Ahad, 15 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Soo Wincci Sedia Kahwin Selepas Cipta Nama Di Hollywood

Posted: 14 Dec 2013 04:05 AM PST


Iqram Dinzly membuat gimik kononnya mahu melamar Soo Wincci.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Soo Wincci mengakui kini berkawan rapat dengan pelakon Iqram Dinzly dan sering keluar bersama jika mempunyai kelapangan.
Bagaimanapun, Wincci, 28, berkata, dia belum bersedia melangkah ke alam percintaan sebelum impiannya untuk mencipta nama di Hollywood belum tercapai.
"Kami kawan baik dan memang sering keluar bersama jika ada masa terluang kerana rumah dia berhampiran dengan saya tapi saya tidak tahu dia akan datang pada majlis ini untuk buat kejutan.
"Dia juga seorang kawan yang baik dan kami selalu bertukar pendapat tentang sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan industri," katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Wincci berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gimik lamaran dan pemberian cincin daripada pelakon tersebut pada majlis pelancaran album pertamanya berjudul Su Win Si by Soo Wincci, di M Suit, dekat sini, Jumaat.
Soo Wincci menunjukkan albumnya dalam bahasa Malaysia.
Tambah Wincci, dia tidak pernah merancang atau menetapkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang sebelum berjaya dalam kerjayanya.
Sementara itu, album pertama dalam bahasa Melayu ini memuatkan empat buah lagu baharu ciptaan komposer Ajai iaitu Terus Teranglah, Musim Asmara, Jangan Risau, dab Nombor 1.
Wincci berkata, cabaran utama dalam penghasilan album tersebut adalah mengatasi masalah pelat dalam menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu.
"Cabaran utama ialah saya terpaksa mengambil masa panjang untuk proses rakaman kerana ada beberapa lirik dan perkataan yang sukar untuk disebut.
"Oleh itu, Ajai terpaksa menukar lirik ketika itu kepada perkataan yang lebih mudah untuk disebut," ujarnya.
Katanya, penggunaan bahasa Mandarin ketika menetap di Taiwan turut menjejaskan penggunaan bahasa Malaysianya.
Album yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan ini bakal berada di pasaran pada minggu depan.

Aidil Zafuan temui cinta baharu

Posted: 14 Dec 2013 04:05 AM PST

  • Aidil ZafuanAidil Zafuan bersama teman barunya, Zarema Zaina.l - Foto ihsan Media Hiburan

BEKAS suami kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya Mac tahun hadapan.

Memetik laporan portal Media Hiburan, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan  bakal mengahwini  anak bekas Adun Selangor iaitu Zarema Zainal.

"Mana tahu ni?" tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya.

"Insya-ALLAH, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus," ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar perkahwinannya.

Qi Razali Masuk Hospital Akibat Sakit Leher, Tulang Belakang

Posted: 14 Dec 2013 04:04 AM PST


Gambar Qi Razali yang menerima rawatan. Gambar dimuat naik di akaun Instagram Nellydia Senrose.
PETALING JAYA: Pelakon Qi Razali telah dimasukkan ke Pusat Pakar Ortopedik Quill Taman Tun Dr Ismail di sini pada tengah hari Khamis lalu akibat mengalami sakit leher dan tulang belakang kronik.
Kekasihnya pelakon Nelydia Senrose berkata, Qi sering mengadu sakit leher dan tulang belakang sejak terlibat dengan kemalangan sebulan lalu namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi membuat keputusan untuk melakukan rawatan di hospital dengan segera.
"Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius.
Nelydia Senrose
"Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu dia terus mendapatkan rawatan di hospital dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Jumaat.
Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan.
Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.
"Sebenarnya kami okey. Biasalah kami kan masih lagi dalam tempoh perkenalan.
"Ada masanya sikap cemburu pasti keluar. Tapi Alhamdulillah kami masih lagi sayang antara satu sama lain," ujarnya.

Wan Maimunah selamat diijab kabul

Posted: 14 Dec 2013 04:03 AM PST

  • Wan Maimunah selamat diijab kabulWan Maimunah menerima mas kahwin 'membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH'.

JOHOR BAHRU – Aktres yang lebih sinonim dengan gelaran 'ratu air mata', Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah di Tropical Inn, di sini kira-kira jam 8.20 malam.

Dengan Sekali lafaz, Wan Maimunah yang kelihatan anggun dengan persalinan serba putih itu kini sah menjadi suri hati Makpol itu turut menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Kedua mempelai juga tidak dapat menahan sebak sejurus selesai lafaz akad nikah yang dihadiri keluarga kedua belah mempelai dan rakat rapat.

Ketika ditemui media, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu mengakui tidak mengharapkan mas kahwin beribu ringgit sebaliknya hanya meminta suaminya itu membimbing ke jalan ALLAH.

"Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

"Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami," katanya.

Sementara itu, Makpol tidak menghalang Wan Maimunah itu untuk terus aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepada isterinya itu untuk membuat pilihan.

Beliau juga mengakui mereka berdua tidak mengambil masa lama untuk bercinta sebaliknya terus mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

"Pada saya, ianya telah tertulis oleh ALLAH untuk kami bertemu dan menjadi pasangan suami isteri, seperti juga pasangan lain kami berdua turut berharap supaya perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat," katanya.

Isu Skandal: Amiruddin Tidak Akan Mengalah, Tuntut Adi Putra Mohon Maaf

Posted: 14 Dec 2013 04:02 AM PST


Amiruddin (kanan) dan isterinya Noraida serta peguam mereka Muhammad Hasif dalam satu sidang media di Hotel Concorde pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya.
Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action'(NFA dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan.
"Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian.
"Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya.
Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat.
Noraida
Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami.
Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil.
"Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung," ujarnya.
Adi Putra bersama isterinya, Aida atau Zuhaidah Yusof.
Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya.
"Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku," ujarnya.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Persandingan 'Taman Inggeris' Rozita & Zain Penuh Meriah

Posted: 14 Dec 2013 04:00 AM PST


Indahnya persandingan Rozita dan Zain Saidin
SHAH ALAM: Majlis resepsi persandingan pasangan selebriti Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40, berlangsung penuh meriah dengan tema "taman Inggeris" yang diadakan di Setia City Convention Centre, di sini, Jumaat malam.
Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadh.
Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis merisik, berinai dan akad nikah.
Rozita yang anggun mengayakan busana daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri majlis tersebut.
Majlis dimeriahkan dengan nyanyian daripada Fazli Zainal, Ayu Damit dan Dafi.
Sementara itu, antara rakan artis yang hadir ialah Ziana Zain, Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Azza Elite, Micheal Ang, Rizal Jaafar, dan Azhan Rani.
Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Rabu lalu.
Aktres tersebut turut menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.

Suami Krisdayanti Mahu Anak Jadi Pemain Bola Sepak

Posted: 14 Dec 2013 03:58 AM PST


Kris bersama suami dan anak mereka.
SAMBUTAN majlis ulang tahun pertama anak Krisdayanti, iaitu Kellen Alexander Raul Lemos berlangsung dengan penuh meriah pada Khamis lalu bertemakan sukan bola sepak.
Menurut laporan Kapanlagi suami penyanyi Indonesia itu, Raul, mengimpikan agar anaknya itu akan menjadi seorang pemain bola sepak yang hebat.
"Raul mahu Kellen menyertai sebuah kelab bola sepak bermula usia kanak-kanak lagi. Memang itu impiannya sejak dahulu," kata Kris.
Beritahu Kris, Raul menyifatkan profesion sebagai pemain bola sepak menonjolkan lagi sisi kelelakian seseorang dan kerana itu dia juga mahu Kellen terlibat dengan sukan tersebut.
Bagaimanapun, beritahu Kris, mereka tidak memaksa sekiranya Kellen tidak berminat melibatkan diri dalam suka bola sepak.
Sementara itu, selain Kellen, Kris turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang iaitu Titania Aurelie Nurhermansyah,15 dan Azriel Akbar Hermansyah, 13.

Mydin labur RM275 juta

Posted: 14 Dec 2013 03:55 AM PST

  • Mydin labur RM275 jutaPengasas dan Pengerusi Mydin, Mydin Mohamed (tengah) memotong reben sebagai gimik pembukaan Mydin Mall Seremban 2 sambil diperhatikan Ameer (kanan).

MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin) meluaskan operasi perniagaannya dengan membuka Pasar Raya Mydin dengan konsep pusat membeli-belah, sekali gus menjadi antara yang terbesar di negara ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr  Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya yang dibina di Seremban 2, Negeri Sembilan itu melibatkan kos pelaburan RM275 juta yang juga merupakan cawangan ke-13.

"Pemilihan lokasi di Seremban 2 kerana kedudukannya yang strategik bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk di Negeri Sembilan, malah akan menjadi destinasi alternatif membeli belah untuk penduduk di Nilai, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan kawasan sekitar.

"Mydin Seremban 2 ini adalah yang terbesar di antara rangkaian perniagaan Mydin di seluruh negara merangkumi bangunan empat tingkat dengan keluasan 950,000 kaki persegi," katanya pada majlis pembukaannya di Seremban 2.

Menurutnya, bagi menonjolkan kelainan, pihaknya turut memperkenalkan penggunaan sistem pengimbas layan diri yang pertama di Asia Tenggara.

Katanya, ia bertujuan memberi revolusi baharu kepada pengguna ketika membeli belah, sekali gus mampu memberikan perkhidmatan terbaik.

"Pengguna tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama ketika membuat pembayaran di kaunter dan ini pastinya dapat menjimatkan masa.

"Untuk kemudahan ini kami menyediakan 140 unit alat pengimbas. Malah, perkhidmatan e-pay turut disediakan bagi memudahkan pengguna untuk membuat tambah nilai caj telefon dan membayar bil semasa mereka," katanya.

Ameer berkata,  pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti medan selera, Wi-Fi, surau, tempat permainan kanak-kanak, kerusi roda dan ruang parkir bertingkat yang boleh menempatkan 1,392 kenderaan dalam satu masa.

Mengulas berhubung perancangan tahun depan, Mydin akan membuka lima lagi cawangan yang melibatkan pelaburan RM650 Juta.

"Jika semuanya berjalan lancar, kami akan membuka cawangan di Kuala Terengganu, Selangor, Johor Bahru dan Perak  yang  akan dibuka pada April tahun  depan.

"Manakala 25 lagi pasar raya besar borong akan dibuka dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Langkah matang Britney Spears

Posted: 14 Dec 2013 03:46 AM PST



UTUH lantunan setiap lagunya mampu membuatkan pendengar ligat mencari maksud yang tersirat. Lincah gerak tarinya pula ternyata membiaskan perasaan kagum oleh para peminat yang sedang menonton.
Menjadi ikon muzik yang digemari oleh semua lapisan masyarakat menuntut terlalu banyak komitmen. Tidak terkecuali, kontroversi serta isu-isu hangat yang melanda sering menghambat kehidupan peribadinya sejak bergelar penyanyi.
Sepanjang tempoh 21 tahun bergelumang dalam gemerlap dunia nyanyian, jatuh dan bangunnya penyanyi pop tersohor dunia, Britney Spears, 32, ditafsirkannya sebagai pembakar semangat dalam usaha mengembangkan karier ke peringkat yang lebih tinggi.
Selepas menjayakan program realiti pencarian bakat The X Factor US tahun lalu, Britney yang menyandang jawatan sebagai salah seorang juri dan mentor untuk rancangan tersebut hadir dengan perancangan baharu untuk menawan bandar Las Vegas selama dua tahun bermula 27 Disember depan.
Penyanyi residen Planet Hollywood
Desas-desus mengenai tawaran kontrak dan pelantikan Britney sebagai penyanyi residen di Hotel Planet Hollywood, Las Vegas telah tersebar dalam kalangan peminatnya sebelum pengumuman rasmi dibuat beberapa bulan lalu.
Menepati jangkaan, Britney yang mengikut jejak langkah Celine Dion dan Elton John nyata teruja untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini menerusi siri konsert yang diberi nama Piece of Me itu.
"Vegas merupakan satu cabaran baharu buat saya. Bagaimanapun, saya menginginkan satu kelainan dalam memberikan persembahan kepada peminat. Ia bakal menjadi seperti sebuah parti yang sangat besar.
"Melalui platform ini juga, saya mampu untuk memberikan persembahan yang luar biasa berbanding persembahan jelajah biasa yang memerlukan saya bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain," ujarnya yang menerima bayaran sebanyak RM1 juta (USD 309, 000) bagi setiap persembahan.

BRITNEY kini bersedia untuk kembali berkahwin dan membina keluarga bersama kekasih baharunya, David Lucado.


Menurut Britney, demi mencapai persembahan yang baik sepanjang tempoh residensi tersebut, dia harus berusaha keras dan sentiasa fokus terhadap sesi latihan yang dijalankan.
"Saya perlu berlatih lebih kerap untuk menjayakan persembahan itu nanti. Sejak kebelakangan ini, saya mementingkan kesempurnaan dalam setiap apa yang saya lakukan.
"Sifat penuh ketelitian menyebabkan saya terpaksa bekerja keras. Orang mengharapkan lebih daripada saya, bukan sahaja apa yang saya lakukan tetapi siapa saya dalam industri hiburan hari ini," akuinya.
Dalam pada itu, Britney turut memberitahu, dia terpaksa mengikuti sesi latihan tarian dan nyanyian intensif selama lima hingga enam jam sehari sebagai persediaan sebelum memulakan siri konsertnya.
"Setiap kali habis sesi latihan, badan saya pasti akan sengal-sengal. Ia berlanjutan sekurang-kurangnya untuk tiga hari.
"Kadangkala, saya gagal untuk menggerakkan kaki dan tangan akibat terlalu kuat berlatih. Tetapi, saya komited dan terus mencabar diri untuk mencuba sesuatu di luar ruang selesa," ujarnya lagi.
Kongsi kisah peribadi
Ibu kepada Sean Preston dan Jayden James ini pernah melalui pelbagai episod patah hati dengan beberapa orang lelaki dalam hidupnya. Sejak bercerai dengan Kevin Federline, dia seperti sukar untuk bertemu dengan teman hidup yang baharu.
Awal tahun ini, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan tunangnya, Jason Trawick, setelah tiga tahun menjalinkan hubungan.
Menurut Britney, kisah putus cinta dan patah hati yang dilalui mampu memberikan inspirasi kepada para peminatnya. Justeru itu, dia berhasrat untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang kisah peribadi serta cinta yang tidak kesampaian melalui album baharunya, Britney Jean.
"Banyak lagu yang terdapat dalam album ini mempunyai kaitan dengan kisah perpisahan yang telah saya lalui tahun ini.
"Bila kamu melalui proses perpisahan yang menyedihkan, banyak perkara yang ingin kamu lakukan untuk melupakannya. Lambat-laun, kamu sedar bahawa perkara tersebut mampu membuatkan kamu lebih gembira dalam meneruskan kehidupan," jelasnya yang menyifatkan pembikinan Britney Jean mampu menjadi terapi bagi melupakan kisah sedih tersebut.
Britney turut berharap agar lirik yang terkandung dalam lagu-lagunya mampu memberikan inspirasi kepada para peminat.
"Saya sering mengikuti kata hati dan cuba untuk mengejar cita-cita. Saya yakin ia merupakan sesuatu yang boleh memberikan inspirasi kepada para peminat.
"Sebagai seorang penyanyi yang dikenali ramai, saya juga berharap agar lirik-lirik yang positif dapat sampai terus kepada pendengar," jelasnya lagi.
BRITNEY SPEARS memberitahu, album terkininya, Britney Jean penuh dengan kisah peribadinya.


Peranan seorang ibu
Bagi Britney, walaupun kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut lebih masa untuk beraksi di atas pentas, soal kebahagiaan anak-anak dan menjaga keperluan asas mereka tetap menjadi keutamaan baginya.
Bahkan, Britney memilih untuk menjadi artis residen di Planet Hollywood semata-mata kerana enggan berjauhan daripada dua orang anaknya.
"Sejak lima tahun lalu, saya kerap bergerak ke lokasi-lokasi yang berbeza dalam menjayakan empat siri konsert jelajah.
"Idea melakukan persembahan di satu tempat dalam tempoh masa dua tahun dapat mendekatkan saya dengan keluarga dan anak-anak. Para peminat juga berpeluang menonton persembahan tersebut bila-bila masa dengan mudah," ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai perancangan masa depan, Britney yang kini menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang dikenali sebagai David Lucado berkata, dia teringin untuk menambah bilangan cahaya mata serta mendirikan rumah tangga sekali lagi.
"Saya teringin untuk menimang cahaya mata baharu, mungkin sepasang kembar! Ia bakal menjadi momen yang sangat menggembirakan," ujarnya positif.


Amir tidak terlalu berharap

Posted: 14 Dec 2013 03:44 AM PST

MENURUT Amir, dia menjangkakan menang dalam kategori Kulit Album Terbaik.


TERCALON buat kali pertama dalam sebuah acara berprestij seperti Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) yang berlangsung hari ini di Stadium Putra Bukit Jalil merupakan satu kejutan buat penyanyi Mohamad Amirullah Jahari.
Mula dikenali ramai menerusi lagu Penghibur Jalanan, penyanyi yang menggunakan nama pentas Amir Jahari itu mengakui tidak menyangka akan tercalon sehingga empat kategori.
Tercalon dalam kategori Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik, Kulit Album Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik untuk album sulungnya, Penghibur Jalanan, penyanyi muda berusia 21 tahun itu menyatakan pada awalnya dia menyangka akan tercalon dalam satu kategori sahaja.
Amir yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini meluahkan perasaan gembiranya dengan pencalonan yang diterima dan melihat ia sebagai satu perkembangan yang sihat dalam perkembangan kerjaya nyanyiannya.
Kosmo!: Tahniah kerana tercalon dalam empat kategori untuk AIM 20. Bagaimanakah anda melihat tentang pencalonan yang diterima ini?
AMIR: Sebagai seorang penyanyi yang masih boleh dikategorikan agak baharu lagi dalam industri muzik, sudah tentu ia merupakan kejutan buat saya. Saya juga bersyukur apabila hasil kerja saya mendapat penilaian yang baik daripada juri.
Adakah anda meletakkan harapan yang tinggi untuk menang dalam keempat-empat kategori tersebut?
Bohonglah kalau saya katakan tidak mahu menang kerana setiap individu yang tercalon pastinya inginkan kemenangan, tetapi kalau dapat menang untuk satu kategori pun sudah memadai. Kalau gagal, saya anggap sahaja sudah tiada rezeki.
Sebenarnya saya tidak mahu terlalu berharap sangat untuk menang kerana tidak mahu berasa kecewa sekiranya tewas. Dahulu saya pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi menang dalam sebuah pertandingan nyanyian, namun akhirnya tewas dan saya berasa sangat kecewa.
SEBAGAI pendatang baharu, Amir melihat pencalonan di dalam AIM 20 akan memberi impak besar terhadap perjalanan kariernya pada masa akan datang.


Dalam kategori manakah yang anda rasa ada peluang untuk menang?
Sejujurnya agak sukar untuk saya jangka, tetapi dalam keempat-empat kategori yang dicalonkan saya melihat peluang lebih besar dalam kategori Kulit Album Terbaik. Bagaimanapun, kalau menang lebih daripada satu pastinya ia merupakan satu bonus.
Bagaimanakah pula dengan saingan penyanyi-penyanyi lain untuk setiap kategori yang anda dicalonkan?
Saya lebih melihatnya sebagai sebuah persaingan yang sihat kerana kebanyakan penyanyi yang tercalon dalam kategeri sama adalah rakan-rakan saya sendiri serta masing-masing ada peluang untuk menang. Mengenai kategori yang paling memberikan cabaran buat diri saya pula sudah tentu untuk kategori Susunan Muzik Terbaik kerana perlu bersaing dengan penyanyi seperti Anuar Zain dan Hafiz Suip.
Apakah perkembangan terkini kerjaya anda sekarang?
Pada 22 Disember ini saya bersama beberapa penyanyi lain seperti Faizal Tahir, Hafiz Hamidun dan Yasin akan memulakan projek kolaborasi untuk sebuah lagu yang berunsur kerohanian. Selain itu, saya akan melancarkan single terbaharu saya pada hujung bulan ini, tetapi masih belum pasti untuk memilih sama ada lagu Aku Juga Manusia atau Masa Lalu. Perkara ini bergantung kepada perbincangan dengan pengurus saya sebelum keputusan dibuat.


Bukti Hujan masih bersatu

Posted: 14 Dec 2013 03:43 AM PST


HUJAN mempersembahkan untaian hit mereka sejak zaman album 1,2,3 Go? sehingga Sang Enemy.


HUJAN merupakan band indie pertama yang berjaya melangkah masuk ke pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) untuk sebuah konsert perdana bersifat akustik.
Revolusi yang diperkenalkan oleh DFP itu sedikit sebanyak membuka ruang dan menarik khalayak berbilang untuk menjengah dewan berprestij itu yang selama ini diberi tumpuan untuk persembahan klasikal khususnya.
Selepas Aizat Amdan, Yuna, Hafiz Suip dan Najwa Mahiaddin, pintu dibuka untuk Hujan mempertaruhkan bisa mereka buat penyokong band yang sudah lapan tahun bertapak.
Konsert Hujan pada malam 2 Disember lalu bersifat santai, sarat hilai tawa oleh humor bersahaja sang vokalisnya, Noh Salleh dan keseluruhannya menghiburkan.
Untaian lagu yang dipilih oleh band itu hits semata-mata dan dipetik daripada koleksi album empat album dan dua album EP terbaik mereka, Sang Enemy (2012), Lonely Soldier Boy (2010), Mencari Konklusi (2009), Hujan (2008), Check, Check, Rock, Rock (2007) dan 1,2,3 Go? (2006).
Pentas dibuka dengan penampilan tiga penyanyi latar Leo Azman, Dyana Shamsuddin dan Faris Shazie yang mempersembahkan overture medley lagu Rumah Kita, Ke Selatan dan DBS.
Bagaimanapun, kelemahan kualiti persembahan trio itu ditutup oleh kemunculan Noh yang langsung membuka panggung menerusi single Lonely Soldier Boy.
Noh diiringi tiga anggota kumpulan Hujan lain iaitu AG Coco (gitaris), Izzat (bass) dan Ambobzeela (dram) meneruskan persembahan dan melantik Faizal Uzir atau lebih terkenal disapa Lok Yu menggantikan posisi Dimas bermain keyboard.
Momento
Noh menyeret penonton melewati usia awal pembabitan Hujan dalam industri hiburan Malaysia yang akhirnya mendorong pencapaian mereka hari ini.
"Suatu ketika dahulu, Hujan pernah busking di depan KLCC dan peritnya waktu itu kami siap dihalau keluar daripada kawasan ini.
"Tapi tidak sangka pada malam ini tiket habis dijual dan itu membuktikan sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi buat Hujan," ujar Noh berinteraksi bersama audiens sebelum mempersembahkan lagu Bagaikan Matahari dan Aku Yang Asing yang dipetik daripada album Lonely Soldier Boy.

SELAKU ketua, Noh menafikan yang Hujan sedang bergolak dengan isu dalaman.


Noh sesekali mengusik keluarga dan isterinya, Mizz Nina yang hadir sama menyaksikan konsert tersebut. Adakalanya jenaka dan ucapannya membuktikan kasih sayang pasangan yang telah tiga tahun mendirikan rumah tangga itu masih mekar mengharum.
Noh menghadiahkan lagu Kotak Hati buat isterinya. Sambil memetik sebuah gitar akustik, diiringi rembang lampu sorot solo penyanyi kelahiran Sarawak itu nampak larut membuai jiwa. Emosi sama diluahkan Noh menerusi lagu Di Kala Bulan Bermain Biola.
Melanjutkan acara, lagu-lagu seperti Empayarmu, Mencari Konklusi dan Dugaannya melewati suasana dewan yang makin gamat bersahut sorak-sorai peminat setia band Hujan.
Di kala berseloroh, Noh tidak putus-putus mengucapkan syukur atas sokongan tidak berbelah bahagi kelab peminatnya yang dipanggil Raingers.
Pagi Yang Gelap memperkenalkan band Hujan kepada khalayak. Benar pada mulanya perkenalan genre rock alternatif itu berlaku penolakan dalam masyarakat, tapi Hujan telah menjenamakan band itu ke satu tahap lebih tinggi dalam arus muzik tempatan.
"Single Pagi Yang Gelap merupakan simbol kepada Hujan dan telah meletakkan band ini ke kedudukan yang orang boleh hargai.
"Hari ini, Hujan membuktikan bahawa kami masih bersatu sebagai sebuah pasukan walaupun pelbagai spekulasi timbul. Insya-Allah kami akan teruskan perjuangan!" tuturnya bersemangat sebelum mengalunkan lagu ikonik Pagi Yang Gelap.
Puteri Gunung Ledang
Segmen akhir Hujan menampilkan seorang penyanyi jemputan yang belum pernah selama ini didedahkan sehingga malam tersebut.
Hanya bermain bayangan sosok badan, audiens berteka-teki sesama sendiri. Hingga notasi jazz jawa berkumandang mengambil intro lagu Bagaikan Sakti yang popular menerusi filem Puteri Gunung Ledang. Akhirnya mendedahkan empunya diri, raut wajah pemain teater Puteri Gunung Ledang, Datin Seri Tiara Jacquelina muncul bagai ditelah.
Mengejutkan. Dalam persalinan tuksedo Tiara berduet bersama Noh untuk sebuah lagu hit Aku Skandal dalam versi dan lenggoknya tersendiri.
"Saya memang peminat fanatik band Hujan selama ini. Apabila Noh menghubungi saya untuk menjemput kami berduet, kenapa perlu saya lepaskan peluang menarik ini. Jawapan saya adalah ya!" cerita Tiara.
Hujan meneruskan dua lagu terakhir mereka pada malam penuh indah itu. Bila Aku Sudah Tiada dan Kembara menutup tirai persembahan mereka.
Nyata, ia bukan sebuah persembahan biasa-biasa. Megahnya Hujan diberi peluang beraksi di pentas DFP jelas sebagai perlambangan bahawa mereka tidak pernah dipandang enteng dalam industri hiburan tempatan.


Sindiket penipuan love scam berterusan

Posted: 14 Dec 2013 03:39 AM PST


BEBERAPA orang warga Afrika ditahan dalam Ops Tiong di Taman Sri Kuching, Kepong, Kuala Lumpur malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan cinta internet atau love scam yang didalangi warga Afrika tidak pernah berakhir apabila semalam polis membongkarkan kira-kira 10 buah rumah kedai di Taman Sri Kuching di Kepong di sini dipercayai dijadikan pusat operasi penipuan ahli sindiket itu.
Timbalan Pengarah Operasi dan Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Yusof berkata, dalam Ops Tiong yang dilakukan pada pukul 1.30 pagi itu, polis menahan 47 individu termasuk 11 wanita yang diperiksa di dalam beberapa buah rumah yang disewa warga asing.


Baitulmuqaddis bermandi salji

Posted: 14 Dec 2013 03:36 AM PST

TEMBOK BARAT dan Kubah Batu yang menjadi tempat suci orang Yahudi dan Islam di Baitulmuqaddis dilitupi salji semalam.


BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam.
Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui.
Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50 sentimeter turun di sini sejak kelmarin.
"Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat.
Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat sini.
Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara.
Semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga diberitahu kelak dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji berterusan.
Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah.


Pengawal keselamatan bukan kerjaya pilihan

Posted: 14 Dec 2013 03:31 AM PST



SUASANA pada waktu pagi di sekitar asrama pekerja berhampiran Lebuh Raya Damansara-Puchong, Petaling Jaya itu tampak tenang. Sesekali kelihatan beberapa buah motosikal berlegar-legar di kawasan tersebut sambil diselangi kehadiran beberapa individu pejalan kaki dari tempat letak kereta bersebelahan asrama tersebut.
Ramli Ahmad, 58, asyik memerhatikan kehadiran mereka dari satu sudut pondoknya yang terletak di tepi pintu masuk kawasan asrama tersebut.
Kadang-kadang dia disapa oleh orang yang lalu-lalang di situ dan dia membalasnya dengan senyuman sambil mengangkat tangan jika individu tersebut dikenalinya.
Begitulah, rutin harian Ramli sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan tersebut sejak lebih setahun lalu.
Dia yang segak berbaju putih, berseluar biru gelap dan berkasut hitam itu ditemani cota yang sering dibawanya ke mana-mana sahaja tanpa rasa jemu dan lelah.
Kehadirannya kadangkala melahirkan rasa gerun dan curiga kepada setiap individu yang memandangnya.
Anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu memutuskan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur setelah mendapatan pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding di tempat asalnya.
"Saya memilih kerjaya ini kerana tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi selain sanggup berhijrah ke ibu kota ekoran tawaran gaji yang lebih.
"Selepas lebih sebulan bekerja, saya telah mengenali ramai orang di sini sekali gus kami menjadi lebih mesra.
TAWARAN gaji lebih lumayan menarik minat Ramli ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.


"Situasi ini menjadikan suasana tempat kerja saya menjadi lebih selesa dan menyeronokkan," katanya yang mempunyai lima orang anak.
Hasil titik peluh itu, Ramli memperoleh pendapatan sekitar RM1,500 sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM800 akan diserahkan kepada isterinya yang tinggal di Perak.
Selain itu, dia membayar wang ansuran rumah di Perak sebanyak RM250 dan bakinya untuk kegunaan harian seperti membeli makanan.
"Sebenarnya gaji yang saya dapat sebagai pengawal keselamatan ini, cukup-cukup makan sahaja, bolehlah untuk menampung kami sekeluarga.
"Gaji soal nombor dua bagi saya, yang penting saya dapat menjaga keselamatan harta benda dan nyawa orang di sini," katanya.
Perihal kerja
Bercerita mengenai perihal kerja, dia yang tinggal di asrama akan bangun seawal pukul 5.30 pagi sekiranya bekerja syif pagi. Jarak asrama ke tempat kerjanya kira-kira 10 kilometer.
Majikannya turut menyediakan kemudahan pengangkutan pergi dan balik ke tempat kerja.
Katanya, pekerjaan sebagai pengawal keselamatan memerlukan disiplin tinggi dan kesabaran kerana perlu berada dalam keadaan setempat secara berseorangan dalam tempoh lama iaitu sehingga 12 jam.
Ia merupakan punca utama golongan muda tempatan kurang berminat menceburi kerjaya sebagai pengawal keselamatan sekali gus menyaksikan pekerjaan tersebut disambar pekerja asing.
Bagaimanapun, situasi tersebut berbeza bagi Mohd. Hafiz, 24, yang merupakan seorang graduan dari sebuah universiti tempatan.
Dia terpaksa memilih kerjaya sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah selepas gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya.
"Selepas lebih setahun keluar universiti, saya memohon dan telah dipanggil menghadiri beberapa temuduga oleh syarikat yang menawarkan jawatan bersesuaian dengan kelulusan saya.
"Namun, tiada sebarang panggilan kerja yang saya diterima, maka daripada menganggur lebih baik saya bekerja, walaupun sebagai pengawal keselamatan," katanya yang masih bujang.
Menurut Hafiz, bapanya juga merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah sejak lebih 10 tahun lalu dan ia merupakan salah satu faktor dia memilih kerjaya tersebut.

KES seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya, Selangor yang merompak dan membunuh mangsa menggemparkan masyarakat tempatan baru-baru ini.


Tanggungjawab
Selain dapat membantu ekonomi keluarga, Hafiz juga berpeluang merasai cabaran bergelar seorang pengawal keselamatan seperti yang pernah dirasai bapanya.
"Kerjaya ini sangat mulia dan turut mempunyai cabaran yang tersendiri. Apabila melalui sendiri barulah saya tahu bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah berat dan memerlukan kesabaran.
"Sebelum ini, saya menganggap kerjaya sebagai pengawal keselamatan hanya duduk dan tengok sahaja, rupa-rupanya banyak cabaran yang perlu dihadapi," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia terpaksa membuang sifat malu selain terdapat sesetengah pihak yang memandang sinis pekerjaannya itu.
"Masyarakat sekeliling pasti ramai yang menganggap saya tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi," katanya dengan nada perlahan.
Hafiz turut mengingatkan masyarakat supaya tidak memandang rendah kerjaya pengawal keselamatan sepertinya.
Selain itu, katanya, masyarakat harus menerima setiap arahan yang diberikan oleh setiap pengawal keselamatan kerana mereka hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pihak syarikat.
"Kadang-kadang orang awam tidak mahu mengikut arahan kami. Mereka anggap kami tidak layak memberi arahan kerana mereka lebih berpelajaran dan mempunyai kerjaya yang lebih baik," katanya.
Dalam pada itu, pelajar Kolej Politeknik Mara, Mohd. Izzat Amir, 22, mengakui kerjaya sebagai pengawal keselamatan bukan kerjaya pilihannya.
Ini kerana, katanya, selain tawaran gaji yang kurang lumayan, kerjaya tersebut juga tidak glamor.
"Pengawal keselamatan juga berdepan risiko kehilangan nyawa terutama yang bekerja di sektor yang membabitkan wang atau benda berharga.
"Sehubungan itu, walaupun saya ditawarkan gaji yang tinggi, saya tidak akan menerimanya," katanya.
Tambahnya, rata-rata pengawal keselamatan bekerja dalam tempoh panjang dan sukar mengambil cuti terutama pada hujung minggu.
"Saya dapati, pengawal keselamatan juga terpaksa bekerja pada hari raya atau cuti umum. Mereka sukar untuk mendapat cuti yang panjang dan jika hendak bercuti mesti ada pengganti.
"Mereka juga terpaksa bersekang mata sekiranya bekerja pada waktu malam," katanya.
Kes jenayah
Sementara itu, kebelakangan ini, kerjaya sebagai pengawal keselamatan mendapat perhatian luar biasa daripada masyarakat di negara ini.
Ia berikutan, berlaku beberapa kes jenayah membabitkan pengawal keselamatan termasuk merompak bank, kedai emas dan kilang.
HAFIZ komited menjalankan tugasan sebagai pengawal keselamatan.


Kes-kes tersebut melahirkan rasa kurang senang masyarakat terhadap kerjaya tersebut, walaupun hanya segelintir pengawal keselamatan yang bersikap sedemikian.
Ia turut diakui Haryati Abdullah, 45, seorang kakitangan di sebuah syarikat swasta.
Dia berkata, isu-isu jenayah yang membabitkan pengawal keselamatan kebelakangan ini menyebabkan imej mereka terjejas teruk di mata masyarakat.
"Pihak majikan perlu mengambil pengawal keselamatan yang berkelayakan dan bukan tangkap muat sahaja kerana pelbagai perkara buruk boleh berlaku sekiranya tersalah pilih.
"Selain itu, majikan juga perlu mengutamakan warga tempatan berbanding warga asing atas faktor keselamatan. Ini kerana, terdapat kes warga asing yang menipu mengenai diri mereka semata-mata untuk bekerja di negara ini. Tindakan mereka amat membahayakan orang ramai terutama di sektor perbankan.
"Bagi menarik minat warga tempatan bekerja sebagai pengawal keselamatan, majikan perlu menawarkan gaji atau elaun yang setimpal dengan risiko yang mereka hadapi," katanya.


Dua varian untuk pasaran Malaysia

Posted: 14 Dec 2013 03:29 AM PST



APABILA ditanya mengenai kenderaan super mewah Itali, dua jenama pasti muncul dalam fikiran. Ferrari dan Lamborghini. Bukan suatu perkara aneh kerana produk itu pantas ditangkap mata tatkala menjalar di jalan raya. Kelibat jentera eksotik itu mudah dikenali gara-gara deruman ekzos dan persembahan warna badan kenderaan yang terang.
Malah lebuh raya Malaysia pada setiap hujung minggu pasti menjadi lokasi laluan kereta-kereta berkenaan dari Selatan menuju Utara atau sebaliknya.
Ada yang mendakwa, itu antara profail sebilangan besar pemilik jentera lambang kuda dan lembu jantan. Seolah-olah mereka mahu menarik perhatian para pemandu lain dan memberitahu mengenai kewujudan jentera berkuasa tinggi itu.
Profail itu nyata berbeza jika dibandingkan dengan satu lagi jenama dari Itali. Pemiliknya kurang gemar meraih perhatian dan lebih suka bergerak secara solo. Itulah Maserati. Jenama lambang trisula itu bukannya baharu di Malaysia. Edaran secara rasmi sudah bermula pada 2009 oleh Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia).
Naza Italia ialah pengedar rasmi jenama Ferrari dan Maserati di Malaysia. Sebenarnya, Ferrari dan Maserati memiliki hubung kait rapat di Itali. Maka tidak hairanlah Kumpulan Naza menempatkan dua produk sekelas itu di bawah Naza Italia.
Ferrari pernah memiliki Maserati pada tahun 1997 dan kini, dua-dua entiti itu ialah syarikat adik-beradik di bawah payung Fiat S.p.A. Ada juga beberapa laporan mengatakan Ferrari membekalkan enjin bagi kegunaan Maserati.
Portfolio produk Maserati di Malaysia baru-baru ini diluaskan dengan ketibaan dua varian baharu iaitu Quattroporte S dan Quattroporte GTS. Jika sebelum ini, produk yang dijual lebih tertumpu kepada segmen sport touring.

RUANG kelegaan kaki penumpang belakang telah ditingkatkan untuk keselesaan para penumpang.


Quattroporte bermaksud empat pintu dalam bahasa Itali. Itu tidak bermakna warisan DNA perlumbaan Maserati digugurkan sepenuhnya dalam produk sedan tetapi diberi sentuhan baharu iaitu kemewahan.
Model yang tampil menemui peminat tempatan ialah generasi keenam dan pernah dipertontonkan sewaktu Pameran Motor Antarabangsa Amerika Utara awal Januari lalu sebelum menembusi beberapa pasaran di peringkat global.
Ketua Bahagian Rekaan Maserati, Lorenzo Ramaciotti berkata, Quattroporte mendokong inspirasi reka bentuk prinsipal asal termasuk bentuk menawan, garis badan dinamik dan seni bina Itali.
Katanya, saiz kereta kali ini lebih besar berbanding model terdahulu pada masa sama mengimbangi elemen sport dan mewah. Beberapa ciri utama daripada generasi sebelumnya telah dikekalkan. Antaranya, gril radiator, tiga buah ruang kemasukan udara serta bentuk segi tiga pada tiang C.
Wajah hadapan didominasi oleh hud panjang dan gril lebar yang menempatkan enjin berkuasa tinggi. Garis tubuh pada bahagian hud dan sisi kenderaan menonjolkan imej maskulin. Perumah set lampu utama jenis Bi-xenon dengan padanan lampu DRL LED dipanjangkan ke bahagian sisi hadapan.
Imej belakang mengetengahkan paparan lebar yang disokong dengan beberapa garis tubuh secara melintang. Penyeri utama adalah set lampu belakang jenis LED berbentuk memanjang. Ia tampak kemas dan menawan.
Aspek keseimbangan berat jentera berjaya dikekalkan pada nisbah 50:50 hasil kepintaran pasukan jurutera Maserati yang memberi pengenaan set suspensi bersesuaian selain mengubah kedudukan tangki minyak. Perkara itu juga membantu meningkatkan kapasiti ruang simpanan sehingga 530 liter jika menurunkan kerusi barisan belakang.
Buka pintu kereta Quattroporte, ruang kabin memaparkan kombinasi binaan eksklusif dan sport ekoran penggunaan beberapa jenis material seperti alcantara, kulit berkualiti tinggi dan lapisan kayu khususnya pada bahagian papan pemuka.
Lebih selesa
Untuk aspek keselesaan, ruang kelegaan sudah ditingkatkan sebanyak 117 milimeter berbanding model sebelumnya. Konfigurasi tempat duduk pula melibatkan empat atau lima kerusi bergantung pada varian Quattroporte.
Bahagian konsol yang juga melibatkan pengenaan material kayu menjadi rumah kepada sebuah skrin sesentuh multimedia yang dikenali sebagai Maserati Touch Control. Skrin itu menawarkan beberapa ciri kemudahan termasuk sistem navigasi, paparan kamera undur, radio, pemain cakera padat dan video digital, sambungan bluetooth dan USB AUX.

ENJIN Maserati Quattroporte dengan padanan transmisi lapan kelajuan membantu menyempurkan saluran kuasa output dan tork yang diperlukan para pemilik jentera itu.


Sedan mewah Quattroporte S didatangkan dengan enjin V6 bersesaran 3.0 liter yang berupaya menjana kuasa sebanyak 410hp pada 5,500rpm. Tork tertinggi boleh dikecapi ialah 550Nm pada paras 1,750 hingga 5,000rpm. Kelajuan maksimum direkodkan adalah 285 kilometer sejam (km/j).
Berbekalkan enjin V8 3.8 liter, Maserati Quattroporte GTS pula mampu meledakkan kuasa maksimum 530hp pada 6,500rpm dan tork setinggi 650Nm antara 2,000 hingga 4,000rpm. Kelajuan maksimumnya ialah 307km/j. Varian itu ialah kereta Quattroporte paling pantas pernah dicipta oleh Maserati.
Siri Quattroporte menggunakan sistem transmisi automatik lapan kelajuan yang dihubungkan pada sistem pacuan roda belakang. Kotak gear itu menawarkan penukaran gear lebih pantas sekali gus membantu penjimatan bahan api sehingga enam peratus (berbanding model sebelum ini). Mod pemanduan ditawarkan melibatkan automatik, automatik Sport, manual, manual Sport dan ICE (Increased Control and Efficiency).
Harga pengenalan Maserati Quattroporte GTS bermula serendah RM1,138,800 manakala Quattroporte S ditawarkan sebanyak RM898,800 seunit. Itu belum termasuk harga insurans dan cukai jalan.
Aktiviti mengembangkan portfolio perniagaan Naza Italia tidak terhenti di situ. Dengar khabar, awal tahun hadapan entiti perniagaan itu akan memperkenalkan model Gibli dan Maserati Grand Turismo. Sama-sama kita nantikannya.


Proton kenalkan Persona SV

Posted: 14 Dec 2013 03:27 AM PST


LUKMAN (tiga dari kiri) bersama barisan pengurusan atasan DRB-Hicom dan Proton pada majlis pelancaran Persona SV di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


PENGELUAR kenderaan nasional, Proton Holdings Bhd. melancarkan Proton Persona SV sebagai tambahan pilihan dalam rangkaian Super Value (SV) selepas memperkenalkan model Saga SV.
Proton Persona SV yang dilancarkan oleh Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil itu diadakan serentak dengan pengenalan karnival Proton Bola! Bola! Bola! Mega Test Drive di Stadium Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Hadir bersama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Komersial Proton, Hisham Othman.
Persona SV memperoleh tenaga daripada enjin 1.6 liter Campro IAFM dengan dua pilihan transmisi (automatik dan manual). Enjin empat silinder itu mampu menjana kuasa output 110 hp pada 6,500rpm dan tork setinggi 148Nm pada 4,000rpm.
Model sedan itu dipasang rim aloi berukuran 15 inci dan set audio 1-DIN dengan pemain cakera padat. Tambahan lain ialah stereng kuasa, cermin sisi bersama lampu isyarat membelok LED, dua beg udara, prapenegang tali pinggang keledar, sistem brek antikunci, sistem agihan brek elektronik dan brek cakera pada roda belakang.
Mohd. Khamil dalam satu kenyataan berkata, Proton Persona SV memberi nilai untuk wang kepada para pembeli tempatan dengan peningkatan kualiti produk, gaya dan lebih mampu milik.
"Kami menerima sambutan memberangsangkan sejak memperkenalkan model Proton Saga SV dan berharap Persona SV mendapat sokongan sama daripada pasaran tempatan dengan tawaran harga yang cukup menarik," jelasnya.
Model Proton Persona SV yang didatangkan dalam tujuh pilihan warna iaitu putih, tembaga, hitam, perak, merah, hijau dan biru kini dibuka untuk tempahan. Jaminan diberikan ialah selama dua tahun atau jarak perbatuan 50,000 kilometer (mana-mana tiba dulu).
Persona SV MT (transmisi manual) dijual pada harga atas jalan termasuk insurans bermula serendah RM44,938 manakala varian automatik dijual pada tag harga permulaan RM47,938 seunit.


Destinasi istirehat gamit pelancong

Posted: 14 Dec 2013 03:26 AM PST



BUNYI desiran angin dan lambaian dedaun kelapa di sekitar Kampung Selalang, Sarikei sudah cukup menterjemahkannya sebagai destinasi istirehat yang ideal untuk pelancong.
Terletak kira-kira 40 kilometer dari pusat bandar Sarikei, perasaan tenang dapat dirasai sebaik menjejakkan kaki ke inap desa tersebut.
Sepanjang menginap di Kampung Selalang, setiap pengunjung pasti dapat menghirup udara segar sambil ditemani dengan pelbagai aktviti yang disediakan.
Pemilik inap desa itu, Penghulu Latifah Bujang Abdullah berkata, dengan menyediakan pakej menarik dan harga yang murah, pastinya percutian pelancong di situ pasti meninggalkan nostalgia terindah.
Menurut Latifah, pihaknya menyediakan pelbagai aktiviti kepada pelancong seperti persembahan kebudayaan tradisional selain belajar cara-cara mengutip siput sedut.
"Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian yang diaturkan selain pelancong boleh memilih aktiviti mereka sendiri.
"Kami turut menyediakan persembahan kebudayaan tradisional seperti bergendang (nopeng) dan tarian poco-poco," jelasnya ketika ditemui.
Menyusuri sungai

PELANCONG disajikan dengan persembahan tradisi masyarakat tempatan.


Latifah menambah, bagi pengunjung yang inginkan cabaran, mereka berpeluang menjelajah dan menyusuri Sungai Selalang untuk melihat lebih dekat pelbagai spesies siput di situ.
Pengunjung juga ujarnya, boleh mencuba kemudahan rekreasi seperti menguji keberanian dengan memancing sambil melayan cabaran gelora ombak.
Beliau memberitahu, pihaknya juga menyajikan makanan masyarakat Melanau seperti umai dan sagu yang sentiasa menggamit selera pengunjung.
"Bagi menjaga tahap perkhidmatan yang berkualiti dan suasana damai yang eksklusif, kami boleh menampung 10 orang tetamu dalam satu-satu masa.
"Pengunjung pasti berpuas hati kerana inap desa Kampung Selalang menyediakan segala yang diperlukan dalam menikmati suasana rehat yang damai dan menyeronokkan," tambahnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belawai Datuk Len Talif Salleh memberitahu, program inap desa di Rumah Nyuka Itam, Ulu Sarikei menjadi tarikan terbaharu industri pelancongan di Sarikei.
Kata Len Talif, program yang disertai 13 peserta itu merupakan program inap desa pertama di bahagian tersebut.
Menurutnya, setakat ini seramai 1,335 orang pelancong dari seluruh negara telah berkunjung dan menginap di rumah inap desa yang diketuai oleh Kaunselor Ikau Aji.
"Ini termasuklah pelancong yang mengikuti pelayaran menyusuri Batang Rajang menaiki RV Orient Pandaw. Sejak akhir-akhir ini, kita juga menerima kedatangan pelancong yang dibawa oleh ejen-ejen pelancongan," katanya.

KEINDAHAN semula jadi Sungai Sebangkoi di Taman Rimba Sebangkoi turut menjadi tarikan.


Rumah Nyuka di Lubuk Lemba yang dibina pada tahun 1955 terletak kira-kira 17 kilometer dari simpang Jalan Bayong dan dianggarkan kira-kira 85 kilometer dari bandar Sibu.
Air terjun
Terdapat 45 keluarga dengan 300 orang penghuni dari suku masyarakat Iban mendiami rumah panjang ini.
Len Talif menambah, peserta inap desa di situ cukup bertuah kerana dipilih oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menghadiri latihan sebelum didaftarkan secara rasmi sebagai pengendali Program Homestay di Sarikei.

RUMAH Inap Desa di Kampung Selalang sedia memberikan perkhidmatan kepada tetamu.


"Selain struktur rumah panjang tradisional mereka dan budaya tradisional Iban, pengunjung ke rumah panjang ini juga berpeluang melawat air terjun yang terkenal iaitu air terjun Sungai Pau dan Sungai Munsoh.
"Kedua-dua air terjun ini terletak tidak jauh dari rumah penjang dan boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki.
"Pengunjung juga berpeluang memasak makanan mereka sendiri seperti ayam masak dalam buluh (manuk pansuh), liar pakis, rebung dan banyak makanan hutan," ujarnya.
Sarikei bermula dari sebuah kampung kecil masyarakat Selalang yang merupakan penduduk asal. Dengan jumlah penduduk kira-kira 130,000 orang ketika ini, masyarakat Sarikei terdiri daripada suku kaum Iban, Melanau, Melayu dan Cina.
Katanya, terdapat empat daerah kecil yang meliputi Bahagian Sarikei iaitu Meradong, Julau, Pakan selain Sarikei yang berada di bawah pentadbiran seorang Residen.

RUANG tidur yang selesa di Rumah Inap Desa.


Berubah wajah
Dalam tempoh tiga dekad lalu, deretan rumah kampung beratap usang menjadi pemandangan, namun kini Sarikei telah berubah wajah hasil pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
"Kini, Sarikei dipenuhi ratusan buah kedai konkrit dan mempunyai jaringan pengangkutan yang baik dan sistem perparitan teratur," jelasnya.
Kedudukannya yang strategik di laluan Batang Rajang menjadikan Sarikei mudah dihubungi dengan pengangkutan air ke kawasan-kawasan berhampiran seperti Tanjung Manis, Belawai, Daro, Matu dan Paloh.
Daerah ini juga merupakan daerah kedua terbesar dalam Sarikei dengan keluasan 985 km persegi dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi iaitu 58,021 orang.
Kaum Cina dan Iban merupakan kaum majoriti di Sarikei yang kebanyakannya mengusahakan tanaman seperti lada hitam, limau dan sayur-sayuran. Selain dipasarkan di daerah ini, produk tersebut juga dijual di Sibu, Bintulu dan Miri.
Sarikei juga antara pengeluar utama lada hitam di Sarawak. Tahun lalu, daerah ini telah mengeluarkan sejumlah 2,640 tan metrik lada hitam dari kawasan seluas kira-kira 686 hektar.
Pembangunan pertanian lain seperti buah limau juga giat dilaksanakan di sini.
Tiga buah mini estet kelapa sawit turut dibangunkan di Sarikei iaitu di Kerapa sekitar 200 hektar, Ulu Pauh; 250 hektar dan Kerubong; 280 hektar yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines