Khamis, 18 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Finaz Yunus Dengan Askar

Posted: 17 Jul 2013 11:41 PM PDT

Finas Yunus ni memang selalu anda lihat jika buka TV al Hijrah, pastinya dia akan selalu bertugas di bahagian berita atau pembaca berita. Namun tidak disangka, dia juga ada aktiviti luar. Siap dengan abang-abang askar kita tu. Wah tercabar iman abang askar kita melihat kecantikan dan keayuan Finas Yunus. Apa-apa pun selamat bertugas yer abang-abang askar di bulan Ramadan ini. Finaz Yunus dah kahwin pun juga. Hehe.


Fahrin Ahmad Ke Gym di Bulan Ramadan

Posted: 17 Jul 2013 10:10 PM PDT

Ha korang jang terperanjat bila membaca tajuk di atas, bukannya Fahrin Ahmad ni tidak puasa, pasti tidak sama sekali dan itu jauh sekali tekanya.

Sebenarnya Fahrin ni seorang yang aktif gitu, dia menitikkan soal kesihatan badan dan juga ibadahnya. Memetik portal Murai semalam, dia akui membahagikan masa dengan berpuasa dengan masanya untuk pergi ke gym.

Tambahan lagi, bagi menghormati bulan Ramadan, Fahrin tidak mengambil apa-apa bahagian dalam sesi pengambaraan filem/drama sehinggalah lebaran nanti.
"Selalunya saya akan ke gimnasium sekurang-kurangnya selama sejam selepas menjalani solat terawih. Bukanlah mengangkat besi yang berat sangat, tapi cukuplah sekadar berlari di atas treadmill dan membuat sedikit senaman fizikal.

"Entahlah ada yang kata saya ni sudah kurus dan ada yang kata pula saya ni tak patut kurus. Tapi bagi saya bersenam adalah jalan terbaik untuk sentiasa tampak cerdas dan kekal sihat.

"Malah saya tak mahu berhenti bersenam di bulan ramadan ini kerana dalam usia 30-an saya takut kalau berhenti semingu atau dua, ia akan menyebabkan momentumnya akan lari dan juga menyebabkan saya malas untuk memulakannya semula.

"Bukan bersenam saja, malah saya akan menyertai perlawanan bola sepak persahabatan tidak lama lagi yang dianjurkan teman-teman saya," -Fahrin

Gambar Irma Hasmie Terkini

Posted: 17 Jul 2013 09:12 PM PDT

Dah makin berseri-seri pula Irma Hasmie ni setelah melahirkan anaknya, Redza Syah Irfhan. Apatah lagi kini rezeki melimpah ruah begitu, dari pengacaraan di TV al Hijrah sehingga menjadi model beberapa buah butik busana muslimah. Baguslah, semoga berbahagia kehendaknya.
Baca lagi »

Aaron Bengang Pengikut Komen Nasihat di Instagram

Posted: 17 Jul 2013 08:00 PM PDT

Dengar cerita Aaron Aziz berang baru-baru ini melalui laman sosial Instagramnya, sepertinya ini bukan pertama kali dia berang namun ada juga kes terdahulu Aaron naik hangin gara-gara komen pengikutnya yang Aaron tidak boleh terima.

Terbaru mengenai gambar anaknya. Memetik portal forum Cari, ceritanya bermula apabila pengikut Instagramnya itu memberikan komen seperti (lebih kurang) untuk mengajar anak dengan elok-elok, ajaran awal bermula dari rumah sebab ajaran dari rumah akan diingati bila dia besar nanti, dan lain2 lagi.

Komen seperti itu dikeluarkan apabila Aaron memuatnaik gambar anak-anak kesayangannya. Lah maka jadi lain pula, orang komen nasihat, sekali kena 'bedal' dengan Aaron. Dan ini diantara kata-kata Aaron..
aaron535aziz : bodoh betul eh manusia skrg
aaron535aziz : korang byk baik Lah bila mati nanti malaikat pun Akan soal korang apa niat korang tegur anak aku hari ni den lidah tak leh tipu kenalah. To me you org org mcm ni plain stupid, nak tunjuk baik n just want to have something 'right' to say in public. well anak anak aku aku yg tanggung jadi simpan nasihat bodoh yg tak munasabah korang semua tu kat dlm jamban.
aaron535aziz: bagus dpt aku block and delete 5 comment tu. yg tak kena delete my msg BUKAN dituju pada anda ok.
Ha kasarnya bahasa encik abang oi. Bulan puasa ni..

Ashraf Kahwin Sakinah di Thailand, Dayana Redo!

Posted: 17 Jul 2013 06:19 PM PDT

Hai apa sudah jadi dengan Asyraf Muslim ni, dulu menafikan sekarang dan terhantuk kepala. Kan dah ketahuan. Tak pa la hal dia tahulah dia nak uruskan.

Semalam dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bersama isterinya, Noor Dayana untuk  menarik balik permohonan berpoligami yang sebelum ini dia memfailkan untuk permohonan berkenaan.

Ini disebabkan Ashraf sudah pun bernikah yang pernah digosipkannya dan dinafikan oleh Ashraf dahulu, Wan Sakinah dimana mereka bernikah di Thailand pada minggu lepas.

Ashraf dikenakan perintah Mahkamah untuk membayar RM8000 iaitu sebagai bayaran kepada Noor Dayana. Tidak dapat dipastikan apa punca sebenar Ashraf berpoligami.

Dan ini pula komen Sakinah...
"Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia reda.

"Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya," -Sakinah, HMetro


Ac Mizal Akui Rindu Anaknya, 3 Tahun Tidak Jumpa

Posted: 17 Jul 2013 12:38 AM PDT

Tak sangka pula, kalau diikutkan menurut sumber MediaHiburan, dimana Dato' Ac Mizal merasa sedih kerana tiada kesempatan untuk berkasih sayang dengan anaknya yang terdahulu iaitu anak kepada bekas isterinya, Shafnie Zainuddin.

Paling maenyedihkan lagi, Ac dikatakan bertemu dengan anaknya itu pada tahun 2010 yakni 3 tahun yang lalu ketika prosiding mahkamah melibatkan kes tuntutan nafkah.

Buat masa ini Ac amat merindukan anaknya itu Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, dan berharap akan bertemu dan kembali ke pangkuannya semula.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines