Rabu, 4 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Tasha akui rapat dengan Hans

Posted: 03 Dec 2013 04:56 AM PST

TASHA SHILA menyatakan, menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab gosip tentang cinta yang sering menerpa dirinya.


BUKAN satu berita yang mengejutkan apabila pelakon Tasha Shila kini kembali lagi dengan gosip cinta. Reda seketika daripada gosip mengenai kisah cintanya dengan pemain bola sepak Malaysia iaitu Mahali Jasuli, pelakon tersebut dikaitkan pula dengan seorang peninju Muay Thai.
Cerita mengenai Tasha dan peninju tersebut mula diperkatakan apabila beberapa keping gambar mereka berdua yang kelihatan cukup mesra mula bertebaran di internet.
Berkesempatan bertemu dengan pelakon popular berkenaan semasa acara Anugerah Skrin 2013 minggu lalu, Tasha lantas tertawa dan sudah dapat menjangkakan soalan yang ingin dituju kepadanya.
Secara terbuka, Tasha menjelaskan dengan lebih lanjut tentang hubungan rapat yang sedang terjalin antaranya dengan jejaka tersebut.
Kosmo!: Baru-baru ini tersebar gambar Tasha dengan seorang jejaka. Boleh jelaskan siapakah jejaka itu?
TASHA: Jejaka yang dimaksudkan itu ialah Hans dan dia seorang lelaki keturunan Cina. Perkenalan kami bermula setelah dipertemukan oleh rakan-rakan kami dalam sebuah majlis.
Kami sudah berkenalan sejak tiga bulan lalu dan tidak dinafikan kami sekarang agak rapat. Dia merupakan seorang atlet yang agak aktif dalam sukan Muay Thai dan setakat itu sahaja yang saya boleh beritahu.
Sejauh manakah perhubungan kalian setakat ini?
Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan.
Sekarang ini saya tidak berani bercakap tentang hubungan yang lebih serius kerana soal jodoh semuanya terserah kepada Allah SWT.
Jadi, biarlah kami berkawan sahaja buat masa ini. Saya sangat senang dan selesa berkawan serta tertarik dengan karakternya yang pemalu.
Anda tidak kisah sekiranya ditakdirkan jatuh cinta dengan jejaka yang berlainan kaum atau agama?
Bagi saya, soal kaum atau agama itu bukanlah suatu penghalang untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang. Semasa saya bekerja sebagai jurujual di sebuah butik terkenal dahulu pun saya sudah berkawan dengan ramai orang yang berbeza agama dan kaum.

MESRA... Tasha tidak kisah akrab dengan Hans yang bukan beragama Islam.


Sepanjang menjalinkan hubungan, adakah anda dan Hans pernah keluar berdua-duaan?
Biasanya kalau hendak keluar ke mana-mana kami akan keluar dengan rakan-rakan yang lain secara beramai-ramai. Lagipun, ada di antara rakan Hans merupakan rakan saya juga, malah kini saya sudah mula belajar Muay Thai dengan salah seorang rakan Hans.
Cuma, saya tidak mahu peminat salah sangka yang saya belajar Muay Thai semata-mata kerana Hans, sebaliknya saya melihat sebagai seorang wanita perlu adanya asas dalam seni mempertahankan diri.
Bagaimanakah pula hubungan anda dengan Mahali?
Sehingga kini saya dan Mahali masih lagi berkawan seperti biasa dan tetap berhubung menerusi telefon, namun kami berdua sekarang sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Adakah anda berasa rimas apabila sering dikaitkan dengan gosip cinta sepanjang bergelar artis?
Saya melihat perkara sedemikian sebagai asam garam dalam dunia hiburan dan saya tidak dapat mengelak berhadapan dengan gosip sebegini.
Biarlah apa orang lain hendak kata kerana yang lebih penting saya sudah membuat penjelasan apabila sesuatu gosip itu timbul dan terpulang kepada penilaian masing-masing.
Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda sekarang?
Pada minggu hadapan saya akan mula menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Dingin Sahara bersama Afiq Muiz.
Penggambaran akan dilakukan di Bandung, Indonesia dan kami akan berada di sana selama tiga minggu.
Selepas selesai menjalani penggambaran drama tersebut, saya akan terbang pula ke Korea Selatan selama sebulan kerana menjalani penggambaran drama berisi, Gerimis Salju bersama Nazim Othman.


Nelydia Senrose Perjelas Sikap Berdiam Diri

Posted: 03 Dec 2013 04:55 AM PST


Nelydia Senrose
PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose berkata dia bukan sengaja bersikap berdiam diri atau sambil lewa dalam menjawab sebarang mesej daripada pihak yang ingin kerjasama dengannya.
Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia, 19, berkata, dia mengambil masa untuk berbincang dengan beberapa pihak sebelum memberikan kata putus dalam menerima sesuatu tawaran yang datang.
"Saya bukan sengaja mengambil tindakan berdiam diri, sebaliknya saya tidak berani untuk memberi kata putus pada waktu tersebut.
"Saya perlu berbincang dengan produksi yang sedang saya kerja tentang jadual dan mencari waktu yang sesuai membuatkan saya lambat memberikan jawapan," katanya kepada mStar Online.
Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan pengarah filemCinderella, Ahmad Idham yang mendakwa dia lambat memberikan jawapan ketika ditawarkan membawakan watak Nurul dalam filem tersebut.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan beberapa pihak yang sukar untuk menghubungi pelakon ini untuk sesi penggambaran bersama media bagi tujuan promosi.
Tambah Nelydia, sebagai selebriti dia tidak mahu mengecilkan hati mana-mana pihak terutamanya dalam menjaga kerjaya lakonannya.
"Saya seorang yang susah untuk kata tidak, kalau boleh memang tidak mahu menghampakan mana-mana pihak tetapi saya juga tidak mahu beri masalah pada produksi sekirannya saya tersalah beri tarikh," katanya.
Sementara itu, Nelydia yang melakonkan watak yang pernah dipopularkan oleh Haliza Misbun mengakui tidak mahu lakonannya dibandingkan dengan pelakon wanita tersebut.
"Saya tahu orang akan bandingkan dengan Haliza, yang mana saya tahu lakonan dia jauh lebih baik, namun kalau boleh biarlah perbezaan itu tidak terlalu jauh.
"Ketika cerita tersebut popular saya masih berumur beberapa tahun, tapi saya ada menonton cerita tersebut di Internet bagi melihat karakter Nurul yang dibawakan dahulu," katanya.
Filem Cinderella yang turut dibintangi oleh Fizo Omar, Fauziah Nawi, Erin Malik dan Datuk Jalaluddin Hassan akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 19 Disember ini.

Nelydia, Qi berantakan

Posted: 03 Dec 2013 04:55 AM PST

  • Sharnaaz Ahmad, Nelydia SenroseSharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

SEJAK akhir-akhir ini, nama Sharnaaz Ahmad sering menjadi perhatian di laman sosial, mahupun di media massa.

Setelah episod cinta kecundangnya dengan penyanyi, Shila Amzah, Sharnaaz kembali menjadi perhatian setelah dikatakan menemui pengganti Shila beberapa bulan kemudian setelah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul Haq, namun menafikannya.

Seterusnya, Sharnaaz dikatakan bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya dan Sharnaaz enggan memberi komen mengenai perkara itu.

Belum pun reda, nama Sharnaaz sekali lagi menjadi sebutan apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam perhubungan Uqasha Senrose dan Pekin. Namun perkara itu dapat diselesaikan apabila Pekin hanya salah faham dengan hubungan rapat Sharnaaz dengan kekasihnya.

Kemudian, nama Sharnaaz kembali terpalit dengan Shila apabila Sharnaaz meluahkan kecewa dengan hubungan rapat Shila dan Johan As'ari, tetapi redha dengan perkara itu.

Namun selepas satu persatu kontroversi melanda, Sharnaaz akhirnya meluahkan kekecewaan dan berhasrat bersara dari industri seni, bagaimanapun ditentang ramai pihak.

Terbaru, nama Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan menjadi punca hubungan pasangan ideal Qi Razali, 35 dan Nelydia Senrose, 19, berantakan.

Semuanya gara-gara gambar bersama kapsyen, "Tak payah pening-pening, dah depan mata" - menunjukkan seolah-olah dia dan Nelydia ada hubungan istimewa.

Qi juga pada pagi semalam mengemas kini laman Twitternya dengan status : 'Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you' dan 'Menerima hakikatnya, Redha', sebelum dia memadam sebahagian daripada status yang dikongsikan.

Tertawa dan tidak melenting sebaik ditanya mengenai isu terbabit, Sharnaaz berkata dia agak terkejut perkara tersebut, namun menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Nelydia.

"Status itu di buat hanya untuk mempromosikan drama terbaru lakonan saya dan Nely (Nelydia) iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan kami masih menjalani penggambaran.

"Kapsyen tersebut adalah sebahagian dialog dalam drama tersebut. Saya tiada niat apa-apa dan hanya mahu mempromosikan drama itu sahaja," ujarnya dalam nada kesal kepada Zass.


Mohon maaf

Sharnaaz berkata, sebaik mengetahui hal terbabit, dia hanya mampu memohon maaf kepada Qi melalui Nelydia dan tidak bersemuka dengan pengacara dan pelakon itu kerana tidak berkawan rapat.

"Macam dengan Pekin dulu, kami kawan rapat. Jadi senanglah untuk berjumpa. Macam dengan Qi, saya hanya kenal sebagai rakan dalam industri sahaja.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya mohon maaf andai Qi terasa dan saya dah jumpa dengan Nely petang tadi (semalam). Saya pun tak pasti ini salah faham, atau mereka memang ada masalah sebelum ini dan kebetulan perkara ini berlaku.

"Apa yang pasti saya tak mahu cari gaduh, apatah lagi melibatkan isu kerja. Rasa tak seronoklah sebab saya kena bekerjasama dengan Nely.

"Apatah lagi ini drama terakhir saya dan saya memang beri 200 peratus untuk drama ini," jelasnya.

Di tebak adakah dia nekad untuk bersara, Sharnaaz berkata : "Entahlah, susah nak cakap. Belum pasti lagi tapi buat masa ini, drama ini adalah projek terakhir saya," ujarnya ringkas.

Persembahan Mantap Hujan Pukau 900 Penonton DFP

Posted: 03 Dec 2013 04:53 AM PST


Hujan kumpulan Indie pertama membuat persembahan di DFP.
KUALA LUMPUR: Spekulasi mengatakan Hujan berpecah adalah tidak benar apabila kumpulan tersebut berjaya memukau seramai 900 penonton di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Isnin.
Vokalis utamanya, Noh Salleh yang tampil dengan persembahan yang cukup bertenaga berkata, Hujan tidak akan berpecah kerana mereka saling memerlukan dalam karier seni muzik.
"Konsert ini membuktikan kami masih kukuh bersatu dan insya-Allah kami tidak akan berpecah.
"Kerana para peminat juga, Hujan berada di sini di mana kami tidak sangka mampu sampai ke DFP.
"Masih teringat lagi ketika di awal penubuhan Hujan, kami 'busking' di depan KLCC, tetapi dihalau sekuriti," katanya pada konsert tersebut.
Hujan merupakan kumpulan 'indie' pertama beraksi mengadakan konsert di DFP.
Sebanyak 12 lagu dipersembahkan iaitu Romantik, Lonely Soldier Boy, Empayarmu, Bagaikan Matahari, Kotak Hati, Mencari Konklusi, Dugaannya, Biola Bulan, Pagi Yang Gelap, Aku Skandal, Bila Aku Sudah Tiada dan Kembara selama satu jam 15 minit.
Sebagai menghormati konsep eksklusif DFP, susunan muzik rock yang sering dibawakan kumpulan itu diubah kepada muzik yang lebih santai.
Tidak perlu terlalu berusaha, Noh memberikan peluang kepada para peminatnya menyanyikan lagu-lagu mereka dan ia disambut dengan penuh semangat daripada penonton.
Kemantapan vokal Noh juga cukup membanggakan dengan iringan muzik daripada ahli-ahli kumpulannya, Izat (bes) dan AG Coco (gitar) dan Am (dram) selain beberapa pemuzik lain.
Konsert pada malam itu turut diserikan dengan penampilan khas Datin Seri Tiara Jacquelina berduet dengan Noh menerusi lagu Aku Skandal.
Nyata konsert Hujan yang sudah lama dinanti-nantikan peminat cukup berbaloi dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Cico Harahap Sudah Tiga Tahun Jadi Duda

Posted: 03 Dec 2013 04:52 AM PST


Cico bersama anaknya, Rindu Nur Fitrah.
PETALING JAYA: Pelakon Cico Harahap mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan bekas isterinya Elle atau nama Islamnya, Nur Fuziani Abdullah pada tiga tahun lalu.
Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 36, berkata, dia merahsiakan perkara tersebut kepada sebelum ini kerana belum bersedia untuk mengesahkan statusnya sebagai duda kepada seorang anak.
"Sebelum ini saya lebih senang untuk berdiam diri tentang status sebenar saya. Dan ya, kini saya seorang bapa tunggal kepada seorang anak. Saya telah bercerai tiga tahun lalu," katanya kepada mStar Online.
Cico dan Elle telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah, yang berusia tiga tahun.
Tambah anak kepada penyanyi Uji Rashid ini, dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi sebaliknya ingin memberi fokus semula terhadap kerjaya lakonan yang sudah lama ditinggalkannya.
Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan filem Puteri Impian itu berkata, dia ada mengenali seorang wanita, namun tidak tahu sama ada wanita itu adalah calon sesuai untuk dijadikan isteri atau tidak.
"Apa-apa pun saya selesa dengan hidup sekarang. Saya ada seorang anak yang buatkan saya ceria selalu dan dia juga sering menemani saya ke set penggambaran.
"Teringat pula zaman saya kecil dulu yang sering mengikut ibu (Uji) mana-mana sahaja yang melibatkan aktiviti kerja seninya," ujar Cico.
Sementara itu, Cico yang sebelum ini menetap di Pulau Tioman melatih penyelam-penyelam skuba berkata, dia mahu membuat kemunculan semula selepas enam tahun tidak muncul di layar perak dan televisyen.
Katanya, memandangkan pada penghujung tahun ini adalah musim tengkujuh, ia memudahkannya lagi untuk menghabiskan masa dengan memenuhi kerja-kerja lakonan dan sebagai permulaan, Cico terlibat dengan drama berjudul Jiwa, arahan Kabir dan Nurhanisyam Muhammad.
"Sekarang ni pun tengah musim tengkujuh, jadi kebetulan ada tawaran berlakon, saya terima.
"Alhamdulillah, ia satu peluang baik apalagi dapat bekerjasama dengan Kabir. Dalam drama ini, saya berlakon sebagai Zul, sahabat baik kepada Iskandar, lakonan Remy Ishak," tuturnya.
Ia mengisahkan perhubungan keluarga dan aksi lawan Muay Thai yang dilakonkan oleh tiga pelakon utama iaitu Faizal Hussein, Remy Ishak dan Kamal Adli.
Jiwa yang turut melibatkan pelakon Siti Elizad, Sheila Mambo dan Liza Shadan ini bakal disiarkan setiap Rabu mulai 5 Februari 2014 b bermula pukul 9 malam di TV3.

Dafi Kembang Bakat Sebagai Penyanyi Di Indonesia

Posted: 03 Dec 2013 04:51 AM PST


Dafi mahu lebarkan sayap dalam bidang nyanyian di Indonesia
KUALA LUMPUR: Setelah mencipta nama sebagai pengacara di Indobnesia penyanyi Dafi mempunyai strategi dalam mengembangkan lagi bakat khususnya dalam bidang nyanyian di negara itu.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 25, berkata, dia akan ke negara tersebut tahun hadapan dalam proses mencari bahan-bahan terbaik untuk lagu terbaharu yang akan dipertaruhkan di sana.
"Tahun ini saya banyak habiskan masa untuk album baharu saya di sini, lagi pula kontrak sebagai pengacara di sebuah stesen televisyen di sana sudah tamat.
"Tahun depan saya akan ke Jakarta semula untuk bertemu dengan beberapa produser muzik di Jakarta bagi merancang kerjaya nyanyian saya di sana," katanya kepada mStar Online.
Dafi ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta alat tulis S Liner dan pra dengar single terbaharunya berjudul Dalam Hati Ini, di Neway Karaoke, Berjaya Time Square, dekat sini, Isnin.
Biarpun Dafi mengakui peluang untuk memasuki pasaran negara tersebut agar sukar, namun dia tidak pernah berputus asa untuk mencuba yang terbaik.
"Saya tahu ia sukar untuk orang luar menembusi pasaran negara itu, namun saya sudah ada tapak dan kenapa tidak ambil peluang tersebut untuk terus mencuba.
"Ada tawaran lakonan tetapi saya tidak berminat, saya mahu dikenali sebagai penyanyi," katanya.
Bercakap tentang imej, Dafi berkata, dia kini mahu tampil lebih dewasa dan matang dalam setiap lagu-lagu nyanyiannya.
"Saya sudah berusia 25 tahun dan saya mahu ubah genre nyanyian kepada yang lebih matang.
"Peminat-peminat saya juga sudah membesar, kalau boleh saya mahu mereka akan terus menyokong saya mengikut peredaran usia," katanya.

Menyamar kastam kutip duit

Posted: 03 Dec 2013 04:41 AM PST

  • Menyamar kastam kutip duitRakaman CCTV menunjukkan tiga lelaki dan seorang wanita menyamar sebagai pegawai kastam ketika mengunjungi sebuah premis di Kuala Kangsar.

IPOH - Orang ramai diminta berwaspada terhadap taktik sebuah kumpulan yang menyamar sebagai pegawai kastam bagi tujuan kutipan wang, dikatakan untuk pembiayaan program jabatan itu.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Muhammad Nasir Said berkata, setakat ini, jabatan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat bagi tujuan kutipan wang untuk membiayai majlis yang dianjurkan.

Menurutnya, mana-mana penganjuran aktiviti di bawah jabatan adalah berdasarkan peruntukan yang disediakan juga sumbangan daripada kakitangan.

"Apa juga urusan babitkan nama jabatan, mereka perlu menunjukkan surat dan kad kuasa, jadi kita minta orang ramai jangan cepat terpengaruh," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden tiga lelaki dan seorang wanita yang dikesan menyamar sebagai pegawai kastam untuk mengutip wang secara haram dari peniaga di Kuala Kangsar, minggu lalu.

Kehadiran kumpulan berkenaan berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis sekitar jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.

Mereka dikatakan meminta wang tajaan sebanyak RM1,000 daripada mangsa untuk mengadakan hari keluarga kastam di Jelapang.

Mangsa berusia 40 tahun itu bagaimanapun memaklumkan tidak mempunyai wang sebanyak itu sebelum kumpulan berkenaan beredar.

Mengulas lanjut, Muhammad Nasir berkata, tiada penganjuran program jabatan itu di Jelapang, sebaliknya hanya mengadakan satu majlis meraikan kakitangannya di Lumut pada Sabtu dan Ahad lepas.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan orang awam jangan mudah terpedaya dengan helah pihak tertentu yang menjual barangan lelong kastam dengan harga murah.

Katanya, dalam urusan itu, jabatan biasanya akan menawarkan sebut harga barang yang hendak dijual dan mengeluarkan tender terutamanya membabitkan kenderaan.

"Semua urusan penyerahan barang dan dokumen juga diserahkan di pejabat bukan di kedai kopi atau tepi jalan sahaja," katanya.

Cucu Kamariah pilih Islam

Posted: 03 Dec 2013 04:35 AM PST

  • Cucu Kamariah pilih IslamKeluarga besar Kamariah bersatu di YKSNS.

KUALA PILAH –  Biarpun masih berusia 13 tahun, namun kerana kagum mendorong Siti Nursuzana memeluk Islam sebagai pegangan hidupnya.

Lebih bermakna apabila hasratnya mendapat restu kedua orang tua, P.Vijaya dan  K.Murugunadan, serta sokongan adik-beradik, sanak saudara.

Siti Nursuzana yang sebelum ini dikenali sebagai M.Puvana mendapat hidayah ALLAH SWT sejak menziarahi neneknya dan terdetik di hatinya untuk mendalami Islam secara serius dengan mengikut jejak langkah neneknya.

"Saya memeluk agama Islam kerana kerelaan hati, bukan atas paksaan," katanya ketika ditemui di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), selepas mengucap dua kalimah Syahadah tepat jam 9 malam, Sabtu lalu.

Bercerita mengenai salasilah keluarga, Siti Nursuzana mempunyai seorang nenek dikenali sebagai Kamariah Sarip, 82, yang berkahwin dengan datuknya berketurunan India iaitu Kandasamy.

Sebelum itu, pada awal 40-an, Kamariah telah berkahwin dengan seorang lelaki India Muslim bernama Kamarudin Abdullah dan dikurniakan empat orang anak yang tinggal di sebuah Estet di Pagoh, Johor.

Namun entah mana silapnya, Kamariah telah meninggalkan anak-anaknya, kemudian mendirikan rumah tangga bersama Kandasamy dengan dikurniakan tujuh orang anak hasil perkahwinan mereka.
Cari adik beradik, sanak saudara

Menurut anak saudara Kamariah, Norizan Mohd Nor, 53, pertemuan dia bersama ibu saudaranya (Kamariah) bermula pada awal tahun ini selepas ibu saudaranya di masukkan ke hospital di Kajang, Selangor.
"Sebelum ini, Kamariah telah menghilang diri lebih dari 30 tahun selepas berkahwin dengan Kandasamy dan difahamkan, perkahwinan mereka tidak berlandaskan agama Islam.

"Hinggalah, dikurniakan anak-anak beragama Hindu. Namun pada akhir 2008, Kamariah telah bermimpi ditemukan oleh ibu bapanya serta adik-beradiknya.

"Menurut Kamariah, dalam mimpinya itu, kedua ibu bapanya marah kerana tindakannya berjauhan dengan keluarga dan meminta dia kembali memeluk Islam semula serta mencari sanak saudara se-Islam," katanya.

Atas dorongan itu katanya, Kamariah pulang ke kampung halaman di Rantau Panjang, Port Dickson untuk mencari adik-beradik dan sanak-saudaranya.

"Namun kerana faktor masa, rumah pusaka sudah tiada dan adik-beradik juga telah merantau. Kamariah hanya dimaklumkan oleh jiran, bahawa sanak saudara berada di sekitar Jempol.

"Usaha untuk mencari sanak-saudara menemui jalan buntu kerana kekurangan maklumat sehinggalah berlarutan beberapa tahun," katanya.
Tak sangka ibu saudara masih hidup
Menurut Norizan, selepas itu, dengan bantuan Jabatan Mufti negeri, Kamariah di bawa ke YKSNS pada penghujung 2008 untuk mendalami semula agama Islam dan mengucap kembali dua kalimah Syahadah.

"Selepas setahun berada di YKSNS, anak-anaknya ingin menjaga ibunya dan berjanji akan menjaga makan minum ibunya kerana memahami ibunya telah memeluk Islam semula.

"Dalam tempoh itu juga, Kamariah dimasukkan ke Hospital Kajang dan ditempatkan di wad rawatan rapi (ICU) kerana demam panas.

"Ekoran keadaan dirinya tidak stabil dan sering meracau, Kamariah sering menyebut nama adik-beradiknya. Akhirnya doktor meminta anak-anaknya mencari ahli keluarga asal Kamariah sebelum menghubungi semula YKSNS untuk membantu mencari keluarga asal Kamariah dipercayai masih berada di sini," katanya.

Susulan itu kata Norizan, pihak YKSNS telah berjaya menjejaki anak buah Kamariah, Idris Kasim, 56.

"Suami (Idris) saya telah dihubungi pihak YKSNS menyatakan terdapat seorang perempuan bernama Kamariah Sarip ingin bertemu saudaranya.

"Selepas menerima panggilan, suami saya tidak menjangka ibu saudaranya masih hidup kerana lebih 30 tahun dia tidak pernah berjumpa dengan ibu saudaranya itu.

"Alhamdulillah, kami bersyukur ditemukan semula dengannya. Malah, kami sangat gembira kerana dia telah memeluk Islam semula," katanya.
Hubungan masih erat biarpun lain agama

Sejurus pertemuan tersebut, anak perempuan Kamariah sering datang ke rumahnya di Felda Raja Alias 4 untuk bertemu ibunya.

"Selepas keluar dari Hospital Kajang, Kamariah telah duduk bersama kami tetapi hubungannya dengan anak-anak tetap seperti biasa kerana mereka sering datang ke sini. Malah hubungan kami lebih erat meskipun berlainan agama," katanya.
Katanya. dia bersyukur kerana Siti Nursuzana memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya.
"Buat masa ini, Siti Nursuzana akan tinggal di YKSNS untuk mendalami ilmu agama Islam sebelum dia sendiri membuat keputusan sama ada mahu tinggal bersama kami di Felda Raja Alias 4, atau terus tinggal di YKSNS," katanya.

Sementara itu, Kamariah yang fasih berbahasa Tamil berkata, hati kecilnya masih menaruh harapan untuk bertemu dengan empat orang anak iaitu Khatijah, Rokiah, Ariffin dan Baharudin iaitu anak-anak hasil perkahwinan pertamanya.

"Wan sangat merindui mereka. Puas sudah wan mencari mereka tetapi tetap tidak bertemu. Wan tidak tahu di mana mereka berada sekarang.

"Wan harap, sekiranya ALLAH dipanjangkan usia wan, wan mahu bertemu dengan anak-anak sebelum mata terpejam untuk selamanya," katanya gembira dapat bertemu dengan adik-beradiknya serta sanak saudara Melayu.

Bagaimanapun, suami kedua-dua Kamariah telah meninggal dunia.

Zahnita membasuh luka

Posted: 03 Dec 2013 04:31 AM PST



ULU hatinya bagai dirodok sembilu tajam, menghiris dan berdarah tak terhenti. Siapa yang gembira andai percerai- an menjadi pilihan akhir menamatkan hubungan rumah tangga yang sudah dibina lebih lapan tahun bersama-sama?
Tapi itu ketetapan yang Zahnita Dorothy Hussein Wilson pilih. Bercerai bukan bermakna berakhir sebuah impian, bagaimanapun itulah permulaan sebuah harapan baharu.
"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!
"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama.
"Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami," jelas Zahnita secara eksklusif kepada Kosmo! ketika sesi fotografi baru-baru ini.
Terkejut apabila kisah berantakan rumah tangganya boleh sampai ke pengetahuan umum, Zahnita, 28, bagaimanapun akur dan nekad dengan keputusannya.
Setelah memfailkan saman terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 35, sebutan pertama kes penceraian pasangan itu akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.
Lewat tahun 2011, Zahnita mengakui gosip rumah tangganya sedang bergolak, namun pasangan itu mengambil langkah awal untuk membetulkan keadaan daripada menjadi semakin parah.
PENGUBAT DUKA... Zahnita bersama dua permata hatinya, Zahrafeena dan Zasharayna.


Peluang terkubur
Tambah Zahnita, selepas seminggu membuat permohonan cerai akhirnya baru hari Jumaat lalu dia masih belum berpeluang untuk menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada Abdul Zac- kery Ghouse memandangkan suaminya berada di luar daerah.
"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubu- ngan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.
"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.
"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini," ulasnya lanjut.
Menyifatkan tidak harus 'membogelkan' kisah rumah tangga kepada khalayak umum, jelas Zahnita, dia harus akur sama ada sekarang atau kelak kisah perceraiannya akan sampai ke pengetahuan ramai.
"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," kata Zahnita menyeka empangan air matanya.
Sesi fotografi diserikan dengan kehadiran kedua- dua permata hatinya, Zarafeena, 6, dan Zasharayna, 1, yang sering mengusik ibunya ketika sedang bersiap.
Ibarat mewarisi bakat semula jadi ibunya beraksi di hadapan lensa kamera, Zarafeena dan Zasharayna barangkali sudah memahami perihal kehidupan seni dan ranjau yang ditempuh terdahulu oleh Zahnita.
"Merekalah kebahagiaan saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah suatu kegembiraan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Mereka melengkapi hidup saya," tambahnya.
ZAHNITA mengaku yang dia nekad bercerai dengan suaminya, Zackery selepas gagal berusaha memulihkan kebahagiaan rumah tangga mereka.


Comeback
Disebabkan keputusan yang telah diambil untuk menjalani kehidupan tanpa individu bergelar suami, Zahnita tekad mahu kembali ke bidang lakonan selain beraksi di pentas peragaan.
"Saya tidak akan menjadi model sampai umur 35 tahun, jadi inilah waktu paling sesuai untuk saya kembali ke layar perak.
"Lagipun, sepanjang tempoh 10 tahun tidak berlakon saya sangat merindui bidang itu. Saya kini lebih matang dan bersedia, malah pengalaman telah banyak mengajar saya.
"Kalau dulu saya tidak selesa, terkejut dan gagal mengawal situasi. Malah, keluar makan pun segan sebab orang kenal saya," kata pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta itu.
Zahnita dalam pada itu mengakui yang kisah kontroversi dan peribadinya lebih mempopularkan namanya berbanding bakat atau kerjaya.
"Peribadi telah mencipta karier saya dan kisah kontroversi terlebih dahulu menolak saya ke depan berbanding hasil kerja saya dalam bidang seni.
"Saya tidak gusar dengan pelakon muda dan mungkin ada yang akan menganggap saya terlewat untuk kembali ke bidang lakonan.
"Sebelum ini saya banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. Sebenarnya, menjadi seorang ibu telah banyak mendidik saya menjadi seorang yang bertanggungjawab," jelasnya yang teringin menjayakan watak psiko dan seram.


Deepika belum sedia bercinta

Posted: 03 Dec 2013 04:29 AM PST


DEEPIKA PADUKONE


AKTRES Deepika Padukone menjelaskan, cerita yang tersebar mengenai dirinya yang akan mendirikan rumah tangga dengan Ranveer Singh sekadar gosip semata-mata dan kini dia tidak menjalinkan hubungan dengan mana- mana lelaki.
Menurutnya, buat masa ini dia masih lagi enggan mempunyai komitmen untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang dan lebih selesa menjalani kehidu- pan solo yang dilaluinya sekarang.
"Saya merasakan belum tiba masanya lagi membuka hati ini untuk jatuh cinta. Ia bukanlah disebabkan kerjaya saya dalam bidang hiburan tetapi saya memang tiada keinginan bercinta," ujarnya seperti yang dipetik menerusi portal One India Entertainment.
Sebelum ini, terdapat juga khabar angin yang me- ngatakan, hubungan Deepika dan Ranveer putus di tengah jalan. Namun begitu, Ranveer pernah menyatakan yang dia sendiri tidak pernah jatuh cinta dengan Deepika.
Menariknya, terdapat spekulasi lain yang ditimbul- kan apabila kisah mereka berdua sengaja dibangkit- kan semata-mata mahu menarik perhatian ramai me- mandangkan filem Ram Leela lakonan kedua-duanya akan ditayangkan tidak lama lagi.


Ibu rayu majistret penjarakan anak

Posted: 03 Dec 2013 04:27 AM PST



KOTA BHARU - Kecewa dirinya diugut bunuh oleh anak kandung sendiri, seorang ibu nekad memohon kepada Mahkamah Majistret di sini semalam supaya memenjarakan anak lelakinya itu selama setahun.
"Buatlah macam mana pun kepada anak saya. Penjarakan setahun pun tidak mengapa," kata Jarah Mohamed, 54, semasa memberi keterangan terhadap anaknya di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Terdahulu, Mohd. Fairul Rahimi, (gambar), 28, yang bekerja sebagai pemandu sebuah syarikat katering mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut sebelum Nik Habri kemudian menjatuhkan hukuman penjara itu mulai semalam.


Dron dicipta untuk hantar barang

Posted: 03 Dec 2013 04:23 AM PST

GAMBAR tidak bertarikh yang disiarkan Amazon.com kelmarin menunjukkan sebuah dron membawa sebuah bekas yang dicipta untuk menghantar barang bergerak di udara.


WASHINGTON - Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos kelmarin mendedahkan bahawa syarikatnya merancang untuk menggunakan dron mini bagi menghantar barang kepada pelanggan dalam tempoh hanya 30 minit.
Amazon merupakan syarikat peruncitan gergasi di Amerika Syarikat (AS) yang menjual pelbagai jenis barang menerusi internet.
Namun, dron ciptaan syarikat itu masih perlu menjalani ujian keselamatan dan memperoleh kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS.
Satu rakaman video yang disiarkan di laman web syarikat tersebut menunjukkan dron itu menghantar barang kepada pelanggan dalam tempoh 30 minit selepas pembelian dibuat menerusi Amazon.com.
"Kami boleh menghantar barang dalam tempoh 30 minit. Ia (dron) boleh membawa barang sehingga 2.3 kilogram.
Barang itu diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang kemudian akan digugurkan di rumah pelanggan.
Dron kecil itu dijana dengan kuasa elektrik dan mampu menghantar barang dalam jarak lingkungan 16 kilometer dari pusat penghantaran," kata Bezos dalam program 60 Minutes terbitan stesen televisyen CBS.
Dron itu dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global.
Menurut Bezos, penggunaan dron itu adalah lebih baik berbanding trak kerana ia boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar.


Bilik sauna bergerak dicipta di Rusia

Posted: 03 Dec 2013 04:22 AM PST


KRASIN (kiri) berdiri di dalam bilik sauna ciptaannya di Shoshino, Rusia kelmarin.


KRASNOYARSK, Rusia - Seorang penduduk tempatan, Valentine Krasin mencipta sebuah bilik sauna yang boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di Shoshino, 455 kilometer dari sini.
Ia yang diperbuat daripada kayu direka berdasarkan ciri-ciri yang terdapat di dalam bilik sauna tradisional Rusia.
Bilik sauna itu direka bagi membolehkannya mudah ditarik kenderaan ke lokasi percutian.
Para pengguna juga boleh menikmati sauna selain diurut dengan menggunakan daun di dalam bilik mandi bergerak itu.


Tanah subur, buahnya lebat

Posted: 03 Dec 2013 04:21 AM PST



LONGGOKAN tandan buah kelapa sawit yang dikumpulkan di satu kawasan lapang membuatkan pengusahanya, Teu Chong Bon, 65, tersenyum lebar apabila melihat hasil tuaian tersebut.
Lelaki tua yang ringkas dengan persalinan kemeja-T berkotak dan seluar pendek paras lutut itu kemudian menyapa pekerjanya yang dikenali sebagai Nasir: "Wah, kalau selalu begini hasilnya, awak pun boleh dapat bonus."
Mendengar ucapan majikannya, Nasir hanya tersenyum lantas mengangkat tandan-tandan buah kelapa sawit itu ke dalam lori. Sepanjang 18 tahun bekerja bersama Chong Bon, Nasir mengakuinya hasil tanaman semakin meningkat terutamanya sejak menggunakan Super Baja Silikon 20 kira-kira dua tahun lalu.
"Saya perhatikan buahnya semakin besar dan berat tandan juga meningkat lebih sekali ganda," ujarnya yang masih mampu mengangkat tandan sawit seberat 40 kilogram (kg) meskipun usianya telah mencecah separuh abad.
Menurut Chong Bon, dia sudah mula bekerja di ladang kelapa sawit pada usia 17 tahun. Kemudian, pada tahun 1983, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu berhijrah ke Tawau, Sabah dan membuat keputusan untuk terus menetap di sana. Kini, Chong Bon memiliki 28.3 hektar ladang kelapa sawit yang diusahakan sendiri.

NASIR (kiri) dan rakannya mengangkat tandan kelapa sawit ke dalam lori.


Perbandingan
Menurut Chong Bon, dia pada mulanya menggunakan baja kompaun biasa sehingga diperkenalkan dengan baja silikon itu oleh seorang kakitangan syarikat SIO4 Sdn. Bhd. (SIO4).
"Saya nekad untuk mencubanya. Buat permulaan saya memilih untuk menggunakan baja ini di ladang seluas 4.04 hektar yang terletak di Nasip Kita, Batu 30, Jalan Apas.
"Ternyata, selepas tiga bulan, ia sudah mula menunjukkan kesan. Saya dapati tanah menjadi lebih subur dan buah yang dihasilkan juga semakin besar," ujarnya.
Menurut Chong Bon, dalam tempoh setahun, baja tersebut akan ditabur sebanyak tiga kali dengan purata 2kg untuk setiap batang pokok.
Beliau memaklumkan, untuk setiap 4.04 hektar tanah, dia mampu memperoleh 1.4 tan buah kelapa sawit berbanding kurang satu tan sebelum ini.
Perkara ini turut diakui Woo Min Fui, 70, pemilik ladang kelapa sawit seluas 32.3 hektar di Gudang Empat, Jalan Kuhara, Tawau.
Min Fui yang juga kapitan atau ketua masyarakat Cina di kawasan tersebut memberitahu, dia pada awalnya menyedari daun kelapa sawit di ladangnya seperti tidak sihat dan kelihatan pucat.
Kemudian, apabila pihak SIO4 memaklumkan tentang kelebihan baja silikon itu kepadanya, Min Fui mengibaratkan ia seperti orang mengantuk disorong bantal.
"Saya terus setuju untuk menggunakan baja tersebut yang hanya perlu ditabur di kawasan sekeliling pokok. Caranya sangat mudah, namun hasilnya amat memberangsangkan.
"Selepas beberapa bulan, saya lihat daun pokok kelapa sawit yang ditabur dengan baja berkenaan menjadi lebih subur dan berkembang. Akhirnya apabila tiba musim menuai, hasil yang diperoleh begitu lumayan sehingga mencecah dua kali ganda daripada biasa," ungkapnya yang memperuntukkan kira-kira RM4,000 setahun bagi membeli empat tan baja silikon untuk keseluruhan ladangnya.
TANDAN kelapa sawit lebih panjang dan besar melebihi telefon pintar.


Ciri-ciri baja
Mengulas mengenai keistimewaan silikon, ahli agronomi, Jimmy Wong memberitahu, ia dikenali sebagai elemen keempat terbesar dalam tumbuhan selepas nitrogen, fosfat dan kalium.
Silikon juga merupakan unsur kedua paling banyak selepas oksigen dalam kerak bumi dan tanah.
"Majoriti silikon dalam tanah tidak aktif dan tidak tersedia untuk tumbuhan seperti kuarza, kaca, zeolite dan lain-lain. Manakala dalam bentuk biokimia aktif seperti asid monosilisik, polisilisik atau sebatian silikon organik, ia boleh didapati atau diresap untuk kegunaan tumbuhan.
"Bentuk silikon aktif ini memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pembentukan tanah, mempengaruhi kesuburan tanah dan untuk tahap makanan tumbuhan," jelasnya sambil menegaskan bahawa bentuk-bentuk itu mempunyai pengaruh utama ke atas tanah dalam proses fizikal, kimia dan biologi.
Ia disebabkan silikon aktif memberi kesan yang positif kepada bilangan mikrob tanah.
Pengarah Urusan SIO4, Yong Peng Chuan berkata, Super Baja Silikon 20 merupakan baja mineral yang dirumus dengan silikon (H4Si04), asid humid (asid fulvic) dan bukan sejenis baja kimia.
"Baja ini berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan mutu tanaman, di samping memanjangkan tempoh kesuburan tanah. Paling penting ia bersifat mesra alam.
"Keberkesanan silikon dalam meningkatkan hasil tanaman telah menarik minat pengeluar baja dari seluruh dunia. Malah, negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Filipina dan Thailand sudah mula bergiat dalam pembangunan, pengeluaran dan penggunaan baja silikon.
"Justeru, kami juga tidak mahu ketinggalan untuk menawarkan satu produk yang berkualiti untuk pengusaha ladang pertanian," tutur Peng Chuan sewaktu lawatan media ke Tawau untuk diperkenalkan dengan keunikan baja silikon keluaran syarikat itu baru-baru ini.

WONG (empat dari kanan) bersama kakitangan syarikat SIO4 menunjukkan tanda bagus terhadap produk baja silikon.


Antara keistimewaan baja tersebut ialah merawat dan memulihkan kesuburan tanah, mengimbangi nilai pH tanah dan menguatkan keupayaan tanaman memegang tanah agar pokok tidak mudah tumbang, di samping mempergiatkan proses fotosintesis tanaman dan membekalkan nutrien sebatian pada tanaman.
Selain itu, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan tanaman terhadap penyakit dan serangan serangga dan mengurangkan kehilangan air pada tanaman akibat proses transpirasi.
"Menariknya, baja ini boleh digunakan untuk semua jenis tanaman termasuk pokok getah, buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya sambil memberitahu, setiap satu karung baja seberat 50kg dan dijual pada harga RM80.
Maklumat lanjut mengenai baja silikon SIO4 boleh didapati di laman web www.siliconfertilizer.com.my atau hubungi talian 089-911 148.


Ramai pengusaha belum kenali baja silikon

Posted: 03 Dec 2013 04:20 AM PST


UJIAN tanah mampu menarik perhatian pengusaha untuk mencuba baja silikon keluaran syarikat SIO4 Sdn. Bhd.


SEBAGAI juruteknik di syarikat pengeluar baja silikon SIO4 Sdn. Bhd., Ginno Ngai, 39, bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas teknikal seperti membuat ujian tanah dan melawat ladang selain mempromosi produk baja kepada pengusaha.
Sepanjang tiga tahun bertugas di sana, Ginno mengakui banyak cabaran yang terpaksa dihadapi terutama dalam meraih kepercayaan pelanggan terhadap produk mereka.
"Rutin harian saya sangat padat. Setiap hari saya perlu turun padang melawat kawasan estet di pelbagai lokasi sekitar Tawau untuk bertemu dengan pengusaha ladang kelapa sawit.
"Di sana, saya dan rakan yang terlibat akan melakukan ujian ukuran bagi asid (pH), membuat pemerhatian di sekitar ladang dan merekodkan sesi lawatan tersebut. Sekiranya pelanggan berminat, mereka akan membuat tempahan baja dan jika tidak kami sekadar pulang dengan tangan kosong," ujar Ginno sambil menunjukkan bagaimana ujian pH dilakukan.
Menggunakan beberapa peralatan, Ginno mengorek tanah dengan kedalaman kira-kira 10 hingga 12 sentimeter (sm). Kemudian, tanah itu diletakkan di dalam bekas plastik berwarna putih dan kemudian dicampurkan dengan cecair alkali.
Ganoderma
Salah satu bekas kecil ditambah dengan sedikit baja silikon. Hasilnya tanah yang dicampur baja silikon menunjukkan perubahan warna dan nilai pH.
Menurut Ginno, ujian tanah yang dilakukan itu biasanya mampu menarik perhatian pengusaha untuk mencuba baja silikon yang diperkenalkan syarikatnya.
Ditanya mengenai masalah yang selalu dihadapi pengusaha kelapa sawit, lelaki berperwatakan ceria ini memberitahu, ganoderma antara penyakit yang sering dikesan pada pokok kelapa sawit.
TANAH yang dicampur dengan baja silikon mengurangkan nilai keasidan tanah.


"Apabila pokok kelapa sawit dijangkiti ganoderma, ia akan menjejaskan kawasan batang pokok. Biasanya dibahagian bawah pokok itu kira-kira serendah 1.5 meter akan dimakan oleh ganoderma dan mereput.
"Pada peringkat ini, pokok hanya menunggu masa untuk tumbang. Boleh dikatakan penyakit ini ibarat kanser bagi pokok kelapa sawit dan sukar diubati," jelas Ginno sambil menunjukkan sebatang pokok sawit berusia kira-kira 10 tahun yang dihinggapi penyakit itu.
Sementara itu, Julian Mickey Niun, 37, pula berkongsi bahawa antara cabaran yang dihadapi ialah untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk mereka.
"Ini kerana baja silikon masih baru dalam pasaran. Walaupun sudah enam tahun dipasarkan di Malaysia, namun tidak ramai pengusaha mengetahui kebaikan baja ini.
"Kebanyakan pengusaha masih tidak percaya bahawa baja ini mampu memberi hasil yang lebih baik dan tinggi berbanding baja tradisional. Justeru, ia mengambil masa untuk kami meraih kepercayaan mereka.
"Apapun, kami perlu tetap berpegang kepada pasaran tahu dan mempunyai pengetahuan tentang trend pengusaha memandangkan industri minyak sawit merupakan salah industri terbesar di Malaysia," terang Julian sambil menambah syarikatnya sentiasa berusaha menaik taraf produk agar dikenali ramai.
Tambah Julian, jika seseorang pengusaha bersetuju untuk menggunakan baja silikon, mereka akan memberikan khidmat nasihat dan membuat pemantauan.
"Selepas pelanggan menggunakan baja tersebut dalam tempoh satu ke dua bulan, kami akan melakukan lawatan semua ke ladang mereka bagi mengesan sebarang perubahan. Apa yang pasti, setiap pelanggan yang telah mencuba baja ini, mengakui keberkesanannya dalam menyuburkan tanah sekali gus memberikan hasil tanaman yang baik," ungkap Julian sambil tersenyum.

Berani mengharungi cabaran bisnes

Posted: 03 Dec 2013 04:18 AM PST



KETIKA masih belajar di sekolah menengah, Nurfuryna Mohd. Azmeer atau lebih mesra dengan panggilan Feena, tidak melepaskan peluang membantu ibunya yang memiliki salon kecantikan dan butik pengantin Allya Touch di Greentown Mall, Ipoh, Perak.
"Allya Touch diusahakan sekitar tahun 1998 hingga 2008 dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur.
"Ilmu yang dipelajari di sana dan melihat sendiri bagaimana ibu gigih mengusahakan perniagaan itu daripada seluruh aspek termasuk cara melayan pelanggan dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan telah membuatkan saya ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan dan kecantikan," katanya mengenai penglibatan awal beliau dalam arena perniagaan.
Mengambil langkah berani pada tahun 2009, wanita yang kini berusia 28 tahun itu telah membuka perniagaannya sendiri.
"Pada ketika itu, saya bersama seorang rakan membuka sebuah spa di Ipoh yang bernama Spa Que. Tetapi perniagaan itu kini dikendalikan oleh rakan tersebut memandangkan saya mempunyai perniagaan lain di Kuala Lumpur," ujarnya.
Wanita hari ini sanggup menghabiskan wang yang banyak agar tampil menawan. - Gambar hiasan


Bagi anak kedua dari tiga beradik ini, kecantikan merupakan satu hubungan yang rapat dengan setiap wanita kerana dia melihat sendiri bahawa semua kaum hawa amat menitikberatkan penampilan mereka bukan sekadar untuk memenuhi kepuasan peribadi tetapi juga untuk suami bagi mereka yang sudah berkahwin.
"Penampilan diri yang menarik mampu meningkatkan tahap keyakinan seorang wanita," ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu sambil tersenyum.
Menurutnya, pada masa ini, kecantikan menjadi obsesi wanita, terutamanya wanita urban yang amat mementingkan gaya sehingga ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan menarik.
Pengolah penampilan
Sungguhpun demikian, Feena menyarankan agar rejim penjagaan kulit dimulakan seawal peringkat remaja bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri di masa hadapan.
"Berbelanja demi kecantikan bukanlah satu tindakan yang salah. Namun, pastikan perbelanjaan itu mengikut kemampuan diri.
"Lebih penting, suatu kecantikan itu bukan hanya terletak di bahagian luaran bahkan dalaman iaitu mempunyai hati yang bersih, sentiasa berfikiran positif, mengurangkan sifat-sifat negatif seperti hasad dengki dan tidak sombong. Perkara paling mudah dan mujarab untuk mendapatkan penampilan yang menarik ialah sentiasa tersenyum," jelas Feena mengenai pendekatan yang turut diambilnya sendiri.
Mengakui bahawa perniagaan dalam bidang kecantikan penuh dengan pancaroba dengan persaingan sengit dan cabaran dalam memenuhi kehendak pengguna yang sering berubah, Feena memaklumkan, dia sebelum ini pernah memperkenalkan beberapa jenama produk kecantikan di pasaran.
Usaha perniagaannya membuahkan hasil apabila tahun lalu dia berjaya menemui sebuah syarikat tempatan yang giat melaksanakan usaha penyelidikan dan pembangunan sehingga tampil dengan produk suplemen yang kini dilihat sebagai antara yang mendapat permintaan tinggi di pasaran iaitu Aurawhite Collagen.
"Pada mulanya saya dan suami, Saiful Safwan, 30, memulakan perniagaan ini secara dalam talian di laman blog aurawhitebeauty.blogspot.com. Kami tidak menyangka ia diterima baik pengguna.
MINAT Nurfuryna atau Feena dalam dunia perniagaan dan kecantikan terbentuk sejak di bangku sekolah menengah.


"Mungkin kerana kesannya yang mujarab dan orang ramai mula sedar tentang kepelbagaian manfaat produk ini. Sejak diperkenalkan pada Februari lalu, ia terus mendapat permintaan tinggi," katanya sambil menunjukkan produk Aurawhite Collagen yang kini dijual oleh syarikat pasangan ini, Aura White Beauty Sdn. Bhd. (Aura White Beauty).
Lazimnya apabila memperkenalkan sesuatu produk baharu di pasaran, membina keyakinan pengguna terhadap produk tersebut merupakan usaha paling mencabar kepada peniaga, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan produk suplemen kecantikan yang banyak terdapat di Malaysia.
Resipi kejayaan
Namun, Feena amat bernasib baik, kerana menerusi duta produk Aurawhite iaitu selebriti dan pelakon, Hanez Suraya dan usaha-usaha pengiklanan berserta testimoni ikhlas pengguna yang sering dikongsi bersama, usahanya berjaya, sekali gus mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap produk berkenaan.
Dengan permintaan yang terus meningkat saban hari, Feena tidak hanya berlapang dada dengan pencapaian itu. Malah, syarikat berkenaan secara berterusan menjalankan kerja-kerja promosi dan pengiklanan agar jenama Aurawhite tidak tenggelam di pasaran.
Bagi wanita ini, pengenalan Aurawhite dalam pasaran ialah atas tujuan menggalakkan penjagaan awal dalaman dan luaran pengguna.
"Suplemen ini mempunyai 20 jenis ramuan semula jadi seperti ekstrak buah-buahan terpilih, sel stem tomato, roselle, sarang burung, lemon, lobak putih dan sisik ikan tilapia. Ramuan-ramuan ini penting dalam membantu mengatasi masalah kulit, masalah lenguh-lenguh otot dan memberikan tenaga.
"Bukan itu sahaja, pengambilan kolagen ini juga mudah dan enak. Ia ditawarkan dalam perisa beri atau coklat bagi memenuhi selera pelanggan," katanya.
Sungguhpun dianggap masih baharu dalam dunia perniagaan, Feena beranggapan ia sebagai satu perjalanan penuh pembelajaran untuk memastikan syarikatnya tersebut bertapak kukuh di masa hadapan.
"Perkara penting ialah memastikan penawaran produk berkualiti yang mampu memberi kepuasan pada pelanggan," ujarnya.
HANEZ selaku duta produk Aurawhite, mengakui keberkesanan Aurawhite Collagen selepas mencubanya untuk dua minggu.


Antara langkah diambil ialah melantik seorang duta produk.
Berbicara lanjut mengenai duta produk Aurawhite Collagen, Hanez Suraya, Feena akui wanita itu seorang yang sangat komited tentang kerjanya. Gadis jelita itu memenuhi kriteria yang dikehendaki bukan sahaja mempunyai penampilan yang menarik tetapi juga bersifat mulia.
"Haneez mencuba minuman tersebut selama dua minggu dan bersetuju menjadi duta selepas mengalami perbezaan positif.
"Dia berkata kulitnya lebih lembap dan cerah, rekahan kaki berkurangan dan lebih bertenaga memandangkan dia seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti rakaman," jelas Feena.
Menganggap personaliti popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai wanita yang ingin dicontohi, katanya, penampilan menarik penyanyi tersohor negara itu diserlahkan melalui keperibadian penuh budi bahasa.
"Saya pernah bertemu beliau sebanyak beberapa kali dan wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman walaupun berhadapan dengan pelbagai perkara," katanya sambil menyenaraikan Wanita Besi, Datuk Dr. Maznah Hamid sebagai idolanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines