Rabu, 10 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Ulang Tahun Anak Rita Rudaini

Posted: 09 Jul 2013 11:00 PM PDT

Walaupun masih lagi dalam prosiding mahkamah berkaitan dengan kes Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan namun anak-anak mereka sedikit sebanyak terpancar kebahagian apatah lagi Rita yang kini mengasuh mereka.

2 anak Rita dan Aidil Airit Rayyan Rizqin yang sulung manakala Airit Rafqa Arjuna yang bongsu baru-baru ini menyambut ulang tahun mereka, tak pasti yang mana satu, tapi apa-apa pun semoga berbahagia dan panjang umur.  -Instagram Rita Rudaini
Baca lagi »

Gambar Azza Elite Terkini

Posted: 09 Jul 2013 10:00 PM PDT

Di awal bulan Ramadan ini, baik dan baguslah kalau kita melihat yang indah-indah, sejuk di hati. Azza Elite yang sudah sedia maklum kini bertudung tetap aktif dalam aktiviti sehariannya seperti berlakon dan dengan promosi produknya. Dia dan suaminya kini cukup bahagia walaupun masih belum ada rezeki anak dari zuriat mereka. Apa-apa pun semoga terus sukses dan berbahagia di bulan Ramadan ini.
Baca lagi »

Akim Mahu Merisik Stacy!!

Posted: 09 Jul 2013 09:00 PM PDT

Wah dengar cerita yang Akim anak kelahiran Johor dengan Stacy anak jati Sabahan ada menjalinkan satu hubungan istimewa, tidak tahu kesahihan cerita ini secara dalamanya, tapi semalam BeritaHarian ada mengupas yang Akim akan merisik bila menjelma AidilFitri nanti.

Khabar itu rupanya gurauan dari Akim yang menyatakan dia dan Stacy hanya tidak lebih dari seorang kawan. Namun tidak menolak jika Stacy adalah jodohnya.
"Memang saya pernah berkunjung ke rumah keluarga Stacy di Sabah, manakala pada Hari Raya tahun lalu Stacy meluangkan masa menziarah keluarga saya di Johor. Insya-Allah jika tiada aral melintang mungkin kami akan beraya bersama tahun ini. Mana tahu kunjungan kali ini menjadi acara merisik pula?"

"Saya mengaku senang berkawan dengannya, malah hubungan dengan keluarganya juga baik. Saya suka dengan keluarga Stacy kerana mereka melayan saya dengan baik. Begitu juga saya suka dengan budaya masyarakat Sabah.

"Keluarga saya juga tiada masalah dengan Stacy. Seandainya ditakdirkan ada jodoh antara kami, saya tidak menolak kerana soal jodoh pertemuan, ajal maut bukan kuasa kita," -Akim

Gambar Resepsi Pelakon, Hani dan Shamsul

Posted: 09 Jul 2013 08:00 PM PDT

Pelakon Roda-roda Kuala Lumpur, Hani Nur Zara telah bernikah dengan suaminya Shamsul pada 1 Julai yang lalu. Kini pada hari Sabtu yang lalu iaitu, 6 Julai telah berlangsung majlis resepsi di kediaman rumah Dato' Hattan iaitu abang kepada suami Hani yang terletak sekitar Sri Menanti, Negeri Sembilan. Tidak ketinggalan bos besar, Datuk Yusof Haslam turut hadir bersama memeriahkan majlis. -gambar REDphotography



Gambar Diana Danille Bersama Anaknya

Posted: 09 Jul 2013 06:09 PM PDT

Pada 2 Julai yang lalu, Diana Danielle telah mengemparkan pemerhati hiburan tempatan dengan melahirkan anak sulung di Australia bersama-sama dengan suaminya, Farid Kamil. Namun banyak spikulasi yang timbul dengan cerita kelahiran anak sulung berkenaan.

Kali ini tanpa menghiraukan lagi spikulasi itu, Diana sempat meyelitkan sekeping foto bersama anaknya itu semalam di Instagram miliknya. Dan pastinya pasangan suami isteri ini ceria dengan kehadiran cahaya mata di bulan Ramadan yang pertama mereka bergelar suami isteri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines