Rabu, 31 Julai 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Farid Kamil Letak Syarat Jika Ibu Mertua Mahu Jumpa Cucu

Posted: 30 Jul 2013 12:53 AM PDT

Farid Kamil.
KUALA LUMPUR: "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu" kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli.
Farid, 32, berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle.
"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya.
Farid ditemui pada majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita di sini, pada Isnin.
Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.
"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar.
"Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya.
Gambar fail Norsiah (kiri) bersama Farid dan Diana pada majlis pernikahan pasangan itu pada tahun lalu.
Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.
Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang.
Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2 Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa.
"Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, bangga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu.
"Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya.
Farid berkata, proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.
Sementara itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang.
"Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya.
"Saya sendiri tidak dibenarkan mengambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambil anaknya," katanya.
Sementara itu, Norsiah yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan, enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

Diana Amir nikah tahun ini juga

Posted: 30 Jul 2013 12:52 AM PDT

FIGURA ini sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bergelar seorang isteri.


SEMENJAK mengambil keputusan untuk berhijab kira-kira dua tahun lalu, ternyata pelakon Diana Amir sudah agak jarang muncul di kaca televisyen atau layar perak.
Berkesempatan menemui Diana pada majlis berbuka puasa anjuran Metrowealth baru-baru ini, dia mengakui terpaksa menolak banyak tawaran berlakon lantaran watak yang kurang sesuai.
Kali terakhir berlakon dalam filem Salam Cinta pada tahun lalu, Diana menyatakan, sehingga kini dia masih lagi aktif berlakon dan kekal bernaung di bawah Metrowealth sehingga bulan Februari 2015.
Diana yang turut bergelar pengacara rancangan SIS terbitan TV9 itu berkata, kini dia masih lagi menunggu sekiranya ada tawaran yang memerlukannya membawa watak yang sesuai dengan penampilannya sekarang.
Kosmo!: Ketika ini Diana dilihat seperti sudah tidak aktif berlakon. Adakah Diana mahu melupakan terus bidang lakonan?
DIANA: Perkara tersebut memang benar-benar terjadi sejak saya mengubah penampilan kepada bertudung sekarang. Tawaran berlakon masih lagi ada, cuma watak yang diberikan tidak sesuai dengan penampilan saya.
Bagaimanapun, saya tidaklah terlalu memilih sangat apabila ditawarkan berlakon dan tidak semestinya saya memilih drama atau filem yang berbentuk keagamaan.
Asalkan jalan ceritanya yang memberi mesej positif kepada penonton pun saya terima.
Adakah Diana pernah mengadakan perbincangan tentang masa depan karier lakonan anda dengan Metrowealth?
Saya pernah berbincang dengan bos Metrowealth iaitu David Teo tentang karier saya. Kemudian dia memberitahu bahawa setakat ini masih belum ada filem atau drama yang sesuai untuk ditawarkan kepada saya.
Sebenarnya saya tidak kisah kalau tidak banyak mendapat tawaran kerana percaya rezeki itu di tangan Allah. Lagipun, kalau tidak berlakon saya masih ada lagi punca pendapatan lain untuk menampung kehidupan seharian saya.
DIANA AMIR mengakui pernah berbincang dengan David Teo tentang masa depan karier lakonannya.


Memandangkan anda tidak aktif berlakon, apakah aktiviti yang dilakukan sekarang?
Baru-baru ini saya baru sahaja menerbitkan sebuah buku motivasi berjudul Titisan Mahabbah terbitan Mustread Publication yang telah dilancarkan kira-kira dua minggu lalu dan sambutan yang diterima memang sangat memberangsangkan.
Selain itu, saya juga menjalankan perniagaan menjual tudung jenama Emel secara dalam talian serta diundang untuk memberi ceramah tentang etika dan ketrampilan wanita di beberapa syarikat korporat.
Anda sudah mengikat tali pertunangan dengan Mohd. Habib Bullah A. Rahman pada tahun lalu. Jadi, bilakah kalian akan melangsungkan perkahwinan?
Kalau mengikut kepada perbincangan semasa bertunang dahulu, memang kami ikat selama setahun dan sepatutnya perkahwinan akan dilangsungkan pada bulan September depan.
Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana persediaan perkahwinan masih belum dilakukan lagi.
Sebenarnya saya tidak mahu tangguh lama-lama dan kalau boleh saya tetap ingin berkahwin pada tahun ini.
Lagipun sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri tetapi sebagai seorang wanita saya cuma menunggu tarikh yang akan diberikan oleh tunang saya.
Apakah aktiviti yang anda lakukan sepanjang bulan puasa?
Sepanjang tempoh sebulan ini kelas agama bersama kumpulan Usrah Fitrah dihentikan buat sementara waktu untuk memberi tumpuan kepada amal ibadat.
Ketika ini, saya bersama ahli Usrah Fitrah yang lain seperti Heliza Helmi, Irma Hasmie dan Yatt Hamzah bekerjasama dengan Masjid As-Syakirin di KLCC menganjurkan program tarbiah, solat tarawih dan qiamullail.

Siti Nordiana Anggap Nubhan Seperti Adik

Posted: 30 Jul 2013 12:51 AM PDT

Siti Nordiana
KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan hubungan akrabnya dengan penyanyi Nubhan, 27, adalah seperti adik beradik dan tidak lebih daripada itu.
Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana, 29, berkata, penyanyi lelaki itu merupakan rakan baiknya yang sering berkongsi masalah dan membantu ketika dalam kesusahan.
"Ya, Nubhan antara kawan lelaki yang rapat dengan saya tapi bukan dia sahaja, ramai lagi cuma mungkin orang hanya kenal dia sebab dia artis.
"Bagaimanapun saya anggap dia sebagai adik sahaja kerana dia memang seorang yang baik dan sering membantu jika saya dalam kesusahan," katanya kepada mStar Online.
Nubhan
Tambah Nana, anaknya Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia lapan tahun juga mesra dengan bekas pelajar Akademi Fantasia keenam itu.
"Keluarga kami baik mungkin kerana kami masing-masing dari negeri yang sama iaitu Negeri Sembilan, emak Nubhan selalu masak sedap-sedap dan panggil kami untuk makan," katanya.
Bagaimanapun, ditanya tentang rancangan untuk membina rumah tangga sekali lagi, Nana berkata, hatinya belum terbuka untuk itu.
"Memang ada terfikir untuk berkahwin semula dan ingin cari ayah kepada Rayyan tetapi itu semua adalah ketentuan Allah.
"Saya hanya menerima jika ada jodoh yang datang, namun buat masa ini biarlah saya fokus untuk cari rezeki dan besarkan anak," katanya.
Tambah Nana, ada lelaki yang cuba menghampirinya namun ke banyakkan mereka tidak serasi dan kurang memahami dirinya sebagai ibu tunggal.
"Ada juga lelaki yang cuba ingin berkawan dengan saya tetapi mereka tidak faham tanggungjawab saya sebagai ibu tunggal.
"Ada juga yang tidak serius dan sekadar suka-suka sahaja," katanya.

Nora Danish Henti Jual Bedak Sejuk

Posted: 30 Jul 2013 12:50 AM PDT

Nora Danish
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk 'Tanaka' kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar.
Nora, 30, berkata selain daripada itu dia kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama.
"Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.
"Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama," katanya ketika ditemui mStar Online.
Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama 'Tate Dea by Nora Danish' itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.
"Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu 'Tanaka' yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.
"Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora dan tujuh selebriti lain telah dilantik sebagai duta Anugerah Syawal TV3 untuk mempromosikan program terbaik terbitan stesen tersebut sepanjang bulan Syawal ini.
Dia juga bakal membintangi telefilem berjudul Ijab dan Kabul bergandingan dengan pelakon Adi Putra yang akan bersiaran pada 18 Ogos, pukul 10 malam.

Erma Fatima Bukan Sengaja Cetuskan ‘Pergaduhan’

Posted: 30 Jul 2013 12:49 AM PDT

Erma Fatima
PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Erma Fatima mengakui berasa sedih apabila sering dianggap sebagai wanita 'kaki gaduh' termasuklah dalam kejadian terbaharu melibatkan Rabecca Nur Al-Islam.
Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad, 45, berkata, pergaduhan yang tercetus itu bukannya sengaja diada-adakan, tetapi dia mempunyai sebab tersendiri mengapakah peristiwa sedemikian boleh berlaku.
"Seperti yang anda tahu, saya seorang yang lantang bersuara dan suka berterus terang. Dan bila tidak suka sesuatu perkara, saya akan cakap.
"Kalau di set penggambaran, artis buat kerja tak betul, saya tegur. Begitu juga apabila ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang saya, saya balas pendapat itu jika ada fakta yang salah.
"Tetapi lain pula jadinya apabila orang kata saya ini kaki gaduh dan asyik nak cari fasal dengan orang pula," katanya kepada mStar Online.
Rabecca Nur Islam
Baru-baru ini, Erma dan Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus.
Hal tersebut membuatkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.
Bagaimanapun Erma enggan mengulas panjang mengenai kes itu kerana masih dalam perbicaraan.
"Kes masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya. Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menjadi penerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku," ujarnya.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh syarikat Erma sendiri iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.
Pada tahun 2010, Erma juga pernah berperang mulut dengan aktres Elly Suriati yang mendakwa skrip serta jalan cerita teater muzikal Antara yang diarahnya bertentangan dengan ajaran serta akidah Islam.

Ustaz Asri terus diingati

Posted: 30 Jul 2013 12:47 AM PDT


  • Rabbani ketika membuat persembahan di Ndah Mahligai, Shah Alam.Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI Rabbani ketika membuat persembahan di Ndah Mahligai, Shah Alam.
SUDAH hampir empat tahun, penyanyi utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri atau nama sebenarnya Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia.

Namun, kumpulan asalnya, Rabbani tetap memperingati dan mendoakan beliau sehingga ke hari ini.

Sempena bulan Ramadan kali ini, Rabbani sekali lagi telah mengadakan majlis tahlil, Majlis Tribute Arwah Ustaz Asri Ibrahim dan kali ini ia dijalankan di Ndah Mahligai, Shah Alam.

Pada majlis sama, seramai 30 orang penghuni dari Yayasan Penyayang turut diraikan.

Selain berbuka puasa bersama-sama, penghuni Yayasan Penyayang ini juga turut digembirakan dengan penyampaian duit raya.

Ketika ditanya tentang kenangan bersama arwah Ustaz Asri yang masih diingati, salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz dilihat sebak.

"Apabila disebut sekarang, yang paling saya tak dapat lupakan adalah memakaikan dia butang baju Melayu.

"Hampir setiap tahun, kami bersama di pagi raya. Butang terakhir itu selalunya, saya yang akan pakaikan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Allahyarham Ustaz Asri juga disifatkan sebagai pemaaf dan pemurah.

"Beliau sangat baik, pemaaf dan suka meraikan kawan-kawan," kata Azadan lagi.

Pelbagai kenangan tersimpan rapi dalam hati setiap anggota Rabbani dah setiap peminatnya.

Arwah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Ogos 2009.

Turut hadir anggota kumpulan nasyid yang lain seperti In-Team, Mastica, Wildan, Amrian, R-if dan Abadi serta pelakon, Didie Alias.

'Saya bukan ibu tunggal!'

Posted: 30 Jul 2013 12:45 AM PDT


  • 'Saya bukan ibu tunggal!' 
BAGI sesetengah wanita, status ibu tunggal bukanlah satu status yang mudah dipikul. Apatah lagi apabila terpaksa membesarkan anak-anak yang masih kecil sendirian.

Namun bagi pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya atau Leya, sejak bercerai dengan Muhammad Ashraf Aasimudin tahun lalu, dia tidak merasakan dirinya adalah ibu tunggal.

"Saya masih ada ibu dan ayah, serta adik-beradik dan kawan-kawan yang sentiasa bersama-sama saya membesarkan anak saya dan saya tidak rasa kesusahannya.

"Harus akui, saya antara wanita yang bertuah berbanding kebanyakan ibu tunggal lain kerana masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami. Anak-anak juga tidak pernah kekurangan kasih sayang kerana bapa mereka sentiasa di samping bahkan disayangi setiap orang di sekeliling kami," ujar Aleya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa anjuran TV9 baru-baru ini.

Anak-anak bukan bebanan

Berbicara mengenai anak kembarnya itu, Aza Ameena dan Asha Ameena, 4 tahun, dia tidak pernah merasakan membesarkan anaknya itu sebagai satu bebanan.

"Anak-anak adalah sebahagian daripada diri saya dan menjadi rutin saya untuk menjaga mereka.

"Lagipun, saya perlu ingat ada orang yang lebih susah dan besar cabarannya dalam membesarkan anak-anak," katanya.

Berkongsi pengalaman membesarkan anak kembar, Leya berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu membezakan anak-anaknya termasuklah dari segi pemakaian.

"Kalau berbeza pun cuma corak saja kerana saya tidak mahu dipersoalkan bila mereka besar nanti.

"Contohnya jika mereka lihat gambar masa kecil, salah seorang pasti akan terasa hati jika salah seorang daripada mereka bajunya lebih glamor berlabuci dan seorang lagi tidak. Jadi, saya pastikan layanan untuk anak sama rata, tiada lebih dan tiada kurang," katanya.

Ingin berkahwin lagi

Terlanjur berbicara tentang kehidupan peribadi, Leya tidak terlepas daripada ditanya mengenai teman pengganti untuk menjadi ayah kepada anak-anaknya.

"Anak-anak saya tetap mendapat kasih-sayang seorang ayah, walaupun kami telah berpisah. Ashraf sering datang melawat dan menghabiskan masa dengan anak-anak.

"Buat masa ini saya tidak dapat berkongsi cerita tentang jejaka yang berada di dalam hati ini. Cukuplah saya katakan, keluarga dan kawan-kawan sudah maklum tentang kami. Sebagai seorang wanita, tidak mungkin saya tidak ingin berkahwin dan dapatkan anak lagi," jelasnya.

Sempena Aidilfitri nanti, wajah Leya juga boleh disaksikan menerusi program Akustika Raya Datuk Siti Nurhaliza siaran Hot TV.

"Setiap kali dapat menemu bual Datuk Siti, ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Saya selalu buat cerita sedih tidak pernah dapat menemu bualnya walaupun sebenarnya sudah selalu juga," katanya yang mengajukan soalan mengenai ponteng puasa kepada Siti.

Johan bakal bertunang?

Posted: 30 Jul 2013 12:42 AM PDT


    Johan bakal bertunang?
  • Johan
SELAIN khabar angin dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta, pelakon Johan As'ari juga dikatakan bakal mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya.

Ditanya mengenai perkara itu pada empunya badan, bintang Karlos ini menjelaskan bahawa dia kini masih dalam proses mengenali hati budi seseorang.

Menurut Johan, jika jodohnya sudah tertulis bersama gadis itu, dia mahu segera mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sebelum ke alam perkahwinan.

"Sebenarnya saya masih lagi 'single' dan pada masa yang sama saya sedang mengenali hati budi seseorang. Bagi saya jodoh itu rahsia tuhan dan saya hanya berserah.

"Kalau dia pilihan yang tepat, saya akan buktikan perasaan cinta itu melalui ikatan pertunangan sebelum mendirikan rumah tangga. Itu adalah sasaran saya," jelasnya.

Tambah Johan lagi, jika semuanya berjalan dengan lancar mungkin dia akan mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya itu pada hujung tahun ini sebelum berangkat ke Dubai untuk penggambaran drama saluran RTM Disember ini.

"Cerita pasal tunang itu adalah sasaran. Lagi pun usia saya sudah meningkat 26 tahun. Seandainya ada jodoh mungkin saya akan bertunang hujung tahun ini.

"Saya rancang untuk bertunang selama enam bulan sebelum bernikah. Mungkin dalam masa itu kami boleh berkenalan dengan keluarga masing masing," katanya.

Belajar dari pengalaman

Lebih berhati-hati bicara soal cinta, Johan akui pengalaman lalu banyak mematangkan dirinya kini.

Menurutnya, tanpa pengalaman tidak akan berjaya jadi seorang manusia yang lebih memahami tentang soal perhubungan.

"Bagi saya perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Ikatan percintaan ini boleh  diibaratkan  seperti dua hati menjadi satu.

"Bila sudah sampai ke tahap seperti  itu, kita perlu lebih berhati-hati dan bertenang supaya semuanya dalam keadaan yang baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie 'Karlos Raya' yang bakal bersiaran pada sambutan Aidilfitri ini.

Tenggiling RM45,000 dirampas

Posted: 30 Jul 2013 12:36 AM PDT


  • Tenggiling RM45,000 dirampas Nordin (dua, kanan) menunjukkan tenggiling yang dirampas daripada sebuah sampah yang rosak tebing Sungai Sabak Awor, semalam
MUAR - Pasukan Polis Gerakan Marin Wilayah 2 Muar, mematahkan cubaan menyeludup 15 tenggiling dianggarkan bernilai RM45,000 di tebing Sungai Sabak Awor,  di sini, semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Asisten Superintendan Nordin Osman berkata, tangkapan kira-kira jam 8 pagi itu, hasil daripada maklumat awam selepas mendapati terdapat sebuah sampan jenis fiber berada di lokasi dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, dua anggota yang menaiki botronda PSC 43 diarahkan ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki berada di atas tebing sungai, manakala seorang lagi lelaki sedang menungah karung ke darat.

"Dua lelaki warga tempatan berusia 30an itu bertindak melarikan diri ke dalam belukar berhampiran sebaik sahaja menyedari kehadiran  anggota marin.

"Sampan berukuran 5.7 meter dengan kuasa 75hp yang membawa lapan karung berisi haiwan eksotik daripada negara jiran ini dipercayai rosak menyebabkannya terkandas di lokasi," katanya pada sidang media di Pengkalan Polis Marin Wilayah 2 Muar, semalam.

Nordin berkata, pihaknya percaya suspek menjadikan daerah ini sebagai transit sebelum menghantar haiwan itu ke Thailand.

"Sampan dan tenggiling dibawa ke pangkalan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah ini untuk tindakan lanjut.

"Haiwan ini diambil dari Indonesia kerana harganya jauh lebih rendah  selain dipercayai untuk kegunaan rawatan tenaga batin," katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 68(2)(a) Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 kerana membawa hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dikenakan dengan tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya sekali.

Selain itu, beliau memberitahu kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 70(1) Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 kerana membawa hidupan liar betina yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM300,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya," katanya.

Nordin berkata, harga pasaran semasa bagi tenggiling dianggarkan mencecah RM250 hingga RM300 sekilogram.

Suka hati letak tanda halal

Posted: 30 Jul 2013 12:32 AM PDT


  • Suka hati letak tanda halal Saharuddin menunjukkan perbezaan produk yang mempunyai logo halal sebenar dan nombor siri kelulusan (kanan) dengan produk yang didakwanya menyalah guna logo halal berkenaan.
PUCHONG – Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya kesal berhubung tindakan segelintir pengeluar makanan yang didakwa sesuka hati meletakkan logo halal sebelum mendapat kelulusan pihak berwajib.
Saharuddin tindakan itu seolah-olah mempersendakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali gus mengelirukan pengguna.

Menurutnya, ada bahan makanan didapati tidak mematuhi aspek logo halal Jakim dan logo halal itu diletakkan sebelum mendapat kelulusan dipercayai bagi meyakinkan pengguna.

"Apabila pemeriksaan dilakukan, kita mendapati pengeluar produk dan pengusaha masih belum mendapat kelulusan Jakim. Bukan sahaja makanan, malah logo halal juga didakwa disalah guna pada produk kesihatan, jualan langsung dan juga hotel.

"Pengguna Islam yakin membeli produk makanan halal, jadi pihak terbabit tipu pengguna dengan meletakkan logo berkenaan pada produk jualan mereka," katanya ketika mengadakan pemeriksaan berdasarkan aduan orang ramai mengenai beberapa produk di sebuah pasar raya di sini.

Saharuddin mendakwa terdapat lebih 30 produk menyalahgunakan logo halal dan Jakim perlu mengambil tindakan tegas berikutan isu itu bukan perkara baru.
Menurutnya, sejak Akta Perihal Dagangan 2011 dikuat kuasa, hanya logo Jakim sahaja dibenarkan, malah pengusaha dan pengeluar produk yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan denda RM500,000 atau penjara.

"Sepatutnya pasar raya boleh memainkan peranan keluarkan produk seperti itu dan jika ragu boleh hubungi Jakim.

"Pengguna juga dinasihatkan memeriksa logo halal dengan memastikan ia mempunyai kelulusan nombor siri," katanya.
Terdahulu, beliau turut berpuas hati melihat peniaga mematuhi harga ditetapkan kerajaan ketika melakukan tinjauan di sebuah pasar raya di sini.
"Kita juga akan memantau beberapa tempat lain dalam memastikan peniaga mematuhi harga kawalan dibenarkan.

"Malah kita lega apabila dimaklumkan barangan keperluan seperti minyak dan gula mencukupi di pasar raya berkenaan," katanya.

Majlis berbuka puasa Hot FM meriah

Posted: 30 Jul 2013 12:25 AM PDT


SESI bergambar bersama barisan penyampai radio Hot FM, artis dan kanak-kanak dari rumah Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selepas selesai berbuka puasa.


SEMPENA kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, tidak dinafikan pelbagai pihak menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim.
Pada 17 Julai lalu, stesen radio popular Hot FM memeriahkan lagi suasana bulan yang mulia ini dengan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, setiap kali bulan Ramadan tiap- tiap tahun, Hot FM tidak pernah ketinggalan menganjurkan majlis sedemi- kian.
"Ini merupakan tahun keempat Hot FM mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dan pada masa yang sama meraikan rakan-rakan media yang banyak menyokong kami selama ini.
"Kali ini, majlis yang dianjurkan juga sedikit berbeza kerana diadakan dalam suasana yang lebih meriah dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu," ujarnya ketika ditemui selepas majlis berakhir.
Menurut Seelan, majlis berkenaan menjadi lebih menarik apabila ia turut dihadiri oleh barisan penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Kieran, Sharifah Aleya, Ikhwan, Chad dan Deen.
Ujarnya, dengan kemunculan beberapa penyampai radio Hot FM semasa majlis tersebut ternyata memberi peluang kepada mereka untuk bermesra dengan tetamu serta anak-anak yatim yang hadir.
"Tidak dinafikan ada antara penyampai yang mempunyai jadual yang padat untuk memenuhi pelbagai undangan berbuka puasa, namun mereka masih tetap meluangkan masa untuk memeriahkan majlis ini," ujarnya.

(BERDIRI tiga dari kiri): Fara, Aleya, Deen dan Kieran sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa anjuran stesen Hot FM.


Sementara itu, Fara Fauzana yang ditemui menyatakan bahawa dia cukup teruja dan gembira kerana berpeluang untuk mendekati golongan kurang bernasib baik.
Jelas Fara, biar sesibuk mana sekali- pun jadual hariannya sebagai penyampai radio dan pengacara, dia seboleh-bolehnya memang mahu hadir pada majlis yang membabitkan anak-anak yatim.
"Secara kebetulan, saya memang tidak terbabit dengan sebarang aktiviti hari ini. Jadi, saya bersyukur kerana berpeluang untuk memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan ini," ujarnya.
Program raya
Pada majlis tersebut, Seelan turut ditanya mengenai program-program menarik yang akan disiarkan di stesen radio Hot FM sepanjang sambutan Aidilfitri nanti.
Jelas Seelan, untuk menampilkan sedikit kelainan berbanding stesen-stesen radio yang lain, pihaknya akan menyiar- kan beberapa program istimewa untuk para pendengar.
"Pengisian program sepanjang Aidilfitri pastinya menarik untuk diikuti, terutamanya ketika pendengar yang beragama Islam dalam perjalanan berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat semasa beraya.
"Selain itu, kami juga sudah merancang untuk tidak menyiarkan terlalu banyak lagu raya seperti tahun-tahun sebelum ini. Namun begitu, dengan pengisian program yang telah diaturkan, kami yakin ia mampu menghiburkan pendengar," ujarnya.
Antara program yang akan disiarkan di stesen Hot FM sepanjang Aidilfitri ini seperti Hot FM Akustika Raya, In Person Bersama Nicholas Saputra, Hero Aidilfitri, Hot FM 30 Edisi Raya, ND Lala & Shila Amzah Di Raya Paling Hangat, 4 Suara dan Aidilfitri Di Perantauan.

Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz

Posted: 30 Jul 2013 12:24 AM PDT




SPIDERMAN, Superman dan Batman antara naskhah adi wira popular yang telah banyak kali menukar teraju utamanya.
Tidak salah untuk menyatakan bahawa setiap penerbitan siri filem adi wira tersebut mengikut zon zaman berbeza memberikan impak yang berasingan, malah penceritaan juga dinamik dan sering diolah supaya kena dengan situasi semasa.
Begitu juga sekuel kedua filem Cicakman iaitu Cicakman 3 yang bakal memula- kan penggambaran tidak lama lagi.
Tiga teraju utama asal iaitu Saiful Apek, Fasha Sandha dan Aznil Nawawi masing-masing kini diganti oleh Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz.
Ramai yang barangkali menyangka bahawa Cicakman 3 menampilkan karakter baharu menggantikan watak asal Hairi (lakonan Saiful Apek) menerusi Cicakman dan sekuelnya, Cicakman 2 - Planet Hitam yang merupakan adiwira Cicakman di bandar Metrofulus.
Hakikatnya, menurut pengarah Cicakman 3, Yusri Abdul Halim, filem itu pada dasarnya adalah kesinambungan kepada kehidupan adi wira Cicakman baharu dan watak Hairi yang digalas Saiful Apek sebelum ini tidak dimatikan secara total.
"Karakter Hairi (Saiful Apek) dikatakan telah merajuk dan berjauh hati untuk terus berkhidmat sebagai Cicakman, namun dia bakal digantikan oleh Man yang dilakonkan oleh Zizan," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman Cicakman 3 di Peninsula Residence, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut perkembangan karakter Man atau Cicakman, heroin baharu Linda dan watak antagonis Adam atau SuperBro, Zizan, Lisa dan Fizz berkongsi pandangan.
Zizan enggan dibayangi Apek
Perbandingan pastinya perkara pokok yang timbul setiap kali muncul sekuel adi wira dan Zizan harus mengakui situasi itu sedikit sebanyak akan tercetus apabila filem tersebut ditayangkan kelak.
"Apek ada karakter dan bahasa badan dia sendiri sebagai seorang Cicakman. Begitu juga saya, maka masing-masing mempunyai keunikan sendiri dan penonton harus akur akan hal ini.
"Soal perbandingan sudah menjadi kelaziman tapi anggap saja sekuel baharu adalah permulaan dan penerimaan watak baharu," jelasnya.
FIZZ, Lisa Surihani dan Zizan dijangka memberi suntikan baharu dan lebih segar buat siri terbaharu francais Cicakman.


Menerima tawaran membintangi Cicakman 3, kata Zizan, selain mempunyai skrip dan jalan cerita yang menarik, filem itu juga merealisasikan impiannya bergandingan dengan Lisa Surihani sebagai pasangan suami isteri.
"Pertama kali saya melakonkan watak sebagai seorang suami dan itu juga antara sebabnya saya menerima tawaran ini.
"Berlakon dengan Lisa yang kehidupan realitinya seorang isteri kepada penga- rah filem ini perlu profesional. Memang mula-mula rasa kekok tapi saya membayangkan saya bercinta dengan watak Linda bukannya Lisa.
"Untuk menjadi seorang adi wira, seseorang itu perlulah kental dan harus bersedia luar dan dalam. Saya bangga, terkejut dan teruja untuk mula beraksi dalam Cicakman 3," kata Zizan yang cuba untuk melakukan lagak ngerinya sendiri.
Yusri minta Lisa mesra
Bekerja di bawah arahan suami sendiri pada mulanya bukan perkara mudah bagi Lisa Surihani.
Namun, bagi pendukung watak Linda dalam Cicakman 3, dia menganggap situasi itu sebagai tanggungjawabnya sebagai anak seni.
"Saya teruja sebenarnya untuk bekerja di bawah arahan suami sendiri. Di set penggambaran kami adalah pekerja dan perlu profesional tapi apabila di rumah hubungan kami adalah suami isteri.
"Yusri merupakan seorang yang terbuka terutama proses manipulasi watak. Di depan dia sendiri saya dan Zizan membina keserasian dan dia yang mengarahkan untuk saya lebih mesra dengan watak utama iaitu Man.
"Ketika sesi bacaan skrip awal juga, Yusri yang memberikan nama timang- timangan manja untuk saya dan Zizan supaya lebih nampak semula jadi.
"Sejujurnya, memang kami tiada isu untuk saya berlakon bersama lelaki lain sementelah memegang watak sebagai seorang isteri.
"Yusri bukan seorang yang senang cemburu dan apa saja yang pengarah mahukan saya sebagai pelakon perlu mencuba walaupun pengarah itu bukan suami saya sendiri," tegasnya.
Lisa menyifatkan watak Linda seorang yang idealis dan mencintai Man disebabkan sifat jejaka itu yang kelakar, malah watak tersebut bukan seorang wanita yang terlalu kompleks.
FIZZ sekali lagi bergandingan bersama Zizan menerusi naskhah Cicakman 3 selepas sama-sama membintangi filem Hantu Kapcai pada tahun lepas.


Fizz adiwira kedua
Muncul sebagai SuperBro dalam Cicakman 3, watak itu bertindak sebagai iaitu adiwira baharu di bandar Metro- fulus iaitu SuperBro selepas ketiadaan Cicakman (Hairi).
Namun, Adam bertukar menjadi antagonis apabila Cicakman baharu iaitu Man muncul.
Berpeluang bergandingan dengan Zizan, Fizz mengakui cukup teruja kerana mereka pernah bergandingan dalam filem Hantu Kapcai pada tahun lalu.
"Saya dan Zizan pernah digandingkan bersama sebelum ini dan rasanya tidak sukar untuk saya 'menumpaskan' dia sebagai lawan saya kali ini.
"Apabila ditawarkan watak seorang anggota polis bernama Adam yang juga merupakan adi wira baharu di kota Metrofulus iaitu SuperBro, adalah sukar untuk saya menolak tawaran ini.
"Watak Adam sedikit kompleks berbanding watak Man yang berubah menjadi Cicakman.
Adam pada masa sama menjadi SuperBro tapi di lain ketika cuba merebut kembali cintanya kepada Linda," tambahnya.
Cicakman 3 amat relevan dengan latar emosi manusia yang mempunyai jenaka, drama, konflik kekeluargaan, dendam, cinta dan tamakkan kuasa.
Filem itu mengisahkan Man, peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya, Linda dan anaknya, Boboy lalu cuba membuktikan dia mampu berubah.
Keadaan semakin tertekan apabila Adam, bekas rakan persekolahan mereka cuba memenangi hati Linda, namun kehidupan Man pula berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Man belajar menjadi Cicakman baharu.

23 premis makanan kotor, penuh lipas ditutup berkuat kuasa serta-merta

Posted: 30 Jul 2013 12:23 AM PDT


SALAH seorang pegawai memeriksa penutup periuk ayam goreng dipenuhi lipas di sebuah restoran di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Sebanyak 23 premis makanan di sini yang mengabaikan tahap kebersihan termasuk membiarkan bahan-bahan masakan terdedah sehingga dimasuki lipas telah diarah tutup berikutan satu operasi bersepadu pihak berkuasa semalam.
Turut dikenakan tindakan ialah pemilik sebuah rumah di Seberang Jaya kerana menjadikan kediamannya sebagai tempat memproses cincau yang beroperasi secara haram selain diragui kebersihannya.
Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi itu bertujuan menggempur pengusaha makanan yang masih berdegil dan mengambil mudah soal kebersihan.

Tidur di bawah kerlipan bintang di New York

Posted: 30 Jul 2013 12:14 AM PDT



PEMANDANGAN bilik tidur di bahagian atas Hotel AKA Central Park di New York yang menawarkan pengalaman unik kepada pelanggannya.


NEW YORK - Sebuah hotel bertaraf lima bintang di sini, AKA Central Park menawarkan penginapan mewah di bawah cahaya bintang yang sukar dialami di mana-mana hotel lain.
Hotel berstruktur moden dengan dinding kaca itu menawarkan pemandangan terus ke langit tanpa sebarang panel tingkap atau langsir.
"Apabila kami mengenal pasti cara untuk menggembirakan pelanggan dan memberi mereka peluang penginapan yang tidak boleh didapati di tempat lain, kami dengan segera cuba merealisasikan impian tersebut," kata jurucakap rangkaian hotel mewah AKA, Elana Friedman.
Hotel mewah AKA Central Park menjanjikan bilik tidur di luar bertaraf lima bintang yang lengkap dengan katil kelamin, makan malam romantik, sesi perapian, makanan ringan dan teleskop untuk melihat bintang di langit.
Hotel tersebut menawarkan harga berpatutan yang bermula daripada AS$1,995 (RM6,432) untuk penginapan semalam.

Dambakan kedamaian di tanah air

Posted: 30 Jul 2013 12:12 AM PDT




ADA parut yang masih belum sembuh. Ada luka berdarah semula. Memetik kata-kata Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said: "Dalam banyak-banyak luka, luka perang itu lambat sekali sembuhnya."
Begitulah yang dialami sebahagian daripada 1.8 juta penduduk di tiga wilayah di selatan Thailand, yang masih berperang dengan pihak pemerintah yang berpusat di Bangkok.
Perang yang tiada kesudahan itu sudah meragut 6,500 nyawa berdasarkan kepada perangkaan Deep South Watch, sebuah badan hak asasi yang berpangkalan di Bangkok.
Kesumat penduduk di Narathiwat, Yala dan Pattani terhadap pemerintah Thailand, lebih khusus kepada tentera seragam ada asasnya.
Apabila Ramadan menyapa, peristiwa berdarah Tak Bai, Narathiwat pada 24 Oktober 2004 seolah-olah cukup jelas pada pandangan mata.
Dianggarkan 78 penduduk Islam yang letih berpuasa, menahan lapar dahaga dilayan tanpa rasa hormat, sebaliknya disusun seperti bata, sehingga nafas sesak hujung nyawa, mati di tangan tentera.
Tidak cukup penyeksaan dan kezaliman itu, jemaah di Masjid Kerisik (Krue Sae) yang sedang khusyuk solat Subuh, pada 28 April 2004 dikejutkan dengan bedilan senapang canggih.
Pondok dicurigai
Dakwa tentera yang melepaskan bedilan, terdapat militan berlindung di masjid menyembunyikan senjata terlarang. 107 orang maut dalam insiden di masjid kebanggaan di Pattani itu. Pihak yang dituduh mendalangi peristiwa itu tentunya kumpulan pejuang atau pemisah seperti yang dilabel tentera Thailand. Antara kumpulan pemisah yang aktif termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN), Barisan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Ronda Kecil Kampung (RKK) dan 6 kumpulan kecil yang lain.

MENGAJI Al-Quran dan menuntut ilmu berdasarkan amalan hadis menjadi silibus Sekolah Pondok Miftahul Islam, Sungai Padi, Narathiwat.


Tidak terkecuali, sekolah-sekolah pondok dicurigai menjadi markas untuk melahirkan pejuang mengangkat senjata menentang kerajaan.
Dua peristiwa iaitu Tak Bai dan Masjid Kerisik, paling diingati oleh mereka yang masih meneruskan denyut kehidupan pada hari ini.
"Dua insiden yang dicatat dalam sejarah Thailand ini akan kekal jadi sebab banyaknya berlaku keganasan di tiga wilayah bergolak iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala. Sehingga sampai pada satu tahap, kita tidak tahu apa punca sebenar. Mungkin angkara pemisah, barangkali juga disumbang dadah dari sempadan jiran, malah tidak mustahil perjuangan dahulu kerana mahu menuntut keadilan," kata seorang pensyarah di Universiti Princess of Naradiwas, Wan Imran Wan Jaafar semasa ditemui baru-baru ini.
Kenyataan Wan Imran itu ada asasnya. Tiga kali melawat ke wilayah tersebut dalam tempoh dua tahun, rata-rata penduduk, penganalisis, tentera dan pemerhati politik ternyata bingung dengan punca sebenar kesukaran mengembalikan keamanan di selatan Thailand.
"Bagi saya, jika anak saya tidak ke Tak Bai sekali pun, dia akan mati. Kita manusia, akan mati di mana-mata. Mahu marah kepada tentera, anak saya tetap mati juga,'' kata Deraman Ti Mat Shah, bapa yang kehilangan anak dalam peristiwa di Tak Bai.
Deraman yang bekerja sendiri kini menjaga seorang lagi anaknya yang cacat akibat diheret dan dibelasah tentera dalam peritiwa berkenaan.
Kepada Hatikah Kalo, marah-marah kepada tentera tiada gunanya kerana apa yang lebih penting ialah masa depan mereka yang masih hidup, bukannya orang yang sudah lenyap kembali ke kampung akhirat menemui Pencipta-Nya.
"Marah ada, sakit hati pun ada apabila dapat tahu bapa saya ditembak di Masjid Kerisik," katanya sambil menambah marah dan sakit hati itu semakin mencengkam apabila anaknya kini tahu cerita sebenar.
Namun, dia sedar marah dan sakit hati itu tidak membawanya ke mana-mana. Malah, dia juga terpaksa menerima bantuan yang dihulurkan tentera dengan harapan, budi ditanam, jasa ditabur, dendam terlerai.
Ambil hati
Tentera pula, apabila dipersalahkan dengan begitu banyak kejadian buruk yang menimpa umat Islam, mereka cuba mengambil hati penduduk.
Antaranya ke sekolah menjadi guru kedua, menyemai semangat supaya tidak membenci pihak kerajaan. Malah, tentera juga mahu penduduk terlibat dengan ekonomi, supaya hasilnya dapat nikmati penduduk.
Pada sisi lain, mereka menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk, yang hilang mata pencarian akibat keganasan.
"Soal keselamatan ini bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Ia sebenarnya serampang dua mata untuk membantu mengawal kes keganasan, pada masa sama, membantu meningkatkan ekonomi penduduk yang rata-ratanya mendakwa mereka tidak dilayan dengan adil oleh pihak pemerintah," kata Komander Pasukan Khas Tentera Pattani, Mejar Jeneral Sawat Tukplang.
Namun di sebalik usaha itu tersebut, keganasan masih marak di tiga wilayah selatan Thailand. Kalau tiada pembunuhan di Narathiwat, ada saja laporan letupan bom di Yala, begitu juga berita keganasan di Pattani. Mangsanya terdiri daripada penduduk kampung yang beragama Islam, imam, sami Buddha dan petugas kerajaan selain anggota tentera. "Dia orang baik, kenapa bunuh dia, orang yang tembak dia itu singkat akal fikirannya," kata Aishah Samanun, isteri yang mempersoalkan kematian suaminya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di Yala.

PEMANDANGAN yang tenang di Kampung Air Tempayan, Narathiwat.


Siri dialog
Putaran keganasan tanpa henti sejak tahun 2004 di selatan Thailand itu menyebabkan pelbagai pihak mencari jalan untuk mengembalikan keamanan di wilayah itu. Antara yang terpanggil, Malaysia sebagai negara jiran di perbatasan. Sebab itu, siri dialog untuk keamanan selatan Thailand dimulakan sesegera mungkin di Kuala Lumpur selepas lawatan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinatwatra. Siri pertama yang diselia Malaysia bermula pada 28 Mac 2013 diikuti 29 April dan ketiga 13 Jun lalu. Siri dialog seterusnya akan diadakan selepas Aidilfitri.
Semasa dialog diadakan, siri keganasan masih berlaku di selatan Thailand. Pegawai dan anggota tentera dibunuh, begitu juga guru sekolah. "Keganasan yang masih berlaku ini bukan hanya disebabkan oleh puak pemisah, ada kemungkinan ia angkara dadah dan mafia," kata bekas anggota pejuang Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO), Mahama Jamae yang kini menjadi Ketua Kampung Kanua, Narathiwat.
Di pihak tentera, mereka menuduh pergolakan tersebut merupakan angkara BRN. BRN seperti yang didakwa tentera tidak mematuhi persetujuan yang dibincangkan di Kuala Lumpur.
Tetapi BRN juga ada asas tertentu sekalipun mereka mendalangi serangan semasa dialog berlangsung. BRN mahu tuntutan mereka dipenuhi terlebih dahulu. Di laman YouTube, pemimpinnya menggariskan secara terperinci sembilan tuntutan yang perlu dipenuhi Bangkok jika mahu rundingan diteruskan. Antaranya ialah mengiktiraf bahasa Melayu, kumpulan mereka bukan pemisah sebaliknya pejuang; mahu Malaysia menjadi perantara keamanan dan bukannya fasilitator.
Hasilnya, gencatan senjata dipersetujui sepanjang bulan Ramadan. Tentera mahu BRN tidak melakukan sebarang aktiviti keganasan selama 30 hari. Tentera pula perlu mengurangkan bilangan anggota yang berkawal di tiga wilayah. Kawalan keselamatan yang ketat itu mengakibatkan penduduk kampung lebih curiga kepada pihak keselamatan.

Istimewa Ramadan The Manhattan Fish Market

Posted: 30 Jul 2013 12:09 AM PDT



PLATTER Fisherman ini lengkap dengan makanan laut, kentang goreng dan sayur.



SEMPENA Ramadan tahun ini, The Manhattan Fish Market melancarkan promosi baharu yang memberikan lebih banyak pilihan makanan dan insentif tambah nilai khusus untuk tempahan bawa pulang.
Pengurus Operasinya, David Lee berkata, The Manhattan Fish Market menyediakan menu-menu popular dalam kategori Greatest Hits yang dilancarkan pada awal Jun lalu.
Antara pilihan menu tersebut ialah platter makanan laut Manhattan Flaming, platter Fisherman, Salad Golden, Sea-esta makanan laut bersama sup pedas, ikan dan kentang.
Selain itu, The Manhattan Fish Market juga menyediakan persembahan secara langsung oleh pelajar-pelajar berbakat di restoran terpilih.
Persembahan lagu-lagu popular secara langsung ini dijadual akan berlangsung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sehingga 4 Ogos nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines