Ahad, 22 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Pekin, Uqasha rahsia tarikh akad nikah atas permintaan keluarga

Posted: 20 Dec 2013 09:08 PM PST


PEKIN dan Uqasha sudah sepakat memilih tarikh perkahwinan mereka.


GELORA cinta antara Pekin Ibrahim dan pasangannya, Uqasha Senrose boleh diibaratkan seperti pasang surutnya air laut. Lebih mudah jika disimpulkan hubungan kedua-dua pelakon ini seolah-olah tidak pernah berhenti dibadai kontroversi.
Bulan lalu, Pekin mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Uqasha kerana mendakwa kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu berlaku curang dengan pelakon popular, Sharnaaz Ahmad.
Tidak sampai beberapa hari, hubungan yang kononnya terputus itu kembali terjalin setelah dakwaan curang tersebut hanyalah pakatan Sharnaaz dan Uqasha untuk mengenakan Pekin sempena hari lahirnya yang ke-32.
Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim berkata, dia dan Uqasha bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Bagaimanapun, tarikh hari bahagianya dengan Uqasha itu masih dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Pekin yang ditemui pada majlis pratonton filem Tokan yang diadakan di Cathay Cineplexes, e-Curve Damansara, Kuala Lumpur kelmarin.
Kosmo!: Benarkah Pekin dan Uqasha akan mendirikan rumah tangga pada masa terdekat ini?
PEKIN: Saya dan Uqasha akan berkahwin pada tahun hadapan. Kami telah pun memilih tarikh untuk melangsungkan majlis pernikahan. Tetapi, atas permintaan pihak keluarga terdekat, kami terpaksa merahsiakan tarikh tersebut daripada pengetahuan umum. Apabila telah tiba masa yang sesuai, kami pasti akan mengumumkannya kepada pihak media dan para peminat.

PEKIN (depan, kanan) bersama barisan karyawan filem Tokan pada majlis pratonton filem itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Adakah keputusan untuk mengahwini Uqasha diambil selepas kontroversi demi kontroversi melanda hubungan percintaan anda berdua?
Saya memutuskan untuk mengahwini Uqasha bukan sebab kontroversi yang terjadi beberapa bulan lalu. Saya memang begitu menyayanginya dan mahu dia menjadi teman hidup saya selamanya. Jika ikutkan hati, saya mahu mengahwininya pada hari pertama saya dan dia bertemu.
Bagaimana dengan persiapan perkahwinan?
Alhamdulillah, selepas mendapat tarikh untuk melangsungkan majlis, persiapan perkahwinan kini berjalan lancar.
Apakah perkembangan terbaharu Pekin?
Saya bakal muncul dengan sebuah filem aksi berjudul Tokan arahan Ghaz Abu Bakar pada 26 Disember ini. Filem ini sedikit lain berbanding filem-filem yang telah saya lakonkan. Dari segi arahan, ia merupakan kali pertama saya bekerja dengan Ghaz.
Bagaimana bekerja dengan Ghaz?
Seperti yang kita tahu, Ghaz begitu terkenal dengan penghasilan muzik videonya yang sangat unik. Jadi, pertama kali bekerja dengannya sedikit sebanyak memberikan pengalaman baharu buat saya.
Boleh ceritakan peranan anda dalam filem tersebut?
Dalam filem ini, saya memegang watak sebagai Yusof, seorang pengawal peribadi yang begitu setia kepada majikannya, tokan dadah terbesar di Malaysia. Konflik mula tercetus apabila kawan baik kepada majikan Yusof mati dibunuh dan tokan-tokan lain berasa terancam dengan tragedi itu.


Nur Fathia Wanita Pertama Jumpa Keluarga Saya – Aiman Hakim

Posted: 20 Dec 2013 09:06 PM PST


Aiman Hakim
PETALING JAYA: Biarpun enggan menggunakan istilah kekasih ataupun pasangan bercinta, pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui telah memperkenalkan Nur Fathia Abdul Latiff menemui keluarganya.
Aiman, 24, berkata, pelakon itu merupakan wanita pertama yang diperkenalkan kepada keluarganya.
"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya.
"Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," katanya kepada mStar Online.
Fathia Latiff
Aiman enggan bercerita mengenai status perhubungan mereka bagi menjaga hati banyak pihak terutamanya keluarga.
Tambahnya, pengalaman sebelum ini turut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dalam menjaga sesebuah hubungan.
Sementara itu, ketika ditanya apabila wanita tersebut dikaitkan dengan lelaki lain, Aiman berkata dia tidak berhak untuk menghalang perkara itu.
"Nur Fathia lebih tahu tentang apa yang dia lakukan dan saya tiada hak untuk menghalangnya kerana saya bukan suami dia," katanya.

Aksi, magis dan percintaan

Posted: 20 Dec 2013 09:05 PM PST

  • 47 Ronin

KISAH sebenar yang diolah dengan mencampurkan unsur-unsur seperti yang dilihat dalam The Lord of The Ring dengan pertempuran samurai cekal seperti filem Gladiator.

Pertempuran antara kuasa baik dan kuasa jahat menyaksikan satu kelainan yang cuba dibawa dalam filem ini di samping strategi peperangan samurai yang sangat menarik.

Aksi ilmu mempertahankan diri samurai yang di bawa oleh Keenu Reeves memberikan impak yang menarik. Pelakon terkenal filem siri Matrix itu cuba mencipta nama semula dalam filem terbaharu ini.

Dia yang sebelum ini tenggelam dengan beberapa filem seperti Man of Tai Chi dan Henrry's Crime cuba mencipta kelainan dengan watak seorang samurai.

Selain itu gabungan kesan-kesan khas (CGI) merancakkan lagi jalan cerita dan watak antagonis dalam filem tersebut.

Beberapa aksi pertempuran watak utama dengan kuasa jahat yang mampu menjelma sebagai seekor naga dilihat seperti realiti untuk menghidupkan lagi jalan cerita tersebut.

Penghayatan Reeves dalam filem ini terbukti berjaya diterjemahkan menjadi satu lakonan yang mantap.

Watak sampingan lain seperti Hiroyuki Sanada, Tadanobu Asano tidak boleh di pandang remeh kerana hasil gandingan mereka mewarnai filem ini.

Selain aksi, filem ini turut menyelitkan kisah cinta menerusi watak Kai dan Mika yang juga merupakan salah satu kisah yang terdapat dalam legenda Jepun.

Satu cabaran besar buat pengarah Carl Eric Rinsch, bagi memastikan karyanya itu tidak membelakangi atau memutar belitkan legenda popular ini.  Juga merupakan debut filem buat dirinya, Rinsch turut mengambil risiko besar dengan mendapatkan ramai pelakon dari negara matahari terbit itu.

Kesudahan yang mengecewakan?

Selepas aksi pertempuran yang cukup hebat dan bertenaga dan hasil gerak kerja kamera, pencahayaan, kesan bunyi yang cukup mantap, penulis terasa dikecewakan pengarah pada babak pengakhiran.

Kemungkinan pengarah tidak mahu meletakkan sekual atau pengakhiran klise, maka pengarah filem meletak pengakhiran yang tidak semantap awal dan pengakhiran cerita.

Namun, tidak bermakna filem ini membosankan kerana 47 Ronin masih mampu menghiburkan penonton.

Justeru bagi mengetahui apakah pengakhirannya, jangan lupa saksikan 47 Ronin di pawagam sekarang!

Kembara ke dunia dinosaur

Posted: 20 Dec 2013 09:04 PM PST

  • Walking With Dinosaurs

FILEM  yang mengangkat tema kehidupan dunia dinosaur sememangnya sudah banyak di buat oleh pembikin filem Hollywood.

Bukan sahaja di dalam filem, kisah kehidupan dinosaur juga pernah dijadikan dokumentari dan pameran biarpun dinosaur dikatakan hidup 220 juta tahun yang lampau.

Apatah lagi, peluang  mengenali dan mempelajari corak kehidupan haiwan besar yang pernah mendominasi bumi suatu masa dulu sentiasa menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.

Oleh kerana itu, Neil Nightingale dan Barry Cook tidak melepaskan peluang untuk mengarahkan sebuah filem dokumentari animasi yang memaparkan karakter 3-Dimensi (3D) dinosaur yang masih hidup dengan berlatar belakang kehidupan realistik.

Filem ini membawa penonton ke dunia prasejarah semasa 70 juta tahun dahulu. Ia digarapkan semula berdasarkan dokumentari 1999 siri televisyen "Walking With Dinosaurs" yang diterbitkan BBC.

Ia berkisarkan perjalanan kehidupan tiga Pachyrhinosaurus bernama Patchi, Scowler dan Juniper iaitu haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan yang mengikuti ayah mereka, dan akhirnya berpecah belah kerana pertikaian kehidupan.

Jika sebelum ini, filem seperti Jurassic Park memaparkan kehidupan kumpulan dinosaur yang menjadi ganas kerana kelaparan, kali ini, Walking With Dinasours pula memaparkan kehidupan haiwan purba itu.

Pendek kata, ia membawa penonton mengembara ke dalam dunia dinosaur dan mendekati setiap jenis dinosaur yang diketahui.


Bagai realiti

Apatah lagi, apabila ditonton dalam format 3-Dimensi (3D), penonton akan berpeluang melihat secara lebih realiti.

Ada ketikanya, kaki pasti akan terangkat apabila melihat spesies yang lebih kejam membunuh demi kelangsungan hidup.

Begitu juga melihat spesies yang berterbangan, terbang seolah-olah ke arah penonton, akan menambahkan lagi keterujaan, terutamanya bagi kanak-kanak.

Ia secara tidak langsung menjadikan filem ini, sebagai salah satu medium untuk kanak-kanak mengenali spesies yang telah lenyap dari muka bumi.


Plot perlahan

Bagaimanapun, kelemahan filem ini menjadi Walking With Dinasour sebuah filem yang kurang rencah dek garapan yang kurang kemas.

Sama ada kekurangan bahan, atau tidak mahu lari dari cerita dokumentari sebenar membuatkan ada ketikanya plot bergerak terlalu perlahan.

Bahkan, tiada kejutan menarik yang berlaku di dalam filem ini, selain dari paparan jalan cerita kekeluargaan yang sudah banyak ditonton sebelum ini.

Ia secara tidak langsung membuatkan penonton sudah dapat mengagak apa yang berlaku selepas ini dan apa pengakhiran filem ini.

Bagaimanapun, bagi anda yang mencari filem yang sesuai di tonton seisi keluarga, masih berbaloi untuk menonton filem ini di pawagam, terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak yang sudah bersekolah.

Jadi bagi mengetahui kesudahan hidup dua beradik ini bersama bapa mereka, jangan lupa menyaksikan Walking With Dinasours di pawagam.

Laki Laki tetap ada kekuatan tersendiri

Posted: 20 Dec 2013 09:03 PM PST

  • Laki Laki

TREND pemilihan pelakon-pelakon terkenal dalam pembikinan filem atau drama bukanlah satu perkara baharu yang berlaku dalam industri seni di Malaysia.

Bahkan kebanyakan filem dari negara luar juga banyak mempertaruhkan muka pelakon terkenal atau pelakon kelas A.

Namun berbeza pula dengan filem arahan Ollyn Khadri, pengarah muda ini hanya meletakkan Angah Raja Lawak sahaja selaku individu popular atau dikenali, manakala pelakon lain adalah muka-muka baharu atau artis yang kurang dikenali.

Lebih mencabar, Laki Laki juga menyaksikan Ollyn mempertaruhkan satu gender sahaja sebagai pelakon utama iaitu Mie Raja Lawak, Adey Syafrien, Zul Suphian, Azrel Ismail dan Angah.

Bagaimanapun Ollyn Khadri tidak menganggap perkara itu sebagai satu masalah dan percaya filem ketiga arahannya ini masih mampu menarik penonton ke pawagam.

"Ketika awal pembikinan filem Laki Laki saya agak risau dengan konsep satu gender ini. Tetapi menerusi beberapa kajian dan rujukan dari beberapa buah filem termasuk The Beach, saya yakin untuk menggarap sebuah cerita dengan cara dan pendekatan saya sendiri.

"Bagaimanapun saya tidak meniru filem tersebut dan hanya mendapatkan inspirasi dari jalan ceritanya sahaja. Bagi saya filem ini tetap mempunyai kekuatan tersendiri," katanya pada majlis pratonton filem berkenaan.

Laki-Laki mengisahkan lima orang yang terperangkap di sebuah pulau terpencil. Razak yang masih tinggal bersama ibunya merupakan seorang kartunis, tetapi syarikatnya muflis dan menyebabkannya kehilangan pekerjaan.

Abu seorang chef yang hebat, tetapi kehilangan kekasih dan perniagaannya kepada seorang yang dikatakan teman rapat.

Azman pula adalah seorang pemain bola terkenal, tetapi disingkir kerana tidak berdisiplin. Manakala Samad adalah seorang pengarah filem yang berlagak dan filem yang diarahnya sentiasa gagal.

Jerry, seorang penyanyi yang meninggalkan kumpulannya untuk bergerak solo, tetapi akhirnya menyedari dia tidak mampu berbuat demikian.

Kelima-lima mereka membuat keputusan  menyertai satu kem motivasi, tetapi selepas satu insiden berlaku mereka terperangkap di pulau terpencil itu.


Komedi mencuit hati

Meletakkan Angah sebagai salah satu pelakonnya menjadikan Laki Laki sebuah filem yang 'gila-gila'.

Ini kerana, sejak awal lagi, plot penceritaan filem ini sentiasa tampil dengan unsur-unsur komedi yang menggelikan hati.

Apatah lagi dengan kepala gila-gila Angah, di tambah pula dengan lakonan bersahaja dari Zul dan Mie membuatkan penonton tidak akan kering gusi dengan babak lucu yang terjadi sepanjang mereka berada di pulau tersebut.

Cuma hanya pada permulaan cerita; iaitu pada pengenalan setiap watak sahaja membuatkan cerita ini agak bosan, namun sebaik mereka beradi di pulau tersebut, penonton akan mula ketawa dengan keletah yang disampaikan setiap pelakon.


Mesej tersirat

Bagaimanapun, anda barangkali boleh ketepikan atau maafkan insiden yang terjadi kepada mereka sebelum tersadai di pulau tersebut.

Biarpun tidak logik, namun paling penting sekali adalah mesej yang disampaikan Ollyn kepada penonton, yang perlu diambil perhatian.

Ia bukan sahaja meliputi sikap sesetengah individu, bahkan masyarakat hari ini yang tidak lagi bersatu padu seperti dahulu.

Walhal sebenarnya sebagai masyarakat yang tinggal bersama di bawah satu negara, kita perlulah saling bekerjasama, hormat menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain.

Justeru bagi anda yang mencari sebuah naskhah komedi, yang boleh membantu anda meredakan tekanan, atau bagi anda yang mencari filem ringan untuk ditonton pada hujung minggu, anda boleh menonton Laki Laki.

Jadi bagi mengetahui kesudahan nasib mereka di pulau terbabit, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam.

Black & Isteri Bakal Tunai Umrah Mahu Doa dapat Anak

Posted: 20 Dec 2013 09:01 PM PST


Black Hanifah
PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanifah, 26, dan isterinya Naquia Yasirah Mohamad Khairi, 28, akan mengotakan janjinya untuk berbulan madu di Tanah Suci Mekah apabila bakal mengerjakan umrah pada awal Januari 2014.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, niat untuk ke Mekah sejak mendirikan rumah tangga pada September lalu tertangguh kerana sibuk dengan komitmen kerja.
"Alhamdulillah bulan pada 1 Januari hingga 15 Januari tahun depan saya akan menunaikan umrah bersama isteri sebagai menunaikan niat dan hajat saya selepas berkahwin untuk bulan madu di sana.
"Perancangan awal selepas berkahwin tetapi saya sibuk dengan kerja dan baru sekarang dapat kosongkan jadual iaitu sepanjang bulan Januari nanti," katanya kepada mStar Online, di sini, Khamis.
Black dan isterinya.
Dalam pada itu, Black berkata, kesempatan mengerjakan umrah nanti memberi ruang kepada mereka untuk berdoa kepada Allah agar dikurniakan cahaya mata agar kehidupan mereka bertambah lengkap.
Katanya, setelah beberapa bulan hidup sebagai pasangan suami-isteri, dia kini menantikan rezeki untuk ditambahkan ahli keluarga.
"Insya-Allah kesempatan menunaikan umrah ini saya ingin berdoa agar dikurniakan anak.
"Saya dan isteri memang teringin untuk dapat anak, lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan yang baru kahwin sudah diberi rezeki tersebut," katanya.

Cinderella imbau lakonan Haliza, Idham

Posted: 20 Dec 2013 09:00 PM PST

  • Cinderella

"KITA memang dijodohkan bersama, Sehati serta sejiwa, Walau esok, atau akhir nanti, Kita telah ditakdirkan bersama-sama"

Pastinya ada di antara kita yang cukup mengenali lirik lagu Sehati Sejiwa nyanyian Haslinda yang popular sekitar 1998.

Lagu itu menjadi lagu tema bagi drama bersiri popular, Cinderella yang dijayakan oleh Haliza Misbun dan Ahmad Idham.

Drama bersiri itu membawa penonton melayari kisah kehidupan Nurul yang hampir dirogol bapa tirinya dan melarikan diri ke kawasan perkhemahan Salman. Salman seorang anak usahawan ternama pada ketika itu sedang bercuti bersama kawan-kawannya.

Namun kerana tidak berpuas hati, bapa tiri Nurul yang melihat kejadian itu melaporkan perkara itu ke penduduk kampung. Mereka akhirnya ditangkap oleh penduduk kampung dan dinikahkan pada malam itu juga.

Nurul seterusnya mengikuti Salman pulang ke bandar dan dijadikan orang gaji. Namun, hari demi hari Salman mula jatuh cinta, namun berdepan masalah apabila dia bakal dikahwinkan dengan pilihan ibunya.

Itu adalah sebahagian kisah Nurul dan Salman menerusi drama yang diarahkan oleh Md Noor Kadir suatu ketika dahulu.

Namun kali ini, Cinderella kembali digarap semula oleh Idham yang memperlihatkan Nellydia Senrose dan Fizo Omar bergandingan sebagai Nurul dan Salman versi terbaharu.

Tidak mengekalkan keseluruhan jalan cerita yang sama, sebaliknya filem ini membawa penonton melayari kisah Nurul yang tinggal bersama ibu tiri dan adik-beradik tirinya. Abang tirinya, Zamil bertindak ganas dan cuba merogol Nurul selepas dia menolak cintanya.

Namun, Nurul berjaya melarikan diri dan bersembunyi khemah penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Bagaimanapun mereka berdua  diserbu oleh orang kampung dan didakwa berkhalwat. Nurul dan Salman diberi dua pilihan iaitu dibawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah atau berkahwin dan tidak kembali ke kampung itu lagi.

Secara keseluruhannya bagi penulis, filem ini jauh berbeza dengan drama asal, namun digarap dengan lebih baik bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa.

Namun paling penting, ia masih lagi mengekalkan mood serupa iaitu sebuah filem yang mampu meruntun jiwa.


Emosi Nellydia

 Kejayaan Haliza menjayakan watak Nurul tentunya akan membuatkan sesetengah penonton atau peminat akan membanding-bandingkan lakonan Nellydia dan Haliza.

Namun, pada pendapat penulis, Nellydia berjaya membawakan watak Nurul dengan baik, tanpa terlalu dibuat-buat. Apatah lagi, Nellydia tidak sedikit pun kelihatan cuba meniru lakonan Haliza sebelum ini, termasuk melibatkan babak romantis.

Apatah lagi kali ini, Nellydia lebih kelihatan naif, namun masih terpelajar, berbanding cara Haliza yang terlalu kekampungan.

Paling penting, Nellydia berjaya menarik dan mengikat penonton tatkala melibatkan babak sedih dengan emosinya yang cukup bersahaja.


Kamal penyelamat

Berbanding Fizo yang penulis rasakan agak tenggelam apabila diletakkan bersama Kamal Adli selaku pelakon pendukungnya.
Adakalanya, Fizo dilihat terlalu mencuba  menjadi sedih dan marah, namun apabila melibatkan watak player, dia mampu melakukan dengan baik.

Pendek kata, kehadiran Kamal dalam filem ini, banyak menyelamatkan lakonan Fizo dengan lawak yang bersahaja dan cukup santai.

Dari sudut teknikal pula, tidak banyak yang perlu diperkatakan, apatah lagi, Idham berjaya 'memukau' penonton dengan lokasi-lokasi menarik.

Manakala pemilihan Farah Diana selaku penyanyi runut bunyi filem ini juga, dilihat lebih bersesuaian dan lagu itu dilihat seperti mempunyai nafas baru.

Jadi bagi anda yang mahu menyaksikan keseluruhan jalan cerita dan apakah yang akan terjadi kepada Nurul dan Salman, jangan lupa saksikan filem ini, di pawagam.

PMR: Anak petani dapat 9A

Posted: 20 Dec 2013 08:53 PM PST

  • PMR: Anak petani dapat 9A Muhammad Amirul berkongsi kejayaannya mendapat 9A dalam PMR dengan ayah tercinta.

PASIR MAS - Seorang anak petani membuktikan kesusahan hidup bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan muncul sebagai pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong.

Muhammad Amirul Hisham Mohamed Sabri, 15, berkata, kejayaannya itu adalah hadiah untuk ayahnya yang banyak mengorbankan masa demi memastikan dia mencapai kecemerlangan tersebut.
"Walaupun ayah sibuk dengan kerjanya bercucuk tanam namun dia tidak pernah membiarkan saya datang dan balik dari sekolah sendiri.

"Setiap hari dia mengambil dan menghantar saya ke sekolah, apabila ada kelas tambahan ayah sanggup menunggu walaupun berjam-jam, berpanas dan berhujan dengan motosikalnya," katanya ketika ditemui di sekolah.

Turut sama meraikan kejayaan beliau ialah, Pengetua SMK Kangkong, Che Jusoh Ismail dan Penolong Kanan Pentadbiran, Norhayati Zakaria.

Menurutnya yang merupakan anak ketujuh dari 11 beradik itu, kejayaannya itu diharap dapat dijadikan semangat kepada adik-adiknya yang lain untuk turut sama mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Beliau yang mendapat semua A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Arab turut melahirkan ucapan terima kasih kepada guru-guru serta rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang pembelajaran.

Muhammad Amirul berkata, dengan pencapaian tersebut dia berharap dapat menyambung pengajian tingkatan empatnya di sekolah berasrama penuh sepertimana yang dicita-citakan semenjak awal persekolahan menengah dulu.

Sementara itu, ayahnya, Mohamed Sabri Yok, 56, berkata, kejayaan Muhammad Amirul adalah hadiah untuknya yang sangat bermakna.

"Lebih-lebih lagi dia lah anak pertama dalam keluarga kami yang mendapat 9A dan ia sangat menggembirakan saya dan isteri.

"Terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada anak saya," katanya.

Terhumban dalam lubang jalan

Posted: 20 Dec 2013 08:52 PM PST

  • Terhumban dalam lubang jalanKeadaan laluan ini yang gelap pada waktu malam menyebabkan orang ramai tidak menyedari terdapat lubang besar selebar jalan.

CHUKAI – "Saya terasa tubuh melayang sebelum pengsan," kata penunggang motosikal, Shamsul Herman Abdul Rashid, 32, yang nyaris maut apabila terhumban dalam lubang jalan yang mendap sedalam kira-kira 1.5 meter, malam semalam.

Lubang besar itu terbentuk akibat banjir teruk yang melanda daerah ini, baru-baru ini menyebabkan tanah di situ mendap berikutan terdapat saluran pembetung di bawahnya.

Musibah tersebut menjadikan Shamsul mangsa kedua lubang disifatkan lubang maut oleh penduduk kerana selang sehari sebelum itu, seorang kanak-kanak patah tangan setelah terjatuh ke dalam lubang sama.

Shamsul berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pengkalan Binjai menuju ke sebuah stesen minyak di Batu 4, Binjai untuk mengisi minyak motosikal dengan melalui
jalan pintasan Taman Semarak Binjai-SMK Binjai di Kampung Binjai.

Namun katanya, semasa melalui satu selekoh di jalan pintasan itu, dia tidak menyedari terdapat lubang besar berikutan kawasan sepanjang laluan tersebut gelap kerana tiada lampu jalan.

"Tiada langsung tanda amaran di sepanjang laluan tersebut, jadi saya tak tahu jalan di situ ada lubang besar.

"Lepas tersedar daripada pengsan, saya keluar dari lubang dan tunggang motosikal yang sudah bengkok rim bahagian depan untuk balik ke rumah yang jaraknya cuma 500 meter dari tempat kejadian," katanya di wad lelaki Hospital Kemaman.

Akibat nahas tersebut, bapa kepada seorang anak yang bekerja sebagai buruh di Pengkalan Bekalan Kemaman, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal itu mengalami cedera teruk di bahagian muka dengan tiga batang gigi
bawah patah dan bibir terpaksa dijahit, malah ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, isterinya, Nurul Lailatul Akma Mohd Zulkafli, 20, berkata, dia terkejut apabila suaminya pulang dalam keadaan muka berlumuran darah kira-kira jam 9.30 malam.

"Tergamam saya lihat muka suami penuh darah, jadi saya tanya padanya kereta mana langgar dia. Dalam keadaan tak berdaya, dia jawab jatuh lubang," katanya.

Oleh itu, Nurul Lailatul berharap pihak bertanggungjawab dapat membaik pulih segera jalan mendap itu agar tiada lagi pengguna jadi mangsa kerana lubang sedalam itu boleh mengundang nahas meragut nyawa.

Rosyam Nor Mahu Jadi Seperti Bruce Willis

Posted: 20 Dec 2013 08:50 PM PST


Antara lakonan Rosyam dalam Balistik.
PETALING JAYA: Usia Datuk Rosyam Nor yang sudah mencecah 46 tahun bukanlah halangan untuk beliau berangan-angan mahu menjadi seperti bintang Hollywood, Bruce Willis yang masih laris walaupun sudah berusia 56 tahun.
Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin berkata, pada usianya sekarang dia hanya layak memegang watak-watak aksi berbanding berlakon kisah cinta.
"Pada usia sebegini, saya tidak sesuai lagi membintangi filem-filem cinta. Saya merasakan kalau saya memilih untuk kekal dalam dunia seni, saya lebih sesuai berlakon dalam filem aksi lasak, barulah orang akan kagum.
"Saya mahu jadi seperti Bruce Willis. Dia masih hebat beraksi di layar perak walaupun sudah berusia," katanya kepada mStar Online.
Ujar Rosyam, selepas penonton selesa melihat wataknya sebagai Tailong dalam filem KL Gangster 2, beliau mahu peminat menilai pula lakonan lasaknya menerusi Balistik
Tambah Rosyam, atas dasar itu dia mengambil peranan untuk menggalas sebagai watak utama dalam filem itu terbitan syarikatnya iaitu RK Screen Sdn Bhd yang bakal ditayangkan pada 9 Januari 2014.
Kata Rosyam, menariknya Balistik yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta menggandingkan barisan pelakon pelbagai bangsa iaitu Rita Rudaini, Adi Putra, Jack Lim, Gan Mei Yan, Jeff Chin, Jason Phang, Datuk Rahim Razali, Marissa Yasmin, Fimie Don dan Rykarl Iskandar.
"Filem ini mempunyai kelainan yang tersendiri dan ia bukan sekadar dipenuhi dengan aksi-aksi lasak semata-mata sebaliknya mesej yang disampaikan dalam filem ini juga cukup kuat.
"Malah, dialog pada semua watak dalam filem ini berunsur kedewasaan dan tiada yang menjerit-jerit. Selain itu aksi ngeri yang dilakukan turut mendapat bantuan khidmat pakar aksi lasak dari Hong Kong," ujarnya.
Rosyam (kanan) dalam satu adegan dengan Adi Putra.
Balistik mengisahkan Saga (Rosyam), seorang pembunuh upahan profesional yang mendirikan rumah tangga dengan Salena (Rita) rakannya yang membesar bersama di rumah anak yatim. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Rykarl (Rykarl).
Saga telah menghilangkan diri bersama Rykarl selepas mencederakan Selena dan selepas enam tahun mereka bertemu kembali. Namun Selena ingin menuntut haknya sebagai ibu untuk mengambil semula Rykarl.
Pada masa sama, Saga menjadi buruan kumpulan gengster dan pihak polis di mana suami Selena iaitu Nizam, merupakan Inspektor polis yang sedang memburu Saga.

4 Finalis Rebut RM20,000 Di TV3 Malam Esok

Posted: 20 Dec 2013 08:49 PM PST


Taufik dan Liza
PETALING JAYA: Wang tunai RM20,000 bakal menjadi milik siapa? Persoalan itu yang menjadi tanda tanya apabila salah seorang daripada empat finalis rancangan realiti Projek Metro terbitan TV3 bakal diumumkan pada malam Ahad.
Juri acara itu Roslen Fadzil berkata, keempat-empat peserta akhir akan diadili menerusi tugasan secara langsung di pentas pengacaraan selain mengambil kira tugasan awal yang dirakamkan di Johor Bahru hujung minggu lalu.
"Pada peringkat akhir ini pihak produksi memberi tugasan yang agak berat untuk melihat sejauh mana mereka mampu menyahut cabaran untuk berada dalam industri media selain penilaian secara langsung pada malam final," katanya yang juga seorang penulis lirik.
Selain Roslen, juri tetap acara itu ialah pelakon Fasha Sandha manakala Fara Fauzana bertindak sebagai pengacara.
Bagi acara akhir Ahad ini, Fara akan berganding dengan Faizal Ismail (FBI).
Fiza (kiri) dan Iera
Rancangan realiti itu yang mula bersiaran sejak 5 November lalu diperkenalkan untuk mencari personaliti dalam industri media yang berbakat anjuran Kumpulan Media Prima Berhad.
Lebih 500 peserta telah hadir ke uji bakat pertandingan itu pada 14 September lalu di Balai Berita NSTP, Bangsar dekat sini namun hanya sembilan terbaik yang terpilih.
Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM20,000 serta kontrak berkhidmat bersama Media Prima selama setahun.
Antara artis yang bakal memeriahkan peringkat akhir ialah Ella, Alyah, Salammusik, Akim Ahmad, Alif Satar serta penampilan khas Erra Fazira, Eja dan Nad Zainal.
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada pukul 10 malam, Ahad.

Guru penolong kanan terlampau

Posted: 20 Dec 2013 08:49 PM PST

  • Guru penolong kanan terlampauLizah dan Muhamad Usman dihadapkan ke mahkamah majistret semalam.

AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.

Nurul AF2 menang saman TV3

Posted: 20 Dec 2013 08:45 PM PST

  • Nurul AF2

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan 'Melodi' dua tahun lepas.
  
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua.
  
Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.
  
Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu.
  
Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.

Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga.
  
Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
  
Dalam keputusannya Nor Bee juga berkata perkahwinan Nurul dan suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang mengesahkan pernikahan pasangan itu.
  
Nor Bee membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan.

Jackie Chan tiada tandingan

Posted: 20 Dec 2013 08:43 PM PST



PADA usianya yang bakal menjengah 60 tahun menjelang 2014 kelak, stamina yang dipaparkan dalam setiap filem aksi lakonannya sangat mengujakan. Itulah kehebatan Jackie Chan yang memang tidak dapat dinafikan lagi walaupun kini ramai pelakon baharu yang muncul.
Berpeluang bertemu aktor tersohor Hong Kong yang berjaya mencipta nama di Hollywood itu merupakan saat yang begitu bermakna.
Ini kerana bukan mudah untuk meraih peluang bertentang mata dengan Jackie. Bakal tampil dalam filem terbaharu Police Story 2013, baru-baru ini Jackie turun ke Malaysia bagi mempromosi filem tersebut di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Berbicara terus mengenai watak yang dilakonkannya dalam filem itu iaitu sebagai seorang anggota polis yang bernama Zhong Weng, tutur Jackie, karakter lakonannya itu menuntut dirinya menghidupkan watak seorang ayah kepada anak yang sedang memberontak dari segi emosi.
"Perbezaan Police Story kali ini ialah ia kurang dengan aksi dan banyak drama. Ia memang lain daripada filem Police Story yang pertama kali dihasilkan pada tahun 1985. Kali ini, saya memegang watak ayah kepada seorang anak perempuan.
"Sejujurnya, jalan cerita filem ini memang sangat releven dengan kehidupan sebenar saya. Suatu ketika dahulu, saya seorang yang sangat sibuk sehingga mengabaikan keluarga. Walaupun begitu, saya amat menyayangi anak-anak saya," akuinya.
Lebih drama, kurang aksi
Bicara lanjut mengenai Police Story 2013, kali ini Jackie banyak bermain dengan emosi yang padat dengan elemen penuh drama.
Akui Jackie, kini dia mahu memberi tumpuan kepada filem yang mengandungi lebih banyak elemen drama berbanding aksi.

MESRA. Jackie menjawab soalan-soalan yang diajukan media Malaysia pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Saya rasa, mulai sekarang tidak semestinya semua filem yang saya lakonkan seperti CZ12. Jadi, kali ini saya mahu lebih fokus terhadap watak saya dan bukan aksi.
"Apabila menonton Police Story 2013, anda pasti dapat lihat elemen aksinya juga tidak sarat sepertimana dalam CZ12," jelasnya yang bakal tampil dalam filem berjudul Dragon Blade pada tahun 2015.
Memberi pendapat peribadi, tutur Jackie, filem aksi kini sudah kurang unsur keseniannya apabila ia terlalu banyak menggunakan efek khas atau imej penjanaan komputer(CGI).
Tambahnya, jika mahu hasilkan filem penuh aksi seperti CZ12, maka filem tersebut harus digarap oleh dirinya sendiri.
"Masalahnya, jika berikan kerja ini kepada pengarah lain, maka mereka terpaksa mengikut bajet dan masa yang diberikan oleh penerbit.
"Untuk CZ12 , saya ambil masa selama setahun setengah dan bagi adegan aksi sahaja ambil masa tiga bulan. Tiada mana-mana produksi yang mahukan perkara tersebut.
"Jadi, saya perlu arahkan filem saya sendiri bagi memastikan semua perkara yang saya mahukan terlaksana," bicara Jackie.
Menari dan cinta
Walau apapun filem yang menampilkan Jackie Chan, penonton sudah pastinya menjangkakan penceritaan yang penuh aksi.
Cinta mahupun romantik memang satu genre yang sudah pasti tidak dijangka daripada filem lakonan lelaki ini.
Bagaimanapun, jawab Jackie ketika ditebak soalan tentang adakah dia teringin untuk bersara daripada berlakon dalam filem genre aksi, jawabnya: "Saya memang letih kerana asyik berlawan sahaja.
FILEM Police Story 2013 menampilkan Jackie Chan menerusi watak yang turut bergelut dengan emosi.


"Pernah juga saya terfikir mahu berubah angin untuk berlakon dalam filem cinta, romantik serta penuh dengan drama. Malangnya, tiada siapa mahu berikan tawaran seumpama itu kepada saya," tuturnya.
Tambah Jackie: "Saya rasa satu hari nanti, saya perlu belajar menari. Siapa tahu, satu hari kelak, saya akan diberi tawaran watak yang memerlukan saya menari.
"Mengambil contoh yang pernah saya alami ketika Steven Spielberg beri tawaran watak dalam filem The Tuxedo. Saya perlu menyanyi dan menari! Oleh itu, bagi saya, sebagai seorang pelakon, mereka perlu punya versatiliti dalam diri."
Bersara
Menyingkap kenyataan yang pernah dikeluarkannya pada tahun lepas ketika mempromosi filem CZ12, kata aktor ini, dia mahu bersara dari dunia filem aksi. Ketika diajukan tentang soalan tersebut, Jackie tersenyum sebelum memberi jawapan.
"Saya memang pernah berniat begitu, namun, keadaan memang tidak mengizinkan saya berbuat demikian.
"Bagaimanapun, apa yang saya ingin katakan, CZ12 merupakan filem yang penuh aksi terakhir saya.
"Mengapa saya keluarkan kenyataan seperti itu ialah kerana saya rasa serik dengan kecederaan yang saya alami selama ini. Tapi, sejurus saya pulih, saya lakukan lagi. Tapi mungkin selepas sebuah lagi filem yang ingin saya garap ini saya akan buat keputusan," jelasnya tentang persaraan tersebut.


Rossa kekok bergelar datuk

Posted: 20 Dec 2013 08:41 PM PST

FIGURA popular Indonesia ini mengakui pernah bercinta dengan lelaki Malaysia.


SELEPAS dianugerahkan darjat kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang pada 24 Oktober lalu, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani masih kekok menggalas tanggungjawab itu.
Ujar Rossa, gelaran yang dianugerahkan kepadanya membuktikan persaudaraan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia masih utuh.
"Memang ada kontroversi selepas saya dianugerahkan gelaran ini, ada yang tidak berpuas hati kerana saya bukan warganegara Malaysia tapi saya tidak boleh menolak rezeki Allah dan Alhamdulillah saya bersyukur.
"Dengan amanah ini saya boleh memperkuatkan persaudaraan Malaysia dan Indonesia dan sejujurnya tanggungjawab ini sangat berat.
"Layak atau tidak saya tidak tahu kerana gelaran itu diberi bukan sebab saya yang minta dan saya menghargai anugerah yang diberikan. Mudah-mudahan suatu hari nanti pihak terbabit nampak siapa yang layak di mata mereka," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Best Western Premier Dua Sentral, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Rossa, dia masih belum terbiasa untuk menerima panggilan Datuk apabila berada dalam khalayak ramai.


"Pertama kali dipanggil Datuk ketika berjalan saya buat tidak tahu kerana belum biasa lagi. Kemudiannya, saya mengadakan sidang akhbar di Indonesia untuk menjelaskan gelaran yang dianugerahkan untuk mengelakkan salah faham," tambahnya.
Menerangkan lebih lanjut ekoran anugerah itu yang diberikan memungkinkan ibu kepada seorang cahaya mata itu bakal lebih kerap bertandang ke Malaysia, Rossa mengakui akan perkembangan itu.
Dua tahun lalu, Rossa pernah dianugerahkan gelaran Kanjeng Mas Ayu Tumenggung (K.M.Ay.T) oleh kerajaan Solo yang terlebih dahulu melatihnya bersikap adil dan liberal.
Ditanya pula tentang khabar angin yang mengatakan Rossa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka di Malaysia, penyanyi lagu Pudar itu enggan mengulas lanjut.
ROSSA dan Hafiz berkolaborasi menerusi single berjudul, Salahkah.


"Memang saya ada pacar (kekasih) tapi saya tidak mahu mendedahkan identitinya buat masa sekarang kerana takut menjadi fitnah.
"Saya ada ramai sahabat di Malaysia dan pernah bercinta dengan orang dari sini tapi sekarang saya lebih berhati-hati.
"Kami masih dalam proses mengenali satu sama lain dan sudah pasti dia lebih pintar daripada saya dan lebih berusia," katanya mengenai lelaki yang bergelar usahawan itu.
Sementara itu, Rossa berkongsi keterujaan merakamkan sebuah single terbaharu bersama juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz Suip berjudul, Salahkah.
Single yang dicipta oleh Moh Charly Van Houtten itu menjadi runut bunyi drama bersiri terbaharu, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang disiarkan di saluran 134 Mustika HD.
"Ini kali pertama saya mempunyai sebuah single khusus di Malaysia, tambah menarik single ini menjadi lagu tema untuk sebuah drama bersiri di sini.
"Sebelum ini saya pernah mendengar suara Hafiz berduet bersama Datuk Siti Nurhaliza, kebetulan saya mempunyai sebuah lagu yang telah lama saya simpan jadi apa salahnya untuk saya menjadikan lagu itu sebagai lagu duet bersama Hafiz.
"Hafiz seorang penyanyi yang lucu, merendah diri dan terbuka untuk menerima idea baharu serta boleh memberikan kerjasama dengan baik," puji Rossa.


Filem lucah guru, peniaga Pakistan

Posted: 20 Dec 2013 08:37 PM PST

LIZAH


MELAKA – Seorang guru wanita sebuah sekolah rendah dan seorang peniaga pakaian warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan membuat filem lucah di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini November lalu.
Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.
Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kesopanan awam itu di pangsapuri tersebut pada pukul 8.30 pagi 16 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Klik untuk stok barangan runcit

Posted: 20 Dec 2013 08:31 PM PST



AMALAN membeli-belah barangan keperluan rumah bagi sesetengah pihak dilihat sebagai satu rutin yang memenatkan.
Namun demikian, ramai juga melihatnya sebagai satu aktiviti menyeronokkan terutamanya bagi mereka yang suka melakukannya bersama ahli-ahli keluarga.
K. Deveke, 56, dari Kampung Jawa, Klang memberitahu, dia selalu ditemani suami dan anak-anak ketika membeli barangan keperluan rumah. Cara itu merupakan satu peluang untuknya mengetahui keperluan setiap ahli keluarga.
"Membeli-belah pada hari ini sangat mudah terutama di pasar raya. Tempat letak kereta juga banyak dan kita dapat membeli-belah dalam suasana selesa. Barangan keperluan tersedia dalam sebuah bangunan sekali gus memberikan kepuasan kepada saya.
"Saya tidak tahu sekiranya perasaan sama dapat dicapai jika membeli-belah secara dalam talian. Bagaimana kita hendak menentukan kualiti sesuatu barangan hanya berpandukan gambar di skrin komputer?," tanyanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Walaupun tidak pernah membeli sebarang keperluan diri secara dalam talian, wanita itu mengakui, ia menjadi trend pada hari ini.
"Empat orang anak saya turut membeli-belah secara dalam talian, cuma mereka tidak membeli barangan runcit," katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga biasanya akan ke pasar raya berhampiran kawasan tempat tinggal. "Walaupun, tempat letak kereta banyak disediakan oleh pihak pasar raya, namun ada kalanya kami terpaksa berjalan agak jauh.
"Namun, kami tidak kisah kerana ia dapat merapatkan hubungan kami sekeluarga," kata suami Deveki, Nadeson Periannan, 53, tentang rutin membeli barangan runcit mereka.
Anak mereka, Nanthini, 23, berkata, dia hanya membeli barangan secara dalam talian membabitkan pakaian.
"Pada hari ini, banyak pasar raya dibuka berhampiran kawasan perumahan. Di kawasan saya tinggal terdapat beberapa buah pasar raya dan kedai.
"Ini kerana, masih ramai pelanggan yang lebih suka melihat dan memeriksa produk sebelum membeli, terutama sekali sayur-sayuran dan barangan keperluan dapur," ujarnya.
Pandangan berbeza dilemparkan oleh pengasas dan penulis majalah dalam talian, JewelPie, Sara Khong Cheng Kuan, 27, yang mengakui pembelian secara dalam talian sebagai salah satu alternatif pembelian barangan yang mudah dan mengujakan.

WANITA moden mula beralih dengan memilih membeli-belah barangan runcit secara dalam talian.


Selesa
Ini kerana, katanya, dia tidak perlu berhadapan keadaan seperti kesesakan lalu lintas, berebut-rebut mencari tempat letak kereta dan membayar caj yang dikenakan.
Selain itu, dia tidak perlu beratur panjang ketika membuat pembayaran dan membawanya pulang ke rumahnya yang merupakan sebuah unit kondominium.
"Saya paling tidak selesa apabila terpaksa memunggah semua barang naik ke rumah walaupun menggunakan lif. Kadangkala barangan yang dibeli agak berat sekali gus membuatkan saya berasa penat.
"Saya seringkali berfikir, alangkah baiknya jika semua tersebut boleh dibeli secara dalam talian tanpa perlu keluar rumah dan barang dihantar hingga ke rumah," katanya.
Mendaftar
Kini, impian Sara tercapai apabila pasar raya besar Tesco merupakan satu-satunya pasar raya besar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan beli-belah dalam talian yang dikenali sebagai Tesco Online Shopping melalui laman web eshop.tesco.com.my.
Selain itu, ujarnya, terdapat lebih 10 perkhidmatan pembelian barang runcit dalam talian yang disediakan, sama ada berpusat di sesuatu kawasan tertentu atau di seluruh negara.
"Saya hanya perlu mendaftar akaun dan memilih barangan yang disenaraikan dalam kategori tertentu, misalnya makanan atau minuman. Kemudian, saya boleh memilih slot masa untuk penghantaran ke rumah.
"Laman web yang disediakan juga membolehkan saya memeriksa pembelian yang dibuat selain boleh menambah atau menolak barangan tertentu sebelum mengesahkan tempah," katanya.
SARA lebih selesa membeli barangan runcit secara dalam talian.


Akhir-akhir ini, Sara hanya melakukan pembelian barangan keperluan rumah secara dalam talian kecuali jika membeli dalam kuantiti kecil atau memerlukannya segera.
Kelemahan
Ditanya mengenai kelemahan membeli barangan runcit dalam talian, katanya, masalah paling ketara ialah pembeli tidak boleh mengenal pasti kesegaran sesuatu produk yang ditawarkan.
"Ini kerana, pembelian hanya berpandukan satu gambar yang standard dan pembeli mungkin sangsi terhadap kualiti barangan tersebut. Ini lazimnya, membabitkan barangan makanan segar seperti makanan laut, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan produk sejuk beku.
"Kelemahan lain ialah barangan yang dibeli tiada stok dan tiada pengganti barangan tersebut atau barang yang diganti bukan pilihan kita," katanya sambil memaklumkan sesetengah penyedia perkhidmatan mempunyai polisi untuk tidak menerima pembayaran tunai atau baucar diskaun sekiranya pembelian dibuat dalam talian.
Selain itu, ujar Sara, pembeli tidak merasai pengalaman atau keseronokan memilih produk secara fizikal.
"Namun, ada beberapa tip yang saya ingin kongsi apabila membeli barangan runcit dalam talian," kata Sara sambil menunjukkan gambar beberapa biji kentang yang dibungkus secara asing.

KELUARGA Deveke memilih untuk membeli di pasar raya kerana dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarganya.


"Di Tesco Online Shopping misalnya, kita boleh membeli menggunakan berat berbanding kuantiti. Ini boleh mengurangkan penggunaan plastik bungkusan," katanya.
Sara juga menasihati agar pengguna memilih kemudahan pasar dalam talian tertentu yang membenarkan pelanggan untuk menukar barangan yang dibeli.
Jimat masa
Bagi Norasurah Abd. Wahab, 32, dari Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, tawaran untuk membeli barangan runcit dalam talian ialah satu pilihan yang menarik.
Ini kerana, peluang itu mampu menjimatkan masa dan tenaganya, terutama apabila seharian sibuk menguruskan perniagaan dan rumah.
Ketika ditemui, Norasurah yang sedang menyusun barangan yang dibeli di kabinet bilik dapurnya berkata, "Saya akan membeli barangan rumah untuk kegunaan selama sebulan dan kosnya mencecah ratusan ringgit.
"Penghantaran barangan dilakukan secara profesional dan terus ke rumah. Ini amat memudahkan saya," ujarnya.
Beliau turut memberitahu, pembelian secara dalam talian dapat menghindar anaknya memilih makanan yang tidak menyihatkan.
"Kalau di pasar raya, anak saya akan memilih semua jenis makanan ringan dan saya tidak berpeluang menghalangnya. Kini, semua urusan dilakukan menggunakan komputer riba dan saya mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memilih barangan untuk keluarga saya," jelasnya.


Jenama AS kedua Harmony Fabulous

Posted: 20 Dec 2013 08:29 PM PST



SEJURUS sahaja Polaris Industries Inc. (Polaris) memegang tampuk sebagai tauke baharu jenama motosikal Victory pada 2010, penganalisis industri meramalkan satu perang lama antara dua legenda motosikal Amerika Syarikat (AS) itu bakal berulang. Harley-Davidson akan berdepan Victory.
Bagi Polaris, kejayaan meminang Victory hanyalah satu strategi untuk mempelbagaikan rangkaian produk kenderaan sedia ada. Polaris terlibat dalam bidang rekaan, kejuruteraan, pengeluar dan pemasaran kenderaan off-road seperti kenderaan semua laluan (ATV) dan snowmobile.
Di satu sudut, ada pengkritik beranggapan Polaris mahu menjamah sebahagian daripada kek pasaran milik Harley-Davidson Inc. Dakwaan itu sememangnya selari dengan laporan Forbes baru-baru ini bahawa Polaris meletakkan semula Victory untuk bersaing secara langsung dengan Harley-Davidson.
Kembalinya musuh tradisi
Isu itu kembali hangat apabila Polaris mengambil alih musuh tradisi Harley-Davidson Inc. iaitu Indian Motorcycle pada April 2011. Menerusi pemilikan dua jenama unggul negara Uncle Sam, Harley-Davidson memberi perhatian serius terhadap Polaris.
Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Keith Wandell menerusi portal berita Milwaukee Journal Sentinel ada menyatakan dia memandang semua pesaing syarikat itu dengan serius termasuk Indian Motorcycle dan Victory.
"Sejauh mana kami merasakan (Harley-Davidson) baik, usaha (sedia ada) akan digandakan. Kami tidak akan bergantung semata-mata pada warisan sedia ada dan kembali kerja setiap hari kerana persaingan semakin sengit," kata Wandell.

VICTORY dijangka muncul sebagai salah sebuah jenama motosikal unggul dalam tempoh tiga tahun lagi di negara ini.


Di pasaran AS, Harley-Davidson mendominasi segmen motosikal cruiser dengan pegangan pasaran hampir 60 peratus. Malah kedudukannya cukup utuh sehinggakan mampu menepis saingan pengeluar utama motosikal Jepun seperti Yamaha, Honda dan Kawasaki dengan mudah.
Untuk memastikan kedua-dua jenama Polaris tidak bersaing sesama sendiri, syarikat itu menempatkan rangkaian motosikal Victory untuk mereka yang menitikberatkan soal prestasi dan sedikit elemen kemodenan.
Sementara itu, Indian Motorcycle pula disasarkan kepada penggemar tegar untuk tunggangan setiap hari dan kepada mereka yang ingin 'menunjuk-nunjuk'. Strategi Polaris itu membantu para pelanggan untuk membezakan kedua-dua jenama itu dan memilih jentera mengikut mengikut kesesuaian masing-masing.
Di Malaysia, Victory telah tiba menemui pelanggan tempatan minggu lalu. Pengedar rasmi ialah Harmony Fabulous Sdn. Bhd. (Harmony Fabulous), salah sebuah syarikat subsidiari Kumpulan Naza. Harmony Fabulous juga merupakan entiti yang mengedarkan rangkaian motosikal Indian Motorcycle.
Kumpulan Naza merupakan pengimport dan pengedar rasmi produk Harley-Davidson di Malaysia menerusi anak syarikatnya, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. Ini bermakna ada tiga jenama motosikal cruiser AS menapak di bawah empayar Kumpulan Naza.

MODEL Judge dalam segmen cruiser tampil dengan imej rugged.


Soalnya sekarang, adakah kehadiran Victory akan menyumbang pada kejatuhan jualan motosikal Harley-Davidson? Bagaimana pula dengan nasib Indian Motorcycle selepas ini?
Pada majlis pelancaran Victory di Glenmarie, Shah Alam di Selangor, Naib Presiden Naza Two Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood dengan optimis menyatakan Victory tidak akan menjejaskan jualan Harley-Davidson. Katanya, pasaran Malaysia tidak seperti di AS.
Nasib Indian Motorcycle
Berhubung nasib Indian Motorcycle selepas ini, tiada sebarang jawapan atau penjelasan diberikan mengenai apa yang akan berlaku selepas ini. Apa yang dinyatakan ialah Indian Motorcycle akan memperkenalkan model baharu tidak lama lagi.
Strategi memasarkan ketiga-tiga jenama itu seolah-olah menjadi rahsia dan enggan didedahkan kepada umum. Mungkin kerana sudah ada kelompok grey importer (pemegang AP) yang memberi tamparan hebat dalam segmen motosikal cruiser tempatan. Jika ada persaingan, maknanya perniagaan semakin sihat.
Rangkaian Victory yang diperkenalkan membabitkan sebanyak 12 model yang tergolong dalam tiga kategori iaitu cruiser, bagger dan touring. Koleksi paling besar adalah kelas cruiser yang merangkumi tujuh model.
Bagi rangkaian bagger dan touring, masing-masing melibatkan dua dan tiga model motosikal. Kesemua model motosikal dalam tiga kelas itu menggunakan konfigurasi enjin V-twin dengan sistem transmisi enam kelajuan.

MODEL touring Victory Cross Country Tour sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti kembara.


Untuk melancarkan jualan Victory di Malaysia, Kumpulan Naza telah mendirikan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) berukuran 557 meter persegi yang memperagakan beberapa model terbaharu Victory.
Selain itu, premis dua tingkat itu juga menjual koleksi pakaian untuk golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Tingkat atas pula menawarkan rangkaian produk penjagaan motosikal dan beberapa aksesori motosikal bagi mereka yang mahukan sedikit kelainan. Kos bagi pembukaan pusat itu adalah sebanyak RM5 juta.
Motosikal Victory dijual pada harga serendah RM97,800 hingga RM199,800 seunit. Itu harga asas tidak termasuk caj-caj pendaftaran dan insurans.
Harmony Fabulous perlu bijak menyusun strategi dan memastikan siapakah sasaran pelanggannya. Jangan sampai bakal pembeli mula celaru untuk memilih produk sesuai untuk mereka.
Penerangan yang diberikan perlu jelas dan bantu pembeli ketahui apakah bezanya Harley-Davidson, Victory dan Indian Motorcycle. Semoga berjaya!


Jenama AS kedua Harmony Fabulous

Posted: 20 Dec 2013 08:29 PM PST



SEJURUS sahaja Polaris Industries Inc. (Polaris) memegang tampuk sebagai tauke baharu jenama motosikal Victory pada 2010, penganalisis industri meramalkan satu perang lama antara dua legenda motosikal Amerika Syarikat (AS) itu bakal berulang. Harley-Davidson akan berdepan Victory.
Bagi Polaris, kejayaan meminang Victory hanyalah satu strategi untuk mempelbagaikan rangkaian produk kenderaan sedia ada. Polaris terlibat dalam bidang rekaan, kejuruteraan, pengeluar dan pemasaran kenderaan off-road seperti kenderaan semua laluan (ATV) dan snowmobile.
Di satu sudut, ada pengkritik beranggapan Polaris mahu menjamah sebahagian daripada kek pasaran milik Harley-Davidson Inc. Dakwaan itu sememangnya selari dengan laporan Forbes baru-baru ini bahawa Polaris meletakkan semula Victory untuk bersaing secara langsung dengan Harley-Davidson.
Kembalinya musuh tradisi
Isu itu kembali hangat apabila Polaris mengambil alih musuh tradisi Harley-Davidson Inc. iaitu Indian Motorcycle pada April 2011. Menerusi pemilikan dua jenama unggul negara Uncle Sam, Harley-Davidson memberi perhatian serius terhadap Polaris.
Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Keith Wandell menerusi portal berita Milwaukee Journal Sentinel ada menyatakan dia memandang semua pesaing syarikat itu dengan serius termasuk Indian Motorcycle dan Victory.
"Sejauh mana kami merasakan (Harley-Davidson) baik, usaha (sedia ada) akan digandakan. Kami tidak akan bergantung semata-mata pada warisan sedia ada dan kembali kerja setiap hari kerana persaingan semakin sengit," kata Wandell.

VICTORY dijangka muncul sebagai salah sebuah jenama motosikal unggul dalam tempoh tiga tahun lagi di negara ini.


Di pasaran AS, Harley-Davidson mendominasi segmen motosikal cruiser dengan pegangan pasaran hampir 60 peratus. Malah kedudukannya cukup utuh sehinggakan mampu menepis saingan pengeluar utama motosikal Jepun seperti Yamaha, Honda dan Kawasaki dengan mudah.
Untuk memastikan kedua-dua jenama Polaris tidak bersaing sesama sendiri, syarikat itu menempatkan rangkaian motosikal Victory untuk mereka yang menitikberatkan soal prestasi dan sedikit elemen kemodenan.
Sementara itu, Indian Motorcycle pula disasarkan kepada penggemar tegar untuk tunggangan setiap hari dan kepada mereka yang ingin 'menunjuk-nunjuk'. Strategi Polaris itu membantu para pelanggan untuk membezakan kedua-dua jenama itu dan memilih jentera mengikut mengikut kesesuaian masing-masing.
Di Malaysia, Victory telah tiba menemui pelanggan tempatan minggu lalu. Pengedar rasmi ialah Harmony Fabulous Sdn. Bhd. (Harmony Fabulous), salah sebuah syarikat subsidiari Kumpulan Naza. Harmony Fabulous juga merupakan entiti yang mengedarkan rangkaian motosikal Indian Motorcycle.
Kumpulan Naza merupakan pengimport dan pengedar rasmi produk Harley-Davidson di Malaysia menerusi anak syarikatnya, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. Ini bermakna ada tiga jenama motosikal cruiser AS menapak di bawah empayar Kumpulan Naza.

MODEL Judge dalam segmen cruiser tampil dengan imej rugged.


Soalnya sekarang, adakah kehadiran Victory akan menyumbang pada kejatuhan jualan motosikal Harley-Davidson? Bagaimana pula dengan nasib Indian Motorcycle selepas ini?
Pada majlis pelancaran Victory di Glenmarie, Shah Alam di Selangor, Naib Presiden Naza Two Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood dengan optimis menyatakan Victory tidak akan menjejaskan jualan Harley-Davidson. Katanya, pasaran Malaysia tidak seperti di AS.
Nasib Indian Motorcycle
Berhubung nasib Indian Motorcycle selepas ini, tiada sebarang jawapan atau penjelasan diberikan mengenai apa yang akan berlaku selepas ini. Apa yang dinyatakan ialah Indian Motorcycle akan memperkenalkan model baharu tidak lama lagi.
Strategi memasarkan ketiga-tiga jenama itu seolah-olah menjadi rahsia dan enggan didedahkan kepada umum. Mungkin kerana sudah ada kelompok grey importer (pemegang AP) yang memberi tamparan hebat dalam segmen motosikal cruiser tempatan. Jika ada persaingan, maknanya perniagaan semakin sihat.
Rangkaian Victory yang diperkenalkan membabitkan sebanyak 12 model yang tergolong dalam tiga kategori iaitu cruiser, bagger dan touring. Koleksi paling besar adalah kelas cruiser yang merangkumi tujuh model.
Bagi rangkaian bagger dan touring, masing-masing melibatkan dua dan tiga model motosikal. Kesemua model motosikal dalam tiga kelas itu menggunakan konfigurasi enjin V-twin dengan sistem transmisi enam kelajuan.

MODEL touring Victory Cross Country Tour sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti kembara.


Untuk melancarkan jualan Victory di Malaysia, Kumpulan Naza telah mendirikan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) berukuran 557 meter persegi yang memperagakan beberapa model terbaharu Victory.
Selain itu, premis dua tingkat itu juga menjual koleksi pakaian untuk golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Tingkat atas pula menawarkan rangkaian produk penjagaan motosikal dan beberapa aksesori motosikal bagi mereka yang mahukan sedikit kelainan. Kos bagi pembukaan pusat itu adalah sebanyak RM5 juta.
Motosikal Victory dijual pada harga serendah RM97,800 hingga RM199,800 seunit. Itu harga asas tidak termasuk caj-caj pendaftaran dan insurans.
Harmony Fabulous perlu bijak menyusun strategi dan memastikan siapakah sasaran pelanggannya. Jangan sampai bakal pembeli mula celaru untuk memilih produk sesuai untuk mereka.
Penerangan yang diberikan perlu jelas dan bantu pembeli ketahui apakah bezanya Harley-Davidson, Victory dan Indian Motorcycle. Semoga berjaya!


Misi serampang dua mata Kinabalu

Posted: 20 Dec 2013 08:23 PM PST



MENGGARU kepala Nor Azmi Mustafa, 34, apabila dimaklumkan oleh majikannya, STT Technologies Sdn. Bhd. (STT Tech) yang mahu menjadikan puncak Gunung Kinabalu sebagai matlamat untuk ditawan bersempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan syarikat tersebut yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Bisik hatinya, mengapa aktiviti pendakian yang memerlukan stamina tinggi menjadi pilihan majikannya?
Ini kerana ia berlawanan dengan persekitaran kerja yang dilakukan oleh 151 kakitangan syarikat itu yang menawarkan perkhidmatan perundingan sistem keselamatan.
Bukan mahu merendah diri atau memperkecil-kecilkan semangat diri sendiri dan rakan-rakan lain, namun misi tersebut seperti sukar untuk dilakukan, lebih-lebih lagi masing-masing terikat dengan rutin harian kerja yang ketat.
"Ini pengalaman pertama kami mendaki, macam mustahil hendak sampai ke puncak gunung tertinggi ini.
"Persiapan kena rapi, latihan tidak boleh culas untuk memastikan semua peserta mempunyai stamina dan kecergasan tinggi ketika mendaki gunung.
"Takut tidak sempat hendak hadap semua itu sebab masing-masing tengah sibuk bekerja," ujar Azmi yang mesra dipanggil Tomoi kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini.
Latihan
Bagaimanapun, demi memastikan ekspedisi itu berjalan lancar, Tomoi dan rakan lain mula melakukan latihan pada setiap minggu. Mereka turut mendaki bukit-bukau untuk membiasakan otot-otot badan dengan aktiviti pendakian sebelum tiba hari yang dinanti.

BERADA pada ketinggian kira-kira 914 meter dari aras laut sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal kakitangan STT Tech.


Biarpun terikat dengan jadual kerja yang ketat, latihan yang dirangka oleh Pengarah Projek misi tersebut, Muhammad Zharif Suhaimi, 24, tetap dilakukan.
Kesemua 20 pendaki yang terbabit tekun berlatih dan semangat mereka berkobar-kobar untuk menawan puncak gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara itu.
Bagaimanapun, sebelum berlepas ke Sabah, peristiwa yang tidak diduga berlaku.
Setiausaha syarikat itu, Rozita Abd. Rasid yang turut menyertai kembara, memaklumkan kepada para peserta bahawa Tomoi terlibat dalam kemalangan motosikal dan mengalami kecederaan serius sekali gus terpaksa menarik diri.
Dalam perut pesawat, kesemua peserta termenung mengenang nasib Tomoi yang sedikit sebanyak melunturkan semangat mereka untuk mendaki gunung kebanggaan rakyat negeri Sabah itu.
Tidak lama selepas menjejak kaki di bandar Kota Kinabalu, masing-masing ceria apabila mendapat perkhabaran gembira yang Tomoi akan turut serta dalam pendakian tersebut.
"Saya tetap ingin teruskan pendakian bagi memastikan misi syarikat ini tercapai," tegas Tomoi.
Tepat pukul 8.30 pagi pada 2 Disember lalu, selepas mengisi perut, kumpulan tersebut memulakan pendakian melalui hutan tropika yang dipenuhi dengan anak-anak tangga menuju ke Laban Rata sejauh 6 kilometer melalui pintu Timpohon.
Tomoi walaupun cedera seperti tidak menunjukkan sebarang kelemahan dan kekurangan kudrat untuk mendaki.
PESERTA berehat seketika di sebuah pondok sebelum meneruskan pendakian.


Sebaliknya, dia bersama-sama rakan lain turut membantu Rozita, 39, yang mula keletihan lantaran laluan trek yang mendaki.
Semangat berpasukan terbentuk tanpa memerlukan arahan apabila masing-masing saling bantu.
Selain dihidangkan dengan landskap flora dan fauna yang indah sepanjang pendakian itu, ada sesuatu yang menarik berlaku dalam misi tersebut.
Kata-kata semangat menyegarkan halwa telinga sentiasa dilaungkan oleh mereka yang masih mempunyai daya ketahanan tinggi untuk menaikkan motivasi rakan-rakan yang sudah keletihan.
"Ayuh kawan, sikit lagi nak sampai pondok rehat. Kita semua boleh, percaya diri sendiri." Ini antara kata-kata pembakar semangat yang menguatkan ketahanan diri para peserta.
Beberapa ahli kumpulan itu berjaya tiba di Laban Rata kira-kira pukul 4 petang termasuk Tomoi.
Bagaimanapun, masih ramai lagi yang ketinggalan di belakang dek langkah mulai perlahan sekali gus memerlukan lebih banyak masa rehat sebelum mengumpul sisa-sisa tenaga untuk meneruskan pendakian.
Suasana di Lata Raban telah gelap-gelita, namun rakan-rakan lain masih belum juga sampai. Tanpa berfikir panjang, Tomoi memberanikan diri untuk turun semula membantu rakan lain.
Kehabisan tenaga
Akhirnya, semua peserta berjaya tiba di Lata Raban iaitu pukul 8 malam. Waktu beberapa jam sebelum pukul 2 pagi dimanfaatkan masing-masing untuk berehat sebelum memulakan baki pendakian ke puncak sejauh 3.7 kilometer yang memakan masa antara empat hingga lima jam lagi.
Rozita memujuk dirinya untuk meneruskan pendakian meskipun sudah kehabisan tenaga meredah laluan sejauh 6 kilometer sebelum ini kerana ia adalah matlamat yang hendak dicapai.
"Saya fikir, kalau saya tidak teruskan pendakian, mesti yang lain terutama golongan yang masih muda patah semangat kerana terkejut dengan cabaran pendakian ini," katanya.
Semangat juang Rozita itu dan ditambah kecekalan Tomoi yang cedera untuk menjayakan misi tersebut membuahkan hasil apabila semangat rakan sekerja lain untuk meneruskan pendakian kembali membara.

DARI kiri: Mohd. Fikrie, Abdul Azim dan Nursyafiq menuruni laluan selepas berjaya sampai ke puncak Low's Peak.


Meskipun pada penghujung skrip pendakian ini hanya enam orang warga kerja STT Tech yang berjaya sampai ke puncak, namun misi serampang dua mata ekspedisi itu berjaya dicapai.
Warga kerja yang sampai ke puncak ialah Muhammad Al Fatih Aris, 21, Azizan Harris, 27, Mohd. Fikrie Ruslan, 23, Mohd. Nursyafiq Mohd. Najib, 24, Abdul Azim Nasir, 24 dan Siti Fatimah Alias, 36.
Seramai 14 pendaki pula berjaya menjejak kaki sehingga ke kawasan South Peak, St. John Peak, Ugly Sister Peak dan Oyayu Peak yang berada 800 meter lagi dari puncak sebenar, Low's Peak.
Tomoi dan rakan-rakan lain berasa bertanggungjawab untuk menjaga Rozita yang seperti putus nyawa ketika berada dalam atmosfera dengan suhu serendah 1 darjah Celcius.
Masing-masing mengorbankan pencapaian peribadi untuk berasa megah menjejak kaki di puncak gunung tersebut.
Merasai pahit maung mendaki dalam kumpulan yang kecil mengajar erti semangat berpasukan antara satu sama lain dalam memastikan keselamatan insan-insan yang tidak berdaya dijaga.
Benar, puncak Low's Peak itu menjadi matlamat awal, namun pengurusan STT Tech memandang lebih jauh daripada itu dan ia jelas berhasil dalam aktiviti kali ini.


Bukit Merah Platform warga UiTM kukuh hubungan

Posted: 20 Dec 2013 08:22 PM PST


PARA peserta kursus bergambar bersama Mustapha Kamal (tengah) selepas sesi perkongsian pengalamannya mengenai perniagaan dan pelaburan di BMLR.


MELALUI kerja berpasukan, matlamat dan misi sesuatu organisasi dapat dicapai secara lebih menyeluruh dan berkesan. Kerja berpasukan yang baik juga akan mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan motivasi dalam kalangan anggota sesebuah organisasi.
Baru-baru ini, seramai 40 orang kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat (JKK), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor telah menyertai kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), Perak.
Sebelum bertolak ke destinasi, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Sahol Hamid sempat meluangkan masa bertemu warga JKK bagi memberi kata-kata semangat dan nasihat agar memanfaatkan peluang sepanjang kursus itu.
Keterujaan para peserta jelas terpancar sepanjang perjalanan selama empat jam ke BMLR. Sebaik sahaja tiba di destinasi, peserta diberi taklimat oleh pihak BMLR mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Alfina Bakar berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan kursus tersebut.
AKTIVITI tali Tarzan menguji kecekapan dan kekuatan fizikal peserta.


Matlamat
Menurutnya, matlamat utama penganjuran program tersebut ialah bagi memantapkan dan menambah baik gerak kerja berpasukan dalam kalangan warga JKK.
"Program seperti ini merupakan platform terbaik untuk memupuk sifat setia kawan dan saling memahami antara satu sama lain dalam satu jabatan. Melalui setiap aktiviti, peserta dapat menguji tahap ketahanan fizikal, mental dan emosi.
"Kesemua peserta diharap dapat meneruskan semangat kerja berpasukan dan mengamalkan interaksi yang baik. Ia juga bertujuan untuk memahami konsep bekerjasama dan terus bersemangat melaksanakan tanggungjawab masing-masing," ujarnya.
Sepanjang kursus itu, peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti lasak dan menguji minda. Setiap aktiviti menerapkan sifat kepimpinan dan tanggungjawab.
Para peserta juga diberi pendedahan mengenai kepentingan berfikiran positif, berdisiplin dan bertolak ansur antara satu sama lain.
Peserta dibahagikan kepada empat pasukan sepanjang program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu.
Aktiviti lasak
Antara aktiviti lasak yang ditempuh oleh peserta ialah ujian halangan, mencari harta karun, sukaneka, merentas hutan pada waktu malam, Laketown Amazing Race dan memburu.
Bagi aktiviti ujian halangan, peserta dikehendaki mengharungi halangan seperti sarang labah-labah gergasi, merangkak seperti komando, tali Tarzan, survivor hunt dan abseiling.
Aktiviti merentas hutan pada waktu malam merupakan antara aktiviti yang mencabar. Peserta juga berpeluang merasai keindahan alam flora dan fauna di Bukit Merah.
Laketown Amazing Race menyajikan sukaneka yang menyelitkan elemen kerjasama dalam setiap permainan. Peserta perlu menyelesaikan teka-teki, mengasingkan lima jenis kekacang dan menangkap belut.

PERJALANAN ke Pulau Orang Utan Bukit Merah dengan menaiki bot hanya mengambil masa selama lima minit.


Puas hati
Salah seorang peserta, Rozita Nordin, 47, memberitahu, dia amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh pihak UiTM itu.
"Bagi saya, survivor hunt merupakan aktiviti yang amat mencabar. Kami perlu menyiapkan dua hidangan makanan dalam masa satu jam menggunakan arang dan dapur batu yang dibuat sendiri," ujarnya yang menjalankan kesemua aktiviti tersebut secara santai.
Peserta juga berpeluang mengadakan lawatan ke Pulau Orang Utan Bukit Merah untuk melihat kehidupan orang utan secara lebih dekat.
Seorang lagi peserta, Hasrullah Hasmi, 24, berkata, kursus itu memberi peluang kepada peserta untuk bekerjasama dalam menyelesaikan setiap tugasan.
"Saya merupakan peserta paling muda dalam kursus ini dan dilantik sebagai ketua kumpulan. Tugasan itu ternyata memberi cabaran yang besar terutama untuk menguruskan ahli kumpulan yang jauh lebih berpengalaman daripada saya.
"Bagaimanapun, setiap ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik dengan mengikuti setiap arahan yang diberikan. Saya dan pasukan juga berjaya menyelesaikan setiap tugasan dengan sempurna," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Abu Bakar turut menyampaikan ceramah tentang kisah kejayaannya dalam perniagaan termasuk menguruskan BMLR.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines