Jumaat, 30 Ogos 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Selamat tinggal Red Giants

Posted: 29 Aug 2013 07:23 AM PDT

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor Irfan Bakti Abu Salim akhirnya membuat keputusan meninggalkan Selangor selepas aksi longlai yang dipamerkan anak-anaknya buahnya dalam tiga perlawanan awal Piala Malaysia.

Lebih memedihkan adalah kekalahan 0-3 kepada naib juara Liga Perdana Sime Darby malam kelmarin sekali gus membuatkan jurulatih berpengalaman itu membuat keputusan drastik meninggalkan Merah Kuning walaupun masih mempunyai baki kontrak sehingga penghujung musim ini.



Terdahulu Selangor yang juga juara 32 kali Piala Malaysia memulakan kempen dengan mencatatkan seri tanpa jaringan dengan satu lagi pasukan dari Liga Perdana, Johor disusuli kekalahan 2-3 kepada ATM.

Namun kemuncaknya malam kelmarin apabila barisan bintang pemainnya yang dibarisi sebahagian besar pemain kebangsaan diaibkan Sime Darby dengan penyokong Merah Kuning bertindak mengerumuni bas pemain bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemain dan jurulatih.

"Memang benar saya sudah menghantar surat peletakkan jawatan semalam. Tindakan saya ini adalah kerana rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan malam semalam (kelmarin) 0-3 kepada Sime Darby. Bagi saya kemampuan untuk mengutip satu mata (selepas tiga perlawanan) adalah sesuatu yang mengecewakan.

"Bukan saya tidak boleh teruskan namun kekalahan itu (kepada Sime Darby) merencatkan peluang ke suku akhir. Selangor adalah pasukan yang besar dan saya gagal apabila tidak mampu membawa piala kepada mereka," kata pengendali berusia 62 tahun itu yang masih mempunyai baki kontrak tiga bulan.

Menurut Irfan Bakti, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad petang semalam dan badan induk berkenaan bersetuju untuk menerimanya.

"Beliau (Mokhtar) ada bertanyakan kepada saya sama mahu meneruskan niat meletak jawatan dan saya sudah tekad tidak mahu mengubah keputusan yang dibuat," katanya.

Irfan Bakti yang membawa Selangor muncul naib juara Liga Super musim ini sekali gus layak beraksi di Piala AFC tahun depan turut menafikan tindakan kira-kira 500 penyokong Merah Kuning yang mengepung bas pemain selepas tamat perlawanan mendorongnya membuat keputusan drastik berkenaan.

"Bagi saya tindakan yang dilakukan penyokong itu adalah perkara biasa. Ia (peletakan jawatan) bukan disebabkan perkara itu," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines