Isnin, 15 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Emma Maembong Hiasi Majalah Rapi

Posted: 14 Jul 2013 11:21 PM PDT

Memang cantik sungguh Emma Maembong ni. Pelakon yang sebegini pastinya digilai ramai oleh kaum adam. Tapi dengar khabar Emma masih lagi belum berpunya, kisah dia dengan Zizan Razak pun tidak tahu sejauh mana kebenaran hubungan dia itu.

Terbaru Emma menjadi penghias sekaligus ada sedikit cerita mengenai dirinya di dalam majalah Rapi untuk edisi Julai 2013. Dalam majalah ini menceritakan yang Emma sebenarnya suka melukis. Wah, berbakat besar pula Emma ni, selain menjadi anak seni, dia betul-betul berseni. Hehe.
Baca lagi »

Lagi Gambar Anak Harith Iskander V4

Posted: 14 Jul 2013 10:03 PM PDT

Inilah dia salah seorang selebriti yang untuk kali ke-2 buat Harith Iskander dan isterinya bersama dengan anaknya, Zander untuk menikmati bulan Ramadan dengan bersahur dan berbuka bersama.

Zander kini dah berusia setahun setengah, dan sudah pasti ada sedikit suara yang keluar dari mulutnya. Apa-apa pun semoga Ramadan ini bermakna buat keluarga ini. -Instagram harithiskander
Baca lagi »

Gambar Anak Sulung Ziela Jalil

Posted: 14 Jul 2013 09:00 PM PDT

Lama sudah tidak mendengar cerita Ziela Jalil. Dengar cerita memetik daripada Kosmo! dia kini membuka produk kecantikan dibawah syarikat miliknya sendiri, Ziela Jalil Trading (M) Sdn. Bhd. sebagai produk kecantikan yang bernama FizzCola dan Berry Slim.
Baca lagi »

Tahniah! Izreen Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Posted: 14 Jul 2013 08:08 PM PDT


Tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pelakon, Izreen Azminda dan juga suaminya, Muhamad Riza kerana Izreen selamat bersalin anak sulung berjantina lelaki pada 13 Julai yang lalu.

Berita itu disampaikan sendiri oleh Izreen melalui laman sosial dengan menyatakan beliau selamat melahirkan bayi bulan Ramadan itu pada jam 1.30 pagi dengan berat 3.3 kg.


Abby Abadi Pakai Cincin? Sudah Berpunya?

Posted: 14 Jul 2013 06:31 PM PDT


Wah sepertinya Abby Abadi sekarang dilamun cinta. Mungkin ada sedikit rahsia yang disimpan olehnya melalui gambar yang dimuatnaik olehnya berbentuk secincin emas putih.

Melalui sajak/syair berbentuk cinta, maka ada serba sedikit jawaban yang Abby mungkin menemui cinta baharunya. Gambar berkenaan dimuatnaik dalam Instagram miliknya beberapa jam yang lalu, namun kemudian di buang aka delete.

Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.
Ps: 'berita bahagia' ini akan Sy umumkan nanti... Doakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines