlis yang diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara di sini, malam Ahad.
M.Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed menerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ke-14.
Selain itu, syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.
M.Nasir ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan kemenangan tersebut selain berharap pihak MACP terus berusaha untuk membantu penggiat seni sepertinya dalam soal royalti.
Habsah Hassan turut menerima anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak.
"Jika tiada MACP mungkin royalti kami tidak dapat dikutip dan peranan mereka sangat penting dalam membela nasib kami," ujarnya.
Presiden MACP, Habsah Hassan pula menerima anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak untuk tahun ini.
Anugerah tersebut sebelum ini diungguli oleh Allahyarham Rosli Khamis (Loloq).
Dalam pada itu, anugerah Nadi Cipta dimenangi oleh komposer terkenal Johan Nawawi.
Johan dipilih memenangi anugerah tersebut atas sumbangannya terhadap industri muzik selama 20 tahun.
Antara artis yang pernah bekerjasama dengannya termasuk Nora, Datuk Siti Nurhaliza dan Misha Omar.
Adnan Abu Hassan Menang anugerah Nadi Cipta.
Sementara itu, penyanyi dan komposer, Aizat Amdan dipilih sebagai penerima anugerah Komposer Muda Berpotensi.
Manakala anugerah Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dimenangi oleh EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd.
Sementara itu, komposer dan penyanyi rap, Malique menerima anugerah Persembahan Lagu Melayu Terbanyak menerusi lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan oleh Kaka dan Zizan.
Bagi kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi dimenangi oleh Michael Wong menerusi lagu ciptaannya berjudul Tong Hua.
Setiap pemenang membawa pulang hadiah berbentuk sebuah trofi.
Majlis yang diacarakan oleh AG itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi MACP, Habsah Hassan.
Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah MACP 2013 :
1. Anugerah Nadi Cipta : Adnan Abu Hassan
2. Komposer Muda Berpotensi : Aizat Amdan
3. Persembahan Lagu Tamil Terbanyak
Lagu: Mazhaiye Van Mazhaiye
Penyanyi : Vilaiyaatu Pasange
Komposer & Penulis Lirik : Saravanakumar Vengedasalam.
4. Persembahan Lagu Cina Terbanyak
Lagu: Jian Ao
Penyanyi : Jess Lee
komposer & Penulis Lirik : Yow Shann Giang, Xu Shi Zhen, Wu Hu Fu dan Fu Cong Li.
5. Persembahan Lagu Melayu Terbanyak
Lagu : Bawaku Pergi
Penyanyi : Zizan Razak & Kaka
Komposer & Penulis Lirik : Malique
6. Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak
Lagu : Fantastic Baby
Penyanyi : Big Bang
Komposer & Penulis Lirik : G-Dragon, Te Di dan TOP
7. Pendapatan Luar Negara Tertinggi
Lagu : Tong Hua
Penyanyi : Michael Wong
Komposer & Penulis Lirik : Michael Wong
8. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak :
Luncai Emas Sdn Bhd
Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak:
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
9. Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak :
Habsah Hassan
10. Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak :
Mohd Nasir Mohamed

Abdul Hakim Ikram dan Zarul, Hani & Zue Juara Rising Star

Posted: 24 Nov 2013 07:40 PM PST


Peserta pertandingan akhir Rising Star, anjuran akhbar The Star yang berlangsung di KL Live, Ahad. 
KUALA LUMPUR: Peserta solo Abdul Hakim Ikram dan peserta berkumpulan Zarul, Hani & Zue memenangi tempat pertama dalam kategori masing-masing pada pertandingan akhir Rising Star anjuran akhbar The Star yang berlangsung di KL Live, di sini, Ahad.
Pada pentas akhir tersebut, Abdul Hakim menyanyikan lagu Brand New Me daripada Alicia Keys, manakala Zarul, Hani & Zue membawa lagu Stay Away From My Friend yang dipopularkan oleh Pierce the Veil.
Kedua-dua pemenang diberi peluang merakam semula lagu penyanyi terkenal Yuna dan akan diputarkan di stesen radio Red FM.
Selain itu, mereka turut membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi kemenangan dan sijil serta barangan tajaan.
Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Danial Mohd Khairi bagi ketegori solo dan The Abduls bagi kategori kumpulan menerima wang tunai RM3,000 dan barangan bernilai RM500
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Chua May Yean dan membawa pulang wang tunai RM2,000 serta barangan bernilai RM500.
Tiga penyanyi terkenal Yuna, Sam Bankface dan Atilia menjadi juri pada pertandingan akhir ini.
Turut hadir pada majlis tersebut Editor Eksekutif The Star Brian Martin.
Program Rising Star ini bermula pada Oktober lalu melalui beberapa ujibakat yang diadakan di beberapa buah negeri serta penyertaan secara talian.

Dua Pelakon Dakwa Dianiaya Lima Artis Veteran

Posted: 24 Nov 2013 07:39 PM PST


Den Wahab
PETALING JAYA: Dua pelakon mendakwa dianiaya oleh lima artis veteran selepas nama mereka disenaraikan antara tujuh defendan yang diarahkan membayar wang RM60,000 kepada kumpulan artis berkenaan berhubung isu saman mereka kepada pemimpin Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Dua artis berkenaan ialah pelakon Syed Nahar Syed Mokhtar (Syean), 37, dan juga Zaharudin Wahab, 50, (Den Wahab), masing-masing bekas Setiausaha Kehormat dan Bendahari persatuan.
Kedua-dua artis tersebut berkata, selepas dilantik memegang jawatan, mereka telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak lama kemudian kerana mempunyai komitmen lain tetapi terkejut apabila nama mereka dikaitkan antara individu yang di saman.
Pelakon Den Wahab berkata, dia tidak menghadiri sesi pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 14 (AGM-14) pada 26 Mei 2012, tetapi pelantikannya dibuat oleh jawatankuasa yang dipilih dalam sesi itu.
Bagaimanapun kata Den, selepas seminggu memegang jawatan berkenaan, dia telah menghantar surat kepada persatuan untuk meletakan jawatan dan tempatnya sebagai Bendahari di ganti oleh seorang individu bernama Megat.
"Sepanjang seminggu memegang jawatan berkenaan, saya tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen termasuklah cek serta tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Pejabat Seniman.
"Tapi saya terkejut apabila kes saman melibatkan lima artis veteran dan pemimpin persatuan itu, nama saya dikaitkan sekali sedangkan saya bukanlah ahli jawatankuasa persatuan itu lagi. Saya benar-benar teraniaya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 November lalu memutuskan pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 yang diadakan pada 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas adalah terbatal dan tidak sah.
Nahar Syed Mokhtar atau Syean.
Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).
Beliau juga turut memerintahkan semua tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif iaitu kira-kira RM8,571 setiap seorang.
Pada 25 Januari lepas lima artis veteran yang dinamakan sebagai plaintif iaitu Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani telah memfailkan saman terhadap pemimpin-pemimpin Seniman bagi mengisytiharkan AGM-14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan termasuklah pemalsuan pindaan undang-undang.
Dalam pada itu Den Wahab berkata, sepatutnya lima artis veteran berkenaan meneliti terlebih dahulu senarai baharu Ahli Jawatankuasa Seniman penggal 2009-2012 sebelum membuat kesilapan menyaman individu yang telah meletak jawatan.
Katanya, tindakan itu memberi kesan emosi kepadanya selain berasa kecewa kerana tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah semasa perbicaraan berlangsung.
"Saya benar-benar sedih sebab saya tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kena bayar saman. Sedangkan semasa perbicaraan saya tidak pun dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.
Sehubungan itu jelas Den Wahab dia akan mendapatkan nasihat peguam mengenai isu tersebut.
Sementara itu Syed Nahar yang juga bekas anggota kumpulan Boys'R'us pada era 1990-an berkata, dia meletak jawatan sebagai Setiausaha Kehormat selepas dua bulan memegang jawatan melalui sepucuk surat yang dihantar kepada bekas presiden iaitu Zed Zaidi.
Kata Syed Nahar, peletakan jawatan itu berpunca daripada komitmen kerjanya sebagai pelakon dan digantikan oleh Zahrin Ishak yang juga penasihat undang-undang persatuan berkenaan.
"Sebelum meletakkan jawatan, saya tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen sama seperti yang berlaku kepada Abang Din (Din Wahab). Tetapi nasib kami serupa apabila tiba-tiba diarahkan membayar saman.
"Apa yang berlaku ini benar-benar mencemarkan nama saya kerana saya bukan individu yang bersalah," jelasnya.
Abu Bakar Omar
Syed Nahar berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengemukakan saman malu kepada lima artis veteran berkenaan kerana kesilapan itu telah menjatuhkan maruah dan memalukannya.
Sementara itu plaintif pertama dalam kes berkenaan iaitu Abu Bakar Omar, 64, yang dihubungi berkata, pihaknya menyenaraikan nama-nama defendan tersebut selepas merujuknya daripada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Katanya, kesilapan itu berpunca daripada kelemahan bekas kepimpinan persatuan berkenaan yang gagal mengemas kini senarai Ahli Jawatankuasa baharu persatuan itu selepas berlaku perubahan jawatan.
"Tengoklah... kata bijak sangat... kalau bijak, kenapa mereka (bekas pemimpin Seniman) tak tukar nama tu di ROS? Kami (ambil tindakan) berpandu nama yang ada di ROS," sindirnya.
Tambah Abu Bakar, dalam hal ini Den Wahab dan Syed Nahar perlu merujuk kes tersebut ke mahkamah kerana keputusan telah pun dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Liyana Jasmay Terpaksa Berehat Kerana Hamil

Posted: 24 Nov 2013 07:38 PM PST


Walaupun mengalami alahan teruk pada awal kehamilannya, Liyana mengakui keadaannya semakin beransur pulih.
PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014.
Liyana, 25, bagaimanapun berkata, dia hanya akan memberi fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.
"Lakonan buat masa ini memang saya tidak akan buat dan hanya akan menghadirkan diri untuk aktiviti promosi filem sahaja jika dijemput.
"Bagaimanapun kerja-kerja belakang tabir dan menguruskan syarikat iaitu Mermaid Studios akan dilakukan seperti biasa," katanya kepada mStar Online.
Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.
Dalam pada itu, Liyana berkata, dia mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kandungannya namun keadaan itu sudah beransur pulih.
Jelas Liyana, suaminya adalah orang yang paling bimbang dengan situasi itu dan sentiasa berada di sisinya apabila memerlukan.
"Saya beruntung ada suami macam Fathuddin kerana dia prihatin tentang saya dan melayan saya bagaikan seorang puteri," ujarnya.
Sementara itu, Liyana mengakui dia bimbang berat badannya tidak meningkat seperti kebanyakan wanita hamil lain walaupun kandungannya semakin membesar.
Tambah Liyana, dia ada bertanyakan perkara itu kepada doktor dan berasa lega selepas diberitahu perkara itu adalah normal.
"Berat badan saya hanya bertambah dua kilogram sahaja pada peringkat ini dan saya risau kerana kebiasaannya perempuan hamil badan mereka akan meningkat.
"Saya bimbang keadaan itu akan memberi kesan kepada kandungan saya namun mujur doktor mengatakan keadaan saya sihat dan normal," katanya yang tidak kisah akan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti.

Lebih 10,000 hadiri konsert Super Junior

Posted: 24 Nov 2013 07:38 PM PST

  • Lebih 10,000 hadiri konsert Super Junior

NAMA kumpulan dari Korea Selatan, Super Junior, bukan lagi asing bagi penggemar irama K-Pop di Malaysia.

Biarpun kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia pada Januari lalu menerusi acara penuh berprestij, Golden Disk Awards ke-27, namun rata-rata peminat Super Junior atau Suju masih menantikan kedatangan mereka sekali lagi untuk tahun ini.

Apatah lagi, kali terakhir kumpulan yang terdiri daripada Heechul, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kyuhyun, bersama dua lagi ahli Super Junior M, iaitu Zhou Mi dan Henry mengadakan konsert dia Malaysia adalah pada tahun 2011.

Bagaimanapun, dua lagi ahli kumpulan Suju, Leeteuk dan Yesung tidak dapat bersama bagi konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur, kelmarin kerana terlibat dengan latihan ketenteraan yang wajib bagi setiap lelaki berusia 27 tahun di Korea Selatan.

Biarpun tanpa dua ahli kumpulan tersebut, ia tidak menghalang kehadiran lebih 10, 000 peminat untuk hadir memeriahkan Super Show 5 yang bermula pada jam 5 petang itu.

Menerusi konsert yang dianjurkan oleh Star Planet dan dibawakan oleh Spritzer Natural Mineral Water, Suju menyampaikan 28 buah lagu seperti Mr Simple, Sorry Sorry, Super Girl, Cold, Break Down, Rock Star, Sunny, Dancing Out dan banyak lagi.

Selain menyanyi secara berkumpulan, ia turut diselang seli dengan persembahan solo dan duet dari ahli Suju yang lain.

Antara persembahan yang paling mendapat sorakan ramai apabila Siwon, Kangin, Ryeowook dan Sungmin naik ke pentas dengan berpakaian perempuan dan menari.

Tidak ketinggalan apabila mereka turut tampil memakai kostume superhero seperti Thor, Captain America, Spiderman, Wolwerine, Ironman, Dragon Ball ketika menyampaikan lagu Wonder Boy.

Diselang-seli dengan interaksi dengan peminat yang hadir menerusi seorang jurubahasa, tiga ahli Suju, Heechul, Kyuhyun dan Sungmin turut dipaksa membuat aksi 'gwiyomi' yang sekali lagi mengundang jeritan peminat yang hadir.

Tanpa kejutan istimewa

Biarpun tampil dengan persembahan mantap, ditambah dengan penataan lampu LED yang dipaparkan sangat realistik, sistem audio yang cukup hebat, dan rekaan pentas yang menghubungkan dengan peminat di setiap penjuru, namun bagi sesetengah peminat, konsert kali ini terasa kurang impaknya.

Contohnya, apabila Suju mengatakan persembahan sudah berakhir dan tirai diturunkan, ia tidak membuatkan peminat bersorak risau kerana menerusi persembahan sebelum ini, ia sudah dilakukan dan membuatkan mereka sudah menjangkakan Suju akan kembali membuat persembahan.

Malah, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut juga sudah dilihat menerusi beberapa siri jelajah kumpulan tersebut di beberapa negara lain sebelum ini.

Janji kembali ke Malaysia

Sebelum menyampaikan lagu terakhir, So I, ke semua ahli Suju membuat ucapan terakhir seorang demi seorang kepada peminat di stadium.

Biarpun beberapa kali melawak dan menyampaikan ucapannya, namun ada di antara peminat yang menitiskan air mata pada saat itu.

Antara kata-kata yang diucapkan oleh beberapa ahli Suju adalah mereka berjanji akan kembali ke Malaysia, kerana mengibaratkan 'sudah berkahwin' dengan semua peminat pada malam itu selepas menyampaikan lagu Marry U.

Namun konsert ini mungkin menjadi kenangan akhir buat Siwon yang akan menyertai latihan ketenteraan bermula tahun hadapan.

Bekas pembantu Hanez Suraya tampil beri penjelasan

Posted: 24 Nov 2013 07:36 PM PST

  • Bekas pembantu Hazez Suraya tampil beri penjelasan

UMUM tahu perang antara aktres cantik, Hanez Suraya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim atau lebih dikenali dengan panggilan Dasha semakin berlarutan apabila aktres itu mengambil tindakan mahkamah.

Hanez Suraya atau nama sebenarnya  Hanez Suraya Abd Aziz menerusi sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) sebelum ini, mendakwa bekas pembantu peribadinya itu sering mengaibkannya menerusi laman mikro Twitter.

Meskipun permohonan maaf sudah dilakukan oleh pembantunya itu, namun dakwa Hanez, pembantunya itu masih lagi mengulangi perkara yang sama.  

Merasakan imejnya tercalar teruk, maka pelakon Love You Mr Aroggant ini nekad mengambil keputusan untuk menyerahkan perkara itu kepada peguamnya dan seterusnya memfailkan saman ke atas bekas pembantunya itu.
Bagi memastikan nasibnya mendapat pembelaan sewajarnya, Hanez turut mendedahkan tindakannya itu kepada pihak media.

Jika sebelum ini kita sering mendengar kenyataan Hanez Suraya, kini bekas pembantunya, Dasha tampil memberi penjelasan secara eksklusif kepada Zass.


Ikuti temu bual berikut:

Setelah isu ini menjadi sebutan, apakah yang membuatkan anda tampil untuk memberi kenyataan?

Tujuan saya tampil memberi kenyataan ini adalah untuk menyelesaikan kes ini dengan baik tanpa memburukkan sesiapa.

Saya hanya mahu membersihkan nama saya dan ingin menegaskan saya telah memohon maaf dan tidak mahu isu ini dipanjangkan memandangkan isu ini telah lama selesai. Sebab selepas kes saya meminta maaf kepada Hanez dan keluarganya menerusi laman Twitter dan Facebook, saya sudah tidak mengaibkan Hanez seperti yang didakwa.

Kenapa dia nak tuduh saya benda yang saya tak buat? Lepas saya balik Bangkok, terus terkejut dia buat saman dekat saya dan menghantar surat bahawa saya tidak menghadirkan diri ke mahkamah.

Macam mana saya nak ke mahkamah sedangkan saya sendiri pun tak tahu saya disaman?


Boleh anda jelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu ini?

Kejadian ini berlaku apabila saya dikatakan tak menjalankan kerja saya sebagai pembantunya.

Semasa penggambaran sebuah drama, saya telah menghubungi Hanez, kerana tinggal dua babak lagi yang hampir selesai. Tetapi Hanez minta saya tak perlu pergi ke tempat penggambaran kerana nak pergi bersama temannya. Jadi, saya ambil keputusan duduk di rumah ketika itu. Tapi keesokannya dia menceritakan kepada seseorang bahawa saya tak pergi ke set kerana pergi bersuka ria. Bukan setakat itu saja malah dia yang mula memburukkan saya.

Saya tidak menyangka dia sanggup bercakap di belakang. Saya mula hubungi dia dan bertanya adakah dia masih perlukan khidmat saya? Dia mengakui dia masih mahukan khidmat saya tapi dalam masa yang sama dia mula dakwa saya tak buat kerja. Saya hantar surat berhenti kerja 24 jam selepas dua hari kejadian itu.

Dan ketika itulah berlaku perbalahan saya dengannya. Dan untuk pengetahuan semua, saya sudah pun meminta maaf kepadanya.

Bagaimana pula dengan kenyataan Hanez yang mengatakan anda sekali lagi mengaibkannya?

Selepas permohonan maaf tersebut, saya tidak lagi memburukkannya atau menyebarkan sebarang gambar atau cerita yang tidak baik tentangnya, bagi saya semua sudah berakhir. Dan kalau saya ini teruk, saya tidak minta maaf kepadanya. Itu pun saya tidak memetik namanya memberitahu umum dalam Twitter semasa perbalahan antara saya dan dia berlaku.

Namun, entah dari mana atau siapa lagi yang tak berpuas hati kepadanya saya tidak tahu. Kerana saya dengan dia sudah tidak ada sebarang masalah selepas selesai kes minta maaf itu. Saya tegaskan di sini, saya sudah teraniaya dan saya tidak bersalah!

Ini bukan pertama kali saya menjadi pembantu peribadi kepada artis. Selama ini tidak pernah ada masalah yang berbangkit antara saya dengan artis yang dulu atau lebih senior dari Hanez.

Jadi, bagaimana boleh timbul isu ini?

Sekali lagi saya tegaskan saya tidak pernah mengaibkannya, selepas permohonan maaf dikeluarkan. Sebenarnya saya adalah orang yang diaibkan.

Mengapa pula anda rasa diaibkan?

Ya saya memang diaibkan, dan berasa satu penganiayaan dilakukan Hanez, kerana saya tidak diberitahu berkaitan saman dan kehendak mahkamah yang meminta saya untuk ke mahkamah. Saya juga dikatakan mengambil mudah perkara ini kerana tidak menghadirinya. Sedangkan saya langsung tidak tahu perkara ini dipanjangkan. Dan lebih teruk lagi apabila saya dikatakan tidak melakukan kerja saya dan mengaibkannya sekali lagi dengan pemalsuan berita dan penyebaran gambar lama dan sebagainya.

Pernahkah anda berselisih faham dengan Hanez sebelum ini?

Saya tidak ada berselisih faham dengannya sebelum ini. Dan sehinggalah dia bercerita tentang kerja saya kepada orang lain.

Hanez telah membawa perkara ini ke mahkamah. Bagaimana pula dengan anda?

Saya sudah mendapat nasihat daripada peguam saya, dan peguam saya meminta saya berdiam dahulu, kerana mereka akan berbincang bersama peguam. Saya kalau boleh mahu perkara ini diselesaikan tanpa libatkan mahkamah, tapi jika dia mahu membawa perkara ini ke mahkamah saya sedia berhadapan dengannya kerana saya ada segala bukti yang mengatakan saya tidak mendapat surat untuk tampil ke mahkamah.

Saya memang tidak menyangka dia akan berbuat seperti ini kepada saya. Cakap saya yang memburukkannya kepada semua orang. Padahal saya langsung tak burukkannya.

Selepas perkara ini berlaku, adakah perniagaan dan reputasi anda terjejas?

Alhamdulillah, saya mendapat sokongan dari semua. Semua kawan-kawan terkejut dengan perkara ini. Dan berharap saya dapat bersabar hadapi dugaan ini.

Tapi disebabkan perkara ini, saya sudah serik untuk menjadi pembantu peribadi kepada mana-mana artis. Saya rasa, rezeki saya tidak putus memandangkan saya kini sedang bekerja dengan sebuah syarikat milik rakan baik saya. Saya nampak, perniagaan serta reputasi saya tidak pernah terjejas dengan isu ini. Malah ramai yang memahami dan menyebelahi saya.

Apa nasihat anda untuk Hanez Suraya?

Nasihat saya, tak nak benda ini berpanjangan dan saya berharap Hanez berjaya dengan apa yang diceburinya. Saya cuba lupakan dan mahu pandang ke depan.

Jovian, Nina nikah 11 Disember

Posted: 24 Nov 2013 07:35 PM PST


  • Jovian

TAHNIAH diucapkan kepada pereka fesyen dan pengacara, Jovian Mandagie bersama kekasih hatinya, Nina Sabrina Ismail Sabri bakal disatukan pada 11 Disember depan di Muzium Diraja Istana Negara lama, jam 3 petang.

Hubungan pasangan ini memang diketahui ramai, mereka tidak menyorok atau menyembunyikan status tersebut selepas dua tahun kenal rapat.

Majlis yang bertemakan tradisional Melayu dan Jawa itu diadakan mengikut adat keturunan kedua belah pihak.

Lebih menarik, satu majlis khas juga diadakan di Bera pada 21 Disember memandangkan bapa Nina yang juga merupakan ahli Parlimen Bera.

Untuk pengetahuan, Jovian melamar Nina pada 14 Februari lalu dan bersetuju untuk berkahwin.

Selesai majlis resepsi, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di negara Timur Tengah iaitu Turki, Itali dan Rom.

Adira sorok status?

Persoalan mengenai status sebenar penyanyi Dewi Cinta, Adira menjadi tanda tanya apabila dia memuat naik sekeping foto yang menunjukkan jarinya tersarung sebentuk cincin di laman Instagram, baru-baru ini.

Tindakan Adira itu menggambarkan bahawa dia sudah bersedia ke jinjang pelamin dan bergelar isteri.

Difahamkan, penyanyi berkulit cerah itu kini sedang hangat bercinta dengan Presiden Gerakan Belia 1Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin.

Apatah lagi, si jejaka turut menemani Adira ketika pusingan kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir pada Jumaat lalu menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, Adira menafikan mereka telah bertunang sebaliknya menyatakan bahawa cincin tersebut sekadar hadiah hari lahirnya pada 19 September lalu.

Amy akan lebih berhati-hati

Posted: 24 Nov 2013 07:33 PM PST

  • Amy SearchAmy Search

ROCKERS terkenal negara, Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman akan lebih berhati-hati memandangkan status muflis yang diterimanya ada kaitan dengan perbuatan khianat sahabat sendiri.

Amy menyifatkan perkara kawan makan kawan merupakan sesuatu yang serius dan tidak mahu ia berulang.

Menurutnya, perkara seperti ini banyak berlaku bahkan ada juga melibatkan saudara mara.

"Apabila kita mula menaruh kepercayaan yang tinggi kepada seseorang, kita akan terlupa untuk mengambil iktibar dan menyebabkan kita tertipu dan dikhianati tanpa disedari.

"Bagaimanapun, saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya yang kecewa dengan sikap rakannya itu.

Amy yang ditemui selepas sidang media konsert Destini mengesahkan status muflisnya seperti yang didakwa, kira-kira dua bulan lalu.

"Dah tiba masa peminat saya harus tahu apa yang berlaku. Sebelum ni tak ada siapa pun tahu cerita sebenar. Malah, kawan-kawan saya pun tak pernah tahu tentang perkara ini," kata Amy setelah lama berdiam mengenai isu dirinya yang didakwa muflis.

Dalam pada itu, Amy yang mengakui dianiaya sahabat baik sendiri menjelaskan perkara sebenar menyebabkan dirinya menjadi mangsa keadaan.

"Saya dah ampunkan dia. Terpulang kepada dia untuk selesaikan kes ini. Buat masa ini, dia memang langsung tidak berjumpa saya.

"Selama ini saya menyimpan seorang diri tetapi sekarang perlu berterus terang kerana peminat perlu tahu perkara sebenar.

"Sekarang, saya sedang mengumpulkan butiran lengkap berkaitan penganiayaan saya dan sudah mula berbincang dengan peguam. Saya akan mengadakan sidang media berkaitan perkara ini nanti," katanya.

Sementara itu, Amy turut menganggap perkara yang berlaku merupakan satu daripada pengalamannya dalam mengharungi suka duka kehidupan sebagai anak seni.

"Saya tak tertekan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan. Perkara dugaan seperti ini perlu dilalui oleh semua orang. Saya rasa ramai orang melalui saat bankrap seperti saya. Dan perkara itu tidak menjadi masalah. Saya biasa saja. Asalkan tuhan beri saya kesihatan boleh bangun, sihat, berjalan, menyanyi seperti biasa dan boleh mencari rezeki untuk keluarga, itu sudah baik.

"Saya percaya, akan dapat selesaikan perkara ini dengan izin ALLAH," katanya yang mengakui pengisytiharan muflis itu tidak sedikit menjejaskan karier seninya.

Legenda rock yang mencecah usia separuh abad itu mengakui masih boleh bekerja dan menerima banyak undangan membuat persembahan.

"Saya hanya minta peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga," katanya.

Sebelum ini Amy dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert Jelajah Di Awan Biru sekitar 2009. Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.

Rockers terkenal negara, Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman akan lebih berhati-hati memandangkan status muflis yang diterimanya ada kaitan dengan perbuatan khianat sahabat sendiri.
Amy menyifatkan perkara kawan makan kawan merupakan sesuatu yang serius dan tidak mahu ia berulang.

Menurutnya, perkara seperti ini banyak berlaku bahkan ada juga melibatkan saudara mara.

"Apabila kita mula menaruh kepercayaan yang tinggi kepada seseorang, kita akan terlupa untuk mengambil iktibar dan menyebabkan kita tertipu dan dikhianati tanpa disedari.

"Bagaimanapun, saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya yang kecewa dengan sikap rakannya itu.

Amy yang ditemui selepas sidang media konsert Destini mengesahkan status muflisnya seperti yang didakwa, kira-kira dua bulan lalu.

"Dah tiba masa peminat saya harus tahu apa yang berlaku. Sebelum ni tak ada siapa pun tahu cerita sebenar. Malah, kawan-kawan saya pun tak pernah tahu tentang perkara ini," kata Amy setelah lama berdiam mengenai isu dirinya yang didakwa muflis.

Dalam pada itu, Amy yang mengakui dianiaya sahabat baik sendiri menjelaskan perkara sebenar menyebabkan dirinya menjadi mangsa keadaan.

"Saya dah ampunkan dia. Terpulang kepada dia untuk selesaikan kes ini. Buat masa ini, dia memang langsung tidak berjumpa saya.

"Selama ini saya menyimpan seorang diri tetapi sekarang perlu berterus terang kerana peminat perlu tahu perkara sebenar.

"Sekarang, saya sedang mengumpulkan butiran lengkap berkaitan penganiayaan saya dan sudah mula berbincang dengan peguam. Saya akan mengadakan sidang media berkaitan perkara ini nanti," katanya.

Sementara itu, Amy turut menganggap perkara yang berlaku merupakan satu daripada pengalamannya dalam mengharungi suka duka kehidupan sebagai anak seni.

"Saya tak tertekan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan. Perkara dugaan seperti ini perlu dilalui oleh semua orang. Saya rasa ramai orang melalui saat bankrap seperti saya. Dan perkara itu tidak menjadi masalah. Saya biasa saja. Asalkan tuhan beri saya kesihatan boleh bangun, sihat, berjalan, menyanyi seperti biasa dan boleh mencari rezeki untuk keluarga, itu sudah baik.

"Saya percaya, akan dapat selesaikan perkara ini dengan izin ALLAH," katanya yang mengakui pengisytiharan muflis itu tidak sedikit menjejaskan karier seninya.

Legenda rock yang mencecah usia separuh abad itu mengakui masih boleh bekerja dan menerima banyak undangan membuat persembahan.

"Saya hanya minta peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga," katanya.

Sebelum ini Amy dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert Jelajah Di Awan Biru sekitar 2009. Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.

Ingin sambung belajar

"Kalau ditawarkan untuk belajar, saya mahu belajar. Usia bukan penghalang untuk belajar," katanya  yang bakal mengutip dana RM2 juta untuk konsert amal Destini pada Disember nanti bagi membantu pelajar tercicir daripada melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Di sebalik konsert amal itu, Amy memberitahu, dia pernah menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di UiTM, namun terpaksa melupakan hasratnya itu atas sebab tertentu.

"Zaman saya dulu, kalau dapat masuk ITM (UiTM) memang glamor habis. Masa tu jadi 'trend' bila dengar kawan-kawan dapat masuk dan satu kebanggaan bila dapat belajar kat sana.

"Walaupun teringin sangat nak masuk saya pendamkan saja. Sebab masa tu keputusan tak melayakkan saya untuk mengambil jurusan arkitek tambahan pula duit pun tak ada," katanya.

Jelas Amy, dia tidak menolak untuk kembali menyambung pelajaran di situ sekerinya ada peluang.

"Saya ada bakat melukis dan memang sangat minat melukis. Jika ada tawaran, saya mahu menajamkan skil melukis.

"Dulu saya rajin melukis. Tapi sekarang ni tak ada masa dan skil pun dah tumpul", katanya yang ingin mengikut jejak M Nasir yang berjaya mengusai kemahiran melukis.

"Kalau ditawarkan untuk belajar, saya mahu belajar. Usia bukan penghalang untuk belajar," katanya  yang bakal mengutip dana RM2 juta untuk konsert amal Destini pada Disember nanti bagi membantu pelajar tercicir daripada melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Di sebalik konsert amal itu, Amy memberitahu, dia pernah menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di UiTM, namun terpaksa melupakan hasratnya itu atas sebab tertentu.

"Zaman saya dulu, kalau dapat masuk ITM (UiTM) memang glamor habis. Masa tu jadi 'trend' bila dengar kawan-kawan dapat masuk dan satu kebanggaan bila dapat belajar kat sana.

"Walaupun teringin sangat nak masuk saya pendamkan saja. Sebab masa tu keputusan tak melayakkan saya untuk mengambil jurusan arkitek tambahan pula duit pun tak ada," katanya.

Jelas Amy, dia tidak menolak untuk kembali menyambung pelajaran di situ sekerinya ada peluang.

"Saya ada bakat melukis dan memang sangat minat melukis. Jika ada tawaran, saya mahu menajamkan skil melukis.

"Dulu saya rajin melukis. Tapi sekarang ni tak ada masa dan skil pun dah tumpul", katanya yang ingin mengikut jejak M Nasir yang berjaya mengusai kemahiran melukis.

Kami mangsa keadaan

Posted: 24 Nov 2013 07:32 PM PST

  • Seniman bakal buat rayuanSidang media Seniman bersama-sama ahli-ahli persatuan untuk mengemukakan rayuan kurangkan kos mahkamah.

"APA yang berlaku baru-baru ini kita hanya menumpang nama persatuan sahaja. Dan kita akan mengikut apa yang diputuskan oleh mahkamah dan undang-undang," begitulah luahan bekas presiden persatuan Seniman Malaysia, pada sidang media di Finas, kelmarin.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Mesyuarat Agung ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak sah dan memerintahkan mesyuarat itu diadakan semula sekali gus jawatan presiden Seniman yang dijawat oleh aktor Zed Zaidi turut dilucutkan.

Zed Zaidi yang diminta mengulas perkara itu memaklumkan bahawa dia tidak tahu tentang penarikan jawatannya kerana mengikuti lawatan anjuran Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) ke Bangkok, Thailand.

"Saya tidak tahu berhubung perkara ini. Namun, selepas mendapat tahu bahawa mahkamah memutuskan bahawa mesyuarat ke 14 tidak sah, malah seniman dan lapan defendan iaitu Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan kedua hingga empat, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) termasuk saya turut disenaraikan sebagai penanggung bagi kos ganti rugi khas RM56,000 kepada plaintif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran, Roslinda Buang, Mior Ahmad Zaudi, Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

"Namun, saya dan lapan lagi defendan terpaksa menerima keputusan itu," katanya.

Katanya perkara itu diputuskan oleh mahkamah pada 21 November lalu, dan hakim telah membuat keputusan bahawa mesyuarat agung persatuan itu hendaklah diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh penghakiman dan perlu diadakan oleh pendaftar penubuhan Malaysia (ROS).

Zed yang turut ditemani seluruh Ahli Jawatankuasa bertindak persatuan itu bagaimanapun, menyerahkan kepada setiausaha kerja, Raja Mohd Faizal Mohd Amar, setiausaha kerja II, Juriza Mazlan dan bekas setiausaha kehormat dan penasihat undang-undang, Zahrin Ishak untuk menjelaskan perkara itu.

Menurut Zahrin, laporan kehilangan minit mesyuarat tersebut adalah berikutan dua kali pejabat seniman dipecah masuk dan dokumen tersebut telah hilang.

Perkara itulah yang menjadikan mesyuarat itu terbatal secara langsung bahkan ia juga difailkan tidak sah oleh mahkamah bermula dari tahun 2010.

"Kalau kami nak argue balik tindakan tersebut pun dah tak guna dan buang masa kerana dokumen itu memang sudah hilang.

"Kami menjadi mangsa. Jadi tanpa ada dokumen itu memang sukar untuk kita perbetulkan keadaan. Yang penting sekarang defendan hanya perlu membuat rayuan untuk pembayaran tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa yang mengkhianati persatuan itu memandangkan dua kali pejabat seniman dipecah masuk berikutan kehilangan dokumen penting persatuan itu.

Katanya, pihaknya akan membuat rayuan bagi kos perbicaraan sebanyak RM60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan.

"Kesemua defendan juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM56,000 kepada plaintif dan kami akan membuat rayuan untuk kedua-dua tuntutan saman yang difailkan itu," katanya.

Sebelum ini, saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, menurut pernyataan tuntutan, defendan kedua, ketiga dan keempat merupakan Presiden, Setiausaha, Bendahari Seniman bagi sesi 2009/2012 sementara defendan kelima ketika itu Pemangku Timbalan Presiden manakala defendan keenam pula, salah seorang ahli jawatankuasa persatuan.

Pihak plaintif diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud, Muhd. Azmi Talib, Yusfarizal Yussof dan Majdah Muda.

Dalam pada itu, ahli persatuan yang hadir turut menyokong jawatankuasa seniman yang ada.

Menurut seorang daripada ahli persatuan, seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail berkata, Zed Zaidi merupakan presiden persatuan yang mengutamakan kebajikan ahli.

Katanya, perkara seperti itu tidak boleh berlaku memandangkan banyak perkara yang telah dilakukan oleh Zed jika dibandingkan dengan presiden sebelum ini.

"Mengapa mereka bising-bising dan menuduh Zed tidak buat mesyuarat yang tidak betul, sedangkan kami mempersetujui segala apa yang diusulkan dalam mesyuarat.

"Apa lagi yang tidak puas hati? Sedangkan kami terima dan 2,500 ahli yang hadir untuk mesyuarat itu bersetuju dengan segala apa yang diusulkan dalam mesyuarat, isu kecil seperti minit mesyuarat tidak perlu diperbesarkan," katanya yang sangat kecewa dengan tindakan 4 plaintif yang membuat tuntutan tersebut.

Penampilan khas Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Nov 2013 07:30 PM PST

  • Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

JIKA anda peminat Ustaz Azhar Idrus, sudah tentu akan menyukai filem terbaru terbitan MIG berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Ini kerana filem arahan Pierre Andre itu turut menampilkan penceramah bebas itu yang menjadi fenomena di negara ini.

Kata Pierre, filem ini dihasilkan untuk membawa mesej berdakwah kepada anak-anak muda.

"Saya memang sudah lama berniat untuk membuat filem sebegini dan akhirnya berjaya. Tujuan saya adalah untuk menyampaikan pendekatan dakwah kepada anak-anak muda.

"Bagi saya dakwah itu bukan dengan satu cara tetapi pelbagai dan saya percaya peminat pasti menerimanya dengan baik," katanya.

Selain Ustaz Azhar Idrus, filem ini turut menampilkan barisan pelakon lain seperti kumpulan Shiro, Zalif Sidek, Mikael Andre dan Eppy Kodiang.

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia sering kali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama.

Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.
Filem ini bakal menjengah ke pawagam pada 28 November ini.

Wanita bergelut, tendang peragut

Posted: 24 Nov 2013 07:27 PM PST

  • Wanita bergelut, tendang peragutLelaki berusia 21 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kejadian ragut sebelum ini berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

JENGKA - Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.

Dalam kejadian tersebut, wanita dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.

Secara tiba-tiba, lelaki terbabit datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan tersebut sebelum membawa lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.

Mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak  lelaki berkenaan.

Mangsa kemudiannya bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit.

Lelaki yang dipercayai beralamat di sebuah tanah rancangan Felda bukan dalam daerah Maran itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Menurut saksi kejadian, orang ramai yang berada berdekatan bergegas ke kedai berkenaan selepas terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan kerana diragut.

Mangsa bagaimanapun tercedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka dan menerima tujuh jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian belakang badan serta lebam betis kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata api.

Pasangan kerdil bertemu jodoh

Posted: 24 Nov 2013 07:22 PM PST

  • Pasangan kerdil bertemu jodohPertemuan yang diaturkan keluarga membawa pasangan ini ke jinjang pelamin.

LEDANG - Seorang wanita kerdil tidak menyangka perkenalan yang diaturkan keluarga tiga tahun lalu dengan seorang lelaki yang senasib dengannya telah menerbitkan rasa cinta sehingga membawa perhubungan itu ke jinjang pelamin.

Nurhayati Abd Hamid, 34, sah bergelar isteri kepada  Abd Razak Abd Husin, 39, dengan sekali lafaz yang dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Mukim Kesang, Abd Rahman Abd Karim tepat jam 12.10 tengahari di Kampung Pajar, dekat Kesang di sini, semalam.

Perkahwinan pasangan istimewa yang berasal dari kampung berkenaan dan Kampung Serom 5 Hilir itu menarik perhatian ramai biarpun diraikan dalam majlis persandingan secara sederhana tetapi meriah  dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Nurhayati berkata, dia bersyukur bertemu jodoh dengan suami yang sangat memahami dan penyayang serta mengharapkan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mengimbau kembali detik perkenalan  tersebut, Nurhayati berkata, suaminya merupakan cinta pertamanya selepas pertemuan pertama berlaku di rumah kakak sulungnya di sini.

"Kami bertukar nombor telefon dan kemudiannya saling berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Kelakarnya awal perkenalan abang (suami) tidak pernah telefon, hanya SMS sahaja.

"Pada mulanya abang berasa ragu dengan kesudian saya berkawan dengannya dan kemudian percaya dengan keikhlasan saya  selepas berkali-kali meyakinkannya hubungan kami menjadi serius (bercinta)," katanya ketika ditemui Sinar Harian di majlis tersebut.

Katanya, walaupun mereka daripada golongan kerdil tetapi mempunyai perasaan sama seperti insan normal yang lain.

Sikap pelawak yang ada pada diri suaminya merupakan tarikan pertama membuatkan Nurhayati jatuh cinta.

"Selepas ini saya akan pindah tinggal bersama suami di Serom 5 kerana dia (suami) bekerja sendiri di sana.

"Memang sedih apabila terpaksa berpisah dengan kakak sulung yang menjaganya lebih 30 tahun lalu selepas ibu bapa meninggal dunia," katanya.

Ular muka belut curi tumpuan ramai

Posted: 24 Nov 2013 07:21 PM PST

  • Ular muka belut curi tumpuan ramaiAh Kaw (kiri) menunjukkan ular aneh yang ditangkapnya di Nibong Tebal, kelmarin.

PARIT BUNTAR - Pekerja kolam udang yang sedang membersihkan kolam terkejut apabila menemui seekor ular aneh di tepi kolam itu di Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin.

Berikutan itu, seorang anggota Bomba Sukarela Parit Buntar dipanggil untuk menangkap reptilia tersebut kerana bimbang  spesies ular yang tidak dikenal pasti itu berbisa.

Reptilia bertubuh lembik seberat 10 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan pekerja kolam berkenaan kerana bentuk muka menyerupai belut.

Anggota bomba sukarela dikenali Ah Kaw berkata, reptilia itu ditemui  berendam di tepi kolam udang dan mudah ditangkap.

"Saya tidak pasti ular itu jenis apa kerana badanya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu kasar seperti kulit biawak.

"Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu," katanya semasa ditemui Sinar Harian   di Balai Bomba Parit Buntar di sini kelmarin.

Ah Kaw berkata, dia pelik dengan haiwan itu kerana tidak agresif seperti ular lain semasa ditangkap.

"Kami dimaklumkan ia sejenis ular air dan dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni," katanya.

Berdasarkan bentuknya, s spesies ini dikenali sebagai ular belalai gajah (elephant trunk snake).

Lagi peniaga ditipu wang palsu

Posted: 24 Nov 2013 07:19 PM PST

  • Lagi penipuan wang palsu RM20Rajoo menunjukkan perbandingan RM20 asli dan yang palsu.

KUALA KURAU - Kes penipuan wang tunai RM20 palsu terus berleluasa di negara ini.

Kali ini, seorang penjual surat khabar di Pekan Kuala Kurau, di sini, dipercayai diperdaya dua lelaki yang berurusan dengannya menggunakan wang palsu RM20.

Mangsa yang hanya dikenali Rajoo, 61, berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 12.30 tengah hari apabila kedainya dikunjungi seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk membeli surat khabar.

Menurutnya, lelaki terbabit menaiki motosikal bersama seorang rakannya menyerahkan RM20 untuk membayar surat khabar setelah memberi alasan tiada wang kecil.

"Ketika kejadian, hanya ada beberapa pelanggan dalam kedai dan tanpa membuang masa saya menyerahkan duit baki kepada lelaki berkenaan.

"Saya hanya menyedari wang itu palsu semasa mengira wang sebelum menutup kedai jam 2.30 petang," katanya ketika ditemui di kedainya di Pekan Kuala Kurau, di sini semalam.

Rajoo berkata, terdapat perbezaan ketara pada wang itu  sehingga meyakinkannya RM20 yang diterima itu palsu.

"Setelah membuat perbandingan, saya dapati wang palsu itu tidak mempunyai kesan kilat menunjukkan nilai RM20, selain kesan garisan kilat yang terlalu tebal berbanding RM20 asli.

"Walaupun saiz dan tulisannya sama dengan wang asli, namun warna wang palsu sedikit pudar dan seakan-akan warna RM10, selain kualiti RM20 rendah seperti difotostat pada kertas biasa.

"Saya menunjukkan RM20 palsu itu kepada seorang rakan Cina dan terkejut dimaklumkan wang palsu dengan nombor siri AL 2261319 turut digunakan untuk beberapa siri penipuan di sekitar daerah Taiping," katanya.

Rajoo berkata, setelah lebih 10 tahun berniaga di sini, ini kali pertama dia menerima duit palsu.

"Disebabkan ia melibatkan nilai yang kecil, saya tidak berhasrat untuk membuat laporan polis tetapi mengharapkan orang ramai lebih berhati-hati.

"Dalam masa sama saya minta pihak berkenaan ambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Kereta terbang depan mata

Posted: 24 Nov 2013 07:16 PM PST

  • Kereta terbang depan mataKeadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin, dekat Pekan Chengkau, petang semalam.

CHENGKAU - "Saya lihat dengan jelas sebuah kereta dari arah Seremban terbang ke arah kanan jalan di hadapan mata saya sebelum merempuh sebatang tiang elektrik dan terbalik," kata saksi kemalangan, Fatimah Mat, 51, ketika ditemui di lokasi kemalangan kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin, dekat Pekan Chengkau, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, mangsa yang memandu kereta Proton Gen2, Saliza Ros, 20, dan rakannya, Mohd Ridzwan Daud, 20, dalam perjalanan dari Nilai selepas menghadiri temu duga kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan majlis perkahwinan rakan mereka di Nilai.

Menurut Fatimah, dia yang masih terkejut dengan kejadian berkenaan beranggapan pemandu dan penumpang kereta yang terbabit dalam kemalangan berkenaan cedera teruk berdasarkan kesan rempuhan tiang elektrik.

"Bayangkan tiang elektrik yang dirempuh kereta berkenaan boleh tercabut bersama bongkah batunya dan terpelanting ke hadapan kereta.

"Sebelum ini laluan berkenaan sering berlaku kemalangan, namun ini pengalaman pertama saya melihat kemalangan di depan mata," katanya.

Mangsa kemalangan, Saliza berkata, kemalangan itu berlaku sekelip mata dan dia hanya menyedari terbabit dalam kemalangan serta keretanya terbalik selepas dikejutkan dengan jeritan rakannya yang menyuruhnya mengucap.

Menurutnya, mereka cuba menyelamatkan diri, namun gagal membuka kereta dari dalam dan hanya berjaya menyelamatkan diri melalui bantuan orang awam.

"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga di Desa Permai Repah. Mujur semasa kejadian kami memakai tali pinggang dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya.

Aksi galak candik goda Fadli

Posted: 24 Nov 2013 07:12 PM PST

  • Aksi galak candik goda FadliFadli menunjukkan seekor burung candik peliharaannya.

MARANG - Kelunakan kicauan serta aksi galak ditunjukkan seekor burung candik di dalam sangkar mewah mungkin dianggap biasa bagi sesetengah orang.

Namun, bagi penggemar haiwan berkenaan, suara dilontarkan serta aksi yang ditunjukkan dianggap terlalu istimewa dan mempunyai harga tidak ternilai bagi mereka khususnya ketika burung itu beraksi dalam pertandingan.
Tambahan, sejak kebelakangan ini, seni suara burung candik kembali mendapat tempat dalam kalangan peminatnya. Malah, selain golongan berusia, remaja juga memelihara unggas unik tersebut sebagai hobi dan untuk mendapatkan keuntungan.

Perkara itu diakui remaja dari Kampung Gemuruh di sini, Fadli Ibrahim, 20, yang memelihara unggas itu beberapa tahun lalu.

Menurutnya, keunikan yang ada pada burung candik menyebabkan aktiviti membela burung itu menjadi pilihannya malah, ia juga mampu mendatangkan keuntungan serta dapat mengisi masa lapang dan mengelak dirinya terlibat aktiviti negatif.

"Walaupun harga seekor burung ada yang mencecah ratusan ringgit, ia bukan alasan kepada peminat setia burung candik untuk memilikinya," katanya yang membela tiga ekor burung candik.

Zara Zya selesa raih populariti

Posted: 24 Nov 2013 07:01 PM PST



WALAUPUN sudah 10 tahun membina karier dalam industri lakonan, namun drama Love You Mr. Arrogant merupakan karya pertama yang berjaya menaikkan populariti Zara Zya dalam kalangan masyarakat.
Tidak pernah rasa kecewa atau marah dengan apa yang menimpa dirinya, Zara hanya banyakkan bersabar dan percaya pada rezeki diri selain berusaha keras.
Buktinya, watak Zaara Amirah yang dilakonkan oleh wanita genit ini ternyata memberi impak besar kepada karier lakonan yang ingin dibina selama ini.
Akui Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, pada mulanya dia agak ragu-ragu dengan tawaran yang diterimanya itu.
Bagaimanapun, mengikut kata hati yang ingin mengambil risiko dan mencuba nasib, ternyata keputusannya itu bukan perkara sia-sia.
Buktinya, hanya melalui sebuah drama, nama Zara terus melonjak bagai termometer yang menyukat suhu panas.
"Sewaktu saya dapat tawaran dahulu, saya diberitahu yang cerita itu diadaptasi daripada novel. Jadi, saya beli novel dan baca sebelum terima tawaran itu. Saya akui, ketika itu saya dalam dilema sama ada mahu terima atau tidak tawaran tersebut.
"Namun, saya rasakan ini peluang buat saya. Jika tidak ambil, mungkin saya rugi. Jadi, saya ambil risiko dengan terima tawaran itu dan berazam untuk buat yang terbaik.
"Akhirnya, drama ini telah menjadi trending dan kami semua memang tidak sangka ia akan menjadi fenomena," tuturnya yang ditemui ketika jelajah Anugerah Skrin 2013 di Ecurve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Takut
Jelas terserlah keterujaan pada wajah dan pertuturan kata yang dilontarkan Zara ketika ditemu ramah pihak media. Ternyata setelah sekian lama berusaha, kejayaan ini sememangnya dinantikan oleh empunya diri.
Walaupun begitu, perasaan takut sering terselit di lubuk minda kerana jarang sekali dirinya terlibat dalam penggambaran dan pada masa yang sama, episod di kaca televisyen turut ditayangkan.
"Memang takut tetapi Alhamdulillah, daripada episod pertama, respons penonton memang sangat menggalakkan.
FIGURA ini mahu menjadi pelakon versatil yang mampu membawakan pelbagai watak dengan baik.


"Sejujurnya, memang saya tidak sangka langsung akan dikenali begini," jelasnya yang sentiasa tersenyum ketika menjawab segala persoalan yang diberi kepadanya.
Bersedia popular
Ketika ditebak persoalan mengenai keselesaan diri meraih populariti sebegini, jawab Zara, setakat ini dia selesa dengan apa yang diperolehnya ini.
"Mungkin saya belum jumpa peminat yang benar-benar obses dengan watak mahupun diri saya. Saya tidak rasa terkejut atau janggal dengan populariti yang diraih ini.
"Ini kerana saya masih lagi boleh keluar seperti biasa, jika tidak mengenali saya, tidak mengapa.
"Hakikatnya, peminat yang meletakkan label kepada saya.
"Namun pada diri saya sendiri, tidak merasakan sedemikian. Saya masih seperti dahulu," jelasnya yang sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan dilalui.
Akuinya, walaupun baru meraih populariti melalui drama Love You Mr. Arrogant, namun masa yang sering diluangkan bersama keluarga, rakan serta diri sendiri semakin berkurangan.
Sebagai peringatan, dia perlu bersedia kerana ini merupakan jalan yang dipilihnya sendiri. Ini juga peluang yang sudah lama dinanti-nantikan setelah terlibat dalam lakonan sejak berusia 18 tahun lagi.
TIDAK mahu larut dengan populariti yang baru diraihnya, Zara mahu berusaha lebih keras bagi memantapkan kerjaya lakonannya.


Jaga hati
Populariti one-off atau sekali naik sahaja memang sering terjadi pada artis baharu yang hanya berjaya melalui satu naskhah sahaja.
Tidak mahu melalui perjalanan karier yang sedemikian, ujar Zara, dia akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan namanya dalam bidang yang diminatinya ini.
"Saya sedar akan fenomena begitu tapi jika saya mampu berusaha selama 10 tahun, saya pasti akan berusaha lebih untuk mengekalkan nama saya bukan sahaja melalui satu projek.
"Saya ingin dikenali dalam tempoh masa yang lama dan mahu peminat lihat saya seorang pelakon yang versatil dan mampu membawa pelbagai watak," bicaranya serius tentang masa depan kerjayanya ini.
Ceritanya, tanpa peminat dia tidak akan mampu dikenali seperti sekarang ini. Oleh itu, jika punya masa terluang, dia akan sedaya upaya membalas semua komen yang ditujukan kepadanya melalui akaun laman sosial seperti Facebook dan seumpamanya.
Tambahnya, memang besar perbezaan peminat khususnya jika ingin dibandingkan ketika sebelum terlibat dengan drama tersebut.
"Memang tidak dinafikan, sebelum pegang watak Zaara, mungkin ada beberapa orang yanng kenal dengan wajah saya iaitu sebagai seorang pelakon.
"Namun kini, ketika keluar berjalan-jalan pun, akan ada peminat yang memanggil saya dengan nama Zara," tuturnya yang merasakan kemungkinan nama yang dipanggil itu nama wataknya dalam Love You Mr. Arrogant.


Musim baharu pembalasan

Posted: 24 Nov 2013 06:59 PM PST


BARISAN juri dan peserta yang menyertai program MasterChef All Stars.


SELEPAS empat siri rancangan realiti masakan, MasterChef bersiaran di saluran Astro Ria, musim terbaharu MasterChef Malaysia All Stars ditayangkan pada 23 November.
Bukan calang-calang siri kerana MasterChef Malaysia All Stars menghimpunkan barisan peserta daripada MasterChef Malaysia dan MasterChef Selebriti masing-masing daripada musim pertama dan kedua sebelum ini untuk berentap merebut gelaran juara All Stars.
Bagaimanapun, bekas juara MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Dr. Ezani musim kedua, Izyan Hani dan MasterChef Selebriti musim pertama, Fazley Yaacob dan musim kedua, Syura, tidak turut serta.
Seramai 10 orang selebriti dan 10 bekas peserta kegemaran musim terdahulu sedia untuk berperang dengan hidangan pembalasan dalam MasterChef Malaysia All Stars.
"Peserta amatur dan selebriti daripada musim terdahulu akan diberikan peluang kedua dalam MasterChef Malaysia All Stars dan kami fikir sekarang waktu yang tepat untuk menerbitkan siri ini.
"Pastinya ramai yang teruja untuk menantikan pemenang setelah diberikan peluang kedua," ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad yang ditemui pada majlis pelancaran MasterChef Malaysia All Stars di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seramai 20 orang peserta yang diundang ialah Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot.
Selain itu, bekas peserta MasterChef Malaysia iaitu Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah juga terbabit sama.
Masih mengekalkan konsep dan format sama seperti musim yang pernah diterbitkan sebelum ini, peserta MasterChef Malaysia All Stars akan berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan hidangan setiap minggu, menerima penilaian juri dan bakal berdepan penyingkiran.
KENCHANA DEWI turut muncul dalam program MasterChef All Star.


"Menariknya untuk musim ini, kesemua 20 orang peserta bukan saja disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama tapi juga beramal apabila setiap peserta yang terlibat akan menyumbangkan wang kepada badan-badan amal yang diwakili," tambahnya.
Membawa tema 'Hidangan Pembalasan', MasterChef Malaysia All Stars akan menggabungkan tiga juri daripada musim terdahulu iaitu Chef Johari Edrus (Papa Joe), Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.
Menantikan pelbagai kejutan daripada peserta MasterChef All Stars kali ini, kata Cef Adu Amran dia bersama dua cef juri akan lebih teliti daripada segi persembahan dan kualiti hidangan.
"Kami harap mereka akan boleh memasak dengan lebih baik berbanding sebelum ini dan saya nampak memang ada antara peserta yang lebih mahir menyediakan hidangan.
"Oleh kerana itu, saya rasa tidak salah untuk kami barisan juri menjadi lebih tegas kerana peserta musim ini pun sudah pernah melalui pengalaman di Masterchef sebelum ini," ujarnya.
Selain itu, sebanyak empat program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Penyingkiran (Ahad), Cabaran Berkumpulan (Isnin) dan Ujian Penyingkiran (Selasa).
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan MasterChef Malaysia All Stars setiap hari Sabtu hingga Selasa, pukul 9 malam bermula 23 November lalu di saluran Astro 104 dan Maya HD saluran 135.


Hilang nyawa angkara cinta janda

Posted: 24 Nov 2013 06:54 PM PST



PASIR PUTEH – Angkara berebut cinta seorang janda, dua sahabat bermusuh dan kemuncaknya seorang daripada mereka mati ditikam bertubi-tubi di depan sebuah rumah di Kampung Nara di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang, Mohd. Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini selepas terkena beberapa tikaman dari rusuk kiri sehingga ke kaki.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa yang baru selesai mengutip bakul kuih dan makanan di warung-warung di sekitar kampung tersebut telah pergi ke rumah kenalannya, Mohd. Zaihan Mohd. Zaid, 25, di Kampung Nara untuk berbual-bual seperti biasa.
Antara yang dijual mangsa ialah karipap, lompat tikam, laksa dan bihun goreng.


12 diberkas kerana ambil syabu

Posted: 24 Nov 2013 06:53 PM PST


SEBAHAGIAN daripada warga asing yang diperiksa oleh polis dan imigresen dalam Ops Cantas Narkotik di beberapa buah pusat hiburan di Taman AST, Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.


SEREMBAN – Seramai 12 orang termasuk lima wanita diberkas polis kerana positif mengambil dadah jenis syabu dalam Ops Cantas Khas Narkotik di beberapa buah pusat hiburan di Taman AST di sini kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Baharom Othman berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen negeri itu bermula kira-kira pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 12.30 pagi.
Menurut beliau, dalam operasi itu seramai 159 orang termasuk pekerja dan pengunjung di beberapa buah pusat hiburan serta rumah urut di kawasan itu diperiksa.


Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016

Posted: 24 Nov 2013 06:49 PM PST


REKA bentuk unik roller-coaster setinggi 198.1 meter yang akan dibina di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan di Florida.


MIAMI - Sebuah syarikat merancang untuk membina sebuah roller-coaster yang paling tinggi di dunia di Florida, lapor portal berita News Channel 5 kelmarin.
Syarikat US Thrill Rides LLC mahu membina roller-coaster itu dengan ketinggian 198.12 meter yang mempunyai dek pemandangan.
Bagaimanapun, pihak syarikat tersebut tidak memberitahu lokasi sebenar di Florida yang akan menempatkan roller-coaster itu.
Ia dijadualkan siap pada tahun 2016.
Ketika ini, roller-coaster yang tertinggi di dunia terdapat di New Jersey, AS dengan ketinggian 138.98 meter.
Terdapat dua buah restoran dan kedai di menara roller-coaster baharu itu.
Kos untuk membina roller-coaster itu dianggarkan sebanyak AS$20 juta (RM64.24 juta) hingga AS$60 juta (RM192.72 juta).


Berkahwin di kem pelarian Syria

Posted: 24 Nov 2013 06:48 PM PST


BEBERAPA wanita menari dalam majlis perkahwinan itu.


ARBIL, Iraq - Satu pasangan melangsungkan perkahwinan di Kem Pelarian Quru Gusik, 20 kilometer ke timur Arbi, utara Iraq pada 22 November lalu.
Pasangan itu, Jvan Khaled, 23, dan isterinya, Shekha Khaled berasal dari Qamishli, Syria diraikan dalam majlis yang penuh meriah oleh penduduk di kem tersebut.
Sejumlah wanita turut menari dalam majlis perkahwinan berkenaan.
Kem pelarian itu menempatkan sejumlah penduduk Syria yang lari meninggalkan negara mereka ekoran peperangan saudara yang meletus sejak Mac 2011 lalu.
Lebih 100,000 orang terbunuh dalam peperangan itu yang melibatkan pertempuran antara penduduk tempatan dengan askar-askar Presiden Syria, Bashar Al-Assad.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines