Jumaat, 8 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anita Baharom di Pelancaran Felinna

Posted: 07 Mar 2013 10:19 PM PST

Pelakon Anita Baharom baru-baru ini sempat meluangkan masa untuk bersama-sama rakan artisnya Yatt Hamzah dalam majlis pelancaran produk kecantikan Felinna.

Memang nampak ayu juga Anita Baharom apabila memakai selendang di kepalanya.






Gambar Ana Rafali Terkini

Posted: 07 Mar 2013 09:31 PM PST

Sudah setahu Ana Rafali mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Ahmad Aznai. Namun rasanya berita mengenai kehamilan/berbadan dua anak sulung Ana belum lagi kedengaran.

Mungkin belum ada rezeki lagi dan masih berusaha ke arah itu. Namun tidak mengapa, kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Ana Rafali. Gambar dibawah menunjukkan Ana kini semakin berisi. -Gambar GUA






Remy Tidak Tolak Maya Jadi Isterinya

Posted: 07 Mar 2013 08:28 PM PST

Episod hubungan diantara Remy Ishak dan Maya Karin sememangnya hangat diperkatakan, gambar 'percutian' yang beredar di internet beberapa minggu lalu telah menimbulkan satu persoalan samaada mereka serius atau sebaliknya.

Namun Remy menganggap mereka sampai masa kini hanya teman biasa, dan tidak menolak jika dijodohkan bersama dengan Maya menjadi isteri kepadanya.

Dan ini petikan yang dipetik melalui portal GUA semalam.
"Saya tak tahulah kalau pada masa hadapan hubungan saya dan Maya jadi macam mana. Itu semua ketentuan Tuhan. Kalau dah kata jodoh saya dengan dia, saya terima. Bagi saya Maya seorang wanita yang bijak, aktif,berpengetahuan luas dan cantik. Secara ringkas, dia seorang yang menyenangkan,

"Gambar yang peminat lihat itu dirakamkan ketika kami mengikuti 'trip' ke 'Imbak Canyon', Sabah. Kami ke sana atas jemputan Yayasan Sabah. Maya tanya saya kalau saya berminat nak ikut. Saya dari dulu memang suka panjat gunung dan lihat alam semulajadi," ujar Remy yang menyatakan Maya memiliki hobi yang sama dengan dirinya.

Fahrin, Tasha Shila Ada Anak!

Posted: 07 Mar 2013 07:31 PM PST

Tasha Shila dan Fahrin Ahmad sudah dikurniakan cahaya mata? biar betul? memang tidak disangka itulah yang terjadi, tiada berita dan angin mereka sudah menimang anak sulung.

Fahrin sempat updates status di Twitternya dengan mengucap 'Syukur Alhamdulillah' atas nikmat ini. Namun jangan lah fikir bukan-bukan, mereka cuma berlakon jew, dalam drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi.

Macam? cocok tak?




Shiro, Ustaz Azhar Idrus Berlakon Bersama

Posted: 07 Mar 2013 05:31 PM PST

Wah tak sangka kumpulan lawak yang sedang meningkat naik namanya, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh  Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Bin Razak (Ajak) yang juga tempat ke-3 Maharaja Lawak Mega 2012 dan Juara Raja Lawak Musim ke-6 bakal menjadi pelakon star tidak lama lagi.

Sudah menjadi rezeki Shiro dengan bakat yang mereka ada, mereka kini bakal digandingkan bersama-sama ustaz yang diminati ramai, Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaru bertajuk "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang.."

Filem ini yang diarahkan oleh Pierre Andre terbitan MiG ini merupakan filem pertama yang bakal dilakonkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Namun gandingan Ustaz Azhar seperti Johan dan Zizan tidak dapat direalisasikan kerana mungkin faktor-faktor tertentu.

Selain Shiro, filem ini bakal mempamerkan pelawak lain seperti Zalif Sidek, Along Raja Lawak dan Mikail Andrea. Filem berunsur Islamik ini pastinya satu filem yang diyakini menutup aurat dan pastinya lawak.

Bahkan rezeki Shiro tidak terhenti di sini sahaja mereka kini bergiat aktif dalam program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines