Isnin, 22 Jun 2015

Tanda-tanda Isteri Ingin Berasmara

Jangan biarkan Isteri anda GERSANG

Lumrah kejadian makhluk secara berpasangan. Bulan dan matahari, langit dan bumi, malam dan siang, lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk saling melengkapi kerana makhluk itu bersifat dengan ketidaksempurnaan. Sebab itu juga selalu berlaku salah faham di dalam hubungan. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelakilah yang paling sukar untuk difahami, namun hakikatnya wanitalah yang sukar untuk difahami!

Jadi, tidak hairanlah jika lelaki menganggap wanita adalah makhluk paling sukar untuk difahami dan sering membuatkan mereka berasa bingung. Ini adalah kerana, biasanya apa yang terlahir daripada mulut wanita, belum tentu sama apa yang diinginkan oleh hatinya! Wanita seringkali menggunakan komunikasi ‘non verbal’ untuk melahirkan apa yang terlintas di fikiran mereka.

Sikap tersebut ternyata turut terjadi di saat mereka inginkan hubungan intim dengan pasangannya. Sekalipun dengan suaminya sendiri, wanita seringkali sukar untuk mengatakannya secara langsung. Mereka seolah-olah malu untuk melahirkan apa yang tersirat di hati sedangkan kaum suami pula sering kurang peka terhadap bahasa tubuh yang cuba ditunjukkan oleh isteri.

Seperti yang dikupas daripada sumber Times of India, ada beberapa perkara yang perlu para suami ambil perhatian apabila si isteri mula memberikan signal ‘nak seks’, antaranya:

1. Lengannya erat memeluk lengan anda
Ketika berada dekat dengan anda, si isteri akan menggerakkan lengannya untuk memeluk anda. Mungkin juga kepalanya berada di atas dada anda. Itu merupakan salah satu caranya untuk mengatakan bahawa dia menginginkan sesuatu yang lebih daripada anda.

2. Nafas kencang
Ketika wanita mula ghairah, bunyi nafasnya akan kedengaran semakin cepat. Ada sebahagian wanita yang mengeluarkan dengusan-dengusan halus. Selain itu, denyutan jantungnya juga menjadi bertambah cepat, dan pada ketika itu mungkin tubuhnya sudah mula menginginkan orgasme. Pada ketika wanita mula terangsang, organ tubuhnya akan memerlukan lebih banyak oksigen. Jadi, sebab itulah denyutan jantungnya menjadi semakin cepat dan nafas mula tercungap-cungap.

3. Bahasa tubuh
Belajar fahami bahasa tubuh. Biasanya ketika dia nak seks, secara automatik tubuhnya akan merespons apabila anda mendekatinya.Tanpa diminta, dia akan mendekati dan cuba memeluk anda. Selain itu, anda boleh lihat jari pasangan anda. Jika melengkung, itu merupakan signal dia sudah bersedia untuk berada dalam dakapan anda.
Namun, jika pasangan anda hanya terdiam kaku, dan hanya anda yang terpaksa bekerja sendirian tentu ada sesuatu yang tidak kena. Kemungkinan anda perlu mengubah posisi atau fokus pada zon sensitif seksualnya supaya detik itu berakhir dengan kemanisan.

Kesimpulan
Setiap wanita berbeza-beza dalam menunjukkan signal rangsangannya. Jadi sebagai pasangan, anda perlu tetap peka dalam menerima semua bahasa tubuh yang diperlihatkan oleh isteri anda. Wanita juga boleh berasa bosan. Tak ada salahnya jika anda  melakukan pancingan-pancingan yang berbeza dengan sebelumnya untuk lebih menarik perhatiannya.

Ahad, 14 Jun 2015

Senaman Ketatkan V


Senaman Ketatkan Bahagian Intim Wanita. Semakin meningkat usia semakin banyak bahagian yang mula mengendur. Ini adalah lumrah kehidupan bagi semua manusia. Dari kulit hinggalah kepada bahagian intim wanita. Wanita pasti ingin kekal remaja sepanjang usia.

Beberapa senaman yang sesuai boleh dibuat diamalkan bagi wanita yang ingin mengetatkan kembali bahagian yang longgar. Antara senaman yang boleh anda lakukan adalah senaman Kagel , berjengket , naikkan kaki dan otot punggung.

Bagaimana caranya senaman ketatkan ini?

Lakukan senaman naikkan kaki.


Caranya adalah dengan berbaring telentang dan angkat kedua belah kaki ke atas. Angkat keduanya dan turunkan, angkat dan turunkan kembali. Seiring dengan menguatkan otot-otot kaki, senaman kaki ini juga mampu mengetatkan bahagian intim anda.


Senaman Berjengket adalah senaman yang terbaik untuk mengetatkan alat sulit anda. Berdiri dengan kaki selebar bahu dan jaga pinggang agar tetap lurus. Bengkokkan lutut dan turunkan tubuh secara perlahan-lahan. Depakan tangan untuk hasil yang lebih baik.

Bagaimana hendak membuat senaman otot dasar punggung? Tahan dan lepaskan otot-otot dasar punggung berulang-ulang. Percepatkan dan lakukan kira-kira 10 set. Pastikan senaman ini hanya dilakukan dengan otot-otot dasar punggung. Hindari menegangkan perut, belakang , pinggang dan otot paha.


Lakukan senaman kagel walau dimana anda berada. Tidak kira apa aktiviti anda. Sebab senaman ini tidak memerlukan senaman fizikal yang memerlukan pergerakan. Caranya adalah dengan kemut secara perlahan-lahan, ia akan menguatkan otot punggung di bawah saluran kencing. Tahan selama 10 saat, kemudian relaks. Ulangkan kembali selama lima minit dan lakukan pada setiap hari.

Isnin, 8 Jun 2015

Kecurangan Suami Sharifah Shahora




KISAH kecurangan pasangan yang sudah berkahwin sememangnya bukan kisah baharu dalam masyarakat hari ini.

Ada rumah tangga yang berakhir kerana kehadiran orang ketiga dan ada yang bangkit daripada kesilapan pasangan masing-masing.

Begitulah juga yang berlaku kepada pelakon dan penerbit, Sharifah Shahora yang mengejutkan ramai apabila mendedahkan kecurangan suaminya, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Yanie.

Pelakon Sharifah Shahora menganggap pendedahan mengenai kecurangan jurukamera Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 43, di media sosial baru-baru ini bukan bertujuan untuk mengaibkan suaminya itu.

Shahora, atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 40, berkata, tindakannya yang dianggap tidak waras itu berikutan rasa tertekan dan kecewa selepas mengetahui dipermainkan oleh suami sendiri bersama wanita yang tidak dikenali.

"Saya bukan nak aibkan suami sendiri, tapi saya sudah tidak tahan dan tertekan kerana berasa ditipu. Bayangkan, saya tengah tidur mereka bermesej-mesej.

"Saya ada terbaca mesej perempuan itu bertanya, "manager mana?" suami saya balas, "dia tidur" dan perkara itu membuatkan saya rasa geram dan terlalu marah sehingga memuat naik perkara tersebut di laman sosial," katanya

Menggunakan medium laman sosial, Twitter untuk meluahkan perasaan, Shahora berkata, dia menjadi seberani itu kerana sudah tertekan dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas dirinya disebabkan 'adegan drama' selama tiga bulan antara wanita tersebut dan suaminya.

“Setiap manusia ada tahap kesabarannya dan apabila perkara ini seperti tidak dapat lagi dihentikan, maka dengan cara inilah (uar-uarkan kepada umum) jalan terbaik untuk menghentikannya.

“Memang perkara ini memalukan diri saya, tetapi saya terpaksa kerana saya sendirian. Saya tiada niat mahu mengaibkan suami, namun ini sahaja cara saya boleh gunakan, tambahan saya lakukan secara sendiri, saya seorang,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program Ramadan TV3 dan TV9, baru-baru ini.

Bukan sahaja menjejaskan emosinya, akui Shahora, hubungannya dengan suami juga sudah terjejas sejak wanita tersebut hadir dalam hidup mereka.

“Saya dengan suami memang sekarang agak panas, sangat panas dan saya tidak boleh terima benda ini kerana anggap telah ditipu selama ini.

“Nasib baik saya merasa ada sesuatu tidak kena pada reaksi suami pada mula-mula kejadian ini berlaku, jika tidak masih beranggapan suami masih sayangkan saya.

“Sejak saya mengetahui perkara ini tiga bulan lalu, saya sering menasihati suami agar jangan ulanginya lagi, namun ia tetap berpanjangan,” jelasnya.

Dalam tempoh tiga bulan tersebut, Shahora juga ada menyarankan agar suaminya berkahwin dengan wanita tersebut sekiranya memang wujud cinta antara mereka dan mungkin sudah tidak mencintai dirinya.

“Tetapi suami saya tak mahu kahwin, saya pun tak tahu kenapa. Kini memang kami masih tinggal sebumbung tetapi tidak bercakap kerana masing-masing mahu mengelak.

“Saya pernah fikir mahu keluar rumah, tetapi nanti dikatakan nusyuz. Kami hanya bermesej andai mahu berkata tentang sesuatu perkara.

“Tetapi selepas membuat pendedahan ini, suami ada meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi, namun susah bagi saya menerimanya kerana merasakan dia akan mengulanginya lagi,” ujarnya.


Suami berubah

Ditanya bagaimana dia dapat menghidu kecurangan suami, Shahora berkata, aktiviti dan gerak geri suami yang berlainan dari kebiasaan mula menimbulkan curiga padanya.

"Memang menjadi kebiasaan saya dan suami bermain telefon di rumah. Tetapi apabila dia lebih kerap bersama telefon bimbit, saya jadi pelik.

"Malah saya pernah terlihat dia leka berbalas mesej dengan seseorang ketika saya terjaga dari telefon.

"Lebih menyakitkan hati apabila saya terbaca wanita itu bertanya di mana pengurus? Dan suami membalas saya sudah tidur. Pengurus dia panggil saya!" ujarnya kesal.

Meskipun cuba untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2008, akui Shahora, hatinya kini masih terluka dengan apa yang berlaku.

"Saya rasa nak gila bila dedahkan semua ini. Apatah lagi saya bukan jenis yang berkongsi hal rumah tangga di laman sosial.

"Malah sehingga kini saya belum bersedia memaafkan dia (suami). Saya tak tahu nak berpisah atau bagaimana, jadi tunggu,” katanya.


Orang ketiga mohon maaf

Tambah Shahora, wanita yang dipercayai berasal dari Singapura ini, sudah pun memohon maaf secara terbuka menerusi laman sosial, Twitter, apabila diminta berbuat demikian.

“Alhamdulillah, budak itu telah memohon maaf dalam Twitter saya dan memohon memadam semua logo keluarganya di media sosial yang telah dimuat naik oleh saya.

“Nampak dia benar-benar memohon maaf dan mengatakan dirinya bodoh kerana melakukan perkara itu.

“Walaupun kini saya dan dia sudah selesai tetapi saya belum sedia memaafkannya lagi, kerana mungkin ia hanya perancangan untuk menipu saya lagi,” akhirinya.

Ahad, 7 Jun 2015

Dicabul Ustaz


SUBANG JAYA – Hasrat seorang eksekutif mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit misteri yang dialaminya berakhir malang apabila dia dicabul seorang ustaz muda di Subang Jaya, baru-baru ini.

Mangsa berusia 23 tahun bertemu dengan ustaz berkenaan selepas ibunya membawa lelaki terbabit dari sebuah kawasan rumah kedai di Kampung Medan ke rumahnya di SS19, di sini.

Suspek dikenali sebagai Ustaz F itu menyuruh ibu mangsa menyediakan barang-barang diperlukan dan memulakan upacara bacaan jampi selepas meminta mangsa berbaring di depannya, kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata suspek pada mulanya dilihat merawat mangsa secara normal namun tiba-tiba kemudian melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

“Suspek meraba anggota sulit mangsa dan menyuruh semua ahli keluarga yang berada di dalam bilik meninggalkannya berdua bersama mangsa.

“Melihat gelagat Ustaz F yang tidak menyenangkan, ibu mangsa meminta rawatan dihentikan dan menghantar Ustaz F pulang,” katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.

Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki pada malam Rabu lalu di sebuah pangsapuri di Taman Datuk Harun.

Suspek berusia 24 tahun ketika ditahan sedang berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu.

Hasil siasatan mendapati suspek mempelajari cara rawatan Islam daripada bapa saudaranya menggunakan ayat al-Quran selepas tamat belajar tingkatan 5.

Pemeriksaan selanjutnya mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan lain dan hanya menjalankan rawatan perubatan secara Islam sepenuh masa tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Rabu, 3 Jun 2015

Pendaki Bogel di Puncak Kinabalu


Sekeping foto yang menunjukkan beberapa pendaki dipercayai pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengundang kecaman di laman sosial Facebook.

Salah seorang pelayar, Hairi menyifatkan tindakan tersebut 'mencemari' mercu tanda kebanggaan negeri Sabah tersebut.

"Aki Nabalu dicemari kumpulan manusia ini," katanya di sebuah perkongsian.

"Tunggu bala yang akan dapat kerana buat begitu di puncak gunung," kata Li.

"Saya yang merupakan penduduk tempatan pun tak berani cakap yang bukan-bukan masa naik gunung, apa lagi buat perkara seperti ini," luahnya.

Foto tersebut yang tersebar seawal 30 Mei lepas kini viral di laman Facebook.

Sementara itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan, foto tersebut menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.

Memetik kenyataan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS), Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka.

Selasa, 2 Jun 2015

Setiap Malam Mereka Dirogol



Wanita-wanita Rohingya yang ditahan di kem transit sindiket pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand diperlakukan persis hamba seks.

Mereka menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem berkenaan.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang wanita Rohingya, Nur Khaidha Abdul Shukur, 24, yang ditahan selama lapan hari bersama anaknya yang baru berusia beberapa bulan di kem transit itu.

"Setiap malam, dua atau tiga wanita muda Rohingya yang agak cantik, akan dibawa keluar dari kandang tahanan dan dibawa ke tempat tersembunyi oleh pengawal-pengawal kem itu."

"Wanita itu dirogol beramai-ramai oleh mereka (pengawal kem), malah di dalam kem itu, ada dua wanita muda yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu," katanya kepada wartawan Bernama menerusi penterjemah di sini Isnin.

Menurut Nur Khaidha, ada juga di antara wanita-wanita itu yang "dibawa" oleh pengawal-pengawal kem berkenaan selama beberapa hari bagi memenuhi nafsu serakah mereka.

"Mereka (wanita) akan 'hilang' selama dua hingga tiga hari selepas dibawa oleh pengawal itu. Selepas mereka dikembalikan ke kandang, saya tidak bertanya tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepada mereka."

"Dari raut wajah mereka, kita tahu," katanya dan menambah, wanita-wanita yang ditahan dalam kandang itu tidak dibenarkan bercakap di antara satu sama lain, atau akan dipukul.

Kedua-dua wanita Rohingya yang mengandung dipercayai akibat dirogol pengawal itu, kata Nur Khaidha, telah ditahan di kem transit itu lebih daripada enam bulan.

Katanya, di dalam kem transit itu di mana beliau ditahan pada tahun lepas, terdapat 15 wanita Rohingya mangsa sindiket itu, dengan lima daripada mereka mempunyai anak kecil.



Kelima-lima yang mempunyai anak itu turut ditahan di dalam kandang bersama-sama anak mereka, tetapi tidak diapa-apakan oleh pengawal terbabit.

"Mungkin kerana kami mempunyai anak-anak kecil, maka pengawal-pengawal tidak bertindak merogol kami. Tetapi walau apapun, saya berdoa setiap hari agar tidak menjadi mangsa rogol mereka," katanya.

Nur Khaidha, yang berasal daripada Maungdaw, Myanmar memberanikan diri menyeberangi Laut Andaman menaiki bot ke Malaysia bersama-sama anak kecilnya untuk menjejaki suaminya.

Beberapa bulan sebelum itu, suaminya, Nurul Amin Nobi Hussein, 25, telah menaiki bot dari Maungdaw ke Ranong, Thailand, dalam usahanya untuk menjejakkan kaki di Malaysia.

Tanpa diketahui oleh isterinya, beliau turut ditahan oleh sindiket pemerdagangan manusia di kem transit mereka di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

Berbanding Nur Khaidha yang ditahan selama lapan hari di kem transit di Padang Besar, suaminya pula telah ditahan di kem di utara tanah air itu selama 22 hari, sebelum nekad melarikan diri.

Nurul Amin yang kini bekerja di sebuah bengkel di Alor Setar berkata, keinginan mencari kehidupan yang lebih baik membuat beliau, isteri serta anak lelaki mereka bertaruh nyawa menaiki "bot-bot maut" ke Malaysia.

Sama seperti yang didedahkan oleh isterinya, Nurul Amin turut menceritakan kisah wanita Rohingya itu dirogol.

"Pada waktu malam, beberapa pengawal akan datang ke kandang-kandang yang menempatkan wanita itu dan menarik keluar mereka ke suatu tempat berdekatan."

"Kami mendengar teriakan dan tangisan wanita-wanita itu kerana tempat di mana mereka dirogol amat hampir dengan kandang kami...cuma kami tidak dapat melihat," katanya.

Kini hampir setahun berlalu, Nurul Amin dan isterinya, bersyukur kerana telah bebas dari azab dan sengsara di kem-kem pemerdagangan manusia.

Mereka tekad memulakan hidup baru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines