Sabtu, 13 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Siti Nordiana, Nubhan Bercinta?

Posted: 12 Jul 2013 11:33 PM PDT

Dengar cerita yang Siti Nordiana atau Nana kini rapat dengan bekas pelajar Akademi Fantasia penyanyi, Nubhan. Menurut sumber, mereka berdua menjalinkan hubungan percintaan.

Namun tidak dipastikan kebenaran cerita ini secara dalamannya. Namun kata Nana, dia menganggap Nubhan sebagai kawan biasa sahaja, walaupun berasal dari satu negeri yang sama.
"Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.

"Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip tu tak munasabah.

"Kalau betullah kami bercinta, takkan lah kami dengan mudah nak kongsi gambar percutian di Perhentian lalu. Kami kongsi setakat suka-suka saja. Lagipun kami pergi beramai-ramai. Kawan-kawan dia kawan saya juga. Kawan-kawan saya, kawan dia juga." jelas Nana.

Kekasih Hafiz Hamidun Sudah Kahwin! Sabarlah...

Posted: 12 Jul 2013 06:48 PM PDT

Alahai apa lah nasib Hafiz Hamidun setelah dikhabarkan kekasihnya dari Indonesia sudah pun berkahwin pada bulan April yang lalu.

Mengikut perancangan pada bulan Mac yang lalu yang dipetik melalui portal mStar semalam, Hafiz dan Keluagarganya akan menunaikan umrah dan sekaligus melamar kekasihnya itu memandangkan keluarga kekasihnya itu menetap di Makkah.

Namun berita buruk sebelum bertolak telah diterima, kekasihnya itu terlebih dahuiu telah dipinang oleh orang lain.
"Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh.

"Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain.

"Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah

"Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu.

"Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan," -Hafiz Hamidun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines