LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
Safee Sali bakal ubah angin musim depan Posted: 31 Oct 2013 06:46 AM PDT Sumber: Sinar Harian & Bernama KUALA LUMPUR - Penyerang nombor satu negara, Safee Sali bakal mengubah angin apabila beberapa kelab dari Indonesia dan Thailand berminat menggunakan khidmatnya tahun depan. Safee yang menerima tawaran dari kelab Arema FC dan Persib Bandung dari Indonesia serta Supanburi FC dari Thailand, bagaimanapun berkata setakat ini beliau belum membuat keputusan kerana menghormati kontraknya bersama Johor Darul Takzim (JDT) yang akan tamat, akhir November ini. "Sekarang memang saya terima banyak tawaran, perancangan sudah ada tetapi masih belum membuat sebarang keputusan (tentang pasukan mana). Saya juga menerima tawaran daripada beberapa pasukan dalam Liga Malaysia. "Kriteria yang menjadi keutamaan saya adalah untuk berada dalam kesebelasan utama dan saya mahu pastikan pasukan itu bermain bukan sahaja di liga (Indonesia atau Thailand) tetapi beraksi pada tahap kejohanan yang lebih tinggi," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Kempen 100Plus 'Everyday Win' di sini hari ini. Safee yang sebelum ini, bermain untuk kelab Pelita Jaya FC dari Indonesia dipinjamkan ke JDT, musim ini. Mengenai penampilannya dalam skuad kebangsaan dan JDT pada musim ini, beliau mengakui prestasinya kurang menyerlah tetapi optimis mampu bangkit untuk membantu pasukan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015. "Saya percaya skuad Harimau Malaya masih ada peluang untuk layak ke Piala Asia 2015. Kita mampu memberi yang terbaik apabila bertemu Bahrain dan Qatar," katanya. Malaysia dijadual menentang Bahrain pada 15 Nov ini di Stadium Nasional Bahrain dan berdepan Qatar di Stadium Shah Alam empat hari kemudian sebelum menutup aksi kumpulan D dengan bertemu Yaman pada 5 Mac 2014 di venue yang belum ditetapkan. Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali. - Bernama |
Posted: 30 Oct 2013 06:43 PM PDT Sumber: Harian Metro Shah Alam: Sejumlah 15,000 tiket final Piala Malaysia yang dijual di Stadium Shah Alam habis hanya dalam masa 45 minit selepas 12 kaunter dibuka seawal jam 9 pagi semalam. Proses penjualan yang begitu pantas itu menyebabkan ramai penyokong Pahang serta Kelantan yang berhasrat menyaksikan final membabitkan dua pasukan Pantai Timur pada Ahad ini, berasa kecewa. Ini kerana, ada sebilangan daripada mereka sanggup bermalam berhampiran kaunter tiket seawal jam 11 malam semalam semata-mata mahu mendapatkan tiket seawal mungkin. Khairuddin Zainal Abdul adalah salah seorang penyokong yang sangat kecewa kerana gagal mendapatkan tiket selepas sanggup menempuh perjalanan jauh dari Jengka, Pahang dan menunggu seawal jam 12 malam. "Memang teramat kecewa sebab saya datang ke Shah Alam jam 12 malam tadi (semalam) bersama penyokong lain untuk mendapatkan tiket seawal mungkin. "Tapi malangnya penjualan tiket sangat pantas sebab bukan penyokong Pahang dan Kelantan saja, malah penyokong negeri lain pun mahu menyaksikan perlawanan akhir ini," katanya. Sementara itu seorang penyokong Kelantan, Mohd Yusof Ismail yang kecewa gagal mendapatkan tiket mendesak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memikirkan kaedah baru penjualan tiket. "Saya harap sistem penjualan tiket pada masa depan lebih teratur. Kasihan melihat mereka yang datang dari jauh tetapi tak dapat tiket," katanya. |
Posted: 30 Oct 2013 06:41 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuantan: Bekas kapten Pahang 1983, Datuk Jamal Nasir Ismail yang membantu Tok Gajah muncul juara Piala Malaysia kali pertama percaya gelaran juara mampu dirangkul kali ini. Biarpun Kelantan masih menjadi pilihan, Jamal Nasir yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, skuad kendalian Dollah Salleh boleh menunaikan misi itu. Menurutnya, penantian 21 tahun selepas 1992 adalah tempoh panjang dan seharusnya peluang terbaik itu dimanfaatkan sebaik mungkin. "Saya percaya Kelantan yang sudah menjuarai piala ini pada 2010 dan 2012 tidak terlalu teruja jika dibanding Pahang yang kali terakhir beraksi di final pada 1997," katanya. Mengimbas final Piala Malaysia 1983, Jamal Nasir berkata, ia detik paling bersejarah dan tidak akan dilupakan terutama diberi tanggungjawab selaku kapten Pahang. Jamal Nasir berkata, ketika itu, Pahang yang tidak menghadapi sebarang masalah kecederaan begitu teruja kerana kali pertama menjejakkan kaki ke final idaman semua pasukan. Katanya, dengan prestasi terbaik dipersembahkan termasuk sokongan padu penyokong setia membantu memadamkan impian Selangor yang digelar Gergasi Bola Sepak Malaysia. "Selangor ketika itu memang hebat dan sukar ditewaskan kerana dibarisi pemain kebangsaan dan Pahang pula dilabel pasukan 'underdog'. "Bagaimanapun, kami tidak mempedulikan mereka kerana tumpuan hanya pada perlawanan selepas tujuh kali beraksi di separuh akhir yang membuatkan semangat untuk menjulang Piala Malaysia begitu tinggi. |
Posted: 30 Oct 2013 06:40 PM PDT Sumber: harian Metro Kota Bharu: Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mengaku perlu membuat persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk menyelamatkan sepakan penalti jika terikat dengan keputusan seri berdepan Pahang, Ahad ini. Khairul Fahmi berjanji menggunakan pengalamannya untuk menyelamatkan gawang dan mengaku perlukan kekuatan mental jika perlawanan diheret ke masa masa tambahan atau penentuan penalti. Bagaimanapun dia tetap berharap perlawanan berakhir dalam tempoh 90 minit dengan kemenangan memihak The Red Warriors (TRW) sekali gus membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk dua tahun berturut turut. "Kita tahu Pahang mantap dan bermain pantas. Saya perlu bersedia jika kemenangan bakal ditentukan sepakan penalti. Pada masa itulah saya akan gunakan semua pengalaman untuk menyelamatkan gawang. "Bagaimanapun, saya harap kami mampu menewaskan Pahang dalam tempoh 90 minit bagi mengelakkan tekanan ataupun masalah kepenatan. Mental pemain perlu kuat jika perlawanan diheret ke masa tambahan," katanya. Barisan benteng perlu diperkukuh selepas tonggak pertahanan, Obinna Nwaneri tidak dapat beraksi kerana menerima dua kad kuning. Katanya, pemain yang bakal menggantikan tempat Nwaneri perlu bijak membaca gerakan lawan yang banyak melakukan hantaran lintang berbahaya menerusi pemain sayap R Gopinathan dan penyerang Azamuddin Mohd Akil. "Mungkin ketiadaan Nwaneri melonggarkan benteng namun saya yakin pemain lain mampu menutup kelemahan itu." |
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |