Rabu, 19 Ogos 2015

Pelajar kolej terjatuh dari flat


Kuala Lumpur: Seorang pelajar perempuan kolej swasta berusia 18 tahun maut apabila terjatuh dari tingkat 14 Flat Pelangi Magna, Kepong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata, dalam kejadian 3.12 petang itu, pelajar berkenaan dikatakan pergi ke bangunan itu selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarganya.

"Mangsa masih hidup selepas jatuh dari bangunan itu dan dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas tiba di hospital itu akibat cedera parah di kepala," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Isnin, 17 Ogos 2015

Posisi Seks Ketika Hamil



KEHAMILAN bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri melakukan hubungan seks. Kebanyakan wanita mengandung takut melakukan hubungan intim bersama suami berikutan bimbang berlaku kontraksi yang tidak diingini, padahal secara tidak langsung aktiviti seks memberi nutrisi bagi pertumbuhan ibu dan bayi.

Panduan posisi terbaik untuk wanita hamil;

1) Posisi wanita di atas

Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil. Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.

2) Posisi wanita menonggeng

Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.

3) Posisi duduk

Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan. Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.

4) Posisi berlutut atau berdiri.

5) Posisi suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.

Ahad, 9 Ogos 2015

Dirogol Kawan Adik


KODIANG - Seorang remaja dirogol oleh adik rakannya yang baru mencecah usia 15 tahun ketika berkunjung ke rumah rakannya itu bulan lalu.

Mangsa yang berusia 17 tahun, dari sebuah kampung dekat sini, mengaku dirogol dalam bilik adik rakannya, Salsabila (bukan nama sebenar).

Ketika kejadian bulan lalu, mangsa ke rumah Salsabila di kampung berdekatan, kedua-duanya kemudian keluar untuk mengutip daun ketum di kawasan berhampiran.

Selesai mengutip daun ketum sekitar jam 4 petang, mangsa mengikut Salsabila pulang ke rumahnya untuk berehat dan minum air dalam bilik tidur adik rakannya.

Bagaimanapun, adik lelaki Salsabila, dikenali sebagai Megat (bukan nama sebenar) masuk ke dalam bilik itu dan pada ketika itu, Salsabila keluar sebentar.

Difahamkan, Megat terus memegang tangan mangsa yang ketika itu cuba untuk keluar dari bilik berkenaan, namun ditarik oleh Megat dan menolaknya ke atas katil.

Berdasarkan laporan polis, Megat memasukkan kemaluannya dalam kemaluan dan dubur mangsa.

Ketika kejadian, mangsa tidak melawan kerana bimbang dipersalahkan berikutan mangsa sendiri yang datang ke rumah itu.

Sebaik Salsabila masuk ke dalam bilik itu, Megat terus melepaskan mangsa. Bagaimanapun mangsa sempat berbual dengan Salsabila sekitar tiga minit sebelum pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, suspek berusia 15 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan, ini adalah kejadian kali kedua, di mana kali pertama mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek Jun lalu. Ketika itu, mangsa menceritakan kejadian yang berlaku pada rakan dan guru di sekolahnya,” katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan saksi iaitu rakan dan guru mangsa bagi mengesahkan dakwaannya.

“Mangsa sendiri mengadu dirogol oleh seorang remaja dikenali Megat ketika pergi ke rumah rakannya. Guru terbabit turut mengesahkan mangsa berjumpa dengannya di sekolah pada 5 Julai lalu, dan memberitahu dirogol,” katanya.

Khamis, 6 Ogos 2015

Pelajar 11 Tahun Mengandung


Bahau : Budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta di Bahau, 8 pagi tadi.

Sumber berkata, budak perempuan itu tinggal bersama neneknya mengadu sakit perut sebelum dibawa ke klinik di Bahau.

"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.

"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.
"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti teman lelaki budak perempuan itu," katanya.

Selasa, 4 Ogos 2015

Bekas pemain bola dicekup Khalwat


ALOR SETAR - Seorang bekas pemain bola sepak dicekup bersama seorang wanita dalam satu serbuan di bilik hotel sekitar Bandaraya Alor Setar, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, lelaki berusia 52 tahun yang juga dipercayai suami orang ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan wanita berusia 27 tahun.

Pada peringkat awalnya, pasangan berkenaan memaklumkan kepada penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bahawa mereka adalah suami isteri.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa pasangannya itu merupakan anak saudaranya selepas disoal disiasat lebih lanjut .

Namun ketika penguatkuasa Jaik menghubungi ibu wanita berkenaan, dia mengesahkan bekas pemain bola sepak itu dan anaknya hanyalah kenalan lama.

Pasangan berkenaan antara enam pasangan ditahan dalam operasi selama lima jam sekitar Alor Setar dan Pokok Sena disertai kira-kira 28 penguatkuasa Jaik.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika diserbu lelaki berkenaan hanya bertuala manakala pasangannya memakai baju terbalik. Menurutnya, mereka juga didapati mengambil masa lama untuk membuka pintu bilik hotel berkenaan.

"Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta berkenaan dikatakan menghuni hotel tersebut selepas menyelesaikan urusan kerja mereka.

"Mereka akan disiasat di bawah Sekyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara," katanya.

Dalam perkembangan sama katanya, dia menasihatkan pasangan suami isteri membawa dokumen berkaitan pernikahan mereka untuk memudahkan urusan pemeriksaan.

"Ada kes pasangan tertentu mendakwa berkahwin di sempadan, bagaimanapun mereka langsung tidak membawa dokumen berkaitan.

"Perbuatan tidak membawa dokumen penting sebegini tidak hanya menimbulkan syak, malah menimbulkan masalah untuk melakukan pemeriksaan," katanya. : Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines