Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- 'Ada pihak ambil kesempatan'
- Tak hormat Ramadan?
- Ashraf Muslim Tarik Diri Jadi Panel Forum Pada Saat Akhir
- Isma (AF7) Tidak Gagal Jadi Pengarah Filem
- JMD, Artis Agih 4,000 Bubur Lambuk
- Pekerja butik terpedaya
- Terkencing takut kena cekup Imigresen
- Air kencing pengecas telefon bimbit
- Fasha bantu ibu di bazar
- Rahmat, nikmat Eja, Noryn
- Kalau tak laku, buat lagi - Raja Ema
- Lagu raya baharu
- Roslan Shah hos Diva De Vida
- Wanita Kelantan rugi RM31,000
- Buaya Sebelak pandai berdendam
- Mufti larang sertai ratu cantik
- Penternak AS biak 'lembu panda'
- Arca pasir semakin diminati di Malaysia
- Rawatan pelik spa
- Kubur puntianak ditemui di Poland
Posted: 20 Jul 2013 08:09 PM PDT Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu. Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun. Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury. Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir. Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29. Meskipun dikatakan kahwin lari'di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat. Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah. Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik. Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat. Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011. Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. | ||
Posted: 20 Jul 2013 08:07 PM PDT Apatah lagi perbuatan tidak sopan atau mempersendakan bulan mulia ini akan membangkitkan kemarahan umat Islam. Jika sebelum ini ada selebriti ditegur kerana sikap mereka yang menunjuk-nunjuk dalam beribadat, aktres dan penyanyi seksi Kilafairy turut terkena tempias. Pelbagai kritikan dilemparkan kepada Kilafairy setelah dia berkongsi sebuah video di Intagram dengan hanya memakai baju besar paras peha dan tidak memakai seluar. Ternyata ia menimbulkan kemarahan peminatnya seolah-olah pelakon yang terkenal dengan jolokan Angelina Jolie Malaysia itu tidak menghormati Ramadan. Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaiannya, We Are Rack bersama dengan beberapa individu mengadakan penggambaran di studio. Walaupun Kilafairy tidak membalas kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya itu, seharusnya dia patut berhati-hati ketika memuat naik sebarang video atau gambar ketika umat Islam meraikan kedatangan bulan mulia ini. | ||
Ashraf Muslim Tarik Diri Jadi Panel Forum Pada Saat Akhir Posted: 20 Jul 2013 08:06 PM PDT Keadaan itu telah membuatkan Ashraf dilihat seperti cuba untuk melarikan diri daripada pihak media bagi menjawab persoalan mengenai kontroversi dia berkahwin lagi. Menurut editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sudah dua minggu lalu Ashraf diundang sebagai salah seorang panel jemputan dan dia telah bersetuju untuk memberikan kerjasama. Namun apabila ingin mengesahkan kehadiran Ashraf pada Jumaat lalu, pelakon itu gagal dihubungi. "Pada mulanya Ashraf telah bersetuju menyertai forum yang dianjurkan. Kemudian pada Jumaat lalu ketika ingin mendapatkan pengesahannya untuk hadir ke forum ini dia langsung tidak menjawab panggilan. "Sehinggalah pada hari ini (Sabtu), kira-kira pukul 2.30 petang sebelum forum bermula, barulah dia menjawab panggilan kami dan berkata dia tidak dapat hadir kerana demam," katanya yang ditemui selepas acara forum tersebut. Selain Ashraf, moderator, Amin Idris, Sham (Kamikaze) dan Ustaz Iqbal Abdullah merupakan barisan panel forum anjuran majalah i dengan kerjasama oleh Bank Muamalat. Acara forum tersebut berlangsung pada pukul 3 petang. Pada Rabu lalu, Ashraf yang juga merupakan pengamal perubatan Islam mencetuskan kontroversi apabila dia mengaku telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Bangkok, Thailand pada 7 Julai lalu. Perkahwinan itu dibuat tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26. Dan ia telah menimbulkan kemarahan bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, yang kecewa dengan tindakan pelakon itu membohongi ahli keluarga termasuk isterinya. Beritahu Sarina, penarikan diri di saat akhir juga sudah dijangka dan pihaknya faham dengan situasi Ashraf yang mungkin belum bersedia tampil di khalayak. "Sebenarnya Ashraf seorang yang begitu komited dengan kerjanya dan tidak pernah membuat sebarang masalah. Cuma ini merupakan kali pertama dia diajak untuk bekerjasama dengan kami menerusi forum ini. "Tak sangka pula kontroversi seperti ini pula tercetus. Jadi, kami faham dengan situasinya. Meskipun dia tidak dapat hadir hari ini, tetapi kami akan tetap memanggilnya untuk penganjuran forum yang akan datang," ujarnya. Sementara itu, ketika Ashraf cuba dihubungi bagi mendapatkan penjelasannya pula, pelakon itu gagal dihubungi. Ashraf dan Noor Dayana bernikah pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Syawal di Mekah. | ||
Isma (AF7) Tidak Gagal Jadi Pengarah Filem Posted: 20 Jul 2013 08:05 PM PDT Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, 34, berkata, kegagalan filem itu untuk mendapat kutipan terbaik adalah kerana ia bersaing dengan filem Hantu Kapcai yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan Razak, Remy Ishak dan Neelofa. "Saya tak anggap saya gagal kerana ketika itu filem saya bersaing dengan filem komedi, Hantu Kapcai. Pada ketika itu genre komedi lebih mendapat sambutan berbanding filem genre lain. "Walaupun begitu, apa yang penting filem arahan pertama saya itu tidak rugi. Selepas ia disiarkan di Astro First, kutipannya sudah balik modal. Ia turut membanggakan saya," katanya kepada mStar Online. Isma berkata, walaupun ada pihak beranggapan kegagalan itu disebabkan pengalamannya yang kurang dalam dunia pengarahan tetapi pendapat tersebut sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk aktif sebagai pengarah filem pada masa depan. Malah kata ibu kepada lima orang anak berusia antara 5 hingga 13 tahun ini, kritikan adalah sesuatu yang baik untuknya memperbaiki kelemahan dirinya. "Saya terima segala kritikan tetapi ia bukan bererti saya akan berhenti untuk menjadi pengarah. Malah saya juga akan aktif dalam kerja-kerja penerbitan filem pada masa akan datang," katanya. Tambah dia lagi, sebab lain kegagalan Sofazr The Movie apabila filem itu dibikin dengan peruntukan yang rendah membuatkan banyak perkara yang ingin disampaikan dalam karya itu menjadi terbatas. Dalam perkembangan lain menurut Isma, bersama syarikat produksi Nusanbakti Corporation, pihaknya bercadang untuk menghasilkan tiga buah filem lagi pada masa terdekat. Malah karya terbaharu selepas Sofazr The Movie iaitu filem Hello juga telah siap dihasilkan dan sedang menanti untuk menemui penonton pada tahun ini. "Menerusi filem Hello saya bertindak sebagai penerbit sementara A.R Badul menjadi pengarahnya. Saya juga menaruh keyakinan filem romantik komedi ini akan mendapat sambutan walaupun sudah dua tahun tertangguh," katanya. Hello membariskan pelakon seperti Fizo Omar, Dayana (Anak Wayang), Nas Adila AF7, Herman Tino serta peserta Raja Lawak antaranya Along Cham, Angah dan Taukey. Dalam pada itu bercerita aktivitinya pada bulan Ramadan, Isma bersama Kumpulan Asli Seri Mawar dan Linda (Eva) mengadakan persembahan bagi menghiburkan orang ramai berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada setiap malam. Dia juga turut teruja pabila single terbaharunya iaitu Pak Pong 2013 yang dihasilkan dengan kolaborasi Saifuil Apek dan Altimet itu semakin mendapat sambutan pendengar. | ||
JMD, Artis Agih 4,000 Bubur Lambuk Posted: 20 Jul 2013 08:05 PM PDT Agihan itu dilakukan di Jalan Putra, di sini baru-baru ini bagi membolehkan mereka yang tidak dapat berbuka puasa akibat terkandas kerana kesesakan lalu lintas dapat menikmati juadah yang disediakan. Pengarah Urusan JMD Sdn Bhd. Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali berkata, ia merupakan aktiviti kali ketiga syarikat itu selepas diperkenalkan pada tahun 2011 melibatkan artis-artis tempatan. "Agihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya ini adalah salah satu aktiviti yang kami lakukan bagi membolehkan mereka yang berpuasa dan terkandas di jalan raya tidak terburu-buru untuk pulang ke rumah kerana juadah telah disediakan kepada mereka untuk berbuka," katanya kepada mStstar Online. Menerusi aktiviti kali ini pihaknya turut mendapat kerjasama dari Hotel Seri Pasific. Bank Rakyat dan pihak berkuasa tempatan. Malah lebih menarik lagi golongan yang kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim dari Persatuan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Kampung Medan, Selangor turut diraikan. Sementara itu Pengurus besar Seri Pasific Kuala Lumpur, Halim Merican berkata, aktiviti yang dikenali sebagai 'Pautan Ramadan 2013' ini turut memperlihatkan kesungguhan sukarelawan yang terdiri daripada penaja dan artis melakukan kerjasama memasak serta membungkus bubur lambuk. Katanya, mungkin ada pihak yang beranggapan golongan artis enggan terlibat dalam aktiviti seumpama itu tetapi dengan adanya acara amal sedemikian, ia dapat menepis tanggapan tersebut. "Alhamdulillah... aktiviti seperti ini benar-benar memberi ketenangan kepada saya kerana berpeluang menyediakan jadah kepada mereka yang berpuasa selain memperlihatkan kepada orang ramai, artis juga tidak segan untuk melakukan aktiviti-aktiviti amal seperti ini," ujarnya. | ||
Posted: 20 Jul 2013 07:59 PM PDT Sinar Harian difahamkan, penjenayah berkenaan terdiri daripada sepasang suami isteri berusia lingkungan awal 40-an bersama anak perempuan berusia sekitar 15 dan 3 tahun. Bapa pemilik butik, Bahari Latib, 57, berkata, dalam kejadian sekitar 8.30 malam kelmarin, anaknya, Issharina Bahari, 31, mengalami kerugian hampir RM2,000 apabila wang tunai berjumlah RM500 dan sebuah Ipad hilang. Menurutnya, ketika kejadian, butik yang baru sebulan beroperasi itu dijaga oleh seorang pekerja dan dia didatangi penjenayah berkenaan yang pada mulanya mahu membeli skarf rambut berharga sekitar RM5. "Ketika penjenayah itu hendak keluar, si suami sempat membelek kasut kanak-kanak dan menyatakan mahu membeli kasut itu tetapi hendak dicuba dahulu oleh anaknya yang ketika itu sudah menunggu di dalam kereta bersama isterinya. "Pekerja kedai kemudiannya pergi ke kereta mereka jenis Kia berwarna hitam yang diparkir di lot bersebelahan kedai dan selepas dicuba, mereka tidak jadi membeli kasut berkenaan," katanya. Bahari berkata, apabila pekerja kembali semula ke kedai, lelaki berkenaan bersama anak perempuannya bergegas meninggalkan kedai. "Pekerja hanya menyedari kecurian berlaku sebaik duduk di kaunter dan mendapati Ipadnya hilang sebelum segera memeriksa duit yang disimpan dalam sampul surat di dalam laci. "Berikutan kejadian itu, pekerja berkenaan menghubungi anak saya bagi memaklumkan insiden yang berlaku sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson," katanya. Sinar Harian pada 10 Julai lalu ada melaporkan kejadian hampir sama yang berlaku di sebuah kedai runcit di Gemencheh. Difahamkan, empat insiden sama yang berlaku di Kuala Pilah, Gemas, Gemencheh dan Taman Indah, Tampin sepanjang tahun lalu juga pernah dilaporkan oleh akhbar ini. | ||
Terkencing takut kena cekup Imigresen Posted: 20 Jul 2013 07:57 PM PDT Melihat kelibat pasukan penguatkuasa menghampiri penempatan mereka, ada yang terus berlari meninggalkan tempat tidur dengan hanya memakai kain palikat dan ada yang cuba menyorok di dalam cerun bukit serta di sebalik semak. Namun usaha meloloskan diri gagal apabila pergerakan mereka melarikan diri ke arah bukit bersebelahan penempatan haram itu sudah diperhatikan anggota pengguatkuasa. Tiga warga asing termasuk seorang wanita yang ditahan ketika bersembunyi dalam kawasan semak termasuk seorang didapati terkencing dalam seluar kerana ketakutan. Mereka antara 47 warga asing yang ditahan dalam pemeriksaan yang dijalankan bermula jam 12.20 tengah malam hingga 1.20 pagi. Daripada jumlah itu, lapan yang ditahan itu adalah perempuan warga Indonesia, 24 lelaki warga Indonesia dan 15 lelaki Bangladesh. Operasi yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Basri Othman sebelum itu turut menyerbu sebuah lagi kawasan penempatan haram warga asing di Jalan Persiaran Kelicap di Bayan Lepas. Dalam serbuan pertama yang dilakukan kira-kira jam 11.30 malam hingga 12.15 tengah malam itu, berjaya menahan 28 orang termasuk tiga lelaki Bangladesh, 10 lelaki dan tiga perempuan Myanmar, sembilan lelaki dan tiga perempuan Indonesia. Basri berkata, serbuan dilakukan selepas itu hasil risikan pihaknya mendapati dua lokasi berkenaan menjadi tumpuan warga asing. Menurutnya, kebanyakan yang ditahan terdiri daripada buruh binaan, pekerja pembersihan, pembantu kedai dan peniaga. "Kawasan penempatan ini sengaja dibina di kawasan agak terselindung di kawasan berbukit. Mungkin bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. "Namun taktik mereka untuk mengaburi mata pihak berkuasa gagal," katanya. Basri berkata, kesemua yang ditahan itu didapati melakukan kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan, salah guna permit dan tinggal melebihi tempoh ditetapkan. | ||
Air kencing pengecas telefon bimbit Posted: 20 Jul 2013 07:55 PM PDT Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia. "Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal," katanya kepada MailOnline. Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat. | ||
Posted: 20 Jul 2013 07:51 PM PDT Menerusi Instagramnya, Fasha berkata, ibunya memasak sendiri semua juadah yang dijual. Laksa merupakan juadah utama selain beberapa hidangan istimewa yang lain. Berdasarkan gambar yang dimuat naik, ternyata Fasha tidak kekok menguruskan bazar itu. Lebih menyentuh perasaan, anak kecilnya itu turut digendong bersama. | ||
Posted: 20 Jul 2013 07:49 PM PDT
TAWA dua jelitawan, Eja Saifuddin dan Noryn Aziz tidak berhenti-henti berderai. Ada sahaja perihal yang menggeletek hati mereka. Sesekali mereka mengangguk, menyambung bicara dan kemudian sama-sama menekup mulut untuk menahan gelak ketawa. Anak mata dua wanita berstatus isteri itu bersinar-sinar sebelum mereka menyambung lagi ceritera lampau yang terlebih cukup untuk membuatkan mereka ketawa dan ketawa lagi. Isi perbualan mereka, ternyata tidak lain dan tidak bukan adalah tentang gelagat diri sendiri yang sudah ditinggalkan dalam diari kenangan. Lega dan bahagia dengan apa yang sedang dinikmati ketika ini, sama ada Eja ataupun Noryn, kedua-dua wanita itu berada di dalam zon matang. Mereka boleh bercakap apa sahaja tanpa perlu berselindung. Jika ada yang tidak mahu diperincikan mungkin kerana gusar akan mengundang salah faham, maka diusulkan mereka dengan sepenuh hemah. Sebelum masuk jauh ke dalam bab karier, rugi jika atmosfera Ramadan yang menebal ini tidak disentuh. Bukan dalam fasa untuk mengira detik hari raya atau keterujaan membuat persiapan sambutan Aidilfitri yang kian memanggil selepas Ramadan memasuki hari ke-12, Eja, 41, dan Noryn, 37, mempunyai tafsiran yang tersendiri. "Pada usia yang lebih matang begini, pengertian puasa itu lebih mendalam. Dahulu, kita puasa kerana sejak kecil kita dididik untuk berpuasa. Sebagai orang Islam, kita wajib berpuasa. Puasa juga jadi macam satu budaya. Dahulu, buat sebab disuruh. Sekarang selepas kita sendiri membaca, masuk kelas dan belajar agama sikit-sikit, penghayatan Ramadan itu tidak hanya berpuasa. "Ia lebih kepada proses mencari keredaan dan hidayah. Kalaulah semua fadilat Ramadan itu diketahui dan dihayati, saya pasti kita semua mahukan Ramadan bukan hanya sebulan tapi setahun," ungkap pemilik nama Siti Shahrizah itu kedengaran sayu. Mengurangkan aktiviti seni kecuali undangan berbuka dan usaha sama bersama Cosry yang mengeluarkan tudung untuk Ramadan dan Aidilfitri, Eja mengaku dia banyak menerima hadiah berupa tudung, sejadah termasuklah hadiah tafsir al-Quran daripada seorang kenalan. "Itu semua rezeki yang sangat disyukuri. Ada masanya, saya akan menyelak lembaran tafsir al-Quran yang dihadiahkan seorang kenalan. Itu merupakan hadiah yang sangat bernilai buat saya, padahal selama ini saya pernah dapat berjilid-jilid tafsir al-Quran, tetapi disebabkan leka dan sibuk dengan benda-benda lain, sudahnya ia tersimpan di rak buku sahaja. Sesekali terdetik juga pertanyaan dalam diri sendiri, adakah Ramadan ini yang terakhir buat saya, tapi itu cuma peringatan untuk diri. Memang kali ini lain benar rasanya," jelas Duta Cosry Skin Therapy itu yang menjalani Ramadan pertama setelah berhijab pada Mei lalu. Berbicara lagi tentang penghijrahan yang dilaluinya, ibu kepada Nur Eishal, 4, itu menganggap pengalaman yang dilalui sewaktu berdepan serangan artritis atau radang sendi pada hujung tahun 2012 sangat meninggalkan impak ke atas dirinya. "Dulu, saya leka dan ambil mudah tentang banyak perkara. Asyik sibuk dengan kerja. Tapi, peristiwa yang berlaku pada Hari Raya Haji lalu sangat mengejutkan. Tuhan boleh tarik nikmat hidup dalam sekelip mata sahaja. Bangun pagi dengan rasa sakit yang amat sangat. Hal itu membuat saya terfikir tentang banyak benda," ujarnya mendalam sambil tidak habis mengucapkan rasa syukur. Ketika tidak banyak berlakon selepas penggambaran dan penyiaran drama bersiri Balqis di RTM, hari raya nanti Eja bakal muncul dengan sebuah drama berjudul Dari Ibu di TV3. Menemukan Eja dengan Noryn, gandingan dua wanita daripada dua lapangan seni berbeza itu ternyata suatu kelainan yang cukup mendamaikan. Lama atau baru berhijab, mereka bercakap atas nada yang sama cuma berbeza rasa. "Saya jenis yang berhijrah sikit demi sedikit. Balik daripada menunaikan haji pada tahun 2010, saya mula jaga pakaian kemudian berturban. Puas lilit turban dan kadang-kadang timbul rasa malu kepada Allah, satu hari, sekitar tahun 2011, saya ambil kata putus mahu bertudung penuh. "Dugaannya memang banyak, masa itulah macam-macam tawaran penajaan datang, dapat untuk produk syampu dan gula-gula pun ada. Ada juga yang minta saya buka tudung hanya untuk penggambaran., tapi, alhamdulillah," katanya yang gembira semakin ramai artis wanita yang berhijab namun mereka masih aktif dalam seni. Sentuhan Noryn Berbicara tentang Ramadan, Noryn juga seperti Eja. Selama ini ibadah puasa ditunaikan kerana itu kewajipan namun, kedewasaan menjadikan pengertian Ramadan tambah bermakna buat mereka. "Kadang-kadang bulan puasa ini rasanya macam raya. Tak tahu kenapa tetapi perasaan itu datang. Sebelum ini puasa kerana wajib tapi sekarang lebih kepada reda Allah. Baca al-Quran dan baca kisah-kisah nabi jadi amalan setidak-tidaknya sekali sehari. Kalau tiada keuzuran, saya mahu bertarawih penuh seperti tahun-tahun terdahulu. "Betullah kata orang bahawa bulan Ramadan itu bulan yang dinanti-nantikan. Syukurlah saya masih bernyawa untuk menunaikan ibadat ini," jelas Noryn yang mengambil berkat Ramadan untuk mempromosikan dua single terbaharunya. Tidak menyifatkan kelahiran Tinta Putih dan Mutiara sebagai cameback setelah dua tahun agak perlahan dalam aktiviti nyanyian, Noryn sebaliknya mengambil pendekatan menzahirkan lagu-lagu kerohanian sebagai satu daripada proses mengimbangi karier seni dengan imejnya itu sejak tiga tahun lalu. "Tahun 2010 saya muncul dengan album yang 100 peratus berirama jaz tapi album itu tidak sampai kepada semua peringkat khalayak, ia lebih dekat kepada peminat lagu-lagu jaz sahaja. "Memang dalam tempoh itu saya hanya kurang muncul tapi masih mendapat undangan korporat. Saya juga tidak pernah buat single. Dulu setiap kali buat lagu, muzik dan susunannya mesti nak bombastik sebab minat kecenderungan saya tapi, kali ini berlainan sekali. Dua buah lagu itu lebih fokus kepada melodi. Ramai yang bertanya kenapa tidak buat lagu rentak jaz. Bukannya senang mahu menyentuh hati khalayak dengan lagu-lagu," ulas Noryn ekoran kelainan genre muziknya yang kini beralih ke arah islamik. "Banyak elemen teknikal, kawalan vokal serta melodi dan lirik yang disederhanakan. Kalau selama ini mahu menimbulkan kekaguman para peminat tapi sekarang setidak-tidaknya lagu saya itu dapat menyentuh hati pendengar dengan melodi dan liriknya, itu sudah mencukupi," tambah Noryn lagi yang mahu meninggalkan imej seperti yang dilihat pada hari ini jika suatu hari nanti dia pergi jauh dari dunia seni. Kelahiran lagu berbentuk kerohanian hasil kolaborasi Manusia Putih dan Budi Hekayat itu pada mulanya membuatkan Noryn kerisauan. "Saya bimbang khalayak melihat saya tidak tetap pendirian muzik. Tetapi, rasanya tidak semua sedar tentang penghijrahan saya. Setidak-tidaknya jika suatu hari nanti saya meninggalkan dunia seni, saya juga telah meninggalkan sesuatu yang berguna untuk diri dan peminat. Saya mahu imej ini yang dikenang orang," tambahnya sambil menyifatkan nyanyian lagu kerohanian bersulam pop itu lebih sukar berbanding irama jaz yang cukup sebati dengan dirinya. | ||
Kalau tak laku, buat lagi - Raja Ema Posted: 20 Jul 2013 07:48 PM PDT PENYANYI ini masih menaruhkan wajah manis yang hampir serupa ditatap pada tahun 1980-an di kaca televisyen dan media cetak. Bezanya hanya pada usia dan statusnya kini. Seperti dahulu, Raja Ema, 45, masih manis, comel dan manja - ciri-ciri sama yang menjadikannya seorang selebriti remaja yang digilai ramai. Awal mengecapi kehidupan popular dan dijulang naik ekoran kejayaan filem-filem seperti Sayang, Mawar Merah dan Antara Dua Hati, hidupnya kemudian mengalami perubahan yang seakan-akan tidak dapat diteka. Berkahwin, cerai, berkahwin semula dan kembali menyandang status janda, Raja Ema akur dengan jalan kehidupan dan melihat semuanya itu mempunyai hikmah. Umum tahu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal namun terkandas di tengah jalan. "Saya percaya apa yang berlaku sekarang ialah rahmat daripada Allah. Dua tahun sebelum ini, pelbagai dugaan datang dalam hidup saya. Orang yang saya paling rapat iaitu bapa kesayangan saya meninggal dunia dan pada waktu yang sama berpisah dengan suami. Keadaan itu turut mempengaruhi anak-anak saya, Putera Ammar, 19, dan Putera Al Kashah, 17. "Hidup ini memang kena banyak berkorban, orang mungkin tidak faham masalah kita. Jika lebih pada emak dan tak dengar kata suami, jatuh hukum derhaka. Kerana itu saya sebaik mungkin cuba mendiamkan diri. Pada saya, itu ialah jalan terbaik agar tidak jatuh hukum dan menyalahkan mana-mana pihak," katanya. Kini atas tiang kesabarannya yang ditegakkannya dalam kehidupan, Raja Ema kembali dengan sebuah album kompilasi. Dia juga turut sibuk di lokasi penggambaran drama namun cuba menolak kalau perlu berada di luar kota. Menggemari watak antagonis, Raja Ema bakal muncul dalam telefilem berjudul Jangan Biarkan Aku dan Kalau Dah Perempuan yang akan bersiaran di saluran RTM. TERKEJUT DENGAN SAMBUTAN Ekoran peningkatan usia dan kematangan kedua-dua puteranya, Raja Ema merasakan ada masa terluang untuk dirinya kembali aktif dalam bidang seni. Ia bermula dengan sesi fotografi bersama sebuah majalah yang memberikan impak yang kuat buat dirinya. Telefonnya berdering-dering, tawaran bergambar dan berlakon semula lebat diterima Raja Ema. "Dulu memang ada niat untuk berlakon balik tapi niat yang suam-suam kuku. Saya tak sangka bila usai fotografi yang saya jalani, ia menjadi panas. Banyak panggilan telefon daripada penerbit dan itulah mulanya saya kembali ke persada seni," ketawanya manja persis seperti anak dara. Anak-anaknya menjadi pemerhati kemunculan semula Raja Ema ke dunia seni. Tawa Raja Ema lagi, dia terkejut mendapat tahu bahawa dia masih mempunyai peminat yang ramai dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya. KELUARGA SENI "Ahli keluarga saya memang keluarga seni. Mereka pandai bermain muzik dan boleh menyanyi. Malah keluarga Kasma Booty yang banyak mencipta dan menerbitkan lagu juga ialah saudara saya. Sekarang muncul pula Nik Nizam. Asalnya projek ini memang untuk suka-suka. Ibaratnya sesi 'jamming' ahli keluarga. Tidak sangka pula ia menjadi besar seperti sekarang dengan diputarkan di radio dan dimuatkan dalam album kompilasi Pertemuan Seribu Kenangan," katanya. BAJU ROPOL-ROPOL Ketawa Raja Ema apabila menyentuh tentang baju ropol-ropol yang masih dipakainya pada zaman sekarang. Muncul dalam beberapa program dengan baju ala ropol, Raja Ema mengaku anak-anaknya tidak kisah malah menggemari imejnya. "Bayangkan penampilan saya dengan baju ropol-ropol pun mereka yang tentukan. Saya sebagai ibu ikutkan saja pilihan anak. Apa yang cantik bagi mereka, cantik juga bagi saya. Saya memang dari dulu suka fesyen ropol-ropol," ketawanya lagi tidak berhenti. BENANGKAN WAJAH, ANGKAT LENGAN Raja Ema tidak pandai berahsia bab kecantikan. Ditanya sepatah, dijawabnya dengan jujur tanpa berselindung sedikitpun. Memotong rambutnya pendek dan menampakkan susuk lebih muda, Raja Ema juga memberitahu bahawa dia tidak pernah melakukan rawatan muka. "Apabila memasuki peringkat umur seperti saya, kulit kita, lebih-lebih lagi pada bahagian muka sudah tidak tegang seperti pada zaman muda dahulu. Kulit mula jatuh, jadi saya fikir tidak salah sekiranya saya membuat rawatan menegangkan kulit muka," akuinya yang mengaku menjalani rawatan tersebut di sebuah pusat yang sama dia mengambil suntikan vitamin C dan produk untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh. "Hanya sekadar rawatan menegang kulit. Tiada sebarang pembedahan. Kaedah rawatannya hanya pada kedua-dua bahagian pipi dan terdapat benang yang menaikkan semula wajah saya dan diikat di bahagian tepi dahi," dedahnya. Dia juga mengaku berani menjalani kaedah rawatan tersebut kerana rasa sakit yang dialaminya tidak lama. MASUK STUDIO SEMULA "Saya tertanya-tanya juga kalau boleh nyanyi lagi ke? Syukurlah, sebab suara saya semakin matang dan ada perubahan. Anak-anak juga suka," katanya yang sudah lama tidak masuk ke studio rakaman. Bercerita tentang suasana studio yang sudah lama tidak dijejaki, nyata dia memiliki perubahan suasana yang dapat dirasakannya. "Dulu agak seksa untuk merakamkan lagu. Sebutan kena jelas dan dulu lagu panjang-panjang. Berbeza dengan sekarang, tempoh lagunya pendek," katanya. KOMBINASI RJ DAN NIK Lagu Warna Hatiku menjadi pilihan Raja Ema sebagai buah tangan baharunya. Mendepankan dua wajah baharu dalam kolaborasi kerjanya, penyanyi yang berumur 45 tahun ini memilih Nik Nizam sebagai komposer manakala RJ sebagai teman duetnya. "Nik saja-saja cakap mahu buat lagu untuk saya. Waktu itu memang untuk saja-saja dan tidak letak harapan pun. Kemudian apabila sudah selesai masuk studio, rupanya Nik bawa bertemu Mok di Warner," jelasnya ketawa lagi. Tidak mahu lari daripada imej 1980-an yang pernah dibawanya, Nik ternyata memahami kehendak Raja Ema namun, dia memberikan idea untuk berkerjasama dengan seorang penyanyi rap agar memasuki alam semasa. "Saya memilih RJ selepas melihat persembahan RJ di YouTube dan saya rasa suara dia sesuai dengan saya," katanya. Lirik lagu Warna Hatiku ditulis oleh isteri Nik berdasarkan kehidupan Raja Ema sementara RJ menulis lirik bagi bahagian rap. "Lirik rap ini adalah penghargaan saya untuk Raja Ema berdasarkan lagu-lagu lamanya. Ia dikarang berdasarkan perjalanan hidupnya," terang RJ yang mula terkenal sewaktu menyanyi bersama Black. MINAT LAGU BERUNSUR TARIAN "Saya memang meminati lagu-lagu yang berunsurkan tarian seperti hip hop, rap dan dance. Apa yang saya lakukan untuk comeback ini adalah juga sebuah eksperimentasi. Kalaulah kata tak laku, buat lagi lagu kerana saya tidak malu kalau lagu saya tidak menjadi," ketawanya kuat. JAGA PENAMPILAN "Saya memang menjaga makan dan bersenam di rumah," butir itu keluar daripada mulut aktres comel ini. Mengaku pernah gemuk selepas melahirkan anak, kini dia semakin menjaga penampilan dirinya agar kelihatan segar dan sesuai dengan usianya. | ||
Posted: 20 Jul 2013 07:46 PM PDT LARUT dalam kebiasaan, lagu-lagu raya lama dan malar segar masih dimainkan di radio dan skrin televisyen untuk menggambarkan kemeriahan bulan Syawal. Namun, bagi memeriahkan suasana hari raya dan industri itu sendiri, tidak terkecuali anak-anak muda yang mendukung generasi seni tempatan melakarkan rasa raya mereka ke dalam lagu. Kedua-dua 'grup' ini muncul dengan lagu baharu untuk memeriahkan suasana perayaan selain dapat mengeratkan hubungan sesama teman selebriti. The Noisy Project Lagu: Sama-sama Raikannya Lagu raya ini mengingatkan kita kepada lagu Warna-Warni Aidilfitri. Bukan kerana melodi atau iramanya tetapi berkaitan dengan kolaborasi beramai-ramai artis tempatan dalam menyanyikan lagu raya yang baharu. Lagu dengan tajuk Sama-sama Raikannya ini dinyanyikan bersama oleh Dina Nadzir, Harris Aliff, Datuk Aznil Nawawi, Nabil, Soo Wincci, Ezlynn, Farhan, Bob AF, Fazley Zainal dan Mimi ONE. Lagu sempena Syawal ini ditulis bersama oleh Dina Nadzir dan Franciss Cobb. Malah, ia merupakan runut pertama tulisan Dina yang memuatkan elemen keutuhan ke dalam lagu ini. "Saya kenal Franciss lapan tahun yang lalu. Sebenarnya lagu ini sudah saya siapkan sebelum saya menjadi penyampai radio Era tetapi waktu itu saya nyanyikan bersama arwah Izwan Pilus, Farah Asyikin, Bob dan ramai lagi," cerita Dina. "Setelah saya bertugas sebagai penyampai radio, lagu itu mengalami masalah untuk dilancarkan kerana saya turut terlibat dengan lagu raya Era. Malahan arwah Izwan juga sudah tiada dan Farah Asyikin juga sudah tidak menyanyi. Hanya pada tahun ini lagu ini dinyanyikan semula oleh artis yang berbeza," jelas Dina tentang lagu perdana tulisannya. Dalam kesyukuran Dina menjelaskan bahawa dia tidak menyangka bahawa nama-nama besar serta segar akan bersatu menyanyikan lagu nukilannya bersama Franciss. "Terkejut sangat sebab dulu dinyanyikan rakan-rakan sebaya dan sama taraf dengan saya. Tetapi, kini dinyanyikan oleh pelbagai artis. Lagu ini akan dimainkan di radio bermula pada minggu depan," jelas Dina.
Rakan penyanyi Selama enam tahun dalam industri, buat kali pertamanya, Nabil menyanyikan lagu raya. Dalam kemeriahannya menantikan raya bersama puteri hatinya dan isteri, dia juga teruja menjadi sebahagian daripada pasukan nyanyian The Noisy Bunch tersebut. "Saya sebelum ini kurang berminat untuk menyanyikan lagu raya tetapi apabila saya dengar bahawa Aznil terlibat dalam projek ini, maka saya bersetuju. Saya mengisi nyanyian rap dalam lagu Sama-Sama Raikannya ini," ujarnya yang teruja kerana dapat berkolaborasi dengan nama-nama besar. Aznil juga terlibat dengan kolaborasi lagu raya ini pada saat-saat akhir. Mengenang kembali penglibatan Aznil bersama The Noisy Bunch, sebelum ini kerjasama itu pernah terjalin dalam filem animasi Kampung Boy dan kini berlarutan ke dalam lagu. "Lagu Sama-Sama Raikannya ini menangkap. Ia juga tidak susah untuk dinyanyikan atau menyeksakan kerana ia dinyanyikan beramai-ramai. Kiranya saya seperti buat penampilan khas," ujar Aznil yang kini sibuk dengan rancangan televisyen dan penjualan keknya yang dinamakan kekwat. Ezlynn yang pernah bekerjasama dengan Aznil dalam filem animasi Kampung Boy itu merupakan penyanyi kedua yang mengisi vokal buat lagu ini. "Saya suka lagu ini kerana ia ada semua elemen. Ia berlainan dan ada stail. Awalnya saya yakin dipanggil untuk menyanyikan bahagian rap, rupa-rupanya itu untuk Nabil," tambah Ezlynn yang pernah terlibat dengan nyanyian lagu raya beramai-ramai. Abstrak Hingga ke Bulan Lagu: Indahnya Hari Raya Selain bakal muncul dengan album kedua yang akan menemui peminat selepas Syawal kelak, grup Abstrak Hingga Ke Bulan melepaskan dahulu produk raya yang dinyanyikan bersama Zahid AF2 ke udara. Lagu ini merupakan sebuah kolaborasi antara grup yang dibentuk pada tahun 2006 bersama penyanyi baharu mereka, Deeba dan disatukan dengan Zahid AF2. "Sebenarnya, lagu raya ini sudah lama saya buat. Asalnya, saya menyanyikan lagu ini bersama Maizawati (bekas isteri Akhil Hay) namun, ia tidak dapat dilancarkan. Jadi, Abstrak Hingga Ke Bulan mengambil keputusan menyanyikan bersama Zahid," ujar Zarul. "Lagu ini berentak pop rock dan tidak sedih. Uniknya, lagu ini berawal dengan takbir raya," ujar Deeba yang sudah dua tahun bersama grup ini dan merupakan vokalis terbaharu. Selain sibuk mempromosikan lagu raya pada bulan Syawal, grup ini juga semakin teruja dengan album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. "Album kedua kami ini bakal berisi 13 buah lagu. Selain lagu baharu, kami turut menyanyikan semula lagu Hingga Akhir Nanti (Allyecats)," ujar Zarul yang menegaskan bahawa grup ini masih berempat. "Tahun lepas, kami jual single kami dan sebanyak 300 unit sudah terjual. Ini memberikan keyakinan kepada kami untuk keluar dengan album. Kami masukkan 13 buah lagu kerana semua ini untuk para peminat," ujar Zarul lagi. | ||
Posted: 20 Jul 2013 07:45 PM PDT
BUAT pertama kali sejak 12 tahun berada dalam dunia seni hiburan, lelaki yang mempunyai pelbagai bakat, Roslan Shah berpeluang muncul sebagai pengacara televisyen di bawah produksi AFS Pictures Sdn. Bhd. milik Boy Iman. Dia yang tampil mengacarakan program terbaru iaitu Diva De Vida berharap, dapat memberi fokus sepenuhnya sebagai pengacara. Menurutnya, sudah tiba masanya untuk dia menunjukkan bakat dalam bidang pengacaraan, bakat yang sememang dimiliki selebriti itu sejak dari dulu lagi. "Saya mengaku, banyak produksi yang tidak nampak bakat saya dalam bidang pengacaraan, dan saya berharap, masyarakat di sekeliling terutamanya para peminat saya, dapat menerima penampilan baharu saya ini secara terbuka. Saya sememangnya berhasrat untuk menjadi seorang pengacara hebat, lincah dan dapat menghiburkan semua peminat pada suatu hari nanti," katanya. Bercakap mengenai program yang bakal dihoskannya itu, Roslan menjelaskan, program tersebut akan bersiaran pada setiap Isnin selama 30 minit bermula pada 26 Ogos ini. Selama 13 episod bersiaran, program tersebut akan membawakan segmen bicara molek, rawat cantik dan chewah pamoga. Program itu bukan sahaja berkongsi tip tip kecantikan untuk golongan wanita, malah golongan lelaki juga dapat memperoleh sedikit sebanyak manfaat. Sambutan hari raya Bercerita mengenai persiapan hari raya, dia akan menyambut Aidilfitri di Singapura. Menurutnya, kesederhanaan dalam kemeriahan sambutan adalah yang terbaik, memandangkan ibunya sedang sakit sekarang. Harapannya, dia dapat menyambut hari lebaran itu nanti bersama ibunya yang tercinta. Bertanyakan menu yang wajib ada semasa hari raya nanti, dia akan memastikan kuih-muih seperti makmur, tart, dan baulu ada semasa pagi lebaran. Ujarnya, selain kuih-muih, masakan lain yang perlu ada juga adalah seperti ketupat, rendang dan kari daging. "Semua menu ini akan disediakan oleh ibu saya sendiri. Masakan air tangan ibu adalah yang paling sedap berbanding masakan orang lain," kata Roslan. Ditanya mengenai kemeriahan sambutan hari raya di dua negara berbeza iaitu Singapura dan Malaysia., Roslan berkata, dia lebih merasai kemeriahan Aidilfitri di Malaysia berbanding di Singapura. "Walaupun dilarang bermain mercun dan bunga api, kedua-duanya boleh bawa kemeriahan raya. Tapi, janganlah pula main mercun buatan sendiri," katanya lagi. | ||
Posted: 20 Jul 2013 07:42 PM PDT KOTA BHARU - Ramadan kali ini meninggalkan pengalaman pahit buat seorang wanita apabila kerugian lebih RM31,000 selepas dompet duit yang mengandungi pelbagai barangan berharga disyaki dicuri dua wanita berpurdah di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati di sini kelmarin. Mek Nab Saad, 51, berkata, kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku ketika dia sedang berjalan-jalan sebelum menyedari dompet duit yang diletakkan di dalam beg tangan hilang ketika hendak membayar baju yang dibeli di situ. "Sebelum kejadian, saya nampak dua wanita memakai jubah yang lengkap berpurdah berjalan di kawasan sama namun kelibat mereka hilang sebaik sahaja saya menyedari dompet duit saya lesap," kata wanita itu ketika ditemui di rumahnya di Jalan Berek 12 di sini semalam. Dakwa Mek Nab, dia percaya dompet duitnya itu dicuri oleh dua wanita terbabit yang disedarinya sudah mengekorinya dari stesen bas sehingga ke kawasan Medan Ilmu. "Ketika saya singgah di kedai pakaian dan leka membelek baju, dua wanita berpurdah itu masih berada di belakang saya. | ||
Buaya Sebelak pandai berdendam Posted: 20 Jul 2013 07:39 PM PDT SARATOK – Seorang nelayan nyaris menjadi korban buaya apabila diserang reptilia tersebut yang sepanjang lima meter ketika menangkap udang di Sungai Sebelak berhampiran Plunga Hilir, Roban di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Anuar Sulaiman, 39, dari Kampung Melayu Roban cedera parah apabila pergelangan kaki kirinya hampir putus dibaham haiwan ganas itu. Lebih mengejutkan, tempat mangsa diserang itu adalah lokasi sama yang meragut nyawa bapanya, Sulaiman Abdullah, 68, yang maut dibaham buaya pada tahun 2011. Isteri mangsa, Lili Abd. Rahman, 37, berkata, semasa kejadian, suaminya dan abang iparnya, Endoi, 42, sedang bersiap-siap untuk pulang selepas selesai menangkap udang di kawasan itu. Katanya, nasib malang mereka bermula apabila enjin bot tidak dapat dihidupkan. "Ketika suami saya membaiki enjin bot, seekor buaya tiba-tiba menyambar kaki kirinya dan cuba menarik badannya ke dalam sungai. "Suami saya bergelut kira-kira lima minit dengan menendang kepala buaya tersebut sebelum abangnya datang membantu menarik badannya," kata Lili ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Menurut Lili, Endoi mengambil sebatang buluh lalu memukul buaya tersebut menyebabkan reptilia itu melepaskan gigitannya dan terus menghilangkan diri. "Mujur suami saya selamat dalam kejadian ini. Buaya tersebut seolah-olah berdendam dengan keluarga kami selepas kejadian sama yang meragut nyawa bapa mentua saya (Sulaiman) kira-kira dua tahun lalu," katanya. | ||
Mufti larang sertai ratu cantik Posted: 20 Jul 2013 07:39 PM PDT
KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu hukumnya haram dan berdosa. Beliau berkata, fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993. "Justeru pihak penguat kuasa diminta melaksanakan undang-undang seperti mana yang diwartakan itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam. Wan Zahidi mengulas berhubung laporan sebuah akhbar kelmarin bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan. Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temu duga tertutup di ibu negara pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini. | ||
Penternak AS biak 'lembu panda' Posted: 20 Jul 2013 07:36 PM PDT COVINGTON - Sejak tujuh tahun lalu, seorang penternak lembu kerdil di Amerika Syarikat (AS), John Bartheld berharap dapat membiak lembu yang menyerupai seekor panda. Dia berjaya melakukannya pada 28 Jun lalu dengan kelahiran "lembu panda" yang dinamakan Peanut. Dari pelbagai sudut, Peanut yang berbulu hitam di sekeliling mata dan corak putih pada muka dan badannya kelihatan seperti beruang panda dari China. Haiwan itu tidak pernah berenggang jauh dari ibunya, Midget. "Saya berasa agak ganjil kerana saya tidak pernah memelihara lembu seperti ini," katanya. Bartheld memelihara sembilan ekor lembu dengan empat ekor didaftarkan sebagai lembu kerdil di sini, dalam negeri Washington. Seekor lembu kerdil perlu berada di bawah ketinggian 1 meter pada usia tiga tahun. Lembu panda pula perlu memiliki tanda-tanda seekor beruang seperti corak putih pada bahagian perutnya. | ||
Arca pasir semakin diminati di Malaysia Posted: 20 Jul 2013 07:32 PM PDT
MEMBUAT istana pasir pastinya menjadi aktiviti yang amat dinanti-nanti oleh kanak-kanak apabila mereka bermain di pantai. Istana itu dibina dengan menggunakan peralatan seperti pisau, perata tanah, pen, berus dan straw minuman. Sekali pandang, aktiviti itu sangat senang untuk dilakukan. Namun, membina sebuah istana pasir tidaklah semudah yang disangkakan kebanyakan orang. Kuantiti air dan pasir merupakan faktor utama dalam pembinaan istana pasir. Jika tersilap percaturan, ia pasti tidak menjadi. Hobi membina istana pasir hakikatnya mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia. Berbagai-bagai pertandingan membina arca pasir diadakan. Tahun lalu, Kejohanan Arca Pasir Nasional 2012 yang diadakan di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan mendapat sambutan menggalakkan. September ini, syarikat Xtreme Out Bound (XOB) sekali lagi akan menganjurkan sukan yang jarang dilihat oleh orang ramai di negara ini itu, kata pemilik XOB, Zuraidah Md. Hashim. "Idea untuk mengetengahkan pertandingan membuat arca pasir ini tercetus ketika melihat seorang rakan menyenaraikan maklumat jenis sukan yang sudah terkenal di negara seperti India, Amerika Syarikat (AS), Singapura, Australia dan United Kingdom. "Saya juga pernah mempelajari mata pelajaran lukisan kejuruteraan untuk menjadi arkitek di Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban pada tahun 1992 tetapi, apabila diminta membuat (mereka bentuk) bangunan, saya takut walaupun saya sememangnya amat meminati bidang seni bina. "Apabila ada rakan yang memberi maklumat mengenai aktiviti ini, saya mula membuat sedikit kajian mengenainya dan mendapati sukan ini sebenarnya amat menyeronokkan tetapi tidak pernah dianjurkan di Malaysia. "Malaysia mempunyai pantai yang cantik, sayangnya tiada aktiviti dilakukan bagi menarik orang ramai berkunjung ke pantai pada hari-hari biasa melainkan pada hujung minggu dan cuti umum. "Di AS, sukan itu akan berlangsung selama dua atau tiga hari di kawasan pantai dan para peserta akan meninggalkan hasil rekaan mereka untuk tontonan umum. "Ada juga yang sanggup membeli sebidang tanah di pantai yang dikhaskan bagi membina arca pasir untuk tatapan khalayak," kata Zuraidah. Pasir sungai Wanita itu berkata, kepuasan yang tidak terhingga akan diperoleh apabila seseorang itu dapat menyiapkan sesebuah arca pasir. "Apabila berbicara mengenai seni arca pasir, ramai yang tidak dapat membayangkan bagaimana aktiviti ini dilakukan tetapi apabila diberitahu ia seperti membina istana pasir, ramai pula yang mengetahuinya. "Sebenarnya mereka tidak didedahkan dengan seni arca pasir yang sebenar. Ada pula yang tidak menyangka ia boleh dijadikan sebagai kerjaya," jelasnya. Zuraidah memberitahu, sebanyak 12 tan pasir diperlukan bagi membentuk sebuah arca setinggi tiga meter. Ujarnya, air laut kurang sesuai untuk dicampurkan dengan pasir bagi menghasilkan arca tetapi disebabkan kekangan dan mahu mengekalkan penggunaan bahan semula jadi sedia ada, ia terpaksa digunakan. "Sebanyak 568 liter air diperlukan untuk menghasilkan sebuah arca pasir. Pemilihan lokasi di Pantai Saujana, Port Dickson dibuat atas faktor pasir pantainya sudah matang dan tidak terlalu halus atau kasar. "Kami dapati pasir pantai di kawasan lain terlalu lembut dan menyukarkan peserta untuk membina arca pasir masing-masing. "Peserta perlu membuat arca pasir dengan ketinggian minimum tiga meter. Sebenarnya, pasir sungai lebih tahan lama," tambahnya. Zuraidah memberitahu, apa yang menarik mengenai aktiviti itu ialah ia dapat memberi motivasi kepada seseorang. "Bukan semua orang boleh bina istana pasir. Jadi apabila peserta berjaya melakukannya, ia sekali gus menyuntik keyakinan dalam diri mereka. "Sukan ini juga amat mencabar dan memerlukan ketekunan untuk menyiapkan rekaan yang dirancang. "Ada juga peserta yang sudah berputus asa walaupun baru pertama kali mencuba khususnya apabila arca yang dibina tiba-tiba runtuh disebabkan kesilapan mengadun kuantiti pasir dan air," katanya. Kuantiti air Mengulas lanjut, Zuraidah menjelaskan, peserta akan diberi latihan teori dan praktikal sebelum mereka menghasilkan arca pasir. "Kami akan mengadakan bengkel untuk mengajar peserta cara membuat arca pasir menggunakan teknik yang betul. "Mereka akan diajar mengenai teori, rekaan, teknik acuan dan latihan praktikal (rekaan tiga dimensi) sebelum mereka pergi ke pantai untuk menghasilkan arca tersebut," tambahnya. Zuraidah memberitahu, acuan untuk arca yang bakal dibina itu perlu dilakukan terlebih dahulu. Selepas itu, pasir dimampatkan ke dalam acuan tersebut. "Pada peringkat itu, kami sudah boleh menentukan berapa banyak air yang akan digunakan. Para peserta pula perlu bijak menggabungkan air dengan kuantiti pasir supaya binaan itu tidak runtuh. "Kekurangan air menyebabkan risiko untuk binaan pasir itu runtuh amat tinggi berbanding jika air digunakan dalam kuantiti yang banyak," beritahunya yang mempelajari seni arca pasir menerusi internet daripada pakar-pakar bidang tersebut di AS. Zuraidah menjelaskan bahawa kuantiti air yang banyak dapat mengukuhkan binaan walaupun kerja melorek mengikut rekaan yang diinginkan agak sukar dilakukan. "Peserta turut diajar cara untuk membuat lorekan pada pasir dan mereka disarankan menghasilkan arca yang mempunyai maksud tersirat. "Masa minimum yang diperuntukkan ialah selama empat jam," katanya yang menjadikan artis seni arca pasir dari Singapura yang juga jurulatih XOB, Jooheng Tan sebagai idolanya. Semakin lama masa yang diambil, ukiran pasir itu akan menjadi lebih cantik, jelasnya. "Daya kreativiti peserta dapat dilihat menerusi binaan arca yang tidak roboh dan tahan lama," tambah Zuraidah. Menurutnya, ketika menghasilkan arca pasir, pengarca tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Sebaliknya, kata Zuraidah, mereka harus bertenang dan sentiasa memastikan arca berada dalam keadaan baik serta berkualiti. "Kualiti yang ditonjolkan dalam binaan arca pasir ini dapat dilihat menerusi tema yang ditetapkan misalnya watak kartun, anggota badan manusia dan logo," ceritanya. Asah minda Sementara itu, pelajar jurusan seni bina di Politeknik Port Dickson, Mohamad Azam Mohamad Subri, 22, memberitahu, dia berjinak-jinak dalam seni arca pasir bagi mengisi masa lapang. "Saya mula didedahkan kepada aktiviti ini tahun lalu. Membina arca menjadi mudah sekiranya kita mengikut teknik yang betul. "Rekaan yang dihasilkan juga perlulah mencerminkan idea sendiri bagi menjamin ketulenan rekaan itu. "Pada kebiasaannya, saya akan menggambarkan rekaan yang ingin dibuat terlebih dahulu sebelum melakarkannya di atas kertas mengikut tema yang dikehendaki," ujarnya yang menghasilkan rekaan berbentuk ketam dalam kejohanan arca pasir tahun lalu. Seorang lagi pemuda yang meminati bidang itu, Muhammad Yahaya, 21, berkata, penglibatannya dalam aktiviti arca pasir bermula secara tidak sengaja. "Pada mulanya saya hanya mahu membantu seorang rakan yang menyertai kejohanan arca pasir itu. Bermula dari situ, saya meminatinya kerana ia merupakan aktiviti baharu yang tidak ramai orang melakukannya. "Saya seronok untuk mendalaminya dengan lebih jauh lagi," tambahnya. Muhamad Dinie Azri Nor Azman, 21, pula berpendapat penganjuran kejohanan berkaitan seni arca pasir memberi peluang kepadanya untuk meneroka salah satu daripada cabang seni bina yang dipelajarinya. "Selain dapat mengasah minda peserta untuk membuat rekaan, ia juga secara tidak langsung mengeratkan silaturahim sesama mereka. "Kita dapat melihat karakter para peserta semasa menghasilkan ukiran pasir. Ada yang tertekan, marah dan kecewa apabila melihat rekaan yang dibina runtuh disebabkan kesilapan teknik yang digunakan," jelasnya. | ||
Posted: 20 Jul 2013 07:31 PM PDT SIPUT telah lama dikenali sebagai haiwan perosak yang boleh menjejaskan hasil tanaman. Namun, di sebalik reputasi haiwan itu, siput sebenarnya boleh menjadi rakan baik apabila bercakap mengenai antipenuaan. Di Jepun, satu penemuan baharu yang melibatkan beberapa ekor siput hidup diletakkan di muka telah menjadi kaedah untuk rawatan kecantikan. Lendir siput itu dikatakan membantu menaikkan seri wajah. Ia membantu kulit mengekalkan kelembapan, melegakan keradangan dan menyingkirkan sel kulit mati. Ketika menjalani rawatan selama 60 minit yang ditawarkan di sebuah salun di Tokyo, muka para pelanggan wanita dibersihkan terlebih dahulu sebelum beberapa ekor siput diletakkan di pipi serta dahi mereka. Haiwan-haiwan itu kemudian bergerak ke bahagian lain muka pelanggan. Rawatan itu ditawarkan pada harga AS$110 (RM351.28) menerusi pakej rawatan kecantikan. Sesi menggunakan siput itu melibatkan tempoh sehingga lima minit. "Lendir siput boleh membantu sel-sel kulit menjalani pemulihan di muka. "Justeru, kita mengharapkan siput ini dapat membantu menyembuhkan kulit yang rosak. "Kami juga berminat dengan fakta bahawa siput mempunyai fungsi yang boleh membantu menyembuhkan kulit yang rosak disebabkan oleh sinaran ultraungu," kata pengurus jualan di salun tersebut, Yoko Miniami. Bekalan siput-siput tersebut diperoleh daripada penternak haiwan tersebut di Jepun. Pihak salun itu membeli haiwan tersebut daripada penternak siput organik. Para kakitangan salun itu juga memastikan siput tersebut dibersihkan terlebih dahulu dan berada dalam keadaan sihat sebelum diletakkan di atas muka pelanggan. Seorang pelanggan yang hanya dikenali sebagai Sayaka Ito berkata, dia berasa seperti bersantai semasa menjalani rawatan kecantikan itu. "Anda boleh berasa siput-siput itu bergerak di muka. "Muka saya kemudian terasa lembap," katanya yang juga menyatakan dia hampir tertidur semasa menjalani rawatan tersebut. Rawatan telur ikan Rawatan muka menggunakan telur ikan pula merupakan salah satu rawatan kulit yang popular sekali gus dapat memudakan dan memberikan nutrisi kepada kulit. Rawatan tersebut dapat menyerap sehingga ke bahagian dalam kulit. Mineral yang terkandung di dalam telur ikan itu dapat menembusi kulit dan hasilnya tidak hanya membuat kulit menjadi lebih mulus, ia juga dapat menghaluskan, meremajakan, melembapkan serta mencerahkan kulit. Muka pelanggan akan dibersihkan dengan pembersih susu dan sabun sebelum telur ikan itu diletakkan. Rawatan itu melibatkan masa selama satu jam. Di Israel pula, ular-ular di sebuah spa di Talmei Elazar mempunyai fungsi lain iaitu mengurut manusia. Ular-ular yang tidak berbisa akan bergerak-gerak di seluruh tubuh dan muka pelanggan. Reptilia itu sangat bagus untuk meredakan sakit kepala. Bayaran untuk rawatan itu ialah AS$250 (RM798.37). Pelanggan boleh melalui pengalaman bersentuhan fizikal dengan ular kerana ia boleh melegakan tekanan. Saiz ular bergantung kepada jenis urutan kerana ia memainkan fungsi tersendiri untuk mengurangkan ketegangan otot. Terdapat enam ekor ular yang tidak berbisa digunakan untuk mengurut badan manusia. Dalam pada itu, di Itali, kaedah terapi spa yang menggunakan jerami untuk 'membungkus' badan telah wujud sejak tahun 1903. Jerami itu dipercayai boleh menarik keluar racun, merangsang metabolisme dan menguatkan sistem kekebalan tubuh. Jerami itu dituai dari padang rumput Alpe di Siusi, Itali pada waktu pagi. Bayaran yang dikenakan untuk rawatan itu ialah AS$42 (RM134.12). | ||
Kubur puntianak ditemui di Poland Posted: 20 Jul 2013 07:30 PM PDT DI sekitar Nusantara, hantu wanita berambut panjang mengurai sambil berpakaian serba putih dikenali sebagai puntianak. Cerita yang berlegar-legar di Malaysia dan Indonesia itu mendakwa puntianak sebagai jelmaan hantu wanita yang mati ketika hamil. Puntianak yang berkuku panjang itu dikatakan muncul pada waktu malam. Terdapat kisah yang mendakwa hantu yang gemar menghisap darah manusia itu akan berada di celah-celah pokok pisang pada waktu siang sebagai tempat tinggalnya. Namun, bagi masyarakat Barat, puntianak atau dikenali sebagai vampire dikatakan jelmaan seorang lelaki atau wanita. Ia turut menghisap darah sebagai makanan. Kisah puntianak turut difilemkan di Amerika Syarikat menerusi empat siri filem Twilight yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Kali terakhir filem itu disiarkan adalah pada tahun lalu. Kisah fantasi percintaan puntianak itu diadaptasi daripada novel karya Stephenie Meyer. Pada minggu lalu pula, media Barat melaporkan sekumpulan ahli arkeologi mendakwa mereka menemui sebuah kubur di tepi jalan raya di tapak pembinaan di Gliwice, Poland. Sebanyak empat rangka manusia ditemui dalam kubur itu. Anehnya semua empat tengkorak ditemui berada di celah tulang kaki. Spekulasi kemudian tersebar luas bahawa rangka yang ditemui itu ialah puntianak kerana tengkorak tersebut diletakkan di celah kaki. "Amat sukar untuk menyatakan bila pengebumian itu dilakukan," kata seorang ahli arkeologi, Dr. Jacek Pierzak kepada akhbar Dziennik Zachodni baru-baru ini. Masyarakat Barat pada zaman pertengahan percaya dengan amalan memancung kepala si mangsa yang dipercayai puntianak dan meletakkannya di celah kaki sebelum dikebumikan. Tujuan cara pengebumian itu dilakukan adalah untuk mengelakkan si mati hidup kembali. Para pengkaji sejarah menganggarkan bahawa pemilik tulang tersebut mati pada sekitar abad ke-16. Kisah itu merancakkan lagi kajian tentang kepercayaan mengenai kewujudan puntianak di Barat. Sebelum ini, ahli-ahli arkeologi di Bulgaria juga menemui dua rangka manusia di sebuah lubang dekat sebuah biara di bandar Sozopol pada tahun lalu. Batang besi ditemui pada tulang dada rangka tersebut, sekali gus menunjukkan ia mungkin mayat puntianak. Masyarakat pada zaman pertengahan Eropah percaya, jika batang besi ditusuk di dada, mayat si mangsa tidak akan bangkit semula untuk menjadi puntianak. Kedua-dua rangka manusia itu dianggarkan berusia 800 tahun. Menurut Ketua Muzium Bulgaria, Bozidhar Dimitroz, kira-kira 100 mayat 'puntianak' telah ditemui di sekitar negara itu dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Ramai penduduk kampung di beberapa kawasan pedalaman Eropah Timur masih percaya dengan cerita puntianak. Mereka akan membawa bawang putih bersama lambang salib bagi mengelakkan diserang hantu jahat tersebut. Pakar-pakar arkeologi turut menemui kira-kira 3,000 kubur misteri di Republik Czech apabila setiap mayat ditindih dengan batu. Para pengkaji percaya bahawa masyarakat dahulu amat bimbang jika mayat akan bangkit dari kubur dan menyerang mereka. Puntianak dikatakan akan menunggu di jalan-jalan bagi menghisap darah manusia dan haiwan untuk terus hidup. Pada tahun 2006, satu rangka wanita pada abad ke-16 ditemui di Pulau Lazzaretto Nuovo, Itali. Terdapat seketul batu diletakkan di dalam mulut si mangsa yang merupakan kepercayaan masyarakat pertengahan Eropah bagi mengelakkannya bangkit menjadi puntianak. Pada tahun lalu, sebahagian penduduk di kampung Zarozje, Serbia membawa bawang putih bagi mengelak mereka diserang puntianak. Terdapat juga cerita popular di Scotland yang berlaku pada abad ke-12 mengenai seorang paderi yang telah mati tetapi bangkit dari kubur untuk menghisap darah. Paderi di Melrose itu bangkit menjadi puntianak kerana semasa hidupnya, dia terlibat dengan perbuatan maksiat. Beberapa penduduk tempatan ketika itu mendakwa menemui kelibat paderi tersebut di sekitar sebuah biara beberapa hari selepas dia dikebumikan. Dalam pada itu, seorang pengamal perubatan Islam dan pendakwah bebas, Datuk Shamsuri Shafei menjelaskan bahawa penemuan-penemuan di Barat itu tidak boleh menjadi bukti tentang kewujudan puntianak. "Tidak boleh sewenang-wenangnya menyatakan bahawa rangka-rangka mayat itu merupakan puntianak. "Penduduk zaman dahulu membuat andaian tentang puntianak kerana ketakutan mereka dengan cerita-cerita (hantu) yang berlegar ketika itu. "Namun, kita juga tidak boleh menolak tentang upacara-upacara pemujaan yang dibuat masyarakat Barat kerana dipercayai bahawa amalan perbomohan dalam kalangan masyarakat Nusantara turut dipengaruhi budaya Barat sejak zaman lampau," katanya. Shamsuri memberitahu, kisah gangguan puntianak masih lagi ditakuti penduduk di sebahagian kawasan di Indonesia sehingga mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak diserang hantu itu. "Cerita-cerita mengenai puntianak yang merupakan jelmaan daripada amalan pemujaan terhadap mayat wanita hamil tujuh hingga lapan bulan yang mati dibunuh pada suatu ketika dahulu telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat (di Indonesia). "Ada juga dalam kalangan masyarakat di pedalaman Pulau Jawa yang akan mengunci pintu pada waktu malam kerana khuatir diganggu puntianak," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |