LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
- P3: PIALA MALAYSIA 2013 - 27 Ogos 2013
- Status Harimau Malaya lawan Grenada dalam aksi persahabatan diketahui hari ini
- Bangun gergasi merah!
- Laksana ujian doping setiap perlawanan!
- Affize tak sabar beraksi
P3: PIALA MALAYSIA 2013 - 27 Ogos 2013 Posted: 27 Aug 2013 09:04 AM PDT 27 OGOS 2013 (SELASA) KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Status Harimau Malaya lawan Grenada dalam aksi persahabatan diketahui hari ini Posted: 26 Aug 2013 06:14 PM PDT Sumber: Utusan Malaysia KUALA LUMPUR - Status perlawanan persahabatan Harimau Malaya dan pasukan di tangga 122 dunia, Grenada yang sepatutnya berlangsung pada 6 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam, bakal diketahui hari ini atau selewat-lewatnya esok. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, sehingga kini pihaknya masih menantikan maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Grenada yang masih belum memberikan sebarang jawapan sama ada mahu turun beraksi di Kuala Lumpur atau sebaliknya. Jika hajat mengadakan perlawanan persahabatan kelas A dengan pasukan dari Kepulauan Caribbean itu tidak kesampaian, FAM masih mempunyai perancangan tersendiri mencari pasukan pengganti buat Harimau Malaya. "Sehingga sekarang, kita masih menunggu maklum balas dari Grenada yang masih membisu dan saya sendiri belum dapat mengesahkan perlawanan pada 6 September ini yang sepatutnya berlangsung di sini, dapat dilangsungkan. "Mungkin esok (hari ini) atau Selasa saya akan mendapatkan kepastian muktamad pendirian sebenar Grenada dalam soal ini kerana tarikh perlawanan yang dirancang hanya tinggal kurang dua minggu daripada sekarang. "Jika aksi menentang Grenada tidak menjadi, FAM sudah ada cadangan alternatif untuk menggantikan perlawanan tersebut dengan pasukan lain, cuma saya tidak memberitahunya terlebih dahulu agar tidak menjadi sebarang spekulasi," katanya. Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal setakat ini telah mengesahkan pertemuan dengan pasukan di ranking 95 dunia, China di Shanghai yang dijadualkan pada 10 September ini dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 10 Oktober bagi mengasah taring sebelum turun menghadapi ujian sebenar di kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain pada 15 Oktober di Shah Alam. Harimau Malaya yang kini jatuh tiga anak tangga bagi ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada 8 Ogos lalu untuk berada di tempat ke-162, masih belum merasai sebarang aksi persahabatan kelas A sepanjang tahun ini, malah lebih cenderung mengadakan perlawanan-perlawanan dengan pasukan kelab seperti di Australia dan Jepun. Sekiranya gagal mendapatkan perlawanan dengan Grenada, ia pasti menambahkan kekecewaan para peminat yang mahu melihat aksi Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan kelas A bagi membantu kedudukan ranking negara yang semakin menjunam tetapi Hamidin memberi jaminan dia melakukan sedaya yang mampu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 26 Aug 2013 06:12 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Selepas berputih mata dalam dua aksi pertama, Selangor tiada pilihan selain bangkit melakar kemenangan ke atas Sime Darby FC hari ini bagi memastikan mereka tidak tercicir jauh dalam perebutan tempat ke suku akhir dalam Kumpulan A Piala Malaysia. Pasukan juara 32 kali itu terperosok di tangga terbawah kumpulan selepas gagal mencatat sebarang kemenangan sekali gus memberikan tekanan kepada anak buah Irfan Bakti Abu Salim yang diletakkan sebagai pasukan pilihan kejohanan. Bagi kapten Selangor Mohd Asraruddin Putra Omar, mereka perlu segera memperbaiki kedudukan dengan mengutip mata maksimum dalam dua perlawanan dengan Sime Darby sebelum kejohanan dihentikan lebih dua minggu bagi memberi laluan kepada kejohanan Pestabola Merdeka dan tugasan antarabangsa skuad kebangsaan. "Kami sekarang berada di tangga terbawah kumpulan dan kami tiada pilihan selain menang baki dua perlawanan sebelum kejohanan berehat. Tekanan memang ada kerana kami tiap-tiap tahun layak ke suku akhir dan selepas dua perlawanan kami hanya mengumpul satu mata saja. "Kali ini jelas pasukan lain benar-benar fokus kepada Piala Malaysia jadi kami perlu segera bangkit jika tidak akan jauh ketinggalan dalam saingan peringkat kumpulan ini," katanya kepada Arena Metro semalam. Bagaimanapun pemain pertahanan kebangsaan itu sedar pertemuan dengan Sime Darby menjanjikan ujian mencabar buat skuad Red Giants memandangkan pasukan Liga Perdana itu berjaya mengejutkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-3 pada aksi pembukaan minggu lalu. Dengan aksi longgar pertahanan Selangor ketika tumpas kepada ATM 2-3 di Shah Alam Sabtu lalu, Asraruddin yang menyambut hari jadi ke-25 kelmarin menggesa rakan sepasukan mempamerkan permainan lebih baik terutama dalam mengekang penjaring terbanyak Liga Perdana Karlo Primorac. "Kami tidak pernah bertemu dengan Sime Darby tahun ini tapi saya tahu mereka mempunyai pemain yang bagus terutama penyerang import Primorac. Sime Darby boleh menjaringkan empat gol ke atas ATM dan ini bermakna mereka memiliki bahagian serangan yang hebat," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Laksana ujian doping setiap perlawanan! Posted: 26 Aug 2013 06:10 PM PDT Sumber: Harian Metro Kota Bharu: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mencadangkan ujian doping dilakukan ke atas pemain bola sepak pada setiap perlawanan dan tidak hanya tertumpu ketika final sesuatu kejohanan bagi memastikan pemain bebas daripada bahan terlarang termasuk penyalahgunaan dadah. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) berkata, selepas timbul kontroversi penyalahgunaan dadah oleh seorang pemain simpanan Kelantan ketika perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini, pihak berkaitan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disarankan tidak melakukan ujian doping secara rambang, sebaliknya menyeluruh. Katanya, secara peribadi, beliau beranggapan FAM perlu menguatkuasakan ujian doping secara menyeluruh kepada semua pemain dengan serta-merta bagi mengelak lebih ramai pemain bola sepak terbabit dengan penyalahgunaan dadah. "Melihat kepada insiden yang berlaku, FAM wajib melakukan ujian doping secara menyeluruh dan bukan secara rambang bagi mengesan pemain yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah. "Selepas apa yang berlaku, kita tidak boleh menunggu dan mengambil masa lama untuk melaksanakan peraturan ini. Ia harus bermula dari sekarang," katanya. Sebelum ini akhbar melaporkan, seorang pemain simpanan Kelantan didakwa terbabit dengan penyalahgunaan dadah selepas gagal ujian doping pada perlawanan akhir Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim 29 Jun lalu. Bagaimanapun, pemain berkenaan menafikan dakwaan itu sebaliknya mengakui hanya mengambil makan tambahan (supplement). | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 26 Aug 2013 06:09 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Penggantungan dua perlawanan cukup menyeksakan buat pemain tengah Mohd Affize Faisal Mamat yang tidak sabar membuat penampilan pertama dalam Piala Malaysia sejak bergelar pemain profesional bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim ini. Bekas pemain Harimau Muda A itu terpaksa disisihkan dalam dua aksi pembukaan Kumpulan A kerana menjalani hukuman selepas menerima kad merah pada perlawanan terakhir Liga Super menentang Perak Julai lalu dan kini dia nyata sudah bersedia untuk menggalas tugas yang bakal diberikan jurulatih B Sathianathan bagi pertemuan dengan Johor hari ini. "Memang saya teruja untuk bermain dalam perlawanan pertama Piala Malaysia dan kalau saya diturunkan dalam perlawanan menentang Johor esok (hari ini), saya cuba untuk melakukan sesuatu bagi membantu pasukan meraih kemenangan," katanya. ATM naib juara musim lalu bangkit daripada kekalahan pertama dengan Sime Darby FC 3-4 apabila mengatasi Selangor 3-2 Sabtu lalu sekali gus merekod kemenangan pertama dalam enam perlawanan terakhir mereka. Bagi Affize, 24, yang mencetuskan kontroversi di awal musim apabila dia menjadi rebutan negeri kelahirannya Terengganu dan ATM yakin kejayaan membenam pasukan gergasi Selangor memberikan suntikan moral kepada skuad The Gladiators. "Bagi saya Johor pasukan yang bagus dan mereka kini menduduki tangga teratas kumpulan jadi kami tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka. Tapi kami sudah mula mendapat keyakinan selepas menang dengan Selangor dan kami mahu rentak kemenangan ini dapat diteruskan dalam baki saingan peringkat kumpulan ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |