Sabtu, 25 Julai 2015
Bayi tiga bulan dicabul
Marang: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan lapan hari disyaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Rhu Muda, di sini, pada Ahad lalu.
Kejadian berlaku ketika bayi terbabit ditinggalkan keluarga di rumah milik saudara keluarga mangsa ketika berhari raya, sebelum masing-masing keluar bermain di pantai berhampiran, pada jam 5 petang.
Menurut sumber, ibu mangsa menyedari kejadian menimpa anaknya apabila mahu memandikan bayi terbabit ketika berada di rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman pada jam 8.30 pagi keesokannya.
“Ketika memandikan bayi berkenaan, wanita terbabit mendapati ada kesan kemasukan objek pada kemaluan anaknya sebelum membawa ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.
“Mengesyaki sesuatu berlaku terhadap bayi itu menyebabkan hospital menghubungi polis bagi siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai.
Katanya, siasatan yang dijalankan susulan .laporan itu membantu pihaknya menahan seorang lelaki.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.
“Lelaki terbabit yang baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ditahan di rumahnya di Kampung Rhu Muda, kelmarin.
“Sehingga kini, kami masih menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan lengkap pemeriksaan daripada hospital,” katanya.
Sabtu, 4 Julai 2015
20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet
20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet (Menarik!) | Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ketagihan internet. Apabila sudah ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun,berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba. Betul tak?
Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.
(1) Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
( 2) Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.
( 3) Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online.”
( 4) Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!
( 5) Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!
( 6) Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!
( 7) Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”
( 8) Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”
( 9) Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”
( 10) Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”
( 11) Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.”
( 12) Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
( 13) Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
( 14) Tidur terganggu kerana online.
( 15) Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.
( 16) Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”
( 17) Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
( 18) Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.
( 19) Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”
( 20) Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. “Bosaaaaa… [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]”
.
Rabu, 1 Julai 2015
Petua Hilangkan Jerawat
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat
# Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.# Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
# Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
# Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
# Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
# Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
# Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.# Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
# Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
# Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
# Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk.
# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
# Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
# Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
# Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat.
Liang yang tersumbat harus dibuka.Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.
Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin..
Langgan:
Catatan (Atom)