Khamis, 4 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Sharnaaz Ahmad Pakai Rantai Emas?

Posted: 03 Jul 2013 11:02 PM PDT

Isu pemakaian rantai memang tidak elok dipandang bagi orang Melayu terutama orang Islam apatah lagi kalau ada emas, memang sah haram. Sharnaaz Ahmad juga ada pakai rantai sepertinya berwarna emas ke atau biji-bijian yang ni tak pasti, nampak memang seperti emas.

Apa sudah jadi dengan Sharnaaz ni, adakah setelah frust bercinta dia berubah kepada 180 darjah? ha. Pelik tapi itu lah yang dimuatnaik oleh Sharnaaz  apabila dia memakai rantai emas.

Tak dapat dipastikan kalau iikutkan dalam laman Instagram tu, dia berada di Phuket mungkin bercuti kot. Tapi ada yang mengatakan  dia pakai cuma untuk berlakon je, untuk filem Sindiket katanya.

Mana satu benar atau tidak tak tahu lah. Tengok komen di Instagram tu, takde satu pun yang bahas penggunaan rantai tu.


Gambar Izreen Azminda Hamil 9 Bulan

Posted: 03 Jul 2013 10:00 PM PDT


Wah dah semakin membesar dah usia kandungan pelakon Izreen Azminda. Melihat portal Kosmo! baru-baru ini, usia kandunganya sudah 9 bulan. Dan hanya menunggu hari sahaja lagi untuk menyambut kelahiran bayi berkenaan.
"Alhamdulilah, sepanjang hamil saya tidak mempunyai sebarang alahan dan tidak pula mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya masih bekerja seperti biasa kerana sudah tandatangani kontrak dan hanya berehat daripada lakonan apabila kandungan sudah mencecah empat bulan,"
Mengenai jantina nya pula, Izreen suka bermain teka teki dengan memberitahu jantina anaknya itu adalah rahsia. Dan sepertinya ingin membuat kejutan untuk peminatnya nanti.
"Rahsialah, tunggu sampai saya lepas bersalin nanti (ketawa). Saya dan suami memang sudah tahu, tetapi kami ingin menjadikan saat kelahiran itu istimewa buat kami berdua. Jadi lebih baik rahsia dahulu daripada orang lain.

"Saya percaya petua orang dahulu kata, jangan terlampau teruja dan seronok menyambut kelahiran anak pertama. Jadi, biarlah saya simpan semuanya sehingga saat akhir, nanti lambat laun orang akan tahu juga,"
Untuk pengetahuan, Izreen diijabkabulkan dengan suaminya, Mohammad Riza Baharuddin pada tanggal 30 Ogos 2012 yang lalu.


Tag Nama Emma Maembong, Apa Kata Zizan?

Posted: 03 Jul 2013 09:00 PM PDT

Kecoh dah kepoh apabila Zizan Razak dikatakan telah mengaitkan sekeping foto dilaman sosial Instagramnya dengan meletakkan 'tag' nama/profil Emma Maembong.

Sekaligus membawa spikulasi orang ramai adakah mereka ini sedang bercinta. Namun jawapan Emma pastinya mengakui yang dia dengan Zizan tiada apa-apa hubungan istimewa melainkan kawan biasa.

Zizan pula hanya seperti menyembunyikan sesuatu, ntah kenapa nama/profil Emma juga yang dia tag ketika berada di Paris minggu lalu, namun bila ditanya, ini jawapan dia..
"Jika benar kami bercinta, tiada sebab untuk saya menyembunyikannya. Hakikatnya tidak. Tindakan saya tag (melabel atau melekatkan) nama Emma di dalam Instagram saya adalah kerana dia begitu meminati Menara Eiffel. Jadi saya sekadar mahu berkongsi gambar dengannya, itu saja.

"Bagi saya, perkara ini sengaja digembar-gemburkan. Sebelum ini pun saya ada tag nama artis lain dalam akaun Instagram saya, tetapi kenapa perkara itu tidak dijadikan isu?" -Zizan Razak, BeritaHarian.
Memang jawapan yang cool, tapi apa salahnya mereka bercinta, Zizan juga nak tamatkan zaman bujangnya secepat mungkin, namun calonnya sepertinya kita masih belum mengetahui lagi..


Julie Dahlan Hidap Penyakit Buah Pinggang

Posted: 03 Jul 2013 08:00 PM PDT

Baru je beberapa hari lalu anak Julie Dahlan telah diijab kabul iaitu Hanny dengan pasangannya, kali ini berita sedih bertopeng disebalik kegembiraan majlis yang penuh makna itu.

Julie Dahlan yang kini dah berusia 60 tahun menghidap penyakit buah pinggang sejak 2 bulan yang lalu menurut portal Murai. Dan kini Julie terpaksa ulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan 3 kali seminggu.

Selain itu juga Julie menghidap kencing manis dan juga darah tinggi.
"Sebenarnya saya sudah lama tidak keluar dan aktif melakukan aktiviti seni seperti dulu, lebih-lebih lagi selepas disahkan doktor menghidap penyakit buah pinggang ini. Saya dinasihatkan doctor untuk ke hospital setiap 3 kali seminggu untuk mencuci darah (rawatan dialisis) sejak menghidap penyakit ini.

"Saya memang sudah tidak sekuat dulu, malah mata pun sudah tidak berapa nampak. Doktor juga nasihatkan saya untuk berehat dan berpantang daripada makan makanan seperti makanan laut serta minum dan makan mengikut sukatan yang ditetapkan,

"Bohonglah , kalau saya kata saya tidak pernah rasa down atau sedih, tetapi saya kuatkan juga dan perlu tabah menghadapi kenyataan ini. Namun saya lebih kuat apabila punya anak-anak yang sentiasa berada disamping saya. Malah, mereka banyak beri kekuatan kepada saya," -Julie Dahlan.
Apa-apa pun kami berdoa dan berharap Julie sihat senantiasa dan tabah menharungi dugaan hidup..

Maria Farida Tidak Terkejut Isu Shahrizal

Posted: 03 Jul 2013 06:16 PM PDT


Bekas kekasih kepada pelakon, Shahrizal Jaszle, Maria Farida tidak terkejut dengan berita khalwat yang menimpa bekas kekasihnya itu.

Pelakon manis ini sudah melupakan Shahrizal sepenuhnya selepas mereka berpisah dahulu dan setelah itu Shahrizal couple dengan Miera Liyana.
"Saya tak terkejut pun perkara itu berlaku,

"Selepas dah tak ada apa-apa, saya tak nak ambil tahu langsung tentang dia.

"Tapi sebab orang bercerita, saya dapat tahu tentang kes tersebut," -Maria Farida, memetik portal MediaHiburan
Haa. Rasa rugi pula melepaskan Maria yang begitu cantik tuU kan, sekarang dah seperti biasa, Maria pun tak tahu single atau sudah berpunya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines