Khamis, 14 November 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Iesya Toh Beri Masa 2 Hari Sebelum Saman Peminat

Posted: 13 Nov 2013 03:01 PM PST


Eisya Toh
PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM Iesya Toh memberi tempoh dua hari bermula Khamis kepada individu yang telah menyebarkan fitnah terhadapnya agar tampil memohon maaf secara terbuka.
Iesya atau nama penuhnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 29, berkata, tindakan saman akan diambil jika individu yang juga pengikut Twitter miliknya gagal berbuat demikian.
"Dia fitnah saya di laman sosial Twitter dengan mendakwa saya mempunyai hubungan sulit dengan beberapa orang kenamaan dan melakukan aktiviti tidak bermoral.
"Pada asalnya dia mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan maki hamun saya serta memporak-perandakan kelab peminat saya selepas dia tidak dijemput untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan kelab peminat saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Iesya menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya.
Iesya berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguamnya dan akan mengumpulkan beberapa bukti untuk mengheret individu tersebut ke muka pengadilan sebagai memberi pengajaran kepadanya.
"Dia menggunakan nama Nursyuhada dalam akaun Twitternya dan pada asalnya berpura-pura sebagai peminat namun lama kelamaan dia mula membuat onar dan menghasut peminat saya dengan memburukkan saya.
"Saya ingin dia hentikan tindakan dia yang suka membuat fitnah yang turut dilakukan kepada Hanez Suraya dan artis-artis yang lain," katanya.
Sementara itu, Iesya berkata, dia telah membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut di Balai Polis Kelana Jaya di sini pada petang Rabu.
Jelas Iesya, fitnah tersebut telah menjatuhkan maruah dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.

Aksi Ranjang Dua Pelakon 'Laga' Bersebab

Posted: 13 Nov 2013 03:01 PM PST


Barisan pelakon filem Laga
KUALA LUMPUR: Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut.
Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.
"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.
"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya pada sidang media pelancaran lagu tema filem Laga di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.
Ismail Yaacob
Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang treler filem Laga yang ada memaparkan aksi panas antara pelakon Marsha dan Wan Hanafi Su.
Adegan tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.
Tambah Ismail, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.
"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.
"Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.
Filem Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.
Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, , Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.
Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014.
Sementara itu, dua buah lagu baharu iaitu Kayangan daripada kumpulan Hyper Act danRahsia nyanyian Asmidar diperkenalkan sebagai lagu tema filem tersebut.

Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Kerana Twitter

Posted: 13 Nov 2013 03:00 PM PST


PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.
Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.
"Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy.
Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.
Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan 'budak suruhan' yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.
Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai 'budak suruhan' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.
Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.
"Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti.
Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.

Remy Ishak Enggan Terdedah Di Khalayak

Posted: 13 Nov 2013 02:59 PM PST


Remy Ishak
PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak lebih senang melakukan hal sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang diminati tanpa perlu terlalu terdedah di khalayak.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 31, berkata dengan cara itu dia lebih mudah dapat menepis gosip-gosip negatif yang berkait dengannya.
"Apabila saya keluar bergaul dengan teman-teman, mata masyarakat melihat dan tidak lama kemudian ia menjadi bahan gosip.
"Jadi lebih baik saya bersikap tidak terlalu terdedah di khalayak dan sekarang ini saya suka berada dalam dunia saya sendiri," katanya.
Tambah Remy, dia juga lebih gemar menghabiskan masa melakukan kebajikan dengan melawat masyarakat di beberapa kampung di negara ini.
"Selain itu saya juga melakukan aktiviti bertukang membina kabinet-kabinet untuk rumah saya. Setiap kali habis penggambaran, inilah aktiviti-aktiviti saya," ujarnya.
Ditanya adakah dia sudah memiliki kekasih, Remy berkata dia hanya ingin memberi fokus terhadap kerjaya seni serta aktiviti masa lapang yang dilakukannya sahaja.
Dalam perkembangan lain, Remy yang sedang menjalani penggambaran drama berjudulJiwa telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) yang bakal berlangsung pada 20 November ini menerusi filem 29 Februari.
"Anugerah ini dianjurkan bagi memeriahkan lagi industri ini dan pencalonan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik bersaing dengan pelakon-pelakon hebat lain seperti Shaheizy Sam, Que Haidar, Redza Minhat dan Adi Putra pun sudah cukup baik.
"Saya seronok dicalonkan tetapi tidaklah meletakkan apa-apa harapan untuk menang," tuturnya.
Tahun depan, Remy bakal muncul menerusi filem CEO dan Sejoli.

Lelaki Misteri Dalam Instagram Dewi Perssik

Posted: 13 Nov 2013 02:58 PM PST


Dewi Perssik
SEJAK akhir-akhir ini, aktres Dewi Perssik sering memuat naik foto dia bersama seorang lelaki beraksi mesra dalam laman Instagram miliknya tanpa menunjukkan wajah mereka.
Menurut laporan Kapanlagi, Dewi atau dipanggil Depe pernah memuat naik sekeping foto tubuh wanita yang dipeluk seorang lelaki. Walaupun tidak menunjukkan wajahnya tetapi orang ramai tahu ia adalah Depe.
Ramai yang tertanya-tanya adakah orang yang memeluknya itu adalah kekasihnya?
Salah satu foto Dewi bersama seorang lelaki misteri yang dimuatkan dalam Instagramnya.
Bagaimanapun Depe telah membalas persoalan peminat di Instagram mengatakan 'kalaulah lelaki itu adalah orang yang mencintainya' dalam bahasa Jawa.
Tidak hanya sekali, Depe memuat naik lagi foto dia bersama seorang lelaki misteri. Dan foto tersebut menunjukkan tangan mereka saling berpegangan.

Anugerah Skrin 2013 pecah tradisi

Posted: 13 Nov 2013 02:51 PM PST

CRISTINA SUZANNE tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem KIL.


LARI daripada kebiasaan, debaran Anugerah Skrin 2013 tampil dengan kelainan. Ia mencipta sejarah tersendiri serta memecah tradisi dengan pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori dipertandingkan yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.
Sejak dipertandingkan pada 1994, Anugerah Skrin 2013 merupakan majlis paling berprestij dalam industri hiburan tanah air dan sudah pasti ia dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat khususnya penggiat seni yang membabitkan diri dalam penerbitan drama, filem dan program televisyen.
Ibarat malam praanugerah, Debaran Anugerah Skrin 2013 bersiaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini menyaksikan ramai penggiat seni hadir untuk merasai debarannya.
Pengumuman awal ini dilakukan sebulan lebih awal daripada jadual malam kemuncak anugerah yang bakal diadakan pada 29 November ini, merupakan satu idea baharu untuk memberi ruang kepada penggiat seni merasai kehangatan hasil kerja keras mereka sebelum ini.
Debaran Anugerah Skrin yang dihoskan oleh Awal Ashaari dimulakan dengan persembahan bertenaga One Nation Emcees menerusi rangkaian lagu daripada filem-filem Bujang Lapok iaitu Resam Dunia, Pok Pok Bujang Lapok, Ya Habibi Ali Baba dan Gelora.
Pemilihan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk menghangatkan Anugerah Skrin 2013 kerana beliau merupakan satu-satunya legenda anak seni yang bergelar seniman agung malah 66 buah filem dan 360 buah lagu yang dihasilkan oleh beliau tidak lekang dek panas tidak lapok dek hujan.
Sementara itu, tujuan Anugerah Skrin adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan.
Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan ialah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.
Antara faktor telefilem yang dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen ialah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap, mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej yang positif di samping boleh menarik perhatian penonton.
KATEGORI Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama turut menyenaraikan pelakon baharu, Shukri Yahya sebagai salah seorang daripada calonnya.


Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013 dan pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian Nielson Audience Measurement mengikut genre masing-masing.
Untuk kategori drama, 13 drama rantaian dan empat komedi telah dicalonkan, manakala untuk kategori filem pula 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2013.
Mendominasi senarai pencalonan, Mawar Putih Tanda Perpisahan mendapat lapan pencalonan terbaik seperti Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita, Pengarah Terbaik, Artis Harapan Pantene, videografi dan pelakon Televisyen Terbaik.
Antara drama lain yang layak bertanding seperti Akhirnya Kisah Perempuan, Aku Bukan Malaikat, Anak Lorong, Bedah Tong Gas Nak Raya, Di Bawah Langit Mu, Fatihah untuk Abah, Hari Hari Terakhir Seorang Seniman, Kampong Semerah Padi, Kawan, Neraka Abah, Perempuan Itu Ibuku, Sebelum Kiamat, Siapa Dapat Lisa, Strawberry Karipap dan Tunggu Sekejap.
Anugerah Skrin 2013 menerima pencalonan bagi kategori drama rantaian seperti Adam Dan Hawa, Cinta Kau Dan Aku, Dalam Setiap Sujud, Debunga Lalang, Geng Bas Sekolah (Musim 5), Jodoh, Karlos, Operasi D6, Setia Hujung Nyawa, Surat dari Langit Biru, Tanah Merah, Terlanjur Cinta dan Trilogi Cinta (Muim 2)
Bagi kategori drama komedi pula, Anugerah Skrin 2013 menerima pencalonan seperti Buletin Cinta, Mentua VS Menantu, Udin Glamour Balik Kampung dan Keluarga Iskandar.
Sementara bagi kategori filem pula ialah 29 Februari, Aku Terima Nikahnya, Istanbul Aku Datang, Juvana, KIL, Langgar, Lari, Pecah, Rock Oo, SAM dan lain-lain.
Persembahan nyanyian Jaclyn Victor dan Uchop mengakhiri Debaran Anugerah Skrin 2013. Gandingan mantap duet itu mendendangkan rangkaian lagu daripada filem Sembilu 2 iaitu Bersama Akhirnya, Senja Nan Merah, dan Ukiran Jiwa.
Berikut adalah antara senarai lima pencalonan terbaik (Top 5).


Joe Flizzow raih pengiktirafan

Posted: 13 Nov 2013 02:50 PM PST



WALAUPUN gagal memenangi kategori Fresh TV Series Award menerusi rancangan televisyen popular Hip-Hoppin' Asia, penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow dinobatkan sebagai pemenang Ultimate Shout! Awards tahun ini.
Anugerah tertinggi yang diberikan kepada individu atau penggiat seni yang memberikan sumbangan tertinggi dalam industri hiburan negara itu secara tidak langsung telah mengiktiraf sumbangan Joe dan muzik hip hop yang diperjuangkan selama ini.
Ujar Joe, pengiktirafan yang diberikan Shout! Awards tahun ini membuktikan bahawa muzik bersifat universal dan genre hip hop sebenarnya mampu menjadi medium penyatuan.
"Ultimate Shout! Awards menghargai sumbangan penggiat muzik hip hop seperti saya, terima kasih kerana sentiasa melihat potensi yang ada dalam genre hip hop.
"Saya tidak layak untuk menerima anugerah ini dan saya meraikan kemenangan ini mewakili pasukan saya yang bertungkus lumus selama ini.
"Ternyata muzik hip hop mampu mengerat dan mengukuhkan persahabatan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
"Jelas sekali saya tidak menjangka akan memenangi anugerah terunggul Shout! Awards ini," katanya yang ditemui di belakang pentas Shout! Awards usai kemenangannya pada malam Sabtu lalu.

TERUJA... Joe sangat menghargai pengiktirafan yang diberikan terhadap hasil karier muziknya selama ini.


Jelajah
Kemenangan itu, kata Joe, telah menyuntik semangatnya untuk terus lebih keras bekerja dan menumpukan sepenuhnya untuk perkembangan genre muzik itu.
"Insya-Allah akan ada siri susulan rancangan Hip-Hoppin' Asia pada tahun depan dan produksi kami akan mencari lebih mendalam muzik hip hop dari lokasi yang tidak siapa terduga.
"Selain itu, saya akan memberikan fokus sepenuhnya untuk perkembangan muzik hip hop dan album terbaharu saya, Havoc yang bakal berada di pasaran awal tahun depan.
"Malah, saya akan menumpukan promosi album yang selama ini sering dilupakan oleh sesetengah artis setelah mengeluarkan sesebuah album. Promosi album saya akan meliputi siri jelajah di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei," katanya yang baru pulang dari Thailand beberapa hari lalu.
Selain promosi dan mengadakan persembahan di beberapa buah lokasi tertentu, Joe akan mengeluarkan barangan cenderamata khas untuk peminatnya dan akan dijual bersama sepanjang siri jelajah kelak.
Ciplak
Sementara itu, Joe diminta mengulas mengenai isu lagu ciplak nyanyian Waris dan Juzzthin ciptaan DJ Fuzz berjudul Botingkek digugurkan pencalonan daripada Anugerah Industri Muzik (AIM 20) kerana didakwa telah diciplak sepenuhnya daripada lagu Racks, nyanyian YC dan Future.
"Sebagai penyanyi yang telah lama dalam industri muzik hip hop di Malaysia, saya tidak melihat lagu tersebut diciplak, sebaliknya dalam genre hip hop situasi itu lebih dikenali dengan terma mixtape.
"Maknanya, sesebuah melodi itu dinyanyikan semula menggunakan lirik lain dan lagu itu tidak memerlukan kebenaran daripada pencipta asal untuk digunakan semula asalkan bukan bertujuan mencari keuntungan.
"Banyak perkara yang perlu diperhalusi dan dibincangkan sebelum memutuskan untuk menggugurkan sesebuah lagu daripada pertandingan," tegasnya.

JOE mempunyai pandangan tersendiri tentang isu lagu kolaborasi Waris dan Juzthin yang dikatakan merupakan hasil ciplak.


Dalam pada itu, Joe akur dengan pendirian sesetengah pihak terutama stesen radio yang enggan memutarkan lagu terbaharu ciptaannya, Havoc kerana didakwa mengandungi lirik bahasa rojak.
"Sejak dari zaman Too Phat lagi, lapan daripada 10 buah lagu dalam album diharamkan untuk memasuki airplay di beberapa buah stesen radio. Itu tidak menjadi masalah kepada saya sebenarnya.
"Bahasa adalah cara kita berkomunikasi dan kalau mahu penggiat seni berbual seperti zaman Hang Tuah, mungkin stesen radio perlu menunggu lebih lama lagi.
"Lainlah kalau lirik itu menggunakan bahasa kasar atau lucah, maka dengan itu saya memohon maaf terlebih dahulu.
"Muzik adalah seni dan kita tidak boleh mengarahkan warna apa yang boleh digunakan untuk mencorakkan dunia ini," simpulnya berfalsafah.


Bebas tanpa jiwa

Posted: 13 Nov 2013 02:49 PM PST


NASKHAH animasi Free Birds turut menampilkan jalinan kisah cinta yang penuh romantis.


MAHU menikmati sebuah lagi filem yang menjadikan kisah pengembaraan merentasi masa sebagai intipati utamanya, tetapi dalam bentuk animasi?
Filem animasi terbaharu, Free Birds menawarkan sesuatu yang mengujakan.
Tema naskhah ini adalah membebaskan diri daripada belenggu sengsara!
Bayangkan seekor ayam belanda. Sekarang bayangkan pula tentang ayam Belanda sebagai juadah makanan Hari Kesyukuran (Thanksgiving) yang sering diraikan penganut agama Kristian pada setiap 28 November.
Bayangkan pula seekor ayam belanda yang mahu mengubah tradisi Hari Kesyukuran tersebut dengan mengembara merentasi masa.
Ya, Free Birds berkisar tentang ayam belanda yang sering dijadikan juadah santapan pada Hari Kesyukuran daripada perspektif ayam belanda itu sendiri!
Beberapa hari sebelum sambutan Hari Kesyukuran, Reggie (lakonan suara oleh aktor Owen Wilson) mempersoalkan kenapa rakan-rakan dan dirinya sendiri sering dihidangkan makanan yang banyak sehingga badan mereka menjadi gemuk.
Apa yang bermain di mindanya itu kemudian menjadi mimpi ngeri apabila dia mendapat tahu tentang Hari Kesyukuran dan rakan-rakannya itu semua bakal menjadi korban untuk dijadikan juadah makanan istimewa.
Reggie kemudian dipaksa untuk menyertai misi kembara merentasi masa ke tahun 1621 bermatlamat bagi mengubah sejarah Hari Kesyukuran.
Ceritanya kedengaran berpotensi untuk menjadi menarik. Malangnya tanpa pengolahan yang baik, Free Birds dipaparkan seolah-olah tanpa jiwa.
Entah kenapa, naskhah arahan Jimmy Hayward ini dirasakan kurang hidup - jauh panggang dari api jika hendak dibandingkan dengan filem-filem animasi hebat bertaraf Oscar seperti Toy Story 3 (2011), Ratatouille (2007), Finding Nemo (2003), Shrek (2001) dan yang seumpamanya.
Elemen humor yang ditampilkan juga terasa agak hambar, malah jalinan cinta yang digambarkan antara Reggie dan Jenny kurang meyakinkan, malah langsung tidak menimbulkan daya inspirasi. Sebuah kisah cinta yang longlai.
Selaku pengarah dan penulis skrip bersama Free Birds, Hayward cuba sedaya upaya untuk menjadikannya suatu naskhah animasi yang hebat.
Malangnya, terjemahan cerita dan karakternya agak konvensional dan membosankan. Teknologi 3D yang disuntik juga tidak membantu dalam menghidupkan lagi filem animasi ini.
Namun, berita baik buat Free Birds adalah ia mungkin menarik perhatian anak-anak kecil yang menonton karya animasi tanpa banyak soal jawab.


Ning tidak berniat bukukan fantasi seks

Posted: 13 Nov 2013 02:48 PM PST


NING giat menjalani latihan untuk Konsert Pelangi Untukmu yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 16 November ini.


BARU-BARU ini, penyanyi bersuara saprano, Ning Baizura dikatakan mahu membukukan kisah mengenai fantasi seksnya yang pernah hangat menjadi bahan bualan suatu ketika dahulu.
Ada juga cakap-cakap nakal yang mengatakan penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Ning itu tidak pernah penat untuk mencipta publisiti bagi meraih perhatian orang ramai.
Namun, ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Pelangi Untukmu di International College Of Music, Jalan Pahang, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ning dengan tenang membidas dakwaan tersebut dan memberitahu kisah sebenar
di sebalik isu berkenaan.
Kosmo!: Khabarnya, Ning berniat untuk membukukan kisah fantasi seks yang pernah membadai kehidupan peribadi Ning suatu ketika dahulu. Adakah dakwaan tersebut benar?
NING BAIZURA: Saya agak terkejut dan terkilan dengan dakwaan tersebut kerana saya hanya merancang untuk menulis sebuah buku autobiografi mengenai kisah hidup saya sepanjang bergelar anak seni, tidak tertumpu pada perkara itu sahaja.
Jadi, apa pandangan Ning mengenai isu ini dan kesannya terhadap karier Ning?
Mungkin isu ini timbul akibat berlakunya salah faham. Tetapi ingin saya tekankan, perkongsian kisah hidup saya dengan peminat bersifat universal. Ia juga berkait rapat dengan jatuh bangun diri saya ketika bergelar anak seni.
Sebagai seorang artis yang sudah 20 tahun berada dalam industri hiburan, apakah sumber kekuatan utama Ning untuk terus melawan isu-isu yang berunsur negatif seperti ini?
Tidak saya nafikan, banyak yang perlu ditelan sepanjang 20 tahun bergelar anak seni. Sepanjang tempoh itu juga, saya semakin matang dan faham tentang selok- belok industri hiburan terutamanya yang melibatkan isu-isu berkaitan peribadi.
Apakah harapan Ning setelah isu mengenai buku ini selesai?
Saya berharap agar orang ramai khususnya peminat saya menjadi lebih matang dalam menilai sesuatu cerita yang disampaikan.
NING menegaskan timbul isu salah faham tentang kononnya dia akan membukukan kisah fantasi seks dirinya.


Apakah perkembangan terbaharu Ning?
Saya sedang menjalani latihan untuk konsert solo terbaharu yang akan berlangsung pada 16 November ini. Jadi, segala persiapan perlu dilakukan agar persembahan dapat berjalan dengan sempurna.
Boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai konsert tersebut?
Konsert solo saya itu diberi nama Pelangi Untukmu dan ia akan berlangsung pada 16 November ini di TM Convention Centre, Kuala Lumpur. Saya akan membawakan sebanyak 20 buah lagu lama yang diberi nafas baharu seperti Pasti, Curiga dan Awan Yang Terpilu. Saya juga akan memperdengarkan lagu-lagu baharu iaitu Embunan Bersinar, Bukan Wanita Sempurna dan Pelangi Untukmu.
Bagaimana dengan harga jualan tiket dan cara peminat boleh mendapatkannya?
Mereka boleh membeli tiket-tiket berharga RM50 dan RM 70 di www.ticketcharge.com.my. Bagi tiket berharga RM150, e-melkan butiran ke nmz.ning@gmail.com.
Kali terakhir Ning mengeluarkan album kira-kira tiga tahun yang lalu. Ada perancangan untuk album baharu?
Saya telah pun merakam tiga buah lagu baharu untuk album kompilasi bertajuk Kekal - Ning Baizura. Album ini sungguh istimewa kerana ia turut mengandungi tujuh lagu-lagu hits saya yang telah diberi nafas baharu. Peminat yang membeli tiket konsert berharga RM150 bakal menerima album ini secara percuma pada malam konsert sebelum ia dilancarkan Disember depan.
Ning kini sudah bergelar ibu. Bagaimana membahagikan masa dengan anak?
Alhamdulillah, buat masa ini saya seronok menjaga Rayyan (anak lelaki Ning). Bagi saya, setelah bergelar ibu, keluarga adalah keutamaan. Setelah itu barulah kerjaya.


Gerakan padu buru 'Tuhan Harun'

Posted: 13 Nov 2013 02:45 PM PST

HARUN


KUANTAN – Ketua ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat, 47, yang diburu polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana gagal hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin atas tuduhan menyebarkan fahaman berkenaan dipercayai telah lesap bersama 29 pengikutnya setianya sejak Mei lalu.
Kali terakhir Harun muncul di khalayak ramai ialah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tuduhan menerima deposit haram RM40 juta pada 29 Mei lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani sehubungan itu menegaskan, polis akan membantu JAIP memberkas lelaki berkenaan selepas mendapat waran tangkap dikeluarkan pihak mahkamah.
"Kita percaya Harun sedang bersembunyi di dalam negara ini bersama pengikut setianya.
"Saya gesa mereka menyerah diri seperti yang ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini," katanya ketika dihubungi semalam.


Pesawah rugi padi diserang tikus

Posted: 13 Nov 2013 02:42 PM PST


SEBAHAGIAN daripada pesawah menunjukkan tikus yang berjaya dibunuh selepas bergotong-royong membersihkan kawasan sawah di Kampung Berangan dan Kampung Lepah, Pasir Puteh, Kelantan semalam.


PASIR PUTEH –- Seramai 83 pesawah di Kampung Berangan dan Kampung Lepah dekat sini mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah keseluruhan hasil tanaman padi musim kedua melibatkan kawasan seluas 202 hektar musnah diserang tikus hutan sebelum ia sempat dituai.
Ketua Unit Penanam Padi Kampung Berangan, Nik Yahya Nik Mustafa berkata, sepanjang tahun ini, 53 pesawah di Kampung Berangan dan 30 pesawah di Kampung Lepah berputih mata apabila mereka gagal menikmati hasil tanaman yang diusahakan sepanjang dua musim penanaman.
Katanya, selain tidak mendapat sebarang hasil, pesawah juga terpaksa menanggung beban hutang bagi kos pengurusan sawah.
"Kini kami berdepan lagi dengan kerugian sebab hampir sebahagian tanaman padi bagi musim ketiga ini diserang tikus," katanya selepas program gotong-royong membersihkan semak dan tali air di sekitar kawasan sawah berkenaan yang disertai lebih 50 pesawah di sini semalam.


Cetakan teragih Mykad diperluas

Posted: 13 Nov 2013 02:41 PM PST


JARIAH menyerahkan MyKad baharu kepada seorang pemohon sambil disaksikan Mohd. Zahari (kanan) selepas melancarkan pelaksanaan cetakan teragih MyKad di JPN cawangan Manjung di Seri Manjung, Perak semalam.


SERI MANJUNG – Pelaksanaan cetakan teragih MyKad iaitu penyerahan kad pengenalan kepada pemohon dalam tempoh 24 jam akan diperluas kepada 10 pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, pejabat cawangan terlibat ialah Temerloh, Sandakan, Besut, Tawau, Raub, Sibu, Gua Musang, Petaling Jaya, Klang dan Papar.
"Pelaksanaan cetakan teragih MyKad di cawangan-cawangan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 18 November ini.
"Setakat ini, 26 pejabat JPN di seluruh negara termasuk yang terbaharu di Manjung telah melaksanakan sistem yang membolehkan pemohon memperoleh MyKad mereka dalam tempoh seawal dua jam," katanya selepas melancarkan pelaksanaan cetakan teragih MyKad di JPN cawangan Manjung di Bangunan Persekutuan di sini semalam.


Berlian oren terbesar dunia dibeli RM101 juta

Posted: 13 Nov 2013 02:38 PM PST


SEORANG kakitangan firma Christie's memegang berlian oren di Geneva pada 31 Oktober lalu.


GENEVA, Switzerland - Sebutir berlian oren yang jarang ditemui dibeli dalam satu lelongan di Switzerland pada harga AS$31.5 juta (RM101.10 juta) kelmarin.
Lelongan itu dihadiri kira-kira 200 orang di sebuah hotel mewah di sini.
Firma Christie's yang menganjurkan lelongan itu tidak mendedahkan identiti pembeli tersebut.
Berlian seberat 14.82 karat itu ditemui di sebuah lombong batu permata di Afrika Selatan.


Lukisan termahal dunia dilelong RM457.3 juta

Posted: 13 Nov 2013 02:37 PM PST


GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud.


NEW YORK - Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang di- adakan di sini kelmarin.
Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.
Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.
Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.
Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).
Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu.


Cuci rangka tulang dinosaur

Posted: 13 Nov 2013 02:36 PM PST


SIMPSON menyedut habuk pada rangka tulang dinosaur di Muzium Field, Chicago kelmarin.


CHICAGO, Amerika Syarikat - Seorang ahli biologi, Bill Simpson mencuci rangka tulang dinosaur yang berusia 67 juta tahun di Muzium Field di sini kelmarin.
Dia menggunakan penyapu dan penyedut habuk semasa mencuci rangka tulang dinosaur Tyrannosaurus Rex.
Rangka tulang itu adalah yang hampir sempurna pernah ditemui di dunia.
Masa selama dua jam digunakan untuk mencuci rangka tulang tersebut.
Terdapat 280 tulang pada rangka dinosaur berkenaan.
Rangka tulang itu dibeli oleh pihak muzium tersebut dengan harga AS$8.4 juta (RM13.48 juta) dalam satu lelongan pada tahun 1997.
Tidak ada proses mengilat dilakukan dalam kerja-kerja mencuci yang dibuat dua kali setiap tahun.


iPad Mini baharu masuki pasaran

Posted: 13 Nov 2013 02:35 PM PST


SEORANG kakitangan syarikat Apple memegang iPad Mini baharu pada 22 Oktober lalu di San Francisco, Amerika Syarikat.


CUPERTINO, California - Versi terbaharu iPad Mini keluaran Apple mula memasuki pasaran kelmarin.
Gajet mini itu merupakan versi iPad lebih kecil yang pertama menampilkan paparan resolusi tinggi yang dikenali sebagai retina.
Ia turut dilengkapi cip jimat tenaga A7 dengan fungsi wayarles lebih pantas.
Komputer tablet itu didatangkan dalam dua warna iaitu perak atau kelabu.
Versi wayarles akan dijual pada harga bermula AS$399 (RM1,281) untuk model berkapasiti 16 gigabit manakala harga permulaan untuk model selular 16 gigabit pula ialah AS$529 (RM1,699).


Pelopor jual jagung dalam cawan

Posted: 13 Nov 2013 02:34 PM PST



PADA suatu petang, ketika Nelson sedang menguruskan kedai permainan kanak-kanak miliknya di Asia Jaya, Petaling Jaya, Selangor, dia didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa sebuah bakul penuh berisi jagung. Perkenalan spontan itu memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan kesukarannya memasarkan jagung yang ditanamnya.
Tanpa berfikir panjang, Nelson terus membeli beberapa tongkol jagung daripada lelaki itu lalu membawa pulang ke rumah. Malam itu, Nelson sekeluarga menikmati jagung kukus yang dibelinya pada siang tadi. Kelembutan dan kemanisan jagung itu memikat hati Nelson. Dia bertemu semula penjual jagung itu dan bersetuju melantik lelaki tersebut sebagai pembekal utama jagung.
Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 1980-an. Nelson kemudiannya membuka gerai kecil di hadapan kedai permainannya untuk menjual jagung. Tidak memakan masa yang panjang, jagung Nelson mempunyai pengikut setia, malah hasil jualan makanan itu lebih laris berbanding perniagaan permainan kanak-kanak. Tiga tahun kemudian, Nelson mengubah keutamaan bisnesnya daripada kedai permainan kepada gerai jagung.
Sambutan menggalakkan jagung tersebut mendorong Nelson, 57, atau Datuk Nelson Kwok Teng Toong membawa bisnes kecilnya ke dalam sebuah pasar raya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Tahun 1985 menjadi permulaan kepada pengenalan jenama Nelson Corn (jagung manis) di Jaya Supermarket.
"Hari pertama operasi sahaja, sudah ramai orang beratur. Waktu itu saya dan isteri yang berniaga. Jagung dikukus mengikut pesanan pelanggan dan saya masih ingat bekalan jagung tidak cukup untuk menampung permintaan orang ramai.
"Ketika itu jagung masih dijual mengikut tongkol. Satu tongkol berharga RM1.20 dan ia boleh terjual sebanyak 1,000 tongkol sehari. Hujung minggu jagung mesti habis dijual," kenang Nelson ketika ditemui Kosmo!.
Ladang sendiri
Lapan tahun beroperasi di Jaya Supermarket, Nelson yakin sudah tiba masa untuk mengembangkan perniagaannya ke negeri lain. Dilema tercetus apabila masalah ketahanan jagung mengekang kelancaran pembukaan cawangan baharu.
Tanpa ladang sendiri, Nelson bergantung sepenuhnya kepada pembekal yang terdiri daripada petani-petani kontrak. Jagung yang dibawa ke luar Selangor mengecut dengan pantas dan membuatkan rasa aslinya hilang. 
NELSON (kanan) membuktikan bahawa bisnes jagung mempunyai potensi yang luar biasa.


Keuntungan perniagaan merosot dan hal tersebut menggugat keselesaan Nelson.
Mujur anak kedua daripada empat adik-beradik itu mampu menyelamatkan perniagaan tersebut daripada tersungkur. Program penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan bagi mencari penyelesaian terhadap isu ketahanan jagung.
Solusi terbaik ditemui. Maka teknik pengasingan biji jagung daripada tongkol digunakan. Biji-biji jagung itu kemudiannya disejuk beku untuk dihantar ke cawangan Nelson di luar kawasan Lembah Klang.
Sejak itu, terciptalah budaya memakan jagung di dalam cawan. Percaya atau tidak, Nelson Corn ialah perusahaan makanan ringan berasaskan jagung pertama di dunia menggunakan pendekatan sedemikian.
Pulau Pinang menjadi cawangan pertama selepas Jaya Supermarket. Ia diikuti dengan pembukaan Nelson Corn di Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Menerusi program francais, Nelson kemudiannya menyenaraikan Nelson Corn sebagai sebuah perusahaan francais di Malaysia.
Hari ini, selepas 28 tahun bergelumang dengan jagung, jenama Nelson Corn telah berkembang di 16 buah negara dengan jumlah kedai melebihi 800 buah dan dijangka akan terus bertambah.
"Nelson Corn juga berjaya dibawa masuk ke Mesir dan Vietnam. Saya tidak menyangka perniagaan ini mampu berkembang dengan jayanya selepas memperkenalkan jenama ini di Indonesia pada tahun 1998.
"Penerimaan positif membuatkan saya lebih berani untuk meluaskan empayar Nelson Corn. Arab Saudi menjadi destinasi luar negara kedua dan sekarang ia telah memiliki lebih 400 cawangan di sana," kongsi Nelson yang juga membuka cawangan di Tanah Suci Mekah.
Baka jagung
Seiring perkembangan perniagaannya, Nelson turut membuat keputusan untuk memiliki ladang jagung sendiri. Empat tahun lalu, ladang jagung berkeluasan 97 hektar di Chemor, Perak dijadikan pusat penanaman dan pemprosesan utama Nelson Corn.
Jagung gred N28 hasil penyelidikan khusus digunakan bagi memastikan setiap produk keluaran Nelson Corn terjamin kualitinya. Malah bekalan jagung daripada kira-kira 161 hektar ladang petani kontrak turut disyaratkan menggunakan baka jagung yang sama.

DALAM tempoh tiga dekad mengabdikan diri dalam bisnes jagung, Nelson berjaya mengangkat produk Malaysia ke mata dunia.


Kawalan piawaian tersebut membolehkan setiap jagung yang dieksport ke cawangan luar negara tidak mempunyai perbezaan dari segi kualiti dan rasa.
"Kalau anda ke luar negara dan mencuba jagung Nelson di negara tersebut, anda pasti merasai keenakan yang sama. Semua cawangan di luar negara menggunakan jagung yang dibekalkan dari Malaysia.
"Ia membolehkan pelanggan membezakan kualiti jagung Nelson berbanding jenama lain. Saya mahu mengekalkan keseragaman ini sampai bila-bila," jelas Nelson.
Menyedari masalah golongan petani di Malaysia yang berdepan kesukaran memasarkan hasil tanaman mereka, Nelson mewujudkan program bantuan dengan nama Balik Kampung Tanam Jagung.
Mungkin ia kedengaran lucu kerana frasa itu sering merujuk kepada jenaka sinis terhadap individu yang gagal dalam sesuatu pekerjaan. Nelson cuba membuktikan kebenaran di sebalik kenyataan itu dan mahu petani sedar bahawa menceburi bidang pertanian dan perladangan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan.
Di bawah program tersebut, Nelson menggalakkan petani-petani untuk menanam jagung N28 dan akan membeli semula hasil tanaman mereka untuk diproses menjadi produk-produk Nelson Corn.
Pemandu van
Menyelak layar hidup Nelson, menemukan rentetan kisah yang menarik. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Nelson yang menamatkan pengajian setakat tingkatan enam pernah berkhidmat sebagai pemandu van.
Selama empat tahun, dia membawa dan menghantar bekalan air kacang soya dari kilang pembekal ke pasar raya dan kedai-kedai runcit. Selepas itu, Nelson beralih profesion menjadi kerani sebelum memutuskan untuk membuka kedai permainan kanak-kanak.
Meskipun bapanya seorang pemborong ikan masin dan ikan bilis, tidak pernah sekali dia dipanggil bagi menguruskan perniagaan keluarga tersebut. Bapa Nelson mahu anak-anaknya belajar berdikari dan merasai pengalaman bekerja dari bawah sebelum bercadang menguruskan perniagaan sendiri.


Pecipta 2013 pamer penyelidikan IPT

Posted: 13 Nov 2013 02:32 PM PST

SARTAMS 5.0 membantu pasukan penyelamat ketika proses pencarian dan menyelamat mangsa-mangsa yang sesat atau hilang di dalam hutan.


PUSAT Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadi medan pertemuan kepada para ahli akademik baru-baru ini dengan mempamerkan produk dan kajian inovasi baharu yang memberi manfaat kepada kehidupan seharian.
Mereka disatukan dalam acara yang memasuki edisi ke-7 iaitu Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2013 yang dianjurkan selama tiga hari oleh Universiti Malaysia Pahang (Unimap) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut serta ialah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) membawakan produk yang dihasilkan daripada hampas pokok sagu, Eco-Modarnt, ciptaan Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari dari Institusi Reka Bentuk dan Inovasi. Rekaan tersebut berjaya memenangi Double Gold Award pada Pameran Reka Cipta Britain (BIS) 2012.
"Ciptaan ini tercetus akibat lambakan hampas sagu di Mukah, Sarawak yang menjadi sumber ekonomi di daerah itu.
"Memikirkan senario tersebut dalam jangka masa panjang kepada ekosistem alam sekitar, kami mencari alternatif lalu tercipta satu produk daripada hasil buangan itu," ujarnya ketika ditemui Infiniti di persidangan berkenaan.
Pewarna asli
Sehubungan itu, beliau bersama Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Unimas, Prof. Madya Dr. Zainab Ngaini melakukan kajian berkaitan industri tekstil.
"Melalui kajian itu, kami mendapati hampas sagu yang dibakar menjadi abu boleh digunakan dalam proses pewarnaan fabrik.
"Ia jauh lebih selamat kerana diperbuat daripada bahan alam semula jadi, malah kadar kelunturan adalah lebih rendah berbanding bahan kimia," jelas Nazlina.
Proses pewarnaan baju biasanya menggunakan bahan-bahan kimia seperti alum dan ion. Dalam beberapa keadaan, ia mudah rosak dan cepat lentur akibat tindak balas kimia.
"Kajian yang dilakukan mendapati penggunaan serbuk abu sagu itu tidak menghasilkan bahan-bahan kimia, malah bahan pewarna yang digunakan diperbuat daripada pewarna asli tumbuh-tumbuhan," tambah Nazlina.
Pewarna tersebut kemudiannya telah diaplikasikan ke fabrik sutera bagi menghasilkan beberapa item fesyen seperti selendang wanita dan kain batik.
"Kami menerima banyak permintaan dari negara-negara luar antaranya, Korea Selatan yang berminat dengan kain selendang tersebut," ujarnya.
Sagu diperoleh daripada pokok rumbia yang banyak terdapat di hutan-hutan pedalaman Sabah dan Sarawak. Isi batang pokok rumbia kaya dengan kanji yang menjadi makanan asasi kepada kaum Bisaya di Sabah dan Melanau, Sarawak.

PELAJAR Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar Perlis, Muhammad Danish Saidar menunjukkan BreadFriend, alat menyapu mentega yang lebih mudah dan cepat.


Tepung sagu rumbia pula boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa, sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, kertas, pelekat, gam, bahan pembeku dan plastik.
Hampas sagu yang dibuang ke sungai akan menyebabkan berlakunya proses penapaian akibat mendapan hasil buangan itu.
Menurut Nazlina, kajian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak mendapati, hampas sagu yang dibuang ke sungai- sungai berdekatan menyebabkan kadar pH air bertukar kepada skala empat. Ia menunjukkan kadar asid tinggi dalam sungai yang boleh membunuh ikan-ikan.
Nenas
Dalam pada itu, bagi membantu pengusaha-pengusaha kecil dalam industri pengisaran serat nanas, sekumpulan pelajar dan pensyarah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menghasilkan satu teknologi yang dinamakan Mesin Serat Daun Nanas 1 (PALF M1).
Menurut Siti Asia Yahya, salah seorang ahli kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Prof. Madya Yusri Yusof, kebanyakan pengusaha kecil menggunakan mesin pengekstrak yang menggunakan kaedah penghancur bagi mendapatkan ekstrak serat nanas.
"Ia berbeza dengan PALF M1 kerana kami menggunakan pisau-pisau bilah untuk menanggalkan lapisan berlilin pada daun tersebut," ujarnya.
Bercerita lebih lanjut, dia berkata, proses dimulakan dengan memasukkan daun nanas di antara dua bilah pisau. Kisaran pertama pada bilah satu akan menanggalkan lapisan luar. Ia seterusnya akan dikisar di bilah kedua untuk menanggalkan keseluruhan lapisan berlilin tersebut.
"Kadar pengeluaran PALF M1 adalah bersamaan 11 kali lebih banyak berbanding menggunakan tenaga manusia," jelas Siti Asia.
Inovasi tersebut mendapat perhatian daripada industri dan komuniti yang berkaitan dengan serat nanas di Malaysia. Ia menjimatkan masa dan kos pengeluaran pengusaha yang selama ini menggunakan kaedah kisaran tangan.

SERAT daun nanas yang menghasilkan produk seperti benang baju lebih mudah dihasilkan dengan menggunakan PALF M1 yang dicipta oleh UTHM.


Serat nanas yang telah dikeringkan banyak digunakan dalam pembuatan benang-benang kain dan songket. Ia mempunyai kualiti dan daya tahan yang tinggi.
Bagi menghasilkan benang, serat-serat tersebut akan dimasukkan ke dalam mesin pemintal bagi proses penyambungan.
Setakat ini, PALF M1 telah dibeli oleh Politeknik Ibrahim Sultan, Johor dan Shabat Craft Enterprise, Melaka. Selain itu, ia telah memenangi tiga anugerah inovasi di ITEX 2013, Tech Rural (UTHM) 2012 dan Pecipta 2011.
Orang hilang
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerusi Pensyarah daripada Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Prof. Madya Kapt. Syed Nasir Alsagof Syed Zakaria, mencipta Sistem Pengurusan Taktik Pencarian dan Menyelamat (Sartams) 5.0 bagi membantu pasukan keselamatan ketika proses pencarian orang hilang di hutan.
Sartams 5.0 menggunakan peranti Wifi android, Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) dan komputer riba.
Alat komunikasi tersebut akan disertakan dengan sistem kamera video dan gambar yang disambungkan ke komputer riba atau tablet seorang ketua penyelamat.
Sistem tersebut akan dikawal selia oleh ketua penyelamat dengan memberi arahan dan mengawal anak-anak buah ketika proses pencarian.
Sebelum memulakan pencarian, ketua penyelamat terlebih dahulu menetapkan lokasi asal bagi mengelakkan penyelamat terkeluar dari peta pencarian.
"Dalam proses itu, setiap pasukan penyelamat perlu mengikuti peta yang diberikan. Mereka perlu mendengar arahan yang diberikan kerana semua pergerakan dan rakaman video dapat dilihat oleh ketua penyelamat," ujar Noor Izzati Mohd. Khalid yang mewakili pensyarahnya.


Kempen kesedaran kanser serviks

Posted: 13 Nov 2013 02:30 PM PST

DARI kiri: Tiz Zaqyah, Francis dan wakil Watson, Stephy Siew menyerahkan replika cek untuk kempen kesedaran kanser kepada Ratnasingham (dua dari kanan).


JENAMA sabun mandi terkenal, MAY baru-baru ini mengadakan kempen kesedaran kanser serviks melalui program MAY Cares For You. Kempen yang dijalankan pada bulan Mei hingga Julai lalu turut dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dan rangkaian kedai kesihatan dan kecantikan, Watsons.
Kempen yang dimulakan di beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di sekitar Lembah Klang itu mendapat sambutan menggalakkan.
Antara pengisian kempen itu ialah sesi ceramah pendidikan kesihatan mengenai kanser serviks kepada pelajar-pelajar.
Pengurus Besar Bahagian Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng memberitahu, kerjasama antara MAY dan NCSM merupakan satu langkah tepat sepanjang kempen tersebut dijalankan.
"Melalui siri ceramah pendidikan di universiti terpilih di sekitar Lembah Klang, kami dapat berkongsi dan mewujudkan kesedaran mengenai kanser serviks kepada pelajar-pelajar.
"Dengan kepakaran NCSM dalam hal ehwal penyakit kanser, kami berharap pelajar lebih prihatin terhadap risiko penyakit yang dikategorikan sebagai pembunuh senyap ini," ujarnya.
Turut hadir, Naib Presiden NCSM, Clare Ratnasingham
Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Metropolitan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara.
Kehadiran duta produk MAY, Tiz Zaqyah ternyata mencuri tumpuan pelajar-pelajar semasa kempen itu dijalankan.
Sepanjang kempen tersebut, MAY juga berjaya mengutip dana sebanyak RM15,000 yang akan disalurkan kepada NCSM untuk aktiviti kesedaran kanser pada masa akan datang.
Menerusi dana tersebut, program-program kesedaran dan pencegahan kanser dapat disebarkan kepada lebih ramai wanita di seluruh negara.


Pertandingan cari jurufoto terhebat Asia

Posted: 13 Nov 2013 02:29 PM PST


PESERTA boleh menghantar penyertaan menerusi laman web www.exploretoinspire.com.


SALURAN National Geographic dan Canon melancarkan pertandingan fotografi Explore to Inspire bagi peringkat Asia bagi mencari jurufoto terhebat di rantau berkenaan.
Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun saluran National Geographic ke-125 dan berlangsung selama dua bulan.
Pertandingan ini terbuka kepada semua jurufoto di Malaysia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Maldives, Myanmar, Nepal, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Setiap peserta mesti berumur 18 tahun ke atas.
Bagi menyertai pertandingan ini, peserta harus menghantar gambar-gambar asli berserta inspirasi yang mendorong peserta untuk meneroka gambar tersebut.
Penerangan dan penjelasan tersebut haruslah tidak melebihi 300 patah perkataan. Setiap penyertaan boleh dihantar melalui laman web www.exploretoinspire.com.
Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah berupa Canon EOS 5D Mark III dan peluang menyertai minggu bengkel fotografi National Geographic yang berprestij di San Francisco.
Dalam bengkel tersebut pemenang dapat mengasah bakat bersama salah seorang jurufoto terkenal National Geographic dari Amerika Syarikat.
Dua hadiah disediakan bagi naib juara pertandingan tersebut iaitu Canon EOS 6D dan Canon EOS 70D selain gambar tersebut berpeluang untuk disiarkan dalam majalah National Geographic.
Juri profesional bagi pertandingan ini terdiri daripada pihak saluran National Geographic dan Canon. Gambar bagi tiga pemenang utama akan disiarkan dalam program National Geographic edisi Asia pada bulan Mac 2014.
"Pertandingan ini dapat meningkatkan minat jurufoto di sekitar Asia Selatan dan Asia Tenggara dan menjadi pentas terbaik untuk menunjukkan gambar-gambar terbaik mereka. Canon juga berharap dapat mempromosikan budaya fotografi di wilayah Asia Selatan.
"Kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan saluran National Geographic, sekali gus memberi peluang kepada pemenang untuk meneruskan minat mereka dalam bidang fotografi ini," kata Hideaki Nishimura, Pengarah Kanan dan Pengurus ICP bagi jualan dan pemasaran serantau, Canon Singapura Pte Ltd.
"Tema Penerokaan ini juga sinonim dengan saluran National Geographic dan kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan Canon dalam usaha mencari imej yang benar-benar memberi inspirasi kepada peminat fotografi," kata Simeon Dawes, Naib Presiden Pengiklanan, Jualan dan Perkong- sian Asia Pasifik dan Asia Barat di FOX One Stop Media.


'Saya Tetap Lawan Untuk Pertahankan Diri' – Shahrizal Jaszle

Posted: 12 Nov 2013 11:33 PM PST


Shahrizal Jaszle sempat melemparkan senyuman kepada jurugambar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Petaling pada Selasa bagi sebutan kes khalwatnya.
PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle nekad untuk memastikan kebenaran berpihak kepadanya selepas membuat pengakuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Selasa atas tuduhan khalwat.
Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, berkata, walaupun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, dia tetap akan membuktikan telah diperangkap oleh wanita berkenaan.
"Saya tidak akan mengaku kalah dengan menyatakan diri saya bersalah atas tuduhan itu kerana ia tidak benar.
"Saya sebenarnya sudah diperangkap dan kini sedang mengumpulkan bukti-bukti untuk meneruskan kes ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Beritahu Shahrizal, pengakuan bersalah wanita itu di mahkamah membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah untuk mengendalikan kes tersebut.
"Sekarang ini saya hanya fokus kepada pihak saya sahaja dan kini saya dan peguam, Asyraf A.Ranee akan membentangkan beberapa perkara kepada pihak mahkamah agar mereka menilai semula kes saya ini," ujarnya.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa memerintahkan Shahrizal Jaszle membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan Farah Nurizzati, seorang pegawai bank.
Farah Nurizzati ditemani seorang lelaki dan cuba mengelak gambarnya dirakamkan.
Bagaimanapun wanita tersebut mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.
Dalam kejadian 16 Mei lalu, pasangan tersebut telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.
Mahkamah menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadap Shahrizal.

Yazer Terpaksa Berjimat Untuk Nikahi Ekin

Posted: 12 Nov 2013 11:32 PM PST


Yazer terpaksa tangguh hasrat berkahwin kerana ingin mengumpul wang terlebih dahulu.
PETALING JAYA: Penyanyi Yazer mengakui terpaksa mengambil langkah untuk berjimat-cermat semata-mata untuk wang sebelum melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, Ekin (AF3).
Yazer berkata, kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur telah memaksanya untuk tidak terlalu boros tambahan pula undangan nyanyian untuknya tidak serancak seperti sebelum ini.
"Saya berbelanja mengikut keperluan kerana sedar persembahan pentas bukannya selalu ada dan saya berjimat kerana ingin mengumpul wang untuk berkahwin.
"Keadaan ekonomi saya yang tidak stabil turut menjadi punca mengapa saya dan Ekin masih belum mengambil keputusan untuk berkahwin," jelasnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Yazer percintaannya dengan Ekin yang telah melangkau lima tahun itu semakin utuh kerana mereka mengharungi susah senang bersama-sama.
Ekin dan Yazer telah bercinta selama lima tahun.
"Boleh sahaja kalau saya nak berkahwin walaupun keadaan ekonomi diri yang tidak menentu tetapi perbuatan itu adalah tidak manis.
"Saya ingin mengumpul wang terlebih dahulu kerana sedar tanggungjawab untuk bergelar suami bukan mudah dan perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dibuat main-main," katanya.
Tambah Yazer, Ekin sangat memahami situasinya dan turut bersetuju untuk menangguhkan perancangan berkahwin buat masa ini.
Dalam perkembangan lain, Yazer berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan lagu terbaharunya bersama syarikat milik Datuk M.Nasir iaitu Luncai Emas.
Jelas Yazer, lagu tersebut bakal berkonsepkan kemanusiaan dan berharap ia dapat diterima baik oleh pendengar.

Apakah Perkara Pertama Dibuat Fizo Selepas Jadi Suami?

Posted: 12 Nov 2013 11:31 PM PST


Fizo Omar dan Mawar
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar berkata perkara pertama yang dia lakukan sebaik sahaja bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, 24, ialah berbincang tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melayari hidup sebagai suami-isteri.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, dia yang juga suami kepada anak pengusaha tudung jenama Fareeda itu masih dalam proses mengenali dan mencari keserasian terhadap wanita tersebut kerana mereka berdua tidak pernah bercinta.
"Perkara pertama ialah kami duduk berbincang tentang peranan masing-masing, Mawar tiada abang jadi saya sebagai suami dan abang buatnya perlu duduk berbincang dalam banyak hal sebelum sesuatu perkara itu dipersetujui.
"Lagi pula masa ini adalah proses kami untuk mencari keserasian dan mengenali hati budi masing-masing,"ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Fizo dan Mawar selamat bernikah pada 10 November lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights, Kajang kira-kira pukul 9.30 pagi.
Tambah Fizo, perasaan yang dirasakannya selepas tiga hari menjadi suami ialah lebih tenang berbanding kehidupan bujang sebelum ini.
"Kehidupan yang sangat berbeza yang mana saya rasa lebih tenang sekarang sebagai suami. Secara jujurnya saya bahagia dan teruja untuk melayari kehidupan mendatang sebagai sebuah keluarga," ujarnya.
Fizo berkata, mereka bakal berpindah ke rumah baharu yang terletak di Country Height, Kajang dan Fizo akan membawa bersama ibu dan adik perempuannya.
"Rumah dah siap dan kami akan pindah dalam masa terdekat ke rumah baru. Buat masa sekarang kami masih tinggal secara bergilir-gilir di rumah ibu mertua masing-masing.
"Ibu dan adik akan tinggal bersama saya kerana mereka adalah tanggungjawab saya sampai mati," katanya.
Sementara itu, Fizo berkata dia dan isteri akan berbulan madu ke Eropah pada Disember ini selama tiga minggu.
Mereka akan menjelajah ke beberapa buah negara di benua itu seperti London, Paris, Itali dan Belanda.

ASK 2013: Nad Zainal Bimbang Dibandingkan Dengan Awal & FBI

Posted: 12 Nov 2013 11:29 PM PST


Nad Zainal
KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal berasa bimbang sekiranya penonton membuat perbandingan dengan dua pengacara gandingannya iaitu Awal Ashaari dan Faizal Ismail (FBI) dalam Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang bakal berlangsung pada 29 November ini.
Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal, 23, berkata, ini merupakan pertama kali dia mengacara sesebuah program berskala besar dan keadaan itu benar-benar memberikan cabaran buatnya apatah lagi berganding dengan dua personaliti yang mahir dalam acara siaran langsung.
"Saya menerima tawaran ini tanpa berfikir panjang kira-kira sebulan lalu. Walaupun saya pernah mengacara satu program sahaja sebelum ini (Osom - RTM), saya berbesar hati apabila diberi tugasan untuk mengendalikan sebuah anugerah yang berprestij.
"Cuma saya bimbang jika orang ramai membandingkan cara pengacaraan saya dengan Awal dan FBI," katanya.
Nad ditemui pada majlis pengumumannya sebagai pengacara ASK 2013 bersama Awal Ashaari dan FBI di Hotel Doubletree di sini pada Selasa.
Tambah Nad, dia telah membuat latihan selain mendalami karakter-karakter Awal dan FBI agar wujud keserasian ketika mengacara bersama.
"Saya cuba mengenali setiap karakter gandingan saya seperti FBI, dia lebih kepada lawak spontan manakala Awal lebih neutral dalam setiap keadaan.
"Jadi saya menempatkan diri saya sebagai pengacara yang akan dijadikan bahan buli oleh mereka berdua. Tetapi saya juga memastikan akan membalas setiap kata-kata mereka," selorohnya.
Sementara itu, ASK 2013 akan bertemakan 'konsep kaca' yang dilihat sebagai refleksi kisah sebenar kehidupan masyarakat dalam drama dan filem.
Pengurus besar kumpulan pengurusan jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, elemen kaca itu akan diserapkan sepenuhnya pada malam anugerah tersebut menerusi set pentas, dekorasi serta pakaian dan tatarias para selebriti dalam menghidupkan suasana glamor.
ASK 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.
Acara itu akan diadakan secara langsung dari stadium Malawati Shah Alam pada 29 November ini pada pukul 8.30 malam.

Asfan Terkilan Tidak Popular Berbanding Lagu

Posted: 12 Nov 2013 11:28 PM PST


Asfan
PETALING JAYA: Penyanyi Asfan agak terkilan kerana belum dikenali biarpun lagu-lagu ciptaannya sering diputarkan di radio selain turut menjadi lagu tema drama rantaian.
Bagaimanapun, Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 29, berkata, dia tidak pernah berputus asa dalam menghasilkan karya-karya terbaik dalam usaha memberi saingan dalam industri muzik tanah air.
"Agak terkilan juga bila orang lebih kenal lagu saya tapi tidak tahu siapa yang menyanyikannya.
"Ia mungkin kesilapan saya juga kerana waktu lagu-lagu tersebut hit, syarikat rakaman dahulu kurang buat promosi dan tiada liputan media, malah strategi untuk mengangkat lagu tersebut juga kurang," katanya kepada mStar Online.
Asfan kini keluar dengan single terbaharu serta video klip berjudul, Alasan Untuk Bahagia
Asfan yang popular dengan lagu Terhenti Di sini dan Tak Cuba Kembali menganggap kegagalan memperkenalkan diri sebagai cabaran untuk dirinya bersaing sebagai penyanyi baharu semula.
Dia yang bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Alasan Untuk Bahagia bertekad mengambil peluang yang ada meletakkan diri sebaris dengan rakan artis seangkatannya yang sudah lama mencipta nama seperti Noh (Hujan), Awi Rafael dan Hazama.
"Setiap kali saya keluar lagu baru, pendengar akan ingat itu lagu daripada penyanyi baru atau orang akan ingat lagu itu daripada penyanyi Indonesia," katanya.
Dalam pada itu, dalam usaha mencari platform memperkenalkan diri, dia turut mencuba nasib dalam menjadi peserta Akademi Fantasia 2013, namun terpaksa menarik diri atas sebab tertentu.
"Pada mulanya saya ambil peluang bertanding di pentas AF 2013, namun terpaksa menarik diri kerana anak saya sakit.
"Saya harap ada rezeki untuk lagu baharu Alasan Untuk Bahagia ini menjadi hit seperti lagu sebelum ini," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines