Khamis, 18 Julai 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Bapa mertua Ashraf Muslim kesal keputusannya kahwin sebelum keputusan mahkamah

Posted: 17 Jul 2013 07:30 PM PDT

Bapa mertua kepada Ashraf Muslim, Lokman Abdul Hamid, 52, berasa kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat apa-apa keputusan terhadap permohonannya untuk berpoligami.

Menurut Lokman, Ashraf memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas tetapi ditangguh kerana isterinya tidak diwakili peguam dan menjelaskan Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.

Kita tidak tahu apa kemelut yang melanda keluarga ini, namun di bulan mulia ini kita doakan supaya Dayana banyakkan bersabar dan Ashraf akan membuat keputusan yang adil.

Ashraf Muslim sudah berkahwin isteri kedua di Thailand

Posted: 17 Jul 2013 06:30 PM PDT

Awal bulan Mei yang lepas, dunia hiburan dihebohkan apabila pelakon lelaki, Ashraf Muslim bakal berkahwin lagi dengan seorang gadis yang dikenalinya bernama Sakinah.

Menurut berita yang terkini, Ashraf sebelum ini memfailkan permohonan berpoligami, namun kini menarik balik permohonan tersebut mahkamah dimaklumkan telah bernikah dengan Wan Sakinah di Thailand, minggu lepas.

Hakim Mahkamah Syarie telah membenarkan Ashraf menarik balik permohonan tersebut dan memerintahkannya membayar kos sebanyak RM8 ribu kepada isteri pertamanya, Nordayana sebagai kos. Hmm apa sudah jadi sebenarnya antara mereka ya?

Akma AF sudah bersalin anak pertama (3 Gambar)

Posted: 17 Jul 2013 05:30 PM PDT

Akma AF telah selamat melahirkan anak pertama berjantinakan perempuan pada 10.56 malam, 16 Julai 2013. Akma berkongsi gambar anaknya itu melalui laman sesawang Insta. Akma merupakan bekas bintang program realiti tv Akademi Fantasia musim ketiga, dia berkahwin dengan suaminya Farih Hamshi pada 30 Jun 2012. Gambar anak Akma AF selepas ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines