Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Mohon dipercepatkan jodoh
- 'Havoc' Bukti Joe Flizzow Mampu Rap Lagu Melayu
- The Jespers Yakin Lagu 'Bangkit' Tarik Peminat
- 'Erma Fatima tak profesional?'
- Faizal Ismail Pengacara 'Nasi Lemak Kopi O'
- Dafi sudah hilang 'wow'
- Lawak realiti uji kecerdikan pelakon
- Dewi Sandra bukan dewi
- Selebriti, pemerkasaan wanita
- Siapa penjulang trofi AIM20?
- Geisha terus berjuang
- Rain akan ke Hollywood
- Bangkit pertaruhan The Jespers
- Dokumentari khas The Making Of Mandela
- Lefthanded janji gegar Melaka
- Tragedi Shukri Yahya
- Kali Pertama belum puas - Asmidar
- Diana Bong genggam emas
- 15,000 pengunjung hadir Malaysia Berselawat
- Bekas peserta Soulstar maut nahas
- Peraduan bermula hari ini
- Ribut musim sejuk di Eropah ragut 10 nyawa
- Kopi herba tanpa gula
- Rela membujang demi ibu
Posted: 08 Dec 2013 04:46 AM PST MENGGULUNG tahun 2013 yang menghampiri garis penamat, Tasha Shilla mendesis seperti ada keluhan. Namun, ada satu sikapnya yang amat disenangi, dia seorang yang cukup optimistik. Bicaranya teratur manakala pegangan diri menjadi pertahanan ampuh. Diselar atau dikritik, dihambur gosip atau cerita sensasi yang bisa menikam hingga ke jantung, wanita berumur 27 tahun itu tetap bersahaja. Sepertinya selok-belok permainan dunia hiburan sudah masak dihafal. Matang bersama empat tahun pengalaman dalam sinar glamor lakonan, tetapi pada waktu yang sama hidup wanita kelahiran Ampang, Selangor itu tidak betah tanpa letusan kisah yang berapi-api. "Saya cuma mahu menjadi seorang wanita biasa yang hidup sederhana tetapi kerja saya sebagai pelakon menjadikan saya dikenali. Saya juga punya sisi hidup lain selain menjadi pelakon. Jika itu yang menjadi perhatian, saya kena bersikap positif kerana tiada apa yang hendak disembunyikan," luahnya spontan menjurus kepada kisah keintimannya bersama petinju Muay Thai yang hanya dikenali dengan panggilan Hans. Tanpa perlu dicanang, minggu lalu gambar-gambar kemesraan Tasha bersama Hans mudah sahaja menjelaskan persahabatan mereka. Kata Shila, usia perkenalan yang baru mencecah tiga bulan tidak membuahkan kenyataan yang pasti bahawa mereka sah berpacaran. "Perasaan selesa dan suka itu ada. Tapi masa masih terlalu awal. Selagi saya tiada ikatan yang tetap dengan sesiapa, saya terbuka soal berkawan tapi tidaklah semudah itu meluahkan atau mengakui soal cinta terhadap seseorang yang belum pasti lagi menjadi jodoh saya. Bagi saya, berkawan itu normal tetapi cinta itu terlalu mahal untuk diungkapkan apatah lagi ketika hubungan belum pasti hujung pangkalnya," kata Shila sambil mengakui senang didekati dan meluangkan waktu bersama jejaka berketurunan Cina itu. Melihat kelibat lelaki mengisi diarinya, kategori ahli sukan mempunyai ruang istimewa di mata Tasha. "Saya boleh berkawan dengan sesiapa pun. Kawan saya bukan hanya pelakon, saya masih berkawan dengan kawan-kawan sekerja sebelum ini. Saya kenal Hans pun melalui seorang kawan. Kebetulan pula dia seorang petinju Muay Thai dan dia bukannya ambil tahu sangat pasal lakonan saya. Dengan (pemain bola sepak ) Mahali Jasuli pula, kami tiada apa-apa hubungan kecuali kawan, sampai sekarang kami masih berhubung sebagai kawan. "Saya hargai setiap perasaan orang terhadap saya tetapi untuk membalasnya dengan harapan menggunung, belum lagi," ujar Tasha sambil tertawa kecil. Lebat tawaran lakonan Lingkar keberadaan Natashasheila Abd. Razak sebagai bunga di pentas hiburan sudah menampakkan penerimaan. Namanya menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk mengisi bermacam slot di kaca televisyen. Dalam waktu yang sama, saat namanya mula hendak mekar, saat itu juga hinggap bermacam cerita negatif yang adakalanya mencalar imej dan keperibadian yang dibawa. "Tapi saya bersyukur sebab rezeki saya tidak putus-putus. Tahun ini sahaja, saya sudah selesaikan beberapa drama bersiri seperti Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Epiloq Cinta Kirana dan sekarang sedang muncul dengan Terukir Di Bintang. Tahun ini, saya banyak drama bersiri, tak macam tahun lepas, saya banyak buat telemovie. "Tahun ini juga, saya berdepan macam-macam kontroversi. Kisah cinta tak payah cakaplah, tak habis dengan Mahali, timbul pula isu fitnah kena tangkap khalwat dengan dia. Kemudian, buat pembedahan plastik cantikkan hidung. Kiranya, teruk juga kontroversi berkenaan, tapi sampai ke hari ini, saya okey. Saya faham, apabila sudah jadi selebriti, mahu atau tidak, saya kena berdepan situasi begitu," katanya lancar sambil berkira-kira tentang jadual kariernya yang padat sehingga awal tahun depan. Masih berada di lokasi drama bersiri Dingin Sahara untuk siaran RTM, Tasha akan berangkat ke Bandung, Indonesia untuk penggambaran drama berkenaan selama tiga minggu. Sekembali dari Bandung kelak, dia akan ke Korea Selatan bersama pelakon Nazim Othman untuk menjalani penggambaran drama berjudul Gerimis Salju. "Sebuah lagi drama lakonan saya, Ariana Rose akan disiarkan di televisyen. Itu pun sebuah karya yang menarik," katanya yang mengakui sedang mengalami zaman peralihan, daripada pendatang baharu kepada pelakon yang lebih senior. Tambah Tasha: "Banyak lagi yang harus saya pelajari tetapi banyak juga pengalaman yang telah saya kutip. Saya selesa dengan penerimaan dan pencapaian saya setakat ini." Azam 2014 Mengajak Tasha menoleh ke belakang, mengamati perjalanan semalam dan masa yang sama sebagai cerminan hari esok, pelakon bermata bundar itu tersenyum sambil meluahkan pegangan diri. Katanya, dia bukan tergolong dalam dalam kategori individu yang gemar menghitung titik pencapaian. "Saya tidak terlalu memikirkan tahap prestasi diri, saya juga tidak menaruh banyak mimpi. Saya mahu memberikan yang terbaik atas setiap kepercayaan kerja yang diberikan, saya mahu kerja yang berikan kesenangan kepada keluarga saya. "Kalau ditanya tentang harapan untuk tahun 2014, saya harap jodoh yang telah ditentukan Tuhan kepada saya dipercepatkan. Saya tak mahu sekadar berharap atau menanti, saya kena berkawan dan mencari lelaki yang dirasakan terbaik untuk saya," ujar Tasha serius dalam soal hati. Bercerita dalam nada mesra dan ceria, jauh dari dalam matanya ada kebahagiaan sedang bertapa. Soal cita dan cinta ialah dua segmen kehidupan yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan setiap wanita. Tasha juga masih seorang wanita yang sedang melalui fasa itu. | |||
'Havoc' Bukti Joe Flizzow Mampu Rap Lagu Melayu Posted: 08 Dec 2013 04:45 AM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow terkejut apabila mendapat respons daripada segelintir pihak mengatakan dia tidak tahu menyanyi rap dalam bahasa Melayu. Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, berkata, kerana itu dia ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc dengan menampilkan sebanyak 14 lagu. "Pernah sekali saya ditanya oleh salah seorang peminat 'adakah saya tidak boleh menyanyi rap dalam bahasa Melayu'? Dan ramai lagi bertanyakan soalan sama. "Sudah tentunya boleh kerana saya berbangsa Melayu. Dan sebagai ingin membuktikannya, saya tampil dengan Havoc," katanya. Joe ditemui pada majlis pelancaran album Havoc serta persembahan mini di Lust KL, di sini pada Sabtu. Tambah Joe, dia berharap, menerusi album tersebut, dia dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai kebolehannya berbahasa Melayu. Havoc merupakan kesinambungan kepada album President yang dilancarkan pada tahun 2009 dengan menampilkan sebanyak 14 buah lagu dengan kerjasama Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin. "Saya percaya bahawa album ini bakal menawarkan sesuatu yang baru dan dinamik kepada hip-hop Malaysia daripada segi bunyi, bahasa dan gaya. "Lebih-lebih lagi penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah bahasa percakapan masyarakat zaman kini, dan ia akan menjadi lebih dekat dengan pendengar," ujarnya. Dalam pada itu, Havoc turut menampilkan kolaborasinya dengan lagenda rock, Amy Search menerusi lagu takbir Cinta dan penyanyi Indonesia, Datuk Rossa (Katakan). Selain itu, antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Ucapan Terakhir Presiden, Iller-Iller, Havoc, Untukmu, Baek, Satu Kali, Lu Lari, Kongsi, Aku Tak Kenalmu, Apa Khabar, Air Mata dan Apa Benar. | |||
The Jespers Yakin Lagu 'Bangkit' Tarik Peminat Posted: 08 Dec 2013 04:44 AM PST PETALING JAYA: Kumpulan baharu, The Jespers, mempertaruhkan lagu single pertama berjudul Bangkit sebagai perkenalan diri kepada industri muzik tempatan. Anggota The Jespers yang juga merupakan pencipta lagu tersebut, Nash berkata, lagu yang berkonsepkan irama 'punk rock' itu amat terbuka didengarkan kepada semua golongan dan pasti menjadi kegilaan peminat-peminat muzik di tanah air. "Bangkit berkisarkan tentang keadaan sukar di dalam kehidupan sesuatu individu, bangkit daripada putus asa dan meneruskan kehidupan serta membuktikan kepada umum bahawa diri anda adalah yang terbaik. "Kami yakin lagu Bangkit mampu menarik minat peminat muzik tanah air khasnya kepada peminat muzik bergenre punk rock dengan intipati lagu tersebut serta iramanya yang tersendiri," katanya. Selain Nash (vokalis dan gitaris), The Jespers yang ditubuhkan pada tahun 2009 dianggotai oleh Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain drum). Tambah Nash, The Jespers berharap mendapat sokongan sepenuhnya dari semua yang terlibat di dalam industri muzik tanah air. Dalam pada itu, The Jespers turut dalam perancangan menghasilkan klip video Bangkitpada bulan ini dan ia dijangka akan dilancarkan menerusi laman sosial YouTube pada bulan Januari 2014. Selain itu, the Jespers kini sedang dalam rangka promosi dengan kerjasama Stereoactive. Terdahulu, kumpukan yang berkonsepkan irama punk rock itu pernah memiliki album EP berjudul First Day of The Class. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan The Jespers, layari laman sosial kumpulan itu di Facebook di https://www.facebook.com/thejespers, Twitter di https://twitter.com/thejespersband, dan Instagram di http://instagram.com/thejespers . | |||
'Erma Fatima tak profesional?' Posted: 08 Dec 2013 04:43 AM PST
Menurut Rabecca, peguamnya bertindak menolak dan memulangkan semula syiling berbentuk 5 sen itu kepada peguam Erma atas alasan undang-undang. "Ya, peguam saya ada menerima duit syiling itu daripada peguam Erma. Namun, saya tidak melihat sendiri duit dan al-Quran itu dan hanya melihat menerusi gambar yang dihantar peguam saya sahaja. "Peguam saya menolak bayaran berkenaan kerana saya difahamkan, wang syiling hanya boleh digunakan sekiranya bayaran itu bernilai RM30 ke bawah. "Sekiranya melebihi nilai itu, ia perlu dibayar dalam bentuk wang kertas atau cek," katanya ketika dihubungi Zass. Tambah Rabecca, peguamnya telah menghubungi peguam Erma untuk memaklumkan mengenai perkara itu. "Sebagai peguam, dia perlu menasihati anak guamnya agar menggunakan cara yang betul dan tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang. "Tak mungkin peguam dia tak tahu mengenai perkara ini. Malah, saya dimaklumkan bahawa ia adalah permintaan Erma sendiri untuk membayar dalam bentuk wang syiling," jelasnya. Walaupun kes ini telah selesai di mahkamah, namun ia mengundang kontroversi apabila pengarah dan pemilik syarikat produksi, Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, itu membayar wang tuntutan dengan wang syiling 5 sen sebanyak RM11,200. Selain syiling 5 sen, Erma turut menghadiahi senaskhah al-Quran buat Rabecca berserta satu nota. Cari publisiti murahan Selain Rabecca, pengurus pelakon filem, Keramat, ini juga turut menyelar tindakan Erma yang dianggap masih tidak berpuas hati. Menurut Moammar Gadaffi, sepatutnya, Erma lebih profesional dalam menangani situasi ini dan menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. "Dia (Erma) seperti tidak dapat menerima keputusan mahkamah dan masih berdendam dengan Rabecca. "Sebagai orang lama dalam industri, dia tidak perlu memanjangkan kes ini untuk mendapat publisiti murahan. "Setelah berbincang dengan Rabecca, kami memilih untuk menyerahkan perkara ini kepada peguam. Lagipun, tak guna untuk bertikam lidah," katanya yang turut menyarankan Erma agar membawa kes itu ke mahkamah rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan terdahulu. Tambah Gadaffi, insiden itu langsung tidak menjejaskan karier Rabecca dan masih ada produksi yang mahu bekerjasama dengan aktres itu. "Baru-baru ini, syarikat produksi, MIG, ada menghubungi Rabecca untuk memberikan tawaran kerja. "Malah, sebelum ini Rabecca pernah terlibat dengan produksi lain seperti Skop Production Sdn Bhd. "Tuduhan Erma seperti Rabecca tidak berdisiplin adalah tidak berasa kerana perkara sebegini tidak pernah terjadi dalam produksi lain. Lagipun, Rabecca bukanlah setahun dua dalam industri," katanya yang akan lebih berhati-hati dalam meneliti kontrak Rabecca selepas ini. Sementara itu, Erma bertindak untuk terus mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi ini. Pun begitu, menerusi akaun laman sosial, Instagram, miliknya, Erma bersetuju untuk memberikan tuntutan itu dalam bentuk wang kertas seperti yang diminta. | |||
Faizal Ismail Pengacara 'Nasi Lemak Kopi O' Posted: 08 Dec 2013 04:42 AM PST PETALING JAYA: Program bual bicara Nasi lemak Kopi O (NLKO) kini menampilkan pengacara popular Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bagi mengendalikan program tersebut. Menurut kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online, Faizal akan mengendalikan program tersebut bersama-sama dengan AG dan Luqman bagi menggantikan Fizo Omar yang kini sedang bercuti. "Kemunculan pertama Faizal pada 1 Disember lalu di set NLKO menggantikan Fizo telah mendapat respons yang sangat baik dan menggalakkan oleh pengikut di laman sosial Facebook NLKO. "Buat sementara waktu, Faizal akan bergandingan bersama AG dan Luqman untuk melengkapkan trio NLKO pada setiap Ahad bersesuaian dengan topik-topik yang akan membincangkan mengenai isu-isu lelaki dan juga kekeluargaan," kata kenyataan tersebut. Tambah kenyataan itu lagi, kehadiran Faizal pertama kali mengacarakan program tersebut turut membuatkan penonton senang melihat keletah lucu pengara tersebut. Program NLKO bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula daripada pukul 8 hingga 10 pagi menerusi saluran TV9. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:31 AM PST BUKAN dahagakan kontroversi tetapi Dafi mengakui perjalanan karier seninya sepi daripada cerita panas. Dia sedia maklum bahawa kontroversi adakalanya menyakitkan namun pada masa yang sama boleh mencetuskan perhatian khalayak terhadap seseorang artis. Kontroversi boleh hadir dalam pelbagai acuan. Tidak mustahil, ada juga kontroversi tercipta atas kepentingan satu-satu pihak. Lain pula kisahnya dengan Gadaffi Ismail Sabri atau selesa disapa Dafi. Sewaktu di Akademi Fantasia, dia salah seorang peserta yang popular, mungkin kerana memiliki wajah jambu serta penampilan yang bergaya. Namun sejak kebelakangan ini, Dafi seperti tidak menonjol. Kelibatnya ada namun tiada faktor 'wow.' Tiada kontroversi kisah cinta atau latar belakang sebagai anak orang kenamaan barangkali penyebab kepada populariti Dafi yang sekadar mendatar. Kini, Dafi yang berumur 25 tahun menyifatkan perjalanan seninya sebagai membosankan. "Selama enam tahun dalam industri, saya merasakan karier nyanyian saya agak membosankan namun tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. "Dahulu saya seorang yang sering berasa takut-takut dan pemalu untuk berhadapan dengan wartawan dan peminat tetapi kini saya lebih kepada menjadi diri sendiri dan matang. "Saya tidak suka berselindung kerana setiap pergerakan akan sentiasa diperhatikan dan lambat-laun masyarakat akan mengetahuinya," kata Dafi ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta alat tulis S Liner dan pradengar single terbaharunya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tidak mudah berputus asa demi mengejar cita-cita untuk menjadi penyanyi berjaya, Dafi mengakui dia telah sedaya upaya cuba menambat hati peminat menerusi bakat tanpa bersandarkan kontroversi. "Rasanya saya dikenali tanpa kontroversi, lagi pun saya selesa menjadi diri sendiri yang lebih rileks," katanya. Dafi kini tampil dengan single kedua bertajuk Dalam Hati Ini lebih mempamerkan sisi kematangannya seiring dengan usia. Lagu nyanyiannya Bila Terasa Rindu pernah menjadi hit di radio. "Jika dahulu lagu yang saya bawakan sesuai dengan umur saya 19 tahun tetapi kini saya mahukan sesuatu yang lebih mencabar dan memilih genre lagu yang matang. "Peminat saya membesar dengan muzik saya dan harap mereka akan menyokong konsep lagu yang saya tampilkan kali ini," ujar yang baru-baru ini mencipta nama di Indonesia sebagai pengacara dan pelakon. Dafi kini dalam rangka strategi untuk mengembangkan sayap yang lebih di Indonesia khususnya dalam bidang nyanyian. Pemenang tempat ketiga di Festival Muzik Iasi di Romania itu bercadang untuk meneroka negara berkenaan pada tahun hadapan sebagai satu jalan mencari peluang dan menapak di sana. "Tahun ini saya banyak menghabiskan masa untuk merakamkan album baharu saya di sini. Saya juga mahu terbang semula ke Indonesia pada tahun hadapan untuk mencari lagu baharu dan mengembangkan karier di sana. "Setakat ini sudah ada beberapa syarikat rakaman yang mempelawa untuk menjadi artis naungan mereka serta menawarkan lagu baharu. "Kenalan sewaktu menjadi pengacara dan teman duet, Gita Gutawa juga bersedia menawarkan peluang untuk saya ke sana lagi," ujarnya. Dalam usia yang menjangkau 25 tahun, Dafi mahu terus menjadi anak seni yang berjaya. Dia sentiasa mencabar dirinya dan mengikut perkembangan muzik semasa. Percubaan demi percubaan dilakukan demi mengikut selera pendengar agar terus bertahan dalam arena muzik. | |||
Lawak realiti uji kecerdikan pelakon Posted: 08 Dec 2013 04:30 AM PST DIKRITIK dan disamakan dengan sebuah lagi program realiti yang hampir serupa iaitu Super Spontan, Liga Lawak Superstar (LLS) akhirnya tiba juga ke pertandingan akhir. Program yang dikatakan menguji minda dan kecerdikan pelakon itu diilhamkan daripada rancangan Actorlmpics. Malam ini kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq akan melalui malam penentuan untuk mencari siapakah yang layak bergelar juara. Kumpulan OMG yang dianggotai oleh Anas Ridzuan, Akim Ahmad dan pelawak senior Sathiya akan berhadapan dengan pasukan Apa Kasih Toq gandingan Kamal Adli, Shafiq Kyle dan Didie Alias. Kedua-dua kumpulan tersebut mengakui, rujukan dan pengalaman menjadi dua aspek penting untuk menentukan persembahan komedi mereka mencapai standard yang dimahukan juri. Sudah tentu, skeptikal umum bahawa program komedi hanya menyajikan lawak bodoh mahu dihindari. "Saya sebenarnya telah melalui pengalaman yang hampir sama sewaktu berlakon drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang tidak bergantung kepada skrip sepenuhnya. Corak sitcom itu lebih kepada idea yang spontan. Sama juga dengan LLS ini. "Kerjasama bersama dua pelakon dan penyanyi muda (Akim dan Anas) ini akan beri persembahan terbaik dan saya berjanji tidak menghampakan penonton," ujar Sathiya. Akim yang selama ini tiada asas dalam bidang komedi menjelaskan dia banyak menimba ilmu lawak pentas hasil bantuan Sathiya. "Tugas yang paling sukar apabila menggalas cabaran babak atas lantai di mana saya harus berbaring dan memerlukan saya untuk berfikir mengikut situasi yang diberikan," ujar Akim. "Permainan yang memerlukan ketajaman minda untuk berfikir secara spontan dan memastikan penonton terhibur adalah cabaran yang sukar bagi kumpulan kami. "Saya dan Shafiq Kyle tidak pernah terfikir untuk menjadi pelawak, biarlah kami hanya berlakon tetapi secara tidak langsung sketsa spontan ini dapat menimba pengalaman yang berharga," celah Kamal Adli yang menunjukkan prestasi membanggakan setakat ini. Kumpulan Apa Kasih Toq baru-baru mencipta kejutan apabila bekas anggota kumpulan itu, Fizz Fairuz tiba-tiba mengeluarkan kenyataan disingkirkan daripada kumpulan tersebut. Kenyataan Fizz bagaimanapun disangkal sebaliknya Fizz sendiri yang mengundur diri daripada meneruskan pertandingan. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:29 AM PST KEHILANGAN insan paling dekat dengan jiwanya dan terpaksa pula berdepan dengan dua kes perceraian yang menjadi tontonan khalayak, setabah manapun hati wanita pasti retak jua. Apatah lagi segala perjalanan hidupnya di bawah lampu gemerlapan selebriti dihakimi mata umum. Segala keputusan dan jalan hidupnya menjadi tontonan dan bahan cerita. Menjadi sebuah layar. Itu yang dirasakan Dewi Sandra beberapa tahun lalu. Sebelum dia bertemu dengan individu-individu yang membuka balik hati dan matanya terhadap makna reda. "Saya bertemu dengan golongan khalayak yang positif walhal mereka pernah melewati hal-hal yang lebih dahsyat daripada saya. Mereka berhadapan pelbagai kehilangan dan kesusahan. Lalu apabila ditanyakan apakah rahsianya, mereka menjawab 'iman'," luahnya yang semakin manis dipandang. Jiwa yang sedang mencari tenang dan reda ini pastinya diuji atas nama sebuah hijrah. Saat dia mula memakai tudung dan mencari jalan kebaikan, khalayak mengharapkan dia muncul sebagai malaikat. Walhal Dewi mengaku belum siap sepenuhnya dan sedang mencari dalam hijrahnya. "Saya dalam proses belajar. Saya masuk kelas Iqra bersama kanak-kanak berusia dua tahun ke atas. Saya tidak malu mengakui itu tetapi ia bukan sesuatu yang mudah," ujarnya yang ditemui di Hotel Royal Chulan Damansara selepas program bersama Into Taqwa. Ditanyakan bagaimana dia mengawal dirinya daripada turut menjadi hakim hidup orang lain setelah menuju jalan kebaikan, dia senyum. Lantas dia menjawab tenang: "Berhenti dan fikir. Itu sebuah muhasabah. Apabila kita menghakimi orang lain, kita sebenarnya mengadili diri kita sendiri. Ia seperti cermin." | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:28 AM PST FAKTOR populariti penting dalam memasarkan apa sahaja. Lihat saja golongan artis mempopularkan nama sebahagian jenama atau perniagaan yang mereka wakili, begitu juga pengaruh populariti seseorang dalam menyebar sesebuah ideologi atau fahaman kepada masyarakat. Mendukung alasan yang sama dalam konteks populariti, elemen itu juga tidak dinafikan perlu dalam usaha untuk berdakwah dan menyebarkan syariat Islam masa kini. Maka, wujudlah kumpulan Usrah Fitrah yang terdiri daripada golongan penggiat seni, pelakon, penyanyi, wartawan, pereka fesyen dan pemuzik. Mereka bergabung mendalami isian Islam serta terbabit dalam acara amal berbentuk kemasyarakatan. Dalam aliran yang sama, organisasi Into Taqwa yang dikendalikan oleh Noorfarashikin Othman mengambil pendekatan serupa tetapi lebih memfokuskan bantuan terhadap ibu tunggal serta golongan mualaf dalam menggerakkan inisiatif berbekalkan pengaruh selebriti. "Pengaruh golongan artis diakui banyak membantu program-program yang dikelolakan oleh Into Taqwa contohnya A Moment With Dewi Sandra pada minggu lalu mendapat sambutan cukup menggalakkan. "Kemudiannya, Into Taqwa akan meneruskan pula dengan program Into Magnet Wanita yang menyasarkan golongan ibu tunggal dan wanita berkerjaya dalam perkongsian bersama selebriti terkenal antaranya Ras Adiba Radzi yang sebelum ini melalui banyak kepayahan dalam hidup. "Artis bukan saja mampu menarik peminat mereka untuk bersama-sama dalam program yang dianjurkan malah mampu memperkenalkan aktiviti kemasyarakatan atau keagamaan yang mereka sertai," jelas Noorfarashikin semasa sesi fotografi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini. Tambah wanita yang mesra dipanggil Fara itu lagi, kisah suka dan duka golongan mualaf sebelum memeluk Islam banyak memberikan inspirasi untuk terus berjuang dan menjayakan program anjuran syarikatnya, Into Taqwa. Pahit menjanda "Banyak kisah golongan mualaf yang memeluk agama Islam sebelum ini sebenarnya menjadi satu wake-up-call untuk saya terus berjuang. Mereka berkongsi banyak pengalaman menarik malah tidak kurang juga yang meruntun hati. "Sepanjang tempoh dua tahun menguruskan Into Taqwa, saya banyak belajar mendalami agama Islam dan sering terbabit dalam pengislaman individu bukan Muslim di beberapa buah masjid sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. "Hijrah itu bukan saja untuk diri sendiri, tapi juga hubungan antara keluarga, anak-anak serta cara berniaga. Saya akui bukan senang untuk bergerak sendirian membangunkan Into Taqwa tapi saya bersyukur kerana mendapat banyak sokongan," getusnya yang kini tegar membesarkan dua cahaya matanya Nazryl, 8, dan Khara, 7, sendirian. Fara memberitahu, selepas beberapa fasa atau lapisan hidup yang sempat dilaluinya sebelum ini, dia betah terhadap sekeliling dan menjadi lebih kebal. "Saya tidak memandang organisasi Into Taqwa dari sudut keuntungan berbanding perniagaan lain yang pernah saya usahakan sebelum ini. Inisiatif saya lebih pada ibadah dan tanggungjawab terhadap masyarakat. "Memang sukar untuk mendapatkan dana dan adakalanya saya sendiri harus berkorban harta tapi saya tidak harus mengalah. Menjadi janda tidak mudah dan atas sebab itu saya mahu memperkasakan mereka dan memberikan sedikit ilmu untuk memajukan diri. Ibu tunggal ini golongan yang terpilih!" katanya. Sementara itu, Into Magnet Wanita yang akan diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada 15 Disember depan itu nanti akan membabitkan pengisian berguna menerusi tiga segmen yang dikendalikan oleh pakar motivasi dan penceramah terkenal. Motivasi Magnet Wanita akan dikendalikan oleh pakar motivasi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim, Amin Idris disusuli dengan Fiqh Syariah dan Wanita oleh Profesor Dr. Sharifah Hayati dan Dr. Izhar Ariff manakala Inspirasi bersama personaliti televisyen Ras Adiba Radzi. Nilai sentimental Kata Amin Idris, ibu tunggal dan wanita bekerjaya merupakan kelompok besar masyarakat yang sering dipinggirkan fungsi serta kedudukannya. "Purata perceraian masyarakat Malaysia sebenarnya lebih satu pasangan dalam sehari dan oleh kerana itu lebih ramai ibu tunggal yang sukar menguruskan kehidupan bersama anak-anak selepas melalui proses tersebut. "Ibu berkerjaya pula kebiasaannya sukar menguruskan serta membahagikan masa dengan sempurna dan maksimum untuk keluarga dan kerjaya. "Akibat ketidakseimbangan itu, wujud pelbagai masalah sampingan yang kebanyakannya menjejaskan institusi kekeluargaan terutama anak-anak yang merupakan tonggak masa depan," kata pengacara program Bicara terbitan Hijrah itu. Segmen Motivasi Magnet Wanita yang bakal dikendalikan Amin sepanjang program Into Magnet Wanita akan memberikan fokus terhadap membina semula semangat dalam kalangan wanita serta membincangkan motif dan aksi dalam kehidupan. "Sebenarnya program ini mempunyai nilai sentimental bagi saya kerana saya sendiri dibesarkan oleh ibu saya seorang diri dan saya melihat ketabahan ibu saya yang banyak kali diuji dengan pelbagai rintangan. Bukan mudah ibu tunggal untuk menjaga diri dan anak-anak, jadi saya sendiri rasa bahawa program Into Magnet Wanita bakal memberikan banyak input berguna nanti," katanya. Menyokong usaha yang dilaksanakan menerusi Into Magnet Wanita, kata imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Ahmad Rijal Ghazali, langkah sebegitu adalah strategi terbaik membudayakan minat masyarakat moden untuk menjadikan masjid sebagai sebuah pusat pendidikan, penyebaran ilmu dan berdakwah. "Langkah proaktif Into Taqwa melaksanakan program seumpama ini yang secara tidak langsung mengimarahkan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan bermusyawarah. Harus diakui wanita merupakan tulang belakang kejayaan sesebuah keluarga dan kecemerlangan masyarakat bergantung pada institusi keluarga yang harmoni. "Malah, jika diperhatikan saban hari lebih ramai wanita yang menjadi ibu tunggal dalam usia yang sangat muda dan peringkat usia itu sebenarnya sangat rapuh jika dibiarkan tanpa sokongan yang betul," ulasnya. Into Magnet Wanita anjuran Into Taqwa akan diadakan pada 15 Disember pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang, bayaran yang dikenakan cuma RM80 untuk setiap peserta. Maklumat lanjut di www.facebook.com/intotaqwa atau hubungi 016-3523374. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:27 AM PST ATAS tiket Ketua Juri Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20), Datuk Ramli MS pernah menyifatkan bahawa penjurian karya muzik tahun ini dibuat berdasarkan kekuatan dan kerelevanan material yang dicalonkan pihak pengamal muzik tanah air sendiri. Pengarah muzik tersohor itu menjelaskan, seperti lazimnya penjurian harus menitikberatkan banyak aspek bagi memastikan calon akhir paling sesuai. Aspek itu termasuklah mengambil kira faktor gelombang masa kini yang berbeza berbanding era 1980-an dan 1990-an dahulu. Ketika itu estetika seni menjadi tunjang kekuatan sesebuah karya. Hal itu sedikit berbeza dalam penilaian karya muzik hari ini. "Sekarang, kita tidak boleh menolak faktor cita rasa muzik yang bercorak santai walaupun kita tahu karya itu tidak akan bertahan sepanjang zaman. Itu realiti muzik sekarang dan itulah apa yang dimahukan oleh pendengar ketika ini," ujar Ramli usai pengumuman calon finalis untuk 18 kategori yang dipertandingkan pada AIM20 minggu depan. Suatu ketika dahulu, ramai yang beranggapan bahawa artis-artis kelahiran program realiti televisyen sebagai artis 'mi segera'. Faktor cepat popular dan mudah diterima oleh peminat menimbulkan tanggapan bahawa artis realiti televisyen kurang berkualiti. Namun, tekad, kepercayaan khalayak serta kerja kuat telah membilas bersih skeptikal sedemikian. Benar ada artis ramai realiti yang kecundang sehabis populariti yang diraih tidak diberi nilai tambah. Pada masa yang sama juga, industri muzik Malaysia hari ini sedang didominasi kristal yang asalnya dikenal kuasa sinar menerusi program realiti. Sebagai bukti, senarai akhir Top 5 AIM20 menyaksikan tiga bakat dari program Akademi Fantasia iaitu Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari mendominasi calon lain dengan masing-masing menerima empat pencalonan dalam pelbagai kategori. Ronnie dari kumpulan Hyper Act dan Najwa Mahiaddin pula bersaing dengan nama-nama besar seperti Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki dan Wanita). AIM 20 juga dilihat bakal membawa kelainan apabila memperkenalkan penambahan kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam Lagu yang akan menyaksikan persaingan antara lagu-lagu popular termasuk Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah; In Love with You dendangan Noh Salleh dab Aizat Amdan dan Lari dendangan Sleeq dan Hazama. Menambah nilai prestij kepada anugerah tahunan yang mengiktiraf kerja karyawan muzik itu, AIM yang memasuki edisi ke-20 menjanjikan pengisian segmen persembahan yang berbeza. Tiada artis baharu akan tampil sebaliknya barisan penghibur hanya dibarisi wajah-wajah artis terkemuka. Bertemakan Black Tie, seramai 13 orang penyanyi terpilih yang diberi penghormatan membuat persembahan malam itu terdiri daripada Siti Nurhaliza, Hafiz, Ning Baizura, Shila Amzah, Spider, Najwa Latif, Aizat, Afgan dan Datuk Rossa. Acara kemuncak AIM20 memilih Stadium Putra Bukit Jalil pada 14 Disember nanti sebagai malam penutup tirai 2013. Siaran langsung AIM20 juga boleh disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Maya HD pada pukul 9 malam. Menjelang malam pengiktirafan itu juga, Sensasi Bintang menambah debar para peminat muzik dengan ramalan trofi terbaik yang bakal berpihak kepada pemiliknya. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:26 AM PST PATAH sayap bertongkat paruh mungkin peribahasa sesuai untuk menerangkan keadaan kumpulan Geisha apabila sang gitaris, Roby 'direhatkan' buat sementara waktu. Roby sebelum ini ditangkap pihak berkuasa kerana memiliki ganja. Dia yang merupakan gitaris dan komposer Geisha itu ditahan di Rumah Tahanan (Rutan) Salemba, Jakarta sebelum dihadapkan ke mahkamah di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat. Bertemu grup Geisha di Studio Musica, Jakarta dan dibawakan oleh Warner Music Malaysia, mereka menanggapi permasalahan ini dengan positif. Buat Momo (vokal), Nard (bass), Dhan (keyboard) dan Aan (drum), mereka tetap memberi sokongan terhadap Roby kerana nilai persahabatan sudah lama terbina. "Kita sudah bersahabat dan melalui susah dan senang bersama. Jadi kita beri sokongan padu kepada Roby. Untuk perjalanan karier grup juga, berjalan lancar. Kita menggunakan pemain tambahan untuk persembahan panggung," jelas Momo. Malah menurut Momo, perjalanan album baharu juga tidak berdepan masalah kerana mereka kini dalam proses memasukkan vokal. Bahagian gitar Roby sudah lama selesai dan doa mereka agar teman sepasukan itu cepat sembuh dari segala 'penyakit'. "Kami terkejut ketika diberitahu tentang penangkapannya. Tetapi kami anggap ini pengalaman berharga buat kami. Sebuah pelajaran yang bererti. Semoga sahaja Roby menjadi lebih baik dan sempurna selepas ini. Kami tahu dia kuat dari segi mental dan kami dorong dengan sokongan padu kami," luah Aan yang banyak mendiamkan diri. Sementara menunggu Roby bebas daripada pertuduhan, Geisha menyelesaikan pementasan panggung mereka dan mengisi waktu untuk pembikinan album ketiga mereka "Lagu Seharusnya Percaya merupakan single seterusnya kami di Malaysia sementara di Indonesia, lagu Lumpuhkan Ingatanku sedang hebat dipromosikan. Lagu-lagu ini diambil daripada Seleksi Hits yang merupakan sebuah album kompilasi terbaik karya Geisha. Album ini memuatkan 12 lagu, tiga antaranya ialah lagu baharu dan lagu-lagu lainnya diambil dari album-album terdahulu," terang Momo. Walaupun sudah hampir melancarkan album ketiga namun Geisha tidak menganggap itu satu kedudukan selesa. Kumpulan itu mendakwa masih berusaha keras untuk mengukuhkan nama dan muzik lantaran pengaruh KPop yang kuat manakala penyanyi baharu di Indonesia muncul hampir setiap minggu. "Setiap pemuzik harus mengutamakan karier dan karya. Jadi kami sentiasa membuat perubahan. Untuk album baharu, kami melebihkan rujukan namun susunan muzik masih berbaur Geisha," ujar Momo. "Kami memperjuangkan pop, boleh dikatakan itu merupakan sebuah genre yang selamat walaupun (selera pendengar) Indonesia bertukar. Musimnya berubah daripada rock ke Melayu kemudian dangdut dan diikuti KPop. Namun pop masih sedap didengar," senyum Momo manis. Buat Geisha juga mereka tidak menolak kenyataan lagu-lagu balada mereka dinikmati khalayak. Malah lagu-lagu Cinta dan Benci serta Jika Cinta Dia mendapat tempat istimewa di hati peminat setia mereka. "Kalau di Indonesia, disebut lagu galau. Patah hati. Ramai yang memberi respons positif untuk lagu-lagu galau kami. Malah mungkin lagu galau juga paling enak dialami dan dinikmati ramai, kan?" tanya mereka ketawa sebelum menutup sesi temu ramah. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:25 AM PST PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Rain dilihat kembali aktif dalam kariernya dan dijangka sekali lagi berkunjung ke Hollywood tahun depan. Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon bakal membintangi filem aksi arahan Brian Miller bertajuk The Prince bersama barisan pelakon terkenal seperti Bruce Willis, John Cusack, Jason Patric dan bintang rap terkenal 50 Cent. Bagaimanapun, watak yang bakal dibintangi Rain masih dalam perbincangan. Filem The Prince mengisahkan seorang bekas ahli mafia yang pulang ke Las Vegas untuk berdepan musuh silamnya. Filem itu sekali gus bakal menjadi filem ketiga lakonan Rain di Hollywood selepas filem Speed Racer pada 2008 dan Ninja Assassin pada 2009. Penyanyi yang berumur 31 tahun itu juga dijangka membuat persembahan di Singapura bersama kumpulan, Nine Muses pada 31 Disember depan sempena sambutan tahun baharu. Rain sebelum ini menyepikan diri setelah terbabit dalam program kerahan tenaga. | |||
Bangkit pertaruhan The Jespers Posted: 08 Dec 2013 04:24 AM PST TIGA anak muda yang menggelarkan pasukan mereka sebagai The Jespers ini barangkali masih asing kepada segelintir peminat dunia muzik tanah air. The Jespers yang dianggotai Nash selaku vokalis utama dan gitaris, Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain dram) telah pun ditubuhkan seawal tahun 2009. Kumpulan itu pernah melancarkan EP berjudul First Day Of The Class yang mengandungi lima buah lagu pada tahun 2011. Mereka yang meraih pengalaman dengan beraksi di pentas indie kini terus bergiat aktif dengan tekad untuk menghasilkan karya-karya lebih berkualiti. Sebelum ini single nyanyian mereka seperti She's A No Body, Masa Depan dan Go Away pernah kekal di kedudukan pertama pada tahun 2012 menerusi carta band indie, stesen radio XFM selama beberapa bulan. Bergerak atas aliran muzik punk rock, akui mereka muzik band-band popular antarabangsa seperti Green Day, My Chemical Romance, Blink-182 dan Sum 41 banyak memberi pengaruh ke atas penghasilan muzik The Jespers. Pada tahun ini, The Jespers memilih lagu yang berjudul Bangkit sebagai single pertama untuk di ketengahkan ke arena utama industri muzik tanah air. Bangkit mendapat sentuhan Nash selaku pencipta dan penulis lagu tersebut. Menurut Nash, Bangkit berkisar situasi sukar yang datang dan pergi dalam kehidupan setiap individu. Namun berkat semangat untuk terus mara, sesiapa pun harus bangkit meneruskan kehidupan serta membuktikan kepada umum. "Kami yakin lagu Bangkit mampu menarik minat peminat muzik tanah air khasnya peminat muzik bergenre punk rock kerana intipati lirik serta irama yang tersendiri. Rasanya lagu itu sesuai untuk peminat pelbagai genre, tidak hanya punk rock sahaja. "Kami mempunyai pelbagai perancangan khususnya untuk tahun depan dan berharap mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua yang terlibat di dalam industri muzik tanah air. Lagu itu juga sebagai penghargaan dari kami buat seluruh peminat muzik," ujar Nash. Dalam perkembangan terbaharu, The Jespers merancang untuk menghasilkan muzik video pertama mereka yang dijadualkan bakal membuat penggambaran selewat-lewatnya hujung bulan ini. Mereka menjangka muzik video itu dapat dilancarkan ke laman YouTube sekitar bulan depan. Bernaung bawah label Stereoactive, tiga jejaka itu sedang dalam rangka promosi untuk memperkenalkan diri ke mata umum. | |||
Dokumentari khas The Making Of Mandela Posted: 08 Dec 2013 04:23 AM PST MEMETIK kata-kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Nelson Mandela merupakan seorang pemimpin yang cukup hebat serta memiliki ketabahan luar biasa dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam memperjuangkan keadilan sosial. Mandela meninggal dunia di kediaman beliau di Johannesburg, Afrika Selatan, pada Khamis lalu setelah bergelut dengan jangkitan paru-paru sejak sekian lama. Mendokumentasikan sanjungan dunia terhadap kehidupan luar biasa pemimpin legenda itu, sebuah dokumentari khas The Making Of Mandela akan ditayangkan di saluran Discovery malam ini. The Making Of Mandela ialah dokumentari asal yang menceritakan kisah seorang lelaki yang menyerahkan hidupnya terhadap bangsa kulit hitam dan merombak sistem aparteid Afrika Selatan. Beliau simbol global kepada harapan dan keamanan kepada dunia. Menggunakan suara latar pelakon Britain, David Harewood, segala rakaman meliputi wawancara bersama teman rapat, rakan seperjuangan termasuklah bekas Presiden Afrika Selatan Frederik Willem de Klerk akan dapat disaksikan menerusi dokumentari yang bakal disiarkan tepat pukul 10 malam nanti. The Making Of Mandela turut menyisipkan penulisan Nelson menerusi buku bertajuk A Long Walk to Freedom. Kisah Mandela berdasarkan buku itu juga pernah diadaptasikan ke layar perak. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:22 AM PST ARUS muzik yang bersilih-ganti tidak pernah mematahkan semangat juang kumpulan rock legenda, Lefthanded walaupun sudah 34 tahun bertapak. Lefthanded sedar peminat yang dahulunya sama-sama mengecapi zaman muda kini semakin dimamah usia. Namun, rock tidak akan mati. Iramanya yang sudah sebati di jiwa ramai itu juga akan diterus dipuja dan menjadi hiburan sepanjang zaman. Tidak mustahil ada peminat generasi baharu yang meminati lagu-lagu rock era 1980-an dan 1990-an. Popular dengan lagu-lagu malar segar Seruan, Ku Di Halaman Rindu dan Tiada Lagi Kidungmu, kumpulan yang diasaskan Johor Bahru pada 1979 itu bakal mengadakan konsert mini bertempat di Hard Rock Cafe, Melaka. Konsert yang akan berlangsung pada 22 Disember depan itu menjadi semangat baharu buat Lefthanded yang sudah hampir 15 tahun tidak menggegarkan bandar raya bersejarah itu. Tidak muncul atas nama Lefthanded semata-mata, keakraban sejak di bangku sekolah serta persaudaraan sesama angkatan muzik rock tanah air, Lefthanded turut mengundang Mus, vokalis kumpulan May dan finalis Kilauan Emas musim ketiga, Silah untuk berkongsi pentas. "Sudah pasti kemeriahan bersama rakan-rakan akan lebih merancakkan lagi konsert yang bakal diadakan nanti. Mereka semua ialah rakan karib serta penyanyi rock yang hebat. "Insya-Allah, kami bakal membawakan 15 buah lagu yang popular dan sudah pasti lagu-lagu hit kumpulan Lefthanded akan berkumandang pada konsert tersebut," kata Nash, vokalis Lefthanded ketika ditemui pada majlis sidang media konsert berkenaan di ibu negara, Selasa lalu. Tiada gimik pelaris namun kemunculan rockers legenda itu sendiri sudah menjanjikan sebuah persembahan yang dinanti-nantikan peminat, khususnya peminat di selatan tanah air. "Kami tiada gimik atau kejutan tetapi menjelang konsert yang akan bermula sekitar pukul 9 malam itu, kami akan bertolak dari Kuala Lumpur secara konvoi dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi sampai ke Melaka. Sebelum konsert juga, kami akan adakan acara cabutan bertuah serta lelongan gitar yang merupakan cetusan idea saya dengan kerjasama Cathills Studio. "Lelongan gitar yang akan dibida dengan harga serendah RM1,000 akan didermakan kepada mangsa-mangsa banjir," Man Kidal selaku gitaris Lefthanded pula memberikan penerangan. Bercerita lanjut, kata Man Kidal, sebelum ini Lefthanded pernah mengadakan konsert bertempat di Hard Rock, Pulau Pinang. Konsert dengan corak serta skala persembahan yang hampir sama seperti yang dirancangkan di Melaka itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Jika diberi peluang, Lefthanded masih menyimpan harapan untuk muncul dalam sebuah konsert berskala lebih besar. "Konsert yang diadakan seperti ini boleh menjadi satu bentuk persiapan kepada kami sekiranya mahu mengadakan konsert yang lebih besar seperti konsert orkestra. "Kekurangan penajaan menghalang niat kami untuk mengadakan konsert yang besar kerana untuk menghasilkan satu konsert yang berprestij menelan kos sehingga jutaan ringgit," tegas Man Kidal sambil memberitahu, dia bakal mengeluarkan jenama gitar sendiri tidak lama lagi. Tiket berharga RM70 dan RM80 untuk konsert istimewa Lefthanded pada 22 Disember nanti boleh didapati di kaunter Hard Rock Cafe Melaka atau menghubungi talian 06-2925188 untuk maklumat lanjut. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:21 AM PST PENDATANG baru, Shukri Yahya hampir terbakar semasa penggambaran filem Jiwa Taiko dua tahun lalu tetapi satu tragedi baru-baru ini meninggalkan parut lebih parah dalam memorinya. Jika dalam Jiwa Taiko dia antara pelakon yang disambar api dalam satu adegan letupan tetapi ketika penggambaran drama bersiri Menjinak Ombak, Shukri mengalami luka berdarah apabila lengannya tertikam pisau dalam satu babak pergelutan. "Ramai yang kata saya tertikam tangan sendiri, saya pun tak tahu dari mana cerita keluar. Sebenarnya, saya cedera sewaktu melakonkan adegan pergelutan dengan pelakon Fezrol Khan. Dalam babak itu, saya mahu mempertahankan kekasih saya yang ditikam Fezrol tetapi berlaku salah teknik, pisau yang dipegang Fezrol tertikam lengan saya. Berjahit jugalah tapi semuanya okey,"jelas Shukri yang baru dua hari memulakan penggambaran drama bersiri terbaharunya, Jika Itu Takdirku. Drama Menjinak Ombak arahan Along Kamaluddin itu kini bersiaran di TV3. Kata Shukri, selain kemalangan kecil di lokasi penggambaran, drama lakonan itu satu dimensi baharu dirinya. Menjadi pelakon bukan sekadar menghafal dialog dan melakonkan karakter yang tertulis dalam skrip, sebaliknya pemahaman dan persembahan yang seharusnya mengalir menjadi realiti di jiwa penonton. "Melakonkan watak Firhad satu tuntutan emosi yang cukup tinggi buat saya. Karakter yang tertulis dalam skrip drama itu memberi ruang kepada saya untuk berkembang. "Setakat ini, mungkin itulah lakonan terbaik yang pernah saya persembahkan. Tunjuk ajar pengarah sangat membantu sehingga Firhad menjadi sebahagian daripada diri saya,"tutur pelakon berumur 25 tahun ini berbunyi naif. Biarpun masih meniti fasa pengenalan dalam bidang seni, kesungguhan dan kredibilitinya pantas mencuri perhatian. Tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin menerusi drama Perempuan Itu Ibuku satu petanda awal bahawa jalan seni yang datang tanpa ditagih itu sudah membuahkan harapan. "Tercalon itu satu rahmat dan saya hadir ke acara anugerah itu sendiri satu pendedahan besar untuk saya. Boleh jumpa dan bertegur dengan penerbit dan pengarah yang selama ini saya hanya kenal daripada kerja mereka, dari situ jaringan sosial saya berkembang,"ujar Shukri yang bakal muncul menerusi drama Dendam 5 Beradik menerusi Astro Mustika. | |||
Kali Pertama belum puas - Asmidar Posted: 08 Dec 2013 04:19 AM PST MELIHAT kepada bakat serta usianya yang sudah mencecah 27 tahun, penyanyi yang lahir daripada Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar sepatutnya sudah berada pada satu tahap yang lebih tinggi. Namun percaturan jatuh-bangun dalam industri muzik tidak hanya bersandarkan bakat. Asmidar reda. Katanya, dia belum cukup puas terhadap impak yang terhasil menerusi album sulungnya Kali Pertama. Bukan tidak cukup bagus, namun album yang layak tercalon dalam kategori Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik minggu depan itu tidak sampai ke tahap mengharumkan namanya di persada muzik. "Album itu tercalon untuk kategori Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik tetapi saya sendiri tidak tercalon dalam mana-mana kategori. Itu bermakna album tersebut memang bagus namun saya sendiri masih belum bagus. Kalau boleh saya nak lagi dan lagi. "Mungkin sebab sepanjang mempromosikan album tersebut sejak awal tahun, saya tidak ada sebuah lagu balada yang betul-betul hit. Setidak-tidaknya sama tahap dengan single pertama saya sebelum ada album, Biar Sampai Ke Bintang," luah Asmidar menyedari kesederhanaan yang dimiliki antara faktor yang melambatkan penerimaan ramai terhadap dirinya. "Itu juga antara faktor yang menarik minat saya untuk merakamkan sebuah single terbaharu yang berjudul Mohon untuk lagu tema filem Penanggal. Kiranya itu kolaborasi saya dengan orang filem untuk sama-sama mempromosikan filem Penanggal yang kini masih ditayangkan," tambah Asmidar. Single berentak balada Mohon untuk lagu tema filem Penanggal bukanlah lagu tema pertama yang memilih Asmidar sebagai pelantun vokal. Pada Januari depan, dia bakal muncul dengan sebuah lagi lagu tema filem berjudul Sembunyi Rahsia daripada filem Laga. "Saya harap kolaborasi begini akan tambah mengukuhkan nama saya. Menariknya single Mohon ditulis oleh pencipta yang pernah menghasilkan lagu Ombak Rindu, liriknya pula Ellie Suriaty dan Zaidi Abd. Rahman. Untuk muzik video pula, saya begitu teruja apabila kali pertama dapat bekerja dengan Ghaz Abu Bakar. "Kalau boleh saya mahu bawa lagu itu sejauh mungkin. Saya sedar lagu Pulanglah dan Ku Seru nyanyian Misha Omar antara lagu tema filem yang cukup berhantu, untuk sampai ke tahap itu memang sukar tapi tidak salah untuk saya menaruh harapan yang tinggi," ujar Asmidar yang sebelum ini pernah terlibat dalam pembikinan lagu tema filem Mencari Cinta berjudul Kerinduan. Dek mendahulukan single Mohon, Asmidar harus menangguhkan pelancaran lagu single berjudul Cinta Ada. "Mulanya saya ingat Cinta Ada akan mengembalikan semula impak lagu balada memandangkan orang masih ingat nyanyian saya dalam lagu Biar Sampai Ke Bulan. Tapi Mohon harus didahulukan untuk seiring dengan tayangan Penanggal. Lagu itu pun sangat bermakna buat saya," ujar Asmidar yang merasakan penyatuan single sebagai lagu tema boleh memberikan impak apatah jika sesebuah filem atau drama itu mendapat tempat di hati khalayak. "Macam lagu tema dalam drama-drama bersiri di kaca televisyen. Populariti drama secara tidak langsung akan mempopularkan sesebuah lagu. Saya juga harap lagu Cinta Ada juga akan menarik minat penerbit untuk dijadikan lagu tema." Mendengar butiran yang terluah dari bibir Asmidar, ternyata wanita berkulit sawo matang itu tidak pernah letih untuk mencuba. Penguasaan pengaruhnya masih mendatar walaupun dari segi kualiti, kemantapan vokalnya sudah diperakui. "Saya akan terus berusaha dan mencari jalan untuk berada pada tahap yang memuaskan. Kalau tidak berjaya dengan cara terlibat sebagai penyanyi lagu tema, mungkin untuk album akan datang saya akan menghasilkan kolaborasi dengan penyanyi lain. Lagu duet nampaknya kembali menjadi trend muzik yang digemari dan saya sangat berminat ke arah itu," tutup Asmidar yang kini memilih gaya berambut panjang sebagai imej baharunya. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:18 AM PST NAY PYI TAW, Myanmar – Ratu wusyu negara, Diana Bong Siong Lin menghadiahkan pingat emas pertama kontijen Malaysia selepas menjuarai acara nanquan wanita semalam. Pada aksi di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A itu, Diana , 28, dari Sarawak berjaya mengutip 9.70 mata untuk menewaskan atlet Vietnam, Bui Minh Phuong (9.68 mata) bagi pingat perak, manakala seorang lagi atlet Malaysia, Tai Cheau Xuen membawa pulang pingat gangsa (9.67 mata). Kejayaan itu berjaya mengubat kekecewaan Diana yang terlepas pingat emas pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia selepas merangkul satu pingat emas masing-masing di Korat, Thailand (2007) dan Vientiane, Laos (2009). "Perasaan saya sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia. Kejayaan ini menebus kekecewaan saya pada edisi tahun lalu," kata Diana. Ketika ditanya mengenai perasaannya sebelum memasuki gelanggang semalam, Diana berkata, dia berasa sedikit gementar terutamanya apabila memikirkan mengenai sasaran pingat emas pertama negara. "Bagaimanapun, selepas memasuki gelanggang, saya tidak fikir perkara lain. Saya memberikan sepenuh tumpuan sepanjang beraksi selama satu minit 20 saat. "Saya sangat berdebar ketika menunggu juri memberikan markah. Apabila saya melihat jumlah mata yang saya peroleh di papan markah, saya yakin saya akan dapat pingat emas," katanya. Diana yang membuat penampilan keempat pada temasya dwitahunan ini berkata, dia berada pada prestasi terbaik dan yakin untuk mengutip satu lagi pingat emas dalam acara nandao dan nangun yang akan berlangsung hari ini dan esok. Kegembiraan Diana turut dikongsi dua lagi rakan sepasukannya iaitu Cheau Xuen dan Phoon Eyin apabila masing-masing berjaya memenangi pingat gangsa. Cheau Xuen, 22, dari Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kehebatan Diana dalam acara nanquan. Phoon Eyin yang mengutip 9.46 mata pula tewas kepada atlet Vietnam, Duong Thuy Vi (9.70 mata) untuk pingat emas dan Sandy Oo dari Myanmar (9.69) bagi pingat perak. Sementara itu, impian dua atlet wusyu lelaki negara, Yeap Wai Kin dan Wong Weng Son untuk menaiki podium tidak kesampaian selepas kecundang dalam acara changquan. Wai Kin sekadar mengutip 9.65 mata untuk menduduki tempat ketujuh, manakala Weng Son yang mengumpul 9.64 mata berada di tempat kesembilan. Pingat emas dalam acara ini dimenangi atlet Myanmar, Thu Aung Si (9.70 mata) diikuti Hulaefi Achmad dari Indonesia. | |||
15,000 pengunjung hadir Malaysia Berselawat Posted: 08 Dec 2013 04:17 AM PST KUALA LUMPUR - Kira-kira 15,000 pengunjung menghadiri program Malaysia Berselawat anjuran Yayasan Al-Abrar yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil dekat sini malam tadi. Pengerusi Yayasan Al-Abrar, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah berkata, program yang bermula pada pukul 5 petang itu memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai budaya berselawat dan berzikir, selain membawa masyarakat berhibur mengikut landasan Islam. "Alhamdulillah program hari ini (malam tadi) berlangsung dengan jayanya. Saya berbangga kerana rata-rata pengunjung terdiri daripada golongan belia. "Selain berselawat, program selama enam jam ini turut diisi dengan penyampaian takzirah oleh pendakwah tersohor dari dalam dan luar negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini. | |||
Bekas peserta Soulstar maut nahas Posted: 08 Dec 2013 04:16 AM PST KUCHING - Seorang bekas peserta program nyanyian realiti, Soulstar 2012 menemui ajal apabila motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Keruing, Bintawa di sini semalam. Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, Zulhamizam Samat, 20, dari Sebuyau, kira-kira 180 kilometer dari bandar raya ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Ketika nahas, mangsa yang baru seminggu bekerja di sebuah kilang kayu di Sejingkat dekat sini menunggang motosikal seorang diri dari arah pusat bandar raya menuju ke kawasan perindustrian berkenaan untuk bertemu rakannya. Jurucakap polis berkata, setibanya di lokasi kejadian, motosikal Kriss yang ditunggangnya laju itu hilang kawalan kerana jalan basah ekoran hujan lebat lalu melanggar pembahagi jalan. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:13 AM PST KUALA LUMPUR - Pembaca setia Kosmo! berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150,000 apabila Peraduan Superbest-Kosmo! yang ditunggu-tunggu bermula hari ini. Menurut Eksekutif Pengurusan Jenama Kosmo!, Mohd. Fikri Hamdan, borang peraduan tersebut mula disiarkan hari ini diikuti siri seterusnya selama 40 hari. "Kosmo! akan menyiarkan borang peraduan setiap hari iaitu siri satu hingga lima sebelum mengulangnya sehingga 16 Januari 2014. "Pembaca hanya perlu mengumpul lima siri peraduan yang disiarkan setiap hari untuk disatukan sebagai satu penyertaan," katanya. Peraduan Superbest Power-Kosmo! memerlukan pembaca mencari perkataan tersembunyi dan nama ibu negeri selain mengisi slogan yang disertai empat keratan kepala akhbar Kosmo!. | |||
Ribut musim sejuk di Eropah ragut 10 nyawa Posted: 08 Dec 2013 04:11 AM PST BERLIN - Ribut ais musim sejuk membadai utara Eropah kelmarin dengan angka kematian meningkat kepada 10 orang manakala beratus ribu penduduk terputus bekalan elektrik. Bencana alam itu turut menyebabkan keadaan di jalan raya, landasan kereta api dan pengangkutan udara di rantau berkenaan menjadi huru-hara. Mangsa terbaharu merupakan seorang wanita warga emas di utara Sweden yang ditemui mati dalam timbunan salji di luar flatnya dengan hanya memakai pakaian dalam. Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok tumbang di Sweden kelmarin manakala dua kelasi Filipina yang dihanyutkan dari kapal mereka pada Khamis lalu masih hilang. Ribut Atlantik, Xaver yang membawa angin selaju 158 kilometer sejam melanda Jerman, Belanda, Poland dan Sweden kelmarin selepas membadai Britain pada hari sebelumnya. Di utara Eropah, pasukan kecemasan bergelut untuk mengosongkan kawasan pelabuhan yang dilanda banjir, membina tembok pasir dan membaiki kerosakan landasan, lebuh raya serta mendirikan semula tiang elektrik yang tumbang. Sebanyak 400,000 isi rumah di Poland terputus bekalan elektrik dengan situasi serupa dialami oleh 50,000 penduduk di Sweden dan 4,000 kediaman di Jerman. Beribu-ribu penumpang pula terkandas selepas banyak penerbangan dibatalkan melibatkan lapangan terbang di Amsterdam, Berlin, Hamburg Gdansk dan beberapa lokasi lain. Sementara itu, tiga orang terbunuh apabila sebatang pokok tumbang menghempap kereta yang dinaiki mereka dekat bandar Lembork, utara Poland kelmarin. "Tiga orang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital," kata jurucakap jabatan bomba, Bogdan Madej. Pada hari sebelumnya di Britain, seorang pemandu lori maut apabila kenderaannya merempuh beberapa kereta lain manakala seorang lelaki warga emas terbunuh akibat dihempap sebatang pokok di Nottinghamshire, tengah England. Pada hari yang sama, seorang wanita berumur 72 tahun meninggal dunia di Denmark selepas kenderaan yang dipandunya terbalik akibat ditiup angin kencang. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:08 AM PST AROMA serbuk kopi yang diimport khas dari Brazil menerpa ke dalam rongga hidung kru Jurnal tatkala kami melangkah ke sebuah kilang pemprosesan kopi di Damansara Damai, Selangor. Cuaca dingin pada petang Khamis lalu seakan-akan tepat pada masanya apabila kru Jurnal dihidangkan dengan secawan kopi kesihatan jenama Superbest Power. Baunya sahaja sudah cukup membangkitkan rasa. Peluang merasai sendiri keenakan rasa kopi yang baru sahaja diadun di kilang tersebut tidak dilepaskan. Segala-galanya dirasakan mencukupi baik dari segi rasa, warna dan teksturnya kerana kopi itu tidak perlu lagi ditambah susu atau gula. Menurut Pengarah Urusan Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. (Superbest Power), Kamal Mohd. Nor, idea untuk menjadikan kopi sebagai produk utama syarikatnya diperoleh pada tahun 2007 ketika beliau berkhidmat di sebuah syarikat jualan langsung yang menawarkan barangan runcit. "Sebelum ini, saya berkhidmat sebagai guru selama 11 tahun di sekitar Pahang. Bermula tahun 1998, saya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjadi pembekal makanan sejuk beku di beberapa bandar di Pahang. "Melihatkan perniagaan yang semakin meningkat, saya berhenti kerja sebagai guru bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan. "Tetapi disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perniagaan itu tidak menjadi selepas lima tahun beroperasi berikutan kemunculan beberapa pasar raya di sekitar Bandar Pusat Jengka, Pahang yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan," ujarnya yang berasal dari Temerloh, Pahang. Jelas Kamal, beliau dulunya bukanlah seorang penggemar kopi kerana beliau akan mengalami sakit perut serta pening kepala sekiranya minum minuman kafein tersebut. "Ketika berkhidmat di syarikat jualan langsung, salah satu produk yang perlu dijual ialah kopi tetapi minuman itu gagal menepati cita rasa masyarakat. Kopi Brazil "Saya juga tidak boleh meminum kopi tersebut disebabkan rasanya yang pahit sehinggalah pemilik syarikat tersebut menawarkan peluang kepada saya untuk mendapatkan sebuah syarikat pengeluar kopi lain. "Dari situ, saya mula melakukan kajian pasaran dan ternyata minuman kopi mempunyai penggemar yang ramai. "Saya berazam untuk mengeluarkan kopi yang benar-benar menepati cita rasa setiap individu bagi syarikat jualan langsung terbabit dan menempah sebanyak 2,000 kotak kopi melalui sebuah syarikat pengeluar kopi. "Tetapi pemilik syarikat jualan langsung itu mampu menampung kos bagi 1,000 kotak sahaja menyebabkan saya terpaksa menukar pembungkusan kopi itu menggunakan jenama sendiri," tambahnya yang sudah enam tahun berkecimpung dalam industri pembuatan kopi. Menurut Kamal, kopi Arabika dari Brazil dipilih sebagai bahan utama di dalam produknya memandangkan kandungan asidnya yang rendah selain ditanam pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut. "Saya pernah terputus bekalan kopi dari Brazil selama sebulan disebabkan pembekal tiada stok tetapi saya tetap tidak mengambil kopi dari negara lain kerana mahu menjaga kualiti produk yang dihasilkan. "Kualiti sangat diutamakan malah saya juga akan memastikan keenakan dan rasa kopi Superbest Power tidak berubah. "Malah, setiap bancuhan kopi Superbest Power yang menjalani proses selama satu jam akan dicuba terlebih dulu bagi mengekalkan rasa kopi ini sebelum melalui proses seterusnya," jelasnya yang dibantu seramai 30 orang kakitangan. Menurut Kamal, tidak seperti kebanyakan jenama kopi pracampuran lain di pasaran, kopi pracampuran Superbest Power menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) menggunakan kepakaran Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Larut air "Kami menjalankan kajian secara saintifik bagi menghasilkan kopi yang boleh dinikmati sebagai minuman harian dan sesuai untuk semua peringkat umur. "Produk minuman kopi ini turut diformulasi dengan kombinasi campuran pelbagai herba tradisional termasuk ekstrak tongkat ali, ubi jaga dan cendawan ganoderma yang diimport dari China," katanya. Kamal memberitahu, kandungan herba tersebut akan diekstrak terlebih dulu secara kimia dan ditulenkan kerana proses berkenaan merupakan cara yang betul untuk memastikan khasiatnya dapat dikekalkan. "Sebagai contoh, secara tradisional, tongkat ali perlu direbus terlebih dulu dan air rebusannya disimpan manakala hampasnya dibuang. "Air rebusan tadi akan dibekukan sebelum diproses menjadi serbuk larut air. "Selain dapat memberi rasa yang lebih berperisa, kaedah ini juga mampu mengekalkan kandungan bioaktif dalam herba tersebut," ujarnya. Bagaimanapun, Kamal mendakwa, ada sesetengah syarikat pengeluar kopi mengekstrak tongkat ali dengan cara salah iaitu mengisar herba itu sehingga menjadi serbuk untuk dijadikan minuman bertenaga. "Jika dikisar sehingga halus sekalipun, ia ibarat memasukkan habuk kayu ke dalam minuman. Hal ini boleh membahayakan kesihatan pengguna untuk jangka masa panjang," jelasnya panjang lebar. Bertutur lanjut, Kamal memberitahu, herba larut air tersebut seterusnya akan diadun bersama serbuk kopi dan krimer bukan tenusu bagi menghasilkan minuman kopi bermutu tinggi. "Krimer itu berasaskan minyak sawit. Minyak isirung sawit digunakan bagi menggantikan lemak susu agar pengguna yang alah kepada produk tenusu turut dapat menikmati keenakan kopi ini," katanya. Sebati Jelas Kamal, kopi keluaran syarikatnya itu diperkayakan dengan kandungan yang tidak memudaratkan kesihatan jika diminum dalam kuantiti yang banyak. "Kebiasaannya, penggemar kopi agak takut untuk meminum kopi segera disebabkan kandungan gula yang tinggi. "Namun, mereka tidak perlu bimbang jika meminum produk Superbest Power kerana ia tidak mengandungi gula. "Seelok-eloknya ia diambil sebanyak tiga kali sehari iaitu waktu pagi, petang dan malam," katanya sambil memberitahu, kopi itu sesuai diambil oleh golongan lelaki dan wanita termasuk ibu mengandung. Kamal memberitahu, berdasarkan pengalaman beberapa pengguna wanita, menikmati secawan kopi Superbest Power pada waktu pagi akan memberi tenaga berpanjangan dan melancarkan peredaran darah haid. "Secara tradisi, air rebusantongkat ali dijadikan tonik bagi wanita selepas bersalin. Ia juga baik untuk melegakan sakit senggugut semasa datang bulan. "Malah, ia amat mudah untuk disediakan sama ada menggunakan air panas atau sejuk," jelasnya sambil menambah peluang masih terbuka kepada mereka yang mahu menjadi pengedar kopi tersebut. Katanya, pihaknya memperuntukkan jumlah pengeluaran kira-kira 60,000 kotak sebulan bagi memenuhi permintaan pengedaran di seluruh negara. "Dalam sehari sahaja, kami berjaya memproses kira-kira 15,000 hingga 20,000 peket kopi pracampuran ini dengan menjalani proses adunan selama 10 kali dalam sehari menggunakan sebuah mesin pengadun yang diimport dari China. "Sebanyak 300 kilogram bahan boleh diadun dalam sehari membabitkan proses selama sejam bagi memastikan campuran kopi dan bahan-bahan lain menjadi sebati," ujarnya yang mendapat bekalan kopi dari Brazil sebulan sekali dengan kualiti kopi yang boleh bertahan selama dua tahun. Selain kopi Superbest Power, pihaknya turut mengeluarkan lima jenis produk lain iaitu Susu Kambing Goat Power, Queen Fatimah Plus Collagen, kopi pracampuran Cintaku dan yang terbaharu Jus Qisya. Tambahnya, pihaknya merancang untuk mengeksport produk tersebut ke China dan Asia Barat serta menembusi pasaran Asia sebagai perancangan masa depan. | |||
Posted: 08 Dec 2013 04:07 AM PST TATKALA rakan seusia yang lain ghairah berpacaran dan memikirkan soal kahwin, Ahmad pula seperti tidak kisah langsung mengenainya. Biarpun sudah menginjak usia 26 tahun, jejaka kelahiran Muar, Johor ini enggan menjadikan perkahwinan sebagai matlamat utama, sekurang-kurangnya pada masa ini. Bukan tidak pernah terlintas di fikiran untuk memiliki kekasih sementelah itulah fitrah kaum Adam yang memerlukan seorang Hawa di sisi, tetapi ada perkara lain yang perlu dipatuhi sebagai seorang anak. "Ini permintaan ibu saya. Ibu minta saya supaya jangan berkahwin lagi sekarang. "Dia mahu saya temankan dia menghabiskan sisa-sisa usianya dulu. Kalau nak kahwin pun, ibu suruh tunggu lepas dia meninggal dunia,"ujar anak ke-12 daripada 13 adik-beradik ini. Ahmad mengakui dia merupakan satu-satunya anak lelaki bujang yang menjadi tempat ibunya berkongsi cerita. Jika dilihat dari segi bilangan adik-beradik, Ahmad sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang besar, iaitu sembilan lelaki dan empat perempuan. Namun, Ahmad anak lelaki yang paling rapat dengan ibunya. "Ibu beritahu, dia berasa sunyi apabila seorang demi seorang anaknya berumah tangga. "Lebih menyedihkan apabila ibu merasakan abang-abang saya yang lain kurang mengambil berat tentang ibu selepas mereka berumah tangga,"ujar pelajar tahun akhir Sarjana Sains Petroleum di sebuah universiti di negeri Perak ini. Katanya, adik-beradik lelakinya semua sudah berkahwin. Seorang kakak dan adik perempuannya pula bakal berkahwin dalam masa terdekat. Namun, si ibu yang kini berusia 65 tahun tidak pernah mengharapkan anak-anak perempuan untuk menjaganya. Tanggungjawab "Maklumlah, perempuan kalau sudah berkahwin, tanggungjawab mereka lebih kepada suami. Tapi, kalau anak lelaki, ibu bapa menjadi keutamaan selama-lamanya. Bukankah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu? "Sebab itu ibu perlukan saya untuk tengok-tengokkan dirinya yang sudah tua dan mula kurang sihat,"katanya yang memberitahu, abang-abangnya tinggal berjauhan dan jarang pulang ke rumah kampung. Menurut Ahmad, ibunya kesunyian selepas kematian arwah ayahnya tujuh tahun lalu akibat sakit tua. Namun, selepas pemergian si suami, ibunya tekad untuk meneruskan hidup bersendirian. "Bukan tidak ada orang yang cuba menjodohkan ibu dengan lelaki lain, tetapi ibu yang mempunyai 16 orang cucu itu seperti mahu memorinya bersama arwah ayah terus hidup. Cintanya hanya untuk ayah,"cerita Ahmad. Apatah lagi apabila memikirkan faktor usia, katanya, ibunya berasa memadai mengharap perhatian dan belaian kasih sayang daripada anak-anak. "Dulu sewaktu arwah ayah masih ada, dialah yang menjadi peneman ibu. Kalau pergi ke mana-mana, arwah ayahlah kawannya. "Jadi, ibu tak terasa keseorangan. Ada orang tempat ibu meluahkan perasaan, cuma sekarang dia semakin jauh dengan anak-anak,"katanya yang mempunyai abang sulung berusia 40 tahun. Menurut Ahmad, abang-abangnya mempunyai komitmen dengan keluarga masing-masing. Malah, dia sendiri sedih dan terkilan apabila ibunya pernah meluahkan rasa hati mengenai sikap abang-abangnya itu. "Ibu beritahu, abang-abang saya sebelum berkahwin selalu tanya khabar dan balik kampung. Berkahwin "Tetapi selepas berkahwin, nak telefon dan tanya khabar seminggu sekali pun susah. Masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri,"ujarnya. Atas faktor itulah, si ibu bimbang kalau-kalau Ahmad mengikut perangai semua abangnya apabila dia berkahwin nanti. "Dia takut kalau saya kahwin, saya akan jadi macam abang-abang saya yang tak ada masa untuk ibu. "Sebelum kahwin mungkin kita akan ingat ada masa untuk ibu, tapi semua itu akan hilang sedikit demi sedikit,"katanya. Ahmad tahu saat ibunya berada pada usia emas ini, wanita itu hanya perlukan perhatian daripada anak-anak. Lantaran itu, biarpun tinggal berjauhan, Ahmad akan menelefon ibunya sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan pulang ke kampung seminggu sekali. Ujar Ahmad, atas permintaan ibunya itu jugalah, dia enggan menjalin hubungan rapat dengan mana-mana wanita. "Saya tak nak mereka tertunggu-tunggu atau menaruh harapan kepada saya untuk menjadikan mereka isteri,"ujarnya. Sungguhpun begitu, Ahmad tidak kisah jika itu yang mampu membuatkan ibunya gembira. "Jodoh di tangan Tuhan. Saya pun tak tahu bila akan berkahwin. Tapi, kalau tak kahwin pun tak mengapa. Kalau itu yang ibu minta, saya tak kisah. "Buat masa ini memang ibulah segala-galanya. Sayalah tempat dia berkongsi cerita. Bahkan dia takut kehilangan saya. "Sebagai anak lelaki kadang-kadang kita terlupa apabila sudah berkahwin, ibu tetap perlu diberi keutamaan berbanding dengan isteri. "Isteri bila-bila boleh cari, tapi, ibu kita hanya ada satu di dunia,"ujarnya mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |