Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Akhirnya Zahida pilih lelaki bujang
- 6 finalis berentap malam ini, siapa juara AF2013?
- Dua Finalis Rebut Gelaran Ratu Rania
- Berhijab Bukan Sebab Ummi Nazeera Tidak Ikut Promosi 'Penanggal'
- 5 Selebriti Promosi Gajet Baharu Samsung
- Marsha: Babak ranjang?
- Dera anak tiga tahun hingga mati
- Seronok dapat hadiah selepas bersunat
- Melayu paling ramai rempit
- 'Internet bukan cikgu'
- RM13,000 beli buah perah
- Kerdil bukan penghalang
- KRKB agih dividen sembilan peratus
- Kulit menipis setiap hari
- Zul Ariffin mudah terkejut
- Nadia bukan anak emas
- Kilafairy mahu sembunyi
- Rozita, Zain bergambar kahwin di Bali
- Tasha Shilla tidak hilang populariti
- Gadis hina restoran mohon maaf
- Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba
Akhirnya Zahida pilih lelaki bujang Posted: 16 Nov 2013 08:52 PM PST ZAHIDA RAFIK sepi di lapangan karier seni namun namanya seringkali terpalit dengan kisah-kisah panas. Persoalan tentang hidup mewah hasil tajaan orang kenamaan yang sering ditujukan kepadanya kini bagai sudah berakhir. Pada usia 38 tahun, Zahida tidak perlu membuktikan dari mana kemewahan yang dimiliki sementelah dia sendiri menceburi bidang perniagaan kecantikan dan makanan sejak sekian lama. Khamis lalu, Zahida mengejutkan banyak pihak apabila secara terus-terang membuka kisah cintanya yang sudah berlangsung sejak lapan tahun lalu. Jauh daripada segala spekulasi yang mendakwa Zahida mempunyai hubungan sulit dengan suami orang, pelakon yang pernah dikenali menerusi filem Anak Mami The Movie turut membuat pengakuan untuk berkahwin pada tahun depan namun bakal suaminya itu bukanlah orang politik. Lelaki yang digambarkan sebagai ahli perniagaan yang berasal dari Johor itu juga bukanlah berstatus suami ataupun duda. "Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak lapan tahun lalu. Insya-Allah kami juga merancang berkahwin pada tahun depan. "Tidak perlulah saya dedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Dia juga baru berumur 41 tahun, masih bujang dan bukan suami orang," jelas Zahida yang ditemui dalam majlis Baby Shower Betty Benafe di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Masih berahsia tentang lelaki yang sudah menakluk hatinya itu, kata Zahida, biarlah perkara itu hanya diperkenalkan kepada umum apabila tiba waktu yang tepat. Menyimpan kisah peribadi bukan untuk tatapan umum, Zahida ternyata seorang berahsia. Jika tidak, masakan teman baiknya sendiri, Datin Paduka Umie Aida turut melahirkan rasa terkejut sebaik sahaja pengakuan Zahida itu hanya diketahui dari dada akhbar. "Saya agak terkejut dengan pengakuan Zahida, memang kami kawan rapat tetapi setakat ini dia tidak pula bercerita tentang perancangannya untuk berkahwin. Saya pun tahu berita ini setelah membaca dari surat khabar. Apa-apa hal, sebagai kawan, saya berdoa agar segala perancangan Zahida akan berjalan lancar. Saya tumpang gembira untuk dia," jelas Umie sebaik sahaja diminta mengulas mengenai khabar gembira teman baiknya. | ||
6 finalis berentap malam ini, siapa juara AF2013? Posted: 16 Nov 2013 08:48 PM PST Kejutan yang paling besar adalah apabila duo Azhael gagal mara ke peringkat akhir AF2013 kerana mendapat undian terendah pada minggu lalu dengan keputusan undian hanya 15.83 peratus. Namun begitu, kesedihan peserta duo dari Kuala Lumpur itu tidak lama kerana mereka kini kembali ke AF2013 selepas mendapat undian tertinggi AFMASUK yang telah dibuka sejak 12 November lalu. Talian AFMASUK telah dibuka selama 24 jam dan ditutup tepat jam 9.30 malam, 13 November. Menerusi undian AFMASUK itu, Azhael telah mendapat undian tertinggi dari peminat, sekali gus membolehkan mereka diserap kembali ke AF2013. Kemasukan Azhael itu seterusnya menyaksikan enam finalis terbaik terus mara bagi merebut gelaran juara. Konsert akhir AF2013 di jadual berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur mulai jam 9 malam. Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104). Pada minggu akhir ini, setiap pelajar akan menyanyikan dua lagu berupa lagu wajib pilihan tenaga pengajar dan sebuah single yang diciptakan khas oleh komposer terkenal buat mereka. Indah jadikan batu loncatan Seperti yang diketahui, sebelum menyertai AF, Indah sudah punya album sendiri bersama SRC Records yang berjudul Indah Ruhaila. Namun begitu, dia tidak menganggap perkara itu sebagai batu loncatan buat dirinya sebaliknya program realiti itulah yang lebih membantu serta menjadi platform buat dirinya dikenali. "Saya amat bersyukur kerana masih mampu melangkah ke peringkat akhir. "Secara jujurnya, saya tidak pernah terfikir soal undian yang saya peroleh pada setiap minggu dan juga tidak akan kecewa andai tersingkir. "Namun apabila mampu sampai ke peringkat ini, ia sendiri satu kejutan buat diri saya," katanya yang akan menyanyikan lagu Jagalah Diri nyanyian asal Jaclyn Victor dan lagu baharu, Percayalah You're Always In My Heart. Aisyah tumpang tuah Aliff Aziz? Tatkala senarai nama bintang AF2013 diumumkan, nama Aisyah menjadi perhatian ramai kerana dia adalah adik kepada penyanyi popular, Aliff Aziz. Atas sebab itulah jugalah, Aisyah disifatkan meraih undian tertinggi pada setiap minggu kerana mendapat bantuan daripada populariti abangnya itu. "Sebelum ini pun, saya tidak pernah memberitahu yang Alif Aziz adalah abang saya, cuma perkara itu tiba-tiba tersebar luas. "Malah, juri juga pilih saya bukan kerana saya ini adalah adik kepada Alif Aziz," jelasnya yang akan membawa lagu baharu, Mimpi ciptaan sepenuhnya Faizal Tahir dan lagu Datuk Siti Nurhaliza, Lebih Indah. Dalam pada itu, Aisyah memberitahu, dia juga sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam industri seni. "Persediaan itu mungkin lebih ke arah mental," katanya sambil memberitahu dia akan membuat satu kelainan dalam konsert akhir berkenaan. Faizul janji yang terbaik Sekiranya, duo Azhael tidak dimasukkan kembali, pasti saja Faizul menjadi satu-satunya 'kumbang' dalam finalis ini. Walaupun begitu, Faizul sempat memberi 'amaran' dan berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik menjelang konsert akhir nanti. "Jaga-jaga ya kawan-kawan! Saya akan buat persembahan yang 'kaw kaw' nanti. Tunggu dan lihat saja nanti," katanya sambil ketawa. Faizul akan menyanyikan lagu Hanyut, nyanyian asal Faizal Tahir dan lagu baru Sepasang Sayap, ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari. Sementara itu, duo Azhael pula akan menyanyikan lagu Penglipur Lara, nyanyian asal oleh Hazama dan sebuah lagu baharu berjudul Hentian Terakhir. Amira jaga stamina Pernah berada di kedudukan terbawah dan hampir disingkirkan namun tidak dilepaskan oleh pihak AF2013 membuatkan Amira berasa sangat bersyukur. "Apa yang saya perlu buat kini adalah meningkatkan stamina agar dapat memberikan persembahan yang terbaik nanti," katanya. Katanya, apa yang penting sekarang adalah tahap kesihatan yang memuaskan agar tidak mengganggu persiapan. Selain itu, dia juga gembira kerana berpeluang berkongsi pengalaman dengan Inspirer yang dipilih. "Kami semua selesa dengan Inspirer. Mereka sangat profesional di samping berkongsi pengalaman," katanya yang akan menyanyikan lagu Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor dan lagu baharu Sesaat Untukku. Nabila tak layak? Kejayaan Nabila hingga ke peringkat akhir AF2013, menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat. Malah, ada sebilangan peminat berpendapat Nabila tidak seharusnya layak ke konsert akhir. Bukan itu saja, Nabila juga pernah menerima mesej ancaman bunuh melalui akaun sosial rasmi Facebook AF2013. Namun bagi Nabila, semua kejadian itu tidak langsung melunturkan semangatnya sebaliknya menjadikan dia lebih bersiap sedia untuk menghadapi industri selepas AF2013 tamat. "Jika dalam AF, kita hanya dikelilingi oleh kelompok sendiri tapi apabila di dunia luar, cabaran itu lagi besar. Saya harus mempersiapkan diri dari segi mental. Lagipun perjalanan saya masih panjang," katanya. Di kala menghadapi persiapan akhir, Nabila cuba meningkatkan staminanya selain sentiasa mengikuti kelas vokal bersama cikgu Shafi. Malam ini, Nabila akan menyanyikan lagu Seandainya Masih Ada Cinta oleh Dayang Nurfaizah dan sebuah lagu baharu ciptaan Zul Mahat dan liriknya oleh Habsah Kamis berjudul Katakan Saja. | ||
Dua Finalis Rebut Gelaran Ratu Rania Posted: 16 Nov 2013 08:47 PM PST PETALING JAYA: Dua peserta akhir iaitu Normazuraida Zakaria (Aida), 34, dan Rosnawati Bachok (Watie), 37, bakal merebut gelaran juara Ratu Rania pada 20 November ini. Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri iaitu Rizalman Ibrahim, Rozita Che Wan dan Ziana Zain. "Program Ratu Rania secara tidak langsung membantu meningkatkan daya keyakinan diri dan keterampilan di kalangan peserta. "Maka mereka akan dinilai mengikut tiga kriteria utama iaitu keyakinan diri, keluasan pengetahuan am dan berpersonaliti menarik," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online. Seramai empat peserta telah bersaing pada episod pusingan separuh akhir yang telah ditayangkan pada 13 November lalu. Episod kemuncak program pencarian ikon wanita moden itu pula akan ditayangkan secara eksklusif pada 20 November ini, pukul 9.30 malam di Astro Prima (105). Juara Ratu Rania akan membawa pulang hadiah utama yang bernilai RM50,000 termasuk wang tunai RM25,000 beserta kontrak setahun iklan cetak dan eletronik Kempen Safi dan barangan produk Safi Rania bernilai RM3,000. Naib juara pula akan memenangi kontrak setahun iklan cetak dan eletronik Kempen Safi dan barangan Safi Rania bernilai RM2,000. Tempat ketiga akan membawa pulang hadiah bernilai RM6,000 termasuk wang tunai RM5,000 beserta barangan produk Safi bernilai RM1,000. Manakala hadiah sagu hati pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta barangan produk Safi bernilai RM 800. Program Ratu Rania dikendalikan oleh pengacara dan pelakon popular Dynas Mokhtar. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.astrogempak.com.my. | ||
Berhijab Bukan Sebab Ummi Nazeera Tidak Ikut Promosi 'Penanggal' Posted: 16 Nov 2013 08:46 PM PST PETALING JAYA: Ketiadaan Ummi Nazeera dalam mempromosikan filem Penanggal di beberapa lokasi tidak ada kaitan dengan perubahan imejnya yang dikatakan sudah berhijab. Pengarahnya, Elly Suriaty berkata, walaupun imej Ummi dalam filem tersebut tidak bertudung serta berkemban, namun dia percaya Ummi seorang profesional dan ketiadaannya itu adalah disebabkan wanita itu kini sibuk dengan pengajiannya di Australia. "Saya difahamkan Ummi tidak terlibat dengan sebarang promosi filem ini kerana dia masih belajar di Australia dan ia langsung tidak ada kena mengenai mengenai penghijrahannya seperti yang diperkatakan ramai. "Lagipun saya percaya Ummi profesional dan selagi saya tidak nampak di depan mata sendiri mengenai perubahannya (berhijab), saya juga tidak boleh cakap sebarangan," katanya kepada mStar Online. Tambah Elly, dia menyifatkan Ummi memiliki bakat lakonan yang luar biasa apabila wanita itu berjaya melakonkan watak Murni dalam karya sulungnya iaitu Penanggal. Beritahu isteri kepada aktor Azri Iskandar, penghayatan Ummi dalam watak utama sebagai hantu penanggal itu juga telah memberikan impak terbaik dalam filem tersebut memandangkan ia merupakan watak berat antara semua karaktor. "Menghasilkan filem Penanggal ini, sebelum memulakan pre-produksi lagi saya mencari pelakon yang mampu memberi sepenuh jiwa dalam watak Murni ini dan Alhamdulillah Ummi berjaya melaksanakan tugasnya seperti yang saya inginkan. "Apa yang dapat dilihat, Ummi memiliki bakat lakonan yang luar biasa. Dia benar-benar menjiwai wataknya itu sebaik mungkin," katanya. Penanggal berkisarkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng (Normah Damanhuri) dan dia terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk mencari pelindungan Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam filem itu termasuklah Fasha Sandha, Azri Iskandar dan Datuk Sharifah Aini. | ||
5 Selebriti Promosi Gajet Baharu Samsung Posted: 16 Nov 2013 08:45 PM PST PETALING JAYA: Seramai lima selebriti tempatan iaitu Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Siow Hui Mei dan Jason Phang terlibat mempromosikan gajet terbaharu daripada Samsung Malaysia Electronic iaitu Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear di pusat beli belah One Utama di sini pada Sabtu. Pada acara tersebut, para selebriti ini meluangkan masa mereka bersama peminat menceritakan cara penggunaaan dua gajet berkenaan yang akan menjadi kegilaan ramai nanti. Farid berkata, selepas dua minggu mencuba Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear, dia sudah mula menyukai gajet tersebut terutamanya bagi Galaxy Gear yang berbentuk jam tangan itu. "Saya seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja serta pelbagai aktiviti sukan. Dengan adanya Galaxy Gear ia sedikit sebanyak memudahkan lagi untuk saya dalam mengendalikan gajet itu," katanya kepada mStar Online. Intan pula berkata, memandangkan dia seorang yang obses berkaitan dengan teknologi gajet terbaharu, peluang mempromosikan dua produk terbaharu itu membuatkan dia cukup teruja. "Siapa yang tidak sukakan gajet? Ia memberikan kepuasan yang berlainan di zaman serba moden ini. Penyertaan saya mempromosikan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear kepada peminat adalah perkara yang menyeronokkan," ujarnya. Dalam pada itu, Yana pula seronok berkongsi ilmu dalam mengendalikan gajet-gajet tersebut kepada pengunjung yang hadir. Sementara itu,Ketua Bahagian Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics (SME) Vincent Chong Weng Kai berkata kehadiran para selebriti itu telah memeriahkan lagi suasana pada acara tersebut, malah lebih ramai pengunjung dilihat terdiri daripada peminat selebriti masing-masing. "Pendekatan membawa selebriti ke tapak promosi sememangnya memeriahkan lagi suasana kerana pengunjungb yang hadir kebanyakannya terdiri daripada para peminat. "Selain itu, ia juga membuatkan pihak kami lebih mudah mendekati penggemar gajet untuk menceritakan kehebatan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear," tuturnya. | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:44 PM PST
Begitulah yang dilalui oleh penyanyi yang juga pelakon, Marsha Milan Londoh apabila adegan 'panas' melibatkan dia dan Wan Hanafi Su dalam filem Laga, arahan Ismail Yaacob menimbulkan kontroversi. Ini kerana Marsha dikatakan sangat berani mendedahkan sebahagian dadanya dan menjayakan adegan ranjang. Ramai yang berpendapat pelakon muda itu sanggup berbuat demikian kerana terdesak ingin mengecap populariti kembali seperti dulu sekali gus mahu penerbit lain melihat potensi dan keberanian yang ditunjukkannya. Bagaimanapun, aktres kelahiran borneo ini menyangkal kenyataan itu. Katanya, tidak timbul soal ingin populariti kembali seperti dulu, atau dia terdesak berbuat begitu semata-mata ingin penerbit lain mengambilnya untuk berlakon selepas ini. "Saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kolot sesetengah orang. Bagi saya, lakonan itu mempunyai seni tersendiri yang tidak mampu ditafsirkan dengan mudah atau dilihat dengan mata kasar. "Pada dasarnya, saya sudah diberitahu oleh pengarah Laga, tentang adegan ini. Awal-awal lagi saya sudah berbincang tentang teknik pengarahan untuk babak ini. "Sebenarnya, babak ini dihasilkan berpaksikan kepada jalan cerita. Bukan sengaja diwujudkan bagi mempopularkan filem ini bagi meraih 'box-office' atau sebagainya," katanya pelakon yang pernah popular dengan drama televisyen internet Kerana Karina ini. Menurutnya, jika sesiapa sahaja yang menonton filem ini dan memahami plot keseluruhan cerita, maka baru akan tahu mengapa perlu dan pentingnya adegan ini. Pelakon berketurunan Kadazan-Dusun meminta orang ramai tidak melatah atau membuat andaian sendiri hanya kerana babak ini. "Sebagai pelakon, saya puas dapat merealisasikan watak ini seperti yang dikehendaki oleh pengarah. Saya tidak mahu memandang hal ini sebagai satu tembok untuk saya memperbaiki mutu lakonan saya. "Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada orang seperti saya yang ingin meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa," katanya yang tidak nampak adegan itu sebagai kesalahan besar kerana mengikut prosedur lakonan. Sorok identiti kekasih Dalam pada itu, kisah percintaan Marsha kembali menjadi perhatian apabila bekas kekasih Kefli AF ini sekali lagi memilih jejaka Melayu sebagai pasangan. Biarpun berusia dua tahun lebih muda darinya, namun Marsha tidak menganggap ia sebagai satu halangan mereka menjalinkan hubungan yang lebih serius. "Saya suka lelaki yang matang dan bersifat pelindung kepada pasangannya. Saya kenal dia pun dah lama, lebih kurang tujuh tahun. Tapi baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang lebih serius. "Bagaimanapun atas pengalaman lalu, saya tidak mahu dedahkab identitinya sehinggalah hubungan kami benar-benar pasti. Maksud saya ke alam perkahwinan, " katanya. Di tebak bilakah dia mahu menamatkan zaman bujang memandangkan akan menginjak ke usia 28, tahun depan, Marsha berkata dia tidak mempunyai sebarang sasaran ke arah itu. "Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai. Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya," jelasnya. Masih menyanyi Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Marsha berkata, dia baru saja muncul dengan single terbaru, Jujur Bilang Cinta yang juga hasil ciptaannya sepenuhnya. Menurut Finalis Akedemi Fantasia musim ketiga ini, dia akan terus mempromosikan Jujur Bilang Cinta dan sebuah lagi singlenya yang berjudul Bebaskan. Katanya, walaupun dia banyak terlibat dalam dunia lakonan, namun, nyanyian adalah merupakan prioritinya. "Saya tidak mahu mensia-siakan kebolehan bermain piano dengan menghasilkan lagu dan lirik sebagai kelangsungan saya sebagai anak seni. "Saya juga sering diundang menjayakan persembahan korporat yang tidak mendapat liputan media. Mungkin kerana itu, ramai menganggap saya sudah tidak aktif dalam bidang nyanyian, sedangkan hakikatnya saya mempunyai minat yang mendalam untuk merancang kerjaya nyanyian saya. "Saya juga sedang berjinak-jinak dengan dunia penggubahan lagu sekarang dengan menghasilkan beberapa buah lagu untuk dinyanyikan sendiri atau diberikan kepada penyanyi lain yang berminat. Saya akan merakam lagu ciptaan saya hujung bulan ini di Jakarta dengan Randy Pangalila bertanggungjawab sebagai pengubah muzik ," katanya yang sangat meminati dunia nyanyian. Selain itu, Marsha terlibat dalam filem animasi terbitan Walt Disney Studios bertajuk Frozen: Anna & Permaisuri Salji yang mana suaranya digunakan untuk watak Elsa. "Menariknya, saya diberi peluang keemasan untuk menyanyikan lagu tema filem ini yang alih bahasa Melayu, Bebaskan. Dalam versi Inggeris, lagu ini dinyanyikan oleh Demi Lovato berjudul Let It Go," katanya. Sementara itu, filem lakonannya, Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 nanti. Selain tiga lagi filemnya bakal ditayangkan pada tahun sama iaitu 7UJUH, Juanita dan Pak Pong. Marsha juga mahu menceburi bidang perniagaan. Katanya, dia bersama seorang teman baiknya yang sudah memulakan rancangan menghasilkan t-shirt sendiri. Dimana t-shirt itu yang menampilkan variasi corak menarik yang tidak seperti t-shirt biasa yang dijual di pasaran. Katanya, setiap corak yang dihasilkan adalah hasil idea perkongsian bersama dan rakan baiknya. "Kalau tiada aral, tahun depan rasanya perniagaan menjual t-shirt ini akan direalisasikan. Dan saya akan menjualnya secara online saja," katanya yang turut merancang untuk membuka sebuah kafe bersama keluarganya di Sabah tidak lama lagi. | ||
Dera anak tiga tahun hingga mati Posted: 16 Nov 2013 08:40 PM PST
Mangsa, Putri Nur Qristina Balqis Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas dibawa ke Hospital Besut oleh ibunya dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut jam 8 malam. Terdahulu, difahamkan ibu mangsa yang berusia 23 tahun berjalan kaki sejauh 500 meter dari rumahnya sambil mendukung mangsa yang sudah tidak bergerak untuk meminta bantuan di pejabat JPAM. Ibu mangsa ke JPAM ditemani seorang ibu tunggal yang merupakan keluarga angkatnya, iaitu tempat wanita terbabit dan anaknya itu tinggal. Menurut sumber lagi, ketika sampai di pejabat JPAM, ibu mangsa tidak bercakap banyak dan mengatakan anaknya terjatuh, sambil meminta bantuan menghantar anaknya ke hospital. "Mangsa yang sudah tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Besut bersama ibunya dan sebaik tiba di hospital, kanak-kanak malang itu disahkan telah meninggal dunia. "Saya lihat pada badannya memang ada kesan lebam-lebam, manakala ibunya tidak banyak bercakap," dakwa sumber itu lagi. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan menerima laporan daripada Hospital Besut berikutan kematian kanak-kanak perempuan itu. Menurutnya, pihak hospital telah membuat laporan polis di Balai Polis Jertih selepas pemeriksaan fizikal ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat beberapa kecederaan dan kesan lebam, seperti lebam di dahi dan pipi serta luka di bawah mata sebelah kanan. "Pemeriksaan doktor juga mendapati ada lebam biru di belakang badan mangsa," katanya. Menurutnya, polis belum boleh mengklasifikasikan kes itu sebagai kes dera sebelum menerima laporan bedah siasat daripada pakar forensik petang semalam. Kata beliau, jenazah Putri Nur Qristina Balqis dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat oleh pakar forensik dari Kuantan, Pahang bagi mengetahui punca kematian. Menurutnya, ibu mangsa yang tidak bekerja beralamat di Kluang, Johor telah dipanggil untuk diambil keterangan dan sehingga petang semalam, belum ada sebarang tangkapan dibuat. "Polis akan menunggu keputusan bedah siasat dan akan bertindak berdasarkan laporan tersebut serta memastikan undang-undang ditegakkan," katanya. Kamaruddin berkata, mangsa yang merupakan anak tunggal dan ibunya, tinggal bersama keluarga angkat yang juga seorang ibu tunggal lima anak, termasuk seorang anak OKU. Menurutnya, ibu mangsa dan ibu tunggal tersebut juga tidak mempunyai pekerjaan tetap. Ujar beliau, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan. Kamaruddin bagaimanapun menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum hasil bedah siasat diketahui. | ||
Seronok dapat hadiah selepas bersunat Posted: 16 Nov 2013 08:32 PM PST
Aiman Zafir yang baru sahaja berusia tiga tahun memberitahu kepada Sinar Harian selepas berkhatan, dia tidak sabar mahu bermain dengan kereta baru. Menurutnya, dia sendiri tidak sabar untuk berkhatan dengan kawan-kawan lain yang lebih besar dan berusia darinya. "Saya tak takut kerana ada kawan-kawan dari sekolah saya dan kawan-kawan dari rumah yang juga datang bersunat," katanya. Dia bersama dengan hampir 100 kanak-kanak ditemui di Masjid Daerah Barat Daya ketika program berkhatan beramai-ramai Parlimen Balik Pulau. Hadir sama, Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad yang merasmikan program berkenaan. Selain Aiman, rakannya, Mohd Anis Haikal, 6, berkata, emaknya ada juga menjanjikan untuk memberi hadiah sekiranya dia bersunat. Tetapi niat utama kerana mahu menunaikan permintaan bapanya. "Ayah kata saya kena berkhatan sebab selalu ikut ayah pergi tahlil. "Saya tak faham kenapa, tetapi ayah kata nanti dapat lebih pahala," katanya. Bagi Daniyal Hassan, 8, tahun pula mengakui emaknya akan memberi duit sekiranya dia berkhatan bersama dengan rakan-rakan yang lain. "Hari ini saya ada datang dengan kawan-kawan lain juga," katanya yang jelas kelihatan agak berdebar. | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:29 PM PST
Ketua Program Kem Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa), Universiti Kebangsaaan Malaysia, Prof Madya Dr Rozmi Ismail berkata, pelumba tersebut kebiasaannya datang dari keluarga yang mempunyai taraf ekonomi rendah dan tinggal di kawasan miskin atau kos rendah sama ada di bandar atau pinggir bandar. "Malah golongan yang lebih dikenali sebagai Mat Rempit ini ketinggalan pelajaran, kebanyakannya belajar sehingga usia 16 tahun dan bekerja sebagai antaranya 'office boys', penghantar surat, operator pengeluaran, mekanik, penjual burger dan pembantu jualan. "Mereka terlibat gejala rempit termasuk bagi memenuhi masa lapang, berhibur, mencari aktiviti mencabar, menunjukkan aksi akrobatik untuk menjadi hero, melepaskan tekanan dan kemarahan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan kertas kerja dalam seminar Keselamatan Jalan Raya sempena Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-54 di sini, semalam. Rozmi berkata, kajian itu dilakukan terhadap empat kumpulan peserta berasingan melalui pemerhatian, tinjauan dan temu ramah dari Mei 2010 hingga Jun 2012. Beliau antara enam pembentang kertas kerja selain Penasihat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Suret Singh di hadapan kira-kira 300 peserta seminar berkenaan. Wakil dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Sirim, Jabatan Pengangkutan Jalan, Petronas StreetSmart dan Jabatan Peserta turut membentangkan kertas kerja antaranya mengenai pengurusan keselamatan jalan raya dan perlaksanaan kurikulum pendidikan pemandu baharu berteraskan hasil pembelajaran. | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:24 PM PST
Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata, bukan teknologi itu yang mempengaruhi kehidupan golongan ini, tetapi masyarakat sekeliling seperti ibu bapa dan guru adalah antara penyebab utama mereka berubah sikap. "Internet bukan cikgu yang mengajar mereka bertindak demikian, sebaliknya ajaran daripada ibu bapa dan guru menyumbang ke arah personaliti remaja ini sama ada baik ataupun buruk. "Sebagai contoh, jika diberi pisau kepada budak kecil, mungkin mereka boleh mencederakan diri sendiri kerana tidak memahami bahaya terhadap pisau berkenaan. "Begitu juga dengan internet yang kita sering gunakan. Jika tiada panduan orang dewasa, mungkin mereka akan melayari laman sosial yang tidak elok," katanya ketika Program Quratul Aini Li Abi Wa Ummi anjuran felda Wilayah Kuantan dan Yayasan Pelajaran Mara di Dewan Kipsas di sini semalam. Seramai 500 murid-murid tahun enam daripada 37 rancangan dan 32 buah sekolah sekitar Wilayah Kuantan hadir. Hadir sama, Pengurus Besar Felda Wilayah Kuantan, Rahimi Abd Ghani. Ustaz Don berkata, masyarakat hari ini perlu membuang sikap pentingkan diri sendiri kerana akan memudaratkan generasi akan datang. Menurutnya, ibu bapa adalah tunggak utama ke arah akidah anak-anak dan tidak sewajarnya menyerahkan tugasan tersebut kepada guru semata-mata untuk mendidik. "Jika semua lapisan masyarakat memahami akan peranan dan tanggungjawab mereka, saya yakin kehidupan rakyat di negara ini jauh lebih baik daripada yang kita harapkan. "Sikap negatif mereka hari ini telah dicemari oleh tangan-tangan orang dewasa. Justeru itu, saya harap, pengisian rohani kanak-kanak ini diterapkan dari kecil dan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab kita harus sedar dari sekarang," katanya. | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:20 PM PST
Menurutnya, buah perah biasanya tumbuh liar di hutan Hulu Tembeling dan Taman Negara Kuala Tahan, Pahang, selain kepayang, kedondong, ara, mencepu, kerdas serta beberapa jenis buah hutan lain yang jarang terdapat di negeri lain. "Bagaimanapun, hanya buah perah menjadi makanan harian dan laris untuk dikomersialkan di Terengganu khususnya pada musim tengkujuh, selain turut dijual di pasar pagi atau pasar malam di sekitar kawasan Bukit Payung dan Marang," katanya ketika ditemui di Pasar Bukit Payung, di sini. Dalam pada itu, Fatimah berkata, buah perah memang memabukkan jika dimakan mentah dan ia perlu diproses terlebih dahulu untuk menghilangkan getah atau kesan sampingan lain agar tidak memudaratkan kesihatan, selepas menerima bekalan buah tersebut daripada pembekal. Menurutnya, buah itu akan direndam di dalam air untuk menghilangkan getahnya dan dicampurkan dengan garam serta asam gelugur lebih kurang dua minggu menerusi proses dikenali sebagai 'jeruk' atau 'peram', sebelum dapat dijual. "Cara menjeruk buah ini sehingga dua minggu, lebih selamat dimakan dan rasanya rangup serta sedap seperti kacang rebus. Buah yang siap dijeruk, dijual dengan harga RM5 bagi setiap 300 gram," katanya. Fatimah yang berniaga buah perah sejak 28 tahun lalu berkata, biasanya bekalan buah perah diterima daripada pembekal sebanyak 2,500 kilogram itu, habis dijual dalam tempoh dua bulan iaitu sepanjang musim tengkujuh melanda negeri ini. | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:19 PM PST
Bagi seorang juruteknik komputer berasal dari Felda Jengka 20, Ahmad Ridzuan Abdullah, 19, berkata, saiz pendek dengan tinggi hanya 127 sentimeter menyebabkan dia sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan ketika di bangku sekolah dahulu. Menurutnya, seperti peribahasa 'alah bisa tegal biasa', ejekan itu sudah lali bagi dirinya yang menganggap ia satu gurauan mesra rakan sebaya. "Malah ibu bapa saya sendiri berpesan agar tidak ambil peduli dengan ejekan pendek, kerdil atau bantut sebaliknya membalas dengan senyuman. "Dulu memang malu dan cukup segan mahu bergaul dengan orang ramai namun lama-kelamaan semua itu dapat saya atasi," katanya ketika ditemui pada kejohanan Futsal Orang Kerdil Kebangsaan, di sini. Turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu, dua pelakon kerdil popular iaitu Badrul Shah Abdul Manan, 31, mewakili pasukan Kuala Lumpur dan Mohd Afiq Fikri Firdaus Ibrahim, 26, bagi pasukan Terengganu. Menurut Badrul Shah, orang kerdil perlu keluar dari dunia mereka dan berkeyakinan terhadap keupayaan sendiri dengan mencari kelebihan masing-masing. Katanya, golongan itu hanya berbeza dari segi saiz dan terbatas untuk melakukan sesuatu yang mempunyai kaitan dengan ketinggian. "Namun yang lain sama seperti orang lain maka mereka tidak perlu rasa rendah diri kerana ada antara kami yang terlibat dalam pelbagai profesion termasuk profesional," katanya. Sementara itu, Mohd Afiq berkata, orang kerdil diminta berdaftar dengan Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar dapat memanfaatkan masa dengan berinteraksi dengan rakan-rakan lain atau mengambil bahagian dalam aktiviti dijalankan pertubuhan," katanya. | ||
KRKB agih dividen sembilan peratus Posted: 16 Nov 2013 08:16 PM PST
Pengerusi Ahli Lembaga KRKB, Mohd Sabri Abdullah berkata, pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai kepada 1,067 ahli yang layak menerima. Menurutnya, ia adalah hasil keikhlasan melabur dalam perniagaan yang berkat iaitu Ar-Rahn yang membebaskan ummah daripada amalan riba. "Kejayaan mengagihkan jumlah dividen ini adalah hasil keuntungan aktiviti Ar-Rahn dengan kerjasama Permodalan Kelantan Berhad (PKB) berjumlah RM253,459.17 dengan nilai pelaburan RM1.8 juta bagi tahun kewangan kali ini. "Kejayaan ini sebagai merealisasikan objektif penubuhan utama KRKB iaitu berkongsi keuntungan dalam perniagaan berlandaskan syariah untuk manfaat rakyat kini tercapai," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan KRKB kali kedua. Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, Annuar Mohd. Mohd Sabri berkata, jumlah modal saham terkumpul sehingga Julai tahun ini ialah RM1.8 juta dengan jumlah ahli koperasi berdaftar seramai 2,332. "Daripada jumlah saham ini, RM1.8 juta dilaburkan dalam perniagaan Ar-Rahn iaitu bersamaan dengan pegangan ekuiti sebanyak 36.6 peratus. "Bagi tahun kewangan 2013, mencatatkan peningkatan 57 peratus berbanding tahun sebelumnya," katanya. Mohd Sabri berkata, sebagai koperasi yang baru menginjak usia dua tahun, kejayaan memberi dividen yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya kepada ahli, bukti KRKB mempunyai potensi berkembang dengan lebih maju lagi pada masa hadapan. "Secara tidak langsung, ia akan memberi keyakinan kepada ahli untuk menambah pelaburan dan menarik lebih ramai ahli baru. "Bagi tahun kewangan 2014, saya menyasarkan modal saham dapat ditingkatkan kepada RM10 juta dan jika ia dicapai, jumlah dividen akan bertambah 10 peratus," katanya. | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:14 PM PST
Ibunya, Fatimah Jusoh, 70, berkata, Fakrulrazi mengalami masalah kulit menggelupas selepas setahun dilahirkan, bermula apabila bahagian tangannya mengalami kecederaan sebelum menggelupas, seterusnya melarat ke seluruh badan hingga kini. Menurutnya, apabila penyakit kulit dialami anak bongsunya itu menjadi semakin teruk, badannya akan ditumbuhi kudis, bernanah dan apabila digaru kulitnya akan luka, berdarah serta menyebabkan kesan yang teruk pada badannya. "Penyakitnya bertambah melarat jika dia makan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur atau apabila menerima alahan daripada sesuatu keadaan pencemaran," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Marang di sini. Fatimah berkata, akibat penyakit itu, Fakrulrazi banyak menghabiskan masa dengan berada di rumah, malah pembesarannya turut terganggu apabila keadaan fizikalnya tidak berubah dan kelihatan seperti kanak-kanak walaupun berusia 27 tahun. Ikhtiar pelbagai cara Apabila ditanya mengapa tidak dibawa ke pakar kulit, Fatimah berkata, sudah puas dia dan suami Mohd Nor Hussin, 74, membawa anaknya berjumpa pakar kulit namun penyakitnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan positif untuk pulih. "Sudah banyak tempat juga kami bawanya berubat. Kami juga membawanya berjumpa doktor pakar kulit di Kuala Lumpur ketika Fakrulrazi masih kecil dan diberikan pelbagai jenis ubat termasuk sabun dan syampu khas untuk mandi. "Luluh hati kami melihat penderitaannya tetapi kami tidak akan berputus asa untuk mengubati penyakitnya itu. Fakrulrazi adalah anak bongsu daripada 10 beradik. Setakat ini anak-anak dan ahli keluarga lain banyak membantu," katanya. Menurut Fatimah, walaupun Fakrulrazi turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, namun perbelanjaan itu tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan ubat-ubatannya. "Lebih membimbangkan, dia (Fakrulrazi) terpaksa berhadapan dengan kemungkinan hilang keupayaan seluruh badan termasuk serangan pada bahagian organ dalaman kerana kulitnya semakin menipis setiap hari akibat penyakit dialaminya itu," katanya. Ingin pulih dan bekerja Dalam pada itu, Fakrulrazi ketika ditanya mengenai masa depannya, pemuda bertubuh kanak-kanak itu tetap menyimpan impian untuk pulih bagi menjalani kehidupan normal dan dapat bekerja seperti pemuda lain yang seusianya di masa akan datang. "Ada doktor yang ditemui kata penyakit ini adalah penyakit keturunan tetapi tiada ahli keluarga mahupun adik-beradik saya yang lain menghidapi penyakit ini, kalau boleh saya juga mahu penyakit ini pulih dan hidup seperti orang lain," katanya. Menyerah keadaan dirinya kepada takdir, Fakrulrazi berkata, jika penyakit itu berjaya pulih serta diubati dia juga berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dan menjalani kehidupan berkeluarga walaupun sudah menderita sejak 26 tahun yang lalu. Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi talian 01114938617 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional, 11105-29-83058188-5 (Mohd Nor Hussin). | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:06 PM PST KONTROVERSI pernah memamah nama Zul Ariffin. Ketika itu, dia baru sahaja hendak bertatih mengenal mukadimah jurnal seninya. Selepas empat tahun, hari ini lelaki bersosok tegap dari Taiping, Perak itu semakin dikenali atas kredibiliti kerja dan bukannya kisah peribadi. Sesuatu yang menarik, kisah cintanya bersama Gayatri Su-Lin Pillai, seorang penerbit sebuah produksi besar tempatan itu seakan-akan tidak perlu disentuh lagi. Semua tahu, cukup setakat itu keseriusan perhubungan mereka. Soal perancangan atau kisah sehari-harian, rasanya tidak perlu soal hati dan perasaan dijaja sepanjang masa sementelah Zul sendiri mempunyai produk besar untuk dikongsikan. Tiba pada hari dan waktu yang dijanjikan, pelakon yang bakal muncul menerusi sebuah lagi filem baharu berjudul Penanggal itu hadir sendirian ke sesi fotografi yang telah ditetapkan. Wajahnya kemerah-merahan dan sambil menghela nafas panjang, dia masuk sambil mengheret bagasi besar. Zul sebenarnya baru tiba dari Jakarta, Indonesia atas urusan penggambaran telemovie di sana. "Turun dari kapal terbang tadi, saya tahu saya kena bergegas. Nasib baik pakaian yang untuk fotografi ini sudah disiapkan," katanya yang secara tidak langsung memperlihatkan komitmen padu kepada jadual karier. Biarpun namanya belum beraja sebagai aktor pujaan ramai, namun graf karier Zul yang bermula dari lokasi drama kepolisan terbitan Skop Production itu semakin menjalar. Di layar kaca, sudah berpuluh naskhah termasuk telemovie dan drama bersiri telah dilakonkannya. "Walaupun nama saya tidak popular tetapi selagi saya ada kerja dan ada produk untuk ditonton, itu tandanya saya masih di atas landasan yang betul. Karier saya sedang bergerak dan saya gembira dengan perjalanan karier yang begini," katanya optimis. Sambil menghitung usia yang berbaki tiga tahun sebelum bergelar lelaki 30-an, tambah Zul: "Rasanya saya tidak perlu terburu-buru untuk menjadi terlalu popular atau mencipta banyak pencapaian dalam jangka masa pendek. Saya masih baharu dan jika dipanjang umur, saya mungkin berlakon sehingga 10 atau 15 tahun akan datang atau lebih lama daripada tempoh itu. kalau saya sudah mencapai semuanya sekarang, apa lagi yang harus saya kejar. Biarlah saya kayuh perlahan-lahan," katanya selesa dengan penerimaan industri yang sedang diterima. Selain banyak drama di kaca televisyen, aktor yang baru-baru ini muncul menerusi drama bersiri Janji Adam itu lega, kerana tahun 2013 banyak memberi variasi demi kelangsungan kariernya. "Drama itu biasa tapi menariknya juga, tahun ini saya ada dua buah filem berbeza latar masa dan karakter yang boleh dipersembahkan kepada peminat. Saya jadi mat moto besar dalam KL Bikers dan saya jadi lelaki Arab dalam Penanggal," katanya yang masuk ke layar perak buat pertama kali menerusi Evolusi KL Drift 2, tiga tahun lalu. Takut hantu Penanggal sebuah filem karya dan arahan Ellie Suriaty Omar yang memulakan penggambaran pada tahun 2011 itu sudah terlalu hampir untuk disaksikan peminat filem. "Saya boleh katakan Penanggal sebuah filem seram. Penggambaran filem itu sendiri dilakukan di dalam hutan dan banyak adegan malam. Mujur sepanjang penggambaran, tidak pula saya diganggu dengan adegan yang menaikkan bulu roma. Kalau berlaku pun, mujur ketika itu saya tiada di lokasi. Saya sebenarnya seorang yang penakut," cerita Zul tentang pengalaman berlakon filem hantu di sekitar Sayong dan Kuala Kangsar, Perak itu. Di sebalik sosok tegap dan penampilan macho yang terpancar di wajahnya, anak jantan yang meminati motosikal kuasa besar itu membuka kelemahan utamanya. "Saya jenis yang mudah terkejut. Kalau ada babak-babak dalam filem atau drama, bukan cerita hantu pun, saya akan mudah tersentak dan terkejut. Jadi, saya tidak boleh menikmati filem hantu sebagaimana peminat filem hantu. Saya tak suka ditakut-takutkan, penat terkejut dan asyik tutup muka sahaja. Kadang-kadang, saya menyesal dan fikir kenapalah saya boleh terjebak jika pergi menonton filem seram di panggung," katanya yang sering mengelak daripada mendengar rakan-rakan bercerita tentang sebarang kisah seram. Tambahnya seraya ketawa: "Setakat kena kutuk penakut oleh kawan-kawan, itu memang sudah perkara biasa. Saya tak kisah sebab memang saya penakut." Takut menonton filem hantu, mudah terkejut oleh aksi di luar jangkaan, namun terlibat dalam filem Penanggal bersama Ellie ternyata sebuah pengalaman cukup berharga buatnya. "Masa berlakon saya tak perlu nak rasa takut sangat sebab ketika di set ada ramai kru. Boleh dikatakan, pasukan Penanggal juga pasukan terbaik yang diimpikan dalam mana-mana pembikinan filem. Ellie seorang pengarah yang tahu hak dan tuntutan pelakon, dia seorang yang teliti dan cerewet untuk kesempurnaan. "Sebagai pelakon, saya kena kenal rentak Ellie dan kami ambil masa sebulan untuk sesi bacaan skrip dan bila masuk sahaja ke lokasi, saya sudah tidak perlu membaca atau membawa skrip pun. Itu seronoknya berlakon filem Penanggal walaupun saya ada banyak dialog bahasa Arab. Bercakap dan memahami dialog bahasa Arab itu satu hal, satu hal yang lebih susah sebenarnya bagaimana hendak bercakap bahasa Melayu dalam lenggok orang Arab. "Saya melakonkan watak Syed Omar anak kedua dalam sebuah keluarga Arab dalam filem itu. Sebagai anak kedua, dia selalu merasakan abangnya, Syed Yusof lakonan Azri Iskandar sering dilebih-lebihkan oleh ibunya. Saya bukan antagonis dalam filem berkenaan tetapi pemuda yang berdepan dilema anak kedua. Itu fahaman awal yang saya kena pegang," lentur Zul yang melakonkan karakter lakonannya yang menyimpan cinta terhadap Sharifah Zaharah lakonan Fasha Sandha. Bakal menerjah panggung pada 28 November nanti, Penanggal juga meninggalkan impak besar buat Zul. "Syed Omar cuma berdepan dilema anak kedua. Dia selalu merasakan abangnya lebih diutamakan. Saya bukan antagonis dalam filem berkenaan. Itu fahaman awal yang saya kena pegang. "Banyak yang saya pelajari daripada Ellie, salah satu daripadanya ialah peringkat-peringkat lontaran emosi. Kalau marah, kami diberi latihan marah tahap pertama sehinggalah marah tahap kesepuluh. Jadi, setiap kali hendak mulakan lakonan, kami akan tanya, ini marah nombor satu atau lapan atau 10. Kadang-kadang jadi bahan ketawa, tapi metod sebegitu sangat berkesan, apabila tahap emosi itu sudah dikunci, kerja di set jadi mudah," katanya yang banyak bermain emosi marah, tidak puas hati dan cinta yang tidak kesampaian dalam filem seram klasik lakonan Ummi Nazeera sebagai hantu penanggal itu. | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:05 PM PST KATA pepatah, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Atas nama sebuah pengalaman dan mencari rezeki yang halal, Nad Zainal kini bakal mengacarakan anugerah berprestij, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang akan bersiaran secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 29 November nanti. Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal bakal digandingkan bersama Awal Ashaari dan Faizal Ismail pada anugerah itu nanti. Bidang pengacaraan adalah sesuatu yang baharu buat dirinya malah itulah kali pertama penglibatan anak kelahiran Kajang, Selangor itu terbabit secara langsung. Pelakon yang tercalon dalam kategori drama untuk Pelakon Wanita Terbaik berkenaan menerima panggilan telefon dan terkejut apabila ditawarkan menjadi hos anugerah itu. Tanpa berfikir panjang beliau bersetuju dan merasakan bidang pengacara adalah sesuatu yang baharu buat dirinya. Namun, wanita yang kini sedang hangat bercinta dengan pelakon baharu, Azman Kombos pantas dilabel sebagai anak emas rangkaian televisyen TV3. "Saya fikir pihak pengurusan TV3 memberi peluang kepada saya dan artis-artis lain tidak terkecuali, tiada istilah anak emas buat diri saya dan TV3 pasti ada percaturannya. "Namun, saya gembira apabila saya terpilih untuk menggalas tanggungjawab ini," ujar Nad melepaskan pandangan terhadap dirinya sebaik sahaja persoalan anak emas cuba diselidik. Wanita yang lebih melonjak sebagai seorang pelakon drama Kampung Girl itu sedang dalam penggambaran filem Kapsul arahan Martias Mohd. Ali yang berkisarkan tentang perjalanan hidup ke dalam era yang berbeza. Nad memegang watak sebagai Fatimah yang hidup dalam era perang Jepun. Selain itu, dia baru sahaja selesai penggambaran untuk telemovie Sekali Sayang terbitan Filmscape yang akan disiarkan tidak lama lagi. | ||
Posted: 16 Nov 2013 08:04 PM PST MENGGODA merupakan satu perkataan terbaik untuk menggambarkan karakter wanita seksi bernama Syakila Nisha Jangir Khan yang selesa disapa Kilafairy itu. Sejak mula menjadi penyeri dunia hiburan, kehadirannya sentiasa mengundang perhatian ramai. Di sebalik rentetan kisah sensasi yang menghimpit langkahnya, anak kelahiran Kuala Lumpur itu sedang mengatur banyak strategi. Masa depan yang sedang ditangani perlukan sebuah strategi. Pembabitannya dalam dunia seni lakonan tanah air masih lagi baharu, namun pelakon ini tetap berusaha untuk membuktikan kehadirannya tetap meninggalkan kesan yang positif dalam menyampaikan watak. Dalam mengejar cita-cita yang diidamkan, dia juga tidak pernah lari daripada kontroversi. Malah Kilafairy sentiasa berani mencabar dirinya termasuk mengambil risiko untuk membuka sebuah butik pakaian bersama kakaknya yang kini sudah lebih setahun beroperasi. "Rack yang beroperasi di USJ City Mall mendapat sambutan menggalakkan tetapi kami juga menerima tempahan melalui online di www.wearerack.com. "Malah, saya bercadang untuk meluaskan empayar perniagaan agar butik saya terus maju dan berjaya. Selain itu, saya juga dalam perancangan untuk membuka sebuah studio penggambaran sendiri bagi memudahkan urusan pengambilan foto pakaian butik saya serta boleh dijadikan sebagai hasil pendapatan. Studio tersebut akan disewakan kepada khalayak," ujar gadis yang pernah membintangi filem Karak arahan Yusry Abdul Halim. | ||
Rozita, Zain bergambar kahwin di Bali Posted: 16 Nov 2013 08:02 PM PST DIVA tumpang gembira apabila dapat berita tentang seorang lagi artis popular kita, Rozita dan Zain Saidin akan kahwin tidak lama lagi. Rasanya dalam pertengahan bulan Disember nanti. Tarikh sebenar tidaklah Diva pasti, tetapi apabila Rozita dan Zain sudah buka mulut bahawa satu sidang media khas mengenai perkahwinan mereka akan diumumkan pada 25 November depan, maknanya dah hampir benarlah tarikh penyatuan mereka. Cakap pasal sidang media kahwin, nikah dan tunang, bahkan merisik juga, Diva rasa masuk bab itu artis-artis kita sudah sangat terbuka. Mula-mula bagi bayangan cerita kemudian barulah secara rasmi buka cerita sebenar dalam sidang media. Memang profesional sangat. Tapi artis kita pun, ramai juga yang tak suka hebah cerita nak kahwin, kahwin biasa-biasa pun ramai, ada juga yang nak kahwin, terus kahwin dan tak perlu panggil media. Itu hak masing-masing. Diva kagum juga dengan kerjasama Zain dan Rozita sebab masing-masing katanya dah keluarkan duit RM100,000 setiap orang untuk majlis kahwin mereka nanti. Maknanya, secara kasar bajet kenduri kahwin Rozita dengan Zain sudah cecah RM200,000. Terbaharu, Diva dapat tahu Rozita dan Zain berangkat pula ke Bali, Indonesia untuk mengadakan penggambaran praperkahwinan mereka di sana. Indah sungguh dunia orang nak menikah, moga bahagia! Diva: Tak sabar nak terbakar tengok Alicia Keys Set The World On Fire 27 November nanti. | ||
Tasha Shilla tidak hilang populariti Posted: 16 Nov 2013 08:00 PM PST WANITA yang penuh sensasi dan sering dilanda kontroversi, Tasha Shilla tetap mendapat publisiti meluas malah peminatnya semakin bertambah. Biarpun terpalit gosip-gosip yang tidak sedap didengar namun tiada siapa mampu membuktikan wanita yang berumur 26 tahun itu bersalah. Dia yang mesra disapa sebagai Tasha, menganggap gosip yang melanda sebagai ujian Tuhan yang mahu menguji kesabarannya. Tasha antara pelakon wanita yang bijak menepis segala tohmahan. "Saya bukan seorang yang mudah melatah walaupun terpalit kontroversi. Sebenarnya, saya sentiasa berfikiran secara positif dengan setiap ujian yang telah ditentukan-Nya. "Malah, saya tidak mahu ambil kisah mengenai gosip yang mengaitkan diri saya kerana cukup sekadar ahli keluarga saya mempercayai setiap apa yang saya lakukan," ujar pelakon drama Terukir Di Bintang yang kini muncul menerusi slot Samarinda di TV3. Kontroversi juga tidak menjadi sebab untuk Tasha perlu gusar terhadap naik-turun populariti yang diraih. Dia percaya bahawa setiap rezeki telah ditentukan oleh Tuhan. Dalam soal jodoh, Tasha juga yakin jodoh itu pasti buat dirinya. Sekali lagi membawa peranan utama, kali ini Tasha menggalas watak Asmara yang melarikan diri ke Cameron Highlands setelah mengetahui dia menghidapi penyakit radang hati. "Terukir Di Bintang berkisarkan percintaan anak muda yang penuh dengan pengorbanan serta merupakan cinta pandang pertama tetapi tidak kesampaian" beritahu Tasha yang banyak menghabiskan masa di Cameron Highlands sewaktu penggambaran drama berkenaan tanpa memilih watak yang dilakonkan. Sebelum menutup perbualan bersama Tasha menambah: "Kehadiran saya di industri lakonan ini adalah untuk mencari rezeki. Oleh kerana itu, saya tidak pernah memilih untuk melakonkan watak yang diimpikan tetapi saya lebih memilih kepada jalan cerita yang menarik dalam sesebuah lakonan." Tasha kini sedang sibuk dengan penggambaran drama di Kemboja untuk sebuah telemovie. Sementara itu, pada bulan Disember nanti, dia akan berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama Gerimis Salju sebanyak 28 episod yang akan ditayangkan di RTM. | ||
Gadis hina restoran mohon maaf Posted: 16 Nov 2013 07:57 PM PST IPOH - Kontroversi membabitkan penyebaran maklumat palsu di laman sosial Facebook kononnya sebuah restoran nasi kandar di Ipoh diserbu pihak polis ekoran penemuan najis manusia di tempat memasak berakhir dengan kemunculan seorang gadis membuat permohonan maaf malam kelmarin. Menggunakan nama Ze Aida, gadis berusia 23 tahun itu memberitahu, dia tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey Greentown sehingga menjejaskan imej dan perniagaan restoran berkenaan. Wanita itu mendakwa isu tersebut tercetus selepas dia menyalin status seorang pemilik akaun Facebook lain mengenai keburukan Restoran Nasi Vanggey ke akaun Facebook miliknya. Status Facebook tersebut berbunyi: "Polis baru saja menyerbu restoran vanggey (nasi ganja) % mendapati terdapat 'najis manusia' di dlm peti simpan mknn yang dipercayai untuk salut periuk dgn tujuan ilmu penunduk (ilmu hitam)...patutlah restoren tu x penah kekeringan manusia..apa yg sdp sgt pon x tau lah..euww lah patutlah aku x berkenan!." Selepas memuat naik status itu pada Khamis lalu, Ze Aida dari Bandar Lahat Baru, Lahat di sini berkata, ada pihak lain telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkan maklumat itu secara meluas menerusi telefon pintar dan internet. Penyebaran maklumat palsu itu menyebabkan pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey menuntut Ze Aida, seorang graduan ijazah, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak restoran sambil disaksikan wakil media. Majlis permohonan maaf tersebut diadakan pada sidang akhbar di restoran itu pukul 10.30 malam kelmarin. | ||
Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba Posted: 16 Nov 2013 07:52 PM PST GIPORLOS, Filipina - Bantuan makanan dan ubat-ubatan semalam tiba buat pertama kali di beberapa kawasan terpencil yang dilanda Taufan Haiyan yang telah meragut ribuan nyawa di Filipina. Di Giporlos, kira-kira 12,000 mangsa taufan itu mula menerima bantuan tersebut yang dibawa dengan menggunakan helikopter Seahawk milik tentera Amerika Syarikat (AS). Helikopter itu mendarat di padang permainan sebuah sekolah rendah di sini yang terletak di Pulau Samar. "Kami sangat gembira walaupun bekalan itu tidak mencukupi. Kami menerima bekalan yang kecil itu kerana tidak ada lagi makanan dan rumah di sini," kata Maria Elvie Depelco. Di bandar Guiuan dekat sini, pesawat-pesawat yang sarat dengan bekalan kemanusiaan mendarat dan berlepas setiap beberapa minit di sebuah landasan terbang milik tentera. Kapal pengangkut pesawat milik AS, USS George Washington turut menghantar 118 tan makanan, air dan barang-barang keperluan kepada mangsa-mangsa taufan tersebut di bandar Tacloban. Taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina pada 8 November lalu telah mencetuskan ombak tsunami setinggi lima meter. Lebih 10,000 orang dipercayai telah terkorban. Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan setakat ini seramai 4,460 orang telah terbunuh. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |