Jumaat, 19 Julai 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Black Anjur Sidang Media Umum Tarikh Nikah

Posted: 18 Jul 2013 03:06 PM PDT

Black bakal bernikah pada September ini.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Black mengesahkan bakal berkahwin dengan tunangnya yang dikenali sebagai Cira Khairi pada September ini namun tidak dapat mendedahkan tarikh sebenar majlis itu.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, pihak pengurusannya iaitu The 8 Unit akan mengadakan satu sidang media khas bagi memaklumkan mengenai perkara itu selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.
"Apa yang boleh saya katakan saya akan berkahwin pada September ini dan selebihnya kena tunggu pihak pengurusan buat sidang media mengumumkan perkara ini dengan lebih lanjut.
"Bagaimanapun saya sebenarnya tidak mahu mengadakan sidang media tetapi oleh kerana ia melibatkan banyak pihak jadi saya terpaksa akur," jelasnya kepada mStar Online.
Black dan Cira mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.
Black dan Cira mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Dalam perkembangan sama, Black berkata, persiapan perkahwinannya telah hampir 80 peratus siap dan mengakui berdebar menunggu hari bahagianya itu.
"Alhamdulillah persiapan berjalan lancar malah ada beberapa penaja turut sudi menaja perkahwinan kami nanti namun saya tidak boleh beri sebarang maklumat lanjut dan kena tunggu pada sidang media itu nanti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Black berkata, bulan Ramadan ini dia kembali berniaga buah tembikai di bazar Ramadan di Pantai Dalam dekat sini dan bersyukur gerai buahnya itu mendapat sambutan.
"Saya pilih jual buah tembikai kerana buah tersebut sentiasa mendapat perhatian orang terutama di bulan Ramadan," jelasnya.
Selain itu, Black berkata, dia juga bakal muncul dengan dua single terbaharu iaitu Takkan Terpisah yang turut dijadikan lagu tema drama Jodoh Itu Milik Kita untuk siaran Astro dan Puisi Sang Dewi lagu tema filem Lemak Kampung Santan.

Fida Ibrahim Sudah Berbaik Dengan Mamat (Sepah)

Posted: 18 Jul 2013 03:06 PM PDT

Fida memberitahu buat masa ini dia tidak mahu bercinta dan akan memberikan fokus kepada kerjayanya.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.
Fida, 27, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa buruk yang pernah berlaku di antara mereka.
"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.
"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya ketika ditemui mStar Online.
Hubungan Mamat dan Fida sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan ia terus tersebut tersebar luas di Internet.
Gambar kenangan Mamat dan Fida yang dirakamkan tidak lama dulu.
Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.
Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Zalif Sidek, Fida menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan pelakon itu lagi dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.
Jelas Fida, dia mengundurkan diri kerana tidak mahu terus disalah anggap sebagai pihak ketiga ekoran seorang wanita mendakwa sebagai kekasih Zalif sebelum ini.
"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.
"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," katanya.
Dalam perkembangan sama, Fida berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang.

Alyah Mahu Jumpa Wartawan Untuk Pulih Hubungan

Posted: 18 Jul 2013 03:05 PM PDT

Wajah terbaharu Alyah
KUALA LUMPUR: Penyanyi Alyah berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan wartawan hiburan di negara ini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti bagi menjelaskan salah faham kononnya dia mahu 'gam' pihak media.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 32, berkata, pertemuan itu dijangka akan diaturkan kira-kira dua minggu selepas Syawal.
"Saya sudah merancang untuk bertemu dengan wartawan agar masalah kononnya saya hendak gam media dapat diselesaikan. Dengan cara itu saya fikir dapat juga mengeratkan hubungan antara saya dengan pihak media," katanya.
Alyah ditemui pada majlis agihan bubur lambuk untuk berbuka puasa kepada pemilik kenderaan yang melalui Jalan Putra di sini, Rabu.
Majlis berkenaan anjuran Jamu Mak Dara Sdn Bhd bersama Hotel Seri Pasific, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Restoran Nj Zenith.
Terdahulu kontroversi Alyah dengan media tercetus apabila penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang itu dikatakan mahu gam sebuah akhbar selepas tidak berpuas hati dengan laporan akhbar terbabit kerana melaporkan berita kononnya dia sedang menunggu lamaran konduktor muzik, Datuk Ramli MS.
Dalam pada itu Alyah berkata, jalan terbaik untuk dia lakukan ialah meminta maaf dengan semua pihak media yang selama ini banyak membantu menaikkan kerjaya seninya.
Dia juga seboleh-boleh enggan hubungannya dengan rakan-rakan watawan hiburan menjadi keruh walaupun kadang kala ada laporan yang ditulis itu mungkin mengguris hatinya.
"Saya cuma mahu menjernihkan keadaan. Sebab itulah saya rancang untuk mengadakan majlis pertemuan ini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Saya juga tidak mahu perkara itu terus berlanjutan," katanya.
Ditanya kesan terhadap isu itu Alyah tidak menafikan berhadapan degan tekanan perasaan apatah lagi dalam keadaan terpaksa menjaga ibunya, Raja Norsiah Raja Ali, 68, yang menghidap sakit jantung.
Bagaimanapun dia bersyukur dapat menempuh dugaan itu dengan tenang walaupun kejadian tersebut turut mempengaruhi emosi ibunya.
Sementara itu diminta pandangan mungkin beliau mempunyai seorang pengurus yang tidak bijak menangani isu seperti itu Alyah berkata, dia tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya mengambil pendekatan untuk sama-sama bermuhasabah diri selain belajar dalam setiap kesilapan yang dilakukan.
"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Apa yang penting kejadian ini memberi pengajaran kepada semua pihak termasuklah Alyah sendiri," jelasnya.
Bercerita mengenai hubungannya dengan Ramli pula Alyah memberitahu, segala urusan jodoh diserahkan kepada Allah untuk menentukannya.
Kata Alyah, pada usianya yang sudah mencecah 32 tahun, perasaan untuk memiliki keluarga dan mempunyai suami telah ada dalam dirinya tetapi biarlah perkara itu terlaksana apabila tiba masanya.
"Siapa yang tak ingin kahwin dan ada keluarga sendiri? Tetapi Alyah ini perempuan... apa-apa pun kita serah kepada jodoh," katanya.

Betty yakin suami suka laksa Johor

Posted: 18 Jul 2013 03:03 PM PDT


Betty yakin suami suka laksa Johor
Betty dan suami menanti kehadiran cahaya mata pertama Disember ini. 
Betty Benafe
Betty dan Bruce bakal sambut raya pertama sebagai suami isteri. 
SEMPENA hari raya Aidilfitri yang bakal tiba, pasti semua orang sudah merancang percutian untuk pulang ke kampung masing-masing.

Tidak ketinggalan, penyanyi dan pelakon, Betty Benafe yang bakal pulang ke kampung halaman di Johor pada hari raya ini.

Tahun ini merupakan tahun pertama Betty bakal beraya dengan suaminya, Bruce Darghous.

Apa yang istimewa, tahun ini Betty beraya dengan kandungan yang sudah berusia empat bulan.

"Sudah tentu tahun ini kami beraya di kampung saya di Johor. Tahun lalu, saya juga telah membawa Bruce ke kampung saya untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.

"Sebenarnya dia sudah tahu hari raya itu bagaimana dan boleh jangka apa yang berlaku pada pagi raya. Sebelum ini dia melihat pagi raya, ramai orang berkunjung ke rumah dan beri duit raya kepada kanak-kanak," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi raya di Butik Omar Ali, baru-baru ini.

Berdasarkan pengalaman beraya bersama keluarga Betty tahun lalu, Bruce akui menantikan saat kanak-kanak mengumpul duit raya.

"Saya menantikan hari raya untuk bersama keluarga besar dan melihat kanak-kanak ke sana dan ke sini dengan gembira untuk mengumpul duit raya. Ia agak comel pada saya," katanya.

Ketika ditanya tentang menu wajib di pagi raya, Betty menjawab, "menu wajib di pagi raya sudah pasti laksa Johor.

"Saya memang nantikan laksa Johor dan ketupat. Ketupat itu makan pula dengan kuah kacang,"ujarnya lagi.

Betty juga bakal memperkenalkan makanan kegemarannya itu kepada Bruce pada pagi raya kelak.

"Saya akan ajar dia makan laksa Johor dan yakin dia akan suka sebab laksa macam spageti, tak jauh beza," katanya.

Meskipun tidak dapat beraya lama seperti sebelum-sebelum ini, Betty akur dengan situasi suaminya yang bekerja.

"Saya ada keluarga di Singapura, jadi, kami selalunya berkunjung ke sana untuk silaturahim pada hari raya," katanya.

Kem baru di PD

Posted: 18 Jul 2013 03:01 PM PDT


Kem baru di PD
Sheikh Mokhsin (kiri) melakukan penyerahan tugas kepada Adnan sambil disaksikan Razali (dua, kanan).
SENAWANG - Sebuah kem tentera baru bakal dibina di Port Dickson bagi menggantikan Kem Rasah yang semakin sesak dan padat melibatkan kawasan seluas 68 hektar.

Panglima 3 Divisyen, Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad berkata, projek pembinaan kem baru itu akan dijalankan di Bukit Hitam, Sunggala melibatkan peruntukan sebanyak RM118 juta yang sudah diluluskan menerusi program Army Care.

"Justeru, projek ini dijangka bermula tahun depan dan mengambil masa antara 24 hingga 36 bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

"Buat masa ini, kita sudah berbincang dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Jabatan Perdana Menteri berkaitan perumahan di kem berkenaan bagi pelbagai peringkat tentera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 1 Briged di Kem 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dekat sini, semalam.

Menurutnya, kem terbabit akan turut menjadi markas Briged Armor memandangkan lokasinya yang hampir dengan kawasan latihan berperisai.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai Kem Rasah katanya, kepadatan dialami menyebabkan perpindahan perlu dilakukan.

"Pada asalnya, kawasan seluas kira-kira 40.5 hektar di tengah bandar Seremban itu merupakan kem transit untuk tentera Komanwel. Kini, ia turut menempatkan Markas 1 Briged yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan Negeri Sembilan dan Melaka.

"Bagaimanapun, kita harap tiada pihak akan cuba mengambil kesempatan untuk menjualkan prime land tersebut selepas kem dipindahkan kelak berikutan masih kekal menjadi hak milik tentera," katanya.

Sementara itu, mengulas penyerahan tugas dijalankan, Razali berkata, Briged Jeneral Datuk Adnan Abu Bakar dipilih sebagai Panglima 1 Briged menggantikan Briged Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan yang berkhidmat selama setahun tujuh bulan.

"Saya amat berpuas hati dengan tugas dilaksanakan Sheikh Mokhsin. Saya harap Adnan yang baru menamatkan pengajian peringkat Sarjana di Kolej Pertahanan Amerika Syarikat dapat meneruskan kecemerlangan tersebut," katanya.

Upacara berkenaan menyaksikan Sheikh Mokhsin menyerahkan tugas kepada Adnan yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Kor Armor Diraja, Ketua Team Hala Tuju TDM dan juruiring Yang Dipertuan Agong.

Selepas ini, Sheikh Mokhsin akan menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Infantri Markas TDM di Kementerian Pertahanan.

Lari tinggalkan isteri hamil

Posted: 18 Jul 2013 02:55 PM PDT

Lari tinggalkan isteri hamil
Semua warga asing menaiki trak polis di bawa ke IPD Port Dickson.
Lari tinggalkan isteri hamil
Antara pendatang asing tanpa izin yang ditahan.
Lari tinggalkan isteri hamil
Anggota polis berjaya menahan seorang Pati yang cuba melarikan diri.
Lari tinggalkan isteri hamil
Anggota polis melakukan semakan identiti warga asing.
Lari tinggalkan isteri hamil
Motosikal turut diperiksa nombor casisnya oleh polis bagi memastikan ia bukan kenderaan curi.
PORT DICKSON – Seorang wanita mengandung lima bulan antara 16 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang diberkas dalam Ops Pati yang dijalankan di tiga lokasi berbeza iaitu di rumah kongsi projek pembinaan Lebuhraya Sua Betong, rumah kongsi belakang sebuah pasar raya di sini dan sekitar Kampung Linggi.

Wanita malang itu gagal meloloskan diri selepas cuba lari bersama suaminya sebaik menyedari ada serbuan polis sekitar jam 12.30 tengah malam, semalam.

Dia yang dikenali sebagai Rahmah, 30, berasal dari Jawa Tengah terjatuh selepas beberapa meter melarikan diri ke kawasan kebun kelapa sawit sementara suaminya terus melarikan diri.

Difahamkan, Rahmah yang sudah setahun lebih berada di Port Dickson bekerja sebagai tukang masak di kawasan rumah kongsi tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, Ops Pati dijalankan serentak di tiga lokasi berkenaan dan berjaya menahan 13 lelaki dan tiga wanita di mana tiga lelaki adalah warganegara Myanmar manakala selebihnya warganegara Indonesia.

"Operasi yang bermula pada 12 tengah malam dan berakhir sejam kemudian diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Asisten Superintendan Zainudin Ahmad bersama 44 anggota polis dan empat pegawai," katanya.

Abd Wahab berkata, Ops Pati dilakukan adalah untuk untuk membuat pemeriksaan terhadap pendatang asing bagi tujuan pencegahan jenayah melibatkan mereka.

"Ini adalah kerana sehingga pertengahan Julai tahun ini, beberapa  jenayah melibatkan pendatang asing seperti samun pecah rumah dan curi kerap berlaku.

"Kesemua Pati yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen," katanya.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi rumah kongsi di tapak projek pembinaan lebuh raya Sua Betong mendapati, anggota polis turut membuat pemeriksaan kenderaan yang digunakan Pati antaranya motosikal dan kereta.

Bapa mertua Ashraf: Dayana tak rela dimadukan

Posted: 18 Jul 2013 02:47 PM PDT


Bapa mertua Ashraf: Dayana tak rela dimadukan
BAPA mertua pelakon Ashraf Muslim, Lokman Abdul Hamid mengesahkan menantunya itu telah berkahwin buat kali kedua.

Menurut Lokman, Ashraf telah pun bernikah dengan seorang wanita yang dikenalinya yang sebelum ini bertugas sebagai krew penerbitan rancangan TV9 di Thailand, dua minggu lalu, tanpa pengetahuan anaknya, Noordayana Lokman.

Ditanya sama ada anaknya itu pasrah jika Ashraf berkahwin lain, Lokman, yang juga Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, berkata, Dayana tidak pernah bersetuju untuk dimadukan.

"Jika Dayana setuju, masakan Ashraf memfailkan permohonan berpoligami di mahkamah," katanya.

Menurutnya, Dayana mengetahui suaminya berkahwin lain hanya selepas hampir seminggu Ashraf bernikah apabila menemui tiket kapal terbang dalam beg pakaian Ashraf.

Menurutnya, dia tahu hubungan Ashraf dengan seorang wanita lain, apabila Ashraf membuat pengakuan di depan Kaabah sewaktu mereka menunaikan umrah, sembilan bulan selepas Ashraf dan Dayana bernikah.

"Selepas apa yang berlaku, Dayana setia dan hormat Ashraf sebagai suami serta masih tinggal bersama," katanya.

Semalam, Ashraf menarik balik permohonan berpoligami dan tindakan itu dibuat selepas mahkamah tinggi dimaklumkan, Ashraf telah bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, minggu lalu.

Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Ashraf membayar kos RM8,000 kepada isteri pertamanya,  Dayana sebagai kos.

Peguam Syarie, Zukifli Che Yong, yang mewakili Dayana memaklumkan, Ashraf, 32, pada 9 April lalu memfailkan permohonan berpoligami.

Muncul dengan lagu kerohanian

Posted: 18 Jul 2013 02:44 PM PDT




PERKEMBANGAN kerjaya seni penyanyi Noryn Aziz atau Norazmahwati Abdul Aziz, sememangnya cukup menarik untuk diikuti.
Dia memulakan karier nyanyian bersama kumpulan Sister Sister pada tahun 1994 yang popular menerusi lagu pop, Cinta Mahkota Jiwa. Empat tahun kemudian dia tampil secara solo dan popular dengan lagu Fantasi O Realiti yang mengetengahkan irama alternatif.
Selepas muncul dengan dua genre muzik yang berbeza, penyanyi berkenaan sekali lagi membuat pembaharuan apabila menukar arah kepada muzik jazz sehingga lahirnya album Alam Maya (2006) dan I'm Alright (2010).
Memasuki tahun 2013, dia kembali dengan produk terbaharu apabila merakamkan dua buah lagu baharu berunsur kerohanian iaitu Tinta Putih dan Mutiara.
Berkesempatan bertemu secara eksklusif buat kali kedua dengan Noryn dalam satu sesi fotografi baru-baru ini, dia menyatakan kedua-dua lagu berkenaan bersesuaian dengan imejnya sekarang yang lebih Muslimah.
"Berkenaan dengan perubahan imej ini, semuanya bermula sejak tahun 2008 lagi. Cuma saya membuat perubahan sedikit demi sedikit.
"Saya percaya cara ini akan membuatkan saya lebih bersedia untuk melakukan perubahan, sehinggalah saya bertudung sepenuhnya tahun lalu," ujarnya.
Bercerita tentang kedua-dua lagu tersebut pula, Noryn mendedahkan, semuanya tercetus selepas dia menunaikan ibadah haji pada tahun 2010.
Jelasnya, selepas pulang dari Mekah dia pernah terfikir sama ada ingin berhenti daripada dunia nyanyian atau meneruskan sahaja kariernya itu.
"Pada mulanya saya ingin berehat seketika daripada menyanyi. Dalam tempoh berehat itu saya ambil masa berfikir memandangkan saya sudah berubah dari segi penampilan.
"Tidak lama kemudian saya buat keputusan untuk kembali aktif dan merakamkan lagu pop berbentuk kerohanian yang bersesuaian dengan imej saya sekarang," jelasnya.
Berkongsi lebih lanjut mengenai lagu baharunya itu, dia memberitahu bahawa Adi 6ixth Sense dipilih sebagai penerbit, manakala kedua-dua lagu itu merupakan ciptaan Adi dan liriknya oleh Buddhi Hekayat.
Menurutnya lagi, sebelum ini dia ada bertemu dengan beberapa penerbit bagi menghasilkan lagu buat dirinya, namun akhirnya Adi dipilih setelah Noryn tertarik dengan lagu-lagu ciptaan Adi.
"Apabila berjumpa dengan Adi, saya ada memberitahu tentang keinginan saya untuk merakamkan lagu berunsur kerohanian, tetapi dengan muzik yang berbentuk pop.

BAHAGIA. USIA perkahwinan Noryn dan Raja Kamarul Bahrin kini mencecah empat tahun.


"Setelah berbincang, saya memilih lagu Tinta Putih dan Mutiara dan sangat berpuas hati kerana liriknya juga lebih mudah difahami," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada dia tidak mahu lagi menyanyikan lagu berirama jazz, Noryn bagaimanapun menyatakan bahawa dia akan terus menyanyikan lagu-lagu irama berkenaan kerana ia sudah sebati dalam dirinya.
"Sebenarnya sudah ada perancangan untuk saya merakamkan lagu berunsur kerohanian, tetapi dengan menerapkan irama jazz. Namun begitu, langkah tersebut mengambil masa yang agak lama kerana membabitkan perkara teknikal," jelasnya.
Dalam pada itu, Noryn juga memberitahu, dia sudah menghasilkan sebuah klip video untuk lagu Tinta Putih yang menelan kos sebanyak RM20,000 menggunakan khidmat syarikat Phuture Phlow.
Tiada halangan
Memandangkan kini Noryn bertekad untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian, adakah ini bermakna dia sudah mendapat keizinan daripada suaminya?
Beritahu penyanyi cantik itu, dia bersyukur kerana suaminya sangat memahami isi hatinya yang ingin meneruskan karier sebagai penyanyi, tetapi memberi nasihat supaya menjaga nama baik diri dan suami.
"Ketika suami mengenali saya dahulu pun dia tahu latar belakang saya yang merupakan seorang penyanyi, malah dia juga meminati muzik terutamanya jazz.
"Jadi, saya bersyukur kerana tiada halangan daripada suami untuk saya kembali aktif menyanyi, tetapi saya akan sentiasa mendengar nasihatnya," jelas isteri kepada arkitek terkenal, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad itu.
Ketika ditebak tentang kehidupannya sekarang selepas dia berterus terang sudah berkahwin pada tahun lalu, dia menyatakan tiada perbezaan yang terlalu ketara.
Noryn menggunakan khidmat Adi 6ixth Sense untuk menghasilkan dua single terbaharunya, Tinta Putih dan Mutiara.


Jelasnya, sebelum ini dia bukan sengaja menyembunyikan statusnya yang sudah bergelar isteri orang.
Cuma, dia mengelak bercerita dengan pihak media kerana bimbang berlaku perkara yang negatif.
"Dulu, perasaan bimbang itu memang ada dan itu yang menyebabkan saya tidak mahu membuka mulut tentang perkahwinan itu, tetapi kini saya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa," ujarnya.
Tidak sensitif
Menyingkap lebih lanjut mengenai kisah peribadinya, Noryn turut ditanya dengan soalan yang agak sensitif iaitu mengenai cahaya mata memandangkan sudah hampir empat tahun dia berumah tangga.
Secara terbuka, penyanyi itu mengakui pada peringkat awal dia memang sangat sensitif dan kurang selesa sekiranya ada pihak yang bertanya perihal anak.
"Dalam tempoh dua tahun perkahwinan kami, saya sudah mula ditanya mengenai perkara tersebut. Sejujurnya, saya akan terasa tetapi orang lain tidak nampak isi hati saya.
"Sebenarnya, saya dan suami langsung tidak merancang kehamilan. Kami sudah berusaha dengan melakukan pelbagai cara, termasuk mengamalkan tip dan petua itu dan ini. Cuma buat masa ini, mungkin belum rezeki kami," ujarnya.
Bagaimanapun, sekarang Noryn tidak lagi berasa hati sekiranya diajukan pertanyaan yang sama kerana beranggapan bahawa rezeki untuk mendapatkan cahaya mata merupakan kurniaan Allah.

Sasha dedah punca bercerai dengan Salyo

Posted: 18 Jul 2013 02:43 PM PDT

BEKAS anggota kumpulan Elite ini kini kembali aktif dalam bidang lakonan dan peragaan.


SELEPAS pelakon Sasha Saidin sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono pada 10 Julai 2012, dia pernah memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangganya.
Bukan itu sahaja, ketika disoal media, kakak kepada pelakon Zain Saidin itu juga mengunci mulut. Dia enggan mendedahkan punca sebenar perceraiannya itu.
Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 4.
Sebelum perkahwinan keduanya itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kelab Golf Kuala Lumpur baru-baru ini, Shasha akhirnya nekad untuk mendedahkan punca sebenar perceraiannya dengan Salyo.
Selain menyingkap kehidupan peribadinya, Sasha juga mengulas mengenai bakal adik iparnya iaitu pelakon Rozita Che Wan yang akan berkahwin dengan adik Sasha, Zain.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Sasha selanjutnya.
Kosmo!: Lama tidak muncul dalam media selepas bercerai. Apakah perkembangan Shasha Saidin sekarang?
SASHA: Masa saya banyak dihabiskan dengan menjaga Arya (Adam Aryasenna Notosoemarsono). Selain itu, saya juga kembali aktif berlakon dan bakal muncul menerusi drama raya, Mimpi Farah.
Saya juga terlibat dengan jelajah puasa bersama TV9 di Kedah pada 27 Julai ini. Bukan itu sahaja, saya turut terlibat untuk program raya RTM dan bakal ke set penggambaran drama 26 episod terbitan Sheila Rusly. Malah, saya juga kembali ke pentas peragaan.
Begitu sibuk mencari rezeki, siapa yang menjaga Arya?
Kalau saya sibuk, ibu saya yang akan jaga Arya. Saya tidak pernah mengambil pembantu rumah sepanjang membesarkan Arya.
Bagaimanakah dengan kes perceraian anda? Adakah anda mendapat hak penjagaan anak daripada bekas suami?
Alhamdulillah, kes perceraian kami sudah selesai. Hak penjagaan anak tidak pernah menjadi isu. Sekarang, Arya memang dijaga sepenuhnya oleh saya sebab Salyo sudah pulang ke Indonesia.
Ada berjumpa dan berhubung dengan bekas suami?
Walaupun tidak berjumpa, kami sering berhubung melalui Skype.
SHASHA mengakui hanya pernah berjumpa sebanyak dua kali dengan Rozita Che Wan yang bakal bergelar isteri kepada adiknya, Zain Saidin.


Apakah punca sebenar anda dan Salyo berpisah?
Punca utamanya adalah disebabkan masalah kesempitan duit, malah kami juga sering berjauhan. Dia berada di Indonesia manakala saya di Malaysia.
Bagaimanakah kehidupan anda selepas menjadi ibu tunggal?
Pada mulanya saya rasa risau hidup sebagai ibu tunggal tetapi alhamdulillah, kini okey. Walaupun kadang-kadang bekas suami bagi nafkah, kadang-kadang tidak, saya masih boleh hidup dan tidak menghadapi masalah kewangan.
Adakah disebabkan itu anda kini bekerja keras mencari rezeki?
Walaupun rezeki yang saya peroleh tidak begitu banyak tetapi alhamdulillah saya tidak berhutang. Arya juga seorang anak yang tidak cerewet. Abang sulung saya banyak membantu. Begitu juga kawan-kawan baik saya.
Walaupun keadaan saya tidak begitu mewah, saya tetap ambil insurans perubatan untuk Arya. Sebabnya, saya pernah mengalami gastrik yang teruk dan dimasukkan ke hospital selama seminggu. Bayaran bil hospital sangat tinggi. Atas sebab itu, saya terfikir jika terjadi sesuatu kepada Arya ketika saya tiada duit, insurans itu dapat membantu.
Apakah punca anda mengalami gastrik?
Saya tidak makan secara teratur, malah tekanan darah saya juga rendah. Ketika hantar Zain pergi Gaza dulu, saya pengsan di lapangan terbang sebab sepanjang hari tidak makan. Ketika itu, saya dimasukkan ke hospital.
Ada tak terfikir untuk berkahwin sekali lagi?
Ada juga terfikir, malah kawan-kawan baik semua suruh saya cari orang kaya atau jadi isteri kedua kepada orang kaya dan sebagainya. Sebenarnya berkahwin dengan orang kaya itu tidak menjamin kehidupan yang sempurna.
Lagipun, saya tidak boleh berkongsi suami dengan orang lain. Jika duda saya tidak kisah. Saya juga pernah diminati lelaki semuda Zain (29 tahun) tetapi saya cakap pada mereka, mana mungkin saya terima lelaki sebaya adik saya.
Mungkinkah anda ada sasaran bila akan berkahwin semula?
Sekarang umur saya 36 tahun. Jadi, saya tidak mahu terlalu lewat berkahwin lagi sebab saya teringin untuk dapat anak perempuan pula.
Apakah ciri-ciri lelaki pilihan anda kali ini?
Kalau ditakdirkan berkahwin sekali lagi, saya mahukan lelaki yang boleh membimbing saya - bukannya saya yang membimbing mereka pula. Kalau boleh dia juga harus stabil dari segi kewangan.

Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada kedua-dua perkahwinan sebelum ini?
Dua kali gagal dalam perkahwinan sebenarnya telah mematangkan saya agar tidak terlampau mengikut kata hati, sebaliknya berfikir dengan lebih waras.
Beralih pada soalan lain, boleh komen tentang bakal adik ipar anda iaitu Rozita Che Wan?
Saya baru dua kali bertemu dengan dia (Rozita). Walaupun tidak pernah berbual secara rapat tetapi dia seorang yang lemah lembut.
Apa pendapat anda tentang jurang umur antara mereka?
Zain yang berkahwin bukan saya. Asalkan adik saya gembira sudah cukup buat saya. Sebenarnya dia merupakan seorang lelaki yang tegas dengan pilihannya. Jika dia cakap ya, ya jawapannya. Begitu juga sebaliknya.
Bagaimana dengan raya tahun ini?
Saya akan beraya bersama ibu dan Zain di Gombak, Selangor.

Suami mahu sambal Liyana

Posted: 18 Jul 2013 02:41 PM PDT


FIGURA yang terkenal dengan sikap ceria ini berhasrat untuk mengadakan rumah terbuka pada Aidilfitri kali ini.


PASANGAN merpati dua sejoli, Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang mula melayari bahtera rumah tangga pada Februari tahun ini buat kali pertama merasai nikmat berpuasa bersama-sama.
Bersederhana tapi bersulam rasa teruja, kata Liyana, dia masih berusaha untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan perkahwinan bersama insan tersayang.
Sempena kedatangan bulan Ramadan, pengalaman sulung bergelar isteri dan menjalani ibadah puasa di Kota Kinabalu, Sabah, menghadiahkan seribu satu rasa kepadanya.
"Sampai hari ketujuh puasa, saya masih belum memasak hidangan bersahur kerana tinggal bersama keluarga.
"Kebanyakannya sudah dimasak oleh ibu saya, tetapi apabila pulang ke Kota Kinabalu tugas saya sebagai suri rumah bermula.
"Suami ingin merasa air tangan saya memasak sambal sardin untuk bersahur. Memang dia seorang penggemar semua jenis sambal dan katanya, sekarang saya sudah lulus memasak sambal.
"Untuk juadah berbuka pula dia bukan seorang yang cerewet, ala kadar pun sudah memadai," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang akhbar Anugerah Syawal 5 Malam 4 Hari TV9 di Kelab Golf Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berehat
Dalam pada itu, ujar Liyana, dia akan rehat seketika daripada dunia seni bagi memberi ruang kepada bulan Ramadan.
Bagaimanapun, sebagai duta Samsung, dia akan berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur jika diperlukan untuk kempen dan promosi produk dari Korea itu.
"Saya mengambil keputusan untuk berehat seketika sempena bulan Ramadan tahun ini, pembabitan saya cuma melibatkan kempen produk yang saya wakili.
"Lagipun, inilah masanya untuk meluangkan masa bersama suami.

KATA Liyana, suaminya gemar berjenaka apabila bersamanya.


"Kerja-kerja selebihnya akan disambung selepas Aidilfitri kelak iaitu setelah pulang dari Kota Kinabalu.
"Memang penat untuk berulang-alik tapi saya sudah biasa," tambah Liyana yang akan muncul menerusi telefilem raya NY Cinta.
Sudah bergelar seorang isteri selama lima bulan bagaimanapun tidak membataskan Liyana untuk menjadi dirinya yang sebenar, tetapi dalam masa sama Liyana akui suami tempat dia berkongsi rasa.
"Perangai gila-gila saya sebelum dan selepas berkahwin masih sama, inilah saya. Tapi kalau orang luar tengok suami saya seorang pendiam, namun sebenarnya dia sangat berbeza.
"Dia seorang yang sangat kelakar dan suka melawak, tetapi hanya dengan saya.
"Hidup saya sebagai isteri berbeza berbanding ketika bujang. Ini kerana kini saya sudah memiliki seseorang untuk bercakap, berkongsi perasaan, menjalani kehidupan bersama dan mempunyai matlamat untuk dicapai bersama," kongsi pelantun lagu Cinta Bersatu itu.
Raya
Menyingkap persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Liyana sudah menyiapkan dua pasang baju raya berwarna hitam dan ungu untuknya dan suami.
"Beraya rumah sebelah-menyebelah tiada isu untuk berebut pulang ke kampung tapi insyaAllah selepas beraya di Kuala Lumpur, kami akan ke Melaka pada sebelah petangnya sebelum ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada hari raya kedua untuk menziarahi keluarga belah suami.
"Jika ada peluang, saya teringin untuk mengadakan rumah terbuka hari raya nanti," kongsinya.
Sempena Aidilfitri, Liyana bakal muncul menerusi drama realiti Oh! Kampungku pada hari raya pertama pukul 9.30 malam di TV9.
Menerusi rancangan itu, Liyana dan suaminya diberikan cabaran untuk menyesuaikan diri menyambut raya di kampung. Pasangan itu akan membuat persiapan raya mengikut tradisi atas usaha mereka sendiri.

Mati angkara pembunuh upahan

Posted: 18 Jul 2013 02:40 PM PDT


BEGINILAH keadaan mayat Shanmugam selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal yang disyaki pembunuh upahan. Gambar kecil, K. Shanmugam.


KULIM – Belum pun selesai kes seorang guru muzik yang mati ditembak pembunuh upahan di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kelantan minggu lalu, seorang lagi cikgu sekolah menerima nasib sama di sini semalam.
Kali ini ia melibatkan seorang guru pendidikan jasmani Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, K. Shanmugam, 45, apabila dia maut selepas terkena dua das tembakan di kepala dan anggota badan yang dilepaskan oleh dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat.
Kejadian pada pukul 12.25 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini berlaku apabila Shanmugam didatangi dua penyerang yang disyaki pembunuh upahan sebaik memperlahankan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang dipandunya di situ.
Sebaik dihampiri, salah seorang suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan anggota badannya menyebabkan mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya di Taman Bidara mati di tempat kejadian.

RM3.2 juta lesap

Posted: 18 Jul 2013 02:38 PM PDT


RAKAMAN televisyen litar tertutup menunjukkan imej empat lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai emas di Mentakab semalam.


KUANTAN – Enam penjenayah yang bersenjatakan parang hanya mengambil masa tiga minit untuk melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM3.2 juta di Mentakab, Temerloh semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, enam suspek yang memakai topeng datang ke kedai emas itu dengan menaiki dua buah kereta jenis Toyota Camry dan Honda Accord berwarna putih.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika pemilik premis, Wang Jee Lin, 56, isteri dan anak lelakinya baru tiba untuk memulakan perniagaan.
"Sebaik pintu premis dibuka, empat suspek meluru ke arah tiga beranak itu sambil mengarahkan mereka mendiamkan diri sebelum mengaut 24 dulang barang kemas dan memasukkannya ke dalam kampit plastik.
"Keempat-empat suspek kemudian beredar bersama dua lagi rakan mereka yang menunggu di dalam dua buah kereta di luar premis," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bayar RM10 syarat cerai taklik

Posted: 18 Jul 2013 02:36 PM PDT


NONISWARA bersama peguamnya, Amli selepas kes tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon Noniswara Baharudin bergelar janda buat kali kedua selepas sah bercerai secara taklik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan dan membayar RM10 seperti mana syarat dalam lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian di dalam kamar hakim selepas meluluskan permohonan cerai taklik Noniswara yang difailkan pada 9 Mei lalu.
Ini merupakan perceraian kali kedua Noniswara. Dramatis berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu terpaksa memfailkan permohonan cerai selepas digantung tidak bertali oleh ahli perniagaan itu sejak lapan bulan lalu.
Permohonan cerai taklik itu telah difailkan mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut peguam Datuk Amli Embong yang mewakili Noniswara, 44, hakim mensabitkan cerai taklik bukan sahaja berdasarkan bayaran RM10 yang diterima bagi pihak defendan, malah turut mengambil kira keterangan plaintif, saksi, hujah peguam dan sumpah iztizhar.

Sut antijerung kurangkan risiko diserang jerung

Posted: 18 Jul 2013 02:34 PM PDT



FOTO yang disediakan oleh Sistem Mitigasi Serangan Jerung menunjukkan dua orang lelaki memakai sut antijerung yang mampu menghalang pemakainya daripada diserang jerung.- AFP


SYDNEY - Sebuah firma penyelidikan Australia, Sistem Mitigasi Serangan Jerung (SAMS) telah bekerjasama dengan Institut Laut Australia di University of Western Australia (UWA) untuk melancarkan dua jenis sut antijerung yang pertama di dunia Khamis lalu.
Sut itu dikatakan menggunakan teknologi baharu yang mampu membuatkan jerung sukar melihat dan menyerang para pemakainya. Ia dihasilkan oleh dua orang usahawan iaitu Hamish Jolly dan Craig Anderson.
"Penciptaan sut ini adalah berdasarkan kepada penemuan baharu. Kami berjaya menggunakan penemuan itu dan menghasilkan material yang boleh mengelirukan sistem penglihatan jerung," kata Anderson.
Direka untuk penyelam dan mereka yang melakukan aktiviti snorkeling, sut berwarna biru putih itu dikenali sebagai "Elude". Ia mampu memanipulasi penglihatan jerung yang buta warna dan membuatkan pemakainya seolah-olah tidak dapat dikesan oleh jerung ketika berada di dalam air.
Sementara sut "Diverter" yang khas untuk peluncur ombak pula dihasilkan dengan corak belang berwana hitam putih.
"Kebanyakan haiwan pemangsa secara biologinya akan mengelak daripada memakan mangsa yang disifatkannya sebagai berbahaya. Belang hitam putih ini dilihat oleh jerung sebagai sesuatu yang tidak harus dimakan," kata penyelidik UWA, Shaun Collin.
Sut itu dihasilkan selepas kajian selama dua tahun yang dibiayai oleh kerajaan Australia berikutan peningkatan jumlah serangan jerung ke atas pengunjung pantai sejak kebelakangan ni.

Zakat memupuk sifat dermawan

Posted: 18 Jul 2013 02:30 PM PDT




CETEKNYA pengetahuan mengenai agama menyebabkan ramai umat Islam yang mengambil remeh tentang kewajipan berzakat. Mereka seakan-akan terlupa, harta yang diperoleh mempunyai nilai yang perlu dijelaskan sebagai salah satu cara membersihkan pendapatan.
Eksekutif muda dari selatan tanah air, Ridhwan Hanafi Shahnawi, 24, tidak mengetahui bahawa zakat tidak hanya dibayar pada bulan Ramadan. Malah, ada zakat lain yang wajib dijelaskan jika cukup syarat.
"Selama ini, saya hanya mengetahui pembayaran zakat dilakukan pada bulan Ramadan. Sebab itulah saya tidak mengambil berat mengenai perkara ini kerana berasa belum layak untuk menunaikan tuntutan itu," ujarnya ketika ditanya berkenaan ibadah zakat terutamanya zakat harta.
Tanpa disedari, kecetekan pengetahuan Ridhwan sebenarnya turut dikongsi oleh sesetengah umat Islam yang lain. Lebih mengecewakan, terdapat juga golongan dewasa yang tidak mempedulikan rukun Islam keempat itu.
Ini diakui oleh Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan, Nor Mukshar Harun.
"Ada yang berjumpa kami dengan pertanyaan bukankah zakat dibayar pada bulan Ramadan sahaja?
"Saya terkejut kerana masih ramai yang tidak mengambil tahu kepentingan membayar zakat harta," kata Nor Mukshar ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Sebenarnya, zakat mempunyai banyak cabang, tidak terhad kepada zakat fitrah sahaja. Jenis zakat yang lain ialah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat saham, zakat KWSP, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian dan zakat ternakan.
Sehubungan itu, masyarakat perlu menjalankan tanggungjawab dengan membayar zakat setiap tahun. Hakikatnya, zakat tidak membebankan pembayar kerana jumlahnya bergantung kepada kemampuan mereka.
Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Hasil kutipan tersebut akan diagih-agihkan kepada lapan golongan asnaf termasuklah fakir, miskin, amil dan mualaf.

ZAKAT dapat membantu kelangsungan hidup si penerima. - Gambar hiasan


Cukup syarat
Zakat pendapatan merupakan salah satu daripada zakat harta yang dikenakan berdasarkan pendapatan yang diperoleh seseorang.
Apabila cukup syaratnya, mereka perlu membayar dalam satu amaun mengikut perkiraan yang telah ditetapkan.
Secara umum, kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5 peratus daripada pendapatan yang wajib zakat. Sebagai contoh, jika pendapatan yang layak dizakat ialah RM24,000, nilai zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak RM600.
Sementara zakat fitrah pula hanya dibayar pada bulan Ramadan.
Kewajipan itu berpandukan kepada firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 60 yang bermaksud:
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan mualaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan."
Kutipan zakat tersebut secara tidak langsung dapat menjana ekonomi umat Islam dengan memberi bantuan kewangan kepada perniagaan di samping sebagai kelangsungan hidup golongan penerima.
"Saya mengibaratkan pembayaran zakat ini seperti lalang yang tumbuh di celah-celah tanaman. Jika tidak ditebas, pokok-pokok lain tidak dapat hidup untuk membuahkan hasil," ujar penceramah bebas, A. Ubaidillah Alias ketika dihubungi Kosmo!.
Jelasnya, zakat merupakan satu cara untuk memupuk sifat dermawan dalam diri umat Islam. Ia mentarbiah seseorang untuk membudayakan zakat dalam kehidupan mereka.
"Hikmah zakat ini sangat halus. Ia dapat mengajar kita untuk memberi walaupun sedikit," kata Ubaidillah.
Menurut pandangan penulis novel berciri Islam itu, kefahaman orang ramai terhadap pecahan zakat harta sebenarnya amat jelas, tetapi mereka mengelak kerana tidak mahu melunaskan tanggungjawab.
"Saya yakin semua orang tahu mengenai zakat, tidak kira fitrah atau harta. Ia mempunyai konsep yang sama seperti cukai pendapatan.
"Sikap tidak ambil peduli segelintir masyarakat kita menyebabkan peratusan pembayar zakat harta agak rendah berbanding zakat fitrah," tambah Ubaidillah.
Perkara itu turut diperakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, Mohd. Rais Alias.
"Boleh dikatakan hampir 99 peratus umat Islam membayar zakat fitrah tetapi ramai yang tidak memberi perhatian terhadap zakat harta," kata Mohd. Rais.
Perbezaan ketara antara kedua-dua zakat itu ialah jumlah bayaran. Zakat fitrah dibayar mengikut jumlah yang telah ditetapkan manakala zakat harta bergantung kepada pendapatan individu tersebut selain menepati syarat-syarat utama.

SAIFUL BAHARI ASHARI
ZAKAT pendapatan merupakan satu cabang zakat yang perlu dilunaskan oleh umat Islam setiap tahun.


Kutipan zakat harta oleh PPZ jauh lebih banyak berbanding zakat harta iaitu RM402.8 juta pada tahun lalu. Zakat fitrah pula hanya antara RM8 juta hingga RM9 juta.
"Jumlah yang besar itu dapat membantu lebih ramai umat Islam. Justeru, penekanan terhadap zakat harta sangat penting tanpa menolak kepentingan zakat fitrah," jelas Mohd. Rais.
Pendekatan baharu
Sehubungan itu, PPZ mengambil pendekatan baharu dalam memberi informasi mengenai zakat antaranya menggunakan selebriti sebagai pengantara.
"Beberapa bulan lalu, kami mengadakan ceramah agama di kawasan tumpuan ramai dengan menjemput selebriti seperti Diana Amir, Sham Kamikaze dan Yatt Hamzah. Dalam bercerita perihal kehidupan mereka, panel turut menyelitkan kepentingan zakat dalam kehidupan.
"Walaupun ia tidak menyeluruh, tetapi objektifnya sampai kepada pendengar. Kaedah konvensional tidak sesuai dengan situasi sekarang," jelasnya.
Dalam masa sama, kemajuan teknologi turut diselarikan dengan mewujudkan laman web www.zakat.com.my yang kemas kini. Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini, cara pembayaran dan menyelesaikan perkara berbangkit dengan mudah.
Bagi mereka yang masih ragu-ragu sama ada perlu atau tidak membayar zakat, laman web tersebut juga menyediakan sistem taksiran peribadi yang hanya memerlukan pengguna memasukkan maklumat kewangan. Ia akan membuat pengiraan jumlah zakat yang perlu dijelaskan.
"Di samping itu, mereka boleh memuat turun aplikasi iZakat dalam telefon pintar untuk mengakses informasi berkaitan zakat," kata Mohd. Rais.

Air dan buah elakkan dehidrasi

Posted: 18 Jul 2013 02:29 PM PDT



SEMUA sedia maklum bahawa saat menjelangnya Ramadan umat Islam wajib berpuasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Namun, puasa bukan alasan untuk menjadi tidak produktif, lemah, lesu, dan berwajah kusam.
Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh.
"Ketika bulan puasa, kita akan kehilangan lebih kurang 2,000 mililiter (ml) cecair dalam badan setiap hari melalui air kencing, peluh dan ketika bernafas. Kehilangan cecair ini berbeza antara individu bergantung kepada aktiviti dan tahap kesihatan mereka.
"Kita biasanya menggantikan cecair yang hilang ini selepas otak memberi isyarat haus yang menandakan badan memerlukan cecair tambahan. Namun, ketika Ramadan kita tidak boleh minum pada siang hari dan hanya boleh berbuat demikian ketika berbuka puasa dan pada sebelah malam," kata Perunding Dermatologi di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Nazirin Ariffin.
Tambahnya, penggantian semula cecair yang hilang sewaktu berpuasa sangat penting kerana seseorang memerlukan antara enam hingga lapan gelas atau dua liter air sehari.
Air diperlukan bagi mengelakkan dehidrasi, merengus, sakit kepala, marah dan lemah. Kekurangan air juga menyebabkan kulit mudah kering lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami masalah ekzema.
Pengambilan cecair tidak semestinya air sahaja, bahkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jaga berat badan
Jadi, pengambilan lebih banyak air ketika bersahur perlu bagi mengelakkan dehidrasi pada siang hari.
"Ketika berpuasa, usus kita berehat selama beberapa jam serta memberikan masa kepada badan untuk melakukan detoksifikasi, serta memperbaiki dan membentuk semula sel-sel yang rosak.

BUAH-BUAHAN perlu dimakan terlebih dahulu sebelum mengambil makanan lain.


"Sungguhpun begitu, ramai yang berhadapan dengan masalah kenaikan berat badan semasa bulan puasa disebabkan pengambilan makanan yang salah khususnya semasa bersahur," ujarnya.
Jelasnya, ada segelintir orang makan pada tengah malam dan kemudian terus tidur kerana tidak mahu bangun sahur lagi.
Cara tersebut adalah salah dan tidak sihat. Dalam Islam, lebih afdal sahur dilewatkan iaitu ketika waktu hampir imsak dan tidak tidur selepas itu sebaliknya terus menunaikan solat Subuh.
Andai mahu menurunkan berat badan, mulakan makan dengan buah-buahan sebelum menjamah makanan lain.
"Membeli makanan di luar seperti bazar Ramadan juga wajar dikurangkan kerana kita tidak tahu apa yang diletakkan di dalam makanan tersebut. Berapa banyak minyak, santan, bahan perasa dan bahan pengawet?
"Namun, jika kita memasak sendiri juadah, kita boleh mengawal jumlah bahan-bahan tersebut dan membuat penggantian ramuan. Contohnya, bagi menggantikan santan, kita gunakan susu rendah lemak dan yogurt," katanya.
Menyentuh mengenai masalah gastrik pula, Nazirin memberitahu, individu yang mengalami masalah tersebut perlu merujuk kepada doktor.
MEMASAK sendiri lebih baik daripada membeli di luar kerana kita mampu mengawal kandungan minyak, lemak dan bahan perasa.


Katanya, penghidap gastrik boleh mengambil ubat gastrik pada waktu malam atau ketika bersahur. Jadi tiada alasan untuk golongan itu tidak berpuasa.
Menurut Nazirin, beliau sendiri mempunyai masalah gastrik, namun baginya berpuasa atau tidak, tiada bezanya. Malah, ketika berpuasa episod gastriknya berkurangan. Ini kerana perut tidak menghasilkan asid berikutan tiada makanan di dalamnya.
Dalam pada itu, Perunding Dietetik, Dr. Indra Balaratnam memberitahu, diet rakyat Malaysia lebih kepada pengambilan karbohidrat dan kebanyakan mereka tidak menitikberatkan pengambilan makanan sihat lagi seimbang.
Kondominium makanan
"Sepatutnya, separuh daripada pinggan kita diisi dengan sayur-sayuran, suku lagi ialah nasi dengan saiz hidangan sebesar tapak tangan dan bahagian suku lagi diisi dengan protein.
"Tetapi orang kita biasanya penuhkan pinggan dengan nasi terlebih dahulu dan lauk di atasnya seperti mahu membina kondominium pula. Keseimbangan pula langsung tiada," ujarnya sambil memberitahu, pengambilan makanan yang sihat boleh dilihat melalui organ terbesar kita iaitu kulit.
Latih diri untuk mengambil lebih banyak air dan pastikan stok makanan berkhasiat ada di rumah supaya tidak perlu membeli juadah berbuka dengan kerap. Andai terlalu sibuk, masak makanan dan simpan di dalam peti sejuk dan panaskan apabila mahu makan.
"Biasanya apabila tiba musim perayaan, seseorang boleh mengalami pertambahan berat badan antara 3 kilogram (kg) hingga 5kg atau lebih.

JIKA membeli makanan di luar, seseorang itu tidak boleh mengawal jumlah minyak dan lemak yang digunakan dalam masakan. - Gambar hiasan


"Ini semua berlaku kerana masing-masing mengambil makanan lebih daripada jumlah normal. Tambahan pula pada bulan puasa mereka tidak aktif, tidak melakukan senaman dan tidak banyak berjalan," katanya sambil memberitahu, pertambahan dan penyusutan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan kulit meregang.
Bagi yang menitikberatkan soal kecantikan kulit, mereka seharusnya mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi antioksida semula jadi.
Namun, agak menyedihkan apabila kaji selidik mengenai pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kalangan rakyat Malaysia mendapati, lebih 92 peratus rakyat negara ini tidak mengikuti panduan makanan seimbang iaitu tiga sajian sayur dan dua sajian buah-buahan.
"Ketika berbuka puasa jangan makan dengan cepat kerana kita akan berasa senak perut. Makan secara sederhana. Mulakan dengan buah-buahan, sayur, sup dan kemudiannya makanan berat,
"Makan dengan perlahan. Apabila mengunyah perlahan, kita akan lebih menikmati rasa makanan dan itu akan membuatkan kita rasa kenyang," ujar Indra.

Manipulasi nafsu membeli

Posted: 18 Jul 2013 02:19 PM PDT


MOOD mewah di hotel adakalanya membuatkan kita tidak kisah untuk membayar pada harga yang mahal ketika berbuka. - Gambar hiasan


SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, seolah-olahnya menjadi satu gaya hidup baharu masyarakat apabila pusat beli-belah mula mengadakan pelbagai promosi untuk menarik pembeli. Kita akan dapati Jalan Masjid India di Kuala Lumpur dan pasar raya di seluruh negara dipenuhi dengan lautan manusia.
Hotel-hotel tertentu akan menawarkan pelbagai pakej berbuka puasa dengan tawaran yang menggoda. Setiap orang seolah-olah perlu berbelanja lebih besar ketika bulan Ramadan, sekalipun bagi barangan yang tidak perlu.
Setiap orang bagaikan tertawan dengan promosi harga runtuh yang ditawarkan oleh peniaga, walaupun harga yang diturunkan tersebut adakalanya hanya beberapa ringgit sahaja.
Bulan Ramadan telah menjadi bulan untuk kita berbelanja besar.
Mengapa pembeli sangat teruja untuk melakukan pembelian secara berlebihan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan dan tidak pada waktu yang lain?
Dalam psikologi, inilah yang kita namakan sebagai atmospheric atau suasana. Ia merupakan situasi bagaimana persekitaran atau satu-satu suasana telah mengubah tingkah laku manusia.
Keadaan itu biasa kita alami apabila memasuki pusat beli-belah atau makan di restoran tertentu. Ada muzik tertentu dimainkan yang menyebabkan kita terasa untuk membeli barangan tertentu dan seolah-olahnya menjadikan kita ini sebagai manusia yang lain.
Begitu jugalah apabila kita dihadapkan dengan sinar lampu dan penataan cahaya yang ada di hotel menyebabkan mood kita berubah.
Perubahan mood itu bukan sahaja menjadikan kita berasa selesa, tetapi juga menyebabkan tingkah laku kita berubah sama sekali.
Misalnya, apabila kita minum di kafe hotel, kita berasa seperti orang kaya yang tiada masalah. Kita juga mungkin sanggup berbelanja lebih sedikit untuk menikmati secawan kopi kerana suasana tadi telah mengubah mood kita.
Bagaimanapun, kita mungkin akan berfikir panjang sekiranya perlu membayar harga yang sama di kedai kopi biasa.
Semua ini sebenarnya hanyalah perasaan yang dibangkitkan oleh manipulasi persekitaran tadi.

PASTIKAN anda membeli barangan keperluan atau makanan tanpa membazir. - Gambar hiasan


Kejayaan atmospheric itu dikatakan berlaku dalam tiga proses utama, iaitu:
i) Sejauh mana suasana tersebut menarik.
ii) Bagaimana ia mampu membangkitkan rangsangan fisiologi.
iii) Darjah kekuatan rangsangan yang diwujudkan itu.
Fikir rasional
Dikatakan bahawa wangian adalah antara bentuk atmospheric yang sangat berkesan mengubah mood manusia, kerana ia mampu merangsang fungsi otak dan mengubah emosi manusia pada kadar segera.
Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, kegagalan psikologi manusia untuk bertindak secara normal dengan persekitaran mungkin akan merosakkan diri, khususnya ketika berbelanja.
Kita mungkin berbelanja bagi barangan yang tidak diperlukan, tetapi mengabaikan barangan yang sepatutnya dibeli.
Ini kerana suasana yang wujud tadi menyebabkan manusia menilai sesuatu itu secara positif, walaupun ia mungkin tidak rasional.
Misalnya sesuatu barangan yang dijual itu tetap dilihat sebagai berkualiti dan cantik disebabkan oleh pengaruh manipulasi persekitaran tadi.
Ia biasa terjadi dalam kehidupan kita seharian. Kita berbelanja bukan disebabkan kita ingin membelinya. Sebaliknya, kita berbelanja kerana kita telah menjadi manusia yang lain.
TAWARAN harga runtuh hakikatnya mungkin melibatkan penurunan harga sebanyak beberapa ringgit sahaja tetapi berjaya membuatkan orang ramai memborong sakan. - Gambar hiasan


Sebab itulah, kita dapati mood 'Ramadan' ini telah digunakan oleh banyak pihak untuk memanipulasi nafsu manusia.
Kuatkan psikologi
Kita akan mendapati kewujudan pakej berbuka puasa dengan harga yang tidak masuk akal atau jualan murah yang harga sebenarnya mungkin lebih mahal daripada bulan biasa.
Bagaimanapun, kejayaan peniaga mewujudkan sentimen tertentu menyebabkan manusia tidak mampu berfikir panjang lagi.
Ia seperti temasya yang memerlukan setiap orang berbelanja besar seolah-olah itulah pembelian yang terakhir.
Walaupun kajian mendapati kewujudan atmospheric seperti suasana hiruk-pikuk dan keriuhan manusia boleh menyebabkan pola pembelian terganggu, sebaliknya ia mungkin tidak terjadi kepada semua individu.
Ada sesetengah individu yang merasakan sekiranya mereka tidak membeli barangan, barangan tersebut akan habis dibeli oleh orang lain. Ini menjadikan mereka tidak ada pilihan dan perlu membeli sesuatu barangan walaupun mungkin ia tidak ada dalam senarai keperluan mereka.
Sebab itulah, sebagai pengguna kita wajar berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan atmospheric ini.
Ia bukanlah kesalahan peniaga kerana mereka perlu mempunyai strategi untuk melariskan barangan. Bagaimanapun, sebagai pengguna, kita juga perlu mempunyai strategi agar bijak berbelanja dan berhemah mengguna wang.
Bulan Ramadan sepatutnya memberi peluang untuk kita lebih rasional dan tidak bertindak mengikut hawa nafsu. Kita mungkin tidak tergoda untuk makan dan minum pada siang hari.
Bagaimanapun, kita terlupa bahawa kita sedang digoda oleh manipulasi persekitaran yang merangsang nafsu membeli. Kekuatan psikologi boleh menjadi panduan untuk kita semua.

Ayam golek cecah kuah percik istimewa

Posted: 18 Jul 2013 02:18 PM PDT



AYAM percik dan kambing golek menanti pengunjung yang mahu berbuka puasa di Hotel Putra Sunway.


TAHUN ini, Hotel Putra Sunway, Kuala Lumpur memperkenalkan menu baharu iaitu ayam golek bersama kuah percik adunan Chef Sos Eksekutifnya, Samsuddin Ahmad.
Selain menitikberatkan pemilihan ayam, Samsuddin menggunakan rempah-ratus terpilih untuk menghasilkan kuahnya.
Ayam golek itu juga diberi rasa tempatan dan Barat dengan cara memasukkan rempah-ratus tradisional serta herba seperti rosemary dan oregano.
MI soto yang menepati cita rasa semua golongan.


Para pelanggan juga boleh mencuba menu-menu baharu lain seperti variasi mi goreng dan tauhu bakar. Menu wajib seperti kambing panggang tetap dikekalkan.
Pada tahun ini, sebanyak 50 ekor kambing ditempah dari New Zealand untuk dipanggang.
Selain itu, terdapat lebih 100 jenis hidangan yang terdiri daripada pembuka selera, ulam-ulaman, sup, hidangan utama dan pencuci mulut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines