Isnin, 29 Julai 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Erra Fazira Minta Peserta Ratu Cantik Akur Larangan

Posted: 27 Jul 2013 09:21 PM PDT

Erra Fazira
PETALING JAYA: Penyanyi Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada meyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 (MMW2013).
Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuat-kuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.
"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir kesannya jangka panjang.
"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketatkan lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri.
Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.
"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya.
Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.
Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.
Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.
Keempat-empat gadis berkenaan bagaimanapun mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan tersebut.
Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.
Sementara itu, Erra berpendapat, penganjur pertandingan ratu cantik antarabangsa dapat memberi kelonggaran terutamanya dari segi pemakaian membabitkan wanita Islam.
"Mungkin sudah tiba masanya masyarakat luar melihat wanita Islam dalam perspektif yang berbeza dengan melonggarkan syarat-syarat penyertaan terutamanya daripada segi pemakaian.
"Ini kerana, pertandingan ratu cantik bukan dilihat hanya pada wajah dan fizikal semata-mata, tetapi juga cara pemikiran seseorang dalam melontarkan pendapat.
"Jadi, jika gadis Islam menyertainya, apa salahnya pihak penganjur menghormati mereka dengan memberi kelonggaran pemakaian yang lebih sopan. Kerana kecantikan bukan sahaja daripada luaran semata-mata, tetapi juga IQ kita," tegasnya.

Siti Saleha ketemu 'ummph'

Posted: 27 Jul 2013 09:19 PM PDT




JALAN seni Siti Saleha Mohd. Baharom, 23, kelihatan bersahaja. Tidak terlampau mendadak dengan cerita-cerita panas mahupun lambakan drama atau filem yang datang secara tiba-tiba.
Dia membawanya secara santai, bak kata orang putih, 'slow and steady'. Jujur dia bersuara agar senang difahami, dia tidak mahu jatuh dalam kategori artis kontroversi atau pembikin cerita panas sehingga dijadikan bahan cerca.
Membina tiang kerjaya yang kukuh dan mengelak hanya tampil dengan cerita sensasi, Siti Saleha yang mula berlakon melalui drama 5 Jingga ini mengaku dia berhati-hati mengatur langkah.
"Kita tidak tahu apa akan terjadi pada hari depan, jadi perlu jaga nama. Saya tidak mengelak pergi ke anugerah atau acara hiburan tetapi kalau boleh saya tidak mahu terlalu mempamerkan muka dalam semua acara. Bila nama sudah dikenali, tidak perlu rasanya untuk menjaja muka. Perlu jaga drama atau filem sebenarnya," jujurnya yang bakal beraya di luar negara bersama keluarga dalam tahun ini.
Sejarah hitam
Pembabitannya dalam filem perdananya, Kerat 14 tidak membawakan Siti Saleha yang merupakan adik Sam Bunkface ini ke tahap yang membanggakan. Malah, belum kuat filem pertama itu lekat dalam fikiran khalayak.
Muncul dengan filem KL Zombie yang akan mula ditayangkan pada 29 Ogos kelak, terdapat bunga-bunga harapan dalam penceritaan Siti Saleha.
"Saya membawakan watak Nora yang merupakan seorang wanita yang feminin, tegas tetapi lasak. Dia mempunyai kehidupan yang teruk sehingga dia mekar sebagai wanita yang tegas dan kuat. Kehidupan hitam yang melampau membuatkan dia ber personaliti sebegitu," jelas Siti Saleha tentang filem kedua yang diangkat daripada novel Zombijaya karya Adib Zaini.
Gadis lesbian


Buku itu diadaptasi ke filem menerusi syarikat penerbitan dan pengedaran filem terbesar negara, Grand Brilliance dan ia akan diterbitkan oleh anak syarikatnya, Lightbulb Pictures.
"Filem itu agak ringan tetapi ia mempunyai dramanya. Iia merupakan filem pertama saya bersama Grand Brilliance," ujarnya yang seronok bekerjasama dengan pelakon-pelakon seperti Zizan Razak, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.
Menurut pengarah KL Zombie, Wo Ming Jin, ia filem pertama di Malaysia yang menampilkan zombi sebagai watak utamanya. Filem itu juga istimewa dari segi proses pembikinan kerana setiap kesan khas dan solekannya diberi perhatian terperinci bagi memastikan hasil yang sesuai dengan temanya.
"Aktres filem berbeza pendekatannya kerana pendedahan, audiens dan pengalamannya lebih besar. Itu cabaran yang perlu ditempuhi. Namun, perlu diingat bahawa keputusan dan apresiasi juga lebih besar," ujarnya yang turut terkenal sebagai pelakon drama.
"Saya mengaku melalui drama, para penonton dan peminat lebih gemar kalau saya membawakan watak yang baik-baik, protagonis. Ia bagus sebenarnya untuk menonjolkan bakat dan saya mengikutnya," ceritanya yang pernah muncul dalam drama Nora Elena yang melonjakkan namanya selain Aaron Aziz.
Apabila ditanyakan faktor 'ummph' atau terkesan dalam pembabitannya sebagai pelakon filem mahupun drama, Siti Saleha mengaku sudah bertemu dengan rencah itu dalam filem yang baru sahaja usai penggambarannya.
Filem berjudul Tujuh memberi kepuasan kerana membenarkan Siti Saleha melontarkan bakatnya. Dia mengaku mendapat banyak tawaran filem tetapi Tujuh memberi pendekatan dan pengalaman berbeza.
"Saya bertemu dengan 'ummph' itu dalam Tujuh kerana wataknya sangat mencabar. Saya suka mempersembahkannya dan tidak fikirkan akibatnya," ceritanya tentang filem yang berkisar tentang tujuh orang sahabat yang terlibat dengan penganjuran parti liar.
Filem ini bergenre seram berkaitan mimpi ngeri dan karma. Pelakon yang turut serta ialah Johan Asari, Pekin Ibrahim, Aaron Aziz, Marsha Milan Londoh, Cristina Suzanne dan pelakon baharu DeeDee Nash.
Watak Siti Saleha dalam filem ini amat mencabar kerana diamelakonkan watak gadis lesbian dengan latar cerita juga sekitar tahun 1970-an.
SITI SALEHA sudah bersedia menerima kritikan untuk watak Tina.


"Saya tidak kisah dengan kritikan umum. Ia sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang berbeza dan berlatarkan tahun 1970-an.
Dipeluk
Berhubung watak lesbian dengan nama Tina, saya puas membawakannya," jujurnya dalam melontarkan kepuasan yang didapatinya daripada filem arahan sulung Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan diterbitkan Grand Brilliance.
Faktor yang turut mendorongnya berasa puas dengan filem ini adalah pujian yang dilontarkan pelatih lakonannya, Ellie Suriaty.
"Ellie menasihatkan saya supaya membuat yang terbaik dan dia yakin saya mampu melakukannya. Respons positif oleh Ellie yang merupakan seorang aktres yang hebat membuatkan saya yakin dan puas. Apabila dia memeluk dan memuji lakonan saya, itu sudah cukup untuk memberi semangat kepada saya," ujarnya tersenyum puas.
Selain KL Zombie dan Tujuh, Siti Saleha juga mengaku dia berdebar-debar menanti tayangan filem-filem lakonannya tidak lama lagi iaitu Mamat Cupcake, Bikin Filem dan Balada Pencinta.
Wanita cantik yang juga duta beberapa produk ini baru selesai dengan penggambaran filem arahan sulung S. Amin Shahab, Rajawali: Aku Abang Long.
Filem yang ditulis oleh Mamat Khalid itu turut menampilkan pelakon hebat seperti Datuk M. Nasir, Wan Hanafi Su dan Faizal Hussein.

Sampul Duit Raya Daripada Kain Semakin Dapat Sambutan

Posted: 27 Jul 2013 09:18 PM PDT


Idea yang menarik digunakan sebagai sampul duit di musim perayaan.
SHAH ALAM: Memberi duit raya adalah satu tradisi bagi masyarakat Islam di Malaysia semasa menyambut Aidilfitri.
Sampul, yang diisi duit raya, ini kebiasaannya diberi kepada kanak-kanak terutama yang bertandang ke rumah ketika sambutan Aidilfitri.
Ini juga menjadi amalan dalam kalangan syarikat, organisasi dan dermawan tempatan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Antara penerima duit raya, yang datang dalam sampul pelbagai corak dan warna, adalah ibu tunggal, anak yatim, warga tua dan mereka dari keluarga yang kurang bernasib baik.
Sememangnya wang pemberian ini akan kelihatan lebih sopan jika dimasukkan ke dalam sampul terlebih dahulu sebelum diagih-agihkan.
Kebanyakan bank dan pengusaha perniagaan termasuk pasaraya mengedarkan sampul duit raya masing-masing, yang membawa logo korporat serta jenama, yang juga bertindak sebagai iklan perniagaan mereka.
SAMPUL DARIPADA KAIN
Biasanya sampul duit raya diperbuat daripada kertas tetapi bagi Aspalila Abdul Majid, sampul yang dibuat daripada kain adalah satu idea yang menarik.
Menurut Aspalila, sebelum menjahit sampul kain duit raya, beliau pernah menjahit beg, pemegang kunci, dompet dan sarung untuk kad nama dan kamera.
Idea sampul kain duit Raya itu tercetus daripada seorang pelanggan Aspalila dari Tote Boutique, kata beliau kepada Bernama.
Beliau mula mengeluarkan sampul duit raya daripada kain sejak 2003 setelah melahirkan anak yang ketiga.
Melalui blog beliau, 'Tote Boutique', Aspalila mula membina perniagaannya dengan menghasilkan beg untuk diisi lampin atau telekung dan beg itu hanya dikeluarkan pada musim perayaan sahaja.
Koleksi beg-beg itu dinamakannya "Tas Syawal".
TEMPAHAN
Setiap tahun sampul kain duit raya semakin mendapat perhatian dan sambutan pelanggan Tote Boutique terhadap sampul berkenaan cukup memberangsangkan.
"Saya hanya dapat memenuhi tempahan sebelum Ramadan kerana saya menjahitnya sendiri. Jadi tidak banyak yang dapat saya penuhi," jelasnya lagi.
Tahun ini Aspalila sudahpun menyiapkan 40 sampul kain duit raya untuk pelanggan tetapnya.
Pada mulanya hasil keluaran Tote Boutique menerima permintaan daripada pengikut blog Aspalila yang asalnya menjahit beg sahaja.
"Saya sering melawati laman web 'ETSY' untuk melihat kreativiti produk buatan tangan yang dipaparkan. Ide pun tiba, saya pun cuba menjahitnya dan pelanggan Tote Boutique akan menyukainya," jelas beliau.
Semua produk yang dijual di Tote Boutique dijahit oleh Aspalila sendiri tanpa bantuan sesiapa dan kualiti serta kehalusan jahitan menjadi keutamaannya.
REKAAN
Bahan-bahan untuk jahitan pula datang dari Amerika Syarikat dan China.
"Kain untuk dompet dan sampul duit raya saya tempah dan beli dari Amerika Syarikat manakala bahan lain seperti 'snap' dan cangkuk saya dapatkan dari China.
"Namun, fabrik yang sesuai lagi cantik boleh dibeli di Malaysia," kata beliau.
Sampul kain, yang berharga antara RM25.00 dan RM30.00 sehelai, ini berbeza daripada biasa dan mudah dicuci serta dijaga.
"Sebenarnya selepas Hari Raya, sampul kain ini boleh digunakan untuk menyimpan buku simpanan akaun bank atau wang tunai," jelas beliau.

Wan Sharmila pilih VIP?

Posted: 27 Jul 2013 09:15 PM PDT


Wan Sharmila
Wan Sharmila
Empat tahun menjanda, pelakon ini jarang dikaitkan dengan kisah-kisah kontroversi dan cinta. Walaupun pernah menyatakan hasrat untuk merasai kembali pengalaman bergelar isteri orang, namun pelakon genit, Wan Sharmila, ini bijak membawa diri.

Namun, sejak akhir-akhir ini, mungkin pengikut laman mikro, Twitter dan Instagram pelakon filem, Bisikan Syaitan, ini dapat menghidu sesuatu mengenai hubungan cintanya.

Sering memuat naik gambar dan ayat-ayat yang menunjukkan dirinya seolah-olah sedang dilamun cinta, akui Wan, dirinya kini sudah berpunya.

Menurut Wan, dia tidak mahu terlalu terburu-buru dengan hubungan yang baru dibina itu sehingga menyukarkan perjalanan cintanya.

"Ya, memang saya kini sedang dilamun cinta dan sudah berpunya. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap hubungan ini berjalan lancar," katanya.

Ketika ditanya, apakah buah hatinya itu terdiri daripada golongan VIP, Wan nampaknya lebih selesa tidak mendedahkan lagi identiti sebenar jejaka itu.

"Siapa dia, tidak perlu saya perkatakan untuk ketika ini kerana saya tidak mahu terlalu terbuka dalam soal cinta dan perhubungan.

"Mungkin buat masa ini, masih tidak sesuai untuk memberitahu kesemuanya. Namun saya tidak menolak untuk memperkenalkannya secara umum satu masa nanti. Cukuplah saya katakan yang dia kini berada di London dan bukanlah di kalangan orang seni," katanya.

Sebelum ini, Wan pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit dan pemilik syarikat produksi, Radius One, Fazli Baharom. Namun, hubungan itu berakhir dengan penceraian pada 23 Oktober 2009, setelah tiga tahun bersama.

Raya ala kadar

Bertanya mengenai persiapan menyambut lembaran Syawal, akui Wan, dia lebih selesa bersederhana dan tidak terlalu awal menyediakan kelengkapan.

Menurut Wan, sambutan rayanya tidak terlalu fokus untuk diri sendiri, malah dia lebih mementingkan persiapan untuk ibu tercinta.

"Sambutan raya saya hanya ala kadar, maklumlah hidup seorang. Namun, saya lebih tertumpu kepada kelengkapan rumah mak di kampung.

"Baju raya mak pun saya dah beli dan bila dekat-dekat raya nanti, saya akan tolong mak untuk membeli barang-barang kelengkapan dapur dan sebagainya.

"Mungkin seminggu sebelum raya, saya akan pulang ke kampung halaman, Johor Bahru, dan mungkin seminggu selepas itu, saya akan kembali ke ibu kota untuk bekerja," katanya yang mengakui menu wajib yang perlu ada ketika raya ialah Laksa Johor.

Muka melecur teruk

Mengimbau kenangan berpuasa ketika zaman kanak-kanak, Wan akui ada peristiwa yang tidak dapat dilupakan sehingga kini.

Jelas Wan, peristiwa itu berlaku ketika itu usianya baru mencecah lapan tahun dan niat membantu ibunya berakhir dengan insiden buruk.

"Ada satu hari, mak saya kurang sihat. Jadi, dia suruh saya tolong tumiskan bawang dan cili yang telah dikisar.

"Bila saya nak tuangkan dalam kuali panas, cili itu melekat di dalam mesin pengisar. Jadi, saya goncangkan kuat-kuat sehingga minyak panas dan cili itu terpercik dekat muka.

"Muka saya melecur teruk sehingga berkudis. Sampaikan saya terpaksa menutup muka di sekolah kerana malu. Namun, syukur Alhamdulillah, kesan parut itu hilang," katanya yang mengakui pernah dicium lelaki dewasa ketika pergi beraya.

Bayi 13 bulan tersepit mesin pengadun kuih

Posted: 27 Jul 2013 09:04 PM PDT


Bayi 13 bulan tersepit mesin pengadun kuih
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan bayi tersebut
Bayi 13 bulan tersepit mesin pengadun kuih
Maznah cuba memujuk anaknya yang menangis kesakitan
MUAR – Seorang bayi berumur 13 bulan terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kirinya tersepit di mesin pengadun ketika mengikut ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, semalam.

Berikutan kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli bengkak tangan kiri serta berdarah dan bengkak di bahagian mulutnya.

Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata, sebelum kejadian Mohd Uqshah bermain-main berhampiran mesin itu yang diletakkan di atas lantai dan dikendalikan olehnya.

"Melihat perbuatannya, saya beberapa kali melarangnya daripada bermain berdekatan mesin itu.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan tangisan serta jeritannya dan mendapati tangan kirinya tersepit di mesin tersebut yang sedang bergerak," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia cuba membantu menyelamatkan anaknya tetapi tidak berjaya. Badan Mohd Uqshah bergerak sama mengikut mesin itu yang sedang berpusing sehingga menyebabkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

"Seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, namun tangan anak yang tersepit antara bekas tepung dan badan mesin berkenaan masih tidak dapat ditarik keluar.

"Tiga anggota bomba yang datang membantu terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka skru sebelum tangan anak berjaya ditarik keluar," katanya.

Maznah berkata, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan segera.

Sementara itu, pemilik kilang berkenaan, Norhadidah Harun, 43, berkata, semasa kejadian dia berada dalam tandas di tingkat atas sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit.

"Mujur salah seorang pekerjanya bertindak pantas menutup suis mesin dan jika tidak dikhuatiri keadaan lebih buruk boleh berlaku," katanya.

Dibogel, dicabul ah long

Posted: 27 Jul 2013 09:00 PM PDT


Mangsa dibogel, dicabul ah long
Dila ketika ditemubual wartawan Sinar Harian.
KUALA LUMPUR - Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik.

"Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang  mengganggu di tempat saya bekerja," katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam.

Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini.

Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal.
"Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya.

Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin.

Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu.

Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya.

"Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu," katanya.

Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya.

Pesanan deejay sempena raya

Posted: 27 Jul 2013 08:57 PM PDT



DARI kiri: Fara Fauzana, Sharifah Aleya, Deen dan Kieran meraikan anak-anak yatim di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUARA-SUARA di corong radio memang antara yang paling dekat dengan khalayak ketika memandu. Paling tidak mereka menjadi penghibur tatkala mengharung kesesakan trafik.
Tiga deejay daripada radio Hot FM ini ditemui semasa mereka melayan anak-anak yatim berbuka puasa di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain melontarkan pandangan tentang perjalanan dan situasi lagu-lagu dalam radio, mereka turut berkongsi pendapat tentang produk tempatan dan kebanggaan mereka terhadap karya-karya ini.
Tidak lupa juga untuk Sharifah Aleya, Deen dan Kieran berpesan kepada khalayak tentang tragedi yang sering berlaku pada setiap kali musim perayaan. Beringat sebelum terlambat.
Dalam kesempatan itu, radio Hot FM memperkenalkan lapan segmen istimewa yang pasti menghiburkan. Antaranya ialah Akustika Raya, Hero Aidilfitri, Hot FM 30 Edisi Raya, ND Lala dan Shila Di Raya Paling Hangat, 4 Suara, Aidilfitri Di Rantauan dan Raihan vs Rabbani.
Deejay kini didakwa menentukan arah tuju perjalanan muzik masa kini dengan pemilihan lagu di radio. Apa pendapat kalian?
SHARIFAH ALEYA (SA): Arah tuju dan perjalanan muzik sekarang ini masih lagi bergantung pada cita rasa pendengar radio dan muzik. Cita rasa tersebut dikenal pasti menerusi berpuluh-puluh sesi kajian yang mengambil masa beberapa hari sehinggalah berbulan bulan.
DEEN (D): Kebanyakan lagu yang dimainkan di radio akan menjadi popular dan memberi impak positif kepada penyanyi. Tetapi, kalau dilihat dari segi pemilihan lagu yang dimainkan di radio, sebenarnya deejay tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memilih lagu yang dimainkan.
Mungkin ada yang menganggap deejay hanya memainkan lagu-lagu kesukaan sendiri untuk dimainkan, tetapi pada hakikatnya, lagu-lagu yang dimainkan itu dipilih oleh Pengarah Muzik. Namun, lagu-lagu itu bukanlah dimainkan mengikut cita rasa kami 'orang radio'. Namun, semua lagu yang diterima baik daripada syarikat rakaman ataupun artis indie perlu melalui proses ujian sama ada sesuai atau tidak dimainkan mengikut format radio dan latar belakang pendengar radio.
KIERAN (K): Kenyataan itu mungkin tidak tepat. Kami bukan lagi deejay yang memutarkan lagu di konti tetapi kami kini ialah penyampai radio yang menyampaikan atau mengumumkan lagu-lagu yang sedang, telah atau akan disiarkan. Susunan lagu dibuat oleh pengarah muzik stesen radio tersebut dan semuanya berdasarkan kajian berterusan terhadap selera pendengar. Secara ringkasnya, pendengar radio yang sebenarnya menentukan arah tuju industri muzik kita. Semuanya terletak di hujung jari mereka.

RADIO Hot FM akan muncul dengan sebuah program raya yang berkonsepkan alunan melodi secara akustik. Tidak hanya didengari melalui frekuensi radio, Akustika juga boleh ditonton melalui saluran TV9 pada hari raya pertama dan kedua.


Benarkan deejay amal pilih kasih?
SA: Mungkin dari segi cita rasa peribadi, artis atau genre lagu yang lebih secocok dengan deejay berkenaan. Itu adalah benar dengan setiap individu tanpa mengira kerjayanya. Dalam dunia radio, selera seorang deejay tidak diambil kira dalam menentukan senarai lagu, malah tidak dibenarkan dalam studio sekali pun.
D: Ramai yang beranggapan ada deejay hanya memainkan 'lagu kawan-kawan' tetapi bagi saya itu merupakan satu perbuatan yang tidak adil terutama buat penyanyi baru nak naik atau penyanyi suam-suam kuku yang sukar untuk mendapatkan publisiti. Tiada diskriminasi dalam muzik, tidak ada mengira latar belakang penyanyi atau genre yang dibawa.
K: Setiap penyampai radio mempunyai kecenderungan terhadap genre muzik atau artis yang tertentu. Tetapi, bila ke udara semua itu perlu diketepikan kerana setiap stesen radio ada formatnya yang tersendiri. Tidak akan timbul masalah 'pilih bulu' kerana susunan muzik stesen radio tersebut adalah berdasarkan format radio dan hasil kajian.
Apa yang kalian harapkan dalam karya tempatan?
SA: Sebagai pendengar (bukan penyampai), saya mengharapkan lebih keberanian mencuba sesuatu yang baharu. Saya rasa bangga kerana sekarang memang ternyata lebih ramai penyanyi yang bukan sekadar penyanyi semata-mata, mereka juga boleh menjadi komposer, penulis lirik, penyusun muzik dan juga produser karya sendiri.
D: Kebanyakan lagu-lagu yang dimainkan datang daripada komposer sama dan dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi solo yang sama. Tidak banyak lagu-lagu daripada grup tempatan yang mampu memenuhi halwa telinga arus perdana yang dimainkan di radio. Malaysia mempunyai banyak grup tempatan yang dianggotai oleh jiwa muda tetapi kebanyakan mereka lebih suka mencipta lagu berdasarkan identiti grup sendiri malangnya karya mereka kurang catchy dan akhirnya sukar untuk menembusi radio. Saya rasa grup-grup tempatan perlu lebih peka dengan cita rasa pendengar-pendengar radio lagu supaya ia juga untuk 'duit poket' mereka.
K: Sesuatu yang baharu dan segar dan tidak berpandukan kepada perubahan muzik dari luar negara. Kita biasanya melakukan perubahan apabila berlakunya 'tsunami muzik' dari luar seperti K-Pop dan sebagainya. Ini menyebabkan muzik kita tiada keaslian.
Apa pula yang dibanggakan tentang produk tempatan?
SA: Terlalu banyak yang patut dibanggakan. Bakat, karya dan semangat tidak pernah putus asa dalam industri ini sangat menakjubkan. Pengkarya tanah air tidak pernah segan atau terlalu bangga diri untuk berkolaborasi dengan bakat luar. Kita sangat yakin dengan muzik, budaya dan kemampuan kita. Harapan saya, lebihkan sokongan dan kepercayaan daripada para peminat agar produk tempatan lebih menonjol di mata dunia.
D: Produk tempatan yang asli bagi saya ialah lagu yang dicipta oleh komposer tempatan, penulis lirik tempatan, penyanyi tempatan dan susunan muzik pun oleh orang tempatan. Tetapi, untuk memperoleh kualiti lagu yang baik sekarang ini, ramai yang membawa lagu mereka untuk proses mixing, mastering ke luar negara yang saya rasa masih boleh dianggap produk tempatan kerana pada asalnya masih dicipta oleh komposer tempatan.
K: Kita mempunyai ramai penyanyi yang berkualiti dari segi suara dan persembahan. Tetapi, kerana kita mengamalkan sikap terbuka, industri kita terjejas dengan kebanjiran muzik asing. Artis luar seperti lebih dibanggakan dan lebih diberikan peluang untuk mengadakan persembahan serta mendapat liputan di negara kita. Jika senario ini berubah, sudah pasti para peminat muzik akan lebih menghargai artis tempatan.
Kalau bercakap tentang radio dan raya, apa yang melekat dalam fikiran kalian?
SA: Tidak tahu kenapa tapi bila bercakap tentang radio dan raya, terdengar lagu Black Dog Bone, Cahaya Aidilfitri bermain dalam kepala. Mungkin kerana sejak bermula kerjaya saya dalam dunia radio ni, rasanya susah sangat nak bercuti raya yang panjang. Tapi tidak mengapa, adakalanya seronok berada dalam konti studio, melayan pendengar yang telefon dan berkongsi nasib yang sama (kerja waktu raya). Pergilah ke mana-mana ceruk dunia pun, tidak akan jumpa lagu-lagu raya yang sama nostalgia, makna, merdu, seronok seperti mana kita jumpa di Malaysia. Mana lagi nak dengar lagu-lagu raya yang bagus-bagus ini kalau bukan di radio?
D: Saya rasa radio merupakan medium yang paling penting menyebarkan semangat raya. Sejak kecil dulu pun, bila nak dekat raya, memang saya akan buka radio semata-mata nak dengar lagu raya. Mood lagu raya yang didengar daripada radio sememangnya lebih memberi semangat nak menyambut hari raya berbanding mendengar lagu raya melalui cakera padat atau telefon bimbit.
K: Sudah pastinya, lagu-lagu raya yang dimainkan sepanjang musim perayaan kerana lagu-lagu ini hanya akan dimainkan sepanjang bulan Syawal sahaja.
Bila sampai musim hari raya, berita yang paling kerap kita tatap ialah insiden putus jari kerana mercun dan kemalangan. Nasihat kalian terhadap anak-anak muda?
SA: Minta jauh kerana saya memang takut dan sangat tidak senang dengan isu mercun. Kalau ada budak bermain mercun bersama bapa mereka atau pak cik- serta mak cik mereka pun saya sudah risau semacam. Saya masih teringat baju raya yang dipakai sepupu saya terbakar depan mata akibat bermain bunga api. Saya merayulah kepada ibu-ibu di luar sana, garanglah sikit. Ingat masa depan anak-anak. Kita tidak mahu mereka kekurangan jari, buta mata sebelah atau kedua-dua belah mata atau paling teruk sekali (nauzubillah) mati akibat mercun.
D: Ibu bapa patut memainkan peranan yang sangat penting untuk memberi nasihat kepada anak-anak. Bukan setakat memberi nasihat sahaja, ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak terutama yang masih kecil. Perlu tahu dengan siapa mereka bermain sebab kanak-kanak khususnya mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dan lebih suka mengikut. Kepada yang sudah remaja atau dah besar panjang tu, jangan hendak tunjuk hero dengan bermain mercun, nanti dah putus jari dah tak cun.
K: Senario kemalangan melibatkan mercun ini seperti mustahil untuk tidak berlaku setiap kali dalam musim perayaan. Walaupun sudah banyak insiden kecelakaan yang berlaku, ia masih tidak mendatangkan kesedaran. Mungkin sebelum tibanya musim perayaan, iklan atau paparan setiap insiden yang lepas perlu diulang semula sebagai peringatan. Tentang kemalangan jalan raya, punca utamanya adalah kecuaian dan kurang kesabaran dalam pemanduan. Jika lebih fokus dan bersabar, ia pasti dapat dikurangkan.

Selebriti berniaga dalam bulan Ramadan

Posted: 27 Jul 2013 08:56 PM PDT



ASMIDAR bersama ahli keluarganya meneruskan tradisi sejak lebih 20 tahun lalu berniaga martabak di bazar Ramadan.


SEJAK lebih 20 tahun lalu, apabila tibanya bulan puasa, bazar Ramadan Seksyen 1, Wangsa Maju pasti menjadi rumah kedua buat penyanyi Asmidar dan keluarganya. Di situlah, tempat mereka berniaga menambah pendapatan dan berbuka bersama-sama. Situasi itu turut dikongsi bersama-sama dengan peniaga lain.
"Martabak, martabak! Seringgit sahaja! Macam itulah kerja saya semasa kecil dahulu. Sekarang, kerja saya hanya menggoreng martabak, bungkus dan layan pelanggan. Bab tebar roti, saya tak pandai sangat, boleh buat tapi mesti senget-senget, lagipun itu tugas ayah dan abang saya," kata Asmidar sesekali terkenangkan zaman kanak-kanaknya membantu keluarga berniaga martabak di bazar Ramadan.
Pernah juga, ketika hendak menemani ibu berniaga martabak di bazar, Asmidar yang pada waktu itu berusia lima tahun hanya ditemani si abang yang baru berusia tujuh tahun. Jarak dari rumah ke tapak bazar kira-kira 500 meter.
"Ketika itu hujan lebat. Tiba-tiba abang tergelincir ke dalam longkang besar dan dihanyutkan arus. Nasib baik salah seorang peniaga di situ sempat mencapai tangan abang, kalau tidak, tak tahulah apa yang akan terjadi. Ayah dan mak pun tak sempat buat apa-apa," cerita Asmidar.
Tambahnya: "Dulu ayah guna beca untuk angkut barang-barang niaga ke bazar. Pernah juga beca itu terbalik dan semua adunan serta kuah martabak tumpah. Langsung tak jadi berniaga."
Menjadi artis juga bukan alasan untuk Asmidar berasa malu melayan pelanggan di bazar Ramadan. Sementelah dia memang membesar di kejiranan berkenaan.
Pada setiap hari dan saban tahun, terutamanya dalam bulan puasa, Martabak Mat Labu memang cukup dikenali penduduk setempat di sekitar Seksyen 1, Wangsa Maju.
Secara purata, pada setiap hari, jualan Martabak Mat Labu boleh mencecah 600 hingga 700 keping. Selain martabak ayam dan daging resipi istimewa bapanya iaitu Ahmad Labu yang menjadi tarikan utama, keluarga Asmidar turut menjual roti boom sebagai menu tambahan.
Menurut Asmidar, menu roti boom diperkenalkan untuk menarik lebih ramai pelanggan ekoran kemunculan banyak peniaga martabak di bazar yang sama.
"Dulu martabak kami sangat laris sampai pelanggan kena beratur panjang. Tetapi, pernah sekali dalam bulan puasa, tapak berniaga diubah-ubah menyebabkan jualan merosot teruk. Justeru, pada tahun itu, kami mula jual roti boom.
"Berniaga juga memang nampak seronok tetapi kerjanya bukan hanya di bazar. Habis berniaga, sebelum tidur, emak kena sediakan bahan-bahan untuk adunan tepung dan kuah. Pagi-pagi sebelum mula berniaga, kena masak dan bungkus semua kuah martabak," jelas penyanyi yang terkenal menerusi lagu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu.
Selain sibuk dengan aktiviti yang banyak dihabiskan dengan membantu perniagaan keluarga di bazar, Asmidar yang muncul dengan album sulung, Kali Pertama itu turut tidak menang tangan memenuhi undangan rakaman program raya dan sesi fotografi.
"Saya ada membuat rakaman program raya bersama atlet sukan yang akan disiarkan di RTM. Selepas raya, single ketiga daripada album Kali Pertama akan dilancarkan," katanya.

Opick takut godaan

Posted: 27 Jul 2013 08:55 PM PDT



OPICK bersama Pegawai A&R Warner Music, Moktaza Ahmad (dua dari kiri) serta dua orang kuat Inteam Records, Izham Shah (kanan) dan Mohd. Hazamin Harun menerima anugerah platinum atas jualan album Ya Muhammad Ya Rosulullah.



LENGKAP berserban putih, berselempang dan bersarung, lelaki dengan nama Opick itu cukup bersederhana. Penampilannya kelihatan biasa berbanding tanggapan tinggi dunia muzik Indonesia dan Malaysia terhadap karya-karyanya yang cukup dikenali ramai.
Lagu-lagunya seperti Ubat Hati, Takdir, dan Tiada Duka Yang Abadi merupakan antara lantunan cukup mengeratkan nama Opick terhadap pencinta lagu-lagu ketuhanan dalam persada muzik tanah air.
Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, 30, sendiri seorang yang cukup islamik tetapi dia melihatkan keramahan dan kesediaannya bertemu serta melayani soalan-soalan berbaur sensasi, ternyata dia bukan yang seorang konservatif atau terlalu serius dengan jalan kerohanian yang dipilihnya.
Ada sisi komedi dalam keinsafan yang dikembangkannya itu. Bicaranya berbunyi santun namun ia menikam jauh.
"Soalan itu cuba mengajak saya bercakap soal poligami," kata Opick merujuk kepada soalan-soalan wartawan baru-baru ini tentang godaan dunia serta kemaruk peminat wanita terhadap dirinya.
Ditanya, apa hukumnya seorang penghibur yang berdakwah menerusi lagu atau ceramah tetapi membuahkan ketaksuban peminat terhadap diri mereka, Opick memiliki pandangan yang cukup santai.
"Jika peminat yang tergila-gilakan ustaz, itu bukan masalah ustaz itu. Jika selama satu jam mendengar ceramah, apa yang dibawa pulang oleh seseorang peminat itu cumalah ustaz itu tampan atau ustaz itu tampan. Hal itu tidak menjadi kesalahan buat ustaz itu, sebaliknya ia berlaku ke atas peminat itu tadi. Apakah hanya itu mereka peroleh?" balas Opick menangani soalan yang ditujukan kepadanya.
Jika hal yang sama terkena pada batang hidungnya sendiri, Opick memilih jalan untuk mengelak daripada melayani godaan para peminat wanita.
"Ramai yang ajak saya menikah. Mahu mengadu masalah. Saya beritahu kepada mereka, jika bermasalah mengadulah kepada Tuhan. Saya tidak mahu terlibat, susah jadinya.

OPICK bersama Pegawai A&R Warner Music, Moktaza Ahmad (dua dari kiri) serta dua orang kuat Inteam Records, Izham Shah (kanan) dan Mohd. Hazamin Harun menerima anugerah platinum atas jualan album Ya Muhammad Ya Rosulullah.


"Kalau ada yang jatuh cinta sama saya, jujurnya saya tidak tahu tentang masa depan. Sampai ke saat ini, isteri saya cuma satu. Semoga Allah berikan saya kekuatan dan persiapan diri, saya juga takut dengan godaan," akui Opick sambil menoleh ke arah isterinya, Dian Rosita, 30, yang duduk tersenyum di sisinya.
Pasangan itu hadir ke Kuala Lumpur sempena pelancaran album ke-11 Opick berjudul Ya Maulana. Album yang mengandungi 10 buah lagu termasuk Ku Tak Pernah Layak dan Ajari Aku itu diedarkan secara eksklusif oleh Inteam Records di Malaysia.
Biarpun sudah hampir 10 tahun bergiat aktif dalam muzik nasyid, Opick masih melihat muzik sebagai ruang yang penuh dengan ujian.
"Mungkin sebab itulah, ada ulamak yang mengharamkan hiburan," katanya yang selalu mengingatkan diri bahawa dunia muzik ini harus diladeni dengan berhati-hati.
Tegas Opick berkali-kali: "Berdiri di ruang ini harus jaga diri, jaga hati, jaga niat, jangan bengkok."
Jauh terpesong daripada judul album yang sedang dipromosi, bekas penyanyi rock itu tidak mahu dianggap ustaz. Dia menulis sebagai peringatan untuk dirinya sendiri, berkongsi kerinduan dan cinta terhadap Allah, Rasul dan Islam.
"Saya bukan ustaz tetapi penyanyi. Jika diminta untuk memberi ceramah atau motivasi, saya tidak keberatan tapi jika ceramah agama, saya tidak mahu, lebih ramai orang yang bijaksana dan tinggi ilmu agamanya daripada saya," katanya.
Enggan mengambil sahaja peluang yang terbuka, Opick beranggapan muzik merupakan jalan terbaik buatnya.
"Saya lebih selesa bergelar seniman. Mudah untuk saya masuk ke mana-mana saluran, saluran hiburan boleh, saluran dakwah juga boleh," tambah Opick yang sedang dalam perancangan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Mac tahun depan.

Eksperimentasi Lab The Rat

Posted: 27 Jul 2013 08:54 PM PDT



BERDIRI dari kiri: Syarul, Nik Azwa, Syaril disertai Shahirah dan Syaiful. Lab The Rat yang ditubuhkan pada tahun 2006 kini mempunyai sebuah album, Love the Mission.


KUMPULAN Lab The Rat yang ditubuhkan pada tahun 2006 terus aktif sehingga kini disebabkan ikatan kuat anggota-anggotanya.
Lab The Rat pernah memenangi pertandingan Global Battle of the Bands Challenge Malaysia 2008 sehingga melayakkan mereka pergi ke London, Britain. Sungguhpun tidak memenangi hadiah perdana, mereka diangkat sebagai Band Pilihan Peminat berdasarkan undian.
Itu antara perjalanan manis yang dilakarkan oleh Syarul Reza, Shahirah Aishah, Syaril Zizi, Syaiful Nazri, Nik Azwaa dan Kech. Mereka bermula dengan membuat persembahan pada majlis perkahwinan ahli keluarga sebelum tampil dengan muzik tersendiri.
Disifatkan oleh banyak pihak sebagai grup bersaudara kerana menghimpunkan tiga adik-beradik iaitu Syarul, Syaril dan Syaiful, Lab The Rat kini bernaung di bawah label Laguna Music.
Kesungguhan menjadi pemuzik dizahirkan dengan pelancaran album perdana mereka, Love the Mission yang menghimpunkan lapan buah lagu.
"Kami mengetengahkan lagu-lagu kontemporari dewasa yang sedap didengar dan menghiburkan," ujar Syarul, vokalis dan suami kepada satu-satunya anggota wanita grup ini iaitu Shahirah.
Album Love the Mission dilancarkan pada 8 Mei lalu di Pavilion Kuala Lumpur. Ia merupakan rentetan kejayaan single mereka, I Know (2010) yang berjaya mendapat tempat di hati peminat.
"Kesemua lagu ditulis dan digubah oleh ahli kumpulan sendiri yang berkisar tentang kehidupan kami. Ada antara lagu itu dibuat selepas mengharungi kesesakan lalu lintas yang teruk di Kuala Lumpur. Lagu itu diberi judul City," ujar Syaril.
"Lagu pada trek pertama iaitu Send Us to Ukraine dihasilkan kerana kami ada cita-cita untuk ke sana. Ada teman yang memberitahu, kos dan perbelanjaan di sana murah, jadi kami teringin untuk melawat negara tersebut," ujar Syarul lagi.
"Sewaktu kami menandatangani perjanjian dengan pihak Laguna dua tahun lalu, kami tahu, kami perlu memulakan dengan menulis lagu kerana kami tidak cukup material untuk melancarkan album.
"Dalam masa yang sama, kami turut membuat persembahan untuk mengukuhkan pendedahan terhadap grup ini," terang Nik Azwa.
Ditanyakan tentang pengaruh muzik yang dibawakan oleh grup yang berusia tujuh tahun ini, mereka bersetuju menyatakan ia membawakan cita rasa era 90-an.
"Misi kami ialah berkongsi muzik dan setiap ahli kumpulan merupakan penulis lagu berdasarkan sentuhan pengaruh muzik yang dibawakan mereka," jelas Syarul.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kumpulan ini, layari laman sosial mereka di www.facebook.com/labtherat atau di blog www.labtherat.com.

Mencari aman peribadi

Posted: 27 Jul 2013 08:53 PM PDT



IMAN dan Aman merupakan album studio kelapan Inteam.


SETELAH tiga tahun berhempas-pulas menyulam idea menghasilkan album baharu, kumpulan Inteam kini boleh berbangga dengan hasil album kelapan mereka.
Kali ini setiap lagu diberikan nafas segar termasuk melibatkan penampilan bekas ahli kumpulan itu, Suhaimi dan Hisyam. Album yang berjudul Iman dan Aman ini menampilkan 12 buah lagu malar segar dan sarat dengan mesej. Dimulai dengan lagu Jatuh Bangun (lagu dan lirik oleh Aden Edcoustic) sebelum diikuti lagu Mulakan Hari Ini yang berentak rancak dan bertenaga.
Seterusnya Tragedi Taif, Zikir Susah Senang, Iman & Aman, Ya Rasulallah Inni, Syafaatmu, Jumaat, Kau Ditakdirkan Untukku (feat. Edcoustic), Iftar, Nothing's Everlasting (satu-satunya lagu bahasa Inggeris) dan diakhiri dengan lagu hits mereka, Nur Kasih (feat. Munif Hijjaz).
Album ini dimulakan dengan lagu Jatuh Bangun yang memberi peringatan pertama tentang saat kita jatuh dan bangun. Ia kemudian diikuti lagu Mulakan Hari Ini yang mempunyai muzik dan melodi yang segar serta live strings oleh Eddie Marzuki. Lagu itu menarik dengan susunan yang indah untuk sebuah grup nasyid. Begitu juga lagu Zikir Susah Senang yang diberikan suntikan nusantara dan memberi peringatan tentang naik serta turunnya waktu.
Single pertama album ini ialah Iman dan Aman yang ditulis oleh Dakmie manakala liriknya disumbangkan Bnury atau nama sebenarnya Sohibul Fadhil yang merupakan pengerusi Munsyid Malaysia. Lagu yang dirakamkan pada awal tahun 2012 itu memaparkan pesanan tentang senario umat Islam yang dilanda peperangan dan persengketaan.
Segar dalam memberikan pesanan positif bersama motivasi agar sentiasa berjuang untuk Islam dan mengukuhkan jati diri, album ini turut menyelitkan lagu-lagu berunsurkan cinta untuk pasangan berkahwin. Lagu dengan tajuk Kau Diciptakan Untukku yang kedengaran pop nukilan Aden Edcoustic. Sesuai untuk pasangan yang bercinta dan berkahwin.
Komen Sofia: Lagu Nur Kasih yang merupakan lagu lama Inteam, diberi nafas baru lebih segar.

Buah tangan hari raya Khairul Amri

Posted: 27 Jul 2013 08:51 PM PDT



TIBA MASANYA dibintangi oleh Azhan Rani (bersongkok), Ayu Raudhah (dua dari kanan ) dan Ezlisa Loy (kanan).


AZHAN RANI dan Ayu Raudhah merupakan pasangan suami isteri dalam telefilem Tiba Masanya.


CERITA berunsurkan kesedihan bagai sudah menjadi hidangan wajib buat penonton di hampir semua stesen televisyen setiap kali hari raya menjelang.
Syarikat Suhan Movies Sdn. Bhd. tidak terkecuali mempertaruhkan sebuah naskhah telefilem arahan Khairul Amri Khalid berjudul Tiba Masanya walaupun Islam menganjurkan agar umatnya bergembira pada hari tersebut.
Telefilem lakonan Ayu Raudhah, Azhan Rani, Ezlisa Loy, Liza Abdullah dan Ku Faridah itu memaparkan kisah seorang wanita bernama Safiah (Ayu Raudhah) yang kematian suaminya, Razif (Azhan Rani) secara mengejut akibat demam denggi.
Drama Tiba Masanya bercerita tentang kehidupan Safiah yang terpaksa menyara tiga orang anaknya tanpa bantuan insan bergelar suami.
"Disebabkan terlalu risau memikirkan kebajikan ketiga-tiga anaknya itu, Safiah bekerja tanpa henti tetapi hakikatnya anak-anaknya terabai dari segi kasih sayang.
"Anak-anaknya menjadi semakin jauh dengan ibu mereka. Mereka (anak-anak Safiah) terpaksa meraikan Ramadan dalam keadaan ala kadar kerana Safiah sibuk dengan bermacam-macam kerja sampingan," kata Khairul Amri mengupas isi cerita tersebut.
Tiba Masanya yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Cheras dan Hulu Langat, Selangor dengan melibatkan bantuan 20 orang kru memakan masa selama tujuh hari untuk disiapkan.
Penggambarannya tamat sehari sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa baru-baru ini.
Selain Tiba Masanya, Khairul Amri telah mengarahkan lebih 20 buah telefilem dan drama, antaranya Anak Sampah, Anak Lorong, Perempuan Neraka, Kalut dan Tiada Raya Tahun Ini.
Kebanyakan naskhah arahan Khairul Amri merupakan drama dan telefilem bergenre serius kerana dia menggemari naskhah yang 'berat'.
Dalam pada itu, Ayu Raudhah yang merupakan pelakon utama menjelaskan, terdapat pelbagai signifikan buat dirinya dalam naskhah tersebut apatah lagi setelah dia bergelar ibu.
Selain merupakan tawaran 'kerja' pertama yang diterimanya setelah melahirkan anak sulung, Muhammad Aisy Qaiser empat bulan lalu, watak seorang ibu yang penyayang amat ditunggu-tunggunya selama ini.
"Walaupun belum bersedia menerima tawaran berlakon, saya menerima tawaran itu kerana tertarik dengan jalan ceritanya. Ia tentang perasaan seorang ibu yang begitu menyayangi anak," kata pelakon berumur 28 tahun itu.
Jelas Ayu, dia tidak dapat menahan perasaan rindu terhadap Aisy Qaiser sepanjang menjalani penggambaran.
"Biarpun penggambarannya selama tujuh hari sahaja, tetapi perasaan rindu kepada anak saya semakin membuak-buak apatah lagi dia belum bangun tidur semasa saya keluar bekerja dan sudah pun tidur apabila saya pulang.
"Mujurlah ada pembantu yang boleh menjaganya sepanjang penggambaran. Dalam bulan puasa, saya tidak berlakon langsung kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga," katanya yang bakal pulang berhari raya di Alor Setar, Kedah.
Tiba Masanya bakal ditayangkan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Shah Rukh, Salman bermaafan

Posted: 27 Jul 2013 08:50 PM PDT



SALMAN KHAN (kiri) dan Shah Rukh Khan.


SEMPENA Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, hubungan pelakon yang sekian lama berseteru, Shah Rukh Khan dan Salman Khan dilihat semakin baik setelah mereka dilihat berpelukan dalam sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Mereka yang menghadiri majlis iftar anjuran seorang pemimpin tempatan parti Kongres,, Baba Siddique di Mumbai dilihat bersalaman dan berpelukan.
Kedua-dua pelakon filem Arjun Rampal itu sebenarnya sudah lima tahun tidak bertegur sapa gara-gara satu insiden kecil apabila mereka bergaduh dalam majlis sambutan hari lahir aktres Katrina Kaif pada tahun 2008.
Dalam kejadian itu, Salman yang berada dalam keadaan mabuk menumbuk muka Shah Rukh.
Namun, Baba turut gembira apabila dia melihat kedua-dua pelakon itu saling berpelukan.
Shah Rukh kemudian membuat kenyataan di Twitter selepas kejadian berpelukan itu disiarkan media.
"Akhirnya anda akan sedar bahawa menyelak muka surat mewujudkan perasaan yang paling menyeronokkan di dunia," kata Shah Rukh.
Sebelum dia membuat kenyataan tersebut, pelakon tersebut enggan mengulas isu berpelukan itu kepada para pemberita yang mahu mendapatkan komennya.

Ras Adiba nikahi rakan tingkatan enam

Posted: 27 Jul 2013 08:48 PM PDT


ILIAS YAAKOB menyarungkan cincin di jari manis Ras Adiba selepas majlis pernikahan mereka di Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas personaliti televisyen tempatan, Ras Adiba Radzi, yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah sejak 17 tahun lalu, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang merupakan penasihat kewangan, Ilias Yaakob semalam.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dalam satu majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tepat pukul 6.10 petang semalam.
Kedua-dua mempelai itu berusia 45 tahun.

Rentung selepas bangun sahur

Posted: 27 Jul 2013 08:46 PM PDT


ANGGOTA bomba memeriksa mayat tiga mangsa rentung di dalam bilik air di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Sandakan semalam.


SANDAKAN - Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun rentung dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Muhibbah di sini semalam.
Mereka yang terkorban dalam kejadian pada pukul 5.40 pagi itu ialah dua beradik iaitu Juliana Sikin, 24, dan Kamisah, 16, serta anak saudara mereka, Nurnilam Sari, 6. Juliana merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Lebih memilukan, mayat ketiga-tiga mangsa yang baru selesai bersahur itu ditemui berpelukan di dalam bilik air di rumah berkenaan dipercayai terperangkap dalam asap tebal.
Difahamkan, rumah atas air itu turut dihuni oleh beberapa keluarga lain yang tinggal di bilik berasingan tetapi tiga mangsa yang rentung itu berada di dalam sebuah bilik sama.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Nordin Pauzi berkata, kebakaran tersebut dikesan bermula dari rumah mangsa sebelum merebak ke sebuah rumah berhampiran.
"Sebaik tiba di lokasi, rumah yang didiami tiga mangsa tersebut telah musnah sepenuhnya namun api dapat dikawal daripada merebak ke rumah-rumah berhampiran.
"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam salah sebuah rumah yang musnah, membawa kepada penemuan tiga mayat yang sudah rentung," katanya di sini semalam.

Pengunjung panik bazar Ramadan dilanda ribut

Posted: 27 Jul 2013 08:45 PM PDT


BEGINILAH keadaan khemah peniaga yang rosak selepas bazar Ramadan Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak dilanda ribut semalam.


TELUK INTAN - Pengunjung bazar Ramadan di Kampung Bahagia, di sini kelam-kabut semalam apabila kawasan itu dilanda ribut selama tiga minit sehingga mengakibatkan beberapa khemah peniaga rosak.
Kejadian pada pukul 3.45 petang itu turut menerbangkan hampir kesemua kuih-muih dan lauk-pauk yang diletakkan di atas meja gerai beberapa orang peniaga.
Seorang peniaga nasi campur, Mohd. Ali Kassim, 47, berkata, kejadian tersebut berlaku sewaktu operasi peniagaan di bazar Ramadan itu baru bermula.
Dia sebelum itu sudah berasa bimbang melihat cuaca mulai mendung sebelum kelihatan pusaran angin umpama puting beliung melanda kawasan peniaga makanan.
"Mujur saya dan beberapa pelanggan yang berada berhampiran gerai sempat menyelamatkan diri.
"Hampir semua lauk-pauk yang saya bawa bertaburan diterbangkan angin kencang," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Penggodam komputer terkenal meninggal dunia

Posted: 27 Jul 2013 08:40 PM PDT



BARNABY JACK


BOSTON - Seorang penggodam komputer terkenal yang berjaya membuatkan mesin pengeluaran wang ATM mengeluarkan wang tunai, Barnaby Jack ditemui mati di sebuah pangsapuri di San Francisco seminggu sebelum dia dijadual menyampaikan ceramah pada satu persidangan penggodaman komputer.
Pejabat Pemeriksaan Perubatan San Francisco menyatakan pihaknya sedang menjalankan autopsi untuk mengenal pasti punca kematian Jack.
Jack, 35, yang dilahirkan di New Zealand merupakan penggodam 'white hat' paling popular. Penggodam 'white hat' ialah mereka yang menggunakan kepakaran untuk mencari kelemahan sistem keselamatan komputer sebelum penjenayah mengekspoitasinya.
Kepakaran Jack adalah mencari kelemahan sistem komputer yang dipasang pada peralatan perubatan dan mesin pengeluaran wang tunai.
Jack dijadual membuat demonstrasi menggodam alat perentak dan defibrilator jantung pada persidangan penggodam Black Hat di Last Vegas Khamis depan.
Dia menjadi penggodam paling popular di dunia selepas melakukan demonstrasi Jackpotting pada tahun 2010 yang membuatkan mesin wang ATM mengeluarkan wang tunai. Klip video persembahannya telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali di laman YouTube.

Belai enau seperti perempuan

Posted: 27 Jul 2013 08:37 PM PDT




MEMANJAT tangga buluh setinggi lebih 20 meter sambil menjinjing tong berisi air tanpa dilengkapi peralatan keselamatan mungkin dianggap sebagai sengaja mengundang nahas.
Namun ia tidak menjadi masalah buat seorang pengusaha gula enau tradisional di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ali Munas Abdullah yang telah melakukan kerja itu sejak muda lagi.
Berbekalkan parang pendek yang diikat pada pinggangnya, Munas, 50, cermat mengatur langkahnya semasa dia memanjat tangga yang juga dikenali sebagai sigai itu.
Sigai hanya disandarkan pada batang pokok enau yang tingginya bersamaan dengan bangunan lima tingkat itu.
Berpengalaman mengutip nira enau selama 25 tahun, bapa kepada tujuh orang anak itu masih gagah memanjat pokok bagi mendapatkan air nira sebelum ia dimasak menjadi gula enau.
Soal gayat bagaikan tidak pernah hadir dalam kamus kerjaya lelaki bertubuh kurus ini sementelah ia sudah menjadi rutin hariannya.
"Setiap hari saya akan memanjat 15 batang pokok enau, sekali pada sebelah pagi dan sekali lagi pada sebelah petang untuk mengutip nira.
"Ia merupakan rutin yang tidak boleh ditinggalkan walaupun sekali kerana kelewatan mengutip nira akan membuatkan batang tandan merajuk dan ia tidak mahu mengeluarkan nira lagi," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Terusan, baru-baru ini.
Mula memanjat pada pukul 8 pagi, kesemua bekas tadahan nira yang dilekatkan pada 15 batang pokok enau yang berlainan lokasinya itu perlu diturunkan dengan segera.
GULA enau yang dituang ke dalam acuan hanya memerlukan tempoh selama lima minit untuk mengeras.


Dalam masa kurang dua jam nira dikutip, ia perlu dimasak bagi mengelakkannya rosak.
"Walaupun pada setiap sesi tadahan saya meletakkan cebisan akar mambu yang telah ditumbuk dan sedikit air kapur untuk mengelakkan nira menjadi masam, ia tidak mampu bertahan lama.
"Nira yang ditadah boleh bertahan selama 12 jam sahaja," katanya yang mengutip nira pada pukul 8 pagi.
Biarpun nampak mudah, menurut Munas, proses penghasilan nira sebenarnya remeh dan pengutip perlu sentiasa peka pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Belai perempuan
"Pengutip tidak boleh saja-saja memanjat pokok enau dan memotong nira untuk mendapatkan niranya. Ada banyak proses yang perlu dilakukan sebelum itu.
"Pertama, kita tidak boleh pergi ke sebarang pokok, sebaliknya perlu memilih pokok yang sesuai dan melamarnya.
"Bunyinya mungkin pelik, tetapi itulah amalan yang diperturunkan oleh pengutip-pengutip nira sebelum ini.
"Pokok enau perlu dibelai seperti perempuan jika mahu mendapatkan airnya walaupun pada hakikatnya, hanya tandan mayang jantan yang akan mengeluarkan nira.
MAYANG dipotong bagi mengeluarkan air nira dari batangnya.


"Proses melamar dimulakan dengan memerhatikan tandan mayang dan mengetuk batang pokok.
"Jika mayangnya terurai cantik dan tidak pecah, ia menunjukkan pokok tersebut sesuai untuk dilamar. Sekiranya pengutip suka dengan pokok tersebut, batangnya perlu dililit dengan akar kayu bagi menandakan ia sudah berpunya atau bertuan.
"Selesai melamar, pengutip perlu menjalankan proses mengetuk batang pokok dan tandan mayang selama 12 hari dan pokok itu akan dipanjat selama tiga hari berturut-turut sebelum dibiarkan rehat selama sehari. Rutin tersebut perlu dilakukan sehingga genap 12 hari.
"Ketukan pada batang dan tandan mayang bertujuan untuk melonggarkan rongga-rongga saluran nira dalam batang tandan berkenaan. Pada kebiasaannya, ia akan dibuat sebanyak empat kali. Dua kali ketukan menghala ke atas dan dua kali ketukan mengarah ke bawah.
"Ia perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Jika ketukan terlalu kuat, batang tandan boleh tercedera sekali gus boleh merencatkan pengeluaran nira," jelas Munas.
"Pada hari ke-12, proses memutus pula akan dilakukan. Batang tandan mayang akan dicantas. Pada ketika ini, batang yang telah dipotong sudah boleh mengeluarkan air tetapi ia belum boleh disadap atau ditadah lagi.
NIRA yang dimasak perlu sentiasa dikacau bagi mengelakkannya meruap dan tumpah.


"Proses menapai perlu dilakukan selama tiga hari tiga malam bagi mengeluarkan sisa kayu dan habuk supaya nira yang ditadah bersih serta tidak keruh. Batang yang dipotong akan ditutup dengan ijok iaitu serat hitam yang meliputi pokok enau.
"Walaupun masih dalam proses menapai, batang tandan perlu diketuk pada waktu pagi dan petang. Jika tidak dibelai dengan sempurna, tidak mustahil ia akan merajuk," katanya yang jarang berjalan jauh disebabkan pekerjaannya itu.
"Selepas tamat tempoh menapai, barulah ijok akan dibuka. Batang akan dihiris nipis bagi mengeluarkan nira baharu yang lebih segar. Selepas itu, nira sedia untuk ditadah dan dituai," kata Munas yang mengusahakan pembuatan gula enau secara tradisional bersama isterinya, Hazlizah Mohamed yang berusia dalam lingkungan 40-an.
Hazlizah memainkan peranan penting dalam memasak gula enau di dapur yang dikenali sebagai sabak.
Pada setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam, masanya banyak dihabiskan untuk memasak gula enau.
Jelas Hazlizah, nira perlu dimasak dengan api yang benar-benar marak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines