LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
- Senarai Pemain Terbaik Liga Super Malaysia 2013
- Peminat Yob desak PAFA kekal Rangel
- Jamin lawan berstatus A!
Senarai Pemain Terbaik Liga Super Malaysia 2013 Posted: 11 Jul 2013 09:32 PM PDT Sumber: FoxSports.my Pasukan undangan LionsXII telah dinobatkan sebagai juara musim ini sementara musuh ketat Selangor FA melayakan diri ke Piala AFC dengan posisi naib juara, pasukan yang digelar 'Manchester City Malaysia' Johor Darul Takzim di tempat ketiga. Juara treble 2012 Kelantan FA berjaya bangkit dari permulaan musim yang agak mengecewakan dan menduduki tempat keempat sementara pasukan dari Liga Premier Pahang FA dan ATM berjaya merangkul tempat kelima dan keenam walaupun pernah menduduki tempat teratas dalam kedudukan Liga Super. Perak FA, PKNS FC, Terengganu FA dan pasukan 'adik' T-Team semua berjaya mengelak penyingkiran dan akan kekal untuk bersaing dalam musim baru nanti sementara Felda United dan Negeri Sembilan akan ke Liga Premier. Berikut adalah senarai pemain terbaik FOX Sports bagi musim Liga Super 2013 ini. Penjaga Gol: Izwan Mahbud (LIONSXII) Terdapat beberapa penjaga gol lain yang telah memberi persembahan yang lebih menyerlah dalam beberapa perlawanan tetapi tiada yang mampu bersaing dengan Izwan yang sentiasa menunjukan prestasi yang konsisten. Pemain Singapura itu hanya berusia 22 tahun dan sudahpun merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012 dan kini kelihatan lebih matang dalam perlawanan dan mantap apabila menangani ancaman dari luar kotak. Izwan selesa memberi arahan kepada barisan pertahannya dan tangkas menangani ancaman dari hantaran-hantaran silang. Tambahan pula penjaga gol itu juga membuktikan kemampuan untuk memberi tendangan percuma yang tepat semasa dalam sesi latihan dan telah diberi beberapa peluang untuk mencuba nasib dalam perlawanan. Perlawanan Terbaik: Selangor 0-0 LIONSXII (April 27) Detik yang paling mencabar bagi seorang penjaga gol adalah apabila menghadapi perlawanan yang akan menentukan kedudukan pada akhir musim, terutamanya di padang lawan. Selangor dianggap sebagai musuh ketat Singapura sejak awal penubuhan liga bola sepak Malaysia dan pasukan LionsXII tidak bernasib baik kali terakhir mereka berkunjung ke Stadium Shah Alam setelah tewas 1-0 kepada PKNS. Sokongan padu pasukan tuan rumah tidak menjejas Izwan yang berjaya menghalang usaha oleh tonggak serangan Red Giants. Penjaga gol itu menolak keluar rembatan Francis Forkey Doe seawal minit ke tujuh tetapi Selangor gagal memecahkan kebuntuan walaupun telah melancarkan serangan bertubi-tubi atas gawang LionsXII dengan penguasaan kawalan bola dalam perlawanan itu. Bek Kanan: Mahalli Jasuli (Selangor) Sejak kembali ke kelab kesayangan dari skuad Harimau Muda yang diketuainya di bawah penggendalian Ong Kim Swee, persembahan Mahali meletakkannya antara pemain baru terbaik musim 2013. Gerakan 'overlapping' beliau di sayap kanan sering mencipta ruang untuk rakan sepasukan dan kebolehannya untuk mengawal bahagian kanan padang membenarkan pemain sayap S. Kunanlan dan K. Solehin untuk mara ke hadapan tanpa halangan. Pemain yang berusia 24 tahun itu juga mampu memberi hantaran-hantaran yang tepat ataupun mengambil kesempatan dari peluang yang dicipta sendiri. Perlawanan Terbaik: Selangor 4-1 Darul Takzim (Mac 9) Selangor telah membelasah pasukan paling mewah dalam Liga Super dalam pertemuan pertama mereka di Stadium Shah Alam dan Mahali merangkul penghargaan sebagai pemain terbaik. Beliau menunjukkan teknik yang menakjubkan pada minit ke 55 dengan voli dari luar kotak penalti dengan sentuhan pertama yang diselamatkan tetapi akhirnya mencatatkan gol 10 minit kemudian apabila melepasi Safiq Rahim dan Aidil Zafuan sebelum menyepak masuk gol ketiga pasukannya. CB: Kamarul Afiq (Darul Takzim) Kamarul merupakan anak Kamarul Ahmad, bekas ketua pasukan Johor United yang telah mendorong kejayaan pasukannya dalam Piala Malaysia pada 1985, dan prestasinya dalam pasukan Harimau Selatan ternyata berkaliber. Pemain yang berusia 27 tahun itu telah mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua pasukan walaupun ia telah diberikan kepada Daniel Guiza dan Safiq Rahim pada awal musim dan kehadirannya selepas berpindah dari Sime Darby sedikit sebanyak telah meletakkan kestabilan dalam pasukan Darul Takzim. Corak permainannya berdasarkan kemampuan untuk membaca rentak perlawanan dengan baik dan asakan tepat beliau sering menamatkan harapan pasukan lawan untuk melancarkan gerakan serangan. Perlawanan Terbaik: Darul Takzim 1-1 Felda United (Jun 25) Dalam perlawanan ini, Kamarul baru sahaja pulih dari kecederaan lutut tetapi Harimau Selatan masih kehilangan Safiq Rahim, Safee Sali serta Andre Francesco dan Nazri Ahmad. Kamarul terpaksa tahan kesakitannya demi kebaikan pasukan. Ketenangan beliau apabila menghadapi situasi yang mencabar meningkatkan lagi keyakinan pasukannya dan Kamarul menggunakan kehandalannya untuk membaca rentak perlawanan supaya dapat menghalang penyerang Rudie Ramli tanpa perlu bersaing dengan kepantasan penyerang Felda United itu. Beliau juga memastikan Emmanueal Mazowa tidak efektif dan walaupun Rudie bernasib baik dapat menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum masa rehat, Kamarul cuba membangkitkan pasukan dan berjuang hingga minit terakhir. Pertahanan Tengah: Safuwan Baharudin (LIONSXII) Safuwan anggap pemain veteran Baihakki Khaizan sebagai mentor tetapi beliau telah membuktikan dirinya musim ini dalam ketiadaan pemain senior itu akibat penggantungan. Pemain pertahanan yang mempunyai ketinggian 1.78 meter itu pantas membuat tindakan dan ketangkasan beliau kini dikukuhkan dengan kematangan yang serba kekurangan musim lepas. Walaupun beliau terkenal dengan kemampuan di udara, Safuwan ada kali digunakan sebagai penyerang utama dan telah menjaringkan tiga gol musim ini, dua darinya dengan bakat 'goal-poaching' beliau yang agak berbisa. Perlawanan Terbaik: LIONSXII 1-1 Darul Takzim (Jun 26) Perbezaan mata antara Harimau Selatan dan Lions sebelum perlawanan ini hanya tiga mata dan perlawanan bermula dengan corak yang agak lasak dari minit pertama apabila asakan Isa Halim mencederakan Andrezinho seketika. Shakir Hamzah menggantikan tempat Baihakki yang telah digantung dan kesilapan pemain pertahanan itu telah menghadiahkan Leonel Nunez gol selepas hanya sembilan minit. Safuwan meningkatkan permainan dan mengawal gerakan barisan pertahannya dengan arahan yang jelas dan berjaya bertahan dari gerakan serangan Darul Takzim. Malah pemain yang berusia 21 tahun itu sempat menyumbat gol tujuh minit sebelum masa tamat apabila menyepak masuk gol dari tendangan percuma Shahril Ishak. Bek Kiri: Zairul Fitree Ishak (Kelantan) Zairul Fitree adalah antara pemain pemain Red Warriors yang telah menyesuaikan diri dengan baik kepada perpindahan beberapa pemain penting mereka. Pemain 'full-back' itu meneruskan persembahannya yang konsisten musim ini tetapi telah meningkatkan permainan dengan sifat kepimpinan, satu-satunya aspek yang penting selepas perpindahan Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Taha, S Chanturu, Azlan Ismail, Afiq Azmi dan Mohammad Ghaddar. Bersama dengan ketua pasukan Badhri Radzi dan pemain senior seperti Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin dan Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitree telah tolong membimbing pasukannya untuk mengharungi musim 2013 yang agak mencabar. Perlawanan Terbaik: Kelantan 2-1 PKNS (Januari 9) Perlawanan pertama musim baru di Stadium Sultan Mohammad IV terjejas hujan lebat - situasi semakin buruk untuk pasukan tuan rumah apabila tendangan percuma Helmi Remeli membolosi gawang Khairul Fahmi selepas hanya 13 minit. Ini merupakan ujian penting bagi pasukan Red Warriors terutamanya dalam ketiadaan pemain pertahanan S. Subramaniam akibat kecederaan panjang. Obinna Nwaneri yang selalunya mantap kelihatan terkial-kial dan Zairul membangkitkan persembahannya dan membantu pemain pertahanna Nigeria itu menghadapi gerakan serangan lawan. Penyerang Liberia Patrick Wleh dikawal rapi dan beliau sering kali tukar posisi kerana ingin mengelak Zairul. Kelantan akhirnya menyamakan kedudukan tetapi keputusan seri itu tidak cukup bagi juara treble 2012 Malaysia dan pasukan Red Warriors sasar kemenangan. Zairul akhirnya meninggalkan Nik Shahrul apabila Kelantan dihadiahkan tendangan percuma di luar kotak penalti dan beliau menanduk masuk hantaran Badhri Radzi dengan senang untuk merampas tiga mata. Midfield: Isa Halim (LIONSXII) Isa telah lama dianggap sebagai tulang belakang pasukan kelab dan kebangsaannya, lebih-lebih lagi musim ini. Pemain 'defensif midfield' itu mainkan peranan penting dalam mengawal bahagian tengah padang dan adalah 'pemusnah' gerakan serangan lawan. Beliau antara tiga pemain veteran, Baihakki Khaizan dan Shahril Ishak, yang dikekalkan dalam pasukan LionsXII sejak musim lepas dan telah menjalankan tugas tanpa banyak masalah - beliau hanya mengumpul tiga kad kuning musim ini. Kepercayaan yang diletakkan ke atas Isa begitu tinggi dan beliau sering mengambil alih posisi 'sweeper' apabila pemain pertahanan Baihakki dan Safuwan mara ke dalam kotak pasukan lawan untuk menerima gerakan bola mati, malah pemain yang berusia 27 tahun itu juga pernah menjadi 'last-man' apabila penjaga gol utama Izwan Mahbud diarahkan untuk mengambil tendangan percuma diluar kotak penalti pasukan lawan. Perlawanan Terbaik: Darul Takzim 2-2 LIONSXII (Februari 19) Isa mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan sebelum ini tetapi telah pulih untuk bertemu 'Manchester City Malaysia' yang dibintangi ramai pemain berkaliber di padang sendiri. Isa telah diarahkan untuk mengawal Safiq Rahim dan pemenang pingat Piala Dunia Daniel Guiza, yang telah menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut. Pemain midfield itu cuba mempengaruhi perlawanan dengan segera melalui beberapa asakan yang lasak dan sentiasa mengejar bola apabila ia dalam 'zon' beliau. Jurulatih Harimau Selatan cuba mengatasi kawalan ketat Isa dengan mengarahkan pasukannya untuk menggunakan bahagian sayap dan Guiza, Nurul Azwan Roya dan Safiq cuba sedaya upaya untuk mengelakannya. Hasilnya, Guiza gagal mempengaruhi perlawanan seperti perlawanan yang lain. Sayap Kanan: Shahril Ishak (LIONSXII) Shahril pernah digelar sebagai pengganti Fandi Ahmad dan telah meneruskan prestasinya yang mengagumkan di Piala AFF Suzuki sebagai pemain paling berharga ke musim Liga Super Malaysia. Pemain midfield yang berusia 29 tahun itu adalah ketua pasukan yang lebih rela mengetuai pasukan dari prestasinya di padang dari memberi arahan dan telah menjaringkan lapan gol serta mencipta 11 lagi dalam 21 perlawanan sepanjang musim. Ketua pasukan Singa itu sering dikawal rapi tetapi ia bermakna rakan sepasukannya mampu mencari ruang dengan senang - Shahril juga mampu melepasi beberapa pemain pertahanan sekaligus dan telah membuktikannya dengan beberapa gol solo. Pakar gerakan bola-mati itu akhirnya mendapat kejuaraan liga pertamanya musim ini. Perlawanan Terbaik: LIONSXII 4-0 Felda United (Julai 2) Shahril merupakan antara pemain yang paling konsisten dalam kempen ini dan telah memilih perlawanan yang paling penting untuk menonjolkan kemampuannya - perlawanan di mana pasukannya mampu menjulang trofi di hadapan penyokong tuan rumah. Pemain midfield itu mula babak kedua dengan tendangan percuma yang melantun masuk dari pemain pertahanan Felda Azrul Ahmad dua minit selepas masa rehat. Sepuluh minit kemudian, ketua pasukan Singa itu mengawal hantaran silang Faris Ramli dari sayap kiri sebelum melepaskan rembatan dengan kaki kanan untuk mencatatkan gol kelapannya. Shahril kemudian menghadiahkan Fazrul Nawaz dengan gol mudah tiga minit kemudian sebelum memberi hantaran tepat dari sepakan penjuru pada minit ke 83 yang disepak masuk oleh Shahfiq Ghani. Midfield: Badhri Radzi (Kelantan) Badhri antara pemain midfield yang paling berbakat di Malaysia dan telah mendorong kejayaan Kelantan dalam dua kejuaraan Liga Super berturut-turut - termasuk pencapaian treble pada musim 2012. Perpindahan beberapa pemain penting dari Red Warriors telah menjejas tahap keyakinan pasukan tetapi pemain yang berusia 31 tahun itu tetap mengekalkan corak permainannya yang mengutamakan usaha dan fokus dalam setiap perlawanan walau apa pun cabaran yang dihadapi. Piya pakar mencari ruang untuk memberi hantaran tepat kepada rakan sepasukan dan kehandalan beliau mengawal bola membenarkannya untuk mendorong kejayaan Kelantan dalam musim yang penuh dengan rintangan ini termasuk kempen Piala AFC dan Piala FA, di mana Red Warriors mempertahankan gelaran juara. Perlawanan Terbaik: Terengganu 0-4 Kelantan (Jun 21) Kelantan tewas 2-0 dalam perlawanan sebelum ini kepada Darul Takzim dan persembahan mereka dalam Liga Super semakin merosot. Kekecewaan pemain agak jelas sebelum perlawanan derbi Pantai Timur di Terengganu tetapi Piya meningkatkan keyakinan pasukan pada minit ke 11 apabila beliau merampas bola dari midfield, menggelecek lepas dua pemain sebelum memberi bola 'lob' yang cantik dari luar kotak penalti untuk membuka tirai. Piya kemudian mempengaruhi rentak perlawanan dan tidak memberi peluang kepada Sang Penyu untuk menyerang, malah beliau mencipta tiga gol lagi dengan 'hantaran ketiga' atau third pass dari bahagian tengah padang dan membangkitkan kempen Red Warriors semula - Kelantan menang semua perlawanan yang tinggal hingga akhir musim. Sayap Kiri: Nurul Azwan Roya (Darul Takzim) Nurul Azwan Roya telah memainkan peranan penting dalam kesebelasan utama Darul Takzim dan adalah antara pemain yang sering bekerja keras dalam skuad Harimau Selatan. Pemain yang berusia 27 tahun itu telah menjaringkan enam gol dan mencipta tujuh dalam 20 perlawanan dan ketangkasannya untuk melepasi pemain pertahanan membuat beliau seorang pemain yang sukar untuk dikawal. Etika Nurul Azwan untuk bekerja keras jelas dilihat apabila beliau sering memberi sokongan kepada gerakan rakan sepasukan dengan mengejar setiap bola dalam zon beliau – tanggungjawab untuk mempertahankan zon apabila diserang jarang dilihat dalam pemain penyerang tetapi pemain midfield yang berasal dari Kelantan ini sudah biasa dengan corak permainan yang mengutamakan pasukan. Perlawanan Terbaik: Darul Takzim 3-1 PKNS (Mei 11) Kepantasan Nurul Azwan menyerlah dalam perlawanan ini apabila beliau mencipta gol pertama selepas melepasi asakan pemain lawan midfield untuk membuat hantaran yang efektif – walaupun Leonel Nunez gagal mengawal hantarannya, P. Gunalan tidak mampu elak dan bola melantun masuk gawang sendiri. Nurul meneruskan prestasi baik dan akhirnya menjaringkan gol ketiga apabila merampas bola dari tengah padang, memberi Safee Sali hantaran tepat sebelum memecut ke dalam kotak untuk menjaringkan gol ketiga pasukannya. Penyerang: Amri Yahyah (Selangor) Antara pemain yang boleh digelar 'untouchables' di Selangor, Amri telah membuat lebih 200 penampilan untuk Selangor sejak tahun 2001 dan adalah antara pemain yang paling digemari ramai. Walaupun telah bermain dalam berbagai-bagai posisi 'outfield' untuk Red Giants, Amri paling menyerlah apabila bermain sebagai 'false nine' di belakang penyerang utama – tanpa beban menjaringkan gol. Pemain yang berusia 32 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dan mencipta lima dalam 18 perlawanan musim ini dan walaupun statistik itu tidak begitu meyakinkan, kemampuan beliau untuk mempengaruhi keputusan perlawanan dengan hanya satu sentuhan amat terkenal – beliau telah membuktikannya setiap musim sepanjang masanya lebih sedekad di Selangor. Perlawanan Terbaik: Selangor 3-2 Pahang (Januari 19) Pahang telah menonjolkan gerakan serangan yang paling menarik pada awal musim ini tetapi Amri kelihatan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa beliau patut dihormati apabila menghadapinya di Stadium Shah Alam. Amri menyepak masuk gol pembukaan dengan sentuhan pertama seawal minit ketiga sebelum menunjukan penyedaran posisinya yang baik pada minit ke 20 dari gol mudah yang disajikan oleh Raimi Nor. Penyerang : Marlon Alex James (ATM) Ini adalah musim ketiga untuk kelab ketiganya dalam Liga Super Malaysia. Marlon telah merangkul kasut emas keduanya musim ini dengan 16 gol dalam 19 perlawanan tetapi pernah memenanganinya pada tahun 2007 dengan Kedah. Penyerang yang kini berusia 36 tahun itu juga telah merangkul penghargaan pemain paling bernilai pada tahun 2006 dan 2007 dan selalu bermain dengan bersemangat hingga ke wisel penamat. Perlawanan Terbaik: Kelantan 1-3 ATM (April 13) ATM tewas 2-3 dalam perlawanan sebelumnya walaupun Marlon berjaya menjaringkan dua gol dan penyerang itu mendahagakan kemenangan. Gol pembukaan Hairuddin Omar tiba apabila tiga pemain pertahanan mengawal Marlon dan ia memberi ruang kepada ketua pasukannya untuk mencuba nasib. Gol kedua dicipta Marlon dari sayap kiri dan penyerang veteran itu melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga hasil jaringan voli apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid. Pemain Gantian Penjaga Gol: Norazlan Razali (Selangor) Pertahanan: Nik Shahrul Azim (Kelantan) Pertahanan: Baihakki Khaizan (LIONSXII) Midfield: Rezal Zambery Yahya (ATM) Midfield: Ashaari Shamsuddin (Terengganu) Penyerang: Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS FC) Penyerang: Paulo Rangel (Perak) | |||
Peminat Yob desak PAFA kekal Rangel Posted: 11 Jul 2013 05:46 PM PDT Sumber: Harian Metro Ipoh: Peminat Perak mendesak Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mendapatkan khidmat ayam tambatan Seladang, Paulo Rangel bagi musim hadapan. Pengurus pasukan Khairul Azwan Harun berkata, beliau menerima banyak desakan peminat supaya memastikan penyerang keturunan Brazil yang dipinjam dari Kelab Muang Thong United, Thailand itu kekal di Ipoh. "Ramai yang mahu PAFA ambil terus Rangel dari kelab lamanya itu. Mereka berpendapat dia aset pasukan. "Begitupun ia tidak semudah dilakukan kerana dia masih milik Muang Thong United. Kita kena adakan rundingan dengan pasukan itu terlebaih dahulu," katanya. Rangel, 28 yang diambil ketika tingkap perpindahan dibuka pada April lalu menggantikan Karim Rouani pantas menjadi sanjungan peminat tempatan apabila berjaya menyumbangkan sembilan gol dalam 10 penampilan untuk Perak dalam Liga Super lalu. Malah kejayaan paling dramatik pemain itu apabila menyumbang hatrik ketika Perak menumpaskan pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim (DT) 3-0 di pusingan kedua Liga Super. Rangel tampak gembira dan selesa berada di Ipoh terutama dengan kehadiran seorang lagi pemain Brazil, Rafael Souza Silva Novais yang turut mencuri hati penyokong Seladang. "Dia mengakui seronok berada di sini dan ingin kekal bersama Perak. Ini bonus buat Perak dalam usaha mendapatkan khidmat pemain itu," kata Azwan lagi. Sementara itu, Perak menjalani latihan sebelah malam sepanjang Ramadan dalam persiapan menghadapi Piala Malaysia bermula 17 Ogos nanti. Azwan yang juga Timbalan Presiden PAFA berharap Seladang mampu meneruskan kesinambungan seperti dalam baki empat perlawanana liga lalu yng menyaksikan perak mengutip tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan tewas sekali. | |||
Posted: 11 Jul 2013 05:44 PM PDT
Shah Alam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan tarikh perlawanan antarabangsa yang diberikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan digunakan skuad negara untuk mengadakan perlawanan berstatus A dan mengingatkan sebarang keputusan yang dicatatkan mustahak. Itu komitmen Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai hala tuju skuad negara yang sering kali dilihat mengadakan pertemuan menentang kelab berbanding pasukan kebangsaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang di kalangan peminat tempatan. "Apa yang berlaku (sebelum ini) kita jadikan sebagai pengalaman. Namun saya ingin menjelaskan saya sudah mengingatkan jabatan tertentu (sekretariat FAM) supaya memulakan persiapan bagi mengisi kalendar tahun depan dengan memberikan tawaran kepada mana-mana negara terutamanya di kalangan negara Asia Tenggara dan Asia selain Afrika serta Eropah bagi menentang skuad kebangsaan. Tidak kiri siapa jurulatih atau pengurus ketika itu. "Ingin saya tegaskan kami di FAM terutamanya Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan memberi ruang kepada skuad negara untuk memenuhi kalendar FIFA dengan aksi antarabangsa. Skuad negara sebelum ini dilihat gagal memanfaatkan sepenuhnya tarikh perlawanan untuk yang diberikan FIFA sekali gus mengundang kepada kedudukan ranking yang rendah dengan tiada peningkatan ketara dapat disaksikan. Media kelmarin melaporkan Myanmar, Laos dan Kemboja menolak hasrat skuad negara untuk mengadakan aksi persahabatan sekali gus menyaksikan kelab Thailand, Chonburi FC menjadi galang ganti dan sepanjang sesi latihan pusat selama sebulan kali ini, belum ada pengumuman rasmi dilakukan FAM untuk menentang mana-mana skuad negara lain. Selain menentang dua kelab terbaik dunia, Chelsea FC dan FC Barcelona, skuad kebangsaan dijadualkan terbang ke Jepun bagi mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang kelab di negara berkenaan selepas sebelum ini mengadakan sesi latihan menentang tiga kelab Australia sehingga mencetuskan kontroversi. "Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Ranking kita di kedudukan ke-159 dengan mungkin terdapat pasukan yang ingin menentang pasukan yang lebih baik kedudukannya. Namun ia bukan persoalannya kerana kita akan terus mencuba. Untuk baki tahun ini saya melihat terdapat beberapa ruang untuk mengadakan aksi persahabatan dan usaha untuk mendapatkan pasukan akan diusahakan," katanya. |
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |