Jumaat, 19 Julai 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Puisi luahan hati Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim

Posted: 18 Jul 2013 05:28 AM PDT

Semua pasti sudah tahu mengenai kemelut Ashraf Muslim yang berkahwin untuk kali ke dua dengan pasangannya, Wan Sakinah di selatan Thailand pada 7 Julai lepas. Petang tadi, isteri pertama Ashraf Muslim telah memuat naik status berbentuk puisi di laman sesawang Facebook miliknya yang tidak perlu dijelaskan lagi isinya itu. Kami berasa agak sentap selepas membaca puisi itu ibarat kesalahan dan bebanan itu di letak sepenuhnya di bahu isterinya. Duhai Dayana, bersabarlah dengan dugaan yang dihadapi :’(. Puisi penuh selepas ini.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines