Media Malaya |
- Super Fakta: Rupa air coke selepas direbus
- Eizlan Yusof timang anak ketiga (4 Gambar)
- Majlis Pertunangan Raja Azmi dan Eddie (8 Gambar)
- Pasangan lucah Alvin & Vivian membuat permohonan maaf secara terbuka
Super Fakta: Rupa air coke selepas direbus Posted: 16 Jul 2013 06:30 PM PDT |
Eizlan Yusof timang anak ketiga (4 Gambar) Posted: 16 Jul 2013 05:30 PM PDT Isteri Eizlan Yusof, Vie Shantie telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 14 Jun lepas. Eizlan menimang cahaya mata ketiga yang berjantinakan perempuan. Anak ketiga mereka itu diberi nama Vie Zaali dan menariknya kelahiran tersebut sama dengan tarikh lahir Eizlan sendiri. Tahniah buat Eizlan dan isteri. |
Majlis Pertunangan Raja Azmi dan Eddie (8 Gambar) Posted: 15 Jul 2013 08:47 PM PDT Raja Azmi, 53, telah selamat bertunang di majlis yang serba ringkas di rumah pihak perempuan di Ukay Perdana, Ulu Kelang dengan dihadiri lebih kurang 100 orang tetamu terdiri daripada saudara mara dan rakan artis. Dia telah bertunang dengan pemain bass kumpulan CRK yang popular sekitar tahun 90-an, Eddie atau nama sebenarnya Mohd Eddie Ghazali, 45 tahun. Semoga perkahwinannya ini akan kekal sehingga akhir hayat mereka. Sebagai nota, Raja pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek selama 28 tahun sebelum diakhiri dengan perceraian akibat dilanda gosip. Sumber dipetik: Rotikaya |
Pasangan lucah Alvin & Vivian membuat permohonan maaf secara terbuka Posted: 15 Jul 2013 08:19 PM PDT Selepas kecoh isu pasangan lucah Alvin & Vivian memuat naik poster yang menghina bulan yang mulia bagi orang Islam. Mereka akhirnya telah ditangkap dan disoal siasat oleh SKMM untuk tindakan lanjut. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan penjara selama setahun ataupun denda sebanyak RM5 ribu. Namun pada pendapat semua, adakah berbaloi permohonan maaf secara terbuka ini? Jika dilihat kronologi penghinaan kaum ini, kenapa kaum lain kerab menghina kaum Melayu atau lebih kepada umat Islam? Apa yang membuatkan mereka memberontak sehingga gemar menghina kaum majoriti di Malaysia? Pada pendapat kami, setakat menghina dan membuat permohonan maaf secara terbuka, ia tidak berbaloi kerana telah mengguris hati jutaan rakyat yang beragama Islam. Mereka sepatutnya dipenjara daripada membayar denda. Video permohonan maaf ala membaca karangan oleh Alvin & Vivian selepas ini. |
You are subscribed to email updates from Media Malaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |