Sabtu, 23 November 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Adira terima cincin kekasih

Posted: 22 Nov 2013 04:17 AM PST

ADIRA kini mengakui secara terbuka tentang hubungan cintanya bersama jejaka Kelantan, Shahrul Nasrun.


MEMUAT NAIK gambar sebentuk cincin tersarung di jari manis awal minggu lalu di laman Instagram, penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira akhirnya membuka mulut untuk berkongsi cerita.
Biarpun selama ini sering menafikan hubungannya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, kenyataan Adira secara tidak langsung mengiakan hubungan cintanya bersama jejaka yang berasal dari Kelantan itu.
Sebelum ini, baik Adira atau Shahrul Nasrun, masing-masing menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan biasa dan tidak sampai ke peringkat bercinta.
Namun, gosip hubungan cinta mereka semakin kencang diperkatakan apabila Adira berkunjung ke rumah keluarga Shahrul Nasrun di Kelantan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Ogos lalu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Adira yang ditemui pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam berhubung penjelasan mengenai cincin tersebut.
Kosmo!: Adira ada memuat naik sekeping gambar menyarung sebentuk cincin di laman sosial Instagram, adakah itu cincin merisik atau bertunang?
ADIRA: It is just a ring (Itu cuma sebentuk cincin). Bukan cincin merisik atau bertunang pun (ketawa). Ia merupakan hadiah sempena hari jadi saya yang jatuh pada 19 September. Pemberian itu pun kejutan selepas hari jadi saya.
Kalau dirisik dalam masa terdekat, adakah Adira sudah bersedia?
Saya tidak merancang ke tahap bertunang atau merisik dalam waktu terdekat, terus terang saya katakan saya masih belum bersedia. Untuk ke peringkat itu saya perlu berjaya dalam karier terlebih dahulu dan merealisasikan impian saya kerana banyak lagi yang masih belum tercapai.
Sepanjang menjalinkan hubungan, adakah dia (Shahrul Nasrun) tidak mendesak Adira untuk mengikat tali pertunangan atau ke peringkat selanjutnya selain kekasih?
Tidak. Dia memahami situasi saya dan tidak pernah mendesak tapi saya tidak tahu apa kata hatinya, tunggu masa saja.
Apakah kualiti yang ada padanya (Shahrul Nasrun) yang membuatkan Adira terpikat?
Dia seorang yang matang dan saya memerlukan seseorang yang boleh membimbing saya. Jodoh itu saya tidak tahu tapi saya cuba melakukan yang terbaik.
Memandangkan Shahrul Nasrun hadir untuk memberikan sokongan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 kali ini, adakah dia akan sentiasa hadir ke majlis yang membabitkan Adira selepas ini?
Kami sebenarnya jarang keluar kerana masing-masing sibuk. Kalau hujung minggu pun apabila dia ada kelapangan, saya pula sibuk dengan persembahan.
Jadi, masa untuk berjumpa sangat terhad dan dia pun tidak kerap menemani saya. Ini baru kali kedua dia menemani saya ke acara hiburan.
Berbalik pada lagu Dewi Cinta yang gagal tersenarai antara enam lagu terbaik minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 tahun ini, apakah komen Adira?
Single ini dikeluarkan pada bulan September lalu, jadi mungkin masih tidak ramai yang menyedari akan lagu ini.
Saya tidak meletakkan sebarang harapan pun tetapi Alhamdulillah sampai ke peringkat ini. Insya-Allah muzik video lagu ini akan ditayangkan tidak lama lagi.


Artis Baharu, Andrea Tidak Serik Kahwin Lain

Posted: 22 Nov 2013 04:16 AM PST


Andrea mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang juga rakan baiknya.
PETALING JAYA: Pelakon Andrea Abdullah tidak serik untuk kembali berkahwin walaupun pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.
Andrea berkata, dia menganggap kegagalan rumah tangganya bersama seorang jejaka Inggeris dua tahun lalu sebagai pengajaran selain berjaya mengubahnya menjadi wanita lebih tabah.
"Saya tidak perlu berasa namun kesilapan lalu adalah pengajaran terbaik untuk menjadikan kita manusia yang lebih sempurna," katanya kepada mStar Online.
Andrea bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Hantu Tok Mudim bersama Izzue Islam, Harun Salim Bachik dan Sofi Jikan.
Ia ditayangkan bermula 21 November 2013 (hari ini).
Tambah Andrea, dia lebih bahagia dengan kehidupannya kini selain dapat memberi fokus kepada anak lelaki tunggalnya dan kehidupan.
"Sebelum ini kehidupan saya hanya tertumpu kepada orang yang saya cintai sehingga lupa untuk sayang kepada diri sendiri dan kini saya lebih tenang dan mampu membahagikan fokus saya terhadap pelbagai perkara," katanya.
Dalam perkembangan sama, Andrea mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat baiknya yang dikenali hampir tujuh tahun lalu.
Jelas Andrea, walaupun hubungan itu masih lagi baharu namun dia cukup selesa dengan lelaki tersebut kerana sifatnya yang memahami.
"Saya senang berkawan dengannya kerana telah mengenali hati budinya dan dia menjadi dirinya sendiri. Paling penting anak saya dapat menerimanya dengan baik," katanya.
Bagaimanapun kata Andrea masih terlalu awal untuk dia bercakap soal perkahwinan buat masa ini.

Sofia Jane, Vanidah Akui Sukar Tutur Dialek Kelantan

Posted: 22 Nov 2013 04:14 AM PST


Vanidah (kiri) dan Sofia Jane.
KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Sofia Jane mengakui sukar untuk mendalami dialek Kelantan bagi pementasan Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 hingga 2 Disember depan.
Sofia bagaimanapun berkata, selepas menjalani sesi latihan dan tunjuk ajar daripada pengarah Fatimah Abdullah dia semakin mahir bercakap dalam dialek tersebut.
"Dialek Kelantan memang sukar dan tidak mudah untuk mendalaminya tanpa bantuan pakar.
"Mujur Fatimah tidak jemu-jemu mengajar bagi memastikan sebutan dan gaya percakapan dialek itu dibuat dengan betul dan saya semakin berasa yakin," katanya kepada mStar Online.
Sofia ditemui pada sidang media kedua pementasan itu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya di sini pada Khamis.
Selain Sofia, ia bakal menampilkan barisan pelakon seperti Rosnan Rahman, Vanidah Imran, Sabri Yunus dan Sufian Bujang.
Dalam perkembangan sama, Sofia berkata, dia bersetuju untuk terlibat dalam persembahan itu kerana ingin melakukan kelainan dalam kerjaya seninya.
Rosnan (tengah) bersama para pelakon teater Makyung Anak Raja Gondang.
Jelas Sofia, walaupun sukar namun dia tetap komited untuk mempelajari selok-belok mengenai makyung yang semakin dilupakan oleh generasi muda.
"Makyung adalah warisan negara kita dan penglibatan saya dalam pementasan ini adalah sebagai satu tanggungjawab sosial bagi memastikan ia akan terus kekal sebagai satu seni kebanggaan masyarakat Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Vanidah ketika ditemui berkata, selain perlu mahir dalam dialek Kelantan menerusi pementasan ini juga dia perlu menari dan menyanyi sebuah lagu.
Kata Vanidah, walaupun bukan bergelar penyanyi namun dia mengakui teruja untuk menyanyi pada pementasan itu nanti.
"Setiap hari saya akan berlatih dan akan mendengar lagu yang bakal didendangkan setiap masa jika berpeluang untuk memantapkan vokal dan sebutan.
"Ini kerana lagu dalam dialek Kelantan sangat unik dan mempunyai lenggok tersendiri membuatkan ia tambah istimewa," jelasnya.
Dalam pada itu, Fatimah memberitahu walaupun makyung itu nanti akan diubah dari segi teknikal namun keaslian jalan cerita dan konsep asal persembahan akan dikekalkan tanpa sebarang perubahan.
Malah dia sangat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh dua pelakonnya iaitu Sofia dan Vanidah yang cepat menghayati dialek dan lenggok bahasa Kelantan.
Fatimah Abdullah
"Ini adalah pementasan makyung yang terbesar pernah saya arahkan dan arah tuju persembahan setakat ini berjalan lancar ditambah dengan kredibiliti penari dan pelakon budaya Istana Budaya cukup mantap," ujarnya.
Selain aspek penceritaan, Fatimah berkata, alat-alat muzik yang digunakan untuk menghidupkan persembahan makyung seperti rebab, gendang ibu, gendang anak dan sepasang tetawak (gong), serunai dan geduk turut diberi penekanan supaya persembahan lebih mantap.
Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang mengisahkan pengembaraan Anak Raja Gondang yang akhirnya sampai ke Negeri Hampa Beranyut.
Sebelum pengembaraan, baginda telah berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera tentang petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana iaitu jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar maka dia dalam kesenangan.
Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang di mana dia telah bertemu dengan tujuh orang puteri ketika mereka bersiram di Kolam Banjaran. Anak Raja Gondang tatkala bertemu telah jatuh hati dengan Puteri Bongsu yang telah pun bertunang.
Tiket menyaksikan pementasan ini berharga RM253, RM103, RM73, RM53 dan RM33.
Ia boleh didapati di AirAsiaRedTic.com atau di kaunter BoxOffice, Istana Budaya.

Ella: 'Saya tak hamil'

Posted: 22 Nov 2013 04:13 AM PST

  • 'Saya tak hamil'Ella

"BELUM ada rezeki lagi," jelas ratu rock, Ella mengenai berita kehamilannya yang tersebar sejak sebulan yang lalu.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kehamilan itu, namun mengakui baharu sahaja menjalani pembedahan.'

"Saya tak hamil lagi, tetapi saya memang merancang untuk memiliki anak. Dua bulan lalu, saya menjalani pembedahan membuang apendiks menerusi rawatan apendisektomi di Hospital Ampang Puteri.

"Doktor menasihati saya supaya berehat selama tiga bulan dan kini, saya masih dalam proses pemulihan. Nasib baik saya menyedarinya dari awal dan doktor menyarankan agar pembedahan di buat agar ia tidak mengganggu kehamilan sekiranya saya hamil.

"Saya ada dengar orang kata saya hamil dan ianya hanyalah salah faham. Tapi, saya tak marah kerana saya anggap itu adalah doa dan tanda prihatin peminat dan masyarakat terhadap saya," katanya ketika ditemui di pentas akhir, rancangan realiti, Ratu Rania.

Dalam pada itu, Ella memberitahu, dia bakal menghasilkan album baru dan melancarkannya pada tahun hadapan.

"Alhamdulillah, mungkin awal tahun depan, ianya akan dilancarkan dan kini ia masih dalam proses pembikinan.

"Selepas pelancaran album itu, saya akan mengadakan konsert jelajah di beberapa negeri pula," katanya.

Vokalis Repvblik Kongsi Putus Cinta Dalam Lagu

Posted: 22 Nov 2013 04:13 AM PST


Repvblik turut menyampaikan empat buah lagu termasuk lagu terbaharunya Sandiwara Cinta
KUALA LUMPUR: Lagu popular Sandiwara Cinta nyanyian kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik merupakan kisah cinta sebenar vokalisnya iaitu Ruri yang juga pencipta lagu tersebut.
Ruri atau nama sebenar Ruri Herdian Wantagio, 29, berkata, lagu itu ditulis selepas melalui pengalaman pahit dicurangi teman wanitanya.
"Lagu ini merupakan pengalaman peribadi saya sendiri apabila putus cinta dan dicurangi pada 2011 selepas hampir dua tahun bercinta.
"Ketika itu idea untuk menghasilkan lagu banyak dan juga agak senang bagi saya menghayatinya," katanya pada pelancaran single Sandiwara Cinta, di Royale Chulan, di sini.
Ruri juga tidak menjangka lagu tersebut mendapat perhatian dan berjaya menembusi pasaran muzik di Malaysia.
"Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2004 dan sudah mempunyai empat album. Percubaan pertama kami untuk menembusi pasaran Malaysia dengan lagu Hanya Ingin Kau Tahu namun tidak begitu berjaya.
"Alhamdulillah percubaan kedua berjaya menawan hati pendengar di negara ini," ujarnya.
Kumpulan ini turut dianggotai oleh Hexa (gitar), Lafi Hariyatulafian (bass) Tyar (keybord, drum) dan Heri Masrullah (gitar utama).
Ditanya tentang nama kumpulan tersebut, Ruri berkata Ripvblik dipilih berikutan kesemua ahli kumpulan tersebut berasal daripada daerah berbeza.
"Kami semua daripada daerah berbeza iaitu Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, Bakasi dan Bandung.
"Sementara itu daripada segi ejaan Repvblik adalah bagi memudahkan untuk mencari maklumat tentang kumpulan ini di Internet," katanya.

Ezad Lazim Tegur Syarikat Rakaman Abaikan Artis Sendiri

Posted: 22 Nov 2013 04:12 AM PST


Ezad Lazim
PETALING JAYA: Penyanyi Ezad Lazim mengakui terasa hati dan kecewa dengan syarikat rakaman Music Valley Malaysia (MVM) yang lebih mengutamakan artis negara jiran berbanding artis di bawah naungannya sendiri.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 34, berkata, syarikat rakaman tersebut tidak memberi kepentingan terhadap promosi lagu-lagu terbaharunya serta tidak menunaikan janji mempromosi lagunya ke negara Indonesia.
"Saya kesal kerana mereka lebih mementingkan artis luar untuk bawa masuk dan mempromosikannya di negara ini tetapi sebaliknya artis seperti saya yang berada di bawah naungannya sendiri dibiarkan begitu sahaja.
"Sebaik mana pun karya yang kami lakukan sudah tidak dipandang lagi, kami tahu kami tidak mendatangkan duit kepada mereka. Mereka janji mahu bawa saya promosi ke Indonesia sejak saya bertunang dahulu sehingga ke hari ini hanya tinggal janji sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.
Ezad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status Facebook miliknya yang dimuat naik pada Khamis sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat rakaman yang dinaunginya, Music Valley Malaysia yang membawa masuk pelbagai artis dari Indonesia ke negara ini untuk tujuan promosi.
Tambah Ezad, dia mengakui disebabkan kekurangan promosi yang dilakukan oleh syarikat tersebut, dia juga gagal mendapat tawaran bagi mengadakan persembahan.
Status Facebook yang dimuat naik oleh Ezad Lazim pada Khamis
"Ini adalah mata pencarian dan kerja kami, kalau tiada sebarang promosi di media atau di mana-mana, orang ramai pun tidak tahu tentang lagu-lagu baru kami.
"Nasib baik juga saya ada perniagaan sendiri yang mana sedikit sebanyak dapat membantu keluarga," katanya.
Jelas Ezad, disebabkan hal berkenaan dia semakin tawar hati dan kurang bersemangat untuk aktif dalam industri seni suara tanah air.
Dakwaan Ezad Tidak Berasas - Daxter
Sementara itu, Pengarah Urusan Music Valey, Dexter Koh, yang dihubungi berkata, dakwaan mengabaikan tanggungjawab mempromosikan artis di bawah naungannya adalah tidak berasas.
Tambah Dexter, Ezad sendiri mempunyai masalah dalam memberi kerjasama untuk hadir dalam rangka promosi yang telah diaturkan pihaknya.
"Kami sudah buat lebih lima promosi untuk lagu baharu dia tapi masalah itu sebenarnya datang daripada dia sendiri yang beri banyak alasan untuk tidak hadir.
"Dia tidak beri kerjasama malah tidak datang promosi dengan radio yang diaturkan," ujarnya.
Daxter juga akan memanggil penyanyi itu bagi menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.
"Jika ada masalah datang berjumpa kami bukan dengan cara melakukan sesuatu dengan merumitkan lagi keadaan," katanya.

Padah curi tiga ekor ikan

Posted: 22 Nov 2013 04:05 AM PST

  • Padah curi tiga ekor ikanTertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah, semalam setelah mengaku bersalah mencuri ikan.

KUANTAN – Seorang pemuda terpaksa meringkuk selama 21 hari di dalam penjara selepas mengaku bersalah mencuri tiga ekor ikan di Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Badrul Hisyam Hashim, 30, dari Sungai Isap Perdana, didapati mencuri ikan di Kios Jual Ikan Kampung Pandan 2 milik Samzulizor Salleh di Kampung Pandan 2, Jalan Bypass  Kuantan pada 19 November lepas lebih kurang jam 8 malam.

Berdasarkan pertuduhan, bagi kesalahan tersebut, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, tertuduh telah memohon Majistret Jessica Daimis untuk meringankan hukuman terhadapnya memandangkan terpaksa menjaga anaknya yang baru berusia dua bulan yang kini diletakkan di bawah penjagaan jiran buat sementara waktu
selepas kematian isteri sekitar Oktober lepas.

Lebih malang, tertuduh juga tidak mempunyai wang untuk membayar sebarang denda atau ganti rugi memandangkan tiada siapa yang dapat membantu ekoran kedua ibu bapanya juga sudah meninggal dunia.

Menurutnya lagi, tiada niat untuk mencuri tetapi melihatkan ada ikan yang ditinggalkan jadi dia bertindak mengambil kira-kira tiga ekor untuk dijadikan lauk untuknya makan pada hari tersebut.

Dengan itu, Jessica tekah menjtuhkan hukuman penjara selama tiga minggu daripada tarikh ditangkap dan berharap hukuman tersebut setimpal memandangkan tertuduh tiada rekod lampau.

Sementara itu, mahkamah juga ingin tertuduh akan menyesali perbuatannya dan tidak mengulangi pada masa hadapan.

Tambahnya, selepas ini sekiranya tertuduh betul-betul memerlukan makanan seharusnya dia meminta pertolongan daripada jiran tetangga atau saudara-mara terdekat dan tidak terlibat dengan kes kecurian lagi.

Yuna, Sam (Bunkface) & Atilia Di KL Live Ahad Ini

Posted: 22 Nov 2013 04:02 AM PST


Dari kiri, Sam, Yuna dan Atilia.
PETALING JAYA: Orang ramai dijemput bagi menyaksikan persembahan Yuna sempena pertandingan nyanyian 'Rising Star' yang akan berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail dekat sini pada Ahad ini.
Jurucakap penganjuran majlis itu Julie Khalid berkata, selain bakal membuat persembahan, Yuna juga bertindak sebagai ketua juri bersama-sama dua artis lain iaitu Sam (Bunkface) dan juga Atilia.
"Kami percaya, dengan kehadiran tiga artis popular ini, orang ramai akan dapat memenuhi ruang KL Live untuk turut serta menyaksikan siapakah calon yang bakal memenangi pertandingan berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah Julie, acara berkenaan akan diadakan bermula pukul 8 malam dan masuk adalah percuma.
Katanya, 500 pengunjung pertama turut berpeluang mendapat hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak penganjur.
Pada malam itu seramai 12 peserta akhir akan menunjukkan bakat masing-masing yang terdiri daripada calon pelbagai bangsa
"Lebih 300 calon telah melalui uji bakat di seluruh negara tetapi hanya 12 orang sahaja yang bernasib baik untuk menunjukkan bakat mereka di hadapan tiga juru profesional ini," katanya.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua iaitu secara solo dan berkumpulan. Pemenang bagi setiap kategori itu bakal menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000 dan juga barangan lain bernilai RM500.
Pemenang juga diberi peluang merakamkan sebuah lagu Yuna untuk diputarkan menerusi saluran radio Red FM.
Tempat kedua melayakkan pemenang menerima wang tunai RM3,000 dan barangan bernilai RM500 manakala tempat ketiga pula RM2,000 serta barangan bernilai RM500.

Warga emas terlampau

Posted: 22 Nov 2013 04:01 AM PST

  • Warga emas terlampauPenduduk berkenaan menunjukkan lokasi warga emas dan wanita OKU tersebut ditemui.

SEGAMAT - Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin.

Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.

Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.

"Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu.

"Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom.

"Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan," katanya.

Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Aznil, Nabil cari keserasian

Posted: 22 Nov 2013 03:58 AM PST

ACARA Anugerah Industri Muzik ke-20 dijangka meriah disuntik aura dan aksi Aznil dan Nabil selaku hos bersama.


DATUK Aznil Nawawi, 51, dan bidang pengacaraan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Bernafasnya Aznil dalam bidang itu sama seperti semangat yang dikongsikan setelah berpuluh-puluh tahun bergelar pengacara.
Pelbagai rancangan televisyen dan majlis-majlis anugerah berprestij telah berjaya dikemudikannya dengan penuh sukses. Tiada satu pun dilabelkan oleh khalayak sebagai membosankan, jauh sekali gagal.
Ketika ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman nama pengacara bagi Anugerah Industi Muzik ke-20 (AIM20) di Hotel Istana baru-baru ini, Aznil mengakui, senggang masa tanpa sebarang aktiviti pengacaraan menyebabkan dia perlu mengecas semula 'bateri' sebelum kembali beraksi di atas pentas.
Lebih-lebih lagi apabila dia digandingkan dengan juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, tenaga yang bakal dikeluarkan perlulah sepadan dan selari pada malam anugerah itu.
"Saya akui sudah lama tidak mengendalikan apa-apa program sama ada secara rakaman mahupun langsung. Nabil pula sememangnya aktif membuat persembahan dan mengacara.
"Sebab itu 'bateri' saya yang agak lama tidak bernyawa perlu dihidupkan kembali supaya gabungan antara saya dan Nabil mampu memberikan impak yang baik serta bermutu," ujarnya.
Isu lagu ciplak
Personaliti yang mesra disapa dengan panggilan Pak Nil itu berkata, kehilangannya dalam dunia pengacaraan bukan bermakna telah sampai serunya untuk bersara daripada bidang tersebut.
Ternyata kehilangan bersifat sementara itu sebenarnya memberikannya ruang untuk Aznil melatih bakat-bakat baharu dalam bidang pengacaraan.
"Dulu, kita mempunyai personaliti yang tugas azalinya adalah mengacara. Azwan Ali dan Mahathir Lokman merupakan pengacara seangkatan dengan saya yang dikenali kerana bakat mereka sebagai pengacara.
"Namun, hari ini, bakat-bakat seperti itu seolah- olah tiada. Ramai antara pengacara sedia ada merupakan pelakon, penyanyi ataupun penyampai radio. Disebabkan itu saya terpanggil untuk melatih pengacara baharu yang tugasnya hanyalah mengacara," ujarnya yang mewujudkan rancangan realiti, On Air atas dasar yang serupa.
Aznil memberitahu, dia juga turut terbang ke kota London untuk mengadakan uji bakat mencari pengacara baharu yang terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana.
Katanya, mereka dipilih bukan sahaja kerana bakat tetapi kerana pengetahuan yang diperoleh berbeza mengikut bidang yang mereka pelajari.
"Apabila pulang ke Malaysia, mereka akan diasuh mengenai dunia pengacaraan secara intensif selama enam bulan sebelum dilepaskan untuk mengacara," katanya lagi.
Dalam pada itu, Aznil turut bercerita tentang dirinya yang terbabit dengan isu ciplak lagu.
Beberapa bulan lalu, timbul isu mengenai lagu Profesor Klon nyanyian Aznil diciplak oleh produser dari Chile.
Instrumental yang diberi judul Lobster Tureen itu digunakan sebagai lagu runut bunyi untuk sebuah telenovela di sana, Pobre Rico.
Ditebak mengenai perkara itu, ujar Aznil, walaupun agak berang, dia turut melahirkan rasa 'bangga' jika pihak KRU selaku produser lagu tersebut berada di pihak yang benar.
"Siapa yang tidak bangga jika lagu anak tempatan mendapat tempat di arena antarabangsa?
"Jika benar mereka yang menciplak lagu tersebut, saya tetap berasa bangga kerana masih ada orang yang memandang bakat yang kita ada sehingga mahu meniru hasil kerja kita," ujarnya penuh optimis.
Peluang seumur hidup
Lain pula ceritanya dengan anak jati Negeri Sembilan, Ahmad Nabil Ahmad. Dia yang baru menjangkau usia 30 tahun pada bulan September lalu ternyata gugup apabila berbicara mengenai kolaborasinya bersama Aznil itu.
Ujar Nabil, peluang yang diberikan oleh pihak penganjur kepadanya ternyata besar dan tidak mungkin akan menolak tawaran tersebut.
"Aznil merupakan idola saya. Saya meminatinya sama seperti dia meminati Allahyarham Sudirman. Jadi, apabila diberi peluang seumpama ini, saya menjadi teruja dan tidak sabar untuk bergandingan dengannya.
"Jadi, untuk menyediakan diri sebagai pengacara AIM20, saya akan menonton kembali rakaman lama dan belajar mengenai cara pengacara terdahulu mengendalikan anugerah itu. Saya mahu menjadi pengacara yang berpengetahuan, bukan sekosong tin aluminium," ujarnya bersemangat.
Nabil turut memberitahu, banyak perbincangan perlu dilakukan dengan Aznil agar perjalanan majlis itu nanti akan bertambah sempurna.
"Dia sudah lama mengacara. Saya pula masih baharu. Jadi, perlu ada persediaan awal agar tiada percanggahan yang berlaku pada malam itu nanti," ujarnya.
Nabil turut berkongsi, telah menjadi impiannya sejak dahulu untuk mengacarakan majlis-majlis besar secara langsung.
"Memang saya ada memasang angan-angan untuk mengacarakan sebuah majlis yang berprestij tinggi. Mungkin AIM20 ini menjadi platform pertama saya untuk terus mengejar impian itu," ujarnya penuh yakin.
Kereta dipecah
Pada 18 November lalu, kecoh mengenai kejadian cermin kereta jenis Mitsubishi Lancer milik Nabil dipecahkan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh Nabil mahupun isterinya.
"Ketika itu saya dan isteri baru sahaja habis menjamu selera di sebuah restoran makanan di Sungai Buloh. Sewaktu berjalan ke kereta, isteri saya terpijak kaca-kaca yang berselerak di tanah.
"Tidak mengesyaki apa-apa, saya hanya menyuruhnya supaya berhati-hati. Bagaimanapun, sewaktu ingin mengundurkan kereta, baru saya perasan tingkap belakang sebelah kiri telah dipecahkan," kata Nabil yang agak panik ketika kejadian itu berlaku.
Dia menjelaskan, kejadian itu sememangnya menakutkan kerana dia bimbang jika ia mungkin berkait dengan perasaan dengki atau dendam orang yang tidak dikenali.
"Namun, sebaik kami tiba di Balai Polis Damansara, isteri saya memberitahu, beg yang berisi pakaian gim kami telah hilang.
"Ia membuatkan saya sedikit lega kerana orang yang bertanggungjawab memecahkan kereta saya hanya berniat untuk mengambil beg itu, bukan untuk menakut-nakutkan kami," katanya lagi.


Hyper Act tebus kegagalan

Posted: 22 Nov 2013 03:56 AM PST


HYPER ACT teruja dengan kejayaan lagu Hanya Aku yang bakal membuka peluang buat mereka beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 28.


KALI kedua diberikan peluang untuk beraksi di pentas Sepa- ruh Akhir Muzik Muzik, band Hyper Act yang terdiri daripada enam anak muda cuba membasuh kekecewaan apabila gagal mendapat tempat untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu tahun lalu.
Hyper Act gagal menggalas harapan peminat mereka tahun lalu apabila lagu Harapan tidak berjaya melayakkan diri dan hanya mampu ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 27 sahaja.
"Harapan untuk ke pentas final Anugerah Juara Lagu tahun ini ada tetapi kami tidak mahu terlalu berharap seperti tahun lepas.
"Kami sendiri teruja apabila banyak band yang tersenarai antara lagu terbaik setiap minggu, mungkin zaman kegemilangan band sudah kembali," ujar voka- lis band Hyper Act, Shahron Hussein atau Ronnie, 33, yang ditemui pada sidang akhbar usai separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Menerusi lagu Hanya Aku yang pernah menjadi runut bunyi drama rantaian Teduhan Kasih, lagu ciptaan sendiri band itu dan lirik oleh Frozen tersenarai antara enam buah lagu terbaik pada separuh akhir kedua Muzik Muzik 28.
"Kami rasa situasi ini adalah menang- menang, lagu yang menarik dan sedap didengar akan dipilih untuk mengiringi drama.
"Pada masa sama, lagu juga bersaing sekali dengan populariti drama itu," tambahnya.
Selain Hanya Aku, lima buah lagu lain iaitu Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Aku Pelat (Salam Musik), Kau Yang Terindah (Alyah), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) serta Sahabat (Najwa Latif feat Sleeq & Shamkamarul) menduduki tangga terbaik pusingan kedua.
Artis termuda yang pernah beraksi pada pentas AJL 26, Najwa Latif bagai- manapun tidak meletakkan harapan tinggi untuk kedua-dua buah lagu iaitu Adamu dan Sahabat yang telah layak ke peringkat separuh akhir tahun ini.
"Saya tidak terkilan lagu Adamu gagal meraih tempat enam lagu terbaik minggu ini, malah saya tidak pernah menyandarkan harapan pun untuk kedua-dua buah lagu nyanyian saya layak ke pusi- ngan separuh akhir.
"Alhamdulillah, lagu Sahabat yang menampilkan kolaborasi pertama saya bersama Shamkamarul dan kedua bersama Sleeq mencuri perhatian juri," ujarnya yang baru beberapa kali berjaya mengumpulkan semua artis duet untuk menyanyikan lagu itu bersama-sama.
Bagi Shamkamarul pula, penyertaan pertamanya di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 28 tahun ini membuka peluang baharu untuknya lebih dikenali selepas ini.
"Memang gugup untuk beraksi di pentas berprestij seperti ini, Alhamdulillah lagu Sahabat terpilih walaupun saya sendiri tidak pernah menduga untuk sampai sejauh ini," nyatanya.
Sementara itu, lagu-lagu seperti Penghibur Jalanan (Amir Jahari), Dewi Cinta (Adira), 5 Minit (Ramlah Ram feat Caprice) dan Kita (Forteen) gagal meraih tempat untuk ke Anugerah Juara Lagu 28 pada awal tahun depan.
Pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik 28 memberikan mandat kepada Aubrey Suwito, Azmeer, Ajai, Adnan Abu Hassan, Ad Samad dan Datuk Ramli M.S. selaku barisan juri mengadili pusingan kali ini.
Baki lapan buah lagu bakal berentap untuk pusingan ketiga dan terakhir minggu depan, termasuklah Bahagiamu Deritaku (Hafiz), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Bosan (Stacy), Dwihati (Yuna & Aizat) dan Rumah Kita (Hujan).
Pusingan separuh akhir ketiga Muzik Muzik 28 akan berlangsung pada 22 November pukul 9 malam di saluran TV3 bersama gandingan hos AG dan Scha Al-Yahya.


Mahkamah isytihar AGM Seniman terbatal, tidak sah

Posted: 22 Nov 2013 03:55 AM PST


WAN ROHIMI (dua dari kiri) menunjukkan laporan kenyataan mahkamah berhubung isu Seniman kepada Abu Bakar (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengisytiharkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 dan Pemilihan Jawatankuasa Seniman pada 26 Mei tahun lalu adalah terbatal dan tidak sah.
Keputusan itu secara tidak langsung menggugurkan nama pelakon Zed Zaidi selaku Presiden Seniman berkuat kuasa semalam.
Keputusan itu dibuat selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop mendapati, lima artis veteran yang menyaman Seniman dan tujuh yang lain berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan berhubung dakwaan AGM itu sebagai tidak sah kerana minit mesyuarat telah dipalsukan dan ahli baharu yang meragukan.
Tindakan itu adalah susulan daripada saman yang dikemukakan ahli-ahli Seniman diketuai oleh Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sony Abdullah) telah memfailkan saman terhadap Seniman pada 25 Januari lalu.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Presiden Seniman, Harun Salim Bachik serta ahli jawatankuasanya iaitu Omar Kamarudin atau dikenali sebagai Yusof Kelana, Wafa A. Kadir, Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab atau dikenali sebagai Den Wahab.
Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan mesyuarat agung dan pemilihan jawatankuasa Seniman ke-14 diadakan semula dengan dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam tempoh dua bulan bermula semalam.
Rosilah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi plaintif dan defendan dan beliau mendapati plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan.
"Sepanjang perbicaraan, saksi-saksi defendan terutamanya Harun Salim Bachik, Yusof dan Zed Zaidi telah memberi keterangan bercanggah dan tidak konsisten," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan Presiden Seniman ketika itu, Harun atau nama sebenarnya Harun Aminar Rashid Salim, Yusuf Kelana atau Omar Kamarudin dan Wafa A. Kadir membayar ganti rugi khas berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa di sini berjumlah RM56,000.


Turki beri penghormatan tinggi

Posted: 22 Nov 2013 03:53 AM PST

RAKYAT Turki memberi penghormatan tinggi semasa upacara pengebumian 
Allahyarham Ahmad Ammar di Istanbul baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kerajaan Turki memberi layanan luar biasa ke atas seorang remaja Malaysia yang meninggal dunia setelah dilanggar sebuah ambulans di negara itu apabila dia dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul yang turut menempatkan 60 pusara sahabat Nabi.
Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam (gambar kecil), 20, yang meninggal dunia pada 2 November lalu dikebumikan di tanah perkuburan itu yang turut menempatkan orang kenamaan Turki pada 4 November setelah mendapat keizinan Datuk Bandar Istanbul.
Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi itu merupakan penuntut tahun dua jurusan Sejarah di Universiti Marmara (Goztepe).
Dia juga sedang mendalami ilmu Tafsir dan hampir tamat pengajian.
Abang ipar Allahyarham, Muhammad Suhail Ahmad berkata, masyarakat Turki amat memandang tinggi terhadap Ahmad Ammar yang hampir menamatkan pengajian ilmu Tafsir sekali gus melayakkannya menjadi guru agama.
"Bapa Allahyarham pula sentiasa memberi galakan kepadanya supaya sentiasa mendalami ilmu agama selain mempelajari ilmu sejarah di negara Turki itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kisah Ahmad Ammar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu mendapat liputan meluas menerusi rangkaian laman sosial di negara ini terutama YouTube dan Facebook.
Tinjauan Kosmo! di laman YouTube mendapati sebuah video yang dimuat naik pada 17 November lalu bertajuk "GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013)" telah ditonton 695,504 kali.


Pemuda gemuk pulang ke Perancis

Posted: 22 Nov 2013 03:48 AM PST


GAMBAR menunjukkan Chenais dibantu beberapa kakitangan perubatan menaiki ambulans itu.


LONDON - Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin.
Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api.
Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil.
Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England.
"Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri.
Pemuda itu kemudian menaiki ambulans ke bandar Ferney-Voltaire di sempadan Switzerland.
Pada mulanya, dia dirawat di Klinik Mayo, Minnesota, AS berhubung masalah kegemukannya.
Namun, dia terkandas di AS selepas syarikat penerbangan British Airways enggan membenarkannya menaiki pesawat.

CHENAIS menaiki sebuah skuter di depan sebuah ambulans di St. Pancras, London kelmarin.


Pemuda itu juga tidak dibenarkan untuk sebuah kapal persiaran Queen Mary 2.
Chenais perlu kerap untuk menyedut oksigen.
Namun, pemuda berkenaan akhirnya tiba di London selepas syarikat penerbangan Virgin Airlines bersetuju membawanya pada Selasa lalu bersama keluarganya.
Apabila tiba di Britain, dia juga tidak dibenarkan untuk menaiki sebuah kereta api bawah tanah ke Perancis atas alasan keselamatan.
Chenais dan keluarganya kemudian bermalam di sebuah hotel dekat Terminal Eurostar di London selepas tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut.
Kos penginapannya di hotel itu ditanggung oleh pihak pengurusan Eurostar.
Menerusi bantuan beberapa kakitangan konsulat Perancis, Chenais meninggalkan London tengah hari kelmarin dengan menaiki sebuah ambulans ke Dover.
Dia kemudian menaiki sebuah feri menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis.


Letusan gunung berapi wujudkan pulau baharu

Posted: 22 Nov 2013 03:47 AM PST



ASAP keluar dari sebuah gunung berapi yang mewujudkan pulau kecil dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun kelmarin.


TOKYO - Letusan gunung berapi di laut telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan Jepun, kata beberapa pegawai semalam.
Ia merupakan kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh beberapa dekad di negara ini.
Anggota-anggota tentera laut Jepun mengesan pulau tersebut menerusi asap yang menjulang tinggi ke langit di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo.
Pulau itu wujud akibat letusan gunung berapi di laut.
"Asap masih keluar dari pulau tersebut. Kami mengeluarkan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan tersebut," kata seorang jurucakap sebuah agensi maritim Jepun.
Menurutnya, pulau itu tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan.
Diameter pulau itu ialah 200 meter.
Beberapa letusan berapi pada tahun 1970-an dan 1980-an telah mewujudkan beberapa buah pulau kecil di Jepun.
Namun, sebahagian pulau kecil itu turut lenyap akibat ditengelami laut.


Kawah berapi di Turkmenistan

Posted: 22 Nov 2013 03:45 AM PST


YOUTUBE
KAWAH berapi yang terdapat dekat Kampung Derweze, Turkmenistan.


ASHGABAT - Sebuah kawah gergasi masih terbakar dekat Kampung Derweze, Turkmenistan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Kawah seluas 70.10 meter itu terbakar sejak tahun 1971 lagi.
Ia terbentuk semasa pemerintah Kesatuan Soviet yang menawan Turkmenistan ketika itu mahu menggali tanah untuk mencari minyak.
Bagaimanapun, tanah di bawah sebuah pelantar minyak runtuh sekali gus mewujudkan sebuah kawah yang luas.
Kawah itu mengeluarkan gas metana dalam jumlah yang banyak sekali gus membahayakan penduduk kampung.
Beberapa saintis kemudian memutuskan bahawa cara yang selamat untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan membakar gas tersebut.
Para saintis itu menganggap cara itu akan menyebabkan gas berkenaan hilang dalam tempoh beberapa hari.
Namun, selepas empat dekat kemudian, kawah itu masih lagi terbakar sehingga kini.


Motosikal dicuri 45 tahun lalu ditemui semula di Los Angeles

Posted: 22 Nov 2013 03:44 AM PST



DEVAULT (kiri) dan seorang mekanik, Dough Manley melihat enjin motosikal Triumph Tiger 100 yang dicuri pada Februari 1967 di Omaha, Nebraska kelmarin.


OMAHA, Nebraska - Seorang lelaki Amerika Syarikat, Donald DeVault memperoleh semula motosikal Triumph Tiger 100 buatan tahun 1953 yang dicuri pada Februari 1967.
Pihak berkuasa di Los Angeles, California menyerahkan semula motosikal tersebut kepada DeVault yang berusia 73 tahun kelmarin.
DeVault hanya mengetahui tentang motosikal tersebut yang berada dalam simpanan pihak berkuasa Los Angeles, dua minggu lalu.
Menurut laporan, pihak berkuasa di bandar raya tersebut menemui motosikal itu di Pelabuhan Los Angeles ketika ia mahu dihantar ke Jepun dengan menggunakan sebuah kapal.
Ejen-ejen kastam yang melakukan pemeriksaan ke atas motosikal itu mendapati ia pernah dilaporkan hilang pada tahun 1967.
Motosikal itu bernilai AS$300 (RM961.90) pada tahun 1967.
Kini, nilai motosikal tersebut dianggarkan kira-kira AS$9,000 (RM28,856).


Anjing laut ada pemancar satelit

Posted: 22 Nov 2013 03:43 AM PST



KEPALA seekor anjing laut dipakaikan dengan sebuah alat pemancar semasa ia berenang 
di Porteau Cove kelmarin.


PORTEAU COVE, British Columbia - Seekor anjing laut dipakaikan dengan sebuah alat pemancar satelit di kepalanya oleh sekumpulan saintis di sini kelmarin.
Anjing laut itu dipakaikan alat tersebut selepas ia dilepaskan ke laut.
Haiwan itu dirawat selama beberapa bulan di Pusat Menyelamat Mamalia Marin Vancouver, Kanada selepas ia diselamatkan dari laut.
Alat itu akan membantu pergerakan haiwan itu di laut dan dipantau oleh para saintis.


Kembar tujuh rai ulang tahun ke-16 di Iowa

Posted: 22 Nov 2013 03:42 AM PST


YOUTUBE
GAMBAR menunjukkan tujuh orang anak kembar McCaughey. (Depan dari kiri), Kelsey, Alexis dan Nathan manakala (belakang dari kiri), Joel, Kenneth, Nathalie dan Brandon.


DES MOINES, Iowa - Kembar tujuh yang dilahirkan pada tahun 1997 telah meraikan hari jadi mereka yang ke-16 tahun kelmarin.
Ibu kembar itu, Bobbi McCaughey yang merupakan seorang kakitangan sebuah sekolah berkata, dia kini menerima hakikat bahawa anak-anak kembarnya semakin dewasa.
"Salah satu perkara penting kini adalah mengenai hubungan mereka dengan rakan dan kawan berlainan jantina," katanya yang melahirkan mereka di sebuah pusat perubatan di sini.
Kembar itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan.
Nama mereka ialah Kenneth, Kelsey, Natalie, Brandon, Alexis, Nathan dan Joel.
Semua kembar itu yang tinggal di Carlisle, Iowa, Amerika Syarikat mempunyai seorang kakak, Mikayla yang berusia 18 tahun.
Bapa mereka, Kenny bekerja di sebuah kilang logam.
McCaughey memperoleh anak kembar tujuh itu selepas dia menjalani rawatan kesuburan.
Rumah kembar itu mengandungi tujuh buah bilik tidur yang didermakan kepada mereka.
Namun, dua kembar tersebut, Alexis dan Nathan menghidap palsi serebrum iaitu pergerakan otot-otot mereka mengalami kerosakan.
Brandon kini merancang untuk memasuki perkhidmatan ketenteraan, Kenneth mahu bekerja dalam bidang pembinaan, Nathan mahu menceburi bidang sains, Joel berhasrat mendalami bidang komputer, Kelsey meminati bidang solekan manakala Alexis serta Natalie mahu melibatkan diri dalam bidang perguruan.


Larangan di Arab Saudi dilonggarkan

Posted: 22 Nov 2013 03:38 AM PST

LARANGAN kebebasan bergerak merupakan salah satu kekangan yang dikenakan terhadap wanita di Arab Saudi.


SEPERTI kebanyakan gadis-gadis Arab Saudi, Raha al-Moharrak diharamkan daripada menyertai aktiviti sukan di sekolahnya. Perintah itu merupakan satu larangan atas alasan agama yang diputuskan oleh kerajaan negara tersebut.
Namun, pada bulan Mei lalu, Raha yang kini berusia 27 tahun menjadi wanita pertama dari negara Teluk itu yang berjaya mendaki Gunung Everest.
Beliau mendapat liputan meluas daripada beberapa akhbar tempatan. Kisah beliau mendedahkan bahawa wanita Arab Saudi kini sudah beransur-ansur mempelajari perkara baharu.
"Anda tidak boleh berhenti berubah. Generasi muda mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di luar sana. Semuanya di hujung jari kita," kata pereka grafik itu yang kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Hakikatnya, jika Raha masih berada di negara kelahirannya, di bawah undang-undang penjagaan Arab Saudi, beliau dilarang memandu kereta, membuka akaun bank, melancong ke luar negara atau mendaki gunung tanpa kebenaran bapanya.
Tinjauan Yayasan Thomson Reuters baru-baru ini mendapati Arab Saudi merupakan negara ketiga terburuk selepas Mesir dan Iraq dalam melayan wanita daripada 22 buah negara Arab.
Pungutan suara yang melibatkan 336 pakar jantina pada bulan Ogos dan September lalu mendapati, Arab Saudi dinilai pada kedudukan terendah untuk penglibatan wanita dalam bidang politik, diskriminasi di tempat kerja, kebebasan bergerak dan hak-hak memiliki harta.
Bagaimanapun, negara berkenaan memberi layanan lebih baik kepada wanita dalam menyediakan peluang pendidikan penjagaan kesihatan, hak-hak reproduktif dan keganasan jantina.
Kerajaan Arab Saudi, Raja Abdullah yang membuat keputusan dalam kebanyakan isu di negara itu dengan hasil pandangan golongan ulama, sangat berhati-hati mendepani pelbagai kritikan yang mahu melihat perubahan segera.
Hakikatnya, negara yang berkeluasan 2.14 juta kilometer persegi itu sedang mengalami perubahan secara beransur-ansur.

BAWAH: Sebahagian besar wanita Arab Saudi merupakan golongan terpelajar.


Tentangan ulama
Peraturan di Arab Saudi kebanyakannya berteraskan undang-undang syariah. Para hakimnya merupakan golongan ulama Wahhabi yang menetap dan mentafsir undang-undang serta hukum syarak.
Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh merupakan ulama paling kanan yang kuat menentang golongan wanita bekerja dan memandu kenderaan. Malah, beliau pernah menyatakan bahawa pembabitan wanita dalam politik bakal membuka ruang kepada kejahatan.
Raja Abdullah yang kini berusia 90 tahun telah beberapa kali menyimpang daripada pendirian golongan ulama. Misalnya, pada penghujung tahun 2011 baginda telah memberi wanita hak mengundi dan bertanding jawatan dalam pilihan raya bermula tahun 2015.
Pada bulan Januari lalu, Raja Abdullah buat julung-julung kalinya berkenan pelantikan seramai 30 wanita menganggotai Majlis Syura di negara itu, sekali gus menamatkan diskriminasi terhadap kaum hawa dalam pentadbiran negara tersebut.
Baginda juga melonggarkan sekatan terhadap tenaga kerja wanita sejak dua tahun lalu. Wanita dibenarkan menggantikan pekerja lelaki sebagai pembantu jualan di premis-premis pakaian dalam wanita dan kosmetik serta pelayan restoran di bahagian wanita.
Perdebatan hangat di media sosial di rantau Arab menunjukkan peralihan sedang berlaku dalam masyarakat.
"Arab Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan banyak perubahan. Dari tahun ke tahun anda nampak begitu banyak perubahan pada kaca mata umum.
"Apabila kami menganggotai Majlis Syura, terdapat penentangan hebat. Kami tidak mengendahkan suara-suara itu dan menjalankan tugas kami," kata salah seorang anggota baharu Majlis Syura, Hanan Al-Ahmadi.
Ratusan ribu belia lelaki dan wanita Arab Saudi yang dihantar melanjutkan pelajaran di universiti-universiti luar negara juga kembali ke negara asal dengan pendapat yang sangat berbeza tentang negara-negara saudara mereka di dunia.
Peluang pekerjaan dalam kalangan wanita muda masih sama dan tidak banyak bezanya pada zaman ibu-ibu mereka walaupun pengangguran dalam kalangan wanita mencecah hampir 36 peratus berbanding lelaki iaitu enam peratus .
Pada bulan Oktober lalu, Raja Abdullah membenarkan wanita pertama di negara itu bertugas sebagai peguam untuk mewakili pelanggan dan memiliki serta membuka firma guaman sendiri.

PELANTIKAN 30 orang wanita yang menganggotai Majlis Syura mendapat perkenan Raja Abdullah.


Titik perubahan
Bagaimanapun, wanita Arab Saudi masih berdepan dengan kekangan pengangkutan untuk berulang-alik ke mahkamah dan larangan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja.
Namun, seorang perunding guaman muda, Dania Aboaloa yang merupakan lepasan undang-undang dari Universiti Raja Abdulaziz bersikap positif.
Dania yang pernah menuntut di Amerika Syarikat, namun membuat keputusan kembali ke Jeddah kerana perubahan yang dilaksanakan kerajaan.
"Masa depan lebih cerah dan akan menggalakkan lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan menuntut lebih banyak hak dalam perundangan secara bijak.
"Wanita Arab Saudi kini hidup pada satu titik perubahan dalam sejarah negara ini. Kami memperoleh hak-hak kami semula. Ia merupakan tugas saya sekarang kerana saya seorang perunding guaman," ujarnya.
Bagaimanapun, kemajuan sebenar hak-hak wanita di Arab Saudi dilihat masih di takuk lama dan kebanyakan aktivis menyifatkan perubahan yang berlaku amat perlahan.
Seorang wanita yang tertakluk kepada pengawasan dan kebenaran saudara lelaki dalam segala hal sepanjang hidup mereka sudah berakar umbi terlalu lama di negara Asia Barat itu.
Secara tradisinya, ia dilihat sebagai satu perlindungan yang mengawal hampir setiap aspek kehidupan seorang wanita termasuk dalam perkahwinan malah ketika mereka menjalani rawatan.
Memandangkan kerajaan Arab Saudi terikat dengan pengaruh golongan ulama, para penganalisis berpendapat, sistem perundangan syariah atau undang-undang penjagaan sukar diubah dalam masa terdekat.
Sementara itu, satu lagi perubahan segera yang diharapkan berlaku oleh sejumlah aktivis wanita ialah kedudukan Arab Saudi sebagai satu-satunya negara yang mengharamkan wanita memandu kenderaan.
Tiada peraturan khusus atau ayat dalam undang-undang syariah menyatakan hanya lelaki berhak memandu di negara berkenaan walaupun para pegawai kerajaan sering memberi alasan bahawa masyarakat di negara yang mempunyai hampir 30 juta penduduk belum lagi bersedia membenarkan wanita memandu.
Permintaan terhadap kos pengangkutan yang lebih murah semakin penting apabila semakin ramai wanita mencari pekerjaan apabila ahli keluarga juga bergantung kepada pendapatan mereka.
Pada bulan Oktober lalu, pihak berkuasa mematahkan satu kempen desakan menamatkan larangan memandu kepada wanita.
Namun, tindakan pihak berkuasa ditempelak melalui laporan akhbar dan petisyen dalam talian oleh beberapa individu terkenal dan anggota keluarga pemerintah Arab Saudi yang menuntut peraturan itu diubah secara terbuka.
Walaupun para penganalisis menyatakan terdapat satu muafakat sekitar perubahan sosial dalam keluarga kerajaan secara beransur-ansur, masih belum jelas sama ada bakal pengganti Raja Abdullah akan meneruskan usaha baginda.
Puteri Bassma Majid merangkap Presiden sebuah cabang Persatuan Dermawan untuk Wanita, Al-Nahda yang melatih dan mengupah wanita miskin dan kelainan upaya untuk mengekal serta membuat semula rekaan busana istimewa kerajaan Arab Saudi.
"Saya rasa kami sudah mencapai satu tujuan yang tidak boleh berpatah balik," katanya.


Hati-hati dengan kisah misteri

Posted: 22 Nov 2013 03:37 AM PST


KISAH kehilangan seorang remaja di Vila Nabila, Johor Bahru menggemparkan negara baru-baru ini.


KEHILANGAN seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang kononnya hilang setelah memasuki sebuah vila usang dikenali sebagai Vila Nabila di Johor telah menjadi topik hangat di media-media massa dan sosial baru-baru ini.
Ia menjadi sensasi apabila dikhabarkan bahawa salah seorang rakan melihatnya memasuki vila berkenaan, tetapi tiada seorang pun yang menemuinya walaupun ada usaha mencari dilakukan.
Berita ini ditambah pula dengan dengan pelbagai versi misteri banglo berusia 40 tahun ini, termasuk cerita bahawa seorang penghuninya telah dibunuh dalam rumah berkenaan.
Ada pula cerita lain yang mengisahkan tentang seorang amah membunuh pemilik rumah ini, termasuk seorang anak gadis bernama Nabila.
Walaupun pihak polis yang menyiasat kes seumpama ini menasihatkan agar orang ramai tidak terpedaya, namun kelihatan manusia lebih mempercayai berita-berita aneh berbanding maklumat sahih pihak berkuasa.
Ingatan palsu
Persoalan yang timbul ialah mengapa berita seumpama ini mudah dipercayai? Kedua, mengapa pula ada rakan-rakannya yang melaporkan bahawa mereka melihatnya memasuki vila berkenaan?
Dalam bidang psikologi, perkara ini dinamakan sebagai false memory atau ingatan palsu. Ia biasanya terjadi apabila seseorang percaya mereka mengingati sesuatu perkara sebagai benar-benar terjadi walaupun hakikatnya peristiwa itu tidak wujud.
Ini bukan bermakna mereka cuba berbohong, tetapi ia wujud hasil proses mental atas keyakinan terhadap suatu kejadian.
Setiap kali berlakunya kemalangan jalan raya, kita akan mendengar pelbagai versi cerita oleh saksi sehinggakan ada yang tidak masuk akal. Bagaimanapun, kerana cerita ini biasanya diulang-ulang dengan cara yang sensasi, masyarakat akan berasakan ia seolah-olah benar-benar berlaku.
Dalam keadaan kecemasan atau ketakutan, penglihatan manusia biasanya lebih tertumpu kepada objek atau peristiwa tertentu yang mempunyai makna dari sudut emosi mereka.
Misalnya, apabila melihat kemalangan ngeri, orang biasanya akan menumpukan kepada aspek kengerian seperti darah, bunyi dentuman atau bentuk kenderaan yang mengalami kerosakan teruk. Mereka mungkin tidak melihat bagaimana proses kemalangan itu berlaku.
Sungguhpun begitu, apabila bercerita mengalami kemalangan, mereka biasanya akan membuat cerita berdasarkan pertimbangan emosi tadi dan bukannya berdasarkan apa sebenarnya yang dilihat.
Kisah sensasi
Keadaan ini yang menjadikan ingatan palsu terbentuk. Begitu juga dengan cerita-cerita aneh lain. Ia hanyalah suatu cakap mulut, kemudiannya diperbesarkan, menjadikan ia seolah-olah peristiwa yang benar-benar berlaku.
Apabila melalui kawasan perkuburan dikatakan sebagai seram dan berhantu misalnya, seseorang yang mempercayai kisah-kisah seperti itu, akan melaporkan bahawa mereka melihat makhluk halus yang menyeramkan. Sedangkan apa yang dilihatnya hanyalah plastik putih yang diterbangkan angin.
Dalam kes kehilangan budak lelaki tadi, ia menjadi sensasi kerana kononnya berlaku di sebuah banglo usang yang tidak berpenghuni. Lokasi banglo ini yang letaknya di atas bukit dan sunyi daripada keriuhan manusia menjadikan cerita misteri ini seolah-olah sebagai sesuatu yang berkemungkinan besar terjadi.
Sebab itu, masyarakat perlu berhati-hati dengan berita-berita yang tidak masuk akal seperti ini, sekalipun ia menjadi topik hangat di media sosial.
Berita-berita luar biasa ini tidak akan menjadikan kita sebagai manusia kritis dan logik. Misalnya, apabila berlakunya kejadian bahawa budak ini hilang kerana disembunyikan oleh makhluk misteri, maka apakah yang boleh kita lakukan lagi untuk menemuinya semula?
Secara am, apa yang kita boleh lakukan sekadar berharap bahawa budak tadi akan dikembalikan oleh 'makhluk' yang menyembunyikannya.
Sedangkan, kalau kita percaya bahawa budak tadi bukan hilang kerana disorok oleh makhluk halus dan sebagainya, masih banyak usaha untuk mencarinya boleh dilakukan. Kita mempunyai lebih banyak alternatif berasaskan pertimbangan logik dan akal yang waras.
Kita bernasib baik kerana budak yang hilang itu akhirnya ditemui. Ia bukan ditemui di banglo usang tadi, tetapi menginap di rumah seorang kenalannya. Ia sekurang-kurangnya mengingatkan kita semua bahawa tidak semua cerita patut dipercayai dengan mudah.
Sebagai manusia yang waras, sesuatu yang berlaku itu tidak mungkin menjangkaui akal logik manusia.


Kepentingan kumpulan sokongan

Posted: 22 Nov 2013 03:35 AM PST

BAYI yang diberikan susu ibu biasanya mempunyai antibodi yang kuat dan membesar secara sihat.


SEJAK melahirkan cahaya mata sulung pada 26 Ogos lalu, Mastura Abu Samah mengakui seronok melalui fasa baharu kehidupan bergelar ibu.
Sebagai wanita, Mastura, 29, berkata, hidupnya kini terasa lengkap dengan kehadiran permata hati yang diberi nama Putra Aidiltullah itu.
Apatah lagi sewaktu kali pertama berpeluang menyusukan bayinya, hati Mastura terasa damai melihat keasyikan si anak melakukan 'kerjanya'.
"Alhamdulillah, sukar untuk saya mengungkap perasaan yang terbit dalam diri ketika menyusukan Putra. Rasa seperti ingin menangis pun ada.
"Walaupun pada mulanya, saya sedikit gementar dan takut kerana pengalaman membaca kisah-kisah kelahiran pertama termasuk kesakitan sewaktu menyusukan bayi bermain di fikiran. Tetapi, berkat sokongan suami dan para jururawat di hospital ini, saya berjaya melakukannya dengan baik," ujar Mastura yang memilih untuk melahirkan bayi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sehingga kini, Mastura masih lagi menyusukan bayinya secara eksklusif dan berharap dapat melakukan rutin tersebut sehingga dua tahun.
Dalam pada itu, Muhammad Rohaimi Mohd, Tasrif, 27, sebagai suami sudah tentu bersyukur kerana dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang bersama isterinya.

TUNJUK ajar daripada jururawat di hospital membantu para ibu muda mengetahui teknik penyusuan bayi yang betul.


Sokongan
Justeru, sebolehnya dia mahu anaknya mendapat zat terbaik daripada pemberian susu ibu yang diketahui besar manfaatnya.
"Sebelum ini, saya ada mengikuti kelas antenatal yang menekankan tentang kepentingan susu ibu terhadap bayi yang baru lahir. Jadi, saya perlu menyokong penuh perkara ini, terutamanya dalam memberi semangat kepada isteri untuk berbuat demikian.
"Sokongan ini penting bagi menunjukkan keprihatinan saya terhadap isteri yang telah bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak kami ke dunia," ungkap Muhammad Rohaimi ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Berdasarkan panduan yang digariskan Perikatan Antarabangsa Untuk Tindakan Penyusuan (WABA), terdapat lima cabang yang membentuk kumpulan sokongan susu ibu.
Ia terdiri daripada keluarga dan rangkaian sosial, sistem penjagaan kesihatan, suasana kerja dan persekitaran, kerajaan dan penggubalan undang-undang serta respons terhadap krisis atau kecemasan.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G) HKL, Dr. Noor Haliza Yussoff, 52, berkata, menyentuh soal sokongan, setiap ibu yang melahirkan bayi perlu diberi pendedahan dan didikan mengenai kepentingan susu ibu dari peringkat antenatal lagi.
Ujarnya, mereka biasanya akan diberikan maklumat untuk melakukannya dan dibantu jika ada sebarang masalah oleh jururawat terlatih.
"Namun, apabila pulang ke rumah, ketika itulah masalah akan berlaku yang melibatkan campur tangan keluarga seperti ibu atau ibu mertua, terutamanya dalam aspek membabitkan penyusuan bayi.
"Bila anak menangis kerana lapar, biasanya mereka akan menyuruh si ibu memberi susu botol kepada bayi," ujar beliau sambil memaklumkan antara kebaikan terbesar susu ibu ialah melindungi bayi daripada jangkitan bakteria dan virus.

PEMILIHAN baju yang mesra bayi juga membolehkan penyusuan susu ibu dilakukan pada bila-bila masa tanpa sebarang rasa malu.


Dari segi zat, susu yang diberi secara terus atau diperah masih sama. Cuma bezanya, ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sewaktu menyusu membuatkan mereka menjadi lebih rapat.
Terang Noor Haliza, susu ibu menyediakan khasiat yang diperlukan oleh bayi.
" Susu ibu hidup dan tidak mati. Ia akan menyesuaikan diri dengan kandungan yang diperlukan bayi dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun.
"Berbanding susu formula, zatnya statik. Apa yang diletak itulah kandungan yang ada di dalamnya sampai bila-bila," katanya.
Noor Haliza berkata, golongan ibu muda pada hari ini semakin menyedari keperluan menyusukan anak secara eksklusif.
Bagaimanapun, beliau mahu menyampaikan mesej bukan sahaja kepada si ibu dan suami malah kaum keluarga serta rakan-rakan supaya apabila kembali ke pangkuan masyarakat, mereka memperoleh sokongan penuh bagi penyusuan susu ibu.
Menurutnya, trend ibu-ibu mengandung sekarang menyaksikan mereka datang ke kelas antenatal bersama ibu sendiri atau ibu mertua. Situasi sedemikian amat dialu-alukan kerana secara tidak langsung mereka akan mendapat pengetahuan tentang kepentingan susu ibu.

RAMAI wanita berkerjaya semakin menyedari kepentingan susu ibu kepada si anak dan sanggup memerahnya ketika berada di pejabat. - Gambar hiasan


Susu formula
Tambah beliau, susu formula mula berkembang pada awal 70-an. Sebelum itu, semua ibu menyusukan bayi mereka dengan susu badan.
"Bagaimanapun, iklan yang ditayangkan di media massa secara meluas seolah-olah menampakkan susu formula itu susu yang terbaik. Lama-kelamaan masyarakat seumpama 'diprogram'.
"Maka, berlakulah persepsi yang menyebabkan mereka ingin memberi susu formula pada anak masing-masing. Ini kerana pada anggapan mereka, sesiapa yang memberi susu ibu dilihat seperti orang miskin," ungkapnya.
Menyedari hakikat itu, kerajaan telah mengambil inisiatif menggubal satu akta yang menghalang pengiklanan untuk susu formula bayi berusia dua tahun ke bawah. Kod tata etika dalam penggubalan undang-undang ini telah dimulakan pada tahun 1990-an.
"Sehingga sekarang hanya susu formula untuk anak-anak yang berusia dua tahun ke atas yang dibenarkan bagi tujuan pengiklanan.
"Selain itu, di bawah kod tata etika ini juga, setiap kotak atau tin susu harus ditulis bahawa susu ibu adalah susu terbaik. Kod ini akan dikaji semula setiap dua tahun untuk ditambah baik," jelas Noor Haliza.
Sepanjang 25 tahun dalam bidang O&G, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut berkongsi pengalaman yang dilihat dalam aspek perbezaan penyusuan susu ibu.
"Dahulu, jarang kita lihat ibu-ibu menyusukan bayi mereka ketika berada di wad. Rata-rata akan memberi susu botol pada anak yang baharu dilahirkan. Lantaran itu, pergerakan untuk memastikan penyusuan ibu berlaku secara meluas pada tahun 1991.
"Ketika itu, penggunaan botol susu dilarang sama sekali di semua hospital kerajaan. Alhamdulillah, setakat ini usaha kita telah menunjukkan hasilnya. Tidak ketinggalan, semakin banyak hospital swasta turut menyokong perkara ini," kata beliau yang mengakui daripada tiga orang anaknya, hanya yang bongsu berpeluang menyusu secara eksklusif dengannya selama dua tahun.
Semua itu disebabkan mentaliti beliau dan faktor persekitaran yang kurang menyokong perkara tersebut. Meskipun sedikit ralat, namun Noor Haliza tetap bersyukur kerana akhirnya perjuangan untuk memartabatkan pemberian susu ibu mencapai kejayaan.


Keindahan susu ibu anugerah Allah

Posted: 22 Nov 2013 03:34 AM PST

FATIMAH SYARHA


ISLAM menganjurkan seorang ibu semaksimum mungkin berusaha menyempurnakan susuannya sehingga dua tahun penuh.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."
Menurut pendakwah bebas, Ustazah Fatimah Syarha Mohd. Noordin, al-Quran turut menganjurkan mesyuarat atau perbincangan dilakukan antara suami dan isteri jika mahu menceraikan susu anak sebelum usianya dua tahun.
"Jika diperhalusi kajian sains, seksanya seorang anak kecil untuk melalui alam bayinya jika dia tidak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Ini kerana hanya susu ibu paling serasi dengan keperluannya.
"Justeru, menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.
"Bagi si bayi pula, susu ibu bagaikan ubat penenang. Selasak manapun dia seperti meniarap, merangkak atau bertatih, dia pasti akan ditawan oleh susu ibu," jelas Fatimah Syarha yang juga merupakan pembimbing motivasi.
Dalam pada itu, dia memberitahu, jika seseorang wanita tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan termasuk masalah kesihatan, mereka tidak dikira berdosa.
"Yakinlah bahawa Allah memahami keadaan hamba-Nya yang beraneka rupa. Tapi, seelok-eloknya ia perlu dilakukan dengan perbincangan bersama suami. Insya-Allah, dengan berbincang akan keluar pelbagai jalan penyelesaian seperti mengambil ibu susuan untuk si anak," ujar beliau lagi.
Berbicara tentang pengalaman menyusukan anaknya, Fatimah Syarha tidak lokek berkongsi kaedah terbaik untuk melakukannya.
Antaranya, membetulkan niat bagi memastikan anak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Selain itu, para ibu juga perlu berdoa secara khusus setiap hari agar dipermudahkan urusan penyusuan anak.
"Jika susu kurang, jangan menyerah kalah. Sebaliknya gunakan kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh.
"Sebagai contoh dalam aspek rohani, lakukan solat hajat dan berdoa, fizikal (banyakkan minum air kosong, susu atau jus dan pemakanan yang seimbang) dan mental perlu dikuatkan dengan terus membaca tentang kepentingan susu ibu," ungkap wanita yang masih sempat menyusukan anak sulungnya meskipun berada dalam kesakitan kontraksi untuk melahirkan anak kedua kerana tidak mahu hak si kakak dikurangkan walaupun setitik.


Berfikir terapi hati

Posted: 22 Nov 2013 03:33 AM PST

Kuasa berfikir dengan merenung kejadian alam mampu mendekatkan manusia dengan Pencipta sekali gus membantu kita menuju destinasi akhir yang kekal abadi.

WANITA Muslim perlu memastikan aurat mereka ditutup dengan sempurna kerana ia satu kewajipan kepada Allah.


MUSIM sejuk di Madinah? Saya tidak pernah terfikir begitu sehinggalah kami menunaikan fardu haji pada tahun 2006/2007. Ketika kami tiba di Mekah suhu mencatat sekitar 16 darjah Celsius. Dalam masa 38 hari kemudian kami beredar menuju Madinah dengan suhu yang semakin rendah.
Kini musim sejuk di Madinah semakin hampir. Anginnya sangat dingin terutamanya ketika kami keluar rumah untuk melaksanakan solat Subuh di Masjid Nabawi. Ia pertukaran cuaca yang sangat pantas.
Perubahan cuaca sejuk dan panas di negara Arab Saudi menyebabkan saya berfikir tentang kebesaran Allah SWT. Pada satu hari suhunya menghampiri 50 darjah Celsius dan pada hari yang lain ia boleh menyebabkan penduduknya memakai termal dan mandi menggunakan air panas.
Buah tamar
Namun setiap satu mempunyai kebaikannya. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Misalnya, suhu yang panas ini sangat berguna ketika musim buah tamar menunggu hari untuk dipetik. Suhu panas ini diperlukan agar kualiti tamar mencapai tahap paling maksimum.
Tentu sekali kesemua kejadian jika difikirkan yang berlaku di sekitar kita mempunyai perlambangan kepada sifat-sifat Allah SWT.
Kuasa berfikir ini merupakan milik individu. Kuasa inilah saya fikir yang perlu digunakan sepenuhnya bagi memberi kedamaian di hati.
Mereka yang berfikir pastinya akan hampir dengan Pencipta lalu membantu manusia menuju destinasi akhir yang kekal abadi.
Kehidupan kekal abadi tidak mempunyai dua pilihan tetapi hanya satu iaitu syurga Firdaus. Malah pintu syurga perlu dilangkah masuk dengan kemuliaan tanpa dihisab.
Saya sudah tua dan beruban. Umur menghampiri 50 tahun. Jika ditakdirkan saya meninggal seusia dengan Baginda SAW maka jangka hayat saya berada di sekitar 13 tahun lagi.
Jika faktor genetik diambil kira, maka hidup saya hanya berbaki antara lapan hingga sembilan tahun lagi. Namun kematian milik Allah. Tiada siapa yang mampu menelah dengan tepat.
Lalu saya fikir di kala usia tua beruban, kuasa utama yang perlu dipohon kepada-Nya ialah semoga kita boleh berfikir bagi membuat pilihan terbaik.
Ia menjadi lebih signifikan terutamanya kala usia di penghujung senja yang ketajaman akal fikiran sangat-sangat berkurang. Ia satu kuasa yang benar-benar diperlukan.
"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." Surah al-Baqarah, ayat 269.
Di sisi Allah SWT, ia permintaan mudah dan sangat signifikan. Benar, kami sudah tua dan beruban. Kedut-kedut halus telah mula kelihatan dengan jelas dan ketara.
Anak-anak juga sudah membesar dan bakal membina kehidupan sendiri. Mereka akan meninggalkan sarang asalnya. Malah kerjaya rasmi juga sudah sampai ke penghujung. Dunia persaraan sebenarnya sudah hampir.
Bagi saya kehidupan berseorangan bersama isteri atau suami sesuai dengan saat-saat menanti kematian. Ia bukan soal menolak dunia tetapi meletakkan akhirat melalui perspektif yang benar dan tepat.
Itulah petanda-petanda untuk kita berfikir dan bermuhasabah betapa masa berbaki benar-benar suntuk. Ia zon kritikal.
Kuasa berfikir
Lalu jika ditoleh ke belakang, hampir keseluruhan masa ditumpukan kepada kehidupan dunia tanpa mengaitkan dengan kehidupan kekal abadi.
Hakikatnya, kita tidak mahu berfikir walaupun kita berkuasa melakukannya. Allah ya Allah, kami mohon kepada-Mu agar dipinjamkan sedikit lagi kuasa berfikir untuk kami membuat pilihan yang tepat sehinggalah kami dipanggil pulang.
Masya-Allah, Subhanallah, Allahu Akbar, cukuplah dunia ini menjadi tempat permainan yang melalaikan.
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" Surah al-An'aam, ayat 32).
Kuasa berfikir ini merupakan anugerah Allah. Ia dikurniakan kepada mereka yang benar-benar berkehendakkannya. Malah akal fikiran ini merupakan sebahagian daripada tubuh badan manusia yang akan dipersoalkan ketika di hari penghakiman.
Bayangkanlah bagaimana manusia yang diberikan kuasa untuk berfikir tidak mahu menggunakannya dan bersifat zalim kepada diri sendiri serta kaum keluarga yang hampir.
Sebagai satu misal perbandingan, ramai yang mengetahui kepentingan solat berjemaah di masjid bagi lelaki merupakan salah satu amal ibadat yang dituntut. Aurat wajib dijaga dengan sempurna. Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, khianat dan fitnah merupakan penyumbang laluan ke neraka Jahanam.
Lalu kuasa berfikir dan memilih ini diketepikan. Kesannya hanya terpaksa dihadapi apabila tiba hari penghakiman dan seterusnya dihumbankan ke neraka Jahanam. Barangkali pada ketika ini ia sudah agak terlambat.
Berfikirlah dengan baik. Insya-Allah akan ada damai di hati. Jumpa lagi minggu hadapan. Kami mohon keampunan-Mu ya Allah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines