Rabu, 24 Julai 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Awi enggan dilabel kasanova

Posted: 22 Jul 2013 08:03 PM PDT


AWI RAFAEL kini mahu lebih fokus terhadap karier nyanyiannya.


NAMA Awi Rafael tidak pernah sunyi daripada kontroversi sejak mula dikenali ramai. Terbaharu, isu putus cintanya dengan pelakon Hanez Suraya, 28, menjadi perhatian.
Bagaimanapun tidak lama selepas isu putus cinta itu terpampang di media, Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 27, dikaitkan dengan beberapa artis wanita termasuk penyanyi Shila Amzah yang merupakan kenalan lamanya.
Awi yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Royal Bintang, Damansara baru-baru ini memohon maaf kepada mereka yang turut terkena tempias kerana kontroversi putus cintanya.
"Kami berdua putus cinta atas persetujuan bersama, tidak ada kena mengena dengan orang ketiga. Saya minta maaf kepada mereka yang terkena tempias gara-gara saya putus cinta," ujarnya.
Tegas Awi, dia tidak mahu kerana kisah putus cinta dan gosip dia bercinta dengan artis lain membuatkannya dilabel sebagai lelaki kasanova atau playboy.
"Biarlah orang nak kata apapun tentang saya, tetapi saya tidak mahu imej playboy itu melekat pada saya kerana hakikatnya saya bukan begitu," katanya serius.
Luah Awi lagi, dia sedar dia popular dan semakin dikenali ramai kerana kisah cintanya dengan Hanez, selain lagunya yang sering diputarkan di radio. Bagaimanapun, dia bukan sengaja mahu meraih publisiti dengan cerita cinta.
"Saya tidak salahkan sesiapa yang membesarkan isu cinta kami berdua kerana saya faham kerja media. Saya mencari rezeki dengan isu cinta tetapi saya tidak cari publisiti menggunakan cara ini, sebaliknya ia berlaku tanpa sengaja.
"Kalau boleh saya mahu dikenali kerana lagu-lagu saya, yang lain hanyalah tambahan sahaja," ujarnya.
TINGGAL KENANGAN... Walaupun sudah putus cinta dengan Hanez Suraya, hubungan mereka kekal sebagai sahabat.


Berkembang
Bercerita tentang kontroversinya yang tidak berkesudahan, Awi meluahkan rasa syukurnya kerana dia masih diminati dan kerjayanya semakin berkembang.
"Jika difikirkan balik, sejak saya jadi artis, banyak betul kontroversi. Selepas isu senikata lagu, keluar gambar saya bersama Hanez, isu tatu dan sekarang putus cinta.
"Kalau perkara yang sama terkena pada orang lain, mungkin kerjaya sebagai artis sudah berkubur tetapi saya tidak. Memang saya ada kontroversi, tetapi pada masa yang sama lagu-lagu saya diterima dengan baik.
"Saya agak bertuah kerana sentiasa disokong peminat, mungkin penerimaan pendengar terhadap lagu saya yang menyelamatkan kerjaya saya buat masa ini," luahnya jujur.
Mengakui sejak putus cinta dengan kekasihnya selama setahun itu kehidupannya bertambah sunyi. Namun, sudah tiada jodoh antara mereka, Awi pasrah kerana itu merupakan keputusan terbaik buat mereka berdua.
"Sejak kami berpisah saya belum pernah bersemuka dengannya. Memanglah rasa sunyi tetapi kehidupan harus diteruskan. Sekarang masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya dan sebelum putus kami jarang dapat berjumpa kerana jadual kerja yang padat," katanya.
Disoal mengapa sebelum ini Awi lebih banyak mengambil sikap mendiamkan diri berbanding Hanez yang bersuara terlebih dahulu tentang keretakan hubungan mereka, ini jawapan Awi.
"Sebagai lelaki saya rasa lebih baik mendiamkan diri daripada bercerita dan saya juga harus menghormati Hanez kerana dia wanita yang pernah hadir dalam hidup saya.
"Tidak adil untuknya jika saya bercakap terlebih dahulu tentang keretakan hubungan kami kerana keputusan itu diambil secara bersama. Saya perlukan masa yang sesuai, jadi selepas Hanez mengeluarkan kenyataan barulah saya berbuat demikian.
"Walaupun begitu, kami tidak bermasam muka kerana kami masih baik sebagai kawan dan tidak ada sebarang masalah jika terserempak dalam mana-mana majlis hiburan."

AWI kerap berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia dalam usaha memasarkan karier seni suaranya.


Ditebak mungkinkah hatinya telah dicuri mana-mana wanita, Awi hanya menggeleng dan memberitahu fokusnya hanya pada kerjaya muziknya sahaja.
"Memang sekarang saya tidak ada sesiapa tetapi jodoh kita tidak boleh ramal. Namun setakat hari ini, saya tidak mahu terlibat dalam sebarang hubungan cinta dengan sesiapa kerana saya tidak mahu memberi harapan kepada wanita itu.
"Fokus saya hanyalah kerjaya, itulah kehidupan saya sekarang. Jika saya bercinta, saya bimbang saya hanya akan melukai hati orang lain. Soal berkahwin juga saya belum fikir lagi kerana saya harus stabilkan diri dan ekonomi terlebih dahulu," tuturnya jujur.
Tembusi pasaran Indonesia
Jadual harian Awi semakin padat. Selain sibuk dengan persembahan pentas di Malaysia dan negara kelahirannya Singapura, Awi juga sibuk berulang-alik ke Jakarta, Indonesia.
Bukan hatinya sudah tertambat di sana, sebaliknya, Awi kini sibuk dengan persiapan untuk menembusi pasaran muzik negara seberang dengan karya muziknya.
"Memang sibuk, sebulan saya akan berada di tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sekarang saya kerap terbang ke Jakarta kerana berjumpa dengan pengurusan di sana untuk melebarkan lagi kerjaya saya.
"Bagi saya, untuk masuk ke pasaran Indonesia, kita harus jadi seperti mereka. Bukan mudah, selain pertuturan, gaya lagu juga harus sesuai dengan jiwa orang Indonesia," balasnya.
Bagaimanapun, tidak sukar buat Awi kerana bapanya sendiri merupakan orang Indonesia yang kini menetap d Bali. Selain mempunyai keluarga, Awi juga mempunyai ramai rakan di republik itu.
"Jika di sini saya telah dikenali tetapi di Indonesia saya merupakan artis baharu, jadi banyak kerja dan persiapan yang harus dilakukan. Sekarang baru di peringkat perbincangan, doa-doakan semuanya berjalan lancar buat saya di sana," pintanya.

Bapa Larang Tasha Shilla Bawa Watak Wanita Jahat

Posted: 22 Jul 2013 08:02 PM PDT

Tasha hanya menerima watak jahat dan antagonis yang mempu memberi kesedaran kepada penonton.
KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla mengakui terpaksa menolak watak-watak antagonis yang boleh menjejaskan maruah keluarga atas permintaan bapanya.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia hanya menerima watak jahat dan antagonis yang mempu memberi kesedaran kepada penonton.
"Bapa saya tidak benarkan saya bawa watak perempuan jahat seperti pelacur dan kaki disko yang mana tiada pengajaran yang ingin ditonjolkan kepada penonton.
"Saya juga tidak mahu penonton sendiri terpengaruh atau berasa bangga berperangai seperti itu, tapi jika jalan cerita tersebut ada pengajaran diakhirnya itu tidak mengapa," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambahnya, dia kini lebih memilih dalam menerima sebarang tawaran drama atau telefilem yang bakal dilakonkan.
"Ya, sebelum menerima mana-mana watak saya lihat dulu skrip dan kekuatan cerita tersebut, bagaimanapun saya tidak memilih watak utama atau tidak sebaliknya kesan kepada penonton," katanya.
Kata Tasha, dia bersyukur hampir tiga tahun dalam industri, dia telah diberi kepercayaan membawa pelbagai watak.
"Alhamdulillah setakat ini stesen televisyen memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak yang pelbagai.
"Semua watak-watak yang mencabar tahap lakonan saya dan sedikit sebanyak memberi peluang syaa belajar lebih banyak lagi," katanya.
Bercerita tentang drama Lebaran Kasih, Tasha berkata, cabaran utama ialah ketika babak yang terpaksa mengeluarkan air mata.
"Penggambaran pada bulan puasa tiada masalah bagi saya, cuma adegan keluar air mata agak susah kerana kurang air dalam badan.
"Kalau hari biasa saya banyak minum air bagi menambah air dalam badan, jadi senang untuk keluarkan air mata," katanya.
Tasha membawakan watak sebagai adik kepada pelakon Salina Saibi pulang ke kampung kerana menghidapi penyakit kanser.
Bagaimanapun, kakaknya tidak menyenangi kepulangan adiknya itu yang pada awalnya telah berkahwin dengan bekas kekasih kakaknya.
Drama arahan Suhaimi Lua ini akan ditayangkan pada Hari Raya pertama di TV3.

Tembikai kembar siam

Posted: 22 Jul 2013 07:56 PM PDT


Tembikai kembar siam
Mohamad (kanan) bersama Penghulu Mukim Bunohan, Mohamad Yaakob menunjukkan tembikai kembar siam yang berbuah di ladang kontraknya di Kampung Kok Durian.
TUMPAT – Seorang petani terkejut apabila pokok tembikai tanpa biji yang ditanam mengeluarkan buah kembar siam seberat 7.2 kilogram di ladang kontraknya di Kampung Kok Durian, di sini.

Mohamad Ibrahim, 48, berkata, dia menanam tembikai itu pada Mei lalu di atas tanah seluas dua hektar yang dulunya adalah tanah terbiar, diusahakan bersama empat petani.

"Ini kali pertama dalam hidup saya melihat tembikai kembar siam, ia sungguh pelik dan mengejutkan petani lain," katanya.

Menurutnya, kewujudan buah tembikai kembar Siam itu disedarinya ketika memetik ratusan buah tembikai yang baru masak di ladangnya, kelmarin.

"Pada mulanya saya sangka buah itu berdekatan antara satu sama lain, tetapi apabila ditarik, rupanya ia melekat," katanya.

Mohamad berkata, pada musim pendebungaan lagi, dia sudah menyedari kehadiran benih tembikai kembar ini tetapi tidak menyangka ia hidup subur.

"Adalah dua tiga bunga tembikai ini kembar, tetapi hanya satu hidup subur," katanya.

Menurutnya, sejak tembikai kembar siam ini dijumpai dan dipamer di bangsal tembikainya, ia menjadi tarikan orang ramai.

"Kehadiran tembikai siam ini memberi rezeki kepada saya, sejak penduduk kecoh mengetahui adanya tembikai siam di sini, ramai yang datang melihatnya, sekali gus menjadikan jualan tembikai yang lain laris," katanya.

Menurutnya, dia tidak bercadang untuk menjual tembikai tersebut kerana ia sesuatu yang unik untuk dijadikan kenangan, namun bimbang ia tidak tahan lama.

"Suatu hari pasti tembikai ini akan busuk dan akan hilang identitinya sebagai tembikai kembar siam," katanya.

Ainan Tasneem kemalangan

Posted: 22 Jul 2013 07:50 PM PDT


Ainan Tasneem
Ainan Tasneem
Ainan Tasneem Kemalangan
Keadaan kereta yang dinaiki oleh Ainan Tasneem.
PENYANYI yang terkenal menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui Lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.

Dipetik menerusi laman Facebooknya, Ainan Tasneem berkata, sewaktu kemalangan berlaku, beliau dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

"Kejadian semalam di lebuh raya NPE. 21 Julai kira-kira 2.30 pm. We were on our way to Bandar Tasik Selatan (kami tengah menuju ke Bandar Tasik Selatan). Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kami nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.

"Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar,  tayar kereta juga terkeluar dari tempat tayar , jadi besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah itu sahaja.

"Tapi, Alhamdulillah. Nothing happen to me and my best friend (tiada apa yang berlaku dalam diri saya dan kawan baik saya). Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat hentakan yang terlalu kuat," katanya.

Mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut, Ainan bagaimanapun bersyukur apabila tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

"Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas. Dan kepada orang di luar sana, berhati-hati semasa memandu (To people out there, please.. Drive safely). Sayangi nyawa anda. Saya trauma kejap.

"Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Terima kasih Allah kerana masih bagi peluang untuk hidup," ujarnya.

Ketua dakwa ahli Syiah cecah sejuta

Posted: 22 Jul 2013 07:48 PM PDT


Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

"Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

"Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

"Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

"Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya," katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.

Geng Ad Sungai Seluang tumpas

Posted: 22 Jul 2013 07:44 PM PDT


Geng Ad Sungai Seluang tumpas
Inspektor Nor Faizal Mohamad (kiri) menahan dua dari tiga ahli Kumpulan Geng Ad Sungai Seluang.
LUNAS, Kulim - Enam remaja berusia 16 hingga 18 tahun dipercayai ahli Geng Ad Sungai Seluang berjaya diberkas polis bagi membantu siasatan beberapa kes kecurian motosikal yang berlaku di Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dalam kejadian 19 Julai lalu, dua remaja berjaya ditahan setelah melarikan diri apabila terserempak dengan anggota polis kira-kira jam 4.30 pagi di Taman Jati ketika sedang membuat rondaan pencegahan jenayah.

Menurutnya, setelah siasatan dijalankan, suspek bersedia bekerjasama dengan polis untuk menunjukkan kawasan di mana rangka motosikal dicuri serta dibuang dan rumah ahli kumpulan lain.

"Setelah membuat pemantauan, polis membuat serbuan di Kampung Sungai Seluang Atas dan menahan seorang remaja berusia 18 tahun dipercayai ketua kumpulan dan perancang Geng Ad Sungai Seluang kira-kira jam 4.20 petang kelmarin.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut sebelum membuat serbuan kedua kira-kira jam 6.15 petang di Taman Aman. Ketika serbuan dibuat, polis terlihat sekumpulan tujuh remaja duduk di tepi padang bersama beberapa motosikal. Dari maklumat suspek yang membuat pengecaman, seorang suspek berada dalam kumpulan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pihaknya menahan seorang dari suspek dan dibawa balik ke IPD untuk siasatan dan operasi dihentikan dan bermula semula kira-kira jam 4 pagi semalam dan berjaya menahan dua lagi ahli kumpulan itu di rumah mereka di Kampung Seluang Atas.

"Dengan tertangkapnya kesemua ahli kumpulan itu, polis percaya dapat menyelesaikan lebih enam kes kecurian motosikal yang berlaku di Kulim. Semua ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal," katanya.

Ghuzlan berkata, pihaknya menasihatkan kepada semua suspek terlibat kegiatan mencuri motosikal untuk menghentikan perlakuan jenayah mereka kerana sehingga kini polis sudah mengenal pasti beberapa lokasi suspek berada.

"Jangan sampai suspek terlibat berhari raya di penjara atau lokap. Polis akan membuat operasi dan pemeriksaan di rumah dan tempat kerja suspek terlibat. Operasi ini akan berterusan dan tangkapan terhadap suspek akan dijalankan.

"Mencuri motosikal merupakan satu jenayah yang boleh mengakibatkan suspek berakhir dengan hukuman penjara," katanya.

Tam (Spider) Gesa Prism Beri Penjelasan Agihan Royalti Ahli

Posted: 22 Jul 2013 07:42 PM PDT

Tam menyokong beberapa ahli daripada Prism yang mempersoalkan cara royalti dibayar kepada ahli.
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Spider iaitu Tam bersetuju dengan tindakan beberapa ahli Performers and Artistes' Rights (M) Sdn Bhd (Prism) yang mempersoalkan cara penentuan royalti diagihkan kepada ahli yang dilihat boleh dipersoalkan.
Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 40, berkata, perkara tersebut telah lama menjadi tanda tanya kebanyakan ahli yang berdaftar dengan Prism dan menggesa pihak tersebut tampil memperjelaskan isu berkenaan.
"Ada sebab mengapa kami persoalkan perkara tersebut dan saya bersetuju dengan tindakan beberapa ahli yang tampil ke depan untuk mengetengahkan masalah ini.
"Ia sudah lama berlarutan tetapi tiada siapa yang berani untuk tampil mempertahankan hak kami sebagai pemuzik dan artis," jelasnya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.
Menerusi laporan mStar Online pada 10 Julai lalu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan mengambil tindakan terhadap Prism sekiranya badan itu enggan membenarkan akaun mereka diperiksa oleh juruaudit bertauliah bagi menentukan cara dan sistem pengagihan royalti dibuat kepada ahli berdaftar.
Presiden Karyawan, Datuk Freedie Fernandez berkata, pihaknya menerusi peguam yang dilantik oleh iaitu Tetuan Aizul Rohan Anuar and Associates telah menghantar surat kepada Prism berhubung perkara berkenaan pada 26 Jun lalu namun masih belum mendapat sebarang maklum balas.
Turut tampil pada sidang media berkenaan adalah pemuzik dan ahli Prism Aznan Alias.
Dalam perkembangan sama, Tam berkata, pihak Prism perlu telus dan adil terhadap semua ahli-ahli dan bukannya menganiaya mereka.
"Rata-rata pemuzik dan penyanyi di negara ini tidak mempunyai pencen atau pun simpanan dalam KWSP dan menerusi kutipan royalti inilah sebagai salah satu jaminan untuk hari tua mereka.
"Permintaan kami bukan banyak hanya jelaskan cara penentuan royalti dibuat supaya tiada siapa yang terainaya dalam hal ini," katanya.
Ahli-ahli Prism terdiri daripada mereka yang membuat persembahan di khalayak seperti penyanyi dan pemuzik.

'Poyo' perlu atas pentas - Hazama

Posted: 22 Jul 2013 07:38 PM PDT

HAZAMA menafikan yang dia cuba memperbodoh-bodohkan Amy Search dan Ramli Sarip dengan meniru aksi dan vokal mereka ketika membuat persembahan di pentas.


PENYANYI kelahiran Akademi Fantasia musim kesembilan, Hazama Ahmad Azmi atau Hazama pernah dituduh sebagai penyanyi 'poyo' (berlagak bagus) apabila dia sering menunjukkan aksi yang berlebih-lebihan di atas pentas.
Enggan berterusan dilabel sebagai 'poyo', Hazama berani mempertaruhkan judul album sulungnya sebagai Penglipur Lara. Ia bagi membuktikan dirinya seorang penghibur biarpun dia boleh dianggap masih lagi 'hijau' dalam dunia nyanyian.
Seiring dengan kemunculan album sulungnya itu, Hazama turut mengadakan persembahan mini, sekali gus melancarkan album sulungnya itu di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam persembahan mininya itu dia menyampaikan lapan buah lagu termasuk lagu popular Tanya Sama Pokok dan Simetri serta lagu ciptaannya sendiri iaitu Dengarlah. Hazama turut meniru gaya dan vokal penyanyi Amy (Search) dan juga Ramli Sarip bagi menghiburkan peminat-peminatnya pada malam itu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Hazama selanjutnya.
Kosmo!: Sebelum ini ada yang melabelkan Hazama sebagai 'poyo' tetapi tidakkah risau label tersebut akan terus dikaitkan dengan anda, lebih-lebih lagi selepas nekad meletakkan judul Penglipur Lara sebagai judul album sulung?
HAZAMA: Ada yang salah faham dengan karakter saya. Saya fikir, kita harus 'poyo' di atas pentas untuk menghibur dan menggembirakan orang ramai. Sebaliknya, orang salah faham pula. Saya harap tiada lagi salah faham dan melabelkan saya 'poyo' selepas kemunculan album Penglipur Lara ini. Sebab, niat saya hanya untuk menghiburkan orang.
Berapa buah lagukah yang terkandung dalam album Penglipur Lara?
Antara lagu yang dimuatkan dalam album itu termasuklah Majnum, Semalam, Akhir Ceritera, Ulik Mayang, Penglipur Lara, Noktah, Simetri (duet dengan Amy Search), Relakan Jiwa serta sebuah lagu ciptaan saya sendiri iaitu Dengarlah.
Boleh kongsikan cerita mengenai lagu ciptaan anda itu?
Saya dapat inspirasi untuk menghasilkan lagu Dengarlah melalui pengalaman diri sendiri seperti cinta, selain perjalanan susah dan senang kehidupan saya selama ini.
Setelah tujuh tahun menyanyi kini Hazama sudah memiliki album. Bagaimanakah perasaan anda?
Tujuh tahun lalu saya hanya mampu berangan untuk memiliki album sendiri. Akhirnya, impian saya itu menjadi kenyataan. Sebelum ini saya hanya menyanyikan lagu-lagu orang. Kini, saya memiliki lagu yang dimahukan. Kalau boleh, saya mahu jadi penyanyi versatil.
SELEPAS tujuh tahun bergelar penyanyi, Hazama kini boleh tersenyum kerana impiannya untuk memiliki album sendiri terlaksana.


Siapakah komposer yang mencipta lagu-lagu Hazama?
Album berkonsepkan pop rock ini mempertaruhkan komposer dan penulis lirik terkenal seperti Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Mike Chan, Zel Hadauan dan Cat Farish.
Tahniah atas persembahan mini anda. Apakah yang Hazama harapkan melalui persembahan mini tersebut?
Tujuan saya adakan persembahan mini ini bukan sahaja untuk melancarkan album tetapi juga untuk memperkenalkan kumpulan saya. Bila ada persembahan secara langsung saya akan buat persembahan dengan mereka.
Kenapakah anda perlu mempunyai sebuah kumpulan sendiri untuk mengadakan persembahan secara langsung?
Sebenarnya, saya sudah bosan menyanyi secara minus one. Saya lebih puas bila menyanyi menggunakan muzik secara langsung iaitu secara berkumpulan.
Ketika di atas pentas tadi Hazama ada meniru gaya dan suara penyanyi otai Amy Search dan juga Ramli Sarip, malah ia dibuat secara lawak. Tidakkah anda rasa perbuatan itu seperti menyindir atau memperbodoh-bodohkan mereka?
Saya tidak berniat untuk menyindir mahupun memperbodoh-bodohkan Amy Search dan Ramli Sarip. Mereka adalah idola saya. Saya membesar dengan lagu-lagu Amy, Zamani, Ramli Sarip dan juga Nash. Saya sekadar ambil mood untuk memberikan persembahan yang mantap. Saya juga lakukannya sebagai suatu penghormatan kepada mereka.
Adakah anda turut meniru suara penyanyi-penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu-lagu anda?
Mereka sekadar inspirasi. Saya tidak pernah mahu berada dalam industri dengan menjadi orang kedua atau orang lain.
Hazama tidak pernah merahsiakan mengenai percintaan dengan seorang gadis. Bilakah anda dan kekasih bakal berkahwin?
Album sulung saya baru muncul, jadi saya mahu fokus kepada kerjaya dahulu. Saya juga belum begitu kukuh dalam industri seni. Mujur si dia sangat memahami.
Ramadan baru menjelma, jadi apakah aktiviti anda sepanjang bulan ini?
Saya akan sibuk sepanjang Ramadan dengan rangka promosi album dan juga penggambaran filem Hantu Nan Sempit. Saya juga terlibat dengan program televisyen Sampaikan Salam Raya di Astro tetapi saya tetap akan pulang berhari raya di Ipoh, Perak.

Madagascar 3: Europe's Most Wanted versi Melayu

Posted: 22 Jul 2013 07:36 PM PDT


BARISAN peminjam alih suara versi bahasa Melayu animasi Madagascar 3: Europe's Most Wanted bergambar sewaktu majlis pelancaran animasi tersebut baru-baru ini.


PADA pertengahan tahun lalu, filem animasi Madagascar 3: Europe's Most Wanted mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila berhasil mengutip lebih RM2 bilion setelah ditayangkan di pawagam seluruh dunia.
Berdasarkan kepada sambutan hangat filem berkenaan, saluran HBO Asia mengambil keputusan untuk menayangkannya dengan versi yang dialih suara dalam bahasa Melayu.
Ketua Jualan Dan Pemasaran Bersama HBO Asia, Jacelyn Kek berkata, penayangan tersebut dibuat berdasarkan kesinambungan kepada langkah yang sama mereka lakukan untuk filem The Smurf pada tahun lalu.
"Sebelum ini kami telah memilih The Smurf untuk dialih suara ke dalam bahasa Melayu, khusus buat penonton di Malaysia.
"Ternyata langkah sedemikian mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
"Pada tahun ini pula filem Madagascar 3: Europe's Most Wanted telah dipilih dan akan ditayangkan ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," ujarnya pada majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Jacelyn, untuk program alih bahasa berkenaan pihaknya telah mendapatkan kerjasama ramai artis popular yang akan menyumbangkan suara mengikut watak-watak dalam filem animasi itu.
Ujarnya, berbanding dengan filem The Smurf dahulu, kali ini mereka telah menggunakan khidmat suara artis dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.
"Sebelum ini kami hanya memilih artis popular dari Malaysia untuk melakukan alih suara tetapi dengan gabungan ketiga-tiga negara, pastinya membuatkan ia menjadi lebih menarik," ujarnya.
Antara barisan artis yang telah menjayakan alih suara filem berkenaan seperti Hafiz Suip, Lisa Surihani, Fahrin Ahmad, Hazama, Didie Alias, Zahid dan Adifashla serta Najib Ali, Taufik Batisah (Singapura) dan Jazz Hassan (Brunei).
LISA SURIHANI meminjamkan suaranya untuk watak Gloria The Hippo dalam animasi Madagascar 3: Europe's Most Wanted.


Filem tersebut mengisahkan tentang empat sekawan iaitu Alex The Lion, Marty The Zebra, Melman The Girrafe dan Gloria The Hippo berusaha untuk ke New York, Amerika Syarikat.
Dalam perjalanan ke sana, keempat-empat haiwan berkenaan berhadapan dengan ugutan seorang Pegawai Kawalan Haiwan Perancis iaitu Kapten Chantel DuBois.
HBO Asia akan menyiarkan tayangan perdana Madagascar 3: Europe's Most Wanted pada Aidilfitri pertama iaitu 8 Ogos depan di saluran HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431) pada pukul 8 malam.
Cabaran
Pelakon Lisa Surihani yang ditemui semasa majlis pelancaran berkata, dia sangat berterima kasih kerana pihak HBO Asia masih memberi kepercayaan kepadanya untuk sama-sama terlibat dengan program alih suara tersebut.
Ujarnya, sebelum ini dia pernah terlibat dengan alih suara untuk filem The Smurf dan terbabit dalam projek sedemikian memberi pengalaman yang cukup bermakna buat dirinya.
"Sebagai seorang peminat rancangan animasi, dapat terbabit dengan program-program alih suara sebegini pastinya membuatkan saya teruja, apatah lagi untuk filem yang hebat seperti Madagascar 3: Europe's Most Wanted.
"Mungkin orang menyangka melakukan kerja alih suara ini mudah. Sebenarnya ia memberi cabaran yang agak besar apabila perlu menggunakan cara tersendiri dan tidak boleh terikut-ikut dengan suara versi asal," ujarnya yang menyumbang suara untuk watak Gloria The Hippo.
Sementara itu, penyanyi Hafiz Suip yang menyumbang suara untuk watak Alex The Lion turut mempunyai pandangan yang sama dan menyatakan bukan mudah untuk melakukan proses alih suara berkenaan.
"Selain perlu berjaga-jaga dengan kawalan suara dan membuat gaya tersendiri, pergerakan bibir dengan watak animasi yang dibawa juga perlu selari supaya filem animasi tersebut kelihatan lebih kemas," jelasnya.

Demi Dia kesinambungan Azura 2012

Posted: 22 Jul 2013 07:34 PM PDT



TIGA pelakon utama drama rantaian Demi Dia (dari kanan), Zoey, Elfira dan Amar.


PEMINAT setia filem Azura 2012 boleh mengukir senyum apabila kesinambungan kisah Azura dan Zack bakal bertemu simpul menerusi sebuah drama rantaian 24 episod berjudul Demi Dia yang sudah bersiaran di TV3 bermula awal Julai lalu.
Demi Dia mengisahkan kehidupan seorang lelaki kaya yang tidak pandai berdikari bernama Zack (Zoey Rahman) yang berkahwin dengan Azura (Elfira Loy), namun pada masa sama perkahwinan itu ditentang oleh keluarga Zack.
Kakak tiri Zack, Wanda (Dynas) cuba memisahkan pasangan itu termasuk mengupah Sheila (Niena Baharun). Tanpa diduga, Zack terbabit dalam kemalangan dan Azura cuba mengembalikan ingatan suaminya, namun gagal.
Menjanjikan lebih drama dan konflik, ujar pengarahnya, Aziz M. Osman, pengakhiran drama Demi Dia sukar diduga dan keseluruhan penceritaan bukan klise.
"Kisah ini menekankan perjanjian sosial antara golongan kenamaan yang menjerat keluarga hingga sanggup memperdagangkan anak sendiri atas kepentingan peribadi.
"Demi Dia bukan semata-mata konflik berbeza darjat tapi ada tekstualiti serta suspens yang sukar dijangka," katanya yang ditemui di set penggambaran drama Demi Dia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tercabar
Aziz mengakui wujud tekanan ekoran rating luar biasa yang telah dikutip drama rantaian sebelum ini di slot Akasia TV3 iaitu Teduhan Kasih. Bagaimanapun, sutradara berbakat besar itu meletakkan tekanan sebagai satu motivasi.
Begitupun, ujar pelakon utamanya, Elfira Loy, menggantikan naskhah yang telah mengutip 4.1 juta tontotan pada episod akhir 2 Julai lalu, dia tidak menyandarkan harapan tinggi untuk penonton menerima bakat lakonannya dalam Demi Dia.
"Saya tahu penonton akan menjangkakan mutu lakonan dan penceritaan yang lebih baik daripada Teduhan Kasih memandangkan drama itu mendapat maklum balas positif daripada masyarakat.

AZIZ (duduk, kanan) bersama karyawan drama Demi Dia.


"Tapi apa yang boleh saya perkatakan, saya telah berikan yang terbaik dan berilah saya waktu untuk memperkembangkan karakter saya," ujar Elfira.
Memberikan reaksi terhadap pandangan penonton daripada episod sulung Demi Dia pada 3 Julai lalu yang menyifatkan Elfira tidak sesuai memegang watak wanita yang berumah tangga, pelakon itu tidak mudah melatah.
"Memang watak Azura seorang wanita yang telah berumah tangga dan saya telah menduga akan wujud isu kesesuaian watak dengan usia.
"Ingin saya tegaskan bahawa karakter saya ialah seorang gadis yang telah berkahwin ketika usia muda. Jadi, saya dan Zoey adalah pasangan muda yang baru berkahwin, beri peluang untuk watak itu berkembang," tambahnya.
Luar negara
Demi Dia turut membabitkan penggambaran di Jerman dan Austria selama seminggu. Sebanyak 30 babak perlu dihabiskan sepanjang penggambaran di sana dalam keadaan sejuk kurang daripada 4 darjah Celsius.
Berdepan cabaran cuaca di negara asing, kata Amar Baharin yang memegang watak Nazri dalam drama itu, faktor tersebut tidak mematahkan semangatnya.
"Kadang-kadang lidah sampai kelu untuk melontarkan dialog sebab cuaca yang terlalu sejuk ditambah pula hujan ketika itu. Pada masa sama, kami perlu menghabiskan babak yang banyak dalam tempoh singkat.
"Uniknya drama ini kerana dialog yang diberikan kepada kami dalam ayat-ayat yang puitis dan bukan bahasa pasar. Seronok apabila dapat menyampaikannya," tambah Amar.
Demi Dia mula bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 petang menerusi slot Akasia TV3.

Amah warga Indonesia lari daripada majikan ditahan bersama 'tomboy'

Posted: 22 Jul 2013 07:33 PM PDT



SEORANG pembantu rumah (duduk) ditahan bersama kekasihnya seorang 'tomboy' (kanan) di sebuah premis perjudian di Petaling Jaya semalam.


SEREMBAN - Tindakan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang lari dari rumah majikannya di sini semata-mata untuk bersama seorang 'tomboy' akhirnya membawa padah apabila pasangan itu ditahan pihak imigresen di sebuah premis perjudian di Petaling Jaya, Selangor semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang kakitangan awam yang bertugas di sini bahawa pembantu rumahnya yang berusia 26 tahun tidak pulang selepas bercuti sejak Jumaat lalu.
Katanya, pembantu rumah itu yang sudah enam bulan bekerja pada mulanya mahu bercuti selama tiga hari dengan alasan mahu membeli kelengkapan hari raya.
"Pada petang semalam (kelmarin) majikan pembantu rumah itu ada menghubungi wanita tersebut tetapi panggilannya dijawab oleh wanita lain yang memberitahu bahawa pembantu rumahnya tidak mahu pulang kerana sakit.
"Kerana curiga dengan alasan pembantu rumah tersebut, majikan wanita itu telah membuat aduan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut," katanya di sini semalam.
Ujarnya, susulan daripada laporan itu, pihaknya telah membuat siasatan lanjut sebelum hasil risikan berjaya mengesan wanita berkenaan bekerja di sebuah pusat perjudian di Petaling Jaya.

Siti tak izin Datuk K naik motor

Posted: 22 Jul 2013 07:31 PM PDT


SITI NURHALIZA (empat dari kiri) dan Datuk K (enam dari kiri) bersama ahli Kelab Bikers Pahang selepas program majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Temerloh semalam.


TEMERLOH - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui masih fobia dan tidak akan mengizinkan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menunggang motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berulangnya kemalangan yang menimpa suaminya di New Zealand pada 13 Disember lalu.
Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk K sebenarnya masih berminat untuk menunggang motosikal berkuasa besar tetapi beliau masih trauma dengan kemalangan tersebut.
"Selepas kemalangan di Queenstown, New Zealand tujuh bulan lalu, Datuk K telah beri beberapa buah motosikal berkuasa besar miliknya kepada saudara-mara terdekat sebab dia tidak mahu lagi menunggang kerana fobia.
"Dalam hati kecil ini, saya tidak izinkan suami saya tunggang motosikal lagi," katanya.
Siti Nurhaliza berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Gabungan Kelab Bikers Pahang bersama 360 orang anak yatim di Padang Awam Kubang Gajah di sini malam kelmarin.

Laung takbir selepas prosiding

Posted: 22 Jul 2013 07:23 PM PDT

TERTUDUH (kiri, empat dari belakang) didakwa atas tuduhan menculik seorang penganggur di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menculik seorang penganggur sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel bagi mendapatkan wang tebusan RM3,000 di Taman Sri Muda di sini, minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Asri Mohamad Jamil, 22; Mohd. Mazli Sazeli, 26; Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Syahida Zainal.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas menahan seorang lelaki, Ng Mun Tatt, 21, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 4.30 pagi, 15 Jun lalu di Restoran Muneer di alamat No.1, Jalan Merdu 25/119, Seksyen 25, Taman Sri Muda.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.
Mohamad Asri diwakili peguam, Ridha Abdah Subri dan Shahrullah Khan manakala tiga tertuduh lain diwakili Shaharudin Ali dan Mohd. Lias Mohd. Marzuki.

Penduduk bertempiaran lari bila Gunung Merapi muntah abu

Posted: 22 Jul 2013 07:19 PM PDT



BEBERAPA penduduk kampung Cangkringan melihat Gunung Merapi memuntahkan asap dan abu semalam.- AFP


YOGYAKARTA - Seorang pegawai bencana memberitahu beratus-ratus orang meninggalkan kampung mereka di sepanjang lereng Gunung Merapi di sini.
Mereka berbuat demikian selepas gunung paling aktif di Indonesia itu mula mengeluarkan asap dan abu.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, Gunung Merapi di Pulau Jawa mengeluarkan bunyi dentuman ketika hujan lebat di sekitar kawahnya semalam.
"Gunung itu kemudian memuntahkan abu setinggi 1,000 meter ke udara," katanya.
Abu Gunung Merapi menyebabkan air hujan di beberapa buah kampung menjadi gelap dan berselut ketika penduduk kampung bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Katanya, bunyi dentuman didengari sejauh 30 kilometer tetapi tiada letusan berlaku dengan amaran kecemasan gunung berapi itu juga tidak dibunyikan.
Gunung setinggi 2,968 meter itu adalah yang paling aktif antara 500 gunung berapi di Indonesia.
Kali terakhir Merapi meletup adalah pada 2010 yang meragut 347 nyawa.

Menara kedua tertinggi dunia siap 2015

Posted: 22 Jul 2013 07:18 PM PDT



Menara Shanghai setinggi 121 tingkat dan berkeluasan 380,000 meter persegi.


SHANGHAI - Menara Shanghai bakal menjadi bangunan tertinggi di China dan kedua di dunia apabila ia siap dibina dua tahun lagi, lapor sebuah akhbar semalam.
Apabila siap pada 2015, menara tersebut akan menjadikan beberapa bangunan pencakar langit di daerah kewangan Lujiazui di sini kelihatan kerdil.
Bangunan tertinggi di China akan dibuka secara rasmi pada tahun yang sama.
Bangunan yang mempunyai 121 tingkat dengan keluasan 380,000 meter persegi itu akan memiliki ketinggian 632 meter apabila palang bumbungnya dipasang.
Ketinggian itu mengatasi bangunan Pusat Kewangan Dunia Shanghai yang mencatat ketinggian 492 meter dan Menara Jinmao setinggi 421 meter.
Menara tersebut dibina bersebelahan bangunan ikonik Menara Mutiara Oriental dekat Pudong, di sini.

Lelaki India dakwa paling tua di dunia

Posted: 22 Jul 2013 07:16 PM PDT


Feroz-ud-Din Mir (gambar) masih kuat berjalan walaupun didakwa lebih tua 27 tahun berbanding penyandang rekod manusia tertua sekarang.


NEW DELHI - Seorang lelaki di India mendakwa dirinya individu tertua di dunia pada usia 141 tahun, menurut laporan sebuah majalah India.
Bapa kepada 10 orang anak, Feroz-ud-Din Mir yang tinggal di daerah Uri, utara Kashmir hidup lebih lama berbanding empat orang isterinya.
Menurut laporan tersebut, Mir memiliki sijil kelahiran yang menunjukkan dia lahir pada 10 Mac, 1872.
Jika maklumat tersebut sahih, isterinya sekarang, Misra adalah 60 tahun lebih muda daripada dirinya.
Mir yang pernah bekerja sebagai peniaga buah dan kekacang juga 27 tahun lebih tua berbanding individu tertua dunia sekarang, Misao Okawa.
Menurut Guinness World Records, wanita Jepun itu berusia 115 tahun.

Cabaran emosi jururawat

Posted: 22 Jul 2013 07:15 PM PDT




MASIH segar lagi di memori penulis tatkala dimasukkan ke salah sebuah hospital swasta dua tahun lalu gara-gara masalah jangkitan paru-paru sehingga disyaki menghidap tibi dan wabak Influenza A (H1N1).
Keadaan tersebut menyebabkan penulis dikuarantin dalam bilik berasingan daripada pesakit lain. Malah, tiada pelawat dibenarkan melawat kerana khuatir berlaku sebarang jangkitan sekali gus menyebabkan penyebaran wabak.
Namun ketika itu, beberapa wanita tanpa rasa takut berulang kali singgah ke wad penulis.
Mereka mencucuk hidung penulis dengan alat ujian influenza, mengambil darah dan menenangkan penulis yang bimbang apabila batuk tidak juga beransur pulih.
Sanggup mengambil risiko demi menjaga pesakit di hospital, mereka merupakan individu yang memikul tanggungjawab besar menerusi profesion jururawat.
Ya, memang benar mereka dibayar gaji untuk melakukan itu semua, namun risiko dan pengorbanan yang dilakukan terlalu besar untuk ditukar dengan wang.
Sejajar dengan pengorbanan mereka, maka selayaknya jururawat di seluruh dunia diraikan pada hari istimewa iaitu Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada tanggal 12 Mei setiap tahun.
Tarikh keramat tersebut turut diisytiharkan sebagai Hari Jururawat Malaysia oleh kerajaan bagi mengiktiraf sumbangan jururawat yang berterusan terhadap sektor penjagaan kesihatan di negara.
Tidak dinafikan bahawa jururawat yang disifatkan sebagai nadi hospital menempuh pelbagai cabaran sepanjang menggalas tanggungjawab menjaga pesakit.
Pelbagai ragam pesakit sudah menjadi rencah dalam perjalanan kerjaya mereka.
Bagi jururawat kanan Lee Soon Chai, 37, yang sudah 13 tahun bertugas di suite bersalin Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), hatinya terusik untuk menjadikan jururawat sebagai kerjayanya apabila melihat layanan penuh ikhlas jururawat ketika ayahnya dimasukkan ke hospital.

TATKALA berdepan dengan pesakit jururawat perlu memberi emosi yang positif di sebalik ragam pesakit.


"Sejak situ, minat dalam bidang ini terus mekar dan saya mengambil keputusan mendalami bidang kejururawatan selepas tamat tingkatan lima. Saya belajar selama tiga tahun di Kolej Kejururawatan Pantai sebelum memulakan perkhidmatan di sini.
"Saya suka jadi bidan kerana dapat melihat bayi dilahirkan setiap hari. Seronok apabila dapat berkongsi kegembiraan dengan ibu-ibu yang bersalin di sini," kata ibu kepada dua orang anak yang berasal dari Raub, Pahang itu.
Selain berkongsi kegembiraan, Soon Chai juga turut merasai kesedihan saat si ibu kehilangan bayi akibat komplikasi kelahiran, namun dia tidak boleh terbawa-bawa dengan kesedihan tersebut kerana emosi si ibu harus dijaga.
Adakalanya, hubungan Soon Chai dengan para ibu tidak terhenti di hospital sahaja kerana keakraban tersebut bertukar menjadi kawan.
"Ada juga ibu membawa anaknya yang sudah besar ke sini dan memperkenalkannya kepada kami.
"Melihat ibu dan bayi pulang dengan sihat adalah satu kegembiraan yang tidak ternilai buat saya," ujarnya yang merupakan salah seorang yang mendapat anugerah jururawat terbaik sempena sambutan Hari Jururawat PHKL baru-baru ini.
Ketika ditebak soalan mengenai pengalaman dimarahi pesakit, Soon Chai memberitahu itu merupakan perkara biasa dalam diari seorang jururawat.
"Tidak perlu terasa hati dengan pesakit, kerana emosi mereka tidak stabil berikutan masalah kesihatan yang dihidapi," katanya sambil tersenyum.
Ikhlas bekerja
Dalam pada itu, rakannya, Nur Zuriah Azahari, 30, yang bertugas di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) PHKL memberitahu, walaupun masanya bersama keluarga terhad, namun, dia sangat gembira menggalas tanggungjawab sebagai jururawat.
Jururawat kanan yang merupakan ibu kepada dua anak itu pernah meraih pengalaman profesion lain, namun akhirnya kerjaya sebagai jururawat begitu serasi dengan jiwa Nur Zuriah.
"Setiap hari, saya tidak sabar untuk pergi bekerja melihat keadaan kesihatan 'anak-anak' saya di hospital.
"Paling menyedihkan apabila bayi pramatang yang dijaga dalam tempoh empat hingga enam bulan meninggal dunia akibat masalah komplikasi kesihatan," katanya yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka.

PHKL beroperasi di Bangsar sejak tahun 1974 dengan kemudahan 320 katil untuk pesakitnya.


Tambahnya, walaupun bertugas di NICU, tugasnya tidak hanya bertumpu pada penjagaan bayi semata-mata, tetapi turut berdepan dengan ibu bapa bayi tersebut.
"Bagi anak muda di luar sana yang mahu menjadikan jururawat sebagai karier, pastikan anda benar-benar ikhlas untuk menggalas tanggungjawab sebagai jururawat.
"Pekerjaan ini sangat mulia kerana ia dapat membantu orang tidak kira usia dan latar belakang," ujarnya sambil memberitahu seseorang jururawat itu perlu mempunyai persediaan mental dan fizikal yang kuat.
Formula 10 untuk 10
Sama ada anda sedar atau tidak, jururawat meluangkan 70 hingga 80 peratus masanya berinteraksi dengan para pesakit jika dibandingkan dengan masa pesakit bersama doktor atau ahli keluarga masing-masing.
Ini menunjukkan mereka merupakan golongan yang paling rapat dengan pesakit sepanjang berada di hospital.
Maka, tidak hairanlah jika golongan jururawat ini diberikan penghargaan sepatutnya setanding dengan bakti yang dicurahkan.
Pada sambutan Hari Jururawat PHKL baru-baru ini, Soon Chai, Nur Zuriah dan Low Sing Joe dari Institut Kanser Pantai diiktiraf sebagai jururawat terbaik hospital berkenaan.
Pengerusi Pantai Holding Berhad, Khairil Anuar Abdullah menyifatkan sambutan Hari Jururawat pada tahun ini sangat istimewa buat warga jururawat PHKL kerana mereka tampil menyahut cabaran bagi meningkatkan standard perkhidmatan.
"Standard tersebut dapat dipertingkatkan dengan menerapkan formula 10 untuk 10.
"Tugas jururawat sangat mulia kerana selaku jururawat, mereka melakukan sesuatu yang orang lain tidak mampu lakukan," katanya pada majlis sambutan Hari Jururawat di PHKL.

DARI kiri: Nur Zuriah, Soon Chai dan Sing Joe diberikan anugerah sebagai Jururawat Terbaik PHKL 2013.


Dalam pada itu, Ketua Jururawat PHKL, Datin Punithavathy Navaratnam memberitahu, formula 10 untuk 10 boleh dijadikan pemangkin meningkatkan perkhidmatan bukan sahaja di PHKL, bahkan bagi bidang kejururawatan dan industri penjagaan kesihatan secara keseluruhan.
"Formula tersebut harus dipraktikkan bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan kesihatan di negara ini, secara tidak langsung meningkatkan kepercayaan terhadap kebolehan para jururawat," ujarnya.
Antara intipati formula tersebut adalah menganggap pesakit sebagai sahabat, melawan kemarahan dengan belas kasihan, ingatkan diri mengenai tugas jururawat yang mulia, sentiasa memberikan senyuman, mempunyai sifat empati dan sebagainya.

Busana perkahwinan diraja ciptaan Bernard

Posted: 22 Jul 2013 07:13 PM PDT



KETIKA melangkah masuk ke Dewan Balairong Seri, Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang mata terpaku melihat deretan busana tradisional yang sarat dengan perincian klasik tetapi direka dengan garapan sentuhan moden.
Setiap busana kontemporari itu merupakan karya agung pereka antarabangsa, Datuk Bernard Chandran yang mempunyai pelanggan berprofil tinggi antaranya kerabat Diraja Brunei, Malaysia, selebriti tempatan dan antarabangsa.
Melalui Pameran Perkahwinan Melayu Kontemporari, pengunjung dapat melihat sendiri keindahan dan kehalusan estetika rekaan agung Bernard itu dengan lebih dekat. Istimewanya, setiap busana merupakan pilihan yang dibuat penuh teliti selama berbulan-bulan bagi memastikan nilai eksklusif setara dengan hasilnya.
Malah terdapat busana yang berharga mencecah RM619,000 yang direka dengan perincian mewah menggunakan fabrik mahal dan batu-batuan seperti kristal dan swarovski.
Tumpuan utama semestinya busana-busana pengantin diraja yang diterbangkan khas dari Brunei. Beberapa rekaan menggunakan fabrik tradisi negara tersebut iaitu Jong Sarat.
Jong Sarat merupakan kain signatur Brunei yang sering digunakan dalam majlis perkahwinan diraja. Ia menekap unsur-unsur alam dan Islamik dalam rekaannya berdasarkan kehidupan harmoni negara yang kaya dengan hasil minyak itu. Tempoh pembuatan mengambil masa hampir tiga bulan atau lebih bergantung kepada kerumitan motif selain kemahiran dan kepakaran seseorang penenun.
Ketinggian artistik Jong Sarat menjadi pilihan utama kepada pengantin Diraja Brunei untuk diterjemahkan kepada busana hari persandingan mereka.

KURUNG pendek moden merah dan jong sarat emas digayakan Dayangku Ratna Siti Nooraishah pada majlis Muleh Tiga Hari pada tahun 2012.


Persandingan Diraja Brunei
Keindahan fabrik itu dapat dilihat melalui busana yang disarungkan oleh puteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah. Pakaian pengantin rasmi itu menggunakan 80 peratus rona emas dan 20 peratus merah hati dikemaskan dengan perincian kristal, sekuin dan manik bermutu tinggi.
Persandingan Dayangku Ratna Siti Nooraishah turut menggunakan material sama dalam perkahwinannya yang dilangsungkan pada tahun 2012. Busana bermotifkan bunga-bunga tradisional dilatari rona perak sebagai warna asas.
Dalam tempoh dua dekad, Bernard diberi kepercayaan untuk mereka busana pengantin Diraja Brunei. Gabungan moden dan klasik sentuhannya menambah seri dan kejelitaan si pengantin.
Selain Puteri Majeedah, Bernard turut mempamerkan busana untuk beberapa kerabat Brunei lain antaranya Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Puteri Hamidah Jamalul Bulqiah dan Pengiran Yura Halimatussa'dah.
Lebih 10 pasang busana dari Brunei dipamerkan dalam muzium itu. Beberapa rekaan pada awal pembabitan Bernard dalam industri fesyen turut dibawa masuk untuk ditunjukkan kepada masyarakat tempatan.
"Salah satunya ialah baju kebaya panjang renda Lurex yang direka untuk pertunjukan fesyen Rias pada tahun 1996. Ia merupakan koleksi tertua yang dipamerkan dalam muzium ini," ujarnya. Kebaya dengan perincian kristal itu antara percubaan awal Bernard dalam mereka busana tradisional.
"Pada waktu itu, harga kristal sangat mahal. Saya mengingatkan pekerja untuk mengira jumlah kristal agar tidak berlebihan digunakan dalam penghasilan kebaya tersebut," imbas Bernard.
Turut dipamerkan ialah kebaya yang menggunakan enam meter kain, direka pada tahun 1994. Ketika itu, kata Bernard, orang ramai mengatakan rekaan tersebut tidak masuk akal kerana lari daripada rekaan tradisi biasa.

BERNARD menjadi tumpuan di Muzium Sultan Abu Bakar baru-baru ini menerusi ciptaan busana perkahwinan kontemporari dan mewah yang berjaya diarkibkan.


"Tetapi beberapa tahun selepas itu, ramai mula membuat kebaya dalam rekaan serupa.
"Saya mahu memberi inspirasi kepada pereka baharu dan tukang jahit kecil untuk mempunyai stail tersendiri melalui penerapan daripada rekaan asli saya. Jika mereka dapat melakukannya, ia memberi kesan yang baik kepada masyarakat kita," jelasnya.
Idea mempamerkan busana itu tercetus ketika Bernard melawat Muzium Permaisuri Sirikit, Thailand. Dalam muzium itu, koleksi busana permaisuri kesayangan negara jiran tersebut dikumpulkan sejak 1950-an. Setiap persalinan merupakan ciptaan pereka dari Perancis, Pierre Balmain.
"Koleksi selama 25 tahun itu sangat menakjubkan dan ia memberi ilham kepada saya untuk melakukan perkara yang sama suatu hari nanti," kata Bernard.
Busana untuk pameran
Bapa kepada lima orang anak itu, menambah, jiwanya yang dekat dengan muzium dipupuk sejak menuntut di Paris, Perancis 20 tahun dahulu. Banyak yang dipelajari Bernard ketika mengunjungi satu per satu muzium di negara itu.
Sekembalinya ke tanah air, dia terus ke Muzium Negara untuk melihat sejarah susur galur busana tradisional masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bernard cuba mencari informasi mengenai sejarah di sebalik busana seperti cheongsam atau baju kurung Kedah.
"Saya masih belum jelas dengan maklumat yang diperoleh. Disebabkan itu, saya nekad untuk mengarkibkan setiap perkara yang berlaku di sekeliling saya.
"Sehinggakan, ada seorang pekerja yang akan mengambil gambar baju yang saya pakai setiap hari selain gambar anak-anak. Ia akan disimpan secara bersistem seperti yang dilakukan dalam sebuah muzium," jelasnya.
Cita-cita untuk mempamerkan busana dalam muzium akhirnya terlaksana apabila mendapat pelawaan daripada Pengarah dan Kurator Muzium Sultan Abu Bakar, Ahmad Farid Abd. Jalal.

BUSANA pengantin ini disarungkan Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah pada resepsi perkahwinannya pada tahun 2007.


Mereka bersama-sama merangka perancangan dengan mengumpul busana-busana selain mendapatkan maklumat penting untuk pameran tersebut.
Hampir setahun mereka cuba merealisasikan impian itu sehinggalah menempah khas patung mannequin dari Perancis. Ia bertujuan untuk mendapatkan bentuk asal baju tersebut tanpa perlu diubah.
Malah, susun atur muzium juga mendapat sentuhan peribadi Bernard bagi memberi impak yang lebih berkesan. Melangkah masuk ke Balairong Seri, pengunjung akan melihat foto-foto perkahwinan pengantin Melayu era 50-an hingga 80-an. Pada satu sudut, ditayangkan video persandingan penduduk setempat dengan gaya terkini.
Busana persandingan diletakkan mengikut kedudukan tertinggi takhta Diraja Brunei. Di antara pakaian pengantin diraja itu, turut kelihatan busana yang dipakai oleh isteri kepada angkasawan pertama negara, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos. Busana itu sama gah melalui rekaan geometri dengan perincian efek tiga dimensi.
Setiap busana disertakan bersama penerangan maklumat baju yang menggunakan alat gajet tablet bagi memberikan informasi berkaitan pemakai, fabrik dan tahun ia direka.

Panadol, PLUS edar kad MyPLUSMiles

Posted: 22 Jul 2013 07:10 PM PDT


ORANG ramai berpeluang mendapatkan kad pra-isi MyPLUSMiles secara percuma di plaza-plaza tol terpilih.


GLAXOSMITHKLINE Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK), iaitu pembuat Panadol, dengan kerjasama Touch 'n Go Sdn. Bhd. (Touch 'n Go) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan Kempen Panadol Sentiasa Bersedia baru-baru ini.
Matlamat utama Kempen Panadol Sentiasa Bersedia adalah meneruskan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan pengguna jalan raya semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
"Kempen ini merupakan salah satu kempen penting supaya umat Islam dapat menikmati setiap detik penuh bermakna bersama ahli keluarga sepanjang musim ini.
"Kami berbangga kerana inisiatif ini berterusan untuk dua tahun berturut-turut," kata Timbalan Presiden dan Pengurus Besar GSK, Rachel Ferdinando.
Kempen tersebut dihangatkan lagi dengan kerjasama berterusan bersama Touch 'n Go dan rakan kerjasama baharu iaitu PLUS.
Tahun ini, kempen itu menyaksikan penghasilan 60,000 kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles yang keseluruhan bernilai RM1 juta ditawarkan secara percuma kepada pengguna jalan raya pada tempoh bulan Ramadan dan balik kampung.
"Kami berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada usaha sama dengan GSK dan PLUS sempena bulan Ramadan ini sebagai satu cara untuk kami mengukuhkan jenama masing-masing.
"Ia secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman balik kampung yang selamat dan tenang kepada pengguna jalan raya," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go, Abdul Karim Md. Lassim.
Tambahnya, diharapkan usaha tersebut dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka dalam musim perayaan.

FERDINANDO (tiga dari kiri) bersama Abdul Karim (dua dari kiri), Ismail (tengah) dan Mohd. Zulastri (tiga dari kanan) menunjukkan replika kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles sempena Kempen Panadol Sentiasa Bersedia di Plaza Tol Sungai Besi baru-baru ini.


Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan, PLUS Malaysia Berhad, Ir. Mohd. Zulastri Mohd. Amin, berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada kempen tersebut bersama dua jenama terkemuka di negara ini.
"Sebagai penyelenggara lebuh raya terbesar di Malaysia, kami memahami keadaan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh perjalanan yang sangat sibuk.
"Justeru, dengan kerjasama GSK dan Touch 'n Go, PLUS menawarkan kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles sebagai satu cara bagi melancarkan perjalanan balik kampung," katanya.
Kad tersebut akan diedarkan kepada pengguna lebuh raya di plaza tol yang telah ditetapkan.
Kempen Panadol Sentiasa Bersedia itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.
Kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles akan diedarkan di plaza tol terpilih pada 2 hingga 4 Ogos 2013. Selain di plaza tol, orang ramai juga boleh mendapatkan kad edisi khas tersebut melalui Hot FM zoomers, Pasar Raya Besar Mydin dan cawangan premis Guardian di seluruh negara.
Sebagai rakan kerjasama kempen, Touch 'n Go akan menggunakan platform digital untuk mengadakan pertandingan sepanjang tempoh kempen.
Beberapa aktiviti lain akan dijalankan semasa kempen tersebut termasuk pengaktifan runcit yang memberi peluang kepada pembeli untuk memenangi lebih banyak hadiah.
"Panadol telah pun menawarkan ubat kelegaan kepada rakyat Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu. Ia memang merupakan visi GSK untuk terus menghubung dan membolehkan orang ramai menikmati kehidupan sepenuhnya dengan menawarkan kelegaan bagi kesakitan.
"Visi tersebut telah mendorong jenama ini menawarkan produk khusus dengan cara saintifik dan kempen pengguna untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Inilah tunjang bagi Kempen Panadol Sentiasa Bersedia," kata Ferdinando.

Keenakan masakan utara India Restoran D'Tandoor

Posted: 22 Jul 2013 07:09 PM PDT



YUSRIZA menunjukkan antara juadah yang ditawarkan di Restoran D'Tandoor Pulau Pinang sepanjang Ramadan ini.



BERKONSEPKAN hidangan dari utara India, Restoran D'Tandoor cawangan Bandar Perda di Pulau Pinang menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa untuk pilihan orang ramai sepanjang Ramadan ini.
Antaranya sizzling ayam tanduri, roti nan, udang tanduri zafrani, bhaji bawang dan kopi istimewa D'Tandoor.
Pengarah Urusannya, Yusriza Yusoff berkata, kesemua set hidangan ala carte bertemakan masakan utara India itu sesuai dengan cita rasa serta selera masyarakat tempatan.
Menurut beliau, kebanyakan juadah berkenaan dimasak menggunakan arang bagi mengekalkan keenakan rasa masakan.
"Kesemua menu berkenaan disediakan oleh chef yang berpengalaman daripada Pakistan dan dimasak dengan menggunakan bahan serta rempah-ratus yang diimport dari India bagi mengekalkan cita rasa aslinya.
"Restoran ini juga masih lagi menggunakan teknik membakar dan panggang kebanyakan hidangannya dalam tempayan seperti yang dilakukan di Asia Selatan khususnya India," katanya.

Sajian stimbot di Hotel Sheraton Imperial

Posted: 22 Jul 2013 07:08 PM PDT



LIMA chef profesional menunjukkan hidangan stimbot beraneka pilihan yang terdapat di Hotel Sheraton Imperial.


TEMA The All Stars Steamboat Affair yang diperkenalkan Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur menjadi taruhan untuk bufet Ramadan pada kali ini. Kelazatan stimbot bertambah istimewa kerana disajikan bersama enam jenis sup.
Sajian lengkap dengan pilihan sayuran segar yang enak dimakan bersama ikan siakap, salmon, daging, ketam dan udang menjanjikan sajian iftar anda berlainan dengan hari-hari sebelumnya. Bagi pencinta masakan pedas yang disuntik rasa masam manis pula bolehlah mencuba hidangan popular Sheraton Imperial iaitu asam pedas 'Jonker Street' dan tomyam Thai.
Sheraton Imperial turut menghidangkan kari nyonya Pulau Pinang dan sup daging 'Napoli' sebagai menu tambahan istimewa kepada pengunjung yang hadir. Tidak dilupakan lauk wajib seperti sup ayam dan ikan untuk mereka yang gemarkan selera tradisional ala kampung.
Bagi yang tercari-cari masakan utara, apa kata nikmati hidangan nasi beriani dan nasi kandar Pulau Mutiara. Sajian tersebut disediakan oleh lima chef profesional yang terdiri daripada Chef Kabir, Chef Jamsari, Chef Alessandro dan Chef Loo.
Bagi mereka yang berhajat untuk makan di rumah boleh dapatkan nasi Mandi Ramadan di Toastina Café & Bar pada harga RM15 seorang. Ia mula dijual pada pukul 4 hingga 6 petang sehingga 6 Ogos ini.

Kibas panggang signatur TH Hotel & Residence

Posted: 22 Jul 2013 06:57 PM PDT



NASI mandi dan kibas panggang antara hidangan yang wajib dicuba.


KIBAS mungkin satu nama yang agak asing dalam masyarakat di negara ini.
Biarpun bentuknya seakan-akan kambing biasa atau kambing biri-biri, namun dagingnya mempunyai rasa dan tekstur yang berbeza.
Bagi mereka yang mahu mencuba keenakan daging kibas ketika menikmati iftar nanti, bolehlah berkunjung ke rangkaian TH Hotel & Residence, hotel milik penuh Lembah Tabung Haji yang terletak di seluruh negara.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TH Hotel & Residence Sdn. Bhd., Adly Mohamed, pihaknya telah mengimport lebih 200 ekor kibas dari Arab Saudi bagi menampung keperluan sepanjang Ramadan ini.
"Daging kibas bukan sahaja tidak berbau malah lebih kenyal berbanding daging lembu.
"Lebih penting, ia juga kurang mengandungi lemak di samping tidak membuatkan badan panas selepas menikmatinya," katanya.
Tambah Adly, selain tarikan daging kibas, pihaknya juga menawarkan lebih 100 sajian tempatan dan Asia Barat yang dihasilkan oleh Eksekutif Chef TH Hotel, Shahrul Hisham dan pasukannya.
"Antara hidangan lain yang wajib dicuba ialah nasi mandi, makanan popular dari Yemen serta aneka nasi seperti nasi minyak, hujan panas, tomato, jagung dan beriani.
"Selain itu, pelanggan juga boleh merasai pelbagai hidangan tradisional dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti asam pedas, masak lemak cili api, masak tempoyak, gulai kawah serta aneka kerabu dan ulam-ulaman yang pasti membangkitkan selera," katanya.
Ujarnya, promosi selama hampir sebulan berjalan serentak di seluruh rangkaian TH Hotel & Residence iaitu di TH Hotel Kelana Jaya, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel Kota Kinabalu dan TH Hotel Alor Setar.
"Selain berbuka puasa, pengunjung juga boleh beramal kerana sebanyak RM1 daripada harga bufet akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim yang memerlukan," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines