Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Uqasha terkejut dirisik keluarga Pekin
- Sazzy Falak Nafi Sokong ‘Blogger’ Seks Di Facebook
- Asmidar makin 'hot'
- Kesungguhan Hattan Selama 9 Tahun Buka Hati Arianie
- Raja Farah tunggu zuriat sendiri
- Selangor umum bonus raya sebulan gaji
- PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam
- Nyanyian bukan main-main
- Disaman Rebecca, Erma serah pada peguam
Uqasha terkejut dirisik keluarga Pekin Posted: 24 Jul 2013 06:23 PM PDT PELAKON Uqasha Senrose, 21, mendedahkan dia sangat terkejut dengan kehadiran rombongan merisik daripada keluarga teman lelakinya, Pekin Ibrahim, pada sambutan hari jadinya, 6 Julai lalu. "Dia (Pekin) cakap sambutan hari jadi saya tahun ini ada kejutan tetapi saya tidak jangka kejutan yang dimaksudkannya adalah rombongan merisik, bukan rombongan pertunangan seperti yang didakwa sesetengah pihak," ungkap Uqasha yang terharu dengan tindakan kekasihnya itu. Jelas Uqasha yang merupakan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose, dalam rombongan merisik tersebut dia menerima empat dulang 'barangan hantaran' yang berisi sebentuk cincin, kain, pulut kuning dan kek sempena hari jadinya. Sekadar merisik, menurut bekas pramugari itu, kemungkinan besar dia dan Pekin tidak akan bertunang sebaliknya terus melangsungkan perkahwinan. Walau bagaimanapun, mereka tidak menetapkan tarikh dan belum merancang apa-apa berhubung perkahwinan mereka. Ditebak adakah dia berasa lega dengan ikatan yang terjalin antara dia dan Pekin sekali gus melenyapkan gusar di hatinya berhubung gosip yang bertebaran mengatakan Pekin tidak serius dalam hubungan cintanya dan mempunyai ramai kawan wanita, Uqasha menafikan perkara itu. "Walaupun sudah dirisik, saya tidak mahu berasa yakin 100 peratus yang kami akan berkahwin. Sebabnya, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan. Begitupun, saya yakin Pekin bukan seperti yang didakwa (ramai kawan wanita). "Bukan mahu menyebelahi dia, cuma dia sentiasa ada bersama saya. Kalau sikapnya macam itu, saya sudah pasti mengambil langkah seterusnya," ungkapnya yang berasa yakin dengan kejujuran Pekin.
Disoal pula bagaimana penerimaan keluarganya mengenai rombongan merisik itu memandang usianya baru 21 tahun, ujar Uqasha, ibunya tidak menghalang tetapi meminta dia lebih mengenali hati budi kekasihnya itu. Pekin panggil ibu Uqasha mama Sementara itu, menurut Pekin pula, salah faham timbul mengatakan dia dan Uqasha sudah bertunang kerana majlis yang dibuat begitu teratur dan formal. Malah mereka juga mengenakan warna baju sedondon iaitu kuning cair. "Saya dengan keluarga dia (Uqasha) sudah rapat. Mengenai perancangan merisik ini, keluarganya sudah tahu tetapi saya minta agar Uqasha tidak diberitahu mengenainya," dedahnya yang buat pertama kali membawa keluarganya bertemu keluarga Uqasha pada 6 Julai lalu. Mengulas mengenai perancangan perkahwinan pula, ujar pelakon filem Bunohan itu, majlis itu tidak akan berlangsung tahun ini. Merancang untuk terus berkahwin tanpa ikatan pertunangan, Pekin mengakui risau untuk menempuh dugaan bertunang dan mengatakan ia sekadar membuang masa dan duit. Mengulas mengenai gosip yang bertebaran mengatakan dia bukan seorang yang serius dalam perhubungan, ungkap Pekin, dia bercinta dengan Uqasha bukan untuk main-main tetapi mahu menjadikannya kekasih dan isteri suatu hari nanti. | |||
Sazzy Falak Nafi Sokong ‘Blogger’ Seks Di Facebook Posted: 24 Jul 2013 06:22 PM PDT Sazzy atau Sazlini Shamsul Falak, 32, berkata, akaun Facebook peminat (fan page) miliknya itu berkemungkinan telah disalahgunakan oleh pihak pengurus akaun yang ditugaskan untuk menjaganya. "Saya jarang mengemas kini akaun Facebook saya, selalunya tugas itu ada pihak pengurusan yang menjaganya. "Saya sendiri terkejut dan tidak tahu tentang perkara itu, sumpah saya tidak melakukan perkara itu," katanya ketika ditemui pada program rakaman Melodi Raya, di sini, Selasa. Sazzy berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya berkongsi gambar dengan status menyokong pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan umat Islam apabila memuat naik gambar mereka dengan kapsyen berbuka puasa bersama Bak Kut Teh (makanan berasaskan sup herba dan khinzir). "Jika benar perkara itu berlaku dan ada yang berkongsi gambar tersebut di Facebook saya, saya minta maaf kalau saya telah menimbulkan kemarahan orang ramai. "Walaupun saya tidak beberapa jelas dengan perkara itu, namun pendirian saya ialah tidak berpihak kepada pasangan itu," katanya. Dalam pada itu, Sazzy berkata dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap sebagai salah faham. "Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab, saya ada banyak hal lagi untuk diuruskan. "Tapi apa-apa pun saya akan rujuk pihak yang menguruskan Facebook saya bagi mendapatkan penjelasan sebenar", katanya. | |||
Posted: 24 Jul 2013 06:19 PM PDT Menariknya, dia dikenali bukan kerana paras rupa, sebaliknya vokal yang mantap dan berkualiti. Lahir dari rancangan realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa, juara musim pertama rancangan ini mengakui pernah dikritik gara-gara kerana imejnya. Bagaimanapun, dia tidak mahu melatah dan menerima semua itu sebagai pelajaran untuk berjaya dalam bidang yang dipilih. "Pada awalnya, memang saya tidak pandai bergaya, tetapi setelah diberi nasihat dan tunjuk ajar, saya semakin pandai membawa diri," kata penyanyi berusia 27 tahun ini. Dalam pada itu, selain berhadapan masalah imej, dia mengakui turut mengalami masalah berat bedan. Meskipun tidak memberikan kesan kepada kariernya, namun demi kecantikan dan kesihatan diri, dia nekad mengubah penampilannya kini. Jelas empunya nama Asmidar ini, ia penting supaya lebih berkeyakinan dalam meniti hari sebagai anak seni. Pengertian cantik bagi anda? Cantik itu bukan dari segi luaran sahaja. Yang penting jiwa kita bersih, ikhlas dan jadi diri sendiri. Adakah anda pernah mengalami masalah berat badan? Rasanya sedang kot... Sekarang berat badan saya hampir 60 kilogram, saya perlu turunkannya sedikit. Ketika di zaman sekolah, saya pernah mendapat berat badan 45 kilogram dan saya nak jadi macam tu semula. Buat masa sekarang memang saya sedang mencapai target tersebut. Boleh kongsi rutin pemakanan anda kini? Saya tiada sebarang rutin diet yang tetap, lagipun sekarang bulan puasa, jadi saya ambil kesempatan ini untuk kawal pemakanan. Jika begitu, bagaimana cara anda mengawal pemakanan jika di hari biasa? Sebenarnya saya sedang mengelak mengambil nasi sebagai menu harian. Saya cuma akan makan, ikan, sup dan sayur. Waktu pagi, saya akan ambil bijirin dan jika tengah hari saya sudah makan agak berat, makan malam saya akan kurangkan, atau hanya makan buah-buahan sahaja. Ada sebarang tip kesihatan untuk dikongsi? Selain mengawal pemakanan, setiap pagi saya akan minum air masak sebelum mencuci muka. Amalan ini saya lakukan kerana bakteria yang ada di dalam mulut dapat membersihkan kuman di dalam badan. Adakah anda seorang yang gemar bersenam? Memang saya kurang melakukan senaman berat atau pun joging, tetapi saya tetap buat 'work out' di rumah. Bukan apa, yang penting badan mesti berpeluh untuk sentiasa aktif. Bagaimana pula dari segi penjagaan wajah? Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif, oleh kerana terpaksa memakai solekan tebal, jadi kini saya elak menggunakan sebarang produk yang ada bahan kimia. Buat masa sekarang saya lebih selesa menggunakan pencuci atau sebarang produk penjagaan wajah dari bahan organik. Saya juga ada membuat bedak sejuk sendiri selain sedang mencari tanah liat untuk dibuat masker. Ramai wanita gemar melakukan 'facial' untuk kecantikan wajah, anda bagaimana? Dulu memang ada, tetapi sekarang saya tidak buat lagi, bagi saya, facial boleh merosakkan wajah kerana jika ada jerawat, ia akan dipicit, selain itu alatan yang digunakan juga boleh menyebabkan kulit bertambah teruk jika tidak kena dengan kulit kita. Untuk rambut pula? Sama seperti saya menjaga wajah, rambut saya jenis yang berminyak dan mudah mendapat kelemumur, jadi cara terbaik adalah dengan mencuci rambut selalu dan kurangkan penggunaan syampu biasa. Selain itu, saya turut menggunakan limau nipis untuk mencuci rambut. Apakah anda selalu ke spa? Memang saya teringin hendak ke spa dan melakukan massage, tetapi kerana tiada waktu dan masa sesuai sekarang, saya terpaksa memendamkan hasrat tersebut. Aktiviti anda di waktu lapang? Biasanya saya hanya akan habiskan masa di rumah sahaja. Sedikit perkembangan terbaru anda... Selepas raya saya akan lancar single ketiga saya berjudul Bila Cinta ada. Tetapi sekarang, selain menghadiri majlis berbuka puasa, saya akan menolong bapa berniaga murtabak di Bazar Ramadan Wangsa Maju. | |||
Kesungguhan Hattan Selama 9 Tahun Buka Hati Arianie Posted: 24 Jul 2013 06:17 PM PDT Arianie, 42, berkata, walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali sebagai suami isteri namun dia menganggap ia sebagai ketentuan Allah selain perpisahan itu banyak mengajar mereka tentang erti kehidupan. "Kesungguhannya untuk memikat hati saya sejak sembilan tahun lalu akhirnya menyentuh hati saya walaupun saya mengambil masa yang lama untuk menerimanya semula. "Bak kata pepatah kalau sudah jodoh tidak akan ke mana-mana dan saya berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayat kami," katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Rabu. Hattan dan Arianie sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang dihadiri kira-kira 200 tetamu. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa pada pukul 6 petang. Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie. Pasangan itu pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun. Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian. Dalam perkembangan sama, Hattan berkata, beliau bersyukur kerana doanya untuk bersatu dengan Arianie akhirnya termakbul. Jelas Hattan, mereka memilih untuk disatukan pada bulan Ramadan kerana mahu mengambil keberkatan bulan mulia umat Islam itu. "Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul. "Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama," katanya. Dalam perkembangan sama, anak tunggal pasangan itu melahirkan rasa gembira dengan penyatuan kedua ibu bapanya. Adam berkata, walaupun sudah terbiasa tinggal berasingan dengan mereka dia bagaimanapun tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru dalam sebuah keluarga. "Saya sebenarnya tidak tahu ibu dan ayah akan berkahwin semula. Dapat tahu pun menerusi laporan akhbar dan apabila mereka bawa saya untuk membeli cincin kahwin. "Saya bersyukur dengan penyatuan mereka dan berharap akan mendapat seorang adik selepas ini," katanya. Sementara itu, Hattan dan Arianie tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata buat masa ini namun tidak menolak sekiranya dikurniakan Allah. Pasangan itu juga memberitahu akan membawa anak mereka bercuti ke London hujung tahun ini selain tidak sabar untuk berhari raya sebagai keluarga. | |||
Raja Farah tunggu zuriat sendiri Posted: 24 Jul 2013 06:14 PM PDT Begitu juga dengan pelakon Aku Masih Dara, Raja Farah, 25, setelah mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qayyum, sejak tiga tahun lalu. Menurut Farah, sebagai wanita, dia sememangnya teringin untuk bergelar ibu, namun buat masa ini dia hanya mampu berserah pada Ilahi. "Siapa tidak mahu anak, baik saya atau suami, masing-masing hanya mampu berdoa dan terus berusaha. "Pelbagai jenis rawatan tradisional dan juga moden sudah kami lakukan, tapi sehingga kini masih belum ada rezeki. "Bagaimanapun, hasil rawatan menunjukkan kami berdua tidak mempunyai masalah tentang tahap kesuburan. Mungkin ini dugaan untuk kami," ujar Farah. Tambah Farah, sebelum ini, dia pernah merasa tertekan apabila sering ditanya tentang zuriat. Sementelah ia menjadi persoalan utama bagi sesiapa saja yang mendekatinya. "Dulu memang saya tertekan, tetapi sekarang saya dah jadi 'lali' dengan semua itu. "Alhamdulillah, keluarga kami sangat memahami. Mereka tidak pernah mendesak mahupun bertanya. "Sebaliknya, mereka sentiasa memberikan kami semangat untuk terus berusaha," katanya yang pernah merancang untuk mengambil anak angkat. Sibuk mengacara Sempat berkongsi karier terbarunya, Raja Farah memberitahu, dia baru sahaja selesai mengacarakan program Siri Jelajah Rasa Halal Antarabangsa musim terbaru untuk saluran Astro Oasis. Menurut Farah, dia begitu gembira ketika diberi tawaran bagi menjayakan program tersebut. "Saya sangat teruja ketika diberi tawaran tersebut. Mengendalikan rancangan ini sedikit dapat mengenali budaya pelbagai negara yang dilawati. "Melalui rancangan ini sedikit sebanyak saya dapat menimba pengalaman di negara orang dan memperluaskan lagi bidang pengacara dengan lebih mendalam. "Walaupun sebelum ini saya pernah menjadi pengacara pelbagai jenis seperti Soal Wanita Bual Bicara yang ditayangkan di TV Al-Hijrah, tawaran yang diterima sebegini ia dapat meningkatkan lagi minat yang sedia ada" katanya. Kata Farah lagi, gandingan bersama Akhtar Sahari mampu memberi kelainan tersendiri buat penonton. "Rancangan yang dilakukan secara spontan tanpa menggunakan sebarang skrip, sekali gus dapat menarik minat penonton," kata Farah. Dalam pada itu, Farah memberitahu, dia masih rancak menerima tawaran lakonan meskipun sudah berhijab. "Alhamdulillah, keputusan saya untuk berhijab tidak pernah menyekat tawaran seni yang datang. "Sekarang saya ada menerima lima tawaran lakonan antaranya sebuah telefilem yang bertajuk Siratul Mustaqim. "Walaupun waktu agak terhad dan jadual saya semakin padat, namun ia tidak menghalang saya untuk menerima sebarang tawaran lakonan," katanya. Raya di Kelantan Ditanya mengenai persiapan menjelangnya Syawal, Farah berkata, segala persiapan belum dilakukan lagi kerana sibuk dengan kariernya dalam bidang lakonan dan juga pengacara. Menurutnya, segala persiapan Aidilfitri akan dilakukan selepas semua kerjanya selesai nanti. "Ini merupakan tahun ketiga saya beraya bersama suami. Keseronokannya sememangnya tidak dapat digambarkan. "Tahun ini, saya akan menyambut raya pertama di kampung suami di Kelantan. Selepas itu kami berdua akan beraya di kampung saya di Negeri Sembilan," katanya. | |||
Selangor umum bonus raya sebulan gaji Posted: 24 Jul 2013 06:09 PM PDT Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini. "Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan...namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media di sini. Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengekang ajaran syiah di Selangor, Abdul Khalid berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). "Jais akan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya perlu diambil tindakan ke atas pihak yang mengamalkan ajaran itu, mereka (Jais) akan buat apa yang perlu," tambahnya. | |||
PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam Posted: 24 Jul 2013 06:08 PM PDT Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya. "Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya. Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif. Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun. "Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya. Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. | |||
Posted: 24 Jul 2013 06:04 PM PDT
KETIKA ini penyanyi Ainan Tasneem Ridzuan boleh berbangga apabila single pertamanya, Aku Suka Dia sudah ditonton lebih sejuta kali sejak dimuat naik ke laman YouTube tahun lalu. Tidak lekang dengan sebuah gitar yang sentiasa di sisinya, Ainan juga merupakan antara penyanyi yang cukup berbakat besar kerana mampu menghasilkan lagu sendiri. Ketika ditemui semasa majlis pelancaran album sulungnya, Ainan Tasneem - Aku Suka Dia baru-baru ini, dia sendiri tidak menyangka mampu menempa nama sebagai penyanyi dalam sekelip mata. "Kalau melihat kepada karier dalam bidang seni ini, saya anggap bidang nyanyian ini tidak lebih daripada sekadar mahu mengisi masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu. "Ketika itu saya sekadar suka-suka merakamkan lagu yang dinyanyikan sendiri dan saya muat naik ke laman Facebook. Tujuan saya berbuat demikian cuma mahu mendapat komen daripada rakan-rakan," ujar penyanyi berusia 21 tahun itu. Menurut Ainan, dia langsung tidak menyangka apabila seorang rakannya telah memuat naik lagu nyanyiannya, Aku Suka Dia ke laman YouTube sehingga mendapat sambutan yang baik. Ujarnya, selepas lagu berkenaan diterima baik oleh pendengar, terdapat beberapa buah syarikat yang berjumpa dengan keluarganya dan menawarkannya sebagai artis rakaman. "Secara jujurnya, saya tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi, malah saya telah menolak banyak tawaran kerana menganggap nyanyian sebagai hobi sahaja. "Namun begitu, setelah dipujuk oleh ahli keluarga dan rakan-rakan, barulah saya bersetuju menjadi artis rakaman dengan syarikat MVM Production," dedahnya. Mengakui nyanyian bukanlah keutamaan dirinya sekarang, Ainan sebaliknya mendedahkan dia sebenarnya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bergelar pensyarah suatu hari nanti. Jelasnya, sejak dibangku sekolah lagi dia sudah bercita-cita untuk menjadi pensyarah. Pada masa ini, dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis (UniMap).
Lali kontroversi "Ketika ini saya memang memberi tumpuan yang lebih kepada pelajaran sahaja kerana mahu mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan. "Saya diberitahu sekiranya keputusan saya cemerlang, pihak UniMap akan menghantar saya menyambung pengajian di luar negara. "Sudah tentu ia merupakan satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan. Buat masa ini pelajaran lebih diutamakan berbanding nyanyian," ujar penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses itu. Pembabitannya dalam industri hiburan tempatan dianggap baru berusia setahun jagung, namun Ainan tidak dapat lari daripada dilanda gosip hangat. Menurut Ainan, pada mulanya dia berasa rimas apabila ramai orang yang terlalu mengambil tahu dan memperkatakan kisah peribadinya. "Sebenarnya saya kurang selesa kalau ada yang bercerita tentang peribadi saya, apatah lagi kalau cerita berkenaan tidak benar dan sekadar khabar angin. "Misalnya, cerita yang mengatakan saya selalu berkepit dengan teman lelaki di universiti. Sebenarnya, saya tidak tahu apa tujuan orang yang menyebarkan cerita itu," luahnya. Tambahnya, dia sekali lagi berdepan dengan kontroversi apabila dikatakan enggan menyanyikan lagu 150 Juta dalam acara persembahan yang dijayakannya kerana kesal dituduh mencuri lagu tersebut daripada Fynn Jamal. Bagaimanapun, Ainan menjelaskan perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia merupakan salah faham dan dia tetap akan menyanyikan lagu berkenaan sekiranya mendapat permintaan daripada pihak penganjur. "Sebagai seorang penyanyi baharu sudah tentu saya akan rasa terbeban dengan kontroversi yang melanda, tetapi lama-kelamaan saya semakin lali dengan segala kontroversi dan tidak kisah lagi apa yang orang hendak kata. "Mungkin inilah harga yang terpaksa saya bayar apabila memilih untuk menjadi penyanyi. "Namun begitu, saya sangat beruntung kerana mendapat sokongan yang kuat daripada ahli keluarga dan teman rapat yang lebih mengenali diri saya," jelasnya.
Cuti semester Biarpun Ainan menyatakan mahu memberi fokus terhadap pengajiannya di UniMap, tetapi penyanyi itu menjelaskan dia masih lagi aktif dan bersedia menerima tawaran membuat persembahan. Menurutnya, sepanjang tiga bulan cuti semester ini jadual nyanyiannya cukup padat, termasuk memenuhi undangan nyanyian sepanjang bulan puasa. "Ketika ini, saya sedang bercuti dari bulan Jun hingga September. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai tawaran diterima. Saya juga menjayakan sesi promosi yang diaturkan untuk album saya. "Selain itu, saya telah memberitahu kepada syarikat rakaman yang saya cuma boleh menerima tawaran menyanyi ketika cuti semester dan mereka bersetuju memberi kelonggaran kepada saya," ujarnya. Bercerita mengenai album Ainan Tasneem - Aku Suka Dia pula, Ainan menjelaskan, terdapat lima buah lagu yang terkandung dalam album tersebut iaitu Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru. | |||
Disaman Rebecca, Erma serah pada peguam Posted: 24 Jul 2013 06:03 PM PDT
SEMALAM telah berlangsung perbicaraan kes tuntutan saman pelakon Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, yang memfailkan saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. milik penerbit dan pengarah Erma Fatima di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Tuntutan saman itu dibuat oleh Rebecca kerana pelakon itu mendakwa syarikat produksi Erma gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan Erma tahun lalu. Drama Dejavu Di Kinabalu itu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rebecca, drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha dan Nazim Othman. Kosmo! segera menghubungi Erma Fatima bagi mengetahui lebih lanjut berhubung tuntutan saman tersebut. KOSMO!: Boleh anda ulas mengenai tuntutan saman Rebecca terhadap Rumah Karya Citra milik anda? ERMA FATIMA: Maaf. Saya tidak boleh beri apa-apa penjelasan disebabkan kes ini masih berjalan. Takut penjelasan saya nanti jadi isu pula. Mungkin anda boleh berkongsi sedikit maklumat mengenai perkara ini? Tidak boleh. Saya betul-betul minta maaf, malah ada juga beberapa akhbar utama tempatan turut menghubungi saya tetapi mereka juga tidak dapat apa-apa penjelasan daripada saya.
Adakah anda menyediakan peguam bagi membela diri berhubung tuntutan Rebecca? Ada iaitu peguam David malah semalam saya dan dia (Rebecca) juga sudah masuk Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Apakah perkembangan kes tersebut? Ia masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya. Adakah benar semua tuntutan daripada Rebecca itu? Kita semua sedia maklum, selama ini yang syarikat anda tidak pernah berdepan dengan isu seperti ini? Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku. Beralih pada soalan lain, bagaimanakah sambutan Ramadan dan Syawal anda tahun ini? Bulan Ramadan ini saya berehat daripada segala penggambaran drama atau filem. Saya banyak habiskan masa untuk keluarga, memasak makanan untuk bersahur dan berbuka. Tahun ini sama seperti tahun-tahun lalu apabila saya akan beraya di Kuala Lumpur sahaja. Apakah drama atau filem anda yang bakal keluar? Ada beberapa naskhah seperti Aku Tahu dan Sangkar. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |