Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Kilafairy mahu buang label seksi
- Sertai Pertandingan 'Rising Star' Untuk Rakam Lagu Yuna
- 'Wind Chimes In Bakery' Catat Tontonan 3.5 Juta Di YouTube
- Adibah Noor Tidak Terkejut Karya Disekat Radio Lain
- 'Ombak Rindu' Lagu Melayu Popular Pusat Karaoke Neway
- Justin Bieber Mahu Kahwin, Punyai Anak
- 'Ajalnya di Malaysia'
- Pelawak wanita tidak boleh over
- CNBLUE tarik 5,000 peminat!
- Surau kontroversi diroboh
- Ibu derma organ anak mati
- Remaja dituduh rogol kenalan WeChat di tepi tangga
- 8 lelaki dicari kes samun langgar belakang kenderaan
Kilafairy mahu buang label seksi Posted: 28 Aug 2013 06:26 PM PDT
PERTENGAHAN bulan Ramadan lalu pelakon dan penyanyi muda, Kilafairy berdepan cemuhan dan cacian daripada peminat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara memuat naik sepotong video yang memaparkan aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Video berdurasi 30 saat itu telah dimuat naik di Instagram miliknya, @kilafairyofficial. Dia hanya memakai sehelai baju putih bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaian miliknya, Rack. Setelah mendapat kritikan panas daripada peminat, Kilafairy, 21, akhirnya mengeluarkan gambar tersebut beberapa hari selepas itu. Menerusi akaun Instagram Kilafairy juga, beberapa buah video menampilkan aktor dan model dari Indonesia, Hardy Hartono turut dimuat naik lantas menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka lebih daripada sekadar berkawan. Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan sempena majlis pelancaran kapal dredger Inai Kenanga di Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini mendapatkan maklum balas daripada pelakon drama Saiful Nita itu. Kosmo!: Ramadan lalu, Kilafairy telah memuat naik sepotong video belakang tabir promosi butik Rack dalam aksi seolah-olah tidak memakai seluar. Apakah penjelasan anda? KILAFAIRY: Benar, video itu adalah penggambaran belakang tabir untuk butik Rack yang diusahakan saya bersama kakak. Saya menafikan bahawa saya tidak pakai seluar, sebaliknya saya memakai legging berwarna coklat. Jika ada pihak yang tersinggung atau sakit hati atas tindakan saya yang tidak disengajakan itu saya minta maaf. Apakah impak yang diterima Kilafairy daripada video yang mendapat kritikan kurang sopan pada bulan Ramadan itu? Saya telah mengeluarkan video itu daripada Instagram saya dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin untuk tujuan promosi butik Rack saya akan menggunakan model saja. Itu lebih selamat. Tidakkah dengan kontroversi itu akan menjejaskan butik Rack secara tidak langsung? Ini pertama kali timbul cerita kurang manis yang membabitkan saya dan butik Rack dan ini pertama kali saya membuka mulut mengulas situasi berkenaan. Saya tidak rasa perkara ini akan menjejaskan Rack dan pelanggan biasanya akan memfokuskan produk saya bukannya saya. Biasanya yang mencari gosip saja yang memfokuskan bahagian lain. Terpulang atas apa yang masyarakat fikirkan.
Kilafairy digelarkan simbol seks, apakah komen anda? Selama empat tahun saya berada dalam industri dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa. Banyak tawaran lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang, tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian lebih sedap mata memandang. Menerusi akaun Instagram juga Kilafairy ada memuat naik gambar dan video yang menampilkan Hardy Hartono. Apakah hubungan kalian sebenarnya? Sudah dua tahun kami berkawan rapat dan tidak bercinta pun. Jika dia datang ke Kuala Lumpur dan kebetulan saya ada kelapangan waktu apa salahnya untuk berjumpa. Tapi kalau sudah jodoh antara kami berdua saya tidak menolak. Mengenai video terbaharu, saya akui kami ada berjumpa di Pavilion ketika dia berada di sini untuk penggambaran filem Sindiket. Sekerap manakah anda berhubung dengan Hardy sekiranya anda berjauhan dan adakah anda pernah melawat Hardy di Jakarta, Indonesia? Kami hanya berhubung melalui BBM (BlackBerry Messenger) dan saya pernah sekali berjumpa dia di Indonesia. Itu pun kebetulan temankan mama ke sana untuk membeli-belah. Apakah kualiti yang ada pada Hardy sehingga membuatkan Kilafairy selesa untuk bersamanya? Mungkin kerana usia dia yang sudah 30-an dan menampakkan dia seorang yang matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Dia juga banyak berkongsi hal karier. Bagaimanakah pandangan mama (Rohana Jalil) mengenai hubungan Kilafairy dan Hardy? Dia menerima apa saja keputusan saya walau bukan dengan Hardy sekali pun. Katanya selagi saya gembira, dia terima keputusan saya atau adik-beradik kami lain. | |||
Sertai Pertandingan 'Rising Star' Untuk Rakam Lagu Yuna Posted: 28 Aug 2013 06:25 PM PDT Jurucakap penganjuran majlis itu berkata, pertandingan yang mempertaruhkan dua kategori iaitu solo dan duet serta kumpulan muzik (band) itu adalah bertujuan untuk melahirkan penyanyi yang benar-benar berbakat di kalangan remaja. Katanya, ia juga adalah batu loncatan kepada golongan berkenaan menunjukkan kemahiran masing-masing untuk dinilai oleh Yuna, artis yang berjaya mengembangkan sayapnya ke Amerika Syarikat. "Pertandingan ini dibuka kepada mereka yang berumur dari 13 hingga 30 tahun secara solo, berduet ataupun untuk mereka yang mempunyai band," katanya kepada mStar Online. Tiga lokasi telah dipilih untuk Rising Star ini melibatkan zon Utara, Tengah, Selatan manakala peringkat akhir pula akan diadakan di KL, Live dekat sini pada 24 November 2013. Lebih menarik, mereka yang tinggal jauh dari lokasi uji bakat boleh menghantar video nyanyian masing-masing menerusi laman www.risingstar.my untuk dinilai. Seramai 12 peserta akan dipilih untuk ke peringkat akhir. Peserta uji bakat dikehendaki membawa minues one masing-masing manakala bagi pertandingan secara kumpulan, pihak penganjur menyediakan peralatan muzik bagi memudahkan mereka membuat persembahan. Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000 serta barangan lain bernilai RM500. Kedua-dua pemenang juga diberi pilihan untuk merakamkan sebuah lagu Yuna untuk diputarkan menerusi saluran radio Red FM. Tempat kedua melayakkan pemenang menerima wang tunai RM3,000 dan barangan bernilai RM500 manakala tempat ketiga pula RM2,000 serta barangan bernilai RM500. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh layari www.risingstar.com.my | |||
'Wind Chimes In Bakery' Catat Tontonan 3.5 Juta Di YouTube Posted: 28 Aug 2013 06:24 PM PDT Ketua Bahagian Telefon Mobile Samsung, Vincent Chong, berkata drama tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada penonton. "Drama inspirasi daripada drama Korea ini menyentuh hati penonton setiap minggu, saya juga menerima banyak maklum balas yang baik tentang drama ini. "Selain berhibur dengan jalan cerita, kami ingin memberitahu tentang kelebihan telefon bimbit terbaharu Samsung Galaxy 4 yang unik dan mampu merakam setiap detik-detik manis," katanya ketika ditemui selepas majlis tayangan episod akhir drama Wind Chimes In Bakery, di sini, Rabu. Drama ini juga mendapat sentuhan pengarah yang dibawa khas daripada Korea, Jang Jae Hyeok. "Saya sungguh gembira drama ini diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia. Saya juga bangga apabila drama-drama Korea diaplikasikan ke negara ini dan diterima penonton. "Saya juga percaya setiap cerita cinta memberi semangat dan kekuatan emosi kepada penonton yang menontonnya," katanya. Drama bersiri lapan episod itu dibintangi pelakon baharu iaitu Ahmad Nabil dan Koe Yeet dengan penampilan khas, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay. Wind Chimes In Bakery ini mengisahkan hubungan antara Adam dan Sue yang lahir daripada latar belakang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu perniagaan kek dan roti. Bagaimanapun hubungan cinta mereka terhalang oleh keluarga kerana darjat yang berbeza. Penonton boleh menyaksikan drama ini di Samsung Malaysia YouTube Channel bagi menyaksikan lapan episod tersebut. Manakala episod akhir akan disiarkan pada Jumaat ini. | |||
Adibah Noor Tidak Terkejut Karya Disekat Radio Lain Posted: 28 Aug 2013 06:23 PM PDT Biarpun begitu, Adibah, 43, berkata, dia agak terkilan dengan diskriminasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan stesen radio jika lagu tersebut dianggap sebagai satu produk daripada pesaing mereka. "Ketika lagu ini diedarkan, pihak Sony Music sudah beritahu awal-awal besar kemungkinan ia tidak dimainkan di radio swasta lain kerana saya dan Dina kedua-duanya penyampai radio. "Saya berasa terkilan kerana lagu tersebut adalah atas kapasiti kami sebagai penyanyi dan bukan penyampai radio," katanya ketika ditemui pada pelancaran lagu duet bersama video muzik berjudul Malaysia Kau Ku Cinta terbitan Adibah Noor Entertainment, di sini. "Saya tidak salahkan deejay radio kerana itu bukan bidang kuasa mereka untuk buat pemilihan lagu, mereka juga menerima arahan daripada pihak pengurusan. "Apa-apa pun saya sudah cuba buat terbaik dan selebihnya hanya berserah," katanya. Adibah juga mengakui sejak menceburkan diri dalam bidang penyiaran radio, lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini agak sukar didengar di stesen radio lain. "Saya perasan juga lagu saya sudah tidak dimainkan lagi di mana-mana stesen radio lain, tapi tidak mengapa saya percaya pada rezeki. "Ketika mula-mula ditawarkan menjadi deejay di Suria FM, pihak pengurusan sudah beritahu risiko yang bakal saya hadapi ini awal-awal lagi," katanya. Bercerita tentang lagu Malaysia Kau Ku Cinta ciptaan Azlan Abu Hassan ini, Adibah berkata ia merupakan salah satu impiannya untuk mempunyai sebuah lagu patriotik. "Saya memang lama ingin ada sebuah lagu patriotik macam Allahyarham Sudirman dan kalau boleh ia dimainkan pada setiap kali Hari Kemerdekaan. "Lagu ini akan dimasukkan dalam album duet saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi, sekarang sudah rakam lima buah lagu iaitu bersama Sam (Inuenddo), Nizam, Amir Jauhari, Dina Nadzir dan Anuar Zain," ujarnya. Sementara itu, pemilihan Dina sebagai rakan duet untuk lagu ini adalah berikutan suara dan bakat penyanyi itu yang kurang digunakan. "Saya melihat Dina seorang penyanyi yang mempunyai suara yang sangat bagus tetapi tidak digunakan dengan baik. "Sayang kita tidak beri peluang kepada dia menjadi penyanyi," katanya. | |||
'Ombak Rindu' Lagu Melayu Popular Pusat Karaoke Neway Posted: 28 Aug 2013 06:22 PM PDT Menurut pengurus pemasaran Neway Karaoke Box Malaysia, Aining Wong, lagu nyanyian Adira dan Hafiz itu menjadi pilihan terbanyak iaitu lebih daripada 10,000 kali dimainkan pelanggan. "Kerana populariti filem Ombak Rindu membuatkan lagu tersebut turut menjadi popular di pusat karaoke kami. "Kiraan dibuat bermula Januari 2012 hingga Jun 2013. Selain itu lagu Sayang nyanyian Shae pula mendapat tempat kedua manakala Teman Pengganti (Black dan Malique)," katanya. Pada majlis tersebut, sebanyak 12 lagu popular diberi penganugerahan berkenaan termasuklah Andai Ku bercinta Lagi (MOJO) yang mendapat tempat keempat dan Muara Hati (Hafiz dan Datuk Siti Nurhaliza) berada di tangga kelima. Manakala lagu Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band) dan Putih-Putih Melati (ST12) masing-masing mendapat tempat keenam dan ketujuh. Tempat 10 hingga 12 masing-masing dimenangi oleh Rembau Most Wanted (Waris), Cerita Dia (Drama Band) dan Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram dan Sleeq). Menurut Aining, pihaknya amat berbesar hati kerana berpeluang menganjurkan majlis berkenaan buat pertama kalinya dan ia akan menjadi sebagai acara tahunan. "Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan di atas sumbangan dan bakat yang lahir di dalam industri hiburan. Semoga pengiktirafan ini diterima baik oleh industri hiburan tanah air," ujarnya. Tambah Aining, selain bersandarkan populariti dan kekuatan lagu, peranan daripada pihak media turut menyumbang kepada jangka hayat sesebuah lagu itu untuk terus bertahan dan mengungguli carta. Di samping itu, kerjasama yang dijalankan dengan syarikat rakaman seperti aktiviti-aktiviti promosi bersama artis banyak membantu populariti pusat hiburan tersebut untuk kekal sebagai pilihan pelanggan. | |||
Justin Bieber Mahu Kahwin, Punyai Anak Posted: 28 Aug 2013 06:21 PM PDT Menurut laporan Showbizspy, penyanyi kelahiran Kanada itu juga tidak sabar merasai momen indah membina sebuah keluarga bahagia. "Saya tak sabar memiliki isteri cantik dengan anak-anak kecil mengelilingi kami. Tetapi semua itu saya harus berserah kepada Tuhan. "Masa muda memang menyenangkan, jatuh cinta dan mabuk cinta. Tetapi itu semua akan membawa sesebuah pasangan ke alam rumah tangga," katanya Bekas kekasih penyanyi Selena Gomez itu juga mengakui dia seorang yang romantis dalam menjaga pasangannya. "Ibu saya sering mengajar bagaimana melayani wanita dengan baik. Dan kerana itu saya sering membuatkan pasangan berasa dirinya cukup istimewa buat saya," ujarnya. | |||
Posted: 28 Aug 2013 05:28 PM PDT KUALA BERANG - "Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana. "Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia," kata Rosfaliza Mat Ros, 48. Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi. Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun. Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian. "Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat. "Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu. Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya," katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun. Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang. "Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap. Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu. "Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam. Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. | |||
Pelawak wanita tidak boleh over Posted: 28 Aug 2013 05:26 PM PDT
BERTUBUH kecil molek dan memiliki raut wajah yang comel, pelakon dan pelawak Noorkhiriah kini sudah mencecah usia 36 tahun. Bakat lakonan pelakon berasal dari Raub, Pahang ini terutamanya dalam komedi tidak perlu dipertikaikan lagi. Terutama selepas dia memenangi sebanyak tiga kali anugerah artis komedi wanita popular. Sebaliknya, pelakon Almy Nadia masih lagi hijau dalam dunia komedi. Kehadirannya dalam dunia komedi bermula selepas membintangi siri komedi Edisi Khas. Namun, ramai yang meramal bekas kekasih kepada Fizz Fairuz itu mampu menjadi pelawak terkenal suatu hari nanti selepas kemunculannya dalam program tersebut berjaya mencuri tumpuan ramai. Namun, apakah persamaan antara mereka? Almy dan Noorkhiriah akan bersaing bersama-sama dalam program realiti Super Spontan yang bersiaran langsung menerusi Astro Warna di saluran 132 dalam pakej Mustika setiap Jumaat bermula 30 Ogos ini, pukul 10 malam. Almy anggap Noorkhiriah mentor Almy tidak pernah terfikir mempunyai sisi lawak dalam dirinya namun, selepas terbabit dalam Edisi Khas, ramai peminat yang memuji lakonan komedinya. Akui pelakon berusia 27 tahun itu, sejak itu dia tidak putus-putus menerima tawaran membawakan watak komedi. Bagaimanapun, akui Almy, bukan mudah untuk menjadi seorang pelawak yang mampu membuatkan penonton ketawa. "Saya tidak pernah rasa diri lawak selama ini. Sebabnya saya sedar bukan mudah untuk buat orang ketawa. Namun, Alhamdulillah ramai yang memuji lakonan komedi saya sebelum ini," ujar Almy ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan peserta baharu Super Spontan untuk musim yang kedua di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Kata Almy, peralihan watak daripada air mata kepada komedi bukan disebabkan kebanjiran artis baharu masa kini. Sebaliknya, tutur pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak itu lagi, mungkin ini peluang terbaik untuk dirinya meneroka watak komedi memandangkan pelawak wanita di Malaysia tidak ramai.
"Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pelawak. Mana yang datang (tawaran) saya ambil. Mungkin kini tawaran komedi banyak yang datang. Saya terima. Lagipun pelawak wanita tidak ramai di Malaysia. Paling menonjol ialah Didie Alias, Noorkhiriah dan Sharifah Shahira. Mungkin ini peluang baik untuk saya sertai pula," ujarnya yang mengakui sebagai pelawak wanita, mereka juga harus mengawal lawak agar tidak nampak berlebihan. Gementar dan takut bersaing dengan Noorkhiriah dalam Super Spontan untuk musim kedua, luah Almy, dia mencabar diri menyertai program itu dan akan berusaha melakukan yang terbaik dalam program tersebut. "Sebenarnya saya gementar sangat hendak sertai program ini. Sebabnya, saya perlu melakukan lawak secara spontan. "Bila dapat tahu pula kena bersaing dengan seorang lagi peserta wanita iaitu Noorkhiriah saya jadi lebih takut sebab dia otai dalam komedi. Namun, saya tetap cabar diri menyertai program ini," ungkap Almy yang menganggap Noorkhiriah sebagai mentor. Selain Almy dan Noorkhiriah, Super Spontan musim kedua juga disertai oleh beberapa pelawak terkenal seperti Ahmad Nabil, Johan, Along Raja Lawak, Yus Jambu, Shuib dan Jep Sepahtu dan Munir. Mengulas mengenai persediaannya dalam program tesebut, kata Almy, ibunya banyak memberi nasihat supaya dia melakukan yang terbaik dalam program itu. "Ibu adalah pengkritik nombor satu saya. Dia suruh saya buat homework untuk lakukan lawak spontan yang baik," jelasnya yang gembira jika ditakdirkan menerima anugerah wanita komedi popular satu hari nanti. Noorkhiriah jaga batas Bagi Noorkhiriah pula, walaupun sudah memenangi sebanyak tiga kali anugerah artis komedi wanita popular, akuinya, dia masih belum sempurna sebagai seorang pelawak.
Ujarnya, dia masih lintang-pukang melakukan lawak lebih-lebih lagi lawak secara spontan. "Bila ditawarkan untuk menyertai Super Spontan memang saya sangat teruja. Tetapi, bila datang ke sidang media ini saya jadi takut tengok barisan pelawak yang ada untuk Super Spontan musim kedua ini. "Tiba-tiba saya rasa tidak patut berada di situ," luahnya merendah diri. Bicara Noorkhiriah lanjut, katanya, kemenangannya sebagai artis komedi wanita bukan berdasarkan komedinya secara spontan di atas pentas. Sebaliknya, komedinya hanya diikhtiraf melalui drama atau filem komedi lakonannya. Begitupun, sambung Noorkhiriah, selepas menyertai bootcamp bersama peserta Super Spontan yang lain di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor, baru-baru ini, dirinya mula disuntik semangat dan rasa yakin sebanyak 50 peratus. "Peserta lain yang menyertai Super Spontan banyak pengalaman melawak di atas pentas. Memang kerja mereka melawak. "Saya pula tiada pengalaman melawak di atas pentas. Bagi saya mereka bukan pencabar utama, sebaliknya diri saya sendiri. "Mungkin ini (penyertaan dalam program Super Spontan) boleh dijadikan sebagai platform untuk saya buktikan diri melawak di atas pentas," ujarnya yang akan buat sebaik mungkin dalam program tersebut. Bagaimanapun, kata Noorkhiriah, sebagai pelawak wanita yang bertudung, dia juga harus menjaga batas supaya tidak nampak over nanti. Tuturnya: "Kadang-kadang kalau kita terlebih melawak juga orang tidak suka. "Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana takut ketika di atas pentas nanti apabila menerima sorakan daripada peminat kita akan terlepas laku." Jelas ibu kepada dua orang anak lelaki itu, apa yang boleh dilakukannya di atas pentas nanti bukan reaksi fizikal yang berlebih-lebihan tetapi mungkin lontaran dialog yang mampu mengundang ketawa penonton. | |||
Posted: 28 Aug 2013 05:24 PM PDT BAND rock popular Korea Selatan CNBLUE baru sahaja usai mengadakan konsert solo pertama mereka pada Sabtu lalu di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Konsert di bawah nama Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour telah menarik 5,000 peminat untuk membanjiri seluruh perut stadium. Meskipun konsert hanya bermula tepat pada pukul 7.45 malam, tetapi seawal pukul 4 petang, peminat sudah membanjiri pekarangan stadium. Rata-rata peminat band yang dibarisi empat anak muda, Lee Jong-hyun (gitar utama, vokal), Kang Min-hyuk (drum), Lee Jung-shin (bass) dan Jung Yong-hwa (vokalis utama) terdiri daripada remaja perempuan dan tanpa segan memakai baju yang tertera nama band tersebut serta membawa lampu biru, warna rasmi band tersebut. Sebaik sahaja lampu stadium dipadamkan, peminat mula menjerit bagai diserang histeria dan lampu biru mula menerangi stadium. Jeritan itu bertambah kuat apabila anggota CNBLUE mula muncul di atas pentas. Menariknya, pentas yang direka secara 360 darjah memberi peluang kepada semua peminat tidak kira yang membeli tiket murah ataupun mahal menatap wajah idola kesayangan mereka secara dekat. Diakui mereka memang cukup hebat di atas pentas apabila lagu Where You Are, Get Away, One Time, Wake Up dan Naran Namja (Guy Like Me) didendangkan. "Kami adalah CNBLUE, akhirnya kami tiba juga di Kuala Lumpur. Apa khabar semua, adakah anda merindui kami? Saya mahu anda semua ikut saya menari," kata vokalis utama band itu, Yong-hwa kepada peminat.
Suasana yang penuh energi bertukar mood apabila CNBLUE mendendangkan lagu-lagu berentak balada iaitu Love Light, Feeling dan These Days. Pentas kembali bertukar kepada mood rancak apabila lagu Lalala, Just Please, Tattoo dan In My Head dinyanyikan. Tidak lengkap rasanya konsert CNBLUE jika mereka tidak menyanyikan barisan lagu hit yang meletakkan nama mereka di carta-carta teratas di negara kelahiran mereka seperti Intuition, I'm A Loner, I'm Sorry, Hey You, Love Girl, Love, You Fallen For Me serta sebuah lagu baru, Feel Good. Walaupun sistem bunyinya sedikit membingitkan telinga, tetapi kekurangan itu ditutup kemas dengan persembahan memukau band CNBLUE selama dua jam. Secara keseluruhannya, konsert CNBLUE telah berlangsung dengan jayanya, ujar mereka, diharap ini bukan konsert terakhir mereka di Kuala Lumpur dan berterima kasih kepada peminat yang tidak henti memberi sokongan. "Kami pernah berkunjung ke Malaysia sebelum ini, tetapi ini konsert solo kami yang pertama di sini. Bagi kami konsert kali ini cukup bermakna kerana tidak sangka muzik kami mampu diterima baik oleh peminat di sini. "Secara jujur kami berada di tahap hari ini kerana disiplin yang tinggi. Jika tidak kami tidak mungkin akan berjaya," kata Yong-hwa dalam temu bual pada sesi sidang media yang berlangsung sehari sebelum konsert. | |||
Posted: 28 Aug 2013 05:23 PM PDT
KOTA TINGGI – Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dirobohkan semalam. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri. "Kerja-kerja meroboh surau dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan termasuk kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Menurut beliau, kerja-kerja merobohkan surau yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu terpaksa ditangguhkan pada pukul 3 petang semalam kerana hujan dan akan disambung semula hari ini. "Surau tersebut sudah 80 peratus dirobohkan dan saya yakin isu ini sudah selesai," kata beliau. Pada 12 Ogos lalu, beberapa akhbar mendedahkan klip video yang tersebar melalui Facebook mengenai aktiviti sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau tersebut. Pendedahan tersebut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sehingga seorang rakyat Singapura yang merupakan pemilik pusat peranginan itu dilucut taraf pemastautin tetap (PR) oleh Kementerian Dalam Negeri. | |||
Posted: 28 Aug 2013 05:22 PM PDT GEORGE TOWN – Demi melihat kanak-kanak lain yang mempunyai masalah organ hidup gembira semula, seorang ibu bersetuju mendermakan organ anak perempuannya yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kulim, Kedah. Tahirah Sheikh Daud, 38, bersetuju mendermakan hati, buah pinggang dan jantung anaknya, Allahyarham Aliah Sofea Amran, 10, kepada Hospital Pulau Pinang (HPP). Aliah, anak ketiga daripada empat beradik dirempuh kereta ketika melintas jalan untuk ke kedai yang terletak di depan rumah bapa saudaranya di Kulim pada 11 Ogos lalu. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian otak meninggal dunia pada 14 Ogos. "Saya hanya fikir biar kanak-kanak yang memerlukan organ ini dapat kehidupan baharu walaupun pemergian anak saya adalah kehilangan besar yang cukup dirasai," kata Tahirah yang bekerja di sebuah kilang di sini. Menurut ibu tunggal itu, pengalaman melihat kesengsaraan pesakit kanak-kanak semasa berada di HPP dengan ada yang meraung kesakitan menimbulkan keinsafan buatnya sebelum dia berbincang dengan ahli keluarga dan bersetuju menderma organ Aliah. "Sebelum kemalangan itu, Aliah memberitahu dia bermimpi pergi ke Mekah dan berpesan kepada saya supaya tidak perlu risau mengenai dirinya kerana dia mampu urus diri sendiri," katanya yang percaya mimpi itu merupakan petanda kepadanya bahawa Aliah akan pergi selama-lamanya. | |||
Remaja dituduh rogol kenalan WeChat di tepi tangga Posted: 28 Aug 2013 05:20 PM PDT
JOHOR BAHRU – Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini semalam meluahkan kekesalan ke atas seorang remaja yang dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya dalam tempoh dua hari menerusi aplikasi WeChat di tepi tangga sebuah pangsapuri. "Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu? "Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini," kata Hakim Hassan Abdul Ghani dengan sinis kepada tertuduh, Muhammad Amirul Yusman (gambar), 18. Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini. | |||
8 lelaki dicari kes samun langgar belakang kenderaan Posted: 28 Aug 2013 05:19 PM PDT KUALA LUMPUR – Lapan pemuda dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam 37 kes samun yang menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan yang berlaku di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini. Mereka ialah N. Saravanan Kumar, 25; Muhammad Shajaan Mohd. Sharif, 35; M. Lawrence, 27, dan M. Devandran, 26. Turut dicari ialah D. Vikram, 21; N. Viknesh, 24; R. Nareshwaran, 22, dan D. Thevarajan, 23. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua lelaki itu yang berasal dari sekitar Lembah Klang dipercayai aktif menyamun dengan menyasarkan mangsa yang memandu kenderaan mewah. "Sebaik mangsa keluar selepas kenderaan mereka dilanggar, suspek akan mengacu senjata tajam seperti parang. "Kumpulan penjenayah ini bergerak dalam kumpulan yang terdiri daripada dua hingga empat orang. Waktu operasi pula bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Menurut Mohmad, sebanyak 49 kes samun menggunakan modus operandi yang sama dilaporkan berlaku di ibu negara sejak awal tahun ini. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |