MOMBASA - KENYA. Berang dengan kecurangan pasangan, seorang wanita dituduh membunuh suaminya dengan mencincang kemaluan lelaki itu sehingga hampir terputus dua..
Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, wanita itu terserempak dengan suaminya yang sedang bermesra dengan wanita lain di sebuah pub di bandar itu.
Wanita itu yang tidak dapat mengawal perasaan, mencapai pisau di dapur dan menyerang lelaki itu di kemaluannya sebaik sahaja lelaki itu pulang ke rumah.
Jirannya yang terdengar bunyi bising di kediaman pasangan itu pergi ke rumah terbabit dan menemui lelaki tersebut terbaring dengan tompokan darah pada kemaluannya.
Lelaki itu dikejarkan ke hospital, bagaimanapun tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan darah.
"Ketika kami ke sana (rumah pasangan itu), kami menemui lelaki itu terbaring berlumuran darah," kata jirannya, Haningtone Ochieng.
Polis kini mengesan wanita itu yang dipercayai sedang bersembunyi.