Rabu, 28 Ogos 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Nelydia Senrose Belum Sedia Jadikan Qi Razali Suami

Posted: 27 Aug 2013 03:49 AM PDT

Qi Razali dan Nelydia Senrose
PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda.
Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya.
"Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab seseorang isteri. Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya dan Qi sudah sampai.
"Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri," katanya kepada mStar Online.
Nelydia ditemui pada majlis pra-tonton dan pelancaran drama bersiri Strawberi & Karipap di GSC The Gardens, di sini pada Isnin.
Tambah adik kepada Uqasha Senrose ini, dia dan Qi, 35, pernah berbincang mengenai ikatan perkahwinan mereka namun dia bersyukur kerana memiliki seorang teman lelaki yang memahami situasinya itu.
Dalam pada itu, Nelydia juga berpuas hati kerana kisah cintanya dengan Qi tidak terlalu diberi pendedahan oleh media seperti kakaknya yang bercinta dengan aktor Pekin.
"Kalau boleh kami mahu kisah percintaan kami tidak terlalu didedahkan pada umum. Cukuplah sekadar masyarakat tahu tentang perhubungan kami. Lebih elok jika kisah kerja kami sahaja yang dipaparkan," tuturnya.
Sementara itu, dalam Strawberi & Karipap, Nelydia bergandingan dengan Zizan Nin, Sein, Nur Fathia, Mia Sara dan Rykarl Iskandar.
Strawberi & Karipap bakal bersiaran bermula 1 September ini setiap Ahad pada pukul 11 pagi menerusi saluran Astro Ceria.

Syamsul Yusof Sudah Sedia Untuk Bernikah

Posted: 27 Aug 2013 03:49 AM PDT

Syamsul berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.
PETALING JAYA: Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya selepas filem terbaharu arahannya berjudul KL Gangster 2 ditayangkan pada 3 Oktober depan.
Syamsul, 29, bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah wanita yang ingin disunting menjadi isterinya itu walaupun desas-desus mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Puteri Sarah.
"Saya sudah bersedia untuk berumah tangga kerana usia pun semakin meningkat. Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan khusus mengenainya dan ia hanya satu perancangan.
"Tentang calon biar saya simpan untuk diri sendiri dahulu dan saya sendiri akan umumkan kepada semua sekiranya ia benar-benar terjadi," katanya kepada mStar Online.
Filem terbaharu arahannya yang menelan belanja RM4.5 juta itu bakal ditayangkan kepada umum pada 3 Oktober depan selepas mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
Dalam perkembangan sama, Syamsul berkata, ibu bapanya iaitu pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih belum bertemu dengan calon isterinya itu.
Pun begitu kata Syamsul, keluarganya tidak menghalang dengan siapa dia ingin bercinta malah sentiasa bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya.
"Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata, punca sebenar dia gagal menyiapkan filem KL Gangster 2 dengan cepat kerana banyak komitmen lain yang mengganggu sepanjang proses tersebut.
Jelas Syamsul, dia tidak mahu terburu-buru menayangkan filem tersebut kerana ingin memberikan yang terbaik kepada penonton dan sedar harapan mereka terhadap karya terbaharunya itu tinggi.
"Selain cuba menyiapkan filem itu, saya turut terlibat dalam beberapa projek lain dan berlakon dalam beberapa buah filem dan kerana itu juga ia lambat disiapkan.
"Bagaimanapun Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berharap peminat akan menyukai filem ini," ujarnya.

Hunny Madu Luaskan Bakat Cipta Lagu

Posted: 27 Aug 2013 03:47 AM PDT

Hunny Madu giat cipta lirik lagu sepanjang tahun ini.
PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Hani Hatim atau lebih dikenali sebagai Hunny Madu memperluaskan bakatnya dalam bidang penciptaan lagu dan menulis lirik.
Hani atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 29, berkata, dia melakukan eksperimen dalam bidang berkenaan apabila buat permulaan hasil karya itu digunakan untuk lagu nyanyiannya sendiri.
"Walaupun saya pernah menulis lirik bagi album pertama saya, Pulau Janji pada tahun 2011, itu tidak bermakna saya seorang penulis yang baik.
"Banyak lagi perkara yang saya perlu asah bakat ini dan untuk menghasilkan lagu yang baik, kita perlu melatih skil yang ada. Lagipun ia dapat membuatkan saya meneroka bidang muzik dengan lebih luas lagi," katanya kepada mStar Online.
Tambah Hani dia juga bakal muncul dengan sebuah single terbaharu dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, Hani berkata dia mahu menggunakan nama sebenarnya itu dalam urusan formal seperti ketika dia mengacara sesebuah program televisyen atau acara berbentuk korporat mana kala nama Hunny Madu untuk kerjaya nyanyiannya.
"Sebenarnya nama Hunny Madu masih dikekalkan tetapi ia digunakan ketika saya muncul di bidang nyanyian. Hani Hatim pula lebih pada acara formal seperti mengacara atau sebagai penyampai radio.
"Cara itu memudahkan peminat untuk melihat saya dalam dua bidang yang berbeza," ujarnya.
Selain sibuk di studio radio, Hani turut muncul menerusi program Hip TV (TV3) dan Nasi Lemak Kopi O untuk TV9.

Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma RM25,000 Haram - Mufti Selangor

Posted: 27 Aug 2013 03:46 AM PDT

Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia
PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
"Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.
"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.
Mohd Tamyes Abd Wahid
Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.
Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.
Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.
Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.
"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.
Mohd Hasnil Abu Bakar
Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.
"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti," katanya.
Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.
"Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri," katanya.
Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.

Tabung TV3 Bersamamu Diteruskan Bantu Golongan Miskin

Posted: 27 Aug 2013 03:45 AM PDT

Ahmad Izham (kanan) menyampaikan sumbangan Tabung TV3 Bersamamu kepada salah seorang wakil pusat penjagaan rumah kebajikan sambil diperhatikan Rohani Karim.
PETALING JAYA: Tabung TV3 Bersamamu yang diperkenalkan menerusi program Bersamamu akan diteruskan dalam usaha membantu mereka yang serba kekurangan dan tidak berkemampuan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, hasil sumbangan masyarakat dan badan korporat untuk tabung itu bukan sahaja mampu mengubah taraf hidup golongan memerlukan malah memberi semangat kepada mereka demi masa depan lebih baik.
"Walaupun sudah lapan tahun bersiaran, Bersamamu terus mendapat perhatian daripada orang ramai untuk membantu mereka yang memerlukan.
"Usaha ini perlu diteruskan supaya lebih banyak golongan yang tidak bernasib baik mendapat bantuan dan mengubah nasib keluarga mereka," katanya.
Ahmad Izham ditemui pada majlis rumah terbuka Bersamamu di Sri Pentas di sini, Isnin.
Turut hadir pada majlis Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar.
Dalam pada itu, Ahmad Izham berkata, pihaknya terharu dengan sokongan orang ramai dan badan-badan korporat yang telah membantu meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.
Katanya, hasil sumbangan Tabung TV3 Bersamamu tidak terhad kepada responden-responden program tersebut malah ia turut disalurkan kepada rumah kebajikan, mangsa-mangsa bencana dan mereka yang menghidap penyakit kronik.
"Tabung ini tidak akan diberhentikan selagi masih ada orang yang memerlukan bantuan.
"Sumbangan sekecil satu ringgit daripada setiap individu sudah mampu mengubah kehidupan dan memberi sinar kepada mereka yang daif dan serba kekurangan," katanya.
Sejak diperkenalkan pada 30 Mei 2005, program berbentuk amal itu telah memaparkan lebih daripada 400 kes kemiskinan dan keperitan.
Dalam pada itu majlis rumah terbuka Bersamamu itu turut meraikan empat buah keluarga yang pernah muncul dalam rancangan berkenaan iaitu Rozihan Yahaya dan Edah Jusoh, Sharul Bariah, Muhd Syukor Khalid dan Qistina Huda Hasbullah.
Turut dijemput anak-anak Bersamamu yang melanjutkan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi di Lembah Klang dan Seremban serta 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni, Paras Jaya, Rumah Anak Yatim Miskin Taman Baiduri, Dengkil dan Rumah Tunas Harapan, Kuala Selangor.
Program pada petang itu pihak TV3 turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap rumah anak yatim tersebut.
Majlis petang itu turut diserikan dengan persembahan daripada Shiha, Black dan kumpulan Bocik (Bintang Mencari Bintang).
Musim terbaharu Bersamamu bakal menemui penonton TV3 bermula 5 September 2013, setiap hari Khamis pukul 9.30 malam.

Pertaruhan Siti, Melly, Faizal buat AF 2013

Posted: 27 Aug 2013 03:34 AM PDT




SEBUT sahaja nama Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir, ramai yang tahu tentang pengaruh mereka bertiga dalam industri muzik serantau.
Justeru, bukan sesuatu yang menghairankana apabila mereka dipilih oleh pihak Astro sebagai pengilham menggantikan jawatan pengetua yang pernah wujud dalam Akademi Fantasia musim sebelum ini.
Meskipun kredibiliti mereka tidak boleh disangkal, namun ada yang melihat pemilihan mereka umpama strategi terdesak daripada pihak Astro untuk mengembalikan kepercayaan penonton serta rating terhadap program yang pernah dijanjikan akan berakhir selepas penyanyi Hazama bergelar juara AF musim kesembilan yang lalu.
Tersenyum mendengar kenyataan tersebut, ketiga- tiga mereka mempunyai jawapan tersendiri apabila bersetuju untuk terlibat dalam program yang sentiasa mencetuskan kontroversi itu.
Program baharu - Siti
Menurut Siti, dia menerima tawaran daripada pihak Astro untuk terlibat dalam program tersebut kira-kira dua bulan yang lalu.
Ujarnya, dia tidak terus bersetuju ketika tawaran itu tiba, sebaliknya berfikir dengan mendalam. Selepas diterangkan bahawa program AF 2013 telah diubah formatnya dan tidak sama dengan program musim terdahulu, barulah Siti memberikan persetujuannya.
"Selepas saya diberitahu formatnya telah diubah dan tidak sama dengan musim sebelum ini, saya ber- setuju kerana ia sesuatu yang baharu.
"Lagipun seronok dapat bekerjasama dengan dua orang hebat seperti Melly dan Faizal. Tugas kami se- bagai pengilham adalah membantu pelajar daripada pengalaman yang kami miliki," katanya.
Tambahnya, pengalamannya sebagai penyanyi yang bermula dari bawah tanpa mengikuti kelas vokal dan muzik secara formal juga membuatnya terpanggil untuk menyertai program itu.
"Penyanyi terbahagi kepada dua iaitu golongan yang mempunyai asas vokal dan muzik secara formal dan golongan yang hanya dikurniakan bakat tanpa seba- rang asas.
TIADA PENGETUA. Akademi Fantasia 2013 cuba menonjolkan kelainan dengan menampilkan (dari kiri) Melly Goeslow, Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir sebagai pengilham.


"Saya tergolong dalam golongan penyanyi yang di- kurniakan bakat sahaja ketika mula-mula menyanyi. Sebab itu, saya ingin memberi inspirasi dan membantu mereka yang benar-benar berminat dan berbakat dalam bidang nyanyian untuk menjadi penyanyi yang berjaya," balasnya.
Walaupun tidak terlibat dalam pemilihan pelajar AF 2013 dan belum berjumpa dengan pelajar yang telah pun dipilih menerusi uji bakat, tegas Siti, jika boleh dia mahu terlibat secara langsung sebagai tenaga penga- jar dalam AF 2013.
"Kami diberi masa selama tiga minggu setiap seorang pengilham untuk memantau perkembangan pelajar tetapi kami tiada ada kuasa seperti pengetua AF sebelum ini.
"Namun, jika boleh saya mahu terlibat secara langsung seperti menegur mana yang patut sebelum konsert bermula dan mengajar mereka, bukan hanya bercerita tentang pengalaman sahaja," jawabnya.
Dalam pada itu, Siti sedar tanggungjawab yang besar digalas mereka bertiga kerana harapan penonton terhadap program ini pastinya tinggi menggunung memandangkan mereka bertiga bukannya penyanyi picisan.
"Nampak tugas kami mudah tetapi sebenarnya tanggungjawab yang diberikan itu besar. Kami bertiga akan mencuba yang terbaik kerana reputasi kami juga menjadi taruhan," balasnya.
Tidak mahu penyanyi klon - Melly
Komposer, penerbit dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow bukan pertama kali terlibat dalam program realiti nyanyian.
Sebelum ini di negara kelahirannya, Melly pernah menjadi juri program Indonesia Idol dan beberapa program realiti TV nyanyian yang lain tetapi tawaran yang diberikan Astro begitu menarik hatinya.
"Program ini sangat besar dan mungkin bintang yang lahir daripada program ini boleh menjadi inspirasi, bukan sahaja kepada masyarakat Malaysia tetapi juga di Indonesia juga," katanya.
Jelasnya lagi, meskipun menampilkan tiga orang pengilham tetapi karakter dan cara pendekatan mereka dengan pelajar juga sangat berbeza.
"Tidak akan timbul kekeliruan kerana diberikan ruang dan masa yang berbeza iaitu tiga minggu setiap seorang. Siti dan Faizal dengan caranya, begitu juga saya.
"Jika tiada perbezaan antara kami, nanti yang lahir daripada program ini hanyalah penyanyi klon seperti contoh klon Siti Nurhaliza. Kami mahu elakkan perkara itu berlaku dan pelajar harus mempunyai identiti tersendiri," balasnya.
Tegas Melly yang dikenali dengan karakter garangnya sebagai juri atau mentor program realiti, kehadiran mereka sekadar membantu pelajar untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, selebihnya usaha itu harus datang dari- pada pelajar itu sendiri.
"Kami hanya membantu sekadar yang boleh. Jika pelajar itu tidak berusaha dan membantu diri mereka sendiri, kami bertiga tidak boleh berbuat apa-apa.
"Ingin saya ingatkan, semua pelajar AF kali ini tidak boleh bermanja dan main-main. Saya tidak akan memberi muka kepada pelajar yang hanya mahu kejar populariti, bukannya impian sebagai penyanyi," ucapnya.

BARISAN tulang belakang AF 2013 pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Cabaran besar menanti - Faizal
Jika hendak dibandingkan antara Siti dan Melly, Faizal Tahir antara yang paling muda usia penglibatannya dalam industri seni suara.
Terpilih sebagai pengilham AF 2013 telah membuatkan bekas peserta program One In A Million musim kedua itu berasa terharu.
"Saya cukup terharu dan teruja dalam masa yang sama kerana jika hendak dibandingkan dengan Siti dan Melly, saya masih mentah, baru tujuh tahun dalam industri sedangkan pengaruh mereka cukup besar," ucapnya.
Disoal adakah dia terkejut dengan pemilihannya dalam sebuah program terbitan Astro sedangkan sebelum ini dia umpama wajah eksklusif sebuah stesen televisyen yang lain.
"Saya tidak pernah rasa saya anak emas atau wajah stesen televisyen yang dimaksudkan kerana wajah saya tidak pernah terpampang di papan iklan mereka," katanya.
Jelasnya, AF kali ini sangat berbeza kerana pelajar tidak dikuarantin di sebuah rumah tanpa informasi dunia realiti, sebaliknya mereka akan menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan peminat dan mengetahui apa yang berlaku di dunia luar.
"Bagusnya pelajar AF kali ini lebih bebas. Mereka lebih terbuka kepada dunia realiti kerana mereka akan mempunyai laman sosial seperti Twitter dan Instagram masing-masing.
"Bagi saya, pendedahan itu bagus kerana apabila jadi penyanyi kelak, mereka tidak akan dipuji sahaja, sebaliknya akan ada orang mengutuk dan membenci mereka. Itulah realiti, bukan mudah untuk jadi penyanyi.
"Jika itu pun mental mereka tidak boleh tahan, baik lupakan sahaja niat untuk jadi penyanyi kerana cabaran yang lebih besar menanti apabila mereka semua bekerja dalam industri hiburan yang sebenar," tegasnya.

Pertarungan klimaks M. Nasir, Faizal Hussein

Posted: 27 Aug 2013 03:33 AM PDT


M. NASIR dan Faizal Hussein (kanan) merupakan tarikan utama filem Rajawali: Aku Abang Long.


PERTEMBUNGAN antara dunia siber, kuasa mistik dan persilatan Melayu menjadi latar layar filem Rajawali: Aku Abang Long (RAAL).
Merujuk kepada sedutan yang ditayangkan kepada pihak media, RAAL yang diterbitkan oleh Muradijaya Sdn. Bhd. (Muradijaya) itu dijangka muncul sebagai filem Melayu yang cukup hebat serta luar biasa.
Ia ekoran daripada barisan nama-nama besar yang terbabit dalam filem ini.
Dari sisi kreativiti, RAAL merupakan kolaborasi sulung S. Amin Shahab selaku pengarah bersama Mamat Khalid sebagai penulis skrip.
Menampilkan pula pelakon-pelakon hebat seperti Datuk M. Nasir, Faizal Hussein, Wan Hanafi Su serta dua pelakon generasi baharu, Siti Saleha dan Razali Hussain, tenaga lakonan RAAL dimantapkan dengan barisan pelakon baharu yang mula mencipta nama seperti Bil Azali, Yaya Ma'embong, Hafiz Bahari dan Niena Baharun.
Tidak ketinggalan gitaris kumpulan Iklim, Umarul Mahdzar yang membuat penampilan istimewa.
Pemilik Muradijaya, Zaid Harisah Zakaria memberitahu, hampir 65 peratus pengambaran filem tersebut yang berlokasi di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak telah disiapkan.
Selaku penerbitan sulung syarikatnya, Zaid mengakui, dia cukup teruja apabila berjaya mendapatkan khidmat Mamat Khalid untuk mencorakkan jalan cerita RAAL serta kesediaan nama-nama besar industri seni yang menyertai produksinya.
"Perspektif saya menerusi filem ini sudah tentu mahu mengetengahkan tradisi Melayu melalui seni persilatan yang disesuaikan dengan elemen-elemen moden di dalam sebuah filem cita rasa hari ini," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar RAAL di Hotel Vistana, Pulau Pinang baru-baru ini yang dianjurkan baru-baru ini.
Semi fantasi
RAAL mengisahkan sekumpulan remaja yang merupakan penceroboh atau hackers terhandal bertaraf dunia iaitu Maya (lakonan Siti Saleha), Harun (Razali Hussein), Shahrul (Bil Azali) dan Jimi (Hafiz Bahari).
Mereka mengucar-ngacirkan sistem ekonomi antarabangsa dengan menggodam akaun-akaun institusi kewangan demi mengejar kemewahan.
Selain diburu pihak berkuasa, mereka turut dijejaki oleh Komang (M. Nasir) yang menghabiskan usianya mencari hackers terhandal untuk melengkapkan satu perisian komputer unik bersifat mistik.
Ketika inilah munculnya Abang Long (Faizal), yang tinggal di desa dijaga oleh Tok Wan (Wan Hanafi) mendalami ilmu persilatan sejak kecil dan berlakulah pertembungan antara dunia siber, mistik dan persilatan Melayu.
Kehadiran Abang Long untuk menyelamatkan adik-adiknya (Maya dan Shahrul) bagaimanapun mempertaruhkan nyawanya sendiri.
Mengulas mengenai jalan cerita filem itu, ujar Mamat, RAAL merupakan sebuah filem separuh fantasi yang menggambarkan kuasa jahat melawan kuasa baik dengan gabungan unsur-unsur siber yang tidak keterlaluan.
"Skrip filem ini perlu segar, justeru saya kuatkan dengan aksi-aksi dan unsur suspens tanpa meminggirkan budaya tradisi Melayu yang menjadi tunjang kekuatan penceritaannya termasuk kekeluargaan.
"Klimaks filem ini ditonjolkan menerusi pertembungan Abang Long sebagai adi wira untuk berhadapan kuasa jahat Komang, dan di sinilah para pelakon diuji perwatakan masing-masing," ujar Mamat.
Sarat aksi lasak
Dalam pada itu, S. Amin menegaskan, dia mempunyai sebab penting kenapa memilih Pulau Pinang sebagai lokasi utama RAAL.
Jelas S. Amin, dia memerlukan feri Pulau Pinang kerana banyak adegan pergaduhan telah difikirkan perlu berlokasi di kawasan lain daripada yang lain jika ingin menyajikan perspektif berbeza kepada audiens.
"Tinggalan arkitektur kolonial sekitar George Town masih ada dan masih tidak banyak diteroka dalam sesebuah filem, jadi mengapa tidak digunakan untuk RAAL," ujarnya.
Ditebak soalan kenapa dia kembali mengarah selepas sekian lama tidak aktif mengarah drama, ujarnya: "Tidak banyak yang berubah (dari segi arahan).
"Cuma kali ini skrinnya besar, maka banyak yang perlu diisi (berbanding drama-drama arahannya sebelum ini). Sebagai pengarah, saya mengutamakan visual dan syot yang cantik.
"Dengan persediaan yang cepat, apa yang boleh saya buat adalah mencantikkan sahaja filem ini.
"Sebenarnya belum tiba masa untuk saya memuji diri sendiri sehinggalah RAAL dinilaikan sendiri oleh audiens," tuturnya mengenai percubaan sulungnya sebagai pengarah filem.

NASKHAH Rajawali: Aku Abang Long merupakan kolaborasi sulung Mamat Khalid dan S. Amin Shahab (kanan).


Faizal lepas geram
Bukan senang untuk mendengar jawapan 'ya' daripada M. Nasir untuk diambil berlakon setelah menolak puluhan lamaran. Bukan memilih tetapi M. Nasir mengakui yang beliau punya sebab tersendiri jika membuat pilihan bersetuju.
"Saya bukan tidak mahu berlakon tapi bergantung kepada projek-projek yang menarik. Saya suka filem ini sebab watak yang diberi adalah dalam dimensi sungguh berbeza.
"RAAL sangat menarik bagi saya bukan sebab S. Amin Shahab itu sahabat baik saya tetapi cerita dan wataknya serta tidak ketinggalan ada (sentuhan skrip) Mamat Khalid.
"Watak saya ringkas iaitu daripada seorang yang baik bertukar menjadi jahat dan akhirnya diselamatkan oleh anaknya sendiri untuk menerima kebaikan," ujar M. Nasir.
Sementara itu, Faizal Hussein melahirkan kesyukuran kerana dapat terlibat dalam produksi yang membariskan nama-nama besar termasuk kekaguman peribadinya terhadap gabungan S. Amin dan Mamat.
Setelah lebih 30 tahun membabitkan diri dalam industri lakonan, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) melalui lakonannya dalam filem Bunohan itu menyifatkan RAAL umpama bulan jatuh ke riba.
Dia yang sememangnya peminat filem lasak dan pergaduhan mengakui mencurahkan sepenuh tumpuan terhadap pembikinan RAAL, termasuk melakonkan sendiri aksi stunt termasuk jatuh dari tempat tinggi.
"Cerita tentang Abang Long sendiri seolah-olah watak yang direka untuk saya oleh Mamat. Kemungkinan dalam filem yang lepas-lepas penonton kurang melihat aksi persilatan Faizal Hussein tetapi tidak dalam RAAL.
"Kali ini saya berpeluang 'melepaskan geram' untuk melakukan aksi-aksi silat termasuklah satu adegan yang memakan masa dua malam pengambaraan. Paling mencabar adalah untuk beraksi dalam becak sawah," kata aktor yang mula berlakon pada tahun 1982 itu.
Tidak menafikan ada sedikit tekanan untuk melakonkan filem ini selepas kejayaan Bunohan, bagaimanapun Faizal menyifatkan ia merupakan perasaan biasa yang kerap dialaminya.

Syanie tidak mahu bertunang lama-lama

Posted: 27 Aug 2013 03:32 AM PDT


SELEPAS 11 tahun menjanda, kini sudah tiba masanya untuk Syanie kembali bergelar isteri.


KEGAGALAN dalam perkahwinan pertama tidak bermakna pelakon Syanie Hisham enggan lagi mendirikan rumah tangga. Ternyata, kehadiran lelaki yang bernama Nadi Putera Mohd. Zainol berhasil mengisi kekosongan hatinya.
Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.
Menurut Syanie, sebelum kata putus dibuat untuk menerima lamaran Nadi, dia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan.
"Pertama sekali, saya membuat perbincangan dengan ibu serta adik perempuan mengenai hasrat kami ini. Banyak perkara yang kami bincangkan seperti pertimbangan terhadap keputusan yang akan dibuat.
"Lagipun, perkahwinan bukanlah suatu perkara suka-suka dan kami sekeluarga memang mengambil serius mengenainya.
"Sekiranya saya dan Nadi ditakdirkan berkahwin, sudah tentu saya mengharapkan sebuah hubungan yang kekal sehingga akhir hayat," ujarnya.
Apabila ditanya tentang hasratnya yang mahu kembali mendirikan rumah tangga setelah 11 tahun bergelar janda, pelakon tersebut meluahkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia memiliki teman hidup.
"Setiap wanita pastinya mempunyai keinginan memiliki seorang suami yang sentiasa berada di sisi. Lagipun, keputusan yang dibuat ini merupakan gerak hati dan yakin Nadi merupakan pilihan yang tepat," luahnya.

IBU SYANIE menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis Nadi.


Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka berdua sehinggalah mengikat tali pertunangan, Syanie menyatakan bahawa semuanya terjadi secara kebetulan.
Ujarnya, mereka sebenarnya sudah lama mengenali diri masing-masing apabila Nadi bekerja dengan syarikat milik keluarganya kira-kira tujuh tahun lalu.
"Setelah berhenti kerja, saya dapat tahu Nadi telah mendirikan rumah tangga tetapi hubungan kami masih lagi kekal sebagai teman biasa sehinggalah dia bercerai dengan bekas isterinya itu.
"Walaupun sudah jarang bersua muka kami tetap lagi bertanya khabar.
"Kemudian, hubungan kami mula menjadi rapat apabila sama-sama pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan," jelasnya.
Cerita Syanie lagi, sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah, mereka berbual pelbagai perkara sehinggalah membabitkan hala tuju dan perhubungan bersama.
"Setelah masing-masing meluahkan perasaan dari hati ke hati, sebulan kemudian kami mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih," ujarnya.
Berkenaan dengan pemilihan 1 Mac 2014 sebagai hari perkahwinan mereka, Syanie memberitahu bahawa tiada sebarang yang istimewa berkenaan tarikh tersebut.
Menurutnya, tarikh berkenaan dipilih kerana dia dan Nadi sepakat untuk tidak mahu mengadakan upacara perkahwinan ketika musim cuti persekolahan.

KELUARGA Syanie dan Nadi gembira dengan keputusan mereka untuk bersatu di alam rumah tangga.


"Selain itu, kami memang enggan bertunang dalam tempoh yang lama dan ia merupakan kehendak bapa Nadi sendiri yang mahu ia diadakan secepat mungkin.
"Saya fikir elok juga kalau kami tidak bertunang lama-lama. Lagipun, kalau sudah bertunang ini memang banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi nanti.
Mama Syanie
Berbanding Syanie yang tidak dikurniakan cahaya mata ketika perkahwinan terdahulu, Nadi pula mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4.
Menurut Syanie, setakat ini hubungannya dengan kedua-dua anak tunangnya itu cukup baik terutama sekali dengan Dafiq yang menetap dengan bapanya.
"Anak sulung Nadi iaitu Danish kini tinggal bersama bekas isterinya dan kami cuma sempat berjumpa sekali sahaja manakala Dafiq pula menetap bersama ayahnya.
"Jadi, saya dan Dafiq memang selalu berjumpa, terutamanya kalau saya dan Nadi keluar bersama. Malah, dia juga memanggil saya dengan panggilan Mama Syanie," ujarnya.
Mengenai harapannya selepas selamat bergelar isteri Nadi kelak, Syanie memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat.

Bapa si mati tetap berkeras

Posted: 27 Aug 2013 03:30 AM PDT



IPOH - Bapa kepada Allahyarham Sherul Aizam, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat tetap enggan mengebumikan jenazah anaknya itu yang masih tersimpan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak bulan lalu selagi bedah siasat kedua tidak dilakukan.
Pendirian terbaharu tersebut sekali gus membuktikan beliau tidak mempedulikan pandangan masyarakat sekeliling termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) supaya menyegerakan pengebumian jenazah anaknya itu.
Mohd. Damanhuri, 50, (gambar kecil) sebaliknya kesal dengan sikap pegawai JAIPk kerana enggan mengadakan perbincangan dengannya di rumah mengenai isu tersebut sebagaimana dijanjikan.
Sehingga hari ini, jenazah Sherul Aizam telah tersimpan di bilik mayat HRPB selama 38 hari.
"Saya dan keluarga akan terus menunggu bedah siasat kedua pada 3 September ini sebelum jenazah anak saya itu dikebumikan.
"Saya harap semua pihak menghormati perasaan dan pendirian saya serta keluarga mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Pada 27 Julai lalu, Mohd. Damanhuri membuat laporan polis di Balai Polis Manjoi di sini kerana tidak berpuas hati dengan siasatan kematian anaknya dan menuntut supaya siasatan dan bedah siasat kedua dilakukan.
Menurutnya, keraguan itu berpunca selepas dia melihat keadaan mayat Sherol Aizam yang terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan.
Dalam kejadian 20 Julai lalu, tindakan Sherul Aizam, 27, yang cuba menceroboh masuk sebuah rumah jiran berakhir apabila dia ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Rangka manusia disangka haiwan

Posted: 27 Aug 2013 03:29 AM PDT



ANGGOTA polis mengusung rangka manusia yang ditemui di dalam semak di Shah Alam kelmarin.


SHAH ALAM - Hasrat seorang buruh binaan warga Vietnam untuk memetik pucuk paku terbantut selepas dia menemui rangka manusia di dalam kawasan semak berhampiran Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini kelmarin.
Rangka yang hanya memakai seluar jean itu ditemui oleh Dham Duc Anh, 21, pada pukul 6 petang dengan separuh badan tertanam.
Buruh di tapak pembinaan Hospital Shah Alam itu bagaimanapun membuat laporan hampir 16 jam kemudian selepas berbincang dengan rakan sekerja dan penyelianya.
Lokasi penemuan terletak kira-kira 10 meter dari tapak pembinaan itu.
Duc Anh berkata, dia sering memetik pucuk paku di kawasan itu sejak bekerja di tapak pembinaan tersebut dua tahun lalu.
"Saya sangka mayat itu rangka lembu atau babi hutan.

ASW 2020 agih pendapatan 6.70 sen seunit

Posted: 27 Aug 2013 03:27 AM PDT


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan kadar agihan pendapatan 6.70 sen seunit kepada pemegang ASW 2020 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.70 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013.
Agihan pendapatan itu bukan sahaja menunjukkan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding tahun lepas, malah mencatatkan pengagihan pendapatan tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Pengumuman pendapatan ASW 2020 itu dilakukan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di sini semalam.
Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Agihan tersebut melibatkan pembayaran sebanyak RM1.062 bilion kepada 899,967 pemegang unit yang telah melanggan 15.8 bilion unit ASW 2020.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 25 Ogos 2013, ASW telah memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM1.280 bilion.

Cerut orang kanan Hitler dilelong

Posted: 27 Aug 2013 03:25 AM PDT


CERUT Hermann Goering dilelong pada harga RM6,695 di England.


LINCOLN - Beberapa batang cerut yang telah dibawa keluar dari rumah pemimpin kanan Parti Nazi, Hermann Goering pada akhir Perang Dunia Kedua dilelong pada harga £1,300 (RM6,695) di Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Cerut yang ditempah khas untuk Goering itu telah di bawa keluar dari sebuah bilik bawah tanah rumahnya di Brandenburg di Jerman.
Seorang penjual persendirian kemudian mewarisi cerut tersebut dari saudara-maranya.
John Leatt yang merupakan pelelong daripada firma lelongan Golding Young and Mawer berkata, ia adalah barangan yang luar biasa dan masih belum disentuh.
"Cerut itu dibeli oleh pembida luar negara melalui internet dan harganya melebihi anggaran sebelum ini iaitu antara £800 hingga £1,200 (RM4,128-RM6,192)," katanya.
Menurut Leatt, pada kotak cerut tertera perkataan Sondernfertigung Reichsmarschall Hermann Goering, yang bermaksud 'Dibuat Khas Untuk Marsyal Hermann Goering'.
Tandatangan pemimpin kanan Hitler itu dan nama syarikat pembekal cerut tersebut, Gildemann Ltd turut dicetak di kotak berkenaan.
Goering membunuh diri pada malam sebelum dia dijadualkan menjalani hukuman gantung pada 15 Oktober 1946 kerana melakukan jenayah kemanusiaan semasa Perang Dunia Kedua.

60,000 berhimpun bantah rasuah di Filipina

Posted: 27 Aug 2013 03:24 AM PDT



BERPULUH-PULUH ribu penunjuk perasaan berhimpun di Taman Luneta di Manila semalam.


MANILA - Berpuluh-puluh ribu orang membanjiri jalan raya di Filipina semalam untuk menuntut dana berjuta-juta yang diagih kepada wakil rakyat dibatalkan.
Bantahan tersebut diadakan susulan laporan media Filipina bahawa dana itu sering diseleweng.
Demonstrasi itu merupakan bantahan besar-besaran pertama menentang rasuah dan penyelewengan di bawah pentadbiran pimpinan Presiden Benigno Aquino.
Aquino sebelum ini berikrar untuk mengubah sistem pengagihan wang di negara itu bagi menggelakkan dana negara daripada diseleweng.
Demonstrasi semalam menyaksikan sekitar 60,000 penunjuk perasaan berarak menuju ke Taman Luneta di Manila.
Bantahan tersebut mendapat sambutan orang ramai walaupun berlangsung dalam keadaan hujan.
Beribu-ribu lagi penunjuk perasaan turut berhimpun di beberapa bandar lain di Filipina.
Mereka berkumpul kerana menuntut memansuhkan dana berkenaan yang dikenali sebagai Dana Bantuan Pembangunan Utama atau digelar dana Tong Babi.
Satu laporan mendedahkan sekitar kira-kira 10 bilion peso (RM767 juta) dana kongres telah disalurkan untuk projek dan organisasi yang tidak wujud antara 2007 hingga 2009.

Nelayan Britain terkejut tangkap ikan todak di sungai

Posted: 27 Aug 2013 03:22 AM PDT



IKAN todak biasanya ditemui berenang di laut bersuhu suam seperti Laut Mediterranean.



LONDON, Britain - Spesies ikan todak biasa ditemui berenang-renang di dalam laut.
Namun, seekor ikan itu ditangkap secara tidak sengaja oleh seorang nelayan di Sungai Tyne, timur laut England, menurut sebuah akhbar semalam.
Ikan sepanjang 1.2 meter dari hujung todak hingga ke ekornya itu ditangkap menggunakan pukat.
Haiwan marin itu kemudian dijual kepada seorang pemborong ikan tempatan.
Nelayan tersebut, Rob Latimer berkata, ikan todak itu sedang mengejar ikan makerel atau ikan salmon ke hilir sungai apabila haiwan itu ditangkap.
Ikan todak biasa dikaitkan dengan perairan suam seperti Laut Medditerranean.
Mengulas tangkapan tersebut, Ketua Eksekutif Persekutuan Pertubuhan Nelayan Kebangsaan, Barry Deas berkata: "Saya tidak pernah mendengar perkara seperti ini."
"Ikan todak nyata hidup di laut, kejadian ini amat jarang berlaku," katanya.

2,626 kura-kura terselamat daripada dijadikan hidangan eksotik

Posted: 27 Aug 2013 03:20 AM PDT


Ekoran bilangan kura-kura liar semakin menurun di China maka harga pasaran untuk reptilia itu meningkat lima kali ganda berbanding pasaran Taiwan.


TAIPEI - Pasukan pengawal pantai Taiwan merampas lebih 2,626 ekor kura-kura daripada dijadikan hidangan eksotik di China, kata beberapa pegawai kelmarin.
Menurut pihak berkuasa berkenaan, rampasan kura-kura itu adalah yang terbesar di Taiwan.
Haiwan yang cuba diseludup keluar itu ditemui di dalam kontena di atas sebuah kapal di bandar pelabuhan Kaohsiung, selatan Taiwan pada Sabtu lalu.
Susulan rampasan tersebut, pihak berkuasa menahan seorang lelaki bernama Cheng tetapi enggan mendedahkan lanjut kerana ia masih menjejaki dalang sindiket penyeludupan tersebut.
Beberapa pegawai memberitahu, daging reptilia itu dipercayai untuk dijadikan makanan orang kaya atau sebahagian daripada ramuan ubat tradisional.
"Selepas habis memakan kura-kura di negara sendiri, mereka kini beralih ke Asia Tenggara dan Taiwan," kata pegawai Majlis Pertanian Taiwan, Lin Kuo Chang.
Ekoran bilangan kura-kura liar semakin menurun di China maka harga pasaran untuk reptilia itu meningkat lima kali ganda berbanding pasaran Taiwan.

10 saintis neuro bagi 100,000 penduduk

Posted: 27 Aug 2013 03:19 AM PDT




SEKUMPULAN kanak-kanak kelihatan sibuk membersihkan tangan dengan betul menerusi tunjuk ajar seseorang. Ada juga yang tekun memerhatikan spesimen-spesimen berkaitan anatomi manusia yang dipaparkan di Muzium Anatomi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bagi Tan Wei Hanh, 9, program Pesta Neuro 2013 yang disertai anjuran Kluster Neurosains bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM itu membuatkannya teruja kerana banyak ilmu baru yang dipelajari.
"Sungguh mengujakan apabila dapat melihat koleksi spesimen struktur fizikal manusia. Selain itu, saya berpeluang belajar membuat saraf sendiri menggunakan tanah liat yang berwarna-warni," kata Wei Hanh yang bercita-cita menjadi doktor.
Berlangsung selama dua hari, program Pesta Neuro 2013 yang dirasmikan oleh Dekan FPSK, Prof. Dr. Norlijah Othman bermatlamat untuk menyediakan ruang perkongsian minda mengenai input terkini dalam bidang neurosains.
Ia merangkumi ilmu tentang sel-sel otak yang secara bersendirian dan berkelompok berfungsi serta berinteraksi sesama sendiri.
Sel-sel otak ini juga berinteraksi dengan saraf tunjang yang terdiri daripada saraf spina medula dan cabang- cabangnya hinggalah ke saraf periferi.
Kongsi kepakaran
Pada masa yang sama, program itu diadakan untuk memperkukuh jaringan penyelidikan dan mempromosi kepakaran serta fasiliti neurosains di FPSK.
Pengerusi Pesta Neuro 2013, Dr. Ling King Hwa atau lebih dikenali sebagai Michael berkata, enam panel yang terdiri daripada pakar neurosains klinikal dan bukan klinikal telah menyampaikan syarahan masing-masing dalam satu seminar neurosains.
Seminar ini melibatkan penyertaan daripada pakar klinikal, pakar akademik, saintis, pelajar pasca siswazah dan pegawai kesihatan bersekutu.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Neurosains (P3Neuro), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah telah menyampaikan syarahan bertajuk Neurosains di Malaysia: Dulu, Kini dan Masa Depan.
Menurut beliau, penglibatan Malaysia dalam bidang otak, minda dan neurosains telah meningkat sejak mula menceburinya pada tahun 1979.
"Perkembangan neurosains dan sains otak kebanyakannya dilihat sebagai sebahagian daripada neurologi, pembedahan saraf dan psikiatri sehingga tahun 2000 apabila asas dan neurosains gunaan atau kertas kerja sains otak muncul secara perlahan-lahan di Malaysia.

AKTIVITI membina saraf otak dalam kalangan kanak-kanak pada program ini mampu membentuk minat mereka dalam bidang neurosains.


"Analisis melalui penerbitan jurnal menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia dalam bidang neurosains masih rendah berbanding negara-negara Asia lain. Sebagai contoh, negara kita mempunyai populasi penduduk seramai 26 juta orang tetapi hanya mempunyai kurang daripada 100 pakar saintis neuro.
"Justeru, untuk menyelesaikan masalah ini, jumlah saintis neuro perlu ditingkatkan dengan nisbah 10 bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2020," jelas Jafri yang pernah menerima Anugerah Saintis Muda Negara pada tahun 1999 kerana kejayaannya dalam bidang sains neuro.
Selain Jafri, pakar yang berucap dan membentangkan kertas kerja termasuklah Dr. Quenten Schwarz dari Universiti Adelaide, Australia; Prof. Madya Dr. Ong Wei-Yi (Universiti Kebangsaan Singapura); Prof. Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim (Universiti Kebangsaan Malaysia); Dr. Mohd. Feizel Alsiddiq Mohd. Fakharuddin (UPM) dan Dr. Matthew Robert Johnson (Universiti Nottingham, cawangan Malaysia).
Antara topik yang dibincangkan ialah memahami keaslian perkembangan neuro terhadap penyakit psikiatri, perkembangan penyakit Parkinson dan penyakit epilepsi dalam kalangan kanak-kanak.
Tambah Michael, pada hari kedua acara terbabit melibatkan masyarakat luar seperti pelajar sekolah, kanak-kanak dan ibu bapa.
Antaranya sesi lawatan ke Muzium Anatomi Manusia, aktiviti membina saraf otak, mewarna dan pertandingan cabaran minda. Selain itu, pameran poster saintifik, pertandingan Piala Neurosains, syarahan terbuka dan saringan dokumentari berkaitan dengan fungsi sistem saraf juga dianjurkan pada masa yang sama.
Sempena program ini, lima pelajar pasca siswazah telah ditawarkan Anugerah Pelajar Neurosains dan membawa pulang RM200 setiap seorang.
Pusat penyelidikan
Mereka ialah Hoo Mun Fun, Carel Makenah Ntimi, Leila Arbabi, Gao Liyang dan Ameerah Jaafar.
Kesemua mereka merupakan pelajar Sarjana Sains dan Doktor Falsafah FPSK, UPM.
Menurut Michael lagi, visi FPSK adalah untuk menjadi pusat pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan profesional bertaraf dunia dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.
"Justeru, pihak Kluster Neurosains sedar bahawa menjadi tanggungjawab FPSK untuk mempromosi dan menggalakkan penawaran pendidikan dan aktiviti penyelidikan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.
"Bidang neurosains telah diiktiraf sebagai salah satu bidang khusus yang utama di FPSK kerana sumbangannya dalam bentuk output penyelidikan dan penerbitan meningkat dari semasa ke semasa.
"Ia sekali gus akan menyumbang dalam pemahaman dan pembangunan rawatan penyakit sistem saraf pusat dan seterusnya memanfaatkan masyarakat," jelas Michael mengenai kepentingan bidang neurosains.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Anatomi Manusia UPM, Dr. Cheah Pike See memberitahu, sambutan yang diterima terhadap penganjuran Pesta Neuro 2013 sangat menggalakkan.

PESAKIT Parkinson memakai gelang yang mengisytiharkan penyakit mereka jika berlaku kecemasan.


"Kami lihat para pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah serta kanak-kanak yang berusia antara empat hingga enam tahun seronok mengikuti aktiviti yang diadakan sempena program ini," ungkap Pike See yang juga Koordinator Muzium Anatomi Manusia UPM.
Perkara ini diakui oleh seorang pengunjung, Roselinee Mohd. Radzi, 32, yang membawa dua anaknya menyertai program tersebut yang diketahui daripada Rangkaian Sekolah di Rumah Malaysia.
"Program sebegini merupakan satu permulaan yang baik untuk kanak-kanak. Diharap, acara ini boleh diadakan setiap tahun sebagai inisiatif dalam usaha menggalakkan para pelajar meminati dan menceburi bidang neurosains," ujar Roselinee.
Bagi pelajar perubatan UPM, Siti Hajar Darussalam, 21, penglibatannya sebagai fasilitator dalam program ini memberi pengalaman berbeza.
"Saya rasa gembira kerana sebagai fasilitator, saya dapat berhubung dengan kanak-kanak yang datang sebagai peserta," jelas Siti Hajar.
Program ini turut dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Neurosains Malaysia, Persatuan NeuroMalaysia dan Persatuan Pelajar Perubatan Asia (UPM) yang disokong oleh penaja utama Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pilihan wanita bersaiz besar

Posted: 27 Aug 2013 03:17 AM PDT



SEBELUM ini, fesyen wanita bertubuh besar kurang diberi perhatian menyebabkan golongan ini sukar mencari busana yang bersesuaian. Namun demikian, perkembangan dunia fesyen masa kini telah membuka ruang kepada wanita-wanita tersebut untuk kelihatan anggun dan menawan, setara dengan gaya moden dan elegan.
"Tidak dinafikan, dahulu saya sukar mencari baju-baju yang bersesuaian dengan bentuk tubuh. Tidak banyak jenama yang menjual baju-baju bersaiz besar, terutamanya yang cocok dengan kebanyakan tubuh wanita Asia," kongsi Ayesha Frances Adam, 28, ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah ibu kepada seorang anak itu, kebanyakan busana-busana bersaiz besar tidak menepati cita rasanya yang menggemari gaya minimalis tanpa mengabaikan keselesaan. Namun, kekangan tersebut semakin dapat diatasi dengan kepelbagaian rekaan bagi wanita bertubuh besar yang ditawarkan di pasaran, terutamanya di butik-butik secara talian dan beberapa jenama luar negara yang kini tersedia di Malaysia.
Jenama antarabangsa seperti H&M dan Topshop misalnya, menawarkan pilihan rekaan bersaiz sehingga XXL. Begitu juga dengan butik secara talian seperti Surisara.
Perkembangan positif itu turut disambut gembira oleh Syahira Shaharudin, 25, kerana semakin banyak fesyen yang sesuai digayakan oleh wanita bertubuh besar.
"Ia membuka ruang kepada wanita seperti saya bergaya dengan pelbagai fesyen terkini. Tawaran yang pelbagai ini membolehkan semakin ramai wanita sepertinya bergaya dan tidak terikat kepada fesyen tertentu sahaja," ujar pelajar bidang komunikasi massa di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya kepada Stailo.
Baginya, wanita bertubuh besar tidak perlu takut untuk berfesyen, sebaliknya harus berani memilih gaya yang bersesuaian dengan bentuk badan.
"Tetapi, ia mestilah berlandaskan asas fesyen yang betul dan tidak terlalu berlebihan. Jadikan paparan fesyen di majalah atau selebriti kegemaran sebagai panduan.
JENAMA Surisara tertumpu kepada wanita muda yang bijak bergaya dan wanita bersaiz besar yang elegan.


"Saya meminati fesyen yang dibawakan oleh Dina Tokio yang mempunyai susuk tubuh kecil dan ramping. Bagi menyesuaikan gayanya dengan personaliti saya, beberapa penambahan dilakukan agar gaya tersebut tidak kelihatan canggung ketika dipakai," kongsinya.
Sebagai contoh, ujar Syahira, tidak ramai wanita bertubuh besar yang berani memakai seluar legging. Namun, gaya tersebut boleh dijayakan dengan pilihan seluar berwarna gelap yang dipadankan dengan baju berona ceria sebagai pusat tumpuan.
"Fesyen hari ini sangat versatil. Setiap wanita perlu memperbanyakkan ilmu melalui pembacaan dan peka dengan peredaran fesyen terkini," kata gadis yang juga merupakan seorang jurugaya sambilan.
Mengulas mengenai fesyen wanita bertubuh besar, pereka fesyen, Syomir Izwa menasihati golongan ini agar sentiasa berpegang kepada prinsip asas fesyen. Ini termasuk mengenali kelebihan dan kelemahan bentuk tubuh.
"Setiap wanita mempunyai bentuk badan yang tersendiri. Mereka perlu memberi penekanan bahagian mana yang ingin diserlahkan.
"Sebagai contoh, jika wanita berkenaan mempunyai bahagian dada yang besar, alihkan tumpuan ke bahagian lain dengan memilih aksesori atau warna yang sesuai," katanya.
Beliau menambah, aksesori, seperti rantai labuh atau blazer, boleh menjadi penyelamat kepada fesyen wanita bertubuh besar.
"Rantai dipakai tidak melepasi pinggang, sementara pilih blazer atau kardigan yang mempunyai rekaan mengikut tubuh. Ini dapat memberi visual bahagian dada yang lebih kecil," jelasnya ketika dihubungi Stailo baru-baru ini.
Pemilihan fabrik juga memainkan peranan penting kepada gaya keseluruhan seseorang wanita.
"Elakkan memakai fabrik yang terlalu berkilat seperti satin atau baldu kerana ia menampakkan kelemahan bentuk tubuh. Langkah terbaik adalah memilih fabrik daripada jenis sifon kerana ia lebih ringan dan beralun.
"Selain itu, corak-corak melintang membuatkan tubuh kelihatan lebar, maka pilih fabrik bercorak menegak atau simetri bagi mewujudkan ilusi langsing kepada tubuh," jelasnya.
SAIZ yang ditawarkan jenama Surisara mencecah sehingga 6XL.


Kebanyakan wanita gemar menambah batu-batu jemeki atau manik bagi menaikkan seri busana mereka. Menurut Syomir, penataan taburan batu-batu tersebut perlu diletak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja.
"Jika seseorang wanita mempunyai bahagian pinggul dan pinggang yang lebar, tumpukan jahitan hiasan ini pada bahagian dada tetapi dalam kuantiti yang tidak berlebihan," nasihatnya yang juga telah mengeluarkan koleksi istimewa hari lebaran bersama Surisara.
Syomir menambah, pilihan warna dapat memberi efek langsing kepada tubuh seseorang tetapi ia perlu bijak digayakan bersama aksesori.
"Selebriti antarabangsa seperti Oprah Winfrey dan Queen Latifah pernah memakai busana serba putih tetapi mereka menambah pilihan subang, kasut dan penataan rambut yang menutupi bahagian-bahagian yang lemah," ujar beliau.

Ceria rona neon

Posted: 27 Aug 2013 03:16 AM PDT



SEPATU tapak rata berwarna-warni sesuai untuk gaya ringkas dan kasual.


MUSIM panas merupakan waktu paling menyeronokkan untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga tempoh percutian paling sempurna untuk bergaya sakan dengan fesyen-fesyen terbaharu.
Tidak ketinggalan sepatu jenama Princess yang menawarkan koleksi musim panas baharu yang ceria dalam warna-warna neon. Ia menjadikan si pemakai kelihatan lebih muda dan dinamik secara semulajadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat bagi Beg Tangan dan Kasut Princess, Alan Lok memberitahu, koleksi baharu jenama itu dicipta bagi memberi penghormatan kepada fesyen era 1980-an.
"Trend warna neon yang popular pada zaman itu kini kembali menguasai almari pakaian wanita moden hari ini. Diilhamkan daripada warna-warna terang dekad tersebut, koleksi terkini Princess disesuaikan untuk kegunaan waktu bekerja dan beriadah.
"Rona neon kuning dan merah jambu adalah warna utama bagi koleksi kali ini dan boleh didapati dalam pelbagai gaya," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Sepatu dengan pelbagai cetakan dapat diperoleh dalam rekaan peep-toe, baji, chunky dan sandal sarung yang bergaya dan dalam pelbagai warna bertenaga seperti kuning, biru, merah jambu, biru elektrik, emas, dan merah.
Terdapat lima kategori sepatu di bawah Princess. Ia terdiri daripada Fashions, Pumps, De Confort, Deluxe dan Viani. Bagi koleksi baharu ini, sepatu Fashions dapat dilihat menerusi kasut tapak tebal (platform) dan chunky klasik rona kuning, biru elektrik dan perak.
Rekaan De Confort, Deluxe dan Viani pula terserlah pada rekaan sepatu jenis sarung dan bertapak rata (flat) berwarna-warni.
Paling penting, koleksi baharu itu mengekalkan stail signatur Princess iaitu berani, klasik dan stailo.

Kempen WOW perkasa wanita

Posted: 27 Aug 2013 03:14 AM PDT


DARI kiri: Maya Karin, Jay Menon, Goh Sa Ki, Christy Ng dan Alia Bastamam pada sesi dialog kempen Women of Worth anjuran Loreal Paris.


ARUS modenisasi mengajak wanita seluruh dunia agar terus menyemai keyakinan diri di samping menjaga harga diri dalam berdepan pelbagai rintangan kerjaya dan kehidupan seharian.
Walaupun berdepan dengan pelbagai stereotaip yang menyelubungi perjalanan hidup mereka, harga diri seharusnya tidak dipandang remeh kerana ia merupakan refleksi kepada maksud sebenar kebahagiaan dan kejayaan seseorang wanita.
Meneruskan momentum kempen Women of Worth (WOW) yang dilancarkan awal tahun ini, Loreal Paris menganjurkan sesi dialog bertajuk Menyerlahkan Kelebihan Diri yang membincangkan bagaimana wanita moden hari ini mengenali erti kehidupan, kebahagiaan dan menilai harga diri mereka.
Sesi dialog ini adalah satu aspek penting kempen WOW kerana tidak banyak usaha yang dilakukan dalam memperkasakan wanita selain memberi maklumat tentang kepentingan menjaga harga diri.
"Kami membawa empat orang panel wanita yang berbeza latar belakang. Mereka berkongsi cerita dan pandangan peribadi mengenai kepentingan harga diri dalam mendepani cabaran hidup.
"Mengharungi detik-detik sukar dan mencabar di samping memainkan pelbagai peranan, mereka sentiasa menghargai nilai diri. Ia membantu dalam membuat pilihan penting yang bakal merubah corak kehidupan mereka," kata Pengarah Pemasaran Loreal Paris Malaysia, Goh Sa Ki ketika melancarkan dialog tersebut.
Inspirasi
Antara selebriti yang menjadi panel perbincangan itu ialah pelakon, Maya Karin; pengacara televisyen, Jay Menon; pereka fesyen, Alia Bastamam dan pereka kasut, Christy Ng.
MELANCONG ke luar negara merupakan cara Maya Karin merehatkan diri daripada dunia glamor.


Sedar bahawa diri menjadi inspirasi kepada wanita, jurucakap Loreal Paris di Malaysia, Maya Karin, sentiasa menampilkan peribadi berkeyakinan di samping menjaga pesona diri agar tidak kelam dilambung ombak populariti.
Dunia seni padanya hanyalah satu cabang kerjaya yang dilakukan atas dasar kecintaan kepada bidang itu. Di luar set penggambaran, pelakon Ombak Rindu itu sama seperti wanita lain yang memerlukan ruang sendiri untuk merehatkan diri.
"Pada saya, setiap wanita perlu memahami kehendak diri dengan tidak terlalu bergantung kepada pandangan orang lain. Tidak perlu memaksa diri dalam memuaskan hati orang sekeliling kerana akhirnya, segala keputusan terletak kepada diri kita," ujarnya.
Bagi Maya, caranya menghargai diri ialah mengembara ke destinasi-destinasi pelancongan di luar negara. Dia merasakan aktiviti tersebut dapat merehatkan diri dan lari seketika daripada aura glamor yang menyelubungi hidupnya.
Bagi Jay, pengertian harga diri adalah sejauh mana seseorang merasakan hidupnya berhak untuk mengecapi kebahagiaan. Perubahan status sebagai seorang isteri dan bakal menjadi ibu membuatkan pengulas program sukan bola sepak itu menghargai setiap detik kehidupannya.
"Seseorang yang percaya bahawa dirinya begitu berharga akan sentiasa melangkah keluar dan melakukan yang terbaik. Sekalipun dalam keadaan getir, dia tahu bagaimana untuk menanganinya," ujarnya.
Kempen WOW diperkenalkan awal tahun ini sempena Hari Wanita Antarabangsa dengan kempen promosi dan pameran bergerak di Lembah Klang yang bermula bulan Mac lalu.

Berlari 3 km dengan berkain batik

Posted: 27 Aug 2013 03:14 AM PDT



DARI kiri: Lenny Ooi, Key Ng, Chiun Wee, Mahani Idris, Carrie Lee dan Su Cheng pada majlis pelantikan duta Batik Sarong Charity Fun Run 2013 anjuran Yayasan CNI.


PERNAH KAH anda terfikir untuk berlari sejauh tiga kilometer (km) dengan berkain batik? Kedengaran menarik bukan? Bayangan itu boleh dijelmakan sekiranya anda menyertai maraton mini Plant A Tree, Plant A Hope - Batik Sarong Charity Fun Run 2013.
Program unik anjuran Yayasan CNI dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) itu bertujuan menyebarkan mesej kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar kepada orang awam.
"Kami mahu menganjurkan aktiviti sukan dalam suasana santai. Selain memberi pengalaman baharu kepada para peserta, ia juga dapat mempromosikan keagungan batik negara yang merupakan sebahagian daripada budaya unik Malaysia.
"Peserta yang terlibat turut dibekalkan sebatang anak pokok sumbangan MNS dan perlu dibawa bersama ketika larian," ujar Presiden Yayasan CNI, Datin Angeline Koh yang turut memaklumkan bahawa acara itu juga diadakan bersempena ulang tahun ke-15 yayasan tersebut.
Sehubungan dengan larian amal yang akan berlangsung pada 15 September itu, Yayasan CNI turut melantik tujuh duta yang mewakili bidang masing-masing.
Mereka terdiri daripada Pengasas Yayasan Seni Berdaftar, Toh Puan Mahani Idris sebagai Ketua Panel Duta merangkap Duta Kesenian dan Alam Semula Jadi; Presiden Kelab Ferrari, Tan Su Cheng (Duta Perusahaan dan Alam Semula Jadi) dan Presiden Gerakan Belia Malaysia, Sim Chiun Wee (Duta Belia dan Alam Semula Jadi).

NG (kiri) mengikat batik sarung yang dipakai oleh Cheng sebagai simbolik larian amal pada 15 September ini.


Anak pokok
Turut dilantik ialah pereka fesyen, Key Ng (Duta Fesyen dan Alam Semula Jadi); penyampai televisyen, Owen Yap (Duta Gaya Hidup dan Alam Semula Jadi), bekas Ratu Cantik Chinese Cosmos, Carrie Lee (Duta Kecantikan dan Alam Semula Jadi) dan pemuzik dan pelakon, Lenny Ooi (Duta Kreativiti dan Alam Semula Jadi).
Acara tersebut akan berlangsung di sekitar Wisma CNI, Hicom Glenmarie, Shah Alam. Peserta yang mendaftar sebelum 6 September ini, layak mendapat tawaran yuran pendaftaran serendah RM40 seorang dan setiap 10 penyertaan berkumpulan, seorang daripada mereka tidak akan dikenakan bayaran.
Pendaftaran selepas tarikh tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak RM50. Para peserta akan diberikan sehelai batik sarung bernilai RM70 sumbangan MyBatik dan sebatang anak pokok pemberian MNS. Selepas tamat larian, peserta boleh memilih untuk memulangkan semula anak pokok itu atau membawanya pulang mengikut terma-terma tertentu.
Sebanyak tiga hadiah disediakan bagi kategori lelaki, perempuan dan keluarga yang tampil dengan persalinan paling kreatif pada hari itu. Kumpulan terbesar dan peserta tertua pula masing-masing disediakan dengan satu ganjaran istimewa. Selain itu, tiga pemenang paling bersemangat akan menerima hadiah menarik yang disediakan pihak penganjur.
Hadiah-hadiah yang keseluruhannya mencecah RM30,000 menanti para pemenang. Antaranya ialah penginapan dua hari satu malam di pusat peranginan Royal Palm Villa, Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang untuk enam orang bernilai RM3,500, penginapan dua hari satu malam untuk empat orang di Canary Villa di pusat peranginan sama yang bernilai RM3,000; sebuah skuter Demak RINO S berharga RM5,000, baucar, hamper dan pelbagai hadiah menarik lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines