Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Enam Lagu Terpilih Dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 28
- Eman Manan Tegur Pelakon Kurang Ilmu Pertahanan Diri
- Ammar Alfian Tayang Foto Sasa Untuk Tarik Pelanggan
- Nora Danish Berasa Malu Lakon Watak Manja
- Syanie kahwin 1 Mac
- TV AlHijrah terus menongkah arus media perdana
- 'Kalau Aku Kaya' bukan sindiran Bajet 2014
- Rogol pelajar: Bekas guru ke penjara, sebat
- 26 pengikut Tuhan Harun diminta bantu siasatan
- Gadis hilang sejak Rabu lalu
- Pasang CCTV secara meluas
- Dua dipercayai kaki pecah rumah diberkas
- Kebangkitan motosikal retro
- Guna taktik naik bas rombongan
- Jurutaip 12 jari
- Lelaki itu bukan muda - Noniswara
- Saingan finalis Ratu Rania
- LPF tak jadi potong
- Jet Singapura ganggu calon SPM
- 2 penjenayah maut rempuh jengkaut
- Bapa hadiah Mini Cooper, anak dapat 5A
- Mangsa Haiyan kian tenang
- Hotel ais ada penggera kebakaran
- Pameran motor, kereta unik di Jerman
- Penunggang mesti tahu kawal kelajuan
Enam Lagu Terpilih Dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 28 Posted: 15 Nov 2013 04:44 PM PST SHAH ALAM: Enam buah lagu mempunyai peluang melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat. Lagu-lagu terdiri daripada Kau Yang Terindah (Alyah), Hanya Aku (Hyper Act), Sahabat (Najwa Latiff, Sleeq & Shamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimate) dan Aku Pelat (Salam Musik). Pada pertandingan peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 turut menyaksikan persembahan daripada Kita(Forteen),Adamu (Najwa Latiff), 5 Minit (Ramlah Ram ft Caprice), Dewi cinta (Adira) dan Penghibur Jalanan ( Amir Jahari). Sementara itu, separuh akhir pertama yang berlangsung minggu lalu menyaksikan enam buah lagu terdiri daripada In Love With You, Penglipurlara, Jangan Pergi, Agenda Jahiliah, Takkan Terpisah dan Permata. Bagaimanapun, 12 buah lagu yang dipilih ini belum menjamin tempat ke AJL28 kali ini. Keputusan akhir 12 buah lagu yang layak akan diumumkan pada separuh akhir ketiga yang akan berlangsung pada 22 November depan. | |||
Eman Manan Tegur Pelakon Kurang Ilmu Pertahanan Diri Posted: 15 Nov 2013 04:43 PM PST PETALING JAYA: Mana-mana artis yang berhasrat untuk muncul sebagai pelakon aksi seni mempertahankan diri perlu belajar terlebih dahulu kemahiran itu agar lakonan mereka kelihatan lebih realistik. Aktor Eman Manan, 55, berkata, kebanyakan pelakon hari ini gagal mempamerkan aksi seperti yang dikehendaki sehingga ia kelihatan janggal apabila ditonton gara-gara tiada asas ilmu berkenaan. "Orang yang tahu tentang seni mempertahankan diri akan dapat mengesan sejauh mana individu itu memahami seni mempertahankan diri. "Hasilnya, lakonan daripada pelakon yang tiada ilmu itu akan memalukan. Jadi bagi pelakon-pelakon yang ingin berlakon aksi, lebih baik pergi belajar asas di mana-mana kelas mempertahankan diri terlebih dahulu tidak kiralah sama ada silat, tekwando atau karate sekalipun," katanya kepada mStar Online. Tambah Eman, sesebuah filem atau drama perlu menitik beratkan aspek tersebut kerana ia merupakan salah satu kayu ukur terhadap kualiti sesebuah filem. "Tidak guna kalau sesebuah filem aksi mendapat kutipan tinggi tapi kita tidak tahu apa yang cuba mereka sampaikan apabila tampil dengan seni mempertahankan diri yang tunggang-langgang. "Mereka seharusnya buat kajian tentang itu, barulah filem-filem kita ada identiti tersendiri dan boleh dijual di luar negara," katanya. Selain itu, Eman turut menegur adegan mengaji Al-Quran yang dilakonkan kebanyakannya tidak mengikut tajwid yang betul. "Saya cukup marah dengan adegan yang memerlukan pelakon untuk membaca Al-Quran tetapi tidak membacanya dengan tajwid yang betul. "Mereka tahu berapa ramai yang menontonnya, jika tidak tahu membaca Al-Quran kenapa tidak belajar menyebutnya dengan tajwid yang betul," katanya. Bagaimanapun, Eman berkata, masih terdapat pelakon baharu yang boleh dibanggakan dan mampu membawa watak dalam lakonan mereka dengan berkesan. "Kalau dulu saya sangat suka lakonan Zulhuzaimy tapi kini sudah jarang melihat dia berlakon, sekarang ini Shaheizy Sam, Namron, Que Haidar dan Remy Ishak," katanya. Tambah Eman biarpun tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, dia masih mengikuti perkembangan industri filem dan drama tanah air. | |||
Ammar Alfian Tayang Foto Sasa Untuk Tarik Pelanggan Posted: 15 Nov 2013 04:43 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan mencari pelanggan. Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 26, berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan. "Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja. "Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat. Ammar diminta mengulas foto-foto dalam Facebook miliknya yang keterlaluan apabila menampakkan susuk tubuh termasuklah sekeping gambar berseluar tetapi kelihatan bentuk bahagian sulitnya. Bagaimanapun tambah Ammar, dia tidak kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan. Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini, sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen. Sementara itu, Ammar berkata dia kini nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA di sini. "Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman. "Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah," ujarnya. Dalam perkembangan lain, filem lakonan Ammar berjudul Showdown bakal ditayangkan pada tahun depan. | |||
Nora Danish Berasa Malu Lakon Watak Manja Posted: 15 Nov 2013 04:42 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish mengambil pendekatan untuk tidak lagi menerima tawaran berlakon berwatak wanita manja kerana mula berasa malu. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, dengan statusnya sebagai seorang ibu kepada Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, dia menganggap watak sebegitu tidak lagi sesuai dengannya. "Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya. Cukuplah watak itu pernah saya bawa sebelum ini. "Tambahan pula dengan status saya sebagai ibu serta usia yang semakin meningkat, mungkin saya memerlukan watak-watak yang lebih matang," katanya kepada mStar Online. Tambah Nora yang dicalonkan bagi pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2013(drama Di Bawah Langit Mu), dia juga mula memilih watak seperti yang dilakonkan dalam filem Bencinta iaitu seorang wanita yang lebih tegas dan serius. Sementara itu, kata Nora, sehingga hujung tahun ini, dia akan sibuk dengan persiapan teater muzikal Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan bermula 20 hingga 31 Disember depan di Istana Budaya. Beritahu Nora, buat pertama kalinya dia akan menyanyi menerusi teater tersebut lebih daripada lima buah lagu. "Dalam banyak-banyak perkara, menyanyi adalah cabaran paling sukar sekali. "Iyalah, saya bukannya pandai menyanyi sangat. Sehinggakan saya membuat latihan dengan menyanyi karaoke di rumah. Dan pada masa sama mengharapkan agar lagu-lagu yang saya bawakan itu dirakamkan terlebih dahulu sebelum pementasan," selorohnya. | |||
Posted: 15 Nov 2013 04:40 PM PST
Pasangan ini bertunang pada hari raya Aidilfitri lalu. "Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014. "Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun, kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya rasa tarikh itu adalah sangat sesuai," kata Syanie yang dipetik sebuah portal hiburan. Syanie menegaskan tidak berniat untuk mencari suami yang lebih muda daripadanya. "Umur kami berbeza 12 tahun. Saya tak ada niat langsung pun mahu mencari suami yang lebih muda dari saya. "Saya senang bersembang dengan Putera, malah komunikasi antara kami berjalan dengan baik. Putera senang dibawa berbincang," katanya. Perkahwinan ini menjadi perkahwinan kedua bagi Syanie dan Putera. | |||
TV AlHijrah terus menongkah arus media perdana Posted: 15 Nov 2013 04:40 PM PST Namun begitu, setelah tiga tahun bersiaran, TV AlHijrah nampaknya berjaya melaluinya apatah lagi stesen penyiaran itu cuba untuk menongkah arus dengan berkonsepkan Islamik sepenuhnya. Masyarakat semakin mengerti hala tuju TV AlHijrah yang menekankan cara hidup Islam yang hakiki bermula daripada agama, bual bicara, rancangan masakan sehinggalah kepada drama dan rencana yang disiarkan semuanya bersifat Islamik. Ternyata, pada usia semuda tiga tahun, TV AlHijrah boleh berbangga dengan perjuangan mereka. Pengurus Ehwal Semasa TV AlHijrah, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin berkata, pembawaan rancangan yang lebih harmoni serta berunsurkan moral menunjukkan kesediaan TV AlHijrah ke arah mempromosikan konsep 'wasatiyyah' (kesederhanaan) dalam Islam itu sendiri. Jelasnya, pengisiannya juga penuh dengan perkongsian ilmu yang lebih kreatif dan menarik serta mampu diterima oleh masyarakat Islam mahupun bukan Islam. "Apa paling penting ialah penonton boleh mendapat manfaat dan menerima maklumat yang sah dan boleh diterima sebagai agen moral baik dalam masyarakat. "Apa sahaja rancangan yang diterbitkan oleh TV AlHijrah mesti mempunyai nilai murni yang mampu mendidik masyarakat ke arah kebaikan dan kesempurnaan dalam beragama," katanya. Tambahnya lagi, dalam menghadapi tekanan semasa, ia sekali gus membuatkan TV AlHijrah perlu sentiasa berubah-ubah. Katanya lagi, keperluan tontonan bukan lagi kepada penonton sedia ada, tetapi mula menjengah anak-anak muda yang sebelum ini menonton dalam ruang lingkup mereka sendiri. "Cabaran akan lebih kompleks dengan doktrin pemikiran masyarakat yang berubah, suasana sosial yang sentiasa kurang menyebelahi dan akses maklumat tanpa sempadan. "Kami yakin penonton perlukan perubahan itu," katanya. Malah, katanya, dalam perkembangan masyarakat kini yang sudah semakin jauh ke hadapan, TV AlHijrah kini sudah boleh ditonton melalui aplikasi telefon pintar 1Malaysia. Program semakin matang Antara program yang begitu sinonim dengan penonton stesen TV itu ialah 30 Minit Ustaz Don yang menampilkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid selaku pengacaranya. "Rancangan menjadi penanda aras kepada TV Alhijrah ialah 30 Minit Ustaz Don yang menjadi ikon kepada stesen TV ini. "Ustaz Don berjaya memikat penonton melalui pengajarannya yang mudah difahami dengan loghat utaranya yang mencuit hati penonton," katanya. Selain itu, jelasnya lagi, kebanyakan program di stesen TV itu juga sudah pun melalui proses kematangan seperti Ayat Riwayat dan Majalah Islam. "Ia membuktikan kepada penonton kupasan pelbagai kisah dan isu mampu diterapkan dengan nilai Islam sejagat bukan hanya cerita kosong semata-mata. "Begitu juga dengan Isu Akidah dan Kes Syariah yang sekarang tidak lagi membawa kisah kesesatan dan ajaran sesat namun melihat dengan lebih jauh bahawa perkembangan dakwah yang efektif juga berperanan dalam mengukuhkan akidah," katanya. Program lain yang memberi manfaat kepada penonton ialah Assalamualaikum, Cinta Ilmu, Ejen Halal dan Menu Alam yang dikendalikan oleh Chef Ammar. Sementara itu, bagi meraikan sambutan ulang tahunnya yang ketiga pada 1 Muharram lalu, TV AlHijrah telah mengadakan satu persembahan istimewa di Dataran Putrajaya. Terdapat persembahan nyanyian daripada artis undangan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Heliza Helmi, Mawi, In-team, Far East, Muadz Zulkifli, Ani Syazwani, 30 Cent dan penampilan khas pelakon dari Indonesia yang membintangi filem Bila Cinta Bertasbih iaitu Kholidi Asadil Alam. Stesen TV itu turut memaparkan imbasan detik kejayaan program terbitannya. Acara yang berlangsung dua jam setengah itu disiarkan secara langsung di saluran TV tersebut yang dihoskan Amin Idris, Irma Hasmie, Ahmad Fadzli, Shahrul Faizi, Amie Sofea dan Farrah Adeeba. | |||
'Kalau Aku Kaya' bukan sindiran Bajet 2014 Posted: 15 Nov 2013 04:39 PM PST Memandangkan irama 'hip-hop' kini kembali menjadi pilihan utama pendengar, kebanyakan kumpulan rapper di Malaysia seperti Malique, Joe Flizzow, Altimet, Ahli Fiqir, Sleeq berlumba-lumba untuk menghasilkan lagu yang dapat memberi mesej kepada masyarakat. Begitu juga dengan lagu 'Kalau Aku Kaya' nyanyian Awi Rafael, yang kini semakin popular di corong radio. Sarat dengan sindiran dan mesej, lagu ciptaan Altimet itu nyata berjaya memberi kelainan kepada peminat muzik di negara ini. Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 35, berkata, bukan mudah untuk menghasilkan lagu tersebut. Katanya, untuk mendapatkan 'nilai' dalam lagu tersebut, dia telah membuat tinjauan terhadap lebih 40 responden sekiranya mereka diberi peluang menjadi jutawan. Jelas Altimet lagi, lagu tersebut bukan sekadar rekaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan 'suara rakyat' di negara ini. "Ketika menulis lagu ini saya banyak bertanya kepada orang ramai tentang apa tafsiran mereka mengenai kaya dan apa yang mereka mahu lakukan sekiranya menjadi seorang jutawan. "Saya telah mendengar dan menerima pelbagai jenis pandangan dari mereka. Ia adalah merupakan suara hati mereka dan mengenai impian sekiranya mereka menjadi kaya," katanya ketika ditemui sebelum ini. Bagaimanapun, Altimet menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan segelintir pihak bawa lagu tersebut dicipta sempena pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Tun Razak, baru-baru ini. "Lagu ini dah lama saya hasilkan dan ia memang tak ada kena-mengena langsung dengan pembentangan bajet 2014. "Malah lagu ini juga bukan dicipta untuk menyindir sesiapa. "Hayatilah lirik-lirik lagu ini, ia mempunyai pengertian dan mesej tersendiri," katanya. Pernah tak dipandang Mengulas mengenai lagu tersebut, kata Altimet, Kalau Aku Kaya, pernah diberikan kepada sebuah kumpulan rap, namun ia di biar terperap begitu saja. Akui terkilan dengan situasi itu, Altimet bagaimanapun mengambil semua lagu tersebut dan kini bersyukur kerana lagu ciptaannya bersama komposer Omar K, itu akhirnya menjadi hit dan menduduki carta tertinggi di semua stesen radio tempatan. "Alhamdulillah, semua orang meminati lagu tersebut dan Insya-ALLAH, saya akan memperbanyakkan lagi karya-karya seperti ini," ujarnya. Berkongsi di sebalik penggambaran muzik video lagu tersebut, Altimet memberitahu, dia sangat berpuas hati dengan hasil yang dilakukan oleh pengarah, Ravi. Menjalani penggambaran di Gerik, Perak, muzik video ini turut menggunakan peralatan dan prop yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. "Harapan saya dan Awi untuk menghasilkan video yang menunjukkan 'nilai harga' terhasil dan saya amat berpuas hati dengan video ini. "Walaupun kita tidak mengeluarkan kos yang terlalu mahal, cukup sekadar apa yang kita terjemahkan berjaya disampaikan kepada orang yang menontonnya," katanya yang tidak sabar menunggu sambutan dan pendapat orang ramai tentang video muzik tersebut. Selain itu, Awi Rafael yang turut ditemui juga sangat teruja setelah lagu tersebut menjadi siulan malah penerimaan kanak- kanak juga begitu menggalakkan. Katanya, lagu tersebut memberikan inspirasi dan mudah diterima oleh semua peringkat umur. "Saya lihat ramai juga kanak-kanak sudah menghafal lagu ini. "Saya berterima kasih kepada Altimet kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya menyanyikan lagu ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Altimet, bakal muncul dengan dua buah album iaitu solo dan duet bersama DJ Fuzz dalam masa terdekat. | |||
Rogol pelajar: Bekas guru ke penjara, sebat Posted: 15 Nov 2013 04:37 PM PST Datuk Azahar Mohamed, yang mengetuai panel tiga hakim berkata, hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Kota Baharu ke atas Yek Hock Soon adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh. Menyifatkan kesalahan itu sebagai serius, Azahar yang bersidang bersama-sama Datuk Mohtaruddin Baki dan Datuk Rohana Yusuf, membuat keputusan sebulat suara untuk menolak rayuan terakhir Yek berhubung sabitan, hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atasnya. "Kami telahpun mempertimbang hukuman yang dijatuhkan terhadap kamu dan sependapat dengan Mahkamah Sesyen bahawa kesalahan yang kamu lakukan adalah serius lebih-lebih lagi ketika kamu merogol mangsa, kamu adalah seorang guru. Kamu telah mengambil kesempatan terhadap pelajar kamu," katanya. Yek, 30, dari Setiawan, Perak dihantar ke penjara hari ini untuk memulakan hukuman kerana sebelum ini, dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan. Pada 26 Januari tahun lepas, Mahkamah Sesyen memutuskan tertuduh bersalah merogol seorang pelajar yang ketika itu berusia 12 tahun 3 bulan di makmal sains sebuah sekolah di Pasir Putih, Kelantan antara 8 pagi dan 3 petang bulan Ogos 2009. Yek turut didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan pelajar itu di tempat dan pada masa sama. Dia dihukum penjara sembilan tahun dengan lima sebatan bagi kesalahan merogol serta penjara tiga tahun dengan dua sebatan bagi kesalahan mencabul kehormatan dan diarah menjalani hukuman secara serentak. Yek kemudian mengemukakan rayuan namun ditolak Mahkamah Tinggi pada 19 Februari lepas. Dalam penghakimannya, Azahar berkata, Mahkamah Sesyen membuat keputusan yang tepat apabila menerima penjelasan mangsa mengapa beliau tidak menyebut tentang insiden rogol dalam laporan polisnya. "Penting untuk kita ambil perhatian bahawa mangsa ketika itu berusia 12 tahun serta dalam keadaan trauma, dan penjelasan bahawa beliau malu untuk memaklumkannya kepada polis (kejadian rogol) adalah munasabah," katanya. Azahar berkata Mahkamah Sesyen berpeluang mendengar keterangan mangsa dan menilai sama ada beliau saksi yang boleh dipercayai. Oleh itu, katanya, sabitan terhadap Yek adalah selamat dan Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen. Terdahulu, Yek, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Sukri Mohamad, mendakwa mangsa bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana tidak menyatakan kejadian rogol itu dalam laporan polisnya. Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi pula berhujah mangsa memang tidak menyebut tentang kejadian rogol dalam laporan polisnya namun memberi keterangan berhubung perkara itu di mahkamah. Beliau berkata, mangsa juga memaklumkan kejadian itu kepada seorang guru lain dan ibunya sebelum membuat laporan polis. | |||
26 pengikut Tuhan Harun diminta bantu siasatan Posted: 15 Nov 2013 04:35 PM PST
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mereka terbabit diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu pihak polis menyelesaikan kes itu. "Mereka termasuklah pengasas ajaran sesat itu iaitu Harun Mat Saat, 47; Husin Ismail, 43; Pius Anahong@ Mahdi Abdullah, 40; Mohd Khalilie Zazali, 31; Syahiszam Soid, 40; Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, dan Azida Mohd Zol, 30 tahun, yang telah dikeluarkan waran tangkap sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mereka yang lain ialah Mohd Hafizuddin Mohd Azam, 27; Mohamad Tirmidzi Othman, 17; Hashim Zakaria, 38; Farhaien Othman, 22; Lukman Harun, 20; Mohd Ghazali Fitri Mohd Azam, 2;, Muhammad Nazrul Zakaria, 38. Mohd Rozi Akasah, 38; Shamsul Amri Abu Hassan, 44; Saufi Harun, 18; Norhafizah Mohd Azam, 28; Mohd Edham Mohd Nizam, 18; Khairul Amir Akasah, 34; Sharizal Shamsuddin, 32; Muhammad Harun, 21; Norhairi Harun, 41; Shazliana Mokhtarudin, 29; Othman Abdullah, 48; Kheairus Ali, 47, dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun. "Sebelum ini polis meminta 31 pengikut ajaran itu tampil membantu siasatan, empat daripada mereka telah tampil membantu pihak polis pada 12 dan 13 November lepas," katanya. Pihak polis hari ini turut mengedarkan 27 gambar mereka terbabit kepada pihak media. Mohd Jasmani berkata, mereka terbabit tidak perlu takut untuk tampil membantu siasatan. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan pengikut ajaran itu juga diminta membantu pihak polis," katanya. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani sebelum ini berkata, pihak polis percaya kematian Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang ditembak bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan penguatkuasaan yang dijalankan. Dalam kejadian Ahad lepas pada jam 1.55 petang, Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpa mangsa di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan. Media sebelum ini melaporkan Mohd Raffli sedang mengendalikan beberapa kes besar termasuk memantau kegiatan pengikut fahaman Syiah serta ajaran Tuhan Harun. | |||
Posted: 15 Nov 2013 04:28 PM PST
Mangsa, Nurul Syahirah Sarif, seorang graduan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka, dikatakan melarikan diri selepas berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya. Menurut bapa mangsa, Sarif Mohd Nor, anaknya keluar bersama tiga rakannya pada Rabu lalu namun didapati tidak pulang selepas tiga jam melarikan diri dengan hanya berjalan kaki menghala ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas). "Rakan-rakannya tidak menemui beliau selepas mereka selesai menjamu selera di sebuah restoran tidak jauh dari rumah saya. "Walaupun ketika kejadian rakannya bergegas mengejar anak saya hingga lewat 12 tengah malam, namun mereka tidak menemui kelibat anak saya," kata Sarif kepada Sinar Harian Online, di sini, hari ini. Sarif yang bertugas di Jabatan Pentadbiran, Karangkraf Sdn Bhd tidak menyangka perkara buruk itu akan menimpa keluarganya sambil mengharapkan bantuan rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang menemui anaknya agar kembali ke pangkuan keluarga dengan segera. Selepas 24 jam kehilangan anaknya itu, beliau terus membuat satu laporan polis di Balai Polis Pandamaran pada jam 9.30 malam semalam. "Jika sesiapa mempunyai maklumat atau terlihat anak saya, boleh menghubungi saya di talian 019-3816773 atau melaporkannya terus ke balai polis berhampiran," katanya. Syahirah tidak dapat dihubungi keluarganya sejak beliau menghilang diri, Rabu lalu. | |||
Posted: 15 Nov 2013 04:27 PM PST
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pemasangan CCTV tidak hanya terhad di dalam sahaja tetapi perlu turut meliputi kawasan hadapan dan belakang premis. Menurutnya, sekiranya sesuatu kejadian berlaku, CCTV yang dipasang dapat dimanfaatkan untuk membantu polis mengesan penjenayah yang terlibat. "Sekurang-kurangnya menerusi pemasangan CCTV di luar premis secara tidak langsung dapat mengesan tindakan mencurigakan pihak tertentu. "Justeru, kerjasama pihak pengurusan bank dan kedai emas amat diharapkan bagi mencegah berlakunya kejadian jenayah tidak diingini," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pertemuan Bersama Pengurus Institusi Kewangan Daerah Bentong di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis daerah, di sini. Mohamad Mansor berkata, selain penekanan terhadap pemasangan CCTV, pihak pengurusan juga perlu mengambil berat soal kawalan keselamatan di premis masing-masing. Katanya, pengawal keselamatan yang digaji pula haruslah mampu menjalankan amanah mengawal keselamatan premis dan bertindak dengan pantas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. "Pemilihan pengawal keselamatan yang terbaik dan berkualiti perlu menjadi elemen penting kepada pengurusan institusi kewangan kerana ia mampu meningkatkan tahap keselamatan di kawasan premis. "Selain itu, mereka juga perlu mengambil berat perkara lain termasuk keyakinan terhadap kakitangan yang bertugas di premis dan penekanan terhadap keadaan fizikal bank," katanya. Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan sepanjang tahun ini terdapat beberapa kes dilaporkan berlaku sekitar kawasan institusi kewangan daerah ini, antaranya dua kes ragut, curi kenderaan, cubaan samun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Sempah dan satu cubaan samun. | |||
Dua dipercayai kaki pecah rumah diberkas Posted: 15 Nov 2013 04:24 PM PST
Dalam tangkapan pertama, sepasukan tujuh anggota polis yang diketuai Ketua Balai Polis Kerteh, Inspektor Jamali Abu Bakar berjaya menangkap suspek yang berusia 22 tahun kira-kira jam 8.30 pagi. Tangkapan itu dilakukan hasil maklumat orang awam mengenai kes kecurian kereta. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, polis berjaya menahan suspek yang berasal dari Bandar Ketengah Jaya di Bandar Baru Kerteh dan merampas kereta Proton Wira berwarna putih yang dinaiki lelaki itu yang dilaporkan hilang di Beserah, Kuantan. "Hasil soal siasat, suspek juga mengaku aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar kawasan Kerteh dan kita turut merampas tiga bentuk cincin emas darinya. "Tangkapan kedua pula dilakukan di Kampung Labohan, Kerteh melibatkan suspek yang berusia 27 tahun," katanya semalam. Suspek yang berasal dari Kerteh juga ditahan berkait kes pecah rumah. Ketika dicekup turut berlaku pergelutan kerana suspek cuba melarikan diri. Kedua-dua suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau. Sehubungan itu, suspek berkenaan direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan. | |||
Posted: 15 Nov 2013 04:22 PM PST
Pengerusi Kelab Retro Pasir Puteh (KRPP), Radzi Yamat berkata, kelab itu ditubuhkan bagi mengumpul seramai mungkin pemilik motosikal retro di daerah ini. Katanya, ahli kelab menampilkan pelbagai jenis motosikal retro, antaranya Yamaha RX-S, Yamaha RD350 LC, Yamaha RX-Z, Suzuki GP125, Honda Raider HX 135, Suzuki GT2SO X7 dan Kawasaki AR 125. "KRPP berjaya menarik minat generasi muda pelbagai kaum termasuk Cina dan Siam. Kami bukan sahaja berkongsi minat, malah berjaya memupuk semangat muhibah. "Walaupun kelab ini baru tiga bulan ditubuhkan, sambutanpemilik motosikal retro amat baik dan saya yakin dapat mengumpul 100 ahli tahun depan," katanya pada program Santai KRPP yang mengumpulkan lebih 50 pemilik motosikal retro di Pantai Tok Bali, di sini, baru-baru ini. Radzi berkata, meminati motosikal klasik terutama Yamaha RX-S tidak membebankan kerana alat ganti aslinya masih boleh diperoleh dengan mudah, namun ada jenama tertentu agak sukar diperoleh. "Kami mengisi masa cuti dengan berkonvoi ke Terengganu (semalam) dan kami bersedia berkonvoi ke Manjung, Perak, bagi menyertai Karnival Pemotoran Malaysia di sana, Disember nanti. "Kami berkumpul pada setiap Jumaat untuk berkongsi maklumat mengenai motosikal retro, selain merapatkan perhubungan ahli," katanya sambil meminta orang ramai yang berminat menyertai KRPP menghubungi talian 014-5343199. Radzi berkata, ahli kelab diminta tampil dengan pakaian retro ketika menyertai program besar bagi menampakkan kesesuaian penampilan dengan motosikal mereka. "Sesetengah ahli mengeluarkan belanja tambahan untuk mendapatkan jaket jenama Bell, topi keledar Shoie dan kasut jenama Clark atau Aliph yang popular pada era 1980-an," katanya. | |||
Guna taktik naik bas rombongan Posted: 15 Nov 2013 04:20 PM PST
Serbuan disertai tiga pegawai dan 20 anggota penguat kuasa, bermula sekitar jam 9 malam hingga 5 pagi itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam terhadap kehadiran gadis terbabit yang dijadikan alat untuk melariskan perniagaan di pusat berkenaan. Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen negeri, Abdul Basek Abu Bakar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan semua gadis berusia 15 hingga 48 tahun, yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing di dalam pusat hiburan tersebut. "Kehadiran anggota penguat kuasa tidak disedari mereka dan bertindak atas kelekaan mereka itu, maka kita berjaya menahan semuanya walaupun pada mulanya berlaku sedikit pergelutan dan kekecohan, namun dapat ditangani. "Daripada 20 wanita terbabit, 18 daripadanya warga Thailand, manakala dua pula warga Kemboja," katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen Telipot, di sini semalam. Abdul Basek berkata, walaupun sebelum ini, sebuah pusat di kawasan berkenaan pernah diserbu, namun pemiliknya masih lagi berdegil dan menjalankan perniagaan terbabit dengan menggunakan khidmat GRO. Katanya, semua gadis terbabit ditahan di Pejabat Imigresen Telipot dan akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. "Dalam kes ini, 19 gadis tersebut ditahan di bawah Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan dan seorang ditahan di bawah Peraturan 6(1)C Akta Imigresen kerana tidak mempunyai permit. "Sepanjang tahun ini sahaja, seramai 6,353 warga asing diperiksa dan 999 orang ditahan atas pelbagai kesalahan, bukan sahaja GRO, malah pekerja yang turut menjadi buruh di beberapa di lokasi penempatan dan pemeriksaan atas bas yang membawa mereka masuk ke negeri ini," katanya. | |||
Posted: 15 Nov 2013 04:17 PM PST
Vijay Singh, 48, berasal dari Agra, Utara India berkata, kelebihan yang dimiliki itu bagaimanapun menjadi halangan buatnya untuk mendapatkan pekerjaan di India. "Majikan hanya mahu jurutaip wanita, berwajah cantik dan bukannya lelaki. Kini saya sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di Britain selepas lebih 50 percubaan mencari kerja di sini gagal," katanya dipetik DilyMail Sing mengalami sindrom polydactyly sejak lahir menyebabkan jari tangan dan kaki mempunyai satu lebihan jari sekali gus menjadikan setiap tangannya mempunyai enam jari kiri dan kanan. Kebanyakan kes, lebihan jari biasanya hanya mengandungi tisu lembut namun ada juga yang mempunyai tulang tetapi tidak mempunyai sendi. Kecekapan Sing menaip menandingi jurutaip terpantas dunia Michael Shestov apabila beliau boleh menaip dalam 27 bahasa dengan mencapai kelajuan 17 perkataan sesaat. | |||
Lelaki itu bukan muda - Noniswara Posted: 15 Nov 2013 04:13 PM PST BEBERAPA bulan lalu, kes penceraian pelakon Noniswara dengan Datuk Rosman Ridzwan sudah selesai dan kini dia sudah kembali solo. Namun, belum pun cukup setahun usia penceraiannya, wanita yang mesra disapa sebagai Nonis ini kini dihimpit kontroversi dengan gosip baharu tentang dirinya. Menerusi perkhabaran yang masih bertiup itu, khabarnya Nonis, 44, kini sudah mempunyai kekasih baharu yang jauh lebih muda daripadanya. Nonis juga dikatakan sering juga membawa kekasih baharunya itu ke majlis-majlis dan ada yang pernah terserempak dengan mereka berdua. Namun, itu sekadar gosip kerana tuan punya badan, tidak mengesahkan apa-apa tentang kebenaran berita tersebut. Justeru, bagi mendapatkan kepastian dan tidak ingin membuat apa-apa spekulasi tentang perhubungan baharu itu, Kosmo! telah menghubungi Nonis. Ikuti pengakuan Nonis yang berbicara tentang kesahihan cerita yang disebarkan itu. Kosmo! Bagaimana dengan kehidupan Nonis sekarang ini selepas kembali solo? NONIS: Kehidupan saya masih seperti biasa. Sibuk dengan beberapa tawaran lakonan serta kerja yang saya lakukan dan juga anak-anak. Namun, jika dahulu, ada suami, masa bersama suami harus ada. Kini, saya lebih banyak luangkan masa bersama rakan-rakan dan juga punya masa untuk sesi manjakan diri sendiri. Selain lakonan, adakah Nonis ada melakukan kerja sampingan seperti perniagaan atau seumpamanya? Bagi tawaran lakonan, saya pilih yang tidak mengambil tempoh masa lama. Saya ada ambil beberapa tawaran drama dan telefilem sahaja. Selain itu, saya juga ada membuat kerja separuh masa iaitu menjadi perunding kewangan peribadi. Bolehkah Nonis komen tentang gosip yang mengatakan anda kini sudah ada pengganti? Memang tiada pengganti atau kekasih buat masa ini. Memang saya akui, ada yang mahu mendekati, namun sekarang belum lagi masanya. Tambahan, saya baru habis tempoh edah tempoh hari, mana mungkin pula saya sudah mahu raikan dengan punya kekasih baharu. Saya kini ingin beri fokus terhadap karier dulu. Jadi, tidak benarlah dakwaan tersebut? Tak baik cerita begini dibuat. Saya ketika itu mengajak rakan saya untuk menemani saya ke majlis itu sahaja. Dia bukan kekasih atau sesiapa yang istimewa. Banyak lagi benda dalam perancangan saya yang ingin saya lakukan. Bukannya saya serik tapi malas saya ingin fikirkan tentang cinta buat masa ini. Adakah ini bermakna Nonis tidak serik lagi untuk menjalinkan hubungan yang serius selepas ini? Jodoh adalah ketentuan Allah, jika benar jodoh saya bersama sesiapapun, memang perkara tersebut tidak dapat dielakkan. Namun, jika benar saya mengenali seseorang, saya akan nilai dan kenal betul-betul sebelum membuat keputusan. Ini perkahwinan saya yang ketiga, jadi saya mahu sangat berhati-hati dalam memilih pasangan dan membuat keputusan. Memang saya tidak menafikan ada yang mahu rapat tapi saya masih tidak buka ruang itu untuk sesiapa. Jadi, boleh Nonis beritahu siapakah gerangan jejaka muda yang dilihat bersama anda ke majlis seperti yang diperkatakan? Lelaki itu sebenarnya kawan saya dan dia bukan muda seperti yang dikatakan. Dia sebaya dengan saya. Orang kenal saya, tahu umur saya, dan orang tidak kenal dia. Mungkin juga penampilannya, orang nampak dia muda. Memang belum terbuka hati saya dan jika keluar pun kami ramai-ramai bersama kawan-kawan. Mungkin juga orang salah sangka kerana saya sering bertemu dengan klien atas urusan kerja. Saya mahu fokus terhadap masa depan saya kini, dan bukan perkara sebegini. | |||
Posted: 15 Nov 2013 04:12 PM PST SETELAH sembilan minggu bersaing, program realiti Ratu Rania bakal berakhir. Program yang baru bersiaran untuk musim pertama itu merupakan sebuah rancangan pencarian ikon wanita moden dan kini, dua finalis akhir telah pun diumumkan. Dua orang ibu iaitu Normazuraida Zakaria, 34 tahun dan Rosnawati Bachok, 37 tahun merupakan finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran Ratu Rania musim yang pertama ini. Finalis yang dipilih melalui sistem permarkahan 100 peratus oleh tiga orang juri tetap yang terdiri daripada Rizalman Ibrahim, Rozita Che Wan dan Ziana Zain itu telah mengetepikan dua lagi peserta di peringkat separuh akhir. Selain menguji sejauh mana pengetahuan mereka terhadap produk Safi Rania, mereka juga dinilai mengikut tiga kriteria utama yang lain iaitu keyakinan diri, pengetahuan am dan berpersonaliti menarik. Walaupun mereka merupakan seorang ibu dan isteri, tanggungjawab terhadap keluarga tidak diabaikan walaupun mempunyai jadual yang sibuk. Namun begitu, mereka terpaksa berkorban dari segi masa untuk dibahagikan antara menjadi peserta program serta menguruskan keluarga. Aida tegas dalam kelembutan "Walaupun jadual saya padat, saya tidak sesekali abaikan keluarga ketika sibuk menguruskan karier saya sebagai pegawai tadbir di Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. "Saya akui saya perlu bijak bahagi masa, tambahan pula saya seorang ibu tunggal," tutur Normazuraida atau lebih mesra disapa Aida ini. Apa yang menariknya, ketika bertemu wanita itu, dia kelihatan seperti seorang wanita yang lemah lembut pertuturannya. Namun, hakikatnya Aida merupakan seorang yang tegas di tempat kerjanya dan perkara tersebut diakui oleh pekerjanya sendiri. Bicara Aida tentang kelebihan dirinya sebagai peserta program ini ialah dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta punya personaliti yang menarik. Tambahnya, sepanjang tempoh menjadi peserta Ratu Rania, dia telah melakukan segala tugasan dengan penuh semangat. Watie raih sokongan keluarga Lain pula cerita Rosnawati Bachok atau lebih mesra dengan panggilan Watie yang bersyukur kerana mendapat sokongan suami serta anak-anak sepanjang menjadi peserta program itu. Watie yang merupakan seorang pegawai pentadbiran dan peragawati sambilan berkata, dia perlu bijak menguruskan jadual. "Ketika saya mula-mula terlibat dalam program ini, keadaan memang kelam-kabut kerana ingin uruskan anak-anak serta suami, tambahan pula dengan karier saya. Namun, saya berterima kasih kepada anak-anak dan suami kerana sentiasa menyokong saya. "Anak-anak merupakan pengkritik tetap saya di rumah. Selain itu, apabila terlibat dalam program ini, saya terpaksa korbankan karier sebagai peragawati sambilan untuk beri lebih fokus terhadap semua ini," jelas Watie yang mempunyai tiga orang cahaya mata. Bicara Watie, sepanjang terlibat dalam Ratu Rania, dia menghadapi cabaran dalam mengekalkan stamina untuk mengharungi cabaran yang telah disediakan. Ini kerana sejak beberapa tahun lamanya, dia tidak aktif melakukan aktiviti berat. Kedua-dua finalis itu ternyata menyimpan harapan untuk menang sejak mula menyertai program ini. Mereka mempunyai kekuatan diri dalam merebut gelaran juara Ratu Rania musim pertama. Episod akhir Ratu Rania akan disiarkan pada Rabu, 20 November ini pukul 9.30 malam di saluran Astro Prima (saluran 105). Saksikan siapa yang bakal membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000. | |||
Posted: 15 Nov 2013 04:09 PM PST FILEM berjudul Lenjan arahan Ismail Yaacob yang ditayangkan pada tahun 1998 pernah menimbulkan kontroversi apabila memaparkan adegan panas membabitkan Datuk Rosyam Nor dan Nina Juren. Kali ini, Ismail sekali lagi mencetuskan sensasi menerusi filem terbaharunya iaitu Laga terbitan Business Leader Film Production Sdn. Bhd. dikatakan turut memiliki babak ranjang antara pelakon Wan Hanafi Su (Hassan Laga) dan Marsha Milan Londoh (Ayu). Pada majlis pelancaran filem berkenaan di Menara Kuala Lumpur minggu lalu, Ismail selaku pengarah menjelaskan ramai yang telah salah sangka apabila menonton sedutannya di laman YouTube. "Kalau dilihat secara sekali imbas memang ramai yang menyangka ia merupakan babak ranjang, tetapi ia sebenarnya adalah satu aksi senaman yang dilakukan oleh suami (Hassan) terhadap isterinya (Ayu) selepas mengadakan hubungan intim. "Senaman tersebut dilakukan supaya benih suami ini akan lebih mudah melekat dan usaha mereka untuk mendapatkan anak lebih berhasil. Sebenarnya, ini merupakan antara petua Melayu yang diamalkan dahulu tentang cara untuk mendapatkan zuriat," ujarnya. Ismail berkata, babak sedemikian harus dipaparkan kerana dia mahu menggambarkan kehidupan pasangan tersebut yang cukup bahagia, biarpun Ayu berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua daripadanya. Menolak sekeras-kerasnya bahawa tindakannya itu sengaja mahu menimbulkan kontroversi seperti yang pernah dilalui filem Lenjan dahulu, pengarah berkenaan meminta supaya penilaian dibuat setelah orang ramai menonton filem berkenaan yang akan ditayangkan pada 23 Januari tahun depan. "Apabila filem ini dihantar kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF), kami menjelaskan kepada mereka tentang babak yang dikatakan kontroversi ini sehingga akhirnya ia tidak jadi dipotong. "Dengan penjelasan yang diberikan ini, saya berharap agar tiada lagi persoalan atau persepsi negatif yang timbul. Semua babak yang ditampilkan dalam filem ini penting untuk keseluruhan jalan cerita," ujarnya. Laga memaparkan kisah seorang lelaki, Hassan Laga yang diperakui kehebatannya melahirkan anak didik dalam pertandingan sabung ayam. Selama lima tahun, musuh ketat Hassan Laga, Orang Kaya Dasuki (Nasir Bilal Khan) tidak pernah dapat menundukkannya di medan sabung ayam. Tanpa dijangka, dalam satu pertarungan di medan sabung, Orang Kaya Dasuki berpeluang mencabar ketokohan dan mencalar maruah Hassan angkara perancangan paling licik. Dalam pertarungan tersebut, Ayu yang muda dan jelita menjadi cagaran. Selain Wan Hanafi Su, Marsha Milan, dan Nasir Bilal Khan, Laga turut menampilkan lakonan Syazwan Zulkifli, Eman Manan, Datuk Rosyam Nor serta pelakon dari Indonesia, Tyas Mirasih. Biarpun filem ini masih belum lagi ditayangkan di pawagam, ujar Ismail, pihak penerbit sudah merancang untuk menghasilkan Laga 2 dan ketika ini sedang dalam proses menyiapkan skrip. Berbanding dengan filem Laga yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Kangsar, Perak, penggambaran untuk filem sekuelnya itu akan dilakukan di Indonesia dan Thailand. "Setelah melihat keseluruhan hasil filem ini, penerbit merasakan bahawa kesinambungannya perlu dihasilkan. Bagi saya, ini merupakan satu kepercayaan yang diberikan dan saya yakin filem ini akan mendapat sambutan baik daripada penonton," ujarnya. Bimbang Marsha yang turut ditemui semasa majlis berkenaan memberitahu, pada mulanya dia berasa cukup bimbang untuk melakukan babak sedemikian kerana kontroversi yang akan timbul. Bagaimanapun, setelah mendengar segala penerangan yang diberikan oleh pengarah, barulah dia dapat memahami tentang tujuan apabila babak tersebut perlu dilakonkan olehnya dan Wan Hanafi Su. "Saya berasa tidak perlu perkara ini terlalu disensasikan kerana tujuan utamanya adalah untuk memberi gambaran terhadap kebahagiaan antara pasangan hidup suami isteri. "Dalam kehidupan berumah tangga, pastinya memiliki cahaya mata yang paling menjadi keutamaan. Jadi, babak tersebut dipaparkan supaya penonton dapat melihat kesungguhan Hassan dan Ayu untuk memperoleh anak," jelasnya. | |||
Jet Singapura ganggu calon SPM Posted: 15 Nov 2013 04:06 PM PST NUSAJAYA - Selepas sekian lama menyepi, jet-jet pejuang sebuah negara jiran kembali terbang rendah sejak 7 November lalu sehingga menjejaskan tumpuan 62 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang di sini. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azahar Abd. Rahman berkata, pesawat pejuang tersebut dengan bunyinya yang sangat kuat didapati melintasi ruang udara kawasan itu hampir setiap hari kecuali pada hujung minggu. Beliau berkata, lebih menyakitkan hati, adakalanya pesawat tersebut melintasi kawasan tersebut selang beberapa minit sehingga 10 kali sehari bermula pukul 10 pagi hingga petang. | |||
2 penjenayah maut rempuh jengkaut Posted: 15 Nov 2013 04:04 PM PST TASEK GELUGOR - Tindakan dua penjenayah yang cuba melarikan diri daripada diperiksa polis berakhir dengan tragedi apabila mereka maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh sebuah jengkaut dalam kejadian di Ara Kuda di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian pukul 5.45 petang itu berlaku apabila dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan dengan menunggang motosikal secara berasingan mengarahkan suspek berhenti selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di Padang Serai. | |||
Bapa hadiah Mini Cooper, anak dapat 5A Posted: 15 Nov 2013 04:02 PM PST KOTA BHARU - Seorang murid bagaikan memenangi cabutan bertuah apabila dia dihadiahkan sebuah kereta Mini Cooper berharga RM210,000 oleh bapa berikutan kejayaannya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kelmarin. Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Zainab 1, tidak menyangka bapanya, Zukila Deraman, 36, benar-benar menunaikan janjinya apabila dia berjaya meraih kejayaan tersebut. Lebih mengujakan, dia mendapat hadiah itu ketika dia sedang menggenggam slip keputusan UPSR di sekolah. | |||
Posted: 15 Nov 2013 03:57 PM PST TACLOBAN - Kebimbangan akan berlakunya keganasan akibat kekurangan bekalan kemanusiaan di wilayah Leyte yang teruk dilanda bencana Taufan Haiyan semakin hilang semalam. Sebelum ini, banyak berlaku kes tembak menembak dan rompakan akibat daripada kekurangan bekalan makanan, minuman serta kelengkapan ubat-ubatan. Namun, ekoran penghantaran bantuan kemanusiaan dipertingkatkan dan kehadiran anggota-anggota pihak berkuasa yang memburu pencuri, kebimbangan akan berlakunya keganasan disebabkan tidak puas hati dengan keadaan di wilayah tersebut kini semakin lenyap. Menurut Ketua Skuadron Taktik Khas Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), Kapten Jon Shames, sebelum ini ramai mangsa taufan tersebut menyerbu pesawat tentera yang tiba dengan tujuan untuk meninggalkan bandar ini. Namun, kini, katanya, mangsa-mangsa tersebut tidak lagi melakukan serbuan sebaliknya menunggu giliran mereka untuk menaiki pesawat tentera untuk dipindahkan. Bagi menjamin keselamatan bandar Tacloban, menurut jurucakap polis, Wilben Mayor, bilangan anggota polis telah dipertingkatkan menjadi 1,200 anggota yang ditempatkan di bandar ini. Taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina pada 11 November lalu dipercayai telah mengorbankan lebih 10,000 orang. Ia turut mencetuskan ombak tsunami setinggi lima meter Taufan tersebut selaju 315 kilometer sejam dan merupakan antara yang paling kuat di dunia pada tahun ini. Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memetik maklumat daripada kerajaan Filipina semalam yang menyatakan bahawa angka kematian rasmi akibat Taufan Haiyan kini berjumlah 4,460 orang. | |||
Hotel ais ada penggera kebakaran Posted: 15 Nov 2013 03:56 PM PST STOCKHOLM - Sebuah hotel ais yang dibina pada setiap musim sejuk di utara Sweden akan dipasang dengan alat penggera kebakaran pada tahun ini. Ia akan dipasang di hotel itu yang terletak di bandar Jukkasjaervi selepas pihak berkuasa meminta ia dilengkapi alat berkenaan demi keselamatan para tetamunya. "Pada mulanya, kami berasa sedikit terkejut (permintaan memasang alat itu). Namun, sebab-sebab alat itu dipasang adalah kerana terdapat barang-barang yang boleh terbakar seperti bantal, beg tidur atau kulit rusa kutub," kata jurucakap hotel tersebut, Beatrice Karlsson. Hotel itu akan dibuka pada 6 Disember hingga 13 April depan. Bayaran untuk menginap di hotel ais itu ialah dari 1,900 kronor (RM914.88) hingga 7,500 kronor (RM3,612). Para pelancong akan tidur di dalam hotel tersebut di atas katil ais dengan suhu serendah sehingga - 8 darjah Celsius. | |||
Pameran motor, kereta unik di Jerman Posted: 15 Nov 2013 03:55 PM PST ESSEN, Jerman - Pameran motosikal dan kenderaan yang dibuat berdasarkan tempahan khas akan diadakan di sini pada 30 November hingga 8 Disember depan. Seorang pembuat motosikal berdasarkan tempahan khas dari Austin, Texas, Amerika Syarikat, Rafik Kaissi turut menyertai pameran tersebut. Kira-kira 600 buah syarikat akan menyertai Pameran Motor Essen itu. | |||
Penunggang mesti tahu kawal kelajuan Posted: 15 Nov 2013 03:53 PM PST USIA muda bukan penghalang kepada seorang gadis sunti berusia 20 tahun, Nik Nurul Amira Nik Zuhailan atau mesra dengan panggilan Amira, mendekati dunia permotoran. Meminati motosikal berkuasa tinggi sejak di bangku sekolah lagi, Amira sering membonceng motosikal ayahnya, Nik Zuhailan Nik Yusof, 45, yang membawa Triumph Tiger 800cc. "Saya memang minat motosikal berkuasa tinggi dan selalu mengikuti ayah pergi konvoi. Namun, kebiasaannya saya akan membonceng motor ayah apabila pulang ke kampung halaman di Rembau, Negeri Sembilan," katanya. Amira memberitahu, minat mendalam yang dizahirkan akhirnya membuahkan hasil apabila dia dihadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Triump Daytona 675 sempena ulang tahun kelahirannya pada 28 Ogos tahun lalu. Sebaik mempunyai motosikal berkuasa tinggi sendiri, Amira terus mendapatkan lesen dengan menjalani ujian menunggang untuk kelas B (penuh). Menurut Amira, lazimnya dia menunggang motosikal pada hujung minggu dengan rakannya dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti konvoi yang dianjurkan oleh kelab-kelab berkaitan. "Sebelum ini saya ada mengikuti konvoi yang dianjurkan oleh kelab Triumph dan Kawasaki Lady Bikers. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat berkongsi minat yang sama dengan penunggang lain," katanya. Sebagai pemilik dan penunggang motosikal berkuasa tinggi, Amira sedar tentang risiko yang menanti. Mengakui dia pernah jatuh motosikal, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Takdir menyebelahinya apabila dia tidak mengalami kecederaan teruk kerana Amira sudah bersedia dengan pakaian lengkap seperti kasut but sehingga topi keledar penuh semasa menunggang. Namun, selepas insiden tersebut, Amira lebih berhati-hati setiap kali menunggang motosikal kesayangannya itu. Jika Amira hanya menunggang sebagai satu aktiviti riadah pada hujung minggu, berbeza pula Nuzul Syazwan Arnaz Mohd. Shuib. Lebih mesra dengan panggilan Nuzul, 25, dia menggunakan motosikal Kawasaki Ninja 250cc sebagai kenderaan harian ke pejabat. Kurangkan risiko Menurut Nuzul, motosikal berkuasa tinggi adalah pilihan yang terbaik walaupun risiko kemalangan agak tinggi berbanding kereta. Namun, jika diambil dari segi ketepatan dan faktor masa ia lebih relevan. "Penunggang motosikal sentiasa berdepan dengan risiko kemalangan yang besar berbanding kereta. Bagaimanapun, risiko itu boleh dikurangkan jika penunggang bijak membuat persiapan sebelum menunggang. "Persiapan yang saya maksudkan ialah memastikan motosikal berada dalam keadaan baik, memakai pakaian tebal dan tidak mudah koyak serta menggunakan topi keledar penuh," jelasnya. Bagaimanapun, kepada Nuzul, aspek yang paling penting untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ialah sentiasa mengikuti peraturan jalan raya dan tahu mengawal kelajuan motor. Tambahnya, dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia juga mampu berjimat kerana minyak penuh motosikal ini hanyalah RM25, manakala kereta pula RM70. Menurut Nuzul, kesesakan jalan raya di bandar-bandar besar juga antara alasan mengapa dia memilih menunggang motosikal berkuasa tinggi ke tempat kerja. "Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) selalunya akan mengalami kesesakan jalan raya pada waktu-waktu puncak. Jadi, untuk mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, saya menunggang motosikal," jelasnya. Kehebatan mengambil selekoh adalah antara aksi yang paling mengujakan penonton di perlumbaan motosikal bertaraf dunia di litar Sepang, mahupun ketika menunggang secara solo di jalan raya. Namun, di sebalik tepukan gemuruh penonton dan keghairahan si penunggang, motosikal berkuasa tinggi ini juga boleh mengundang padah, malah lebih buruk sehingga meragut nyawa. Namun, risiko itu bukanlah faktor penghalang bagi sesetengah penunggang motosikal berkuasa tinggi apabila kepuasan memulas minyak mengatasi aspek keselamatan diri. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan, pelumba muda pasukan Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah, 19, menyarankan penunggang motosikal berkuasa tinggi mengenali dulu jentera masing-masing sebelum memecutnya di jalanan. Tahap kelajuan "Selain itu, nasihat saya bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar agar memulakan tunggangan dengan motosikal berkapasiti lebih rendah seperti 250cc sebelum membawa kuasa tinggi atau 600cc," katanya. Penunggang kata beliau, perlu bijak dalam mengukur tahap kelajuan motor dengan jarak perjalanan sebagai langkah keselamatan jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku secara tiba-tiba. Kata Hafizh Syahrin, ia sangat penting terutamanya sewaktu ingin memberhentikan motosikal secara mengejut. "Sebagai contoh, jika motor biasa dengan kelajuan sederhana boleh diperlahankan pada jarak 100 meter ke hadapan, motor berkuasa tinggi memerlukan jarak yang lebih jauh," jelasnya. Hafizh Syahrin yang telah berkecimpung dalam sukan bermotor sejak empat tahun lalu dan bermula dengan motosikal berkelajuan 130cc kini melakar nama dalam dunia sukan permotoran. Terbaharu, beliau memperoleh peluang untuk berlumba dalam Kejohanan Dunia Moto2 pada musim hadapan. Menurut Presiden Kelab Kumpulan Harley HogMalaysia, Choo Kai Mun, seseorang yang ingin menunggang motosikal berkuasa tinggi perlu menjalani kursus keselamatan sebelum mengikuti konvoi yang dianjurkan oleh kelab atau organisasi. "Bagi kelab HogMalaysia, kami sering mengadakan seminar keselamatan sebagai langkah meningkatkan kesedaran keselamatan setiap peserta. "Antara aspek yang ditekankan ialah kelengkapan asas seperti jaket kulit, sarung tangan, kasut dan yang paling penting topi keledar penuh," katanya. Mengulas mengenai kemalangan yang sering melibatkan motosikal berkuasa besar, Choo berkata, tragedi itu boleh terjadi jika penunggang tidak fokus dengan tahap kelajuan yang dibawa dan terlalu mengikut perasaan apabila berada pada gear tinggi. "Kejadian ini sering berlaku pada golongan muda yang terlalu seronok memulas minyak tanpa mengambil kira faktor persekitaran. "Jika berada pada jalan berliku atau sibuk, sudah tentu mereka perlu menurunkan gear dan memperlahankan kelajuan," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |