Rabu, 21 Ogos 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


PIALA MALAYSIA 2013 - P1 (20 Ogos 2013)

Posted: 20 Aug 2013 08:39 AM PDT

20 OGOS 2013 (SELASA)
KUMPULAN A
Stadium MP PasirGudang
8:45pm
JOHOR FA
0
0
SELANGOR FA
-
-
Stadium MP Selayang
8:45pm
ATM FA
3
4
KL SIME DARBY FC
Fazrul Hazli (Gs)
Irwan Fadzly
Venice Elphi
Togiba Kontiwa (2)
Mohd Hadzirun Hamid
Fazrul Hazli

KUMPULAN B
Stadium Shah Alam
8:45pm
SELANGOR PKNS FC
2
0
JOHOR DARUL TAKZIM FC
Patrick Ronaldinho Wleh (2)
-
Stadium MP Temerloh
8:45pm
KL FELDA UNITED FC
0
1
T-TEAM FC
-
Antwi George Boateng

KUMPULAN C
Stadium Darulmakmur
8:45pm
PAHANG FA
1
1
KELANTAN FA
Damion Stewart
Mohd Badri Radzi
Stadium SINS KT
8:45pm
TERENGGANU FA
0
2
NEGERI SEMBILA FA
-
Leandro Barbosa Fabio
S.Sivanesan

KUMPULAN D
Stadium Perak
8:45pm
PERAK FA
2
1
SARAWAK FA
Paolo Rangel (2)
Joseph Kallang Tie
Stadium JalanBesar
7:45pm
LIONS XII FC
2
2
KEDAH FA
Shahril Ishak
Mohd Shahfiq Ghani
Alen Guc (2)





PASUKAN
P
M
S
K
J
B
M
Mata
A1
KL SIME DARBY FC
1
1
0
0
4
3
1
3
A2
JOHOR FA
1
0
1
0
0
0
0
1
A3
SELANGOR FA
1
0
1
0
0
0
0
1
A4
ATM FA
1
0
0
1
3
4
-1
0
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
M
Mata
B1
SELANGOR PKNS FC
1
1
0
0
2
0
2
3
B2
T-TEAM FC
1
1
0
0
1
0
1
3
B3
KL FELDA UNITED FC
1
0
0
1
0
1
-1
0
B4
JOHOR DARUL TAKZIM FC
1
0
0
1
0
2
-2
0
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
M
Mata
C1
NEGERI SEMBILAN FA
1
1
0
0
2
0
2
3
C2
KELANTAN FA
1
0
1
0
1
1
0
1
C3
PAHANG FA
1
0
1
0
1
1
0
1
C4
TERENGGANU FA
1
0
0
1
0
2
-2
0
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
M
Mata
D1
PERAK FA
1
1
0
0
2
1
1
3
D2
KEDAH FA
1
0
1
0
2
2
0
1
D3
LIONS XII FC
1
0
1
0
2
2
0
1
D4
SARAWAK FA
1
0
0
1
1
2
-1
0

‘Rantai Farhan, Nwakaeme’

Posted: 19 Aug 2013 05:34 PM PDT

SUmber: Harian Metro

Kuantan: Kelicikan Mohd Nor Farhan Muhammad dan Dickson Nwakaeme menjadi tumpuan Pahang apabila mereka melayan kunjungan Kelantan yang juga juara bertahan Piala Malaysia di Stadium Darulmakmur, malam ini.

Bagi memastikan gawang skuad kendalian Dollah Salleh itu tidak dibolosi, kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar akan memastikan kelincahan dua penyerang itu disekat dengan sokongan padu rakan sepasukan.



Menurutnya, kembalinya Damion Stewart selain dua lagi rakan sepasukan, Mohd Razman Roslan dan Mohd Shahrizan Salleh diharap mampu memperkasakan bahagian pertahanan.

"Saya percaya latihan intensif sejak Ramadan lalu memberi motivasi terbaik untuk menyekat Kelantan daripada membawa pulang mata.


"Pada masa sama, kerjasama barisan tengah serta ketajaman jentera serangan akan membantu skuad Tok Gajah meraih tiga mata berharga," katanya.


Mengenai persiapan menentang The Red Warriors, pertahanan Pahang itu berkata, segala-galanya sudah dilakukan untuk memastikan tiga mata menjadi milik mereka sebagai suntikan moral mengharungi kempen piala berprestij itu musim ini.

Menurutnya, semangat dan komitmen tinggi pemain sepanjang latihan akan memastikan segala yang dirancang jurulatih membuahkan hasil positif.


"Kami sedar Kelantan juga mahu menang aksi pertama, tapi kelebihan bermain di gelanggang sendiri tidak harus dipersia-siakan. Rakan sepasukan memang tidak sabar untuk beraksi biarpun bakal berdepan saingan getir," katanya.

Penjaga gol TRW tak sihat

Posted: 19 Aug 2013 05:31 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Kelantan menghadapi masalah saat akhir menghadapi perlawanan pertama menentang Pahang dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam ini apabila keempat-empat penjaga golnya tidak sihat termasuk dua tonggak.

Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak mengesahkan keempat-empat penjaga gol termasuk penjaga gawang utama, Khairul Fahmi Che Mat berada pada tahap kurang memuaskan kerana demam.



Katanya, masalah itu menyebabkan persiapan akhir The Red Warriors (TRW) terjejas malah dua tonggak iaitu pemain pertahanan, Azizi Mat Rose dan penyerang, Mohd Norfarhan Muhammad juga tidak sihat sepenuhnya.

"Ada sedikit masalah kerana semua penjaga gol yang kita ada berada dalam keadaan kurang memuaskan, malah Khairul Fahmi juga demam. Kita akan lihat perkembangan kesihatan mereka sehingga esok (hari ini).


"Azizi dan Norfarhan juga mengalami masalah sama. Jika pemain yang menghadapi masalah ini pulih sebelum perlawanan, saya harap mereka dapat membantu mendapatkan tiga mata," katanya. Sementara itu, ketua pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi yang kini mengesahkan sudah pulih 90 peratus bersedia menjadi perancang utama TRW untuk menggalas misi mempertahankan kejuaraan.


Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya berkata, walaupun beberapa tonggak dibelenggu masalah kesihatan pemain yang memakai jersi bernombor 16 itu berharap dapat mencuri sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang lawan.

"Syukur kerana kecederaan ini sudah pulih dan jika dibenarkan beraksi, saya bersedia menggalas tanggungjawab membantu pasukan menang perlawanan pertama. Kita juga tidak boleh mengetepikan kehebatan Pahang namun bagi saya, Kelantan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata di tempat mereka. Jika menang itu bonus buat kami," katanya.

Gandingan makin mantap: Khyril

Posted: 19 Aug 2013 05:29 PM PDT

Foto

Sumber: Harian Metro

Alor Setar: Penyerang Khyril Muhymeen Zambri mengakui gandingannya bersama Alan Guc semakin mantap dan kerjasama mantap itu akan diterjemahkan ketika menentang LionsXII pada perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar malam ini.

Pemain kebangsaan itu menjaringkan enam gol pada saingan Piala Malaysia musim lalu selain mengikat LionsXII 3-3.



"Beraksi di padang rumput tiruan bukan masalah sebenarnya kerana kami kini menjalani latihan di padang sama yang dibina Dewan Bandaraya Alor Setar. Bezanya pergerakan bola itu lebih laju dan lantunan bola agak tinggi. Itu saja." katanya. Menurutnya, persefahamannya dengan Guc semakin mantap apabila penyerang Croatia itu berjaya menjaringkan sembilan gol biarpun hanya tiba pada pertengahan musim liga.

Katanya kemasukan sayap kiri Syazwan Zainol dari FELDA United turut memantapkan persembahan Kedah yang mengamalkan permainan menyerang pentas.


Hasilnya Kedah mencatat kemenangan dalam semua perlawanan persahabatan sepanjang Ramadan lalu.


Semua itu, kata Khyril berpunca daripada kombinasi jurulatih Datuk Ahmad Shafie dengan pembantunya Antonio Sisic yang berjaya memberi nafas baru kepada pasukan Kedah.

Malahan keprihatinan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan pengurusan pasukan dengan memastikan kebajikan pemain terjamin, menguatkan semangat pemain untuk berjaya.


"Kami akan buktikan biarpun tampil selaku wakil Liga Perdana, Kedah akan membuat kejutan dalam setiap perlawanan. Misi kami adalah mara ke suku akhir dan itu bukan mustahil," katanya.

Kedah sebelum ini berjaya menjulang Piala Malaysia dua tahun berturut-turut pada 2007 dan 2008 serta pernah dinobatkan juara Liga Super dan Piala FA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines