Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Inteam kembali selepas tiga tahun
- Rozita Che Wan Sangkal Bersikap 'Queen Control'
- PTVM Dedah Staf Stesen TV Amalkan Rasuah, Kroni
- Tuduhan Zizan Razak Tidak Berdisiplin Sengaja Diperbesarkan
- Ifa Raziah Kuruskan Badan Untuk Dapat Tawaran Berlakon
- Alyah: Ramadan pembuka rezeki
- Tiz Zaqyah ditegur
- Ummi Nazeera bertudung?
- Tukang cincin kerjaya utama
- Azwan tak percaya gosip
- Elfira Loy selesa menjadi adik kepada Zoey Rahman
Inteam kembali selepas tiga tahun Posted: 09 Jul 2013 03:55 AM PDT KUMPULAN nasyid popular, Inteam kini kembali dengan album terbaharu mereka berjudul Iman & Aman selepas tiga tahun menyepi tanpa sebarang album penuh. Kekal bertiga, Mohd. Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun dan Abdul Rahim Osman menjelaskan, mereka mengambil masa yang lama untuk membikin album terbaharu itu kerana ingin mengekalkan kualiti yang terbaik. "Kami sedar keadaan industri muzik secara keseluruhannya tidak berapa baik, terutamanya penjualan album penuh secara fizikal. "Bagaimanapun, kami optimis album penuh Inteam akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat kerana ada beberapa buah album berkonsep ketuhanan penyanyi lain telah terjual sehingga 50,000 unit," ujar Hazamin. Tambahnya, mereka juga menjual album secara digital untuk bersaing dengan penyanyi lain yang sedia ada. "Kami menerima hakikat penjualan album tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh sebab itu, lagu-lagu daripada album terbaharu juga boleh didapati secara talian," kata Hazamin lagi. Album Iman & Aman yang lahir selepas 12 tahun kumpulan Inteam dalam industri muzik, cukup bermakna buat mereka bertiga. "Selain sebagai hadiah buat peminat, album ini juga merupakan aset buat kami untuk terus bernafas dalam industri muzik. "Jika tiada album, perjalanan kami akan terhenti. Jadi, untuk meneruskan kelangsungan kerjaya dan dakwah, kami harus terus melahirkan karya-karya baharu yang segar buat peminat," jawab Syahril. Menariknya, album yang mengandungi 12 buah lagu itu turut mengundang Munif daripada kumpulan Hijjaz untuk berduet bersama Inteam menerusi lagu popular mereka, Nur Kasih. "Lagu Nur Kasih sangat sinonim dengan kami. Dalam album baharu ini, Munif memberi nafas baharu sebagai penggubah lagu tersebut. "Jadi, kami fikir adalah lebih baik penggubah lagu itu sendiri yang menyanyikan lagunya. Lagi pun, Munif umpama guru kami dalam bidang muzik," kata Hazamin. Dalam perkembangan lain, kumpulan Inteam turut melebarkan sayap mereka ke Thailand. Mereka juga telah mengasaskan syarikat Inteam Thai untuk memudahkan segala penjualan album dan aktiviti mereka di sana. "Irama nasyid berkembang pesat di Thailand terutama di selatan Thailand. Kami juga kerap mengadakan persembahan di sana dengan jumlah penonton antara 5,000 sehingga 10,000 orang. "Melihat pasaran yang besar, kami cuba untuk menembusi pasaran Thailand secara lebih meluas. Buat masa ini, kami harus berfikir dengan bijak kerana kami hanya boleh menjual album pada harga RM10 sehingga RM15 kerana faktor ekonomi masyarakat selatan Thailand. Harap kami akan jumpa jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak," balas Hazamin. Album Iman & Aman terbitan Inteam Records Sdn. Bhd. dan edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd. itu sudah pun berada di pasaran dengan harga RM25.90. | ||
Rozita Che Wan Sangkal Bersikap 'Queen Control' Posted: 09 Jul 2013 03:54 AM PDT Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, berkata, gosip tersebut adalah karut kerana dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka. "Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami. "Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online. Rozita mengulas mengenai dakwaan dia kononnya dia merajuk dengan kekasihnya itu yang tidak membalas panggilan telefon dan SMS ekoran sibuk dengan aktiviti lakonan. Dia juga tidak pasti sama ada cerita itu sengaja disebarkan untuk memburukkannya atau ada pihak yang cemburu melihat hubungannya dengan Zain, 29. "Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," jelasnya ringkas. Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak akan berehat sepanjang bulan Ramadan nanti kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Rumah Kedai selain beberapa projek lain sebelum bercuti berhari raya. "Walaupun akan sibuk bulan puasa ini tetapi Alhamdulillah itu semua rezeki untuk saya dan keluarga malah saya hanya akan bercuti sekejap sahaja pada hari raya nanti," katanya. | ||
PTVM Dedah Staf Stesen TV Amalkan Rasuah, Kroni Posted: 09 Jul 2013 03:53 AM PDT Presiden PTVM, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya mendapat aduan terdapat staf sebuah stesen TV tersebut telah membuka syarikat produksi dan meluluskan drama terbitan syarikatnya untuk disiarkan di stesen berkenaan sehingga menjejaskan periuk nasi produser lain. "Ada di kalangan pegawai urusan stesen TV swasta secara diam-diam membuka syarikat produksi dan 'memberikan' peluang-peluang penerbitan kepada syarikat produksi mereka sendiri. Dan saya difahamkan mereka semakin berkuasa mengamalkan sistem berat sebelah ini. "PTVM juga menerima maklumat ada pegawai-pegawai yang terlibat dengan rasuah apabila akaun bank mereka menjadi perantaraan bagi menerima sejumlah wang dari pihak yang tidak bertanggungjawab. "Pihak kami akan menjalankan siasatan termasuk mengumpulkan bukti untuk dibawa ke pihak berkuasa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Tambah Jurey, bukti-bukti itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereka mengambil tindakan. Malah dia juga akan membawa saksi yang merupakan bekas pekerja stesen TV swasta tersebut. Dalam pada itu, Jurey turut berasa pelik apabila pihak stesen TV berkenaan seolah-olah tidak menyedari masalah dalaman mereka. "Walaupun banyak pengaduan telah mereka terima, namun belum ada sebarang tindakan oleh pihak atasan stesen TV itu malah ia semakin menjadi-jadi pula. "Sebab itu kami mahu mengumpulkan bukti-bukti bagi memastikan masa depan penerbit-penerbit tempatan terjamin," ujarnya. Sementara itu, PTVM juga bersedia untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan pelanggaran akta yang berlaku di stesen TV swasta tersebut yang dianggap berat sebelah di dalam urusan penyediaan kontrak perjanjian penerbitan serta tidak melunaskan bayaran tepat pada waktunya. Beliau juga meminta agar pihak persatuan itu juga meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) perlu membuat pemantauan dengan lebih serius terhadap perkembangan industri penyiaran dan bukan hanya menumpukan kepada industri perfileman sahaja. | ||
Tuduhan Zizan Razak Tidak Berdisiplin Sengaja Diperbesarkan Posted: 09 Jul 2013 03:52 AM PDT Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, tuduhan tersebut tidak adil buatnya kerana ramai pihak tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik kehidupannya sebagai seorang selebriti. "Saya bukan hendak menafikan tetapi cerita sedemikian cuma diperbesar-besarkan dan orang sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi di sebaliknya dan terus membuat pelbagai tanggapan yang tidak benar. "Sukar untuk memuaskan hati semua orang dan perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia hiburan," katanya kepada mStar Online. Dalam perkembangan sama, Zizan bagaimanapun tidak menafikan ada kalanya dia terlambat ke sesebuah lokasi penggambaran atau pun program lain tetapi ia bukan disengajakan. Jelas Zizan, kesibukan dan pertindihan pelbagai program dan aktiviti kadang-kala telah menyebabkan dia terlewat ditambah dengan sebab-sebab lain seperti kesesakan lalu lintas. "Saya bukannya sempurna dan mengakui kadang-kadang terlewat dan ia bukan disengajakan. "Bagaimanapun saya dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris hati jika ada apa-apa tindakan atau perbuatan saya yang menyentuh perasaan mereka," jelasnya. Dalam pada itu Zizan berkata, dia baru sahaja dilantik sebagai duta produk Sony selama setahun selain akan terlibat dalam beberapa program rakaman untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos depan. | ||
Ifa Raziah Kuruskan Badan Untuk Dapat Tawaran Berlakon Posted: 09 Jul 2013 03:51 AM PDT Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, dia telah memasuki kelas tarian zumba sejak tujuh bulan lalu dan mengamalkan diet seimbang. "Dulu berat badan saya 65 kilogram dan sejak mengikuti tarian zumba berat badan saya sudah turun 10 kilogram. "Saya harap lepas ini banyak tawaran untuk berlakon sebab sebelum ini ramai yang kata saya terlalu berisi untuk sesebuah watak," katanya ketika ditemui selepas pelancaran segmen Air Tangan Ibu di program Wanita Hari Ini, di sini, Isnin. Bagaimanapun, jelas Ifa, dia masih banyak menerima tawaran persembahan untuk majlis-majlis tertentu biarpun kurang dilihat di televisyen. "Alhamdulillah, banyak tawaran untuk persembahan dan pengacara majlis. Saya masih lagi aktif, cuma jarang keluar televisyen sejak akhir-akhir ini," katanya. Sementara itu, sempena kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, dia mula menerima tempahan kuih raya yang diberi nama Saripah By Ifa Raziah. "Buat masa ini saya sibuk dengan bisnes kuih raya sepanjang bulan Ramadan yang mana merupakan tahun kelapan saya menjual kuih raya dan kali ini saya mempunyai lima pekerja untuk membuat pelbagai jenis kuih raya. "Untuk itu juga, saya terpaksa mengehadkan persembahan bagi memberi perhatian kepada perniagaan ini," ujarnya. Tambahnya, biskut dan kuih raya Saripah By Ifa Raziah boleh di dapati di restoran kepunyaan ibu mertuanya iaitu Restoran Khizan yang bertempat di Damansara Perdana, di sini. | ||
Posted: 09 Jul 2013 03:49 AM PDT Tidak terkecuali, buat pelantun lagu Kisah Hati, Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 29, yang baru sahaja berhijrah. Teruja menjalani kehidupan baru selepas mengerjakan umrah tahun lalu, Alyah berkata, Ramadan tahun ini menjadi pembuka rezeki yang baik untuk karier seninya, "Tahun lalu saya berpeluang menjalani umrah di bulan puasa. Tahun ini saya turut menyimpan hasrat sama, namun terpaksa menangguhkannya kerana banyak pula undangan seni yang diterima. "Saya bersyukur kerana penampilan baru ini membuka pintu rezeki yang baik untuk saya. "Pun begitu, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjalani ibadah puasa yang penuh keberkatan ini," ujarnya. Berkongsi mengenai penghijrahannya yang kini semakin manis bertudung, Alyah memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana telah membuka pintu hatinya untuk berubah ke arah kebaikan. "Masa mula-mula saya bertudung, hampir semua orang tak dapat cam saya. "Malah ada yang tidak percaya dengan perubahan saya, lagipun sebelum ini saya sering tampil dengan imej seksi. "Namun saya bersyukur ramai yang memberikan maklum balas positif. Alhamdulillah," katanya. Sorok perkahwinan? Tidak dapat lari daripada kisah cintanya bersama komposer muzik terkenal, Datuk Ramli MS, sehingga kini Alyah masih ditanya persoalan itu. Meskipun hubungannya bersama duda anak dua itu masih samar-samar, namun timbul pula spekulasi yang mengatakan mereka sudah berkahwin secara rahsia. Enggan memperbesarkan isu itu, Alyah nampaknya lebih selesa memberikan jawapan yang selamat. "Saya sudah serik untuk bercerita. Biarlah masa yang menentukan semuanya. "Lagipun lain yang kita bercerita, lain pula yang keluar," ujar Alyah. Akui kurang selesa berbicara tentang kisah peribadi, Alyah kini semakin berhati-hati agar tidak terlalu terbuka mengenai perkara itu. "Sekarang saya harus lebih berhati-hati agar tidak terus menjadi mangsa kontroversi. "Adalah lebih baik saya memberikan tumpuan terhadap karier berbanding kisah-kisah peribadi," katanya. Urus sendiri kerjaya Beralih mengenai karier seninya, Alyah kini sedang sibuk merakamkan lagu terbarunya berentak balada, Cinta Takkan Berakhir selepas single Permata yang dinyanyikan bersama Ben (Bintang Kecil) sering diputarkan di corong radio. Katanya, lagu tersebut mendapat sentuhan daripada komposer terkenal dari seberang yang turut mencipta lagu Lelaki Ini dan penyanyi Indonesia, Afghan. Menurut Alyah, single terbarunya itu akan dilancarkan selepas Aidilfitri dan berharap dapat menerima sambutan positif daripada peminat. Pun begitu, dia kini sedang mengumpul lagu singlenya yang terdahulu seperti Kisah Hati untuk disatukan dalam satu album. "Hampir enam tahun saya tiada album baru, jadi ia merupakan usaha saya bersama pihak pengurusan untuk mencari balik lagu yang hilang itu. "Lagipun selepas kes pembantu peribadi saya sebelum ini menyebabkan album baru mengalami beberapa penangguhan akibat faktor tertentu dan masalah teknikal," katanya. Tambahan pula, dia kini terpaksa melakukan semua perkara tanpa bantuan sesiapa selepas ditipu teman rapat menyebabkan Alyah tidak menang tangan untuk menguruskan aktiviti seninya. "Saya sudah serik ambil pembantu. Lebih selesa menguruskan semuanya sendiri," tegas Alyah. | ||
Posted: 09 Jul 2013 03:48 AM PDT Semuanya gara-gara keterbukaan Tiz berkongsi gambar percutiannya di laman sosial Instagram baru-baru ini. Namun kisahnya tidak berhenti setakat di situ sahaja apabila wanita itu memprovokasi Tiz hingga menyebabkan pelakon Sebenarnya Saya Isteri Dia itu membalas komen. Bagaiamanapun pertelingkahan itu sudah terhenti dan Tiz juga sudah memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa dengan kata-katanya. | ||
Posted: 09 Jul 2013 03:47 AM PDT Apatah lagi semenjak itu, Ummi berhijrah ke luar negara untuk menyambung pengajiannya. Bagaimanapun minggu ini industri dikejutkan dengan penghijrahan pelakon yang pernah membintangi filem Merong Mahawangsa ini. Ummi dikatakan memuat naik sekeping gambarnya bertudung di laman Instagram dan turut memadam gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat sebelum ini. | ||
Posted: 09 Jul 2013 03:42 AM PDT Sejak keluar dari Pusat Kraftangan Bunut Payung, Kota Bharu, kedua-dua beradik ini tidak lagi menoleh ke belakang dan cincin buatan mereka diterima baik peminat cincin dari merata tempat seperti Tanah Merah, Jeli, Machang serta Kuala Lumpur yang banyak membuat tempahan. Malah pelanggannya terdiri daripada penduduk setempat, ahli perniagaan serta pegawai kerajaan. Tempahan banyak sekali diterima ketika menjelangnya musim perayaan dan cuti persekolahan. Mohd Hassan berkata, dalam bidang pertukangan perak dan suasa, dia sememangnya mahir membuat serta mengukir bukan sahaja cincin tetapi juga perhiasan wanita seperti gelang tangan, subang, loket dan tali tangan. Menurutnya, cincin berbunga awan larat, cincin pahat biasa, cincin pahat tebuk jawa dan cincin lilit berlian, menjadi kegemaran kerja seninya itu, selain mengukir dan membuat temin perak bagi hulu keris. "Saya pernah membuat cincin bagi permata delima dan zamrud yang bernilai ribuan ringgit. Bayarannya agak lumayan dan saya juga pernah membuat cincin bunga tebuk lilitan berlian," katanya. Menurutnya, bagi membentuk sebuah cincin yang cantik dan berseni, dia menggunakan tulang sotong katak sebagai acuan, kerana tulang itu mudah dibentuk. Katanya, ilmu yang diperoleh daripada gurunya yang hanya dikenali Che Din dan Che Hassan, banyak membantu kerja seninya itu hingga hari ini. "Sebenarnya bidang pertukangan ini boleh menyara keluarga kalau dilakukan secara bersungguh-sungguh, cermat dan sabar," katanya yang juga bekas anggota tentera. Bagi Mohd Zikri pula, sebelum memulakan kerja seninya di sini, dia pernah menimba ilmu dan pengalaman membuat cincin di Bazar Arkib Uda, Kota Bharu. Menurutnya, selepas keluar dari Pusat Kraftangan Kelantan, di situlah tempat pertama dia menambah pengalaman dalam pertukangan cincin. Katanya, terdapat banyak corak cincin yang boleh diukirnya, antaranya corak bunga jawa, bunga pahat mesem, ayam serama, pelana kuda, tangkai kendi dan pacat kenyang. "Hari Khamis dan Sabtu serta musim cuti sekolah merupakan masa yang paling sibuk dengan tempahan. Pada musim itu saya mesti siapkan tempahan paling tidak dua bentuk cincin bersaiz M setiap hari. "Malah dalam sebulan saya kena siapkan paling kurang 30 cincin bagi menampung kehidupan," katanya. Mohd Zikri berkata, generasi muda sewajarnya mempelajari pertukangan cincin agar seni warisan ini tidak hilang ditelan zaman selain ia menjanjikan pulangan lumayan sekiranya ia dilakukan secara bersungguh-sungguh. "Apa yang penting adalah ketekunan dan kesabaran. Kita membuat cincin pelanggan itu seolah-olah kita hendak memakainya sendiri cincin itu, barulah kita berjaya dalam bidang seni pertukangan ini," katanya. | ||
Posted: 09 Jul 2013 03:36 AM PDT
PELAKON baharu yang meningkat naik di persada seni menerusi filem Lu Fikirlah Sendiri dan Belukar ini tidak melihat paras rupa sebagai aset utama untuk dirinya berkecimpung dalam bidang seni. Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) ini bagaimanapun mempertaruhkan bakat semula jadi yang dimiliki dengan membintangi beberapa drama seperti Gadis Semasa Sunsilk. Mohd. Al Azwan Kombos yang lebih dikenali sebagai Azwan Kombos, 28, yang ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini mengakui, sebagai pendatang baharu, dia mahu belajar banyak benda menerusi dunia hiburan. Justeru, dia menerima apa sahaja rezeki dan merebut peluang yang ada untuk karier yang perlu dibina dari bawah. Kosmo! berbicara dengan anak muda tersebut yang turut bercakap tentang hubungan cintanya bersama pelakon Nad Zainal serta pandangannya terhadap gosip dalam dunia hiburan tempatan. Kosmo!: Apakah perkembangan terkini Azwan selain daripada terbabit dalam drama bersiri Dewi Lasak? AZWAN KOMBOS: Saya sedang sibuk berlakon dalam filem terbaharu MIG iaitu Nasi Kangkang arahan Pierre Andre. Kami baru sahaja memulakan penggambaran, jadi buat masa ini saya agak sibuk fokus kepada filem ini. Banyak spekulasi bahawa anda merupakan kekasih Nad Zainal. Adakah ia benar dan mengapakah kalian berdua merahsiakan hubungan percintaan ini? Saya tidak pernah merahsiakan apa-apa (hubungan cinta), malah Nad juga tidak kisah mana-mana pihak yang mengetahui hubungan kami. Sekiranya ditanya, saya menjawab ya, saya kekasihnya. Bagi saya, tidak perlulah merahsiakan apa-apa.
Apakah reaksi anda apabila mengetahui gosip bahawa Nad dan aktor Shah Iskandar bercinta? Saya sangat mengenali Nad. Hubungan kami sekarang sudah mencecah dua tahun. Jujurnya, saya memang ada bertanya kepadanya tentang gosip yang mengaitkan dia dengan Shah Iskandar itu. Bagaimanapun, Nad membalas dengan mengatakan yang saya lebih mengenali dirinya. Oleh sebab itu, saya tidak percaya kepada gosip. Saya tidak kisah dan faham Nad serta Shah Iskandar rapat kerana urusan kerja dan tidak ada hubungan istimewa. Saya perlu positif dalam pelbagai aspek kerana kami berada dalam industri yang sama. Adakah kalian pernah berlakon bersama dalam satu produksi? Saya dan Nad pernah berlakon bersama dalam satu produksi yang sama iaitu Gadis Semasa Sunsilk, namun saya lebih selesa menjadi kekasihnya kerana saya agak kekok bersama dan tidak ada kimia untuk berlakon bersama. Namun, apabila kami bersama, sememangnya kimia antara kami tetap ada. Adakah kalian mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ke peringkat yang seterusnya? Ya, sebagai pasangan bercinta, kami memang mempunyai perancangan. Cuma saya tidak meletakkan sasaran itu bila kerana saya serahkan semua kepada jodoh. Saya dan Nad pernah berjumpa keluarga masing-masing. Bagaimanapun, buat masa sekarang ini, kami sedang sibuk dengan karier. Kami pernah berbincang berkenaan hal ini (berkahwin). Jika panjang jodoh kami, insya-Allah. Minta doakan yang terbaik buat kami. | ||
Elfira Loy selesa menjadi adik kepada Zoey Rahman Posted: 09 Jul 2013 03:35 AM PDT
KEJAYAAN yang dikecapi oleh pelakon genit Elfira Loy kian meningkat oleh kerana bakat semula jadinya. Namun, ia seiring dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi yang perlu dilaluinya sepanjang berada dalam dunia seni. Terbaharu, pemilik nama sebenar, Nurul Elfira Loy ini dikatakan rapat dengan hos Gerak Geri Gasing, Zoey Rahman yang juga seorang pelakon. Mereka mula rapat selepas bersama-sama menyertai program Fear Factor Selebriti, selain bergandingan dalam drama terbaharu arahan Aziz M. Osman, Demi Dia. Gosip yang mengaitkan mereka mulai tercetus selepas foto-foto kemesraan mereka boleh dlihat menerusi laman Instagram. Malah, Elfira juga dikatakan memanggil Zoey dengan panggilan Abang. Elfira yang kelihatan manis dalam busana labuh hitam dan merah jambu ditemui pada majlis sempena sidang akhbar Seindah Ramadhan baru-baru ini, bagaimanapun menafikan gosip cintanya bersama Zoey itu. "Saya panggil Zoey abang, sebab dia sangat rapat dengan saya serta kenal seluruh keluarga saya. Saya hanya anggap dia sebagai abang dan tidak mungkin bercinta dengannya. "Saya kenal Zoey sejak usia saya 11 tahun lagi. Dia pun rapat dengan famili saya. Kami memang tak boleh bersama (bercinta). Sebab saya sudah anggap dia macam abang saya. Kalau saya bercinta dengan dia pun, saya rasa macam sumbang mahram pula," tuturnya sambil ketawa. Melalui akaun Instagram pelakon comel ini, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan kemesraan terjalin antara mereka berdua ketika penggambaran drama Demi Dia di Munich, Jerman membuatkan peminat mereka benar-benar setuju dengan perkhabaran tersebut. "Sebelum ini semua orang tidak tahu yang saya rapat dengan Zoey, oleh sebab beberapa gambar semasa penggambaran drama Demi Dia, peminat menyangka saya dan Zoey bercinta." "Setiap kali saya berlakon dalam mana-mana drama dan digandingkan dengan beberapa aktor lelaki yang terkenal, mereka mesti cakap saya bercinta. Padahal, saya hanya bekerja dan berkawan dengan mereka." "Saya sudah biasa apabila mereka gosipkan saya dengan mana-mana hero yang pernah bergandingan dengan saya dalam drama ataupun filem. Kalau sebelum ini, saya rapat dengan Dafi, Hairul Azreen dan Zoey. Kesemuanya pernah digosipkan, jadi saya sudah biasa," ujarnya. Apabila ditanya tentang keserasiannya berlakon dengan Zoey sebagai suami isteri dalam drama Demi Dia, ujar Elfira, pada mulanya dia berasa agak kekok dan kelakar. Namun, atas dasar kerja mereka terpaksa menjarakkan diri antara satu sama lain demi mendapat mood yang baik. "Pada mulanya, sangat susah. Apabila ada babak yang perlu kami berlakon untuk jadi romantik mesti salah seorang akan gelak. "Tidak boleh serius langsung. Jadi jalan penyelesaiannya, saya dan Zoey terpaksa menjarakkan diri buat sementara waktu bagi menimbulkan perasaan romantik antara kami berdua," katanya. Demi Dia mengisahkan Zack (Zoey) yang berkahwin dengan Azura (Elfira) namun perkahwinan mereka ditentang oleh bapa Zack. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Pelakon Indonesia Gadis genit berusia 19 tahun ini sering kali mendapat peluang berlakon bersama beberapa aktor terkenal Indonesia antaranya, Randy Pangalila dan Baim Wong. Ada antara peminat-peminat tegar aktor Indonesia sangat marah dan tidak boleh menerima kenyataan apabila mereka digandingkan bersama. Malah, terdapat beberapa cerita mengenai pencintaan timbul oleh kerana sering berlakon bersama. Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Elfira membidas dengan menjelaskan mereka hanya kawan rapat dan sama sekali tidak bercinta. "Saya masih lagi baik dengan Randy dan berhubung melalui telefon, tetapi saya hanya rapat dengan Randy atas urusan kerja dan kawan artis."
Terbaharu, Elfira dikatakan hangat bercinta dengan pelakon dari seberang Baim Wong. Lebih-lebih lagi susulan kemunculan mereka bersama dalam program MeleTOP baru-baru ini dan Baim seperti memberikan gambaran yang mereka sedang berpacaran. "Sebenarnya, saya selesa berlakon dengan mereka dan tiada niat untuk bercinta kerana saya terlalu muda untuk bercinta. Saya juga belum habis belajar dan masih banyak yang perlu diuruskan." Elfira juga turut menyatakan dia selesa berlakon dengan pelakon dari seberang oleh kerana bahasa tuturan yang sangat senang didengar dan mereka dikatakan lebih romantik jika dibandingkan dengan pelakon lelaki Malaysia. "Saya suka dengar orang Indonesia bercakap, bahasa yang digunakan sangat dalam maksudnya dan romantik. Jadi bila berlakon, mood itu sampai. Saya tidak kisah pun berlakon dengan pelakon Malaysia atau Indonesia. Perasaan itu tetap sama," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |