Selasa, 3 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Cinta pandang pertama

Posted: 02 Dec 2013 05:30 AM PST




DI sebalik kehangatan acara Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung di di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu, kehadiran pasangan sensasi, Johan As'ari dan Lana Nodin pastinya lebih mencuri tumpuan ramai.
Ia berpunca daripada kenyataan yang dibuat oleh Johan yang ingin menyunting pelakon seksi itu sebagai isteri selepas tiga hari berkenalan dengan lebih akrab.
Menyedari kedua-duanya menjadi tumpuan, terutamanya para wartawan yang sedang membuat liputan majlis tersebut, pujian wajar diberikan kepada Johan dan Lana kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual dan melayan dengan baik setiap pertanyaan daripada wartawan.
Johan, 26, yang diajukan pertanyaan mengenai 'drama' terbaharu yang dicetuskannya itu menjelaskan, segala keputusan yang dibuat adalah disebabkan dirinya yang sudah jatuh cinta dengan pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Astana Idaman 3 itu.
"Semuanya bermula apabila saya membaca artikel dalam sebuah majalah hiburan mengenai Lana yang ingin mencari seorang suami beriman. Kemudian ditakdirkan kami telah bertemu dalam sebuah majlis hiburan pada 18 November lalu.
"Sebelum itu, kami memang tidak pernah berjumpa dan saya cuma mengenali dirinya sebagai seorang pelakon. Bagaimanapun, sewaktu pertemuan itu saya akui sudah jatuh cinta pandang pertama kepadanya," ujar pelakon yang cukup popular dengan watak Botak dalam drama bersiri Juvana itu.
Bercerita lebih lanjut mengenai perhubungan yang terjalin, Johan memberitahu, ketika majlis tersebut mereka sempat bertukar nombor telefon. Kemudian, pada sebelah malamnya pula mereka mengaturkan pertemuan bertemu di sebuah pusat beli- belah terkenal.

LANA tertarik dengan Johan kerana keberanian lelaki berusia 26 tahun itu melamar dirinya hanya selepas tiga hari berkenalan.


Ujarnya, dalam pertemuan itu banyak perkara yang dibualkan, termasuklah luahan hati Lana yang memberitahu ingin membuat perubahan terhadap dirinya.
Johan pula mengakui, dia banyak memberikan kata-kata nasihat buat wanita itu.
"Keesokan harinya kami bertemu sekali lagi dan saya berasa cukup selesa sepanjang bersama dengan dirinya. Mulai saat itu, saya sudah tetapkan pendirian bahawa dia merupakan gadis yang saya cari untuk dijadikan sebagai isteri.
"Justeru, pada hari ketiga saya terus melamar Lana dan meluahkan isi hati saya untuk memilihnya sebagai isteri. Mulanya dia memang agak terkejut tetapi tidak sangka pula dia menerima lamaran saya itu," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai maklum balas yang diterima daripada ahli keluarganya pula, Johan menyatakan, setakat ini kedua-dua ibu bapanya sekadar berpesan supaya masing-masing saling kenal-mengenal terlebih dahulu sebelum mengambil langkah yang lebih serius.
Selain itu, pelakon berkenaan turut menafikan bahawa ibunya meluahkan rasa terlalu kecewa sehingga memuat naik gambar di laman sosial Instagram seperti yang tersebar di internet.
"Mengenai perkara tersebut ia merupakan salah faham kerana ibu saya memuat naik gambar itu kerana berasa sedih apabila salah seorang saudara terdekat kami telah meninggal dunia," jelasnya.
Berkenaan dengan keputusan untuk mendirikan rumah tangga pula, Johan memberitahu, buat masa ini masih belum ada tarikh tertentu lagi, namun berharap ia dapat dilangsungkan segera memandangkan usianya yang kini sudah menjangkau 26 tahun.
"Insya-Allah, sekarang kami mengharapkan doa yang terbaik agar hubungan ini terus berkekalan. Paling utama, sebagai seorang lelaki saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada Lana.
"Lagipun, saya cukup gembira melihat banyak perubahan terhadap diri Lana terutama sekali penampilan dirinya sekarang. Misalnya, dia ikut permintaan saya supaya tidak memakai skirt apabila kami keluar bersama," ujarnya.
Menurutnya, buat masa ini dia dan Lana perlu kuat mengharungi segala cabaran yang mendatang, terutamanya untuk mengambil hati keluarga masing-masing agar hubungan yang akan dibina mendapat restu.

PASANGAN ini berharap mereka dapat bercinta selepas berkahwin.


Tidak bercinta
Memandangkan sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan Shila Amzah sehingga ada yang beranggapan mereka bercinta, Johan menegaskan, hubungannya dengan penyanyi itu tidak pernah lebih daripada seorang sahabat.
Jelasnya, sepanjang perkenalan dengan penyanyi tersebut, mereka langsung tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan cinta dan disebabkan itu tidak perlu timbul sebarang isu apabila dia memilih Lana sebagai isteri.
"Selama ini, saya atau Shila tidak pernah cakap yang kami ini bercinta kepada mana-mana pihak. Jadi, janganlah salahkan Lana sehingga melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya.
"Kalau ada sebarang tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap saya atau Lana, kami memang tidak boleh berbuat apa-apa. Apa yang jelas, saya bebas untuk memilih sesiapa sahaja wanita yang ingin dijadikan teman hidup," tegasnya.
Mengenai tindakan Shila yang telah memadam gambar mereka berdua serta mengeluarkan namanya daripada senarai rakan di akaun Instagram, Johan menyatakan, itu adalah hak penyanyi tersebut untuk berbuat demikian.
"Saya ada terdengar cerita tentang tindakan Shila yang meluahkan kekecewaannya menerusi Instagram miliknya. Apa yang boleh saya katakan, saya masih lagi terus menganggapnya sebagai seorang sahabat," luahnya.
Cinta selepas kahwin
Turut menemani kekasih hati semasa ditemu bual wartawan, pelakon Lana Nodin berkata, pada usia yang sudah mencecah 34 tahun, dia memang ingin mencari seorang lelaki yang mampu membimbingnya ke arah kebaikan.
Selain itu, pendirian Johan yang menyatakan hasratnya untuk bercinta selepas kahwin menyebabkan dia tertarik dan lantas bersetuju apabila pelakon tersebut melamarnya sebagai isteri.
"Pada mulanya, saya ada bertanya Johan sama ada dia mempunyai kekasih atau tidak sekarang memandangkan saya pernah terdengar cerita yang mengatakan dia bercinta dengan Shila Amzah.
JOHAN memberitahu, baik dia mahupun Lana, mereka kini perlu mendapatkan restu keluarga terlebih dahulu sebelum berumah tangga.


"Kemudian, dia (Johan) memberitahu yang dia dan Shila tidak pernah bercinta dan untuk membuktikan kata- katanya itu dia terus menghubungi ibu Shila. Saya sendiri dengar setiap butir perbualan mereka dan itu yang membuat saya percaya sepenuhnya kepada Johan," jelasnya.
Mengenai tuduhan yang dilemparkan dengan mengatakan dirinya mahu berubah semata-mata kerana Johan, pelakon itu berkata, segala perubahan yang ingin dilakukannya itu adalah hasrat yang lahir dari dalam dirinya sendiri tanpa pengaruh sesiapa.
Bagaimanapun, Johan memang banyak memberikan sokongan dan tidak pernah memaksanya untuk berubah secara drastik. Dia juga menasihati Lana agar perubahan yang ingin dilakukan itu perlu dilakukan secara berperingkat.
"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan bertudung kerana Johan. Sekalipun saya akan bertudung nanti, semuanya atas kehendak dan kerelaan diri sendiri.
"Secara jujurnya, saya amat terharu kerana masih ada lelaki yang baik seperti Johan, ikhlas menerima diri saya seadanya, meskipun banyak keburukan yang pernah dilakukan dahulu. Sekarang ini saya mampu doakan yang terbaik agar perhubungan ini terus berkekalan," jelasnya mengakhiri temu bual.

Shaheizy Sam Akur Diri Semakin Kurang Popular

Posted: 02 Dec 2013 05:29 AM PST

Shaheizy sam menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem ASK 2013 menerusi filem SAM.
PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam mengakui namanya sedikit tenggelam sejak kebelakangan ini namun terpaksa akur dengan proses jatuh bangun kehidupan seorang selebriti.
Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 31, berkata, walaupun pernah memenangi gelaran Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2012 pada April lalu, ini tidak bermakna namanya akan kekal popular sepanjang masa.
"Benda (populariti) ini kita tahu daripada dulu lagi bahawa setiap yang naik akan turun dan seseorang yang berada di puncak tidak akan kekal di atas selamanya.
"Tetapi saya terima perkara itu dengan hati yang terbuka. Semestinya ada jalan lain untuk mengekalkan populariti agar tidak terlalu jatuh," katanya.
Sehubungan itu tambah Sam, dia akan mengambil apa saja peluang dalam setiap tawaran lakonan yang diterima agar dapat mengekalkan momentum kerjayanya.
Dalam pada itu dia juga menjadikan idolanya iaitu Datuk Rosyam Nor sebagai contoh dan rujukan dalam mengekalkan nama dalam industri hiburan tempatan untuk tempoh masa yang lama.
"Kalau dahulu sebelum dikenali ramai, saya selalu tertanya-tanya kenapa bakat saya susah mendapat perhatian walaupun sudah 10 tahun dalam industri.
"Tetapi lama-kelamaan, saya faham apabila melihat industri sebagai sebuah perniagaan hiburan yang juga memerlukan strategi pemasaran. Itu yang akan cuba saya lakukan," ujarnya.
Sementara itu, Sam yang telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM pada Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) Sabtu lalu itu akan muncul dengan sebuah filem terbaharu berjudul Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly.

Diddy Hirdy Sanggup 'Ikat Perut' Untuk Dapat Ijazah

Posted: 02 Dec 2013 05:28 AM PST

Diddy menerima Ijazah Sarjana Muda kelas Pertama Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Diddy Hirdy menyifatkan kejayaannya menerima Ijazah Sarjana Muda kelas Pertama Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada Ahad adalah antara nikmat hidup terhebat selepas pelbagai dugaan yang ditempuh sepanjang tiga tahun bergelar pelajar.
Diddy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy Muhid, 28, berkata, memandangkan dia juga ada tanggungjawab lain sebagai suami dan bapa, dia perlu bijak mengawal kewangannya yang perlu menampung keluarga dan pada masa sama menjelaskan yuran bayaran pengajian sebanyak RM20,000 (untuk tiga tahun) sehinggakan pernah menahan lapar untuk berjimat cermat.
"Pengurusan kewangan antara yang paling penting sepanjang bergelar pelajar dan juga ketua keluarga. Walaupun saya sering menerima undangan nyanyian dan lakonan, ini tidak bermakna saya boleh gunakan duit sewenang-wenangnya.
"Apa yang penting wang pendapatan saya cukup buat kebajikan keluarga dan yuran pengajian. Malah saya sanggup 'ikat perut' demi mendapatkan ijazah ini. Dan Alhamdulillah, saya merasai kemanisan selepas dugaan yang dilalui.
"Selain itu, saya juga ingin menjadi contoh baik kepada anak sebagai pemberi semangat untuknya belajar apabila dewasa kelak," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Tambah Diddy, kerana kejayaannya mengekalkan keputusan nilai purata gred kumulatif (CGPA) 3.8 ke atas, dia turut menerima pingat emas Naib Cancelor UUM pada majlis konvokesyen tersebut.
Antara petua untuk dia kekal dengan pencapaian sedemikian kata Diddy, seseorang yang belajar secara sambilan perlulah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap apa yang dipelajari.
Diddy turut memberitahu, pada tahun depan, dia merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam Perniagaan Global, Hiburan dan Muzik di Berkley School Of Music di Valencia, Sepanyol.
"Sekarang ini, temubual sudahpun selesai dan saya akan menyambung pengajian di Valencia tahun depan.
"Bagaimanapun saya ingin merakamkan sebuah single lagu baru dan mempromosikannya sebelum menyambung pengajian saya itu. InsyaAllah, saya akan bawa isteri dan anak bersama," ujarnya.
Sementara itu, selain Diddy, turut menerima ijazah pada majlis konvokesyen tersebut ialah Emelda Rosnaida, Zed Zaidi, Zehra Zamri dan Neves.

Salima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal

Posted: 02 Dec 2013 05:27 AM PST


  • alima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal Salima AF Kini Bergelar Isteri
BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa' Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.

Wan Hanafi Su Bimbang Kurang Tawaran Lakonan Selepas Menang Anugerah

Posted: 02 Dec 2013 05:25 AM PST

Wan Hanafi Su memenangi anugerah Pelakon lelaki Terbaik Drama Pada ASK2013 Sabtu lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Wan Hanafi Su mengakui berasa risau apabila kejayaannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) pada Sabtu lalu akan membuatkan para penerbit tidak berani menawarkannya sebarang kerja lakonan.
Aktor berusia 63 tahun itu memenangi anugerah tersebut menerusi drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.
Wan Hanafi menganggap, penerbit-penerbit drama mahupun filem sering memberi persepsi bahawa setiap pelakon yang memenangi trofi akan menaikkan lagi harga bayaran dalam sesebuah tawaran lakonan yang diberi.
"Ada sesetengah penerbit, apabila seseorang pelakon itu meraih kemenangan dalam sesebuah acara anugerah, mereka mula takut untuk mengambil pelakon itu untuk berlakon kerana risau harga yang dikenakan mungkin terlalu tinggi.
"Dan kemenangan yang saya terima ini juga sedikit sebanyak memberi kerisauan dalam kegembiraan," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Wan Hanafi, dia tetap akan menaikkan harga bayarannya, mengikut kesesuaian pengiktirafan yang diraih.
Bagi pelakon filem Bunohan itu, setiap anugerah yang diraih melambangkan pengiktirafan dan peningkatan taraf pendapatan dimana pada masa akan datang, hasil kerja lakonan juga mestilah setimpal dengan nilai harga bayaran yang diterima.
"Setiap pengiktirafan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap kita. Dan menjadi tanggungjawab seseorang pelakon yang meraih kejayaan untuk memberikan hasil kerja yang lebih baik berbanding sebelumnya.
"Dan pada masa sama, harga bayaran juga mesti dinaikkan setimpal dengan pengalaman dan pengiktirafan yang diperoleh. Bagaimanapun, saya bukanlah seorang pelakon yang meletakkan nilai harga yang sangat tinggi, tetapi cukuplah ia menunjukkan sedikit perbezaan pendapatan," ujarnya.

Betty Benafe selamat lahir anak perempuan

Posted: 02 Dec 2013 05:24 AM PST


  • Betty Benafe Betty Benafe selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.
PELAKON Betty Benafe selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.

Berita gembira itu dikongsikannya menerusi laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah..  akhirnya sebuah keluarga bahagia, Insya-ALLAH," tulis Betty pada kapsyen gambar yang dikongsikan bersama dalam laman sosial miliknya.

Betty bernikah dengan pasangannya Bruce Dargus tahun lalu.

LLS: OMG dan Apa Kasih Toq Mara Ke Peringkat Akhir

Posted: 02 Dec 2013 05:22 AM PST

Kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) berjaya mara ke peringkat akhir Liga Lawak Superstar (LLS) pada Ahad depan.
AMPANG: Kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq (AKT) berjaya mara ke peringkat akhir Liga Lawak Superstar (LLS) pada Ahad depan.
Pengumuman itu diumumkan pada LLS separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Menurut penerbitnya, Afdlin Shauki, dia sudah menjangkakan dua kumpulan tersebut akan ke peringkat akhir melihatkan prestasi lawak yang dipersembahkan pada malam Ahad.
"Walaupun mereka bukan pelawak, tetapi persembahan mereka berjaya membuatkan penonton terhibur.
"Tetapi saya lihat kumpulan Aku Diandra juga mempunyai potensi baik cuma mereka gagal meneruskan perlawanan akhir.
"Dan pada Ahad depan, LLS akan tampil dengan empat jenis permainan yang lebih mencabar," katanya selepas tamat siaran langsung LLS.
Kumpulan OMG turut ke final Liga Lawak Superstar.
OMG yang terdiri daripada Sathiya, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan mendapat markah penuh sebanyak 124 dan AKT(Didie Alias, Kamal Adli dan Syafiq Kyle) mengumpul 116 markah.
Kumpulan Aku Diandra (Ilya, Sheera Iskandar dan Qazeem Nor) mengumpulkan 107 markah sekali gus mendapat tempat ketiga dengan menerima wang tunai sebanyak RM50,000.
Manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail dan Hairi Safwan) mendapat 99 markah dan membawa pulang wang tunai RM25,000.
LLS menampilkan lapan pelawak dan 16 pelakon yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan daripada empat pasukan disertai oleh seorang pelawak dan dua pelakon dalam setiap pasukan.
Pada pusingan awal, setiap pasukan dalam kumpulan masing-masing akan bertarung di pentas LLS secara selang seli pada setiap minggu.
Selepas empat pertarungan, dua kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir.
Dari kiri, Fatimah Abu Bakar, Khir Rahman dan Ida Nerina sebagai juri.
Hanya dua pasukan terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara Liga Lawak SuperStar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000.
LLS turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air iaitu Ida Nerina, Khir Rahman dan Fatimah Abu Bakar sebagai juri.
Manakala Afdlin Shauki dan Adibah Nor merupakan pengacara bagi program berkenaan.
LLS disiarkan secara langsung menerusi siaran TV3.

Diet sihat Syahrini

Posted: 02 Dec 2013 05:21 AM PST


  • Syahrini
LANGSING dan cantik! Itulah ungkapan tepat untuk menggambarkan penyanyi popular, Syahrini ketika menghadiri majlis anugerah, SCTV Awards 2013, baru-baru ini.

Bukan sahaja cantik, malah penyanyi yang baru sahaja memenangi kategori Penyanyi Paling Ngetop di anugerah berkenaan, ini kelihatan lebih kurus berbanding penampilannya sebelum ini.

Tampil berkongsi rahsia kelangsingan, Syahrini mengakui dia kini mengamalkan diet sihat dan berjaya menurunkan berat badannya daripada 52 kilogram (kg) kepada 45kg.

"Saya mengikut saranan doktor dengan meminum ubatan berasaskan herba dan mengamalkan pemakanan yang tepat mengikut jenis darah.

"Selain itu, saya juga turut melakukan olahraga dan bersenam sekiranya ada kelapangan," katanya yang bakal melancarkan lagu baru, Cetar, akhir tahun ini.

'Hantu' besi mengamuk

Posted: 02 Dec 2013 05:16 AM PST


  • 'Hantu' besi mengamuk Nursiah menunjukkan pintu belakang pusat jagaannya yang didakwa dicuri.
ALOR SETAR - "Kes curi besi di taman perumahan kami kian menjadi-jadi kebelakangan ini," demikian dakwaan seorang penduduk Taman Rakyat, dekat sini, yang tidak tahan berhadapan insiden terbabit.

Nursiah Adam, 58, berkata, bukan sahaja dilanda ketakutan, sebaliknya dia sendiri sudah tidak larat menanggung kerugian apabila besi pada pintu pagar pusat jagaan miliknya diambil individu tidak bertanggungjawab.

"Bukan setakat pintu pagar kediaman hilang, malah penutup longkang dan meter air juga dicuri.

"Bukan sahaja waktu malam, sebaliknya individu terbabit didakwa turut melakukan kegiatan mereka pada waktu siang. Malah, jiran turut menyaksikan individu terbabit mencuri besi pintu belakang pusat jagaan saya pada waktu siang, namun tidak menjerit kerana takut," katanya.

Justeru, katanya, dia memohon supaya pihak berkenaan dapat melakukan rondaan supaya kejadian curi besi tidak berulang.

Malah, nasib serupa turut dialami Rohani Musa, 39, yang mendakwa pintu asrama di bawah seliaan dirinya turut dikebas.

Manakala, Rohani Osman, 54, berkata, kejadian curi besi membabitkan besi penutup longkang di hadapan kedai baru sahaja berlaku lebih kurang sebulan lalu di bangunan premis perniagaan berhampiran taman perumahan berkenaan.

"Kami bimbang keselamatan orang awam. Bayangkan, sekiranya mereka tidak perasaan bahawa penutup longkang dicuri, pastinya sudah mengalami kecederaan," katanya.

Gunung Keriang kian sepi

Posted: 02 Dec 2013 05:14 AM PST


  • Gunung Keriang kian sepi Keadaan gerai di Gunung Keriang yang semakin
ALOR SETAR - Apabila disebut nama Gunung Keriang, di sini, pastinya orang awam khususnya masyarakat setempat dan pelancong tempatan terkenang keunikan batu kristal semula jadinya.

Apatah lagi, apabila mereka memperoleh kesempatan menerokai Gua Gunung Keriang, pastinya pengalaman melalui selok-belok laluan gua yang mencabar menjadi memori tidak dilupakan.

Walaupun memiliki keindahan alam semula jadi tersendiri, entah di mana silapnya apabila bilangan pelancong didakwa kian berkurangan dari semasa ke semasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati Taman Rekreasi Gunung Keriang bukan sahaja kurang penyelenggaraan, malah ketiadaan kemudahan awam tertentu kemungkinan menjadi antara penyumbang keadaan ini.

Keadaan bangku rehat didapati kian usang, kerosakan beberapa alatan permainan turut kelihatan, sementara kemudahan tandas awam mahupun surau juga didakwa rosak serta seakan tiada untuk kegunaan pelancong.

Pelancong kian berkurangan

Peniaga, Tijah Yaacob, 64, berkata, perniagaan batu kristal mereka yang rancak pada awalnya, kian lembap sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan pelancong tak kira sama ada tempatan mahupun antarabangsa kian berkurangan.

"Kini, hanya pelancong tempatan yang datang, manakala dari luar negara seolah-olah sudah tidak ada lagi. Sekiranya, saya boleh menjana pendapatan kira-kira RM300 sehari dahulu, namun kini tidak lagi.

"Sekarang, nak dapat RM100 pun semakin susah. Pernah juga hasil jualan yang diperoleh hanya RM20 sehari," katanya.

Tandas rosak

Tijah berkata, keadaan persekitaran dan kemudahan infrastrukturnya yang agak terhad akibat kerosakan, mungkin telah menimbulkan ketidakselesaan pada pelancong yang mengunjungi kawasan ini.

"Bagaimana, mereka mahu melawat kawasan ini, sekiranya kemudahan awam seperti tandas rosak teruk. Jadi, mereka tidak dapat berjalan-jalan dengan selesa," katanya.

Difahamkan, keadaan tandas tidak terurus ini didakwa sudah berlarutan sejak enam tahun lalu, malah peniaga sendiri didakwa perlu pulang ke kediaman masing-masing untuk ke tandas.

Gerai kayu perlu diganti

Malah, keadaan kira-kira 11 gerai kayu milik penduduk tempatan termasuk Tijah dipercayai kian rosak, namun masih tidak dibaiki, sedangkan mereka menjual aneka cenderahati kepada pelancong.

Tijah berkata, sebahagian gerai tidak berbumbung zink, manakala kebanyakannya berada dalam keadaan kurang baik.

Katanya, gerai miliknya sudah beberapa kali di pecah masuk pencuri, namun sekiranya pihak berkenaan membantu mengubahsuainya pastinya insiden terbabit tidak akan berulang kembali.
Taman permainan uzur

Bagi Nur Marsya Amran, 12, kerosakan beberapa alatan permainan di Taman Rekreasi Gunung Keriang menimbulkan kesulitan kepada mereka untuk bermain-main di kawasan tersebut.

Bukan setakat mengalami kerosakan, namun katanya lebih menyedihkan apabila beberapa batang besi buaian didakwa hilang disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab individu tertentu.

"Kini, kami hanya boleh bermain papan gelongsor sahaja ekoran beberapa alatan permainan sudah uzur, manakala sebahagiannya pula hilang. Jadi, kanak-kanak yang menemani ibu bapa tidak dapat bermain semasa mengunjungi kawasan ini," katanya.

Berita baik dari MBAS

Sekiranya, keadaan sedemikian dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan dikhuatiri, akhirnya produk pelancongan ini tidak lagi dikunjungi, malah kian dilupakan orang ramai.

Justeru, masyarakat tempatan khususnya peniaga merayu supaya kemudahan awam terbabit dapat diselenggarakan mahupun dinaik taraf segera demi menarik perhatian pelancong semula.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bukan sahaja sedia maklum, sebaliknya turut prihatin mengenai keadaan kemudahan awam di Gunung Keriang, dekat sini.

Katanya, pihaknya tidak lepas pandang mengenai perkara terbabit, sebaliknya telah merancang penambahbaikan seperti menaik taraf medan selera dan membina gerai baru untuk penjual kristal.

"Kami sudah dapat 'lampu hijau'. Malah, pelan juga sudah ada. Cumanya, bukan sekarang, tapi tahun depan. Insya-ALLAH, sebaik menerima peruntukan, maka kerja-kerja akan dilakukan segera," katanya.

Yayasan Nur Karangkraf bantu anak miskin berkhatan

Posted: 02 Dec 2013 05:10 AM PST


  • Yayasan Nur Karangkraf bantu anak miskin berkhatan Mohd Nasir (tiga, kiri) bersama peserta dan pihak penganjur.
MASJID TANAH - Yayasan Nur Karangkraf komited membantu golongan memerlukan di Malaysia menerusi pelbagai program khidmat masyarakat.

Yayasan Nur Karangkraf yang diwakili Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah berkata, kali ini pihaknya terpanggil untuk menganjurkan program berkhatan khusus kepada anak-anak golongan miskin dan anak yatim.

"Program ini bertujuan melahirkan sikap prihatin, menyedarkan masyarakat mengenai kebersihan fizikal dan peka terhadap tanggungjawab serta undang-undang yang ditetapkan ALLAH.

"Pada masa sama, ia meringankan beban masyarakat terlibat untuk menanggung kos berkhatan anak mereka," katanya pada majlis perasmian majlis berkhatan beramai-ramai di Tanjung Bidara Beach Resort di sini, semalam.

Program ini turut mendapat kerjasama Takaful Ikhlas, Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Tanjung Bidara Bidara Beach Resort, kelab motosikal berkuasa tinggi Melaka Bikers; Jabatan Kebajikan Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan dan Ketua Operasi Keluarga Takaful Ikhlas, Rohzan Yusof.

Nasir berkata, program berkhatan itu adalah julung kali diadakan Yayasan Nur Karangkraf.

"Diharap misi membantu masyarakat ini akan tercapai dan berterusan pada masa akan datang bertepatan dengan tema kami iaitu Jom Ceriakan Hidup Mereka.

"Saya yakin bukan sahaja kami, namun golongan terlibat juga gembira dengan penganjuran program ini," katanya.

Menurutnya, pendekatan ini juga adalah langkah memperkenalkan Kumpulan Media Karangkraf dan Sinar Harian dengan lebih meluas di setiap daerah serta negeri.
Pada program ini seramai 25 anak-anak dalam Parlimen Masjid Tanah dikhatankan.

Menariknya, mereka berpeluang menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Tanjung Bidara Beach Resort sehingga ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah.

Sebelum dikhatankan, mereka juga dimandikan beramai-ramai oleh anggota bomba.

Sementara itu, penduduk, Norliza Karim, 31, berkata, ahamdulillah, program itu banyak membantunya, jika diadakan selalu pasti memberi makna besar kepada masyarakat bukan sahaja di sini tetapi di tempat lain juga.

Bagi Marni Sanef, 30, dua anaknya, Mohd Miezan Najmie, 6 dan Mohd Shukri, 9 turut berkhatan semalam.

"Program ini sangat mudah kerana semuanya sudah  diuruskan oleh pihak penganjur," katanya.

Manakala, Mokhtar Abu Bakar, 40, pula berkata, anak-anak zaman ini bertuah kerana diraikan pada program sebegini,

"Sekurang-kurangnya mereka tidak berasa takut kerana ramai kawan yang berkhatan bersama," katanya.

Anak peneroka dicekup

Posted: 02 Dec 2013 05:09 AM PST


  • Anak peneroka dicekup Penagih yang ditahan di tanah rancangan Felda dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.
DUNGUN - Seorang remaja belasan tahun yang baru tamat sekolah menengah berdepan detik hitam apabila terpaksa bermalam di lokap selepas ditahan dalam Ops Cantas khas di Felda Kerteh Enam kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ujian saringan air kencing juga mendapati anak peneroka itu positif methapethamine.

Selain remaja terbabit, seorang buruh ladang berusia 31 tahun turut ditahan dalam serbuan berasingan di sebuah rumah peneroka dekat Felda Kerteh Satu.

Pemeriksaan lanjut dalam poket seluarnya menemui satu botol plastik cerah berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, polis melancarkan operasi khas di kawasan tanah rancangan Felda berikutan menerima maklumat ramai anak peneroka terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Katanya, polis terpaksa memulakan operasi seawal jam 6.30  pagi untuk masuk ke kawasan sasaran bagi mengelak dihidu penagih dan hasilnya sembilan suspek  berjaya ditahan dalam enam serbuan berasingan yang berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

"Lelaki yang disyaki memiliki heroin itu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 31 (A) (1)  Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala yang lainnya, positif methapethamine disiasat mengikut seksyen 15(1) akta yang sama," katanya.

3 kali diserang ular sawa

Posted: 02 Dec 2013 05:03 AM PST



  • 3 kali diserang ular sawa Penduduk Kampung Bukit Perah menunjukkan ular sawa sepanjang hampir tiga meter, semalam.
KELANTAN – Gerak hati seorang pemuda di Kampung Bukit Perah mengesyaki haiwan peliharaannya diserang ternyata benar, apabila mendapati ular sawa cuba membelit ayam di rebannya jam 10 pagi, semalam.

 Ketika itu Mohd Firdaus Che Daud, 22, bersama dua lagi rakannya berada di ruang tamu, terkejut apabila mendengar kokokan ayam tanpa henti.

 Menurutnya, dia memberanikan diri melihat di dalam reban dan mendapati ular sepanjang hampir tiga meter itu cuba menyerang ayam.

 "Disebabkan kedudukan reban dengan rumah agak dekat, maka saya dapat mendengar kokokan ayam dengan jelas namun saya bersyukur kerana ia tidak menyerang adik-beradik yang lain di dalam rumah.

"Saya bersama rakan terus mengambil tali dan mengatur langkah agar ia tidak menyerang ketika kami cuba mengikatnya," katanya.

Firdaus berkata, ini bukan kejadian kali pertama berlaku sebaliknya sudah tiga kali ular menyerang haiwan peliharaan penduduk di sini.

 Anak ke enam dari 10 beradik ini berkata, penduduk kampung menyerahkan haiwan terbabit kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, musim hujan ketika ini menyebabkan haiwan berbisa ini keluar daripada sarang.

Katanya, penduduk di sini sentiasa berhati-hati terutama yang bekerja sebagai penoreh getah, kerana mungkin akan terserempak dengan haiwan berbahaya seperti ini.

Harga emas merosot, pelombong tingkat pengeluaran

Posted: 02 Dec 2013 04:57 AM PST


  • emas
MELBOURNE - Pelombong emas di Australia telah bertindak balas kepada harga yang semakin merosot dengan mengeluarkan lebih banyak logam itu untuk suku kedua berturut-turut.      

Pengeluaran emas naik empat peratus kepada 69.5 tan metrik pada tiga bulan hingga hujung September.
 
Ini adalah satu kenaikan 12 peratus daripada 62 tan metrik pada suku September 2012.
 
Pengeluar emas menyasarkan gred yang lebih tinggi semenjak harga emas merosot awal tahun ini untuk melindungi margin mereka, kata Dr Sandra Close, pengarah syarikat perunding Surbiton Associates, menurut Australian Associated Press.
 
Sepanjang tempoh satu dekad peningkatan harga emas antara 2001 dan 2011, pengeluar emas telah mengurangkan gred bijih mengakibatkan kenaikan kos tunai, kata beliau.
 
Harga emas merosot daripada US$1,580 satu auns kepada US$1,190 pada suku Jun, dan telah kekal pada jajaran sempit semenjak itu.
 
Pelombong emas terbesar Newcrest Mining terjejas terus dengan kerugian berbilion dolar yang mengakibatkan harga sahamnya merosot 65 peratus tahun ini.

Ironi kematian Paul Walker

Posted: 02 Dec 2013 04:55 AM PST



TRAGIS... Keadaan kereta Porsche Carrera GT 2005 yang dipandu oleh rakan Walker yang juga seorang pelumba, Roger Rodas terbakar selepas merempuh sebatang pokok. Walker dan Rodas mati di tempat kejadian.


BULAN Disember menjengah dengan membawakan kisah sedih kepada penggemar siri filem perlumbaan kereta jalanan Fast & Furious apabila pelakon utamanya, Paul Walker menemui ajal dalam satu kecelakaan jalan raya di California, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Ironinya, pelakon yang sinonim dengan watak yang memperlihatkan dirinya sebagai ikon lumba kereta ini sememangnya pakar dalam bidang perlumbaan automotif dan pernah menyertai beberapa perlumbaan di AS.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal berita CNN, pegawai pengantara Walker, Ame van Iden mengesahkan kejadian tersebut melalui laman sosial Facebook dan Twitter milik aktor berkenaan.
Menerusi kemas kini status tersebut, dia menjelaskan: "Kami dengan berat hati mengesahkan bahawa Paul Walker telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya hari ini. Ketika itu, dia dalam perjalanan menghadiri satu acara untuk badan amalnya, Reach Out Worldwide.
"Dia menumpang kereta seorang rakan, mereka terkorban dalam tragedi tersebut."

PAUL WALKER meninggal dunia pada usia 40 tahun. Satu ironi apabila pelumba kereta dan pemegang watak pemandu kereta lumba ini menemui ajal kerana pemanduan melebihi had laju.


Jurucakap itu yang juga dikenali sebagai Pasukan PW menyatakan bahawa mereka terkejut dan amat sedih dengan berita tragis itu.
Walker, 40, mati di tempat kejadian apabila kereta jenis Porsche Carrera GT 2005 yang dipandu oleh rakannya yang juga seorang pelumba kereta, Roger Rodas terbakar selepas merempuh sebatang pokok.
Pegawai Polis dari Pejabat Syerif Daerah di Los Angeles, Brian Allen, berkata, kemalangan tragik itu berpunca daripada pemanduan yang melebihi had laju.
Seiring dengan watak Brian O'Conner menerusi francais filem Fast & Furious, Walker yang juga merupakan peminat tegar kereta-kereta berkelajuan tinggi pernah menyertai beberapa pertandingan perlumbaan kereta termasuklah Redline Time Attack.
Dia juga pernah berlumba dengan Roger menerusi siri pertandingan Pirelli World Challenge. Selain itu, aktor tersebut turut memiliki beberapa kereta lumba termasuklah Nissan Skyline R34 GT-R V-Spec II yang digunakan oleh Brian dalam 2 Fast 2 Furious.
Legasi pecah panggung
Watak Brian yang cukup sebati dengan dirinya menerusi siri filem Fast & Furious sangat meninggalkan kesan dalam hati dan minda para penonton. Masakan tidak, Walker sendiri mengakui sering disapa sebagai Brian ketika berjumpa dengan para peminat.
Mungkin kisah seorang polis yang mengambil keputusan untuk membanteras penjenayah menjadikan watak tersebut digilai peminat, terutamanya golongan wanita.
"Saya sering disapa begitu. Orang mengenali saya sebagai watak Brian lebih ramai daripada orang mengenali Paul Walker.
"Bila orang menyapa 'Hi Paul Walker!' bulu roma saya seakan-akan meremang. Namun, bila ada yang memanggil saya Brian, saya seperti tidak kisah. Saya suka dengan nama Brian," ujarnya dalam satu temu bual akhir ketika menjalani penggambaran Fast & Furious 7 yang dijangka berada di pawagam pada 2014 di Atlanta akhir bulan lalu.

MULA bersama francais filem The Fast and the Furious sejak tahun 2001, Walker yang memegang watak Brian akan muncul buat kali terakhir menerusi edisi ketujuh filem itu, Fast & Furious 7 pada tahun depan.


Watak berat dalam Hours
Pelakon berketuruan Irish-Jerman ini juga bakal muncul dengan filem berjudul Hours, antara filem terakhir lakonannya sebelum menemui ajal.
Dalam filem tersebut, Walker yang pernah terbang ke Haiti untuk membantu mangsa gempa bumi di sana, memegang watak Nolan, seorang bapa yang berusaha untuk menyelamatkan anak perempuannya yang baru lahir daripada ancaman bencana Taufan Katrina.
Menurutnya lagi, watak tersebut merupakan watak paling berat dan mencabar yang pernah dibawa sepanjang penglibatannya sebagai pelakon.
"Apa sahaja yang saya dapat di dalam jiwa, tidak dibeza-bezakan. Jika anda betul-betul hidup dengan watak dalam sesebuah filem itu, ia sama sahaja seperti anda hidup di kehidupan sebenar.
"Kejayaan saya dalam filem adalah kejayaan saya dalam dunia sebenar. Jika saya berjaya, saya berasa bangga kerana saya belajar sesuatu yang baharu dalam kerjaya saya. Sejujurnya, kita akan menjadi lebih cekal jika terus diuji," ujarnya ketika berbicara tentang watak tersebut.
Walaupun nama Paul Walker mula melonjak naik selepas dia membintangi The Fast and the Furious pada tahun 2001, namun pada awal pembabitannya dalam bidang lakonan, dia pernah membintangi beberapa drama bersiri termasuklah Throb dan The Young and the Restless.
Selepas mula dikenali, dia kemudiannya mendapat tawaran untuk membintangi filem-filem berbajet besar seperti Eight Bellow, Into The Blue dan Takers.

Elemen kejutan penuh impak

Posted: 02 Dec 2013 04:54 AM PST


ROSNAN wajar dipuji kerana menampilkan lakonan yang mantap sebagai Anak Raja Gondang.


ADA debaran jantung yang tiba-tiba menggila saat teater Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang (MKARG) dipersembahkan pada malam prebiu di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Terbuai dalam sentimen ritual, tari dan drama, makyung kali ini dipersembahkan dengan cara lebih moden. Namun begitu, elemen tradisional masih melatari persembahan MKARG yang dibintangi oleh pengiat teater tersohor, Rosnan Rahman bersama dua aktres hebat Datin Sofea Jane dan Vanida Imran.
Pengarah pementasan itu, Fatimah Abdullah, menyuntik kelainan apabila menjadikan MKARG sebuah teater moden supaya ia menjadi tarikan kepada penonton khususnya golongan muda.
Tidak hanya dimodenkan, Fatimah juga menyelitkan unsur-unsur kejutan dalam teater yang berlangsung selama tiga jam itu.
"Unsur-unsur tradisonal itu saya tidak tinggalkan. Dan saya juga tidak menjadikan teater ini terlalu moden dan menjolok mata. Masih boleh diterima oleh pengiat seni tempatan.
"Mengenai unsur-unsur kejutan pula, sengaja saya selitkan seperti yang diinginkan oleh Rosnan dalam teater ini. Secara keseluruhan saya cukup berpuas hati dengan persembahan setiap pelakon pada malam ini.
"Cuma dari segi masa, mungkin saya akan pendekkan dan perbaiki beberapa bahagian. Memang teater MKARG ini sepatutnya berlangsung selama dua jam. Namun, disebabkan ada beberapa bahagian muzik dan tarian yang panjang ia meleret sehingga tiga jam," tutur Fatimah yang mendedahkan bakal bersara daripada pengarahan teater makyung selepas ini dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pelapis baharu.
Derai tawa
Pentas panggung teater MKARG dimulakan tepat pada pukul 9 malam Jumaat lalu dengan alunan muzik dan tarian mengadap rebab oleh Rosnan yang membawa peranan sebagai Anak Raja Gondang.
Suasana yang asyik itu tiba-tiba bertukar menjadi derai tawa apabila Sabri Yunus muncul di atas pentas.
Lakonan yang tidak perlu dipertikaikan, dialog-dialog improvisasi (secara tiba-tiba) yang dilontarkan Sabri juga cukup melucukan. Sehinggakan ada bait-bait dialog yang tidak difahami Rosnan yang berasal dari Kedah itu.
"Sabri memang suka buat kejutan. Memang gementar juga bila ada dialog Sabri yang saya tidak faham tetapi saya cuba serasikan dan meneruskan lakonan di atas pentas," ujar Rosnan pula.
Kisah Anak Raja Gondang diteruskan apabila baginda meminta kebenaran ayahanda dan bondanya untuk mengembara ke negara orang.
Sebelum mengembara, baginda berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera mengenai petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana.
DALAM pengembaraannya, Anak Raja Gondang jatuh cinta dengan Puteri Bongsu.


Kata baginda, jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar, dia dalam kesenangan.
Maka, selepas itu bermulalah pengembaran Anak Raja Gondang dengan identiti yang terselindung. Baginda kemudiannya bertemu dengan tujuh orang puteri dan akhirnya telah jatuh cinta dengan Puteri Bongsu, lakonan Vanida Imran.
Malangnya, cinta kedua-duanya tidak direstui keluarga kerana Puteri Bongsu ingin dijodohkan dengan anak raja negeri lain. Akibatnya, Anak Raja Gondang yang tidak diketahui identiti itu ditangkap dan dipasung.
Kemunculan pelakon Vanida dan Sofea Jane sebagai Puteri Bongsu dan Puteri Sulung memang ditunggu-tunggu oleh para penonton.
Sikap cemburu Puteri Sulung terhadap Puteri Bongsu membuatkan penonton tertarik untuk mengetahui kesudahan hubungan Puteri Bongsu dengan Anak Raja Gondang.
Berkongsi persembahan pertamanya, Vanida menganggap teater tersebut paling mencabar pernah dipentaskannya.
"Selama saya berlakon teater, inilah pementasan paling mencabar yang pernah saya buat. Bagaimanapun, saya bersyukur mempunyai ramai guru yang mengajar dan membimbing saya terutama memantapkan dialek Kelantan dalam teater ini," jelasnya.
Sementara itu, menurut Sofea pula, dia berasa sangat teruja menjadi sebahagian dalam teater makyung.
Begitupun, dia menganggap dirinya budak baru belajar ketika menyertai teater makyung itu.
Penggunaan kostum dan prop yang cantik juga membantu memantapkan persembahan teater MKARG.
Malangnya, penggunaan dialek Kelantan menyukarkan penonton yang tidak memahami loghat negeri tersebut.
Sari kata dalam bahasa Melayu atau Inggeris patut disediakan bagi memudahkan pemahaman penonton luar.
Teater itu membariskan pelakon terkenal tanah air yang terdiri daripada Rosnan Rahman, Vanida Imran, Datin Sofea Jane, Sabri Yunus dan Isey Fazlisham.
Pementasan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur itu bermula pada 29 November lalu dan bakal berakhir hari ini .

Henti kaitkan saya dengan Shila Amzah - Sharnaaz

Posted: 02 Dec 2013 04:53 AM PST

PELAKONberkarakter ini sanggup menaikkan berat badannya daripada 70kg kepada 84kg demi menjayakan watak lakonannya sebagai Jebat dalam drama Bukan Kerana AkuTak Cinta.


EKORAN fitnah yang diterima bertubi-tubi tanpa henti, pelakon Sharnaaz Ahmad, 26, telah membuat keputusan nekad untuk bersara daripada dunia hiburan dan meneruskan kehidupan dengan pekerjaannya sebelum ini.
Tindakannya itu kata Sharnaaz dibuat demi membahagiakan individu lain yang enggan melihatnya berada di pentas seni, selain ingin menjaga hati keluarganya daripada terus dilukai.
Kesempatan bertemu pelakon itu sempena majlis pelancaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingannya bersama pelakon jelita, Nelydia Senrose di Hotel Best Western Premier, Kuala Lumpur baru-baru ini, Kosmo! segera mendapatkan kepastian lanjut mengenai hal tersebut.
Sharnaaz turut mengulas perkembangan kisah bekas kekasihnya, Shila Amzah yang telah berpisah dengan Johan As'ari baru-baru ini. Ikuti sedutan temu bual tersebut.
Kosmo!: Keputusan Sharnaaz untuk bersara daripada dunia seni mengejutkan ramai. Adakah anda terkilan dengan tindakan itu memandangkan anda masih muda dan hijau dalam industri dan berbakat besar?
SHARNAAZ: Saya sangat terkilan sebab saya sangat sayangkan karier lakonan saya. Ada juga beberapa pengarah dan produser yang memujuk saya tapi saya sudah tidak mampu bertahan dengan fitnah dan cacian tanpa henti. Selama ini saya berdiam diri tapi sudah sampai masanya untuk saya bertindak bagi menggembirakan hati pihak yang mahu saya berundur.
Apabila membuat keputusan itu, apakah reaksi pihak yang selama ini sering melemparkan kata-kata negatif terhadap anda?
Saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Selama ini, saya duduk diam pun tetap kena hentam. Namun, selepas saya memberitahu akan berundur pun tetap saya kena maki.
Apakah reaksi keluarga anda apabila mengumumkan untuk bersara?
Mereka menyokong tindakan saya dan mereka mengenali saya sejak daripada kecil. Malah, saya tidak pernah berbohong dengan kedua-dua ibu bapa saya. Asalkan jangan sentuh (libatkan) keluarga saya, itu sudah memadai. Cukuplah mengutuk saya seorang. Saya tidak mahu mulakan perang!
SHARNAAZ sudah nekad untuk bersara daripada berlakon.


Adakah drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta adalah lakonan terakhir anda?
Saya masih dalam perbincangan dengan produksi drama bersiri Cinta Ramadan yang sepatutnya membabitkan saya bersama Elfaeza Ul-Haq. Saya telah berjanji untuk terbabit dalam penggambaran siri terbaharu drama itu, biarpun mereka tidak memaksa tapi rasa kurang manis pula kalau saya tidak tepati janji saya. Keputusan ini pun perlu dibincangkan bersama keluarga saya, kalau mereka tidak bersetuju pun susah juga nanti. Ikutkan hati memang nak bersara.
Adakah anda sudah mempunyai perancangan lanjut sekiranya bersara daripada dunia seni kelak?
Saya akan kembali semula bekerja dalam bidang hartanah atau industri minyak dan gas. Saya juga sedang berjinak-jinak dalam bidang sukan permotoran dan insya-Allah akan menyertai Malaysian Super Sport Motor Series tahun depan. Sekarang masih dalam proses pembelajaran sejak bulan Ogos lalu. Alhamdulillah dari segi teori, kelajuan dan kedudukan badan sudah boleh kuasai sedikit sebanyak.
Mengejutkan umum apabila hubungan mesra Johan As'ari dan Shila Amzah putus di tengah jalan setelah Johan mengambil keputusan bakal berkahwin dengan Lana Nodin. Apakah komen anda?
Saya tidak tahu, tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa, mungkin hari ini hari dia, esok lusa mungkin hari saya. Jodoh itu Tuhan tentukan. Saya tiada masalah dengan Johan, sebelum ini pun saya pernah mengucapkan good luck untuk filem terbaharunya, Balada Pencinta.
Melalui Twitter anda kelmarin, anda dilihat begitu marah dengan menulis kata-kata yang kurang enak seperti mahu memukul orang yang masih mengaitkan anda dengan kes Johan-Lana-Shila. Apa komen anda?
Memang saya yang menulis kenyataan tersebut. Tentang pernyataan berbunyi 'Hammer boleh berbicara', itu bukan bermaksud saya nak pergi pukul orang dengan tukul besi, sebaliknya ia adalah metafora kemarahan saya kepada orang yang asyik mengaitkan saya dengan 'cinta' mereka. Sebenarnya, saya tak marah pada Shila atau Johan, sebaliknya kepada pihak yang cuba menjodohkan saya kembali dengan Shila. Saya mohon kepada semua, beri saya peluang untuk mencari kebahagiaan sendiri dan henti kaitkan saya dengan Shila.

Peluang kedua Shahmeen Shah

Posted: 02 Dec 2013 04:41 AM PST

SHAHMEEN tidak malu untuk mengakui yang dia sering ditemani ibunya setiap kali datang ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru untuk sesi uji bakat.


BIARPUN tidak berjaya ke peringkat final program realiti nyanyian 8TV, One In A Million (OIAM) musim pertama (2006), pendatang baharu Shahmeen Shah, 23, tidak putus semangat.
Shahmeen kemudiannya mencuba nasib ke uji bakat program realiti terbitan TV3, Mentor musim kelima (2011) pula. Namun, nasib sekali lagi tidak menyebelahinya apabila tidak terpilih menjadi protege Afdlin Shauki.
Bagaimanapun, Afdlin menawarkan sesuatu yang lebih berharga kepada Shahmeen iaitu bernaung di bawah syarikatnya.
"Selepas OIAM, saya cuba nasib dengan menyertai program Mentor. Saya tidak terpilih untuk jadi protege Afdlin tetapi dia beri saya harapan dan peluang kedua untuk menjadi penyanyi di bawah syarikatnya, Vision Works.
"Saya sangat bersyukur kerana Afdlin merealisasikan impian saya untuk bergelar penyanyi," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan klip video pertamanya berjudul Abadi yang turut dijadikan lagu tema filem Papadom 2 di Red Box, Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkat sokongan dan doa daripada ibunya juga menjadi pendorong buat Shahmeen untuk tidak berputus asa biarpun perlu mengambil masa selama tujuh tahun dan acapkali berulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Tidak sekadar sokongan, tutur Shahmeen, ibunya juga sentiasa menemaninya setiap kali ke Kuala Lumpur untuk menyertai uji bakat.
"Menyanyi adalah minat saya. Ibu banyak mendorong saya supaya tidak putus asa. Dia juga sentiasa sudi menemani saya ke Kuala Lumpur termasuk hari ini ke pelancaran single dan muzik terbaharu saya, Abadi," ungkapnya mengenai lagu ciptaan Azman Abu Hassan dan Johana Johari itu.
Bicara Shahmeen lanjut, klip video untuk single sulungnya itu pula telah diarahkan oleh Esham Shahlin yang turut menampilkan selebriti popular.
Antaranya ialah pengarah Aziz M. Osman, Sharifah Amani, Faizal Hussein, Dina Nadzir dan Raja Ilya.
Selain itu, klip video ini juga menampilkan pelakon utama filem Papadom 2, Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay.
"Saya anggap cabaran pada diri kerana dapat bekerja dengan nama-nama besar dalam industri termasuk Afdlin. Saya juga teruja kerana single sulung saya keluar serentak dengan klip video," luahnya yang memperjuangkan muzik R&B dan Soul itu.
Bercerita mengenai perjalanan kariernya selepas ini, kata Shahmeen, banyak perancangan yang telah diaturkan Afdlin untuknya menapak dalam bidang muzik.
Papadom 2 bakal ditayangkan diseluruh pawagam pada 12 Disember ini. Selain Afdlin dan Liyana Jasmay, turut berlakon ialah Rahman, Johan (Raja Lawak) dan Hans Isaac.

Ahmad Ammar pemuda luar biasa

Posted: 02 Dec 2013 04:39 AM PST




KETENANGAN di bumi Turki pada hari itu sama seperti hari-hari yang sebelumnya. Penduduk setempat sibuk dengan rutin seharian manakala mereka yang memandu di kawasan berbukit di sekitar Istanbul begitu berhati-hati.
Namun, pada pagi dua hari sebelum sambutan Awal Muharram itu merupakan hari yang cukup istimewa kepada seorang anak muda kelahiran Kuala Lumpur, Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20. Ia menjadi titik permulaan dalam hidupnya kerana bakal mengajar pelajar-pelajar baharu mengenai risalah An-Nur di sebuah madrasah.
Dia begitu berhati-hati menuruni bas yang dinaiki dari madrasahnya di Mobilyacilar sambil mendengar alunan muzik seruling Ney, instrumen yang menjadi kegemaran Jalaluddin Ar-Rumi. Jalaluddin atau lebih dikenali sebagai Rumi merupakan penyair tersohor dari Parsi yang banyak mempengaruhi penulisan dan budaya masyarakat Islam.
Ketika cuba melintas di satu persimpangan jalan, langkahnya terhenti. Tubuhnya seakan-akan hilang imbangan lalu dia terjatuh. Pada saat itu jugalah sebuah van ambulans yang datang dari belakang merempuh tubuhnya. Dia terkulai di tepi jalan, namun digagahkan juga berdiri meminta bantuan daripada pemandu van ambulans yang melanggarnya.
Namun, sudah tertulis di Luh Mahfuz, hayat siswa Universiti Marmara, Istanbul, Turki itu dipinjamkan sehingga 2 November 2013. "Pelbagai versi yang saya dengar tentang kemalangan itu. Apa pun, Allah telah menyusun perjalanan hidup Ahmad Ammar. Memang sedih tetapi saya reda dengan ketentuan-Nya," luah ibu arwah Ahmad Ammar, Nur Azlina Abdul Aziz ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Hari ini masuk sebulan pemergian anak keempat daripada lima beradik itu.
Kenangan manis
Menurut laporan bedah siasat, Ahmad Ammar mengalami kecederaan teruk pada organ dalaman yang mengakibatkan dua tulang rusuknya patah. Apa yang mengejutkan Nur Azlina ialah tiada kesan darah ditemui pada tubuh Ahmad Ammar.
Namun, kenangan bersama Ahmad Ammar, terus mekar di dalam hati Nur Azlina.
"Saya tidak pernah berasa kehilangan Ahmad Ammar kerana dia sentiasa bersama saya. Jika dahulu, dia berada jauh di negara orang tetapi kini dia seperti sentiasa berada di sisi saya, setiap masa," katanya.
Penghormatan tertinggi. Jenazah Ahmad Ammar disemadikan di tanah perkuburan sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub al-Ansari.


Kisah Ahmad Ammar tiba-tiba menjadi bualan di laman-laman sosial, sehinggakan pemergiannya diangkat setinggi pemimpin agung Islam dan ditempatkan bersama sahabat-sahabat nabi di Eyub Sultan, Turki. Di pinggir Konstantinople itu letaknya makam Saidina Abu Ayub al-Ansari iaitu sahabat rapat Rasulullah yang meninggal dunia ketika menyertai kempen perang jihad fisabillah tahun 674 Masihi.
"Anak saya seperti remaja-remaja lain, cuma beza Ahmad Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali, berapa kali saya meninggikan suara atau jika pernah terdetik perasaan marah kepadanya.
"Baru saya tersedar, tidak pernah sekali saya melakukan semua itu kepadanya. Dia anak yang mudah dijaga dan tidak pernah merungut," cerita Nur Azlina yang aktif dalam badan kebajikan amal.
Ibu kepada lima anak itu menambah, Ahmad Ammar seorang yang pendiam dan hanya bercakap apabila perlu saja sama ada bersama teman atau ahli keluarganya.
Sehinggakan kata Nur Azlina, guru sekolahnya pernah menelefon beliau semata-mata mahu memberitahu Ahmad Ammar tergelak di dalam kelas. Masa kecilnya, ujar Nur Azlina, dahi arwah sudah mempunyai garis-garis halus. Optimis wanita itu, anaknya mungkin berfikir tentang umat Islam di seluruh dunia.
Satu perkara yang mengagumkan tentang ibu bapa Ahmad Ammar ialah tiada riak kesedihan pada wajah mereka. Sebaliknya, terpancar ketabahan dan keredaan kedua-duanya baik kepada Nur Azlina dan suami, Ahmad Azam Abdul Rahman dalam setiap gerak geri dan butir bicara mereka. Sebagai ibu, bohonglah jika Nur Azlina tidak terkesan dengan pemergian Ahmad Ammar. Namun, beliau melihatnya dari sudut yang positif.
"Perasaan sedih itu bertukar syukur kerana peribadi dan sumbangan Ammar selama hayatnya membawa perubahan positif dalam dirinya," kata mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu.
Minat arwah dalam sejarah tamadun Islam dunia membawanya ke Turki untuk mendalami ilmu-ilmu Daulah Uthmaniyyah. Arwah terdorong daripada wawasan bapanya yang menjadikan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai rujukan dalam hidup.
Percaturan Allah
Menurut Nur Azlina, beliau pernah bergurau dengan Ahmad Ammar dengan mengatakan Sultan Muhammad al-Fatih berjaya membina empayar Uthmaniyyah yang bertahan selama 600 tahun pada usia 21 tahun. Maka, Ahmad Ammar ada setahun lagi untuk menyumbang sesuatu kepada umat Islam.
Rupa-rupanya, pemergian arwah itulah yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat Islam.

AHMAD AMMAR (dua dari kanan) merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010 di Maktab Tentera Diraja.


Sebagai bapa, Ahmad Azam menerima pemergian arwah anaknya sebagai satu percaturan yang telah ditetapkan Allah.
"Sebenarnya, saya sedang dalam pembinaan pejabat rasmi di Turki. Jarak antara Eyub Sultan dan pejabat itu hanya 10 minit perjalanan. Bolehlah saya melawatnya selalu di sana," katanya memasang impian.
Sementara itu, salah seorang sahabat karib arwah Ahmad Ammar, Muhammad Huzaifi Ali, 20, seboleh-bolehnya mahu memadamkan memori yang tercatat pada 2 November lalu.
Panggilan telefon dan mesej daripada rakan-rakan yang memaklumkan berita pemergian Ahmad Ammar merengut jantungnya.
'Adik dah meninggal'. Ayat pendek itu membuatkannya tergamam apatah lagi sahabatnya itu berkelana di perantauan untuk menimba ilmu.
"Kehilangan seorang rakan karib yang mesra dipanggil adik itu sangat terkesan di hati saya, namun saya bersyukur kerana arwah mendapat pengiktirafan tinggi daripada kerajaan Turki apabila jenazahnya dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul, Turki," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Memori singkat bersama arwah sewaktu sahabatnya itu pulang bercuti ke tanah air dua bulan lalu menerjah ke kotak fikiran Huzaifi. Dalam kesibukan memenuhi tugas sebagai seorang jurugambar, dia masih sempat bertemu Ahmad Ammar.
Arwah yang juga rakan sekolah ketika mereka menuntut di Sekolah Rendah Islam Al-Huda di Gombak, Selangor mencadangkan kepada Huzaifi supaya membuat satu sesi penggambaran korporat dengan menjadikan bapanya, Ahmad Azam sebagai model.
Catatan rakan karib
"Itu adalah pertemuan terakhir saya bersama arwah dan bapanya," ujar graduan Diploma Fotografi Universiti Teknologi Mara itu.
Antara pesanan arwah yang cukup berbekas di hati Huzaifi ialah supaya dia tidak terlalu bebas berkarya, sebaliknya memanfaatkannya kepada jalan dakwah.
Menerusi sebuah laman peminat di Facebook, Tribute Ahmad Ammar Ahmad Azam yang diwujudkan, terdapat satu catatan yang ditulis oleh seorang rakan karib arwah ketika menuntut di Universiti Marmara, Turki iaitu Muhammad Ahmad Zahid, 20.

RIBUAN rakyat Turki mengiringi jenazah Ahmad Ammar ke tanah perkuburan.


Anak muda ini merupakan individu yang bertanggungjawab mengalunkan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali ketika jenazah Ahmad Ammar diditurunkan ke liang lahad di tanah perkuburan Eyub Sultan, Istanbul.
Menerusi video berdurasi selama kira-kira 24 minit yang dimuat naik ke laman YouTube berjudul GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013), kelihatan seorang anak muda berkemeja T merah memegang mikrofon membaca surah tersebut.
Tindakannya itu hanya semata-mata mahu melaksanakan amanah arwah yang ketika hayatnya pernah secara berseloroh meminta Muhammad berbuat demikian jika sampai waktunya beliau menghadap Ilahi.
"Pada mulanya, beliau meminta saya mengaji pada majlis perkahwinannya pada masa akan datang. Selepas itu, arwah meminta saya mengaji, sekurang-kurangnya surah al-Ikhlas selepas dia meninggal dunia," katanya yang menggelar arwah dengan panggilan Abang Long.

Serangga alternatif ganti daging

Posted: 02 Dec 2013 04:38 AM PST



PELAJAR Lormans memasak belalang bersama kicap semasa bengkel memasak serangga di Sittard, Belanda.


SEKUMPULAN pelajar kelas masakan yang dikendalikan Cecile Lormans memerhatikannya melakukan langkah akhir menyediakan satu hidangan eksotik. Dia menggoreng belalang di dalam kuali panas sebelum meletakkannya ke dalam periuk kukusan.
Dalam usaha mereka mencari alternatif mesra alam bagi menggantikan daging, Richard, 41, Mariet, 53, dan Seppo, 43, melihat serangga sebagai alternatif terbaik sebagai pengganti.
Mereka bergantung kepada Lormans untuk menunjukkan cara-cara mengukus, memasak burger dan baklava menggunakan cacing, belalang atau serangga lain sebagai bahan utama masakan.
Satu penyelesaian
"Tujuannya adalah untuk mencari alternatif bagi menggantikan daging. Tidak semestinya menggantikannya, tetapi mengurangkannya.
"Lebih mudah jika ada seseorang yang mengajar anda," kata Mariet ketika ditemui di dapur Lormans di Sittard, tenggara Belanda. Beliau telah membayar RM216 untuk kursus masakan tersebut.
Richard pula tersenyum sambil mengakui bahawa serangga menawarkan satu penyelesaian sempurna bagi seorang karnivor dan herbivor.
"Saya mahu hidup dengan cara sihat, tetapi menjadi seorang vegetarian sedikit sukar bagi saya," katanya yang berpeluang merasa labah-labah semasa melancong ke Asia Tenggara.
Secara kebetulan, industri daging sedang dilanda masalah dengan isu penglabelan daging dan kesan alam sekitar terhadap peningkatan makanan haiwan. Serangga yang tinggi protein dan rendah lemak dilihat sebagai alternatif yang menguntungkan.
LORMANS dan pelajarnya melihat bebola daging yang diadun bersama serangga untuk dijadikan burger.


Menurut satu kajian yang dilakukan Jabatan Serangga Universiti Wageningen di Belanda, lebih sepuluh kali ganda sumber makanan diperlukan bagi membesarkan haiwan seperti lembu berbanding serangga.
Budaya makan serangga masih belum dapat diterima oleh kebanyakan masyarakat Eropah walaupun terdapat lebih kurang dua bilion orang di seluruh dunia mengamalkan diet tersebut.
Kebanyakan rakyat Eropah masih enggan makan seekor serangga walaupun dalam keadaan kering, bersih dan bebas penyakit.
"Terus terang, saya tidak paham mengapa mereka begitu jijik dengan serangga.
"Secara jujurnya, saya tahu apa yang saya lebih suka jika saya terpaksa memilih antara serangga atau makanan laut seperti tiram dan kerang," ujar Seppo sambil menaburkan belalang ke dalam hidangannya.
Sementara itu, Mariet mencampurkan cacing dan daging cincang untuk membuat burger.
Pengasas perniagaan serangga borong, Arno Snellens berkata, serangga sejuk beku boleh disimpan sehingga setahun.
"Serangga adalah alternatif pada masa dapan, kami tidak boleh terus menghasilkan daging dalam skala itu.
"Ia memerlukan masa bagi mengubah mentaliti mereka," katanya sambil memberitahu syarikatnya memperoleh keuntungan berganda setiap enam bulan.
Buku masakan
Jualan serangga masih rendah di Belanda berbanding daging, tetapi bagi Marcel Dicke, pakar entomologi di Universiti Wageningen menegaskan perubahan sedang berlaku.
Katanya, serangga secara perlahan mendapat tempat dalam hidangan, ia bermula daripada buku masakan kepada peningkatan bekalan dan permintaan.
"Jika 15 tahun lalu masyarakat akan bertanya 'Apa? Serangga? Benarkah?', tetapi hari ni mereka berkata, 'Oh, ya! Di mana saya boleh mendapatkannya?'
"Sudah tentu ia memerlukan masa bagi mengubah mentaliti seseorang. Satu hari nanti mereka akan berubah dan saya rasa ia satu perkembangan positif bagi budaya ini jika ada yang ingin mempelajari cara menyediakannya," ujar Dicke.
ULAT, kumbangdan belalang merupakan antara ramuan penting yang digunakan di kelas masakan kendalian Lormans.


Peniaga serangga, Meerteens menjual hanya dua hingga tiga peratus daripada pengeluaran serangga miliknya untuk kegunaan manusia. Selebihnya adalah untuk makanan haiwan.
Bagaimanapun, jumlah pengeluaran bagi kegunaan manusia semakin meningkat sejak lima tahun lalu.
Masalah utama adalah kos pasaran kerana hasil pengeluarannya terlalu kecil dan tidak mampu untuk membawa keuntungan seperti hasil penjualan daging.
Arno menjual 30 gram belalang sejuk beku pada harga RM54, manakala 50 gram cacing pada harga RM36.70.
Sementara itu, tiga orang chef baharu bagi hidangan serangga itu teruja dengan hidangan contoh yang baru yang mereka sediakan.
"Rasanya seperti kacang hazel," kata Seppo ketika menggigit burger yang disediakannya.
"Sementara Richards berkata, rasa hidangan ini tidak pernah saya rasa sebelum ini, tetapi ia sedap dan rangup.

Penyelesaian isu ketagihan

Posted: 02 Dec 2013 04:37 AM PST


PENGLIBATAN kes ketagihan membabitkan golongan remaja di Malaysia semakin ketara kebelakangan ini.


APABILA memperkatakan mengenai penagihan sering kali ia dikaitkan dengan penagihan dadah yang sejak dahulu ia diberi perhatian serius oleh kerajaan.
Hakikatnya masyarakat hari ini bukan sahaja berhadapan dengan penagihan dadah malah pelbagai lagi bentuk ketagihan yang mengundang permasalahan serius sekiranya tidak diatasi.
Antaranya penagihan rokok, alkohol, judi, permainan di dalam komputer, internet malah terkini masalah ketagihan makanan hingga membawa kepada obesiti dan penyakit lain.
Mengambil contoh kes terbaharu melibatkan seorang pemuda di Pulau Pinang yang meninggal dunia dipercayai ketagih bermain permainan di dalam talian (internet).
Dia dikatakan menghadap internet secara berterusan selama 15 jam setiap hari.
Ketagihan internet ini mengundang kesan kepada ketahanan seperti akibat penyalahgunaan dadah. Seseorang yang ketagih internet dikatakan perlu berasa kekal secara dalam talian untuk mencapai keseronokan yang diinginkan dan kalau tidak akan mengalami perasaan murung, cemas dan bimbang.
Begitu juga penagihan umum seperti rokok yang diketahui kesannya boleh membawa kepada penyakit barah hati dan jantung, judi yang membawa banyak masalah sosial seperti keruntuhan institusi kekeluargaan serta masalah hutang yang menyebabkan ada yang meminjam dengan ah long.
Penyakit ketagihan ini menjadi kebimbangan ramai pihak apabila ia semakin meningkat setiap tahun. Menurut Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari pengambilan dadah jenis baharu seperti syabu serta ketagihan internet adalah antara masalah ketagihan yang sangat ketara peningkatannya terutama golongan remaja.
Beliau berkata, kesan pengambilan dadah jenis syabu itu boleh dilihat di mana-mana hospital di seluruh negara apabila semakin ramai yang cuba mendapatkan rawatan akibat gangguan halusinasi sehingga menyebabkan mereka yang terlibat boleh bertindak agresif dan ganas.
Apabila fikiran mereka yang mengambil dadah tidak boleh dikawal lagi, keluarga biasanya akan membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kebiasaannya ujian air kencing akan positif dadah jenis syabu, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Masalah pengambilan syabu adalah cabaran yang bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia malah negara-negara Asia Pasifik lain berikutan masih tercari-cari kaedah yang berkesan untuk merawatnya.
Dr. Muhammad Muhsin berkata, penagihan internet terutama di negara-negara Asia termasuk Malaysia menunjukkan peningkatan kesan daripada kejutan teknologi itu.

MALAYSIA perlu mempunyai tempat bagi merawat mereka yang berhadapan masalah ketagihan internet.


Penyelidikan
Negara-negara seperti China, Taiwan dan Korea telah membuat banyak penyelidikan mengenai kesan penagihan internet ke atas rakyat mereka. "Di Korea, klinik penagihan internet diadakan kerana peningkatan pesakit yang berhadapan masalah itu. "Masalah ketagihan internet membawa kesan besar termasuk melibatkan perjudian di internet, penipuan dan masalah penyalahgunaan sosial media yang boleh membawa mudarat hingga ada yang maut dan bunuh diri," katanya.
Malaysia juga, katanya, perlu mengambil langkah seperti Korea dalam menangani ketagihan internet agar ia tidak terus meningkat dan perlu mempunyai tempat yang khusus bagi merawat mereka yang berhadapan dengan masalah ketagihan itu.
Atas dasar peka kepada isu ketagihan ini, lebih 600 pakar yang khusus dalam bidang ketagihan seluruh dunia telah berbincang bersama dalam Persidangan Tahunan Antarabangsa Perubatan Ketagihan (ISAM) kali ke-15 di ibu negara selama tiga hari mulai 21 November lalu.
Dr. Muhammad Muhsin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola persidangan itu berkata, perbincangan tersebut meliputi perkembangan otak semasa penagihan yang dilakukan secara saintifik bagi membantu memberi rawatan yang berkesan kepada penagih.
"Ini termasuk perubahan, transformasi daripada pendekatan menangani penagihan seperti penagihan dadah yang dahulunya hanya melibatkan dari segi sosial dan undang-undang, kini dipertingkatkan lagi melalui rawatan perubatan," katanya.
Jika dahulu impaknya kurang berkesan, namun penyelidikan yang dibuat di seluruh dunia mendapati pendekatan perubatan mempunyai peranannya dalam mengatasi penagihan itu.
Antaranya, ketagihan heroin dengan pengambilan methadone, penagihan rokok melalui verenicline dan nicorrette gum, ketagihan alkohol boleh diatasi dengan pengambilan ubat naltrexone dan diazepam.
"Negara kita telah bergerak ke arah rawatan perubatan seperti negara-negara yang berkenaan dalam mengurangkan kemudaratan akibat ketagihan ini.
"Kesan ketara yang boleh kita lihat sejak pengambilan methadone bagi menangani penagihan dadah heroin ialah penurunan HIV dalam kalangan penagih daripada 70 peratus kepada 25 peratus sahaja," katanya.
Sebanyak 200 kertas kerja telah dibentangkan pada persidangan yang julung kali diadakan di Asia melibatkan lebih 40 negara.
Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar di Pusat Persidangan Telekom Malaysia, Kuala Lumpur.

Sasar pasaran global

Posted: 02 Dec 2013 04:34 AM PST



BERBEKALKAN segunung harapan dan selautan usaha, Mohd. Fahmi Mohammad Fabilah nekad menubuhkan Abstrax. Perkembangan fesyen jalanan dalam kalangan remaja tempatan sejak lima tahun lalu dijadikan inspirasi. Cubaan Mohd. Fahmi, 31, menjadi dan membuahkan sedikit demi sedikit kejayaan.
Selaku pengasas, beliau sedar bahawa dia memerlukan lebih ramai individu kreatif bagi mengendali Abstrax. Lantas, lahir barisan individu dengan idea-idea unik untuk membawa jenama pakaian lokal itu ke tahap membanggakan seperti hari ini.
Gerakan bawah tanah fesyen jalanan kemudiannya beranjak menjadi gaya harian. Anak-anak muda mula beralih minat daripada jenama antarabangsa kepada rekaan label-label tempatan. Sejujurnya, Abstrax merupakan antara nama yang bertanggungjawab mencetuskan revolusi positif tersebut.
Satu per satu perusahaan pakaian tempatan diwujudkan sehingga membolehkan pameran dan jualan besar-besaran seperti Tempatan Fest diadakan. Siapa sangka, masyarakat Malaysia kembali meletakkan kepercayaan kepada hasil kerja anak tempatan, malah ia turut mencuri perhatian orang luar.
Peluang melibatkan diri di Pameran Dagangan Pakaian Jalanan dan Urban Ulung Asia 2013 di Jakarta, Indonesia pada pertengahan bulan lalu menjadi permulaan kepada Abstrax untuk mengetengahkan rekaan mereka ke pentas dunia.
Sebagai salah satu wakil negara, Abstrax berhasrat untuk mengembangkan pasaran jenama mereka ke seluruh benua Asia dan Eropah. Setiap item keluaran jenama itu diperhati dan dinilai syarikat-syarikat global, sama ada mereka layak untuk diberi peluang memasarkan hasil kerja ke peringkat antarabangsa atau tidak.
"Penyertaan pertama kami tidak begitu memberangsangkan dari segi penerimaan dalam kalangan syarikat besar. Bagaimanapun kami tidak kecewa kerana ia telah memberi ruang kepada Abstrax untuk bekerjasama dengan jenama luar.

KEISTIMEWAAN Abstrax terletak pada kepelbagaian item keluarannya.


"Tiga label pakaian Indonesia telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan Abstrax dan ia secara tidak langsung membantu kami untuk melebarkan perniagaan ke negara seberang," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Abstrax, Dr. Faiz I. Anuar, 33, ketika ditemui Stailo.
Pengalaman sepanjang tiga hari berkampung pada pameran itu turut menemukan mereka dengan pengikut setia Abstrax dari republik berkenaan. Paling mengharukan apabila mereka didekati pembeli yang datang dari Makassar semata-mata ingin membeli barangan Abstrax.
"Kebanyakan pembeli Indonesia mengikuti perkembangan kami menerusi laman Facebook dan apabila mereka tahu kami di sini, mereka ambil kesempatan untuk bertemu tenaga kerja di sebalik jenama ini," tambah Faiz.
Variasi
Magis Abstrax terletak pada variasi rekaan yang dihasilkan. Tiada istilah terhad dalam setiap karya mereka. Disebabkan itu, Abstrax mampu melakar kejayaan lebih awal berbanding label-label tempatan lain.
Bermula dengan baju-T biasa, Abstrax kemudiannya bereksperimen dengan mencipta jaket, baju-T polo, jean, topi dan blazer.
Permintaan tinggi orang ramai terhadap baju-T dan topi snapback Abstrax telah membuka jalan kepada mereka untuk lebih berani mempelbagaikan item keluaran.
Jaket kasual berserta baju-T polo dan seluar chinos menyusul, seterusnya menjadi petanda awal bahawa jenama itu akan terus mengukuhkan namanya dalam industri pakaian tempatan.
Kekurangan label tempatan mengeluarkan koleksi denim dalam rangkaian seluar jean dijadikan peluang keemasan Abstrax untuk terus memajukan empayar kecil mereka.
Maka tercipta tiga rekaan jean Abstrax dengan potongan biasa (regular), skinny dan langsing (slim), kesemuanya mengekalkan rona asli denim iaitu biru.
Ciri-ciri eksklusif Abstrax ketara pada topi keluarannya. Kualiti diutamakan, sekali gus menciptakan aksesori kepala urban buat pencinta fesyen jalanan. Diperbuat daripada fabrik ringan premium berteraskan rekaan lima panel, kesemua topi Abstrax membentuk ciri-ciri versatil moden dengan jayanya.
Bagi menambah aura maskulin remaja, sarungkan jaket celoreng Abstrax yang digelar RVJ. Ideal untuk aktiviti luar dan dalam, jaket itu dibuat khusus untuk memberi keselesaan dan mengatasi stail konservatif. Paling istimewa, jaket daripada material poliester bersama perincian grafik itu direka dengan ciri-ciri rintang angin dan air.
BENTUK gaya urban bersahaja dengan jaket varsiti yang pasti menyerlahkan sisi remaja.


Propaganda
"Kami mahu mencapai audiens yang lebih besar, jadi kami perlu meluaskan kreativiti dari segi rekaan dan produksi item. Ia sangat penting kerana kami mahu Abstrax menjadi jenama lain daripada yang lain.
"Setakat ini kami berjaya membentuk pengikut sendiri dan sasaran kami tentunya kelompok pelajar kolej dan universiti," kongsi Fahmi yang memberitahu bahawa hitam kekal menjadi warna signatur Abstrax.
Selain bertujuan membentuk gaya individualiti kepada pengikut mereka, Abstrax juga cuba mencerminkan sisi kepimpinan dalam rekaan mereka. Item paling laris di bawah koleksi Propaganda menjadi intuisi subjektif terhadap empat pemimpin tanah air yang disegani.
Nilai utama setiap pemimpin diangkat menjadi gambaran kebanggaan pengikut Abstrax sebagai seorang rakyat Malaysia. Penghormatan menjadi milik bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas kewibawaan beliau memimpin negara selama 22 tahun.
Baju-T lengan pendek dan panjang dengan wajah Mahathir berserta perkataan Respect ialah rekaan paling diminati, khususnya dalam kalangan golongan belia.
Rekaan bertunjangkan tema Malaya Heroes itu turut meliputi Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang mendukung mesej kesatuan (unity), Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan kredibiliti beliau sebagai Bapa Pembangunan menerusi wadah Progress dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mewakili jati diri keagamaan bersandarkan subjek Faith.
Menolak perihal politik sebagai pencetus Propaganda, tegas Fahmi, Abstrax sekadar memberi penghargaan kepada empat pemimpin tersebut yang dilihat banyak berbakti terhadap pembangunan infrastruktur, sosial dan insani di Malaysia.
Setiap rekaan dikongsikan kepada orang ramai dan terpulang kepada individu memilih pejuang nusa dan bangsa mengikut firasat peribadi masing-masing. Abstrax berharap ia dapat menyuntik semangat nasionalisme dalam diri pengikut mereka terutamanya orang muda.

Individualiti gaya berani Jaspal, CPS Chaps

Posted: 02 Dec 2013 04:33 AM PST

PAKAIAN ini menyerlahkan sisi feminin wanita dan menjadi pilihan generasi muda.


PERTUKARAN musim bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang berbeza, malah dunia fesyen turut berwajah baharu dengan memaparkan rekaan terkini.
Antaranya, koleksi musim luruh/sejuk 2013 Jaspal dan jenama baharu anak syarikatnya, CPS Chaps yang menampilkan rangkaian pakaian bercita rasa rock, berani dan penuh keyakinan.
Koleksi tersebut mengetengahkan fesyen yang segar dengan material fabrik denim dan bercorak ketara selain diperkaya dengan aksesori untuk dipadankan bersama pakaian fashionista untuk musim ini.
Memperaga pelbagai gaya fesyen terkini daripada material denim, antaranya, seluar pendek, weskot comel dan jaket motor yang menonjolkan individualiti fesyen setiap pemakai.
Lambang keremajaan
Bukan itu sahaja, setiap koleksi Jaspal dipadankan pula dengan corak berinspirasi alam semula jadi sekali gus menampakkan keistimewaan setiap helaian yang diperagakan. Bagi koleksi pakaian yang menunjukkan kewanitaan pula, gaun dan blaus serba putih, antara pilihan wajib dimiliki yang dikhususkan untuk gaya dan keselesaan mutlak si pemakai.
FESYEN chic dan funky untuk wanita muda.


Kelainan adalah perkataan yang paling sesuai bagi koleksi musim luruh/sejuk 2013 CPS Chaps. Label ini memberikan kejutan dengan memperkenalkan rekaan baharu yang segar dan kemas. Semua pakaian koleksi tersebut juga dipadankan dengan aksesori unik dan dibawa ke atas pentas dengan gaya tersendiri oleh model-model CPS Chaps.
Jenama CPS Chaps ini dibawa sebagai lambang keremajaan dengan tema tersendiri, The Look of Rock bagi musim luruh/sejuk 2013. Ia juga merupakan koleksi yang disediakan khas sebagai memberi penghormatan kepada dunia rock 'n roll. Pakaian ini disesuaikan bersama aksesori yang bersifat garang daripada kulit dan kain renda berwarna merah manggis seumpama penampilan bintang rock.
Semua koleksi yang diperagakan disesuaikan dengan pilihan mudah padan yang boleh dipakai ke pejabat, bersantai pada waktu malam atau rekreasi pada hujung minggu.
"CPS Chaps adalah jenama unggul yang menyerlahkan gaya santai ketika di luar, koleksi untuk bergaya di kelab atau sebagai pilihan ultra moden untuk dipakai di tempat kerja oleh profesional dalam industri kreatif. Sementara itu, label Jaspal pula akan terus mengekalkan keseimbangan antara kelembutan dan ciri feminin dan dipersembahkan dalam gaya profesional penuh anggun," kata Pengurus Besar JPS Fashions Malaysia, Annie Wang.
"CPS Chaps dan Jaspal adalah dua label berbeza dengan harapan untuk memenuhi cita rasa serta mood wanita daripada dua latar yang berlainan. Justeru, kami melihat CPS Chaps dan Jaspal sebagai label sokongan, menawarkan rangkaian yang lebih luas untuk pilihan pelanggan," tambah Annie pada majlis pelancaran koleksi baharu Jaspal dan pelancaran jenama CPS Chaps di Sunway.

Puisi trio tiga seniman

Posted: 02 Dec 2013 04:22 AM PST

DARI kiri: Zakaria, Raja Ahmad Aminullah dan Mustapa bergambar bersama buku, Sajak-Sajak 3 Seniman:Kata dan Rupa pada majlis pelancaran buku tersebut di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.


GENRE sastera lebih-lebih lagi sajak bukan elemen yang popular untuk diterbitkan menjadi sebuah buku untuk laris dalam pasaran seperti pisang goreng panas lantaran penyampaian isi kandungan yang 'berat' dan kurang komersial.
Langkah yang diambil oleh Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) untuk menerbitkan naskhah berjudul Sajak-sajak 3 Seniman: Kata dan Rupa boleh dianggap berisiko tinggi berdepan dengan kesukaran memperoleh keuntungan dalam jangka masa yang cepat.
Namun, atas rasa tanggungjawab untuk mengangkat nilai genre sastera ke tahap yang lebih tinggi untuk dijiwai oleh kelompok peminat tegar cabang itu, himpunan sajak-sajak serta lukisan oleh tiga seniman negara menjadi taruhan.
Tiga seniman itu, Mustapa Ibrahim, Raja Ahmad Aminullah dan Prof. Dr. Zakaria Ali, masing-masing yang disifatkan mempunyai persamaan dalam karya sajak serta lukisan yang dihasilkan dalam buku tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron menyifatkan ketiga-tiga seniman negara itu mempunyai pengalaman yang luas dari segi pemikiran dan diterjemah melalui bait-bait sajak serta lukisan tampak.
"Karya ini memuatkan 104 buah sajak nukilan mereka yang melangkaui subjek politik, agama, sosial dan ekonomi.
"Usaha pertama menghimpunkan tiga seniman ini akan dijadikan kayu pengukur untuk terbitan-terbitan naskhah seumpama ini pada masa akan datang,'' katanya.
"Dalam tempoh dua tahun, ITBM menerima lebih 1,000 manuskrip untuk dinilai oleh ahli panel namun keutamaan kepada naskhah ini diterbitkan kerana penghasilan yang bermutu.
Kepada bakal pemilik naskhah ini, mereka bukan sahaja dihidangkan dengan ayat-ayat sajak yang sarat dengan makna yang tersirat, malah helaian dalam buku itu turut diselitkan koleksi gambar peribadi Raja Ahmad, lukisan Mustapa dan Zakaria.
Bahasa Inggeris
Lebih istimewa, himpunan sajak itu bukan sahaja boleh dinikmati oleh pembaca Melayu malah ia juga diterbit dalam bahasa Inggeris bagi memberi nilai tambah kepada penggemar sastera merasai keindahan nota puisi itu.
Terdahulu, pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Sasterawan Negara, Datuk Anwar Ridhwan di di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi pengalaman dalam cabang sastera, tidak ramai pelukis yang boleh menghasilkan penulisan puisi yang baik, kata Anwar.
Namun apabila kedua-dua elemen kemahiran itu bergabung, pelukis khususnya dapat menggarap karya yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta mampu mencetus impak yang besar.
"Menerusi tajuk buku ini, ia merujuk kepada sajak-sajak yang ditulis dan rupa pula adalah lukisan yang dihasilkan oleh seniman-seniman tersebut.
"Pengucapan tiga tokoh ini berbeza biarpun menyentuh aspek yang sama contohnya seperti cinta terhadap agama dan ini memberi warna dalam seni sajak yang dihimpun untuk tatapan semua peminat sastera," jelasnya.
Lagipun, sudah lama gugusan nusantara Melayu yang meliputi Malaysia dan Indonesia tidak menghasilkan karya yang menghimpunkan koleksi sajak milik seniman mereka.
Buku tersebut dijual pada harga RM60 di Semenanjung manakala RM65 di Sabah dan Sarawak.

Suri rumah, kerani bawa pulang RM10,000

Posted: 02 Dec 2013 04:21 AM PST

DEBARAN dirasai oleh sebahagian peserta peringkat akhir.


INISIATIF syarikat pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan terkemuka negara, Nestle (Malaysia) Bhd. (Nestle) menganjurkan peraduan berkonsepkan kekeluargaan membuahkan hasil apabila program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat negara ini.
Peraduan Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestle yang bermula dari 1 hingga 30 September lalu berjaya mencatatkan 797,727 penyertaan dari seluruh negara.
Ia memberi peluang kepada para pengguna meraih hadiah bernilai lebih RM2.6 juta. Pertandingan yang dianjurkan sempena kempen Hari Keluarga Malaysia Nestle itu menggalakkan permuafakatan keluarga dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pertandingan itu menyaksikan seorang suri rumah, Roslina Rerah, 41, dari Temerloh, Pahang diumumkan antara 20 pemenang peringkat akhir yang membawa pulang wang tunai RM10,000.
Iklan dii akhbar
"Saya mengetahui mengenai peraduan ini menerusi iklan di akhbar. Saya gembira dengan kemenangan ini kerana ia rezeki anak-anak," katanya yang mempunyai lima cahaya mata.
Bagi seorang lagi pemenang, Shasithira Gaunseelan, 28, seorang kerani di sebuah institut memandu di Taiping, Perak yang memenangi wang tunai dengan jumlah sama tidak menyangka pelawaan kakaknya untuk menyertai peraduan itu membawa tuah kepadanya.
"Saya tidak sangka dengan kemenangan ini. Saya akan simpan wang tersebut dan sebahagian daripadanya dibelanjakan untuk membawa ibu bapa melancong," katanya.
ROSLINA memanfaatkan wang dimenangi untuk pendidikan anak-anaknya.


Pusingan akhir yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini menyaksikan 30 peserta berentap dalam beberapa cabaran.
Kemuncak acara menyaksikan 20 peserta memenangi hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang manakala lima pemenang hadiah tempat kedua memenangi wang tunai RM6,000 setiap seorang dan lima pemenang tempat ketiga meraih wang tunai RM3,000 setiap seorang.
Bagaimanapun, tiada dalam kalangan 20 peserta akhir berjaya meraih hadiah utama bernilai RM100,000 selepas mereka gagal meneka dengan tepat lima bintang yang tersembunyi dalam 100 sampul semasa cabaran terakhir.
Ikatan kekeluargaan
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura, Alois Hofbauer dalam ucapannya turut mengaitkan kempen dan peraduan Bonanza itu dengan kepentingan membangunkan ikatan kekeluargaan yang kukuh.
"Kempen Hari Keluarga Malaysia Nestle adalah cara kami mendorong warga Malaysia supaya menghargai nikmat berkeluarga dengan makanan dan minuman berkhasiat kami selain aktiviti yang mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan," katanya.
Bagi meneruskan komitmen syarikat berkenaan dalam menyokong beberapa program memperkasakan institusi kekeluargaan, Nestle menyumbang sebanyak RM500,000 kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sumbangan itu diterima oleh Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika beliau hadir pada majlis sama baru-baru ini.
Nestle juga menyumbang sebanyak RM300,000 kepada 15 badan amal terpilih di negara ini dengan masing-masing menerima RM20,000 lanjutan daripada janji syarikat berkenaan untuk menderma RM1 bagi setiap penyertaan peraduan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines