Selasa, 19 November 2013

Remaja hilang di Villa Nabila telah dijumpai



Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.

Menurut sumber, Izzat dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sewaktu azan berkumandang, sebelum mereka bersurai.

Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

Sumber: Carigold






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines