Selasa, 30 Julai 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Filem ‘The New Village’ ini ditangguh tayangan untuk tapisan

Posted: 29 Jul 2013 04:30 PM PDT

Baru-baru ini, GSC Cinema Malaysia telah memuat naik satu trailer di akaunnya di Youtube berkenaan filem ‘The New Village’ arahan Wong Kew Lit. Namun begitu, filem ini mendapat tentangan ramai kerana terdapat unsur memutar belit sejarah dan mengagungkan perjuangan komunis di Tanah Melayu pada tahun 1949.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem ini yang sepatutnya ditayangkan berdekatan tarikh Hari Kemerdekaan iaitu pada 22 Ogos kerana perlu menjalani satu lagi proses tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)

Penjelasan Abby Abadi mengenai suami lebih muda

Posted: 29 Jul 2013 03:30 PM PDT

Kenyataan Abby Abadi dipetik melalui Sinar Harian petang semalam, dia bukan memilih suami kerana usia yang lebih muda darinya tetapi ia adalah jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

Dia mengakui terdapat lelaki yang sebaya dan huja lelaki yang lebih tua malah terdapat juga suami orang menyatakan hasrat untuk mengahwininya namun dia menolak dengan cara baik kerana pendiriannya ialah tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekalipun.

Ras Adiba Radzi bernikah dengan rakan sekolah, Ilias Yaakob

Posted: 29 Jul 2013 02:30 PM PDT

rasadibaradzikahwin1

Ras Adiba Radzi telah selamat bernikah dengan pasangannya, Ilias Yaakob dengan tiga(3) kali lafaz di hadapan bapanya, Mohd Radzi Wahab dalam satu majlis ringkas di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya jam 6.10 petang, kelmarin.

Ilias Yaakob, 45 tahun merupakan bekas rakan persekolahan Ras Adiba sewaktu di tingkatan enam dahulu. Dia juga merupakan seorang penasihat kewangan. Kami mengucapkan semoga perkahwinan ini bahagia sehingga ke anak cucu. Amin.

rasadibaradzikahwin2

rasadibaradzikahwin3

rasadibaradzikahwin4

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines