Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Akhirnya Johan As'ari pilih Lana Nordin
- Fouziah kongsi tip kekal langsing
- Johan pilih Lana, Shila pasrah?
- Konsert gabungan dua negara
- Nora teruskan legasi 'Ummi'
- Siri doktor versi Korea
- Buah tangan Raja Azrey bakal temui peminat teater
- Heliza rancang ke Masjid al-Aqsa
- Wardina: Jangan pertikai pelantikan saya
- Sekolah dalam premis kedai
- RM2,000 untuk ibu dan bapa tunggal kahwin lagi
- Culik, rogol gadis bawah umur
- Wan Raja Akui Artis Baharu Perlu Kontroversi Untuk Popular
- Kamal Adli Kecewa Sikap Buruk Fizz Fairuz
- Dayangku Intan Buktikan Stesen TV Bersikap Adil
- Pengarah Muda Harus Arah Drama Episod - Kabir Bhatia
- Zizan bawa Amira (AF) jumpa keluarga?
- Terserempak buaya dalam laut
- Jimmy kahwin atau tidak?
- Penanggal, Ellie bergalang nyawa
- Pelakon Zahida Rafik disaman pemandu sendiri
- Waran tangkap blogger Papagomo
- Howard jadi tumpuan kerana miliki wajah mirip ketua komunis
- Merentasi sempadan sebagai nomad
- Golongan OKU pelajari ilmu astronomi
Akhirnya Johan As'ari pilih Lana Nordin Posted: 28 Nov 2013 05:06 AM PST Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama. Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa. Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu. Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri. "Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. "Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya," katanya. Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin. Pelakon filem Paku itu juga akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin keluarga. "Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan. "Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa," katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan. Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek. "Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan. "Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius," katanya. Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik. Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya. | |
Fouziah kongsi tip kekal langsing Posted: 28 Nov 2013 05:05 AM PST
Bukan sahaja punya pakej lengkap, Fouziah juga antara aktres berbakat besar di Malaysia yang masih menjadi pilihan ramai pengarah dan penerbit. Sentiasa cantik pada mata yang memandang, maka tidak hairanlah artis kelahiran Kuala Lumpur ini sangat menitikberatkan penjagaan dalaman dan juga luaran. Bagaimanapun untuk mengekalkan bentuk badan yang menawan, akui Fouziah, tiada istilah diet yang ketat dalam jadual pemakanannya. Sebagai 'pencinta makanan', kata Foziah dia akan menikmati apa jua juadah makanan yang lazat termasuk kek dan coklat. Pelik? Bagaimana pula dia masih mampu mengekalkan bentuk badan menawan? Jom kita ikuti wawancara berikut... Apa pengertian cantik dan sihat bagi anda? Bagi saya seseorang itu akan nampak cantik bila dia sihat dan tidak bagus juga jika mereka nampak cantik tetapi tidak sihat. Anda sentiasa kelihatan langsing, apa rahsianya? Tidak ada apa-apa rahsia. Saya cuma pastikan setiap minggu saya akan 'workout' dan bila kita 'workout' badan kita akan mengeluarkan peluh dan peluh sebenarnya dapat membersihkan kulit muka. Jadi secara tidak langsung, badan kita juga akan sentiasa berasa segar. Selain bersenam, adakah anda mengamalkan diet? Sejujurnya saya adalah seorang 'food lover' atau kaki makan. Nak cantik tak semestinya kita kena ikat perut, kita boleh makan tapi makanlah makanan yang sihat. Tapi bukan bermakna tak boleh makan coklat, kek dan sebagainya. Macam saya, saya masih makan coklat, kek dan sebagainya. Tapi selepas makan, saya akan pastikan saya 'workout' untuk bakar balik kalori yang saya makan. Bagaimana rutin pemakanan anda? Saya makan seperti biasa dan setiap hari saya mesti akan makan yang sedap. Saya tak bersetuju sesetengah orang yang diet, tak makan tengah hari tapi lapar pada waktu malam. Sebenarnya makan tengah hari sangat penting kerana kita bekerja dan bila kita bekerja ada kalori yang akan dibakar. Sebagai selebriti, bahagian manakah pada tubuh anda yang anda rasakan cantik atau menjadi aset utama? Bagi saya kecantikan adalah satu perkara yang subjektif. Ada orang kata rambut, ada orang kata suka lihat wajah, badan. Tapi bagi diri saya sendiri, saya akan pastikan perut saya tidak buncit dan ambil berat mengenai keseluruhan mengenai diri saya. Sesetengah wanita sanggup berbuat apa sahaja untuk nampak cantik, sebagai selebriti apa rawatan yang paling mahal anda buat untuk kecantikan? Bagi saya untuk nampak cantik mudah sahaja dan tidak perlulah buat suntikan dan sebagainya untuk nampak cantik. Sesetengah orang nak cantik punya pasal sanggup buat perkara yang pelik-pelik. Macam saya, untuk pastikan muka tidak nampak bulat, bila cuci muka saya akan urut wajah, urut pipi bagi memastikan pipi tak jatuh. Adakah anda sering meluangkan masa ke spa, salun dan sebagainya? Spa adalah benda wajib yang saya lakukan kerana sesekali saya akan lakukan skrub seluruh badan dan bila mata penat saya akan buat rawatan mata. Apa yang sering anda lakukan pada masa lapang? Saya suka isi masa lapang dan jika ada masa terluang saya akan main badminton, boling atau pergi gimnasium. Kalau di rumah saya suka memasak. Pendek kata saya tiada masa untuk duduk dab tengok TV. Perkembangan terkini? Saya masih lagi bercuti tetapi tidaklah bermakna duduk di rumah sahaja. Setiap hari ada sahaja benda yang saya buat dan Insya-ALLAH Disember ini saya akan terlibat penggambaran drama bersiri dengan Rashid Sibir. Selain itu saya sibuk menguruskan perniagaan saya dan akan ada beberapa perancangan untuk masa terdekat ini. Malah saya juga lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan selepas ini. Nasihat untuk semua wanita atau gadis di luar sana? Tidak salah untuk obses dengan kecantikan tetapi biarlah obses dengan cara yang sihat dan jangan sampai tidak boleh kontrol diri sendiri. Obseslah dengan kecantikan yang Allah SWT bagi. Jangan malas untuk bersenam dan macam saya, saya selalu beli baju yang kecik sedikit untuk motivasi diri saya. Bila baju dah ketat, saya tahu saya perlu untuk turunkan berat badan. Minum banyak air dan banyakkan berdoa. | |
Johan pilih Lana, Shila pasrah? Posted: 28 Nov 2013 05:04 AM PST
Ekoran berita yang amat mengejutkan itu, rata-rata pengikut laman sosial Shila telah memberi kata-kata positif buat penyanyi itu dan meminta agar dia tidak terus bersedih atas keputusan yang telah dibuat oleh Johan. Shila yang gemar berkomunikasi dengan peminat menerusi Twitter mahupun instagramnya bagaimanapun memberitahu bahawa beliau menerima segala ketentuan takdir dan percaya pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. "Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha. "Doakan yang terbaik lagipun ALLAH tahu dan ada hikmah semuanya," katanya yang menjawab segala respon diberikan oleh peminatnya di laman sosial Instagram. Pada masa sama, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu itu turut menyatakan, dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang mengaibkan dirinya dan keluarga seperti sebelum ini. Bagi penyanyi itu, zaman telah berubah dan kini dirinya lebih matang untuk menghadapi segala rencah kehidupan. "The silly side of me..well,parts and parcels of life..kita tetap kena jalan ke depan..tak kira seberapa berat pun kaki kita melangkah..well..as i said before..hidup kita ada banyak cabang pilihan..ada banyak perhentian sebelum sampai ke destinasi..so..why bother?cmon people..chin up..and let it be:) "ALLAH itu berkuasa..Maha kuasa dari segalanya.. don't worry guys..i ain't that girl with white scarf and the guitar no more..so..l ets fill our life with love.. no hatred.. no regrets.. i love you guys..always..from the bottom of my heart..i can never thank you enough#Shayang#Shilalas forever:)," ujarnya. Melalui perkongsian foto terbaru, Shila turut memberi kata-kata positif buat ibu Johan. "Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) ALLAH knows better..we are here for you.. balik nanti kita pergi jalan-jalan..i promise..:*@firdausari," jelas beliau. Memetik laporan Berita harian hari ini, Johan membuat membuat pengakuan bahawa dirinya telah melamar pelakon seksi, Lana untuk dijadikan isteri berdasarkan 'gerak hati'. Johan juga percaya dan yakin Lana merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini. Dengan pengakuan yang dibuat oleh Johan maka segala persoalan sejauhmana hubungan antara Johan dengan Shila sebelum ini terjawab apabila pelakon filem Paku itu menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik sahaja. Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya. | |
Posted: 28 Nov 2013 05:03 AM PST SUDAH acap kali konsert gabungan dua buah negara diadakan di Malaysia. Atas predikat perpaduan, konsert sebegini terus dilaksanakan dan mendapat sambutan menggalakkan, baik daripada pihak artis mahupun peminat. Namun, acara atas nama Konsert Destini ini lahir untuk mewujudkan objektif yang berbeza. Masih dalam rantaian persembahan penyanyi-penyanyi hebat Malaysia dan Indonesia, konsert yang akan dilaksanakan pada 20 dan 21 Disember ini mempunyai misi tersendiri. Dianjurkan oleh pihak Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM, konsert ini bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Objektif utama konsert tersebut dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan dari luar bandar, pedalaman dan miskin. Ia juga akan disalurkan kepada anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Konsert tersebut yang akan berlangsung pada pukul 8 malam menampilkan persembahan artis tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz Suip serta Dayang Nurfaizah manakala artis dari Indonesia terdiri daripada Datuk Rossa dan Pasha Ungu. Menyambut baik perjuangan dana ini, Datuk Siti Nurhaliza yang akan menyanyikan tiga buah lagu hitnya melihat ia sebagai suatu usaha murni untuk membantu anak bangsa. "Sebagai anak seni, kami bukan sahaja muncul untuk menghibur tetapi juga membantu melalui muzik. Kita mahu melihat anak bangsa berjaya. "Ada dalam kalangan mereka ini yang berkeinginan tetapi kemampuan mereka terhalang. Saya dan rakan-rakan artis yang lain menyokong program yang dijalankan oleh YDAB," ujarnya yang pernah bekerjasama dengan pihak YDAB sebelum ini. Amy Search yang merupakan salah satu penampilan istimewa untuk dua malam konsert tersebut juga menyambut baik sebuah projek yang disifatkan sebagai membantu anak-anak bangsa yang tercicir. "Saya akan menyanyikan sekitar tiga atau empat buah lagu. Saya mungkin akan tukar lagu pada malam kedua, semua bergantung kepada mood serta audiens," ujar Amy yang menerima pelawaan penganjur konsert tanpa melihat jadual kerjanya kerana ikhlas mahu menghulur bantuan. "Ini sebuah acara yang perlu ditunjukkan sokongan untuk generasi seterusnya," ujar Amy yang menyimpan keinginan mempelajari seni lukis di UiTM suatu ketika dulu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB), Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali, sehingga kini sebanyak 2,500 tiket telah habis dijual. "Artis yang sama akan menyanyi untuk dua malam. Konsert yang berdurasi dua jam 30 minit ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta dan setiap ringgit akan disalurkan kepada pihak YDAB," ujar Aizuddin yang turut menjelaskan, kehadiran Rossa dan Pasha adalah kerana agenda Tahun Melawat Malaysia 2014. "Konsert ini terbuka kepada khalayak dan diharapkan mereka dapat berhibur sambil beramal. Konsep elegan dan harmoni akan ditampilkan pada malam tersebut dan akan membawa kelainan kepada Konsert Destini ini," ujarnya yang akan turut menampilkan Edrie Hashim selaku Pengarah Muzik. Tiket-tiket dijual pada harga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,000 menerusi Unit Pemasaran Konsert Destini dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM di talian 03 7962 2186 dan 03 3342 5080. | |
Posted: 28 Nov 2013 05:01 AM PST Video album itu diterbitkan di bawah produksi, Hud Hud Media Sdn Bhd, menampilkan video-video muzik menarik yang dipetik daripada siri animasi berkenaan. Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin berkata, video album ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi mengandungi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk golongan sasaran iaitu ibu bapa dan kanak-kanak. Malah, dia dan suaminya, Johan Nawawi turut melahirkan rasa bangga kerana konsep pembelajaran sambil berhibur ini dapat diterima dengan meluas dan terbuka oleh segenap lapisan masyarakat. "Alhamdulillah syukur, masyarakat Malaysia dan antarabangsa dapat menerima konsep yang kami tonjolkan, iaitu belajar sambil berhibur. "Perjuangan kami tidak akan berhenti di sini sahaja, kami akan terus menerbitkan isi kandungan yang lebih menarik dan bermanfaat serta lagu-lagu yang lebih menghiburkan," katanya. Jelasnya lagi, album itu diterbitkan bagi memenuhi permintaan tinggi daripada peminat khususnya kanak-kanak dan seisi keluarga. "Saya percaya konsep belajar sambil berhibur ini adalah yang paling mudah untuk kanak-kanak dalam mendekati topik pembelajaran dan ia pasti mendapat sambutan yang memberangsangkan," katanya. Nora memberitahu, projek UCPK telah bermula sejak tahun 2010 dan disiarkan di TV3 pada tahun lalu sepanjang Ramadan dan berjaya menghasilkan sebanyak 12 buah muzik video menyanyi bersama. "UCPK juga baharu sahaja dilancarkan di Dubai dalam acara Mycontent dan akan dipasarkan di negara tersebut," katanya sambil memberitahu album itu dirasmikan sempena acara Malaysian Islamic Children Fair (MICF). Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan Voices Of Ummi. Video album Mari Menyanyi Bersama Ummi akan berada di pasaran mulai Disember depan dan dijual dengan harga RM29.90. | |
Posted: 28 Nov 2013 05:00 AM PST Menemui penonton sejak 20 November, setiap Rabu dan Khamis, jam 5 petang menerusi TV2, siri ini bukan sahaja menghidangkan drama dan lakonan semata-mata, bahkan penonton turut berpeluang berkongsi ilmu dalam bidang perubatan yang menjadi nadi utama terhadap siri ini. Dibintangi pelakon-pelakon popular Korea seperti, Shin Ha-Kyun, Jo Dong-Hyeok dan Jung Jin-Young, Brain mengisahkan kehidupan tiga doktor di Hospital berprestij, Universiti Chunha. Masing-masing, mempunyai karakter yang tersendiri. Watak Lee Kang-Hoon (Shin Ha-Kyun), luarannya tampak baik namun orangnya sangat sombong. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya dan ingin membuktikan bahawa dia adalah doktor yang paling terbaik di situ. Perjalanannya nyata bukan mudah kerana terpaksa bersaing dengan, Joon-Suk (Jo Dong-Hyeok) yang berasal dari keluarga yang semangnya pakar dalam bidang perubatan. Tidak kurang hebatnya dengan Kim Sang-Chul (Jung Jin-Young) yang digelar sebagai pakar bedah otak yang terbaik di hospital itu. | |
Buah tangan Raja Azrey bakal temui peminat teater Posted: 28 Nov 2013 04:59 AM PST
Teater hasil nukilan dan arahan Raja Azrey Raja Kamaruzzaman ini, membariskan gandingan pelakon baru dan lama seperti penyanyi kian meningkat naik, Kaka Azraff, Boy Iman dan pelakon berpengalaman, Khaty Azian (Kak Miah), Zaiful Zairin serta Hafiz Gamat. Melihat judulnya, pasti ramai yang beranggapan teater ini mengambil kisah filem seram, Blok 404, lakonan Nabila Huda yang cukup popular di awal kemunculannya dulu. Sementelah pengarahnya, Raja Azrey, turut sama membintangi filem itu pada awal tahun 2000 dulu. Bagaimanapun, jelas Azrey, naskhah teater arahannya itu langsung tiada kaitan dengan filem seram tersebut. "Ia hanya sekadar kebetulan kerana saya menggunakan nombor 404 kerana ia berkait rapat dengan tarikh kejadian penting dalam teater ini. "Jika dihayati, perjalanan teater ini lebih menjurus kepada kisah penduduk kampung di kawasan setinggan. "Ianya di ilhamkan agar dapat kita mengimbau kembali kehidupan setinggan di kalangan masyarakat kita suatu ketika dahulu," katanya. Papar kehidupan setinggan Mengangkat latar kehidupan setinggan, Raja Azrey, berkata, Bukan 404 punya pengisian tersendiri yang mahu dikongsi bersama penonton. "Jika kita lihat, kisah kehidupan golongan setinggan jarang dipentaskan dan ia merupakan percubaan saya untuk mengetengahkan kisah yang berbeza. "Jarak antara rumah mereka juga sangat dekat sehingga membuatkan mereka sangat akrab," kata Azrey. Ujarnya lagi, di sebalik kearaban itu, mereka bagaimanapun turut berdepan konflik yang agak sukar. "Mereka merasakan penempatan itu adalah milik mereka yang sepenuhnya sehingga tidak dapat menerima sebarang projek pembinaan di situ. "Apabila ada pihak tertentu merancang pembangunan di tempat tinggal mereka maka tercetuslah konflik yang tidak disangka," katanya. Sedikit mengenai sinopsis teater ini, Bukan 404 mengisahkan Pak Manap yang pulang ke rumah setinggannya setelah lama menghilangkan diri. Namun kemunculannya agak misteri sehingga menimbulkan panik di kalangan penduduk di situ. | |
Heliza rancang ke Masjid al-Aqsa Posted: 28 Nov 2013 04:58 AM PST
Terbaru, heroin filem Syurga Cinta ini, sedang merancang melawat Masjid Al-Aqsa pada Februari depan, walaupun terdapat beberapa sekatan untuk memasuki kawasan itu. "Saya masih lagi dalam perbincangan bersama Aman Palestin untuk membuat lawatan ke Masjid Al-Aqsa. "Walaupun bukan mudah menempuh sekatan tersebut, namun, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai lawatan ke kota besar Islam ke-3 itu. "Selain dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, kita juga dapat menghayati sejarah Islam yang penuh perjuangan kenabian di situ," katanya. Heliza berkata, selain itu, dia masih dalam usaha menambah dana kutipan bagi membantu mangsa serangan di Palestin melalui tabung Aman Palestin. "Selain membuat sharing tentang Gaza, saya dan beberapa rakan artis yang lain seperti Farah Adeeba, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Zoey Rahman, juga bercadang untuk mengadakan beberapa konsert amal bagi menampung dana yang ada dan kami harap ia akan dipermudahkan ALLAH SWT," katanya. Berkongsi perkembangan seninya, Heliza memberitahu, dua single terbarunya, Jom Zikir dan La Tahzan, semakin menerima sambutan baik. "Alhamdulillah, lagu ini secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pendengar terutamanya kanak-kanak dalam meningkatkan ilmu keagamaan mereka," katanya yang turut memuatkan single tersebut dalam mini albumnya yang dijangka menemui peminat pada awal tahun depan. Dalam pada itu, Heliza, bakal membintangi drama 13 episod, Cinta Ilahi, arahan Sheila Rosli, di samping aktor, Johan As'ari. Letak syarat calon suami Di usia 27 tahun, wanita dari Terengganu ini mengakui masih belum menemui calon suami yang benar-benar menepati kriterianya. Selain beriman dan mampu membimbing ke jalan yang diredai ALLAH SWT, Heliza juga mengimpikan calon suami yang memahami serta menyayangi dirinya dan juga keluarga. "Buat masa sekarang, jadual saya sangat padat, kerana menguruskan pelbagai aktiviti termasuklah ceramah motivasi dan juga program pengacara televisyen. "Mungkin disebabkan itulah saya masih lagi tidak mempunyai kekasih. Saya percaya jodoh itu dari ALLAH SWT dan saya yakin akan diberikan jodoh terbaik nanti. "Apa pun, sekarang fokus utama saya adalah bersama keluarga," ujar Heliza. | |
Wardina: Jangan pertikai pelantikan saya Posted: 28 Nov 2013 04:56 AM PST
"Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah pada saya," begitulah luahan Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 34, berhubung kontroversi pelantikannya sebagai ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Selasa lalu. Merupakan salah seorang daripada 29 individu yang dilantik kerajaan sebagai ahli majlis bagi mengukuhkan agenda perpaduan nasional, bekas pengacara Wanita Hari Ini, berkata, pelantikannya itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian memandangkan ia telah dinilai dan diputuskan oleh pihak yang lebih arif. "Sebelum ini, hidup saya bahagia tanpa apa-apa jawatan dan penganugerahan. Saya selesa dengan apa yang seadanya. "Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh ALLAH SWT. "Saya memang minat dengan majlis-majlis ilmu dan banyak melakukan kerja amal tanpa pengetahuan orang lain. "Mungkin dari situ mereka melihat keupayaan saya. "Menyertai MKPN merupakan pengalaman berharga buat saya setelah dilantik sebagai fellow dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Insya-ALLAH saya akan cuba lakukan yang terbaik selepas ini," kata Wardina. | |
Posted: 28 Nov 2013 04:49 AM PST
Tinjauan Sinar Harian di premis tersebut mendapati, terdapat tenaga pengajar warga Amerika Syarikat yang dipercayai mengajar subjek bahasa Inggeris termasuk tenaga pengajar yang mengajar subjek matematik dan sains. Malah van juga disediakan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke premis yang dijadikan sekolah itu. Difahamkan, sekolah tersebut yang disediakan majikan kepada ibu bapa pelajar tersebut dibuka setiap Isnin hingga Jumaat itu menggunakan sistem pendidikan negara mereka sendiri. Jadi rumah ibadat Wartawan turut berkesempatan bertemu remaja dan kanak-kanak warga Myanmar yang bersekolah di premis itu di padang awam Jalan Cempaka, semalam. Menurut salah seorang remaja yang sudah lebih enam tahun bekerja di sini yang tidak mahu dikenali, dia memang bersekolah di premis tersebut yang turut dijadikan rumah ibadat mereka. "Sudah lama sekolah di situ. Semua belajar bahasa Inggeris, matematik dan sains," katanya. Pantau subjek diajar Seorang penduduk, Kamal Efendi Nawab, 52, berkata, tidak salah jika mereka menggunakan premis itu sebagai tempat belajar namun pihak bertanggungjawab harus memantau segala subjek yang diajar. "Tiada yang buruk jika soal pendidikan kerana matlamatnya mengajarkan ilmu. Apa yang mereka buat ini memang baik sebab mahu anak-anak pandai dan bersekolah, tapi kenapa guna sekolah sendiri. "Kita pun tak tahu apa yang mereka ajar, betulkah cara mereka. Kenalah pantau," katanya. Menurutnya, sekolah Myanmar itu mengajar kanak-kanak tadika, sekolah rendah dan menengah, malah turut menggunakan pakaian seragam sendiri terutama bagi sekolah rendah. Wujud lebih tiga tahun Sementara itu, bekas pengerusi persatuan penduduk Pangsapuri Seri Cempaka, Mohamad Zainuddin Yeob berkata, sekolah Myanmar itu dipercayai sudah wujud antara tiga hingga empat tahun lalu dan didakwa tidak mempunyai permit. Menurutnya, kebanyakan keluarga pelajar sekolah warga Myanmar itu tinggal di Pangsapuri Seri Cempaka dan Pangsapuri Seri Tanjung yang terletak kira-kira 150 meter dari premis tersebut. "Sekolah itu sudah ada sebelum saya buka kedai runcit lagi dan sampai sekarang masih ada. "Setahu saya mereka tidak ada permit buka sekolah tersebut dan ada di antara ibu bapa atau mungkin anak sekolah itu juga tidak ada pasport atau pendek kata pendatang tanpa izin," katanya. MDHS akan siasat Dalam pada itu, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Zon Bukit Sentosa, Lim Poh Kuan berkata, beliau tidak pernah menerima aduan mengenai masalah yang ditimbulkan pemilik mahupun pelajar sekolah tersebut namun mengakui kewujudan sekolah tersebut menyalahi undang-undang. Katanya, beliau akan menyiasat perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana perkara itu melibatkan isu warga asing dan institusi pendidikan asing yang tidak berkelayakan. "Setakat ini memang tiada aduan kita terima tapi saya akan siasat perkara ini," katanya. Penolong Pegawai Perhubungan Awam MDHS, Junainah Abdullah ketika dihubungi turut memberitahu tiada sebarang maklumat daripada jabatan berkaitan mengenai kewujudan sekolah tersebut namun pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut. | |
RM2,000 untuk ibu dan bapa tunggal kahwin lagi Posted: 28 Nov 2013 04:44 AM PST
Lebih manis, pasangan ibu atau bapa tunggal yang mengambil keputusan untuk berkahwin sesama mereka, turut menerima insentif berbentuk tunai sebanyak RM2,000 setiap seorang. Cetusan atau idea untuk memperkenalkan program insentif perkahwinan dalam usaha untuk menggalakkan ibu atau bapa tunggal mencari pasangan baharu selepas gagal dalam perkahwinan terdahulu, datangnya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) membelanjakan lebih RM1.2 juta bagi membiayai program itu yang diperkenalkan bermula tahun ini, di mana seramai 618 orang sudah mendapat imbuhan masing-masing. Ahmad berkata, hasil usaha murni itu, seramai 173 ibu tunggal sudah berkahwin dengan duda, 174 ibu tunggal berkahwin dengan teruna dan 98 duda berkahwin dengan anak dara. "Statistik menunjukkan Terengganu kini mempunyai seramai 24,318 orang berstatus ibu tunggal, manakala seramai 2,810 bapa tunggal atau duda. "Sebahagian besar daripada mereka masih aktif dan produktif untuk berkeluarga, tetapi belum bertemu jodoh ataupun masih ragu-ragu untuk berkahwin semula," katanya ketika menyempurnakan Penyampaian Insentif Perkahwinan Ibu/Bapa Tunggal Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini. Ahmad juga berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan galakan di dalam proses perkahwinan semula bagi membantu ibu dan bapa tunggal agar mereka dapat membina kehidupan baharu. Sementara itu, bagi pasangan Saibani Ithmin, 67 dan Rohazaiton Ibrahim, 48, mengakui bersyukur serta terharu dengan bantuan tersebut kerana sekurang-kurangnya mampu mengurangkan bebanan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. | |
Posted: 28 Nov 2013 04:42 AM PST
Bagi pertuduhan pertama, Rudy Ansyah Nur, 27, beralamat di Subang Jaya, Selangor, mengaku bersalah menculik mangsa yang ketika itu baru berusia 13 tahun dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang. Tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan rumah, Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 17 Januari 2012, kira-kira jam 9.30 pagi. Dia didakwa di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, Rudy Ansyah turut mengaku bersalah merogol mangsa pada Januari lalu, kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau sebatan, jika disabitkan kesalahan. Sejurus pengakuan bersalah kedua-dua pertuduhan direkodkan, Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memutuskan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi kesalahan menculik, hukuman sama juga atas kesalahan merogol. Bagaimanapun, Wan Fadhilah Nor memerintahkan agar hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan itu berjalan serentak. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud. Berdasarkan fakta kes, semasa berada di rumah di Kampung Padang Setenga, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira jam 9.30 malam 17 Januari lalu, ibu mangsa mendapati mangsa tiada di dalam biliknya. Sejurus itu, ibu mangsa bertanyakan kepada kawan-kawan anaknya itu sebelum dimaklumkan mangsa keluar rumah mengikut kawan lelakinya yang dipanggil Rahmat, dipercayai lelaki Sabah. Pada 18 Januari lalu, lebih kurang jam 5.30 pagi, ibu mangsa menerima panggilan daripada seorang lagi anaknya yang berada di Kuala Lumpur memaklumkan mangsa ditemui di Kuala Lumpur bersama teman lelakinya itu dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Hasil siasatan, mangsa menceritakan dia keluar dari rumah mengikut teman lelakinya untuk lari ke Kuala Lumpur dan berkahwin di sana. Mangsa juga membuat pengakuan sudah melakukan hubungan seks beberapa kali di rumahnya sebelum ini. Kejadian kali pertama berlaku di rumah mangsa pada awal 2012, tertuduh merogol mangsa di biliknya sebelum perbuatan itu terbongkar selepas disedari ibu mangsa yang ketika itu terkejut mendapati mereka sedang tidur berbogel di dalam bilik. Susulan kejadian itu, ibu mangsa nekad menghantarnya mendapatkan pendidikan agama di sebuah sekolah pondok. Bagaimanapun, keputusan itu menyebabkan tertuduh nekad membawa lari mangsa untuk diajak berkahwin di Kuala Lumpur. Tertuduh dan mangsa ditahan polis ketika berada di Hentian Bas Putra Kuala Lumpur. | |
Wan Raja Akui Artis Baharu Perlu Kontroversi Untuk Popular Posted: 28 Nov 2013 04:40 AM PST PETALING JAYA: Pelakon Wan Raja menganggap ketiadaan kontroversi panas terhadapnya membuatkan dia sukar untuk popular dan dikenali umum. Wan atau nama sebenarnya Saiful Redzuan A Bakar, 35, berkata, dia melihat seseorang pelakon baharu mampu meraih populariti secara drastik apabila tercetusnya sesebuah kontroversi. "Saya nampak, untuk mudah dikenali, seseorang artis itu kena ada kontroversi dan kerana itu juga saya beranggapan disebabkan saya tiada cerita panas, saya sukar untuk dikenali ramai. "Entahlah, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi itulah yang saya lihat sekarang ini. Kalau nak diikutkan saya sentiasa berlakon pelbagai drama, tetapi nama saya belum cukup kuat lagi dalam industri hiburan tempatan," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun tambah Wan, dia tidak pernah merungut dengan kegagalannya mencipta nama sebaliknya percaya bahawa bakatnya satu hari nanti pasti akan diiktiraf. Sementara itu, Wan kini sibuk dengan penggambaran drama Jiwa, arahan Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad bersama pelakon-pelakon lain iaitu Faizal Hussein, Remy Ishak, Kamal Adli dan Siti Elizad. Menerusi drama 13 episod itu, Wan membawakan watak sebagai Peca, ketua kawasan bagi pertandingan Muay Thai. "Saya gembira apabila terlibat dengan mana-mana projek arahan Kabir kerana saya tahu hasil jalan ceritanya pasti menarik. "Dalam drama ini, saya sebagai Peca yang akan memperdayakan Iskandar (Remy) menyertai sebuah pertandingan Muay Thai dan kerana kehebatannya dalam aksi lawan, saya mengaut keuntungan besar daripada dia. "Menerusi drama ini juga, saya berharap ia dapat membuka mata masyarakat mengenai kewujudan saya sebagai pelakon kerana watak ini berbeza," ujarnya. Jiwa yang turut melibatkan pelakon Siti Elizad, Cico Harahap Sheila Mambo dan Liza Shadan ini bakal disiarkan setiap Rabu mulai 5 Februari 2014 bermula pukul 9 malam di TV3. | |
Kamal Adli Kecewa Sikap Buruk Fizz Fairuz Posted: 28 Nov 2013 04:39 AM PST KUALA LUMPUR: Sikap pelakon Fizz Fairuz yang dilihat acuh tak acuh untuk berganding bahu dalam kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi Liga Lawak Superstar (LLS) menimbulkan rasa kecewa seorang ahli kumpulannya, Kamal Adli. Kamal berkata, selepas dimaklumkan pihak TV3 mengenai penarikan diri Fizz itu, dia bertambah terasa hati apabila mendapati tindakan Fizz itu disebabkan dia mahu ke United Kingdom bersama syarikat mutiara, Rafflesia. "Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur. "Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia," katanya kepada mStar Online pada Rabu. Fizz dan kesemua pelakon berkenaan dibawa menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di United Kingdom (UK) pada 24 November lalu. Selain Kamal dan Fizz, Apa Kasih Tok turut disertai oleh Didie Alias. Bagaimanapun tempat Fizz telah digantikan oleh pelakon Syafiq Kyle. Menurut Kamal, disebabkan komitmennya dalam rancangan LLS, dia turut menolak tawaran untuk ke Cardiff tetapi berasa terkejut kenapa Fizz mengambil alih tempatnya sedangkan mereka bersama terlibat dalam rancangan lawak berkenaan. "Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil," katanya. Dalam pada itu, Kamal berkata, dia keliru apabila Fizz menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan telah disingkir dalam rancangan itu tetapi pihak TV3 pula memaklumkan pelakon itu yang memohon untuk menarik diri. Bagaimanapun Kamal tidak mahu terlalu memikirkan hal berkenaan sebaliknya ingin mencari keserasian bersama ahli baharu iaitu Syafiq. "Dia SMS saya meminta agar saya tenang dan berharap kumpulan kami berjaya sehingga ke peringkat akhir. Saya sebenarnya enggan masuk campur tentang urusan ini kerana ia lebih membabitkan antara Fizz dan pihak TV3. Saya pun tidak tahu situasi sebenar diri Fizz," katanya. Dalam pada itu Syafiq Kyle yang dihubungi memberitahu pemilihannya menggantikan Fizz dibuat oleh pihak TV3 serta dipersetujui oleh Kamal dan juga Didie. Kata Syafiq, walaupun kemunculannya dalam rancangan itu dilihat agak kaku tetapi dia akan menggunakan pengalamannya bersama kumpulan Spy Kampung yang telah terkeluar untuk memantapkan lagi AKT. "Saya akan berusaha untuk memastikan kumpulan AKT ini akan berjaya sehingga ke peringkat akhir," katanya. Dalam pada itu ditanya mengenai sendirian Fizz dalam Twitter yang mengatakan Syafiq tidak layak menyertai grup berkenaan, pelakon remaja itu bagaimanapun enggan mengulas mengenainya. "Saya ada baca Twitter itu tetapi biarlah... TV3 yang panggil saya. Jadi, saya terima saja," katanya. | |
Dayangku Intan Buktikan Stesen TV Bersikap Adil Posted: 28 Nov 2013 04:38 AM PST KUALA LUMPUR: Ketika segelintir artis yang menyertai parti pembangkang menuduh tidak diberi perhatian oleh media arus perdana, penyanyi era 80-an, Dayang Ku Intan membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, dia tidak mempunyai apa-apa masalah diskriminasi untuk muncul di stesen televisyen TV3, Astro mahupun stesen kerajaan iaitu RTM. "Setakat ini saya tidak melihat sebarang masalah daripada mana-mana stesen baik RTM, TV3 mahupun Astro kerana saya masih menerima undangan untuk muncul dalam program terbitan mereka. "Politik dan nyanyian adalah dua perkara berbeza dan saya ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut," katanya ketika ditemui mStar Online pada Rabu. Dayang Ku Intan merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Mei lalu. Dalam perkembangan berkaitan Dayang bakal mengadakan persembahan sempena malam Anugerah Industri Muzik 20 (AIM20) yang akan berlangsung pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini. Dalam persembahan itu Dayang bakal berduet dengan beberapa artis seangkatan dengannya namun pihak penganjur masih belum memutuskan lagu yang bakal dinyanyikan. "Rasa gembira kerana dapat membuat persembahan bersama rakan-rakan lama dan ada sedikit perasaan gementar kerana sudah lama saya tidak membuat persembahan pentas," ujarnya. Katanya lagi, dia tidak bimbang sekiranya ada pihak mempertikaikannya muncul pada acara berkenaan kerana dia yakin peminat dapat membezakan hal politik dan seni. Selain dunia politik, penyanyi ini yang popular dengan lagu Berpaut Di Dahan Cinta ini turut bergiat aktif dalam pelbagai program amal dan kaunseling bagi membantu remaja bermasalah. | |
Pengarah Muda Harus Arah Drama Episod - Kabir Bhatia Posted: 28 Nov 2013 04:37 AM PST KUALA LUMPUR: Kabir Bhatia menyarankan pengarah muda yang ingin menjadi sutradara berkaliber harus memulakan pengarahan menerusi drama berepisod terlebih dahulu sebelum beralih ke bidang perfileman. Kabir berkata, cara itu dapat mengasah lagi bakat pengarahan seseorang memandangkan drama berepisod melibatkan penggambaran yang mengambil masa lama. "Pada pendapat saya, setiap pengarah baru perlu bermula daripada bawah di mana mereka berkarya menerusi drama terlebih dahulu. "Kenapa saya kata begitu, kerana apabila seorang pengarah berkarya dalam sebuah drama melibatkan episod panjang, ia sekali gus dapat mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sebuah produk yang lebih baik," katanya kepada mStar Online. Khabir ditemui di set penggambaran drama Jiwa di Stadium Titiwangsa di sini pada Rabu. Tambah pengarah filem Nur Kasih itu, untuk menjadi pengarah yang bagus, golongan berkenaan wajib mengambil tahu mengenai keseluruhan produksi dan hendaklah meluangkan masa mempelajari hal-hal kecil seperti 'konti' baju sehinggalah ke bahagian teknikal. Sementara itu, mengenai drama Jiwa, Kabir bergandingan dengan Nurhanisyam Muhammad bagi mengarahkan drama 13 episod tersebut. Skripnya ditulis oleh Fairul Nizam. Ia mengisahkan mengenai perhubungan keluarga dan aksi lawan Muay Thai yang dilakonkan oleh tiga pelakon utama iaitu Faizal Hussein, Remy Ishak dan Kamal Adli. "Satu elemen yang berbeza saya bawakan dalam drama ini di mana ideanya diilhamkan menerusi sebuah drama Hollywood. "Saya tidak tiru jalan ceritanya, tetapi isu yang dibangkitkan adalah mengenai seorang ayah yang pernah bekerja sebagai askar mendidik dua orang anak dengan cara yang sangat tegas," ujarnya. Jiwa yang turut melibatkan pelakon Siti Elizad, Sheila Mambo dan Liza Shadan ini bakal disiarkan setiap Rabu mulai 5 Februari 2014 b bermula pukul 9 malam di TV3. | |
Zizan bawa Amira (AF) jumpa keluarga? Posted: 28 Nov 2013 04:36 AM PST
Sebuah portal melaporkan, Zizan dikatakan bersama Amira ke negeri Terengganu baru-baru ini. Kata orang pastinya Amira mahu berjumpa keluarga Zizan, namun mengikut info yang diterima, mereka hanya menjayakan satu penggambaran drama berjudul 'Terengganu Drift Sampai Muntah' di sana. Zizan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa artis jelita termasuk Juliana Evan, Emma Maembong dan Kaka. | |
Posted: 28 Nov 2013 04:34 AM PST
Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang. Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut. "Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui. "Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat," katanya. Mohd Asyraf turut berkongsi gambar berkenaan di laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain. | |
Posted: 28 Nov 2013 04:32 AM PST PADA bulan Jun lalu, di sebuah akhbar tempatan ada tersiar gosip mengatakan pengacara dan penyampai radio kontroversi, Jimmy Shanley yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang janda beranak satu. Ramai yang ingin tahu kesahihan perkahwinan duda kepada anak jutawan kosmetik, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy itu. Ini kerana tiada pengakuan yang dibuat oleh Jimmy biarpun diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinannya itu. Bagaimanapun, teka-teki mengenai status perkahwinan Jimmy bakal terjawab apabila dia mengakui akan mengadakan satu sidang akhbar tidak lama lagi. Namun, Jimmy sudi untuk berkongsi serba sedikit mengenai wanita yang rela menerima dirinya seadanya itu kepada Kosmo! ketika dia ditemui pada majlis pelancaran stesen radio baharu Ultra FM di Hotel Concorde, Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain bercerita mengenai hal peribadinya, bekas pengacara program Trek Selebriti itu juga meluahkan perasaan mengenai gandingannya bersama pelawak Mamat Sepah dalam segmen Ultra 610 untuk stesen radio terbaharu berkenaan. Kosmo!: Sebelum ini ada yang mendakwa Jimmy sudah berkahwin semula dan ikut ceritanya, dengan seorang janda. Benarkah? JIMMY: Cerita kahwin itu bukan datang dari mulut saya. Apa yang pasti, saya tidak akan sesekali berkahwin di Siam. Jadi, apakah status Jimmy sekarang? Berkahwin atau masih duda? Saya akan adakan satu sidang akhbar tidak lama lagi bagi memperkenalkan dia serta memberitahu segalanya. Buat masa ini, saya mahu selesaikan dulu kes mahkamah dengan bekas isteri. Kes mahkamah apakah yang dimaksudkan Jimmy itu? Pada 12 Disember ini, saya akan hadir ke mahkamah ekoran tuntutan bekas isteri yang mahukan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak kami, Zahrah Rania, 2. Sebelum ini, saya dapat kebenaran mahkamah untuk bersama anak selama tiga hari dua malam setiap minggu. Bagaimanapun, dia (bekas isteri) mahu hak penjagaan sepenuhnya. Apakah perasaan Jimmy bila bekas isteri bertindak sedemikian? Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Sebelum ini lagi kata mahu bagi anak beraya dengan saya tetapi tidak bagi. Sekarang, mahu tuntut sepenuhnya pula hak penjagaan anak. Banyak sangat isu yang cuba dibangkitkannya tetapi saya tidak akan mengalah dan mahu mempertahankan hak penjagaan anak ke atas saya. Adakah Jimmy sedih dengan apa yang terjadi? Saya anggap apa yang berlaku ke atas kami adalah salah saya sendiri. Apa yang boleh Jimmy perbaiki dengan kesilapan lalu itu dan praktikkan dalam perkahwinan selepas ini? Saya akan lebih menghargai pasangan dan bersikap lebih sabar berbanding dahulu. Saya juga akan cuba memahami kehendak pasangan. Selepas ini, saya tiada masalah kalau dia ingin keluar bersama teman. Asalkan dia tidak melanggar batas-batas seorang isteri dan agamanya. Boleh ceritakan mengenai wanita yang berjaya mencuri hati Jimmy itu? Dia seorang yang bertudung dan sangat memahami saya. Dia juga sanggup terima perkara yang terjadi dalam hidup saya. Beralih pada soalan lain, boleh kongsikan mengenai gandingan dengan Mamat dalam stesen radio baharu Ultra FM? Saya tiada masalah kerja dengan orang tetapi mungkin orang lain yang akan ada masalah bekerja dengan saya. Sebabnya, saya seorang yang tegas dan berdedikasi dalam bekerja. Saya tidak boleh terima alasan orang yang ingin cuti lama. Saya juga lebih suka berbual mengenai isu semasa berbanding hiburan. Esok (hari ini) adalah hari pertama kami bakal ke udara dalam segmen Ultra 610 bermula pukul 6 hingga 10 pagi di 101.3 FM. Kalau boleh saya tidak mahu beri tekanan kepada Mamat. Bagi dia tempoh sebulan untuk mencari keserasian bersama saya. Saya tidak kisah dia merapu asalkan ada isi dan maklumat yang cuba disampaikannya. Selain menjadi penyampai radio, bagaimana pula dengan bidang pengacaraan? Saya masih mengacarakan program Fun Dance setiap hari Sabtu di TV2. | |
Penanggal, Ellie bergalang nyawa Posted: 28 Nov 2013 04:31 AM PST MENGALIR air mata sutradara Ellie Suriaty Omar apabila disoal cabaran terbesar sepanjang mengarahkan filem bernilai RM2.8 juta, Penanggal. Perlahan-lahan dalam suara bergetar menahan sebak, Ellie berkongsi cerita. Kisah kehilangan anak bongsunya, Ahmad Muhammad Iskandar ketika dalam kandungan lima bulan benar-benar menikam kalbu. "Semangat dia masih bersama dengan saya dan saya tidak mahu kehilangannya menjadi sia-sia. Saya menjadi kuat untuk dia. "Syurga Allah itu luas dan syukur Alhamdulillah, anak bongsu kami ditempatkan di syurga," getus Ellie menyeka air mata daripada terus tumpah. Ellie ditemani suaminya Azri Iskandar melanjutkan perbualan petang Rabu minggu lalu ketika hadir ke sesi fotografi di Studio Utusan sempena mempromosikan filem Penanggal. "Arwah anak saya dikebumikan di Kuala Kangsar. Jangan salah sangka, ramai yang mendakwa punca keguguran saya kerana terlalu penat bekerja dan terlalu lasak. "Ketika mengandung saya tidak pernah memberitahu sesiapa termasuk Gayatri (Pengurus Besar Astro Shaw) sehinggalah berita keguguran saya dihebahkan. "Saya diberikan cuti tiga hari untuk berehat tapi saya enggan bersendirian kerana fikiran akan tambah serabut. "Saya tidak menganggap insiden itu menyakitkan, saya pujuk hati sekeras-kerasnya. Kerana itu, sesudah arwah dikebumikan dan kami adakan bacaan tahlil, penggambaran diteruskan semula," cerita Ellie lanjut. Potongan Dua tahun berhempas pulas menyiapkan proses praproduksi filem Penanggal, akhirnya naskhah yang diberi judul The Curse of the Malayan Vampire dalam bahasa Inggeris itu bakal memulakan tayangan di pawagam seluruh negara pada hari ini (28 November). Bagaimanapun, sedikit kekesalan diluahkan oleh Ellie yang baru pertama kali mengarah filem apabila terlalu banyak potongan babak terpaksa dilakukan untuk memenuhi klasifikasi P13. "Pembikin filem mana yang tidak sedih apabila babak demi babak terpaksa dipotong untuk memenuhi kehendak P13 yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). "Namun, ia perlu dilakukan untuk memenuhi durasi filem dan produser perlukan klasifikasi tersebut untuk mendapatkan kutipan penonton. "Saya tidak menuding jari pada mana-mana pihak tapi saya menulis skrip bersama lakon layar. Apabila sesetengah babak dipotong, pastinya jalan cerita akan berubah. Sesungguhnya, soal kepuasan peribadi saya letak ke tepi," ujarnya. Atas dasar potongan itu juga sekali gus menjawab kenyataan sesetengah pengkritik filem yang menyifatkan Penanggal sebuah karya yang kacau-bilau, bercelaru dan tidak disunting sempurna. "Ini sebuah filem mistik dan adalah wajar untuk meletakkan unsur semiotik (hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksudkan) dan Penanggal juga sebuah filem konseptual yang tidak bermaksud untuk membuatkan penonton keliru. "Oleh itu, teknik suntingan tertentu perlu dilakukan terhadap sebuah filem konseptual seperti ini," jelasnya lanjut. Ellie turut mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan Penanggal memuatkan terlalu banyak elemen terutama latar masyarakat Melayu, Jawa dan Arab. "Mungkin orang tidak biasa dengan tiga elemen dalam satu filem tapi babak demi babak saya kira telah dijalin kemas. "Malah, atmosfera bercelaru dan latar belakang tiga etnik berbeza di Tanah Melayu ketika tahun yang digambarkan iaitu sekitar 1930-an sengaja dimasukkan untuk memberikan perasaan tenat dan hubungkait antara masyarakat ketika zaman itu," tambahnya. Mistik Berkongsi pengalaman mistik sepanjang penggambaran, kata Ellie, kru produksi berdepan detik cemas apabila sebatang pokok tempat jurusolek kesan khas tumbang sejurus salah seorang pelakon siap ditatarias. "Sudah tentu setiap kali sebelum penggambaran, tenaga produksi akan memastikan aspek keselamatan dan memasang 'pendinding' daripada gangguan makhluk halus terutama ketika berada di hutan," kata Ellie. Penanggal mengisahkan seorang wanita naif bernama Murni (Ummi Nazeera) yang diperturunkan ilmu penanggal oleh neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) tanpa kerelaan hati. Murni ditakdirkan melalui kehidupan penuh cabaran dan kesunyian akibat ilmu penanggal yang diwarisinya dan akhirnya berdepan dengan penduduk kampung yang semakin marah dengan kejadian mengerikan yang berlaku tanpa henti. Murni diselamatkan oleh seorang peniaga Arab, Syed Yusof (Azri Iskandar) dan secara tidak sengaja jatuh cinta dengan jejaka itu. Pelbagai cara dilakukan Murni untuk menarik perhatian Syed Yusof. Penduduk kampung pula bersepakat untuk mencari penanggal yang semakin berleluasa dan satu-persatu kebenaran kian terbongkar. | |
Pelakon Zahida Rafik disaman pemandu sendiri Posted: 28 Nov 2013 04:29 AM PST KUALA LUMPUR - Bekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah dan disiarkan dalam akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000. Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam. Dalam penyataan tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk Zahida Rafik Terkedu. Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya. Noor Azman turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah itu, beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman selama empat hari. Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos-kos lain. | |
Waran tangkap blogger Papagomo Posted: 28 Nov 2013 04:26 AM PST SHAH ALAM – Pengendali blog 'Papagomo' atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam apabila gagal hadir dalam kes perlanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya. Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili janda Wan Muhammad Azri, Bellina Omar Sharifuddin Cin, 28. Menurut Mohd. Zaidi, notis tunjuk sebab bagi pelanggaran perintah itu telah diserahkan kepada responden (Wan Muhammad Azri) pada 7 November lalu, pukul 9.41 malam di rumahnya di Taman Danau Kota. "Dia sendiri terima notis dan tandatangan tetapi gagal beri sebab mengapa tidak hadir pada prosiding sebelum ini (7 November lalu) dan hari ini (semalam). "Pihak kami juga telah menyampaikan afidavit penyampaian pada 14 November lalu sebagai bukti telah membuat serahan kepada responden," katanya. Sehubungan itu, Mohd. Zaidi berpendapat waran tangkap wajar dikeluarkan kepada responden mengikut Seksyen 151 (1)(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 berikutan anak guam hampir setahun tidak bertemu anak-anaknya. | |
Howard jadi tumpuan kerana miliki wajah mirip ketua komunis Posted: 28 Nov 2013 04:22 AM PST HONG KONG - Seorang pemuda di pulau ini yang dikenali hanya dengan nama Howard berjabat tangan dan bergambar dengan beberapa orang di Tsim Sha Tsui, lapor portal berita South China Morning Post semalam. Howard menjadi tumpuan orang ramai kerana dia memiliki gaya rambut dan berpakaian seperti pemimpin komunis Korea Utara, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an. Pemuda yang berusia 34 tahun itu sebenarnya seorang pemain dram dan dia tidak boleh bercakap dalam bahasa Korea seperti Jong-un. Howard turut mendedahkan punca dia mengubah imejnya menjadi mirip Jong-un. Menurutnya, pada April lalu, rambutnya dipotong oleh seorang pendandan rambutnya, Daniel Lo di tingkat tujuh sebuah salun rambut di Tsim Sha Tsui "Saya berpendapat gaya itu sesuatu yang menggelikan hati. Saya telah menjadi terkenal," katanya. Howard turut menjadi bahan bergurau rakan-rakannya selepas Jong-un menjadi pemimpin Korea Utara selepas bapanya Kim Jong-il meninggal dunia pada tahun 2011. Menurut rakan-rakannya itu, wajah Howard mirip Jong-un. "Justeru, saya berpendapat, saya perlu mengambil kesempatan itu (mempunyai wajah seperti Jong-un)," kata Howard. | |
Merentasi sempadan sebagai nomad Posted: 28 Nov 2013 04:19 AM PST Zahariz telah mengayuh basikal sejauh lebih 14,000 kilometer merentasi China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Iceland, Scotland, Sweden dan Norway demi mendalami erti sebenar kehidupan yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. MENGHALANG dirinya daripada tersedut debuan udara, dia terus mengayuh basikal dari wilayah Sichuan, China menuju ke tanah tinggi Lhasa yang mempunyai ketinggian 3,490 meter dengan keadaan separuh wajahnya ditutup menggunakan skaf berwarna hitam. Dari jauh dia dapat melihat ada sebuah keluarga sedang sibuk mengusahakan tanaman barli, yak dan kambing biri-biri. Dia akhirnya memperlahankan kayuhan dan berhenti untuk meninjau cara hidup masyarakat Tibet yang tinggal di kawasan pergunungan utara-timur Himalaya. Tanpa sebarang perasaan kekok, dia mula berinteraksi dengan kanak-kanak bermata sepet dan berpipi kemerah-merahan. Namun, perbualan mereka ibarat ayam dengan itik kerana penduduk di sana hanya memahami bahasa Tibet dan Mandarin. Bagaimanapun, dengan menggunakan isyarat tubuh badan mereka mula bertepuk tampar dan ketawa seakan-akan masing-masing memahami sepenuhnya apa yang cuba disampaikan. Itulah secebis pengalaman manis dipungut oleh bekas pensyarah animasi, Zahariz Khuzaimah, 33, yang mengambil keputusan untuk mengembara ke China selepas jemu dengan kehidupan di kota raya Kuala Lumpur. Menurut Zahariz, keputusan berani tanpa sebarang perancangan teliti itu dibuatnya pada tahun 2010 selepas nekad ingin mendapatkan kebebasan jiwa, di samping mencari erti sebuah kehidupan. "Saya meninggalkan Kuala Lumpur pada Mei 2010 dan terus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu, Chengdu, China. "Pada waktu itu saya hanya membawa beg pakaian, wang simpanan sebanyak RM6,000 dan sebuah harapan iaitu untuk mengembara sejauh yang mungkin sambil melihat segenap budaya serta keindahan alam," katanya. Tambahnya, basikal yang ditunggangi dibeli dari sebuah kedai di bandar Sinchuan sebagai antara perancangan untuk menjimatkan wang perbelanjaan. "Saya membeli sebuah basikal berharga RM1,500 dan khemah untuk menjimatkan wang saku saya. "Sebagai persiapan perjalanan, saya telah membeli sebuah buku terjemahan bahasa dan segulung peta China yang kemudiannya saya tafsir kepada bahasa Inggeris menggunakan peta Google," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Mengimbau suasana kehidupan seorang nomad, anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini memberitahu, kedatangannya sentiasa disambut mesra oleh penduduk tempatan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar. "Penduduk tempatan di Sinchuan sangat mesra dan baik hati. Saya hanya membelanjakan kira-kira RM5 sehari kerana makan dan minum selalunya akan diberi secara percuma oleh mereka. "Perkara yang paling mengejutkan saya ialah apabila sebuah keluarga ini sanggup tidur di dalam bilik stor kecil dan menyuruh saya tidur di ruang tamu semata-mata untuk memberikan keselesaan kepada saya. Namun, saya menolaknya dengan perasaan sungguh terharu dengan layanan mesra yang diberikan," ujarnya. Menikmati keindahan mengembara, Zahariz tidak lupa untuk memberikan buah tangan kepada rakyat Malaysia. "Saya akan menulis dan muat naik gambar di blog www.malaysiannomad.com jika ada kelapangan dengan harapan dapat berkongsi keindahan dan kelainan cara kehidupan dunia luar kepada rakyat Malaysia. "Justeru, saya tidak pernah lupa untuk merakamkan detik-detik manis menggunakan kamera digital kanta refleks (DSLR) Canon EOS 5D dan kamera peribadi berdefinasi tinggi Go Pro yang dibawa," katanya. Meninggalkan satu demi satu kawasan, tanpa diduga Zahariz telah mengayuh sejauh 7,296 kilometer merentasi tanah tinggi Tibet, banjaran Himalaya, Gurun Taklamakan, Gunung Tian Shan, Pamir dan Kyrgyzstan dalam tempoh sembilan bulan. Selepas menakluki tanah Asia Tengah, Zahariz memulakan penjelajahan keduanya merentasi empat buah negara di utara Eropah dan kawasan pertengahan Artik pada tahun 2012 sehingga bulan Mei lalu. Menceritakan detik-detik kayuhannya di Eropah dengan membawa muatan seberat 60 kilogram, Zahariz memberitahu, ia bukan suatu yang mudah, namun ia sangat berbaloi dengan memori dan pengalaman yang tercipta. Hampir mati "Saya pernah hampir mati ketika merentasi Gurun Taklamakan sejauh 600 kilometer. Suhu di sana mencecah 52 darjah Celsius dan saya kehabisan bekalan air pada hari kedua perjalanan. Ketika itu saya terus bertawakal dengan harapan ada yang mendengar jeritan saya. "Ketika terbaring di tepi jalan, tiba-tiba saya melihat beberapa buah trak askar China dalam perjalanan menuju ke India. Mereka melihat saya dan berhenti membantu," katanya mengimbau pengalaman perit itu. Katanya, askar-askar tersebut memberikan minuman bertenaga dan bekalan buah tembikai yang banyak bagi membolehkannya meneruskan perjalanan. Satu lagi pengalaman getir yang tidak akan dilupakan anak kelahiran Kuala Lumpur ini ialah ketika berada di Artik apabila air yang dijerangnya membeku dalam masa 15 minit. "Cuaca di sana sangat sejuk dengan suhu negatif 20 darjah Celsius. Saya terpaksa minum dan makan terus apa yang dimasak, jika tidak semua menjadi ais. "Bukan itu sahaja, malah cuping telinga dan jari-jari saya menjadi kebiru-biruan dan beku. Saya tidak berani menyentuh cuping telinga saya kerana khuatir ia akan rapuh. Namun, kesakitan itu berbaloi dengan keindahan langit ekoran fenomena aurora borealis yang sememangnya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata," jelasnya. Ternyata pengembaraan beliau tidak terhenti di situ. Mengikut perancangannya, Duta 1Malaysia ini akan meneruskan eksplorasi dari Mongolia ke Sepanyol sejauh 26,000 kilometer, merentasi 18 buah negara pada pertengahan Disember ini sehingga tahun 2016. Penjelajahan solo Zahariz mula menjadi buah mulut penduduk tempatan sehingga wajahnya muncul di laman-laman web antarabangsa seperti Media China dan MSN Specials. Melihat keunikan pengembaraan solo Zahariz menakluki dunia, banyak pihak yang tampil memberi sokongan termasuk kedai basikal Orange Cycle, Kedutaan Norway, TruEntertainment Sdn. Bhd. dan KLIA TV. Menurut pengasas Orange Cycle, Fadil Ahmad Zaini, dia telah mengubahsuai sebuah basikal khas untuk pengembaraan Zahariz. "Zahariz memberitahu saya dia memerlukan basikal kembara (touring bicycle), namun saya pasti ia tidak cukup kuat dan kukuh, khususnya apabila perlu melalui jalan-jalan berbatu. "Jadi, saya telah mengubahsuai sebuah basikal bukit menjadi basikal kembara. Tayarnya lebih lebar, mempunyai set gear dan tempat-tempat meletak peralatan," katanya. Tambahnya, basikal yang dibuat khas untuk Zahariz itu berharga kira-kira RM11,000, termasuk alat gantinya. Dalam pada itu, Fadil memberitahu pemberian ikhlasnya kepada Zahariz membawa pulangan yang tidak disangkanya. "Saya kini sedang menyiapkan tempahan lapan buah basikal khas kembara daripada pelanggan yang meminati kehidupan seperti Zahariz. "Sejujurnya saya tidak mengharapkan apa-apa semasa memberikan basikal itu kepada Zahariz kerana saya bersetuju membantunya atas dasar peribadi," jelasnya sambil memberitahu berpuas hati kerana dapat membantu Zahariz merealisasikan impiannya. Pengalaman didokumentari Kisah pengembara berbasikal secara solo ini turut mendapat perhatian stesen televisyen TV AlHijrah. Pengurus Besar Perolehan dan Pengurusan Penyiaran, Mohd. Mokhtar Abd. Rahman berkata, pihaknya bersetuju untuk menyiarkan dokumentari itu selepas melihat kesungguhan Zahariz, selain ingin mengetengahkan tentang kebesaran bumi ciptaan Allah. "Zahariz telah melakukan perjalanan solo dan semua rakaman dibuatnya sendiri. Dari situ kami boleh melihat kesungguhan dan niat murninya untuk berkongsi pemandangan dan kehidupan di luar dengan penonton tempatan. "Selain itu, menerusi dokumentari ini, penonton boleh melihat keindahan alam yang terbentang luas, sekali gus mengingatkan mereka tentang kebesaran Allah SWT," katanya. Mohd. Mokhtar menambah, dia dapat melihat ketulusan Zahariz berkongsi pengalaman dan tidak mementingkan kebendaan pada sesi perbincangan yang berlangsung. "Apabila perbincangan dibuat dan kami bersetuju untuk menyiarkan dokumentarinya, Zahariz terus memulakan perjalanan keduanya walaupun kontrak dan sebagainya masih tidak ditandatangani. "Di sini kita dapat melihat keihlasan beliau untuk berkongsi pengalaman tanpa mengambil kira soal keuntungan," jelasnya. Lapan episod dokumentari Dengan Basikal Aku Menjelajah yang berdurasi 30 minit ditayangkan pada setiap Ahad pukul 8.30 malam. Dokumentari tersebut telah meraih kira-kira 100,000 penonton untuk dua episod yang telah ditayangkan. Sehingga kini, TV AlHijrah mencatat jumlah penonton seramai 1.2 juta. Terbaharu, dokumentari tersebut merupakan antara 10 finalis pertandingan filem pendek BMW Shorties 2013. Bertemakan Inspirasi, pertandingan yang telah diperkenalkan sejak tahun 2006 itu mencabar pembikin filem tempatan untuk menghasilkan karya-karya luar daripada lingkungan konvensional atau kaedah penceritaan bagi memberi inspirasi kepada rakan sejawat dan masyarakat umum. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada Malam Anugerah BMW Shorties pada 3 Disember ini. | |
Golongan OKU pelajari ilmu astronomi Posted: 28 Nov 2013 04:15 AM PST SUARANYA berbisik menyebut setiap satu patah perkataan, matanya tertutup rapat seperti menggambarkan sesuatu dalam kepalanya manakala tangannya pula meraba-raba tulisan Braille di atas sebuah plak pameran. Lantas senyuman terukir di raut wajah Khoo Song Yin, 10, selepas memahami tulisan di plak pameran khas yang memaparkan replika sebuah gunung di planet Marikh tersebut, lengkap dengan informasi dalam tulisan Braille. "Sekarang baru saya tahu di planet Marikh pun ada gunung, malah gunungnya tiga kali lebih tinggi berbanding Everest. "Selama ini, saya tidak tahu tentang sistem suria atau planet-planet kita. "Kali ini, walaupun saya tidak dapat melihatnya, saya rasa seperti dapat menggambarkannya dalam fikiran saya," kata Song Yin ketika ditanya apa yang dibacanya itu. Song Yin merupakan antara pelajar sekolah khas daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan yang mempunyai keinginan mengetahui bidang sains astronomi. Hasratnya untuk mengetahui kedudukan planet dan sistem cakerawala akhirnya berjaya direalisasikannya setelah menghadiri pameran khas Touch The Sky di Planetarium Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) baru-baru ini. Pada pameran khusus buat golongan OKU tersebut, Angkasa turut mengadakan satu program istimewa iaitu Program Matahati Angkasa yang diadakan sempena Program Gerakan Inovasi Nasional 2013 - Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pertandingan Dalam program yang berbentuk pertandingan ini, seramai 32 pelatih guru dari Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur diberi peluang berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan alat bantu mengajar yang lebih berkesan dan mampu memberi gambaran serta pemahaman lebih jelas kepada golongan OKU ini. Kesemua bakal guru tersebut diberi pilihan menghasilkan alat bantu mengajar dalam lima skop pertandingan iaitu Sistem Suria, Buruj, Cirian Matahati, Jujukan Bintang (panas dan sejuk) dan Cirian Astroid serta Komet. "Program Matahati Angkasa ini adalah program baharu yang dijalankan oleh Angkasa tahun ini," jelas Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad. "Tujuannya ialah mengukur tahap kreativiti bakal-bakal guru ini dalam mencipta alat bantu mengajar bagi membudayakan sains dan teknologi buat golongan OKU (penglihatan). "Selain pertandingan Program Matahati Angkasa, satu pameran khas untuk golongan OKU penglihatan juga telah diadakan serentak dan merupakan satu pameran yang unik. "Keunikan pameran Touch The Sky ini ialah ia menggunakan elemen sentuhan dan idea tersebut tercetus selepas kami menerima banyak pertanyaan serta permohonan daripada Sekolah-Sekolah Khas Penglihatan yang mahu mengadakan lawatan ke Planetarium Negara," ujarnya lagi. Dalam pameran berkenaan, lebih 50 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu (B) dan Sekolah Kebangsaan Klang merasai sendiri pengalaman dan pendedahan mengenai bidang astronomi. Rata-rata mereka berjaya mendapat jawapan terhadap persoalan berkaitan sains dan astronomi yang kerap kali berlegar di kepala masing-masing. Buku Braille angkasawan Selain pameran Touch The Sky dan program Matahati Angkasa, pihak Planetarium Negara juga melancarkan buku bertulisan Braille mengenai angkasawan pertama negara. Buku yang berjudul Malaysia First Step In Space ini berkisar kepada Program Penerokaan Malaysia ke Angkasa dan pengalaman angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Buku-buku tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah Pendidikan Khas Penglihatan di seluruh Malaysia. "Ada yang bertanya kepada saya mengapa kami tidak mengeluarkan buku Braille berkonsepkan astronomi? "Sebenarnya di pasaran dalam dan luar negara, banyak buku tulisan Braille, tetapi belum pernah ada buku program Angkasawan Negara yang diterbitkan dalam format tulisan ini. "Saya pasti dengan adanya buku ini, kita dapat berkongsi perasan gembira dan bangga dengan golongan OKU tentang penerokaan Sheikh Muszaphar di angkasa," kata Azreena lagi. Hak kesetaraan Usaha Planetarium Negara yang mahu memberi pengetahuan kepada golongan OKU penglihatan menerusi program Matahati Angkasa turut menerima pujian daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahya ketika hadir pada program tersebut baru-baru ini. Beliau percaya program yang dijalankan oleh Planetarium Negara dapat membantu golongan OKU memahami konsep-konsep astronomi dan sains angkasa, sekali gus memberi peluang kepada mereka merasai dan mempelajari pengalaman baharu. "Menurut Undang-Undang Malaysia 658, Akta Orang Kurang Upaya 2008 Bahagian IV, golongan OKU sebenarnya mempunyai hak akses kepada kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan golongan orang upaya. "Mereka (OKU) juga mempunyai hak menikmati akses bahan kebudayaan tersebut dalam format yang boleh diakses oleh mereka seperti persembahan kebudayaan, teater, muzium, panggung wayang, perpustakaan mahu pun pelancongan serta tapak yang memiliki kepentingan kebudayaan kebangsaan. "Penyataan ini jelas bahawa golongan OKU seharusnya tidak dipinggirkan dalam sosial masyarakat dan usaha Planetarium Negara menganjurkan program Matahati ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberi hak sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |