Khamis, 7 November 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


PERPINDAHAN PEMAIN LIGA MALAYSIA 2014

Posted: 06 Nov 2013 07:27 AM PST

Senarai berikut adalah kompilasi daripada beberapa sumber. 
Mungkin sesetengah masih lagi belum confirmed.

Jika terdapat sebarang pembetulan, anda semua dialu-alukan untuk memberi sebarang komen :)



kemaskini 6 Nov 2013 @ 11:20pm
Pasukan 2013
SELANGOR FA
A Thamil Arasu
Harimau Muda A
Mohd Azmi Muslim
Darul Takzim FC
Muhamad Nazri Ahmad
Darul Takzim FC
Mohd Shakir Shaari
Kelantan FA
Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid
Kelantan FA
Paolo Rangel
Perak FA
Mohd Farizal Marlias
Perak FA
Abd Hadi Yahya
Perak FA
Mohd Shahrom Abd Kalam
Perak FA
Mohd Hamsani Ahmad
Negeri Sembilan FA
KELANTAN FA
Faiz Suhaimi
Piala Presiden, Kelantan
Faizul Nazlin
Piala Presiden, Kelantan
DARUL TAKZIM FC
Mohd Fadhli Saas
Harimau Muda A
Mohd Irfan Fazail
Harimau Muda A
Mohd Izham Tarmizi
Harimau Muda A
Harris S/O Harun
Lions XII
Mohd Amri Yahyah
Selangor FA
Norazlan Razali
Selangor FA
Asaruddin Putra Omar
Selangor FA
Mahali Jasuli
Selangor FA
S. Subramaniam
Kelantan FA
Mohd Daudsu Jamaluddin
Kelantan FA
Mohd Amirul Hadi Zainal
Pahang FA
Mohd Nazrin Mohd Nawi
Negeri Sembilan FA
Pablo Aimar (Argentina)
Braulio Nóbrega (Sepanyol)
Hercules FC, Spain
SELANGOR PKNS FC
Mohd Zamir Selamat
Darul Takzim FC
Hamka Hamzah (Indonesia)
Indonesia
KL SIME DARBY FC
Mohd Failee Mohd Ghazli
Perak FA
KEDAH FA
Mohd Riduwan Maon
Selangor PKNS FC
Azmizi Azmi
KL Felda United FC
Mohd Syazwan Zainon
KL Felda United FC
Ahmad Fauzi Shaari
KL Felda United FC
Mohd Helmi Eliza Alias
KL Felda United FC
Shafizan Hashim
KL Felda United FC
Mohd Azizan Baba
Sarawak FA
Sumardi Hajalan
Sabah FA
Mohd Rizal Mohd Ghazali
Perlis FA
Romdhizat Jamian
Perlis FA
Henry Lew Han Hung
Piala Presiden, Kedah
PULAU PINANG FA
Muhd Rafiuddin Rodin
Perak FA
Khairul Amri Salehuddin
Perak FA
Mohd Zamri Chin
KL Sime Darby FC
PDRM FA
Rafael Souza Silva Novais
Perak FA
NEGERI SEMBILAN FA
Sivakumar A/L Munusamy
Perak FA
KL FELDA UNITED FC
Shahrulnizam Mustapha
Perak FA


KEJUARAAN LIGA MALAYSIA 2013

Posted: 05 Nov 2013 08:57 PM PST

Sumber: Facebook Liga FAM
https://www.facebook.com/LigaFAM?fref=ts


JERSI PASUKAN LIGA MALAYSIA 2013

Posted: 05 Nov 2013 08:54 PM PST

Sumber : Facebook Liga FAM 
(https://www.facebook.com/LigaFAM?fref=ts)









Devan galas tugas kembalikan kegemilangan Harimau Kumbang

Posted: 05 Nov 2013 08:35 PM PST

Sumber: Utusan Malaysia
 
KUALA LUMPUR - Bekas pengendali Selangor, K. Devan bakal menggalas tugas untuk mengembalikan kegemilangan skuad bola sepak Pulau Pinang, musim depan.

Pengurus pasukan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Aziz Shariff mengesahkan, Devan bakal membimbing skuad Harimau Kumbang itu untuk menghadapi saingan Liga Perdana 2014.


Pengesahan itu, sekali gus menjawab teka teki siapa yang bakal menggantikan jurulatih terdahulu, Merzagua Abderrazak dari Maghribi.

Ujar Aziz, pemilihan Devan berdasarkan reputasinya yang cemerlang ketika mengendalikan beberapa pasukan bola sepak tempatan. Beliau akan mengikat kontrak selama setahun.

"Kita tengok rekod K. Devan sangat baik dalam membentuk pemain sebelum ini dan corak strategi serta taktikalnya juga sangat digeruni.

"Selain itu, beliau juga boleh menerima keputusan bekas jurulatih musim lalu dengan mengekalkan beberapa bekas pemain sedia ada," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam. 

Devan pernah membantu Selangor menjuarai Liga Super 2009 serta menjulang Negeri Sembilan muncul juara Liga Super tahun 2005 dan 2006.

Beliau juga membawa skuad Rusa beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2006.

Tambah Aziz, pihaknya juga berhasrat untuk menyambung kontrak jurulatih baru itu sekiranya beliau dapat mengharumkan nama Pulau Pinang musim depan.

"Dengan adanya tenaga jurulatih berpengalaman ini, saya harap Pulau Pinang dapat menduduki empat pasukan teratas dalam Liga Perdana bagi melayakkan ke Piala Malaysia," katanya.

Mengulas mengenai pemain import, Aziz akan menyerahkan tugasan tersebut kepada Devan untuk membuat pilihan kelak, namun memberi ruang kepada pemain tempatan.

FAS pikat khidmat Andik

Posted: 05 Nov 2013 06:40 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pemain Indonesia, Andik Vermansyah kini berada dalam radar Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang berusaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu.

Perkembangan itu diakui Timbalan Presiden FAS Datuk Mokhtar Ahmad yang mengesahkan usaha untuk mendapatkan pemain yang terkenal dengan jolokan "Messi Indonesia" itu masih pada peringkat rundingan.


"Mungkin kami akan mendapat kata putus dalam masa terdekat," katanya.
FAS sebelum ini mengumumkan pelantikan bekas pemain import dari Australia, Mehmet Durakovic sebagai pengendali Merah Kuning untuk tempoh tiga tahun.

Merah Kuning sudah mendapatkan beberapa pemain dengan kontrak dua tahun bermula musim depan seperti Abdul Hadi Yahya, Mohd Farizal Marlias, Mohd Hamsani Ahmad, A Thamil Arasu, Rizal Fahmi Ab Rosid, Azmi Muslim, Nazri Ahmad dan Shahrom Abdul Kalam.

Juara Piala Malaysia 32 kali itu turut mengekalkan tujuh pemain musim ini, Mohd Bunyamin Omar, Raimi Mohd Noor, Fitri Shazwan Raduwan, Abdul Shukor Jusoh , S Veenod, S Kunanlan dan K Gurusamy selain Afiq Azmi dan Mohd Ramzul Zahini Adenan yang masih memiliki baki kontrak setahun.

 "Skuad lengkap Selangor diketahui dalam tempoh tiga atau empat hari lagi," jelas Mokhtar.

'Patut jual online'

Posted: 05 Nov 2013 06:37 PM PST

Sumber: Harian Metro
 
Subang: "Ini sekarang sudah masuk zaman teknologi tapi FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) masih lagi zaman 'Jurassic' (purba)," kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang menyuarakan kekecewaan kegagalan badan induk bola sepak tanah air itu mengatasi masalah penjualan tiket perlawanan bola sepak.

Biarpun masalah ulat tiket yang menjual tiket dengan harga 'cekik darah' serta menjual tiket palsu dibangkitkan sebelum ini namun ia tetap berlaku pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Ahad lalu.


Bagi Khairy, FAM perlu segera melakukan pembaharuan dalam sistem jualan tiket termasuk membuat jualan tiket menerusi dalam talian bagi mengelakkan penipuan dan memberikan keselesaan kepada penyokong.

"Kita perlu ada sistem baru, sekarang sudah masuk abad ke-21 sepatutnya sudah boleh mula jual menerusi 'online' (dalam talian) atau menggunakan sistem lain yang berbeza daripada sistem digunakan sekarang. Takkan tiap-tiap tahun ada masalah dengan penjualan tiket. "Urusan penjualan tiket di bawah FAM bukan KBS, tapi sebagai menteri saya perlu tegur FAM kerana ini membabitkan keluhan penyokong bola sepak yang terpaksa bersusah payah beratur membeli tiket di stadium sedangkan kita boleh gunakan sistem 'online'," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara SEASA ke-37, semalam.

Khairy berkata demikian mengulas laporan Arena Metro semalam mengenai insiden ramai penyokong Pahang dan Kelantan tidak dibenarkan masuk ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan final minggu lalu kerana dikesan memiliki tiket palsu.

Antara penyokong yang tertipu itu mengaku membeli tiket dengan harga lebih mahal hingga RM70 menerusi tempahan menggunakan orang tengah. Ulat tiket yang dipercayai menjadi dalang untuk mengaut keuntungan ini bijak memperdayakan penyokong dengan menyelitkan satu atau dua tiket palsu bagi mereka yang membeli tiket secara berkumpulan.

Khairy berkata, pihaknya sedia membantu FAM dalam penjualan tiket jika perkara ini tidak menemui jalan penyelesaian.

"Perlu pastikan ada pembaharuan dalam jualan tiket dan ada tindakan tegas oleh pihak berkenaan untuk membanteras ulat tiket di luar stadium. Kalau tidak boleh menguruskan (jual tiket) beritahu. Kalau masih diberikan kepada orang sama untuk jual tiket yang tidak mahu lakukan pembaharuan, beritahu kepada kami, kami boleh cadangkan prosedur baru yang boleh dilakukan FAM dalam penjualan tiket," tegasnya.

Sementara itu beliau turut terkejut dengan laporan penemuan sepucuk pistol jenis Browning bersama tujuh butir peluru oleh Polis dalam tandas lelaki di Kuadron C Stadium Shah Alam pada final Piala Malaysia Ahad lalu.

"Sekiranya pistol yang ditemui itu bukan milik polis dan dimiliki orang lain, ini adalah kegagalan pihak penganjur FAM dan jawatankuasa keselamatan. "Sekiranya ada penyokong ditahan kerana cuba membawa masuk bunga api atau mercun tapi pistol pula dibawa masuk ke stadium, itu satu kegagalan. Saya mahu tengok dulu laporan untuk mengetahui pemilik pistol itu."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines